hhhc9301 laporan akhir magiz 2014

8
HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT SET18 DR.HUMAIDA BANU BT SAMSUDIN NAMA : NOR AINI BT OTHMAN MATRIK : 143447 KOS : IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN FAKULTI : EKONOMI DAN PEBGURUSAN ( FEP) TAHUN : SEM 2 TAHUN 1 2013/2014 PROJEK : MAJLIS RESEPSI GEMILANG ZA’BA ( MAGIZ 2014 )

Upload: melcassie

Post on 12-Aug-2015

55 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014

HHHC9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN

MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

SET18

DR.HUMAIDA BANU BT SAMSUDIN

NAMA : NOR AINI BT OTHMAN MATRIK : 143447 KOS : IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN FAKULTI : EKONOMI DAN PEBGURUSAN ( FEP) TAHUN : SEM 2 TAHUN 1 2013/2014 PROJEK : MAJLIS RESEPSI GEMILANG ZA’BA ( MAGIZ

2014 )

Page 2: Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014

LAPORAN AKHIR

Salam saya ucapkan kepada Dr.Humaida Banu Bt Samsudin pensyarah untuk hp kemahiran Pengurusan Maklumat Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat HHHC9301. Saya Nor Aini Bt Othman, A143447. Pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, FEP ingin menghantar beberapa gambar dan video berkaitan projek yang saya terlibat untuk semester ini iaitu Majlis Resepsi Gemilang Za’ba ( Magiz ) 2014 ini berlangsung di bawah Biro Kewangan kolej saya iaitu Kolej Pendeta Za’ba, KPZ. Majlis Resepsi Gemilang Zaba atau dikenali sebagai Magiz merupakan majlis makan malam bagi mahasiswa - mahasiswa kolej pendeta Za’ba.Magiz ini sentiasa diadakan pada setiap tahun bagi meraikan mahasisiwa kolej Peneta Zaba setelah penat berhempas pulas menelaah pelajaran.Majlis makan malam ini diadakan pada setiap kolej.oleh itu Kolej Pendeta Zaba juga tidak terkeuali meraikan majlis ini,

Jawatan saya di dalam majis ini adalah sebagai ahli publisiti.Sebagai ahli publisiti saya ditugaskan untuk menyebarkan maklumat mengenai Majlis Resepsi Gemilang ini kepada seluruh warga Kolej Pendeta Zaba.Tujuan penyebaran maklumat ini adalah agak warga kolej termasuk pekerja,pengetua,pihak pengurusan dan terutama sekali para pelajar dapat mengetahui tentang kewujudan majlis makan malam ini seterusnya mengajak mereka bersama-sama menyerikan lagi majlis ini.Magiz 2014 ini bukan majis makan malam semata-mata namun ia juga merupakan satu majlis meraikan pencapaian pelajar sepanjang pengajian mereka.Oleh itu tugas saya sebagai ahli publisiti sangat memainka peranan yang penting kerana saya perlu menyampaikan maklumat yang tepat kepada pelajar kolej dan memastikan maklumat yang diberi dapat difahami oleh mereka

MASALAH YANG DIHADAPI SEPANJANG PROGRAM INI BERLANGSUNG.

Pada permulaan saya menyertai program Magiz ini saya menghadapi banyak kesulitan seperti saya tidak memahami tugasan saya sebagai ahli publisiti.Pada masa yang sama, saya juga mempunyai kurang pengetahuan dalam melaksanakan tugasan yang diberi oleh pengarah projek kami.Antara masalah yang di hadapi oleh saya adalah :

1) Sebagai contohnya,saya ditugaskan untuk menyebar dan menghebahka tentang Magiz 2014 yang akan berlangsung pada bulan mei 2014 kepada seluruh pelajar yang menetap di kolej pendeta zaba.Pada ketika itu saya tidak mengetahui bgaimana maklumat tersebut ingin disebarkan kepada pelajar.

2) saya juga ditugaskan untuk menyiapkan montage ( video yang akan ditayangkan pada majlis makan malam tersebut)

3) menyiapkan lakaran baju untuk dipakai oleh ahli-ahli magiz pada waktu kejadian.

4)ditugaskan menyiapkan poster,banting dan dikehendaki menampal pada tempat strategik.

Page 3: Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014

CARA MENYELESAIKAN MASALAH

1)Alhamdullilah,senior-senior lepas banyak mengajar saya menjayakan tugasan ini seperti saya boleh menyebarkan maklumat ini melalui media internet seperti facebook danmenampal poster di kawasan strategik yang dilalui pelajar seperti perhentian bas,kafe , koperasi kolej dan setiap blok.

2) belajar menggunakan aplikasi - aplikasi komputer seperti adobe photishop dan sebagainya untuk menyediakan video montage

3) meminta maklumat dari hali dan felo kolj mengenai lakaran baju yang dikehendaki.Maklumat ini sangat penting agar saya dapat mengetahui logo dan warna yang bersesuaian dengan tema yang diberikan.

4) meminta maklumat dari ahli-ahli magiz mengenai lakaran banner yang sesuai dipaparkan.

Saya benar-benar bersyukur kerana melalui progran ini banyak yang saya peroleh dan pelajari dari senior dan termasuklah rakan - rakan saya.

Page 4: Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014

Di sini saya ada lampirkan sedikit laporan mengenai matlamat.misi,objektif tema program ini dijalankan.

PENGENALAN MAJLIS RESEPSI GEMILANG ZABA 2014

Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Pendeta Za'ba adalah sebuah jawatankuasa kolej yang terkenal dengan kemantapannya melaksanakan program yang bermanfaat untuk membina modal insan kelas pertama. Majlis makan malam merupakan satu program yang akan dianjurkan oleh Biro Eksekutif Kewangan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Pendeta Za'ba. Program ini merupakan acara tahunan yang akan dianjurkan setiap tahun bagi meraikan semua warga kolej. Melalui program ini, hubungan antara warga Kolej Pendeta Za'ba yang berbilang kaum dapat dieratkan selaras dengan konsep 1 Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun AbdulRazak.

Selain itu, ia juga bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada mahasiswa/i Kolej Pendeta Za'ba khususnya untuk merasai satu pengalaman menikmati pertembungan kebudayaan di samping membentuk kernahiran kendiri dalam menjadi mahasiswa/i yang berketrampilan. Diharapkan, dengan pengalaman yang mereka peroleh semasa melibatkan diri dalam prograrn ini dapat memangkin potensi integriti yang dapat merapatkan jurang antara kaum dan agama yang berbeza.

Secara keseluruhan, program ini berpotensi untuk memupuk perpaduan antara kaum danpenampilan seseorang mahasiswa/i untuk lebih berkeyakinan dan dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran di peringkat tempatan mahupun global.

MISI

Menjadikan program ini sebagai platform menghargai wargaZa'ba yang cemerlang dari segi akademik dan kokuriku lum.

MATLAMAT

Tujuan program ini adalah untuk menjadi platform bagi pelajar mengaplikasikan segalastruktur pengorganisasian serta pelaksanaan tanggungjawab yang diamanahkan selainmemberi penghargaan terhadap pelajar yang telah menaikkan nama kolej sama ada dalambidang akademik mahupun kokurikulum.

OBJEKTIF

5.1 Meningkatkan kesedaran dan persefahaman mahasiswa/i dalam aspekkecemerlangan dari segi akademik mahupun penyertaan dalam aktiviti pelajar agardapat melahirkan bakal pemimpin yang berkebolehan dari pelbagai aspek.5.2 Melatih mahasiswa/i berorganisasi melalui proses perancangan, pentadbiran,

Page 5: Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014

Pengurusan, penyelarasan dan kepimpinan bagi sesuatu program berprotokol.5.3 Memberi penghargaan dan insentif kepada pelajar cemerlang yang telahmengharumkan nama kolej serta penglibatan mereka dalam program anjuran pihakkolej sepanjang sesi 2013/2014.

TEMA

“ THE GLOWING OF PURENESS “

ANJURAN

Biro Eksekutif Kewangan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Pendeta Za'ba UniversitiKebangsaan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) UniversitiKebangsaan Malaysia

TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :Tarikh: 6&7Mei2014Masa : 8 malam hingga 1l malam

TEMPAT

Tempat program yang dicadangkan :Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia.

PENGLIBATANPelajar Y.PZ ( 1700 orang )Kakitangan KPZ ( 30 orang )Tetamu Jemputan/Penaja ( 30 orang )Kakitangan UKM ( 20 orang )

PERINCIAN PROGRAM13.3 Majlis Makan MalamProgram ini bertujuan untuk menghimpunkan seluruh warga Kolej Pendeta Za'ba supayaboleh saling mengenali antara satu sama lain. Selain itu, program ini juga bertujuan untukmemberi latihan kepada setiap ahli jawatankuasa program terutamanya dari aspekperancangan dan pengurusan program yang telah dirancang.

I 5.2 Penyampaian Hadiah KecemerlanganSlot ini terbahagi kepada tujuh kategori iaitu MEP terbaik, program terbaik, kakitanganterbaik, olahragawan dan olahragawati, FELO terbaik dan pelajar terbaik. Penyampaianhadiah ini bertujuan untuk memberikan penghargaan ke atas kesungguhan mereka dalammenjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sertajasa yang disumbangkan kepada kolej.

Page 6: Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014

15.3 PersembahanPersembahan pula akan terbahagi kepada 3 jenis iaitu tarian, sketsa dan juga nyanyian yang mempunyai kesinambungan dan jalan cerita dari awal majlis hingga ke akhir majlis."The Glowing af Pureness"

7 Mei 2014Persembahan ini juga melibatkan pelbagai kaum iaitu kaum Melayu, Cina dan India.Penglibatan semua kaum ini juga sebagai sokongan terhadap dasar penyatuan kaum olehkerajaan iaitu 1 Malaysia.