hhhc9501 kemahiran pemikiran kritikal, · pdf filesemester 1 sesi 2014/2015 set 4 tugasan 2:...

Download HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, · PDF fileSEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 2: ... Setelah tamat belajar Tingkatan 6, ... keadaan paling teruk mengikut sejarah penerbangan

If you can't read please download the document

Upload: dangdang

Post on 06-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • SEMESTER 1 SESI 2014/2015

    SET 4

    TUGASAN 2:

    TOKOH YANG MEMPAMERKAN PEMIKIRAN KRITIS

    TAN SRI TONY FERNANDES

    NAMA : UMI NURFAZILAH BINTI MOHD HUSSIN

    NO MATRIK : A143133

    NAMA PENSYARAH : PROF MADYA DR ZAKIAH MUHAMMADDUN BINTI

    MOHAMED

    HHHC9501

    KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN

    MASALAH DAN PENDEKATAN

  • 2

    LATAR BELAKANG TOKOH: TAN SRI TONY FERNANDES

    Biografi

    Nama penuh beliau ialah Anthony Francis Fernandes, namun beliau lebih dikenali sebagai Tony

    Fernandes. Selain itu, beliau juga sangat popular dengan gelaran tokey AirAsia dan juga

    Asian Tycoon. Beliau dilahirkan pada tanggal 30 April 1964 di Kuala Lumpur, Malaysia.

    Beliau adalah keluarga yang berketurunan Goa bercampuran Portugis Melaka. Bapanya ialah

    Stephen Edward Fernandes (telah meninggal), merupakan seorang doktor. Manakala ibunya pula

    ialah Ena Dorothy, seorang usahawan wanita warganegara Malaysia dari Melaka.

    Tan Sri Tony Fernandes banyak dipengaruhi oleh ibu beliau yang aktif dalam menjual

    tupperware ke serata tanah air. Bagi Tony, ibu beliau adalah seorang wanita yang mengagumkan

    kerana kemampuannya yang luar biasa dalam menjual barangan kepada sesiapa sahaja. Justeru,

    beliau banyak belajar daripada peribadi ibu beliau yang ternyata begitu penting dalam

    mengharungi alam perniagaan. Minat beliau terhadap perniagaan dan perusahaan dapat dilihat

    sejak zaman kanak-kanaknya lagi. Beliau sering mengikuti ibunya ke himpunan penebar dan

    konvensi Tupperware atau nama lain nya, Tupperware Parties. Tupperware Parties adalah satu

    bentuk urusan jual beli yang diketengahkan oleh usahawan syarikat Tupperware sejak bertahun

    lamanya. Bentuk urusniaga ini adalah dengan cara konsultan atau agen syarikat Tupperware akan

    menjemput jiran dan rakan mereka, untuk datang ke rumah dan melihat sendiri produk yang ada

    di rumah agen tersebut. Tempahan boleh dilakukan dan penghantaran akan dilakukan oleh

    pegawai dari syarikat Tupperware. Tupperware Parties adalah salah satu bentuk keusahawanan

    yang masih kekal hingga ke hari ini.

    Bapa beliau, Dr Stephen Edward Fernandes, sebaliknya amat berbeza daripada peribadi ibunya.

    Dr. Fernandes memiliki sebuah klinik, tetapi tanpa keuntungan kerana terlalu bermurah hati

    kepada setiap pesakit sehingga kerap kali memberi perkhidmatan dan ubat secara percuma. Tan

    Sri Tony Fernandes sungguh tidak berminat dengan cara-cara bapa beliau berniaga.

  • 3

    Pendidikan

    Tony Fernandes mendapat pendidikan awal di Epsom College, United Kingdom ketika usianya

    baru mencecah 13 tahun bermula tahun 1977 hingga 1983. Namun begitu, pada tahun 1980,

    semasa beliau sedang menuntut di sana, beliau mendapat khabar berita dari keluarga di Malaysia,

    ibunya telah meninggal dunia, namun beliau tidak dapat pulang kerana masalah kewangan yang

    dihadapinya. Harga tiket penerbangan yang mahal menjadi penghalang kepada beliau untuk

    pulang ke tanah air. Disebabkan hal itu, beliau yang ketika itu baru berusia 15 tahun telah

    mengeluh, Alangkah bagusnya kalau ada syarikat penerbangan yang menawarkan tambang

    yang murah. Ini adalah salah satu faktor yang mendorong beliau untuk mempunyai syarikat

    penerbangan sendiri yang boleh dinikmati oleh semua golongan terutama bagi golongan

    bawahan.

    Kelebihan yang ada pada Tony sebagai seorang usahawan yang berpandangan jauh disertai

    dengan kelebihan yang ada pada dirinya dalam bidang sukan yang diceburinya membuktikan

    beliau seorang yang hebat kerana bijak mengimbangkan diri dari segi akademik dan sukan. Sejak

    dari bangku sekolah lagi, beliau aktif dalam sukan, dan pernah beberapa kali mewakili

    sekolahnya dalam pasukan hoki. Selain daripada itu, beliau merupakan pelari pecut, dan

    berkebolehan dalam bermain ragbi. Semestinya orang yang hebat sekarang, mempunyai sejarah

    hidup yang hebat.

    Setelah tamat belajar Tingkatan 6, beliau pulang ke Malaysia. Sebelum ibunya meninggal, ibu

    dan ayahnya mengharapkan Tony menyambung pengajian dalam bidang perubatan. Namun, hati

    beliau mengatakan tidak untuk menyambung pelajaran dalam bidang tersebut, sehingga berlaku

    pertengkaran antara beliau dan ayahnya. Beliau juga dengan sengaja menggagalkan dirinya

    dalam peperiksaan A Level bagi menolak untuk diterima sebagai seorang pelajar jurusan

    perubatan. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk kembali ke London dan menyambung

    pelajarannya di London School of Economics (LSE). Sifat yakin akan kebolehan sendiri dan

    tidak mudah berputus asa terhadap minat, akhirnya membolehkan Tan Sri Tony Fernandes

    berjaya menamatkan pelajarannya di LSE dengan mendapat ijazah pada tahun 1987 dan telah

    bekerja di syarikat penerbangan berpangkalan di United Kingdom iaitu Virgin Atlantic Airways

    (juga dikenali sebagai Virgin Airlines).

  • 4

    Kerjaya Sebelum Menubuhkan AirAsia

    Beliau memulakan kerjayanya sebagai juruaudit di Virgin Airlines atas kelulusan sebagai

    graduan dalam bidang Perakaunan dari LSE. Tony Fernandes telah ditawarkan jawatan sebagai

    pengawal kewangan kepada Virgin Records, sebuah syarikat Richard Branson di London. Virgin

    Records adalah sebuah syarikat rakaman muzik yang menaungi beberapa artis yang

    berpangkalan di London. Tan Sri Tony Fernandes telah menabur khidmatnya kepada syarikat

    tersebut selama 3 tahun bermula dari tahun 1987 sehingga 1989. Beliau juga sangat aktif dalam

    bidang hiburan semasa memegang jawatan tersebut seperti bermain gitar dan alat muzik lain.

    Dari Virgin, beliau menyertai Warner Music Group iaitu sebuah syarikat rakaman yang ketiga

    terbesar di dunia selepas Sony BMG dan EMI. Syarikat ini berpangkalan di New York, Amerika

    Syarikat dan mempunyai cawangan hampir di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Warner

    Music Group pernah mendapat jolokan The Big Four semasa bergabung dengan Sony BMG,

    EMI dan Universal. The Big Four merupakan gabungan terhebat empat buah syarikat rakaman

    yang pernah diwujudkan sepanjang zaman melalui kehebatan teknologi moden mereka dan

    cawangan yang dimiliki oleh mereka di seluruh dunia.

    Tan Sri Tony Fernandes telah diberikan kepercayaan penuh oleh pengurusan atasan Warner

    Music apabila beliau dengan rasminya dilantik sebagai Pengarah Urusan bagi Warner Music

    (Malaysia) Sdn.Bhd. Beliau merupakan Pengarah Urusan paling muda mengikut sejarah Warner

    Music sehingga ke hari ini. Ketika beliau dilantik untuk memegang jawatan tersebut, beliau baru

    sahaja mencapai umur 26 tahun. Namun, dengan sikap yang gigih dan cekal, beliau telah

    membuktikan kepada dunia bahawa umur yang muda tidak menjadi satu isu untuk memegang

    jawatan yang sangat tinggi seperti itu.

    Kejayaan demi kejayaan yang diperoleh Tan Sri Tony Fernandes, membuatkan beliau telah di

    pilih selaku Naib Presiden Wilayah Asia Tenggara bagi syarikat Warner Music Group. Beliau

    yang bijak menonjolkan diri dalam bidang pengurusan telah memegang jawatan tersebut selama

    10 tahun iaitu dari tahun 1992 sehingga 2001. Lambakan video cetak rompak dan jenayah siber

    ketika itu telah merugikan syarikat rakaman di seluruh dunia. Akhirnya, secara sukarela Tony

    meletak jawatan bagi menggapai impiannya iaitu mewujudkan sebuah syarikat penerbangan

    tambang murah yang mampu dinikmati oleh semua golongan.

  • 5

    Idea Penubuhan AirAsia dan Permulaan

    Idea untuk menubuhkan syarikat penerbangan datang secara spontan semasa beliau berada di

    London, ketika menonton televisyen. Saya tertarik melihat iklan sebuah syarikat penerbangan

    tambang murah, Easyjet. Kemudian saya bergegas ke Lapangan Terbang Luton di London dan

    menghabiskan masa selama dua hari di sana. Saya tertarik dengan konsep perniagaan itu dan

    bercadang untuk memperkenalkan perkhidmatan itu di Malaysia dan menyimpan impian untuk

    mengembangkan konsep itu di rantau Asia.

    Beliau mendapat tahu bahawa hanya 6 peratus rakyat Malaysia sahaja yang pernah menaiki

    kapal terbang. Peratusan yang sangat sedikit itu membuatkan beliau berfikir. Beliau berkata,

    Saya kenal rakyat di negara saya. Pertama, jika kita meletakkan harga yang rendah, mereka

    sanggup membahayakan nyawa mereka. Kedua, semua orang suka melancong, tetapi

    kebanyakan orang membelanjakan kos yang melebihi gaji sebulan untuk melancong di dalam

    negara. Beliau berkata lagi, Saya berpendapat bahawa apabila kita memulakan sebuah

    perniagaan, perkara paling penting ialah sama ada terdapat permintaan atau tidak. Saya tahu

    pasaran menginginkannya. Jika ianya benar, semua perkara dapat diatasi kerana kuasa

    permintaan itu lebih kuat.

    Beliau dengan rakan-rakan muziknya bersetuju untuk menceburi perniagaan syarikat

    penerbangan. Beliau telah memohon lesen bagi menubuhkan syarikat penerbangan daripada

    kerajaan Malaysia, namun permohonan beliau telah ditolak oleh kerajaan. Hasil usaha dan

    semangat beliau, Datuk Pahamin Ab. Rajab, Ketua Setiausaha Kementerian Perdangangan dalam

    Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna pada ketika itu, telah mengatur pertemuan antara Tan Sri Tony

    Fernandes dengan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Dr. Mahathir Mohamad.

    Beliau dengan rendah hati telah menyatakan hasrat murni beliau untuk memiliki sebuah syarikat

    penerbangan sendiri kepada Dr. Mahathir.

    Dr. Mahathir telah mengesyorkan kepada Tan Sri Tony Fernandes untuk membeli AirAsia.

    AirAsia telah mengalami ke