kod kursus hhhc9301 nama kursus · pdf filesegi pendidikan islam dan pendidikan moral ... yang...

16
KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT SET 42 (SESI 2014/2015) TUGASAN KENALI SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA NAMA PENSYARAH CIK NOORDEYANA BINTI TAMBI NAMA PELAJAR NORHAYATI BINTI ZOLKEPLI A 145422 FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Upload: dominh

Post on 30-Jan-2018

251 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filesegi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral ... yang baik kepada murid itu sebagai contoh ... cemerlang sehingga membebankan pelajar dengan

KOD KURSUS

HHHC9301

NAMA KURSUS

PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

SET 42 (SESI 2014/2015)

TUGASAN

KENALI SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH

CIK NOORDEYANA BINTI TAMBI

NAMA PELAJAR

NORHAYATI BINTI ZOLKEPLI A 145422

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Page 2: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filesegi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral ... yang baik kepada murid itu sebagai contoh ... cemerlang sehingga membebankan pelajar dengan

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)

PENGENALAN

Ilmu merupakan keperluan utama manusia pada alaf 21 ini, malah jika seseorang itu hidup

tanpa ilmu didada, ianya di anggap mundur dan ketinggalan. Oleh itu, tidak pelik jika di

Malaysia juga ramai golongan akhir dewasa masih lagi menuntut ilmu di universiti mahupun

membuat kajian sama ada ilmiah ataupun tidak kerana mereka sedar akan kepentingan

pembelajaran sepanjang hayat (PSH) penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Definisi

untuk pembelajaran sepanjang hayat (PSH) adalah pencarian ilmu pengetahuan untuk

peribadi ataupun professional yang dilakukan sepanjang masa, sukarela dan atas motivasi

kendiri. Ianya berfokuskan kepada pembelajaran formal dan tidak formal untuk

membangunkan kebolehan dan meningkatkan kualiti hidup secara berterusan. Ianya boleh

berlaku di mana-mana sahaja untuk mendapatkan ilmu sama ada secara langsung ataupun

tidak langsung.

Konsep yang digunakan dalam PSH adalah manusia dilahirkan tanpa maklumat tetapi mereka

dibekalkan dengan pancaindera untuk belajar mencari ilmu atau maklumat. Firman Allah

yang bermaksud :

“ dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu

pun dan Dia memberi kamu pendenganran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur ”

(Al-Quran, An-Nahl. 16:78)

Jadi adalah wajib kepada kita untuk menuntut ilmu dan mencarinya agar dapat mencari

kebenaran dalam kehidupan ini.

Page 3: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filesegi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral ... yang baik kepada murid itu sebagai contoh ... cemerlang sehingga membebankan pelajar dengan

SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan

Kerajaan terdiri daripada Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah, pendidikan Menengah

dan Pendidikan Lepas Menengah. Umum mengetahui di Negara kita kanak-kanak se awal

usia empat tahun sudah diberikan pendidikan formal pada tahap awal dimana ianya

ditempatkan di Prasekolah bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun.

Kemudian, murid meneruskan pembelajaran di Sekolah Rendah di mana kursus pengajian

pada peringkat ini direncanakan kepada murid yang berusia tujuh tahun tetapi untuk murid

yang berkecuali (boleh tamat awal) ianya boleh menerima pendidikan se awal usia lima ke

enam tahun. Jenis sekolah yang ditubuhkan adalah terdiri daripada sekolah kebangsaan dan

sekolah jenis kebangsaan.

Seterusnya di peringkat sekolah menengah pula, pendidikan yang di sediakan adalah bagi

murid yang telah tamat mengambil pendidikan rendah. Peringkat ini terdiri daripada

menengah rendah dan menengah tinggi. Bagi tingkatan satu dan tiga ianya berada di

peringkat menengah rendah manakala peringkat seterusnya berada di menengah tinggi.

Pendidikan menengah yang terdiri diadakan terdiri daripada sekolah akademik, sekolah

teknik dan vokasional dan sekolah kebangsaan agama. Kemudian pendidikan lepas menengah

adalah pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan

rendah dan menengah. Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan

Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit

Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.

Page 4: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filesegi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral ... yang baik kepada murid itu sebagai contoh ... cemerlang sehingga membebankan pelajar dengan

PSH adalah saluran pembelajaran sepanjang hidup yang utama bagi seseorang individu, oleh

itu sistem pendidikan negara berjalan bermula daripada peringkat prasekolah, sekolah rendah,

sekolah menengah, pra universiti dan seterusnya pengajian tinggi untuk memberi peluang

kepada masyarakat untuk menjalani PSH ini. Malah PSH merupakan tonggak ketiga dalam

pembangunan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selain daripada

pendidikan asas dan pendidikan tertiari negara. Program PSH adalah agenda utama negara

dalam pembangunan modal insan. Berdasarkan Pelan Induk PSH untuk Malaysia 2011-2020,

fokus diberi kepada kumpulan sasaran yang berumur antara 15 hingga 64 tahun

memandangkan kumpulan tersebut merupakan golongan rakyat yang masih proaktif dan

produktif bagi memaju dan membangunkan ekonomi negara.

PSH yang dilaksanakan oleh IPT menggunakan pendekatan pendidikan jarak jauh,

pendidikan fleksibel, pengiktirafan pengalaman bekerja (recognition of prior learning) dan

penawaran kursus pendek bagi peningkatan pengetahuan dan kemahiran diri. Asas

penubuhan dan kepentingan Projek Agenda Kritikal (CAP) Pembelajaran Sepanjang Hayat

(PSH) adalah bagi membudayakan PSH dan memperkasakan program dan aktiviti PSH

melalui:

Peningkatan kesedaran dan penyertaan PSH

Pewujudan mekanisme dan infrastruktur yang dapat memudah cara serta memberi

pengiktirafan dan akreditasi PSH

Penyelarasan program PSH oleh semua institusi / agensi di bawah KPT agar tiada

pertindihan program dan aktiviti

Penggalakan perkongsian sumber dan infrastruktur dalam melaksanakan PSH

Sokongan kewangan dan insentif yang sewajarnya

Pemantauan program aktiviti PSH secara berkala

Page 5: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filesegi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral ... yang baik kepada murid itu sebagai contoh ... cemerlang sehingga membebankan pelajar dengan

11 ANJAKAN TRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN

1. MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN

BERKUALITI BERTAFAR ANTARA BANGSA

Fokus utama dalam fasa ini adalah dengan menyelaraskan pembelajaran bahasa, matematik

dan sains setaraf dengan standard antarabangsa. Kemudian merombak semula system

peperiksaan dengan mengunakan konsep PBS agar dapat meningkatkan peratusan dalam 3

pekara yang dinilai iaitu bahasa, matematik dan sains. Murid juga diberikan peluang agar

dapat mengakses pendidikan daripada sekolah kebangsaan ataupun vokasional. Akhir sekali

mewajibkan pendidikan kepada individu selama 11 tahun bermula umur seawall 6 tahun.

2. MEMASTIKAN SETIAP MURID MENGUASAI KEMAHIRAN DALAM

BAHASA MALAYSIA DAN INGGERIS SERTA BAHASA TAMMBAHAN

Usaha yang dilakukan bagi mencapai anjakan ini adalah dengan meningkatkan tenaga mahir

dalam bidang bahasa agar murid-murid dapat mempelajari pelbagai bahasa terutama bahasa

Inggeris kerana iany adalah bahasa antarabangsa. Selain itu adalah menjadikan kertas bahasa

Inggeris sebagai wajib lulus dalam peperiksaan agar kualiti murid yang cemerlang meningkat.

Matlamat akhir fasa ini adalah menggalakkan murid menguasai pelbagai bahasa asing

menjelang 2025.

3. MELAHIRKAN RAKYAT YANG MENGHAYATI NILAI

Tujuan utamanya adalah untuk melahirkan individu yang mempunyai ilmu yang kukuh dari

segi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang akhirnya mengeratkan sefahaman dalam

perpaduan rakyat berbilang bangsa. Seterusnya adalah membangunkan murid secara holistik

dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan

Beruniform dalam institusi pendidikan.

Page 6: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filesegi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral ... yang baik kepada murid itu sebagai contoh ... cemerlang sehingga membebankan pelajar dengan

4. MENTRASFORMASI PROFESION KEGURUAN MENJADI PROFESION

PILIHAN

Usaha yang dilaksanakan adalah memberikan galakan dan kursus kepada para guru agar

mereka dapat menyampaikan ilmu atau input yang berkualiti tinggi kepada pelajar.

5. MEMASTIKAN KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DITEMPATKAN DI

SETIAP SEKOLAH

Sistem organisasi institusi haruslah mantap dengan melantik pegawai-pegawai pentadbiran

yang cekap menguruskan hal ehwal pendidikan agar program dan aktiviti yang ingin

dijalankan kepada murid dapat membuahkan hasil yang baik. Staf sokongan juga memainkan

peranan dalam usaha meningkatkan system pendidikan di Negara ini.

6. MENGUPAYA JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENYEDIAKAN

PENYELESAIAN KHUSUS BERASASKAN KEPERLUAN

Institusi pendidikan haruslah menyediakan prasarana yang lengkap bagi memudahkan pelajar

untuk mengakses kemudahan yang ada agar kualiti penerimaan ilmu itu membantu mereka

mendapatkan ilmu. Seterusnya, kuasa autonomi diberikan kepada pihak pentadbiran untuk

merangka program yang berkesan untuk pelajar.

7. MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI

PEMBELAJARAN DI MALAYSIA

Menyediakan akses internet yang baik dan persekitaran pembelajaran maya melalui

1BestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah di Malaysia.

Page 7: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filesegi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral ... yang baik kepada murid itu sebagai contoh ... cemerlang sehingga membebankan pelajar dengan

8. MENTRSFORMASI KEBOLEHAN DAN KEUPAYAAN PENYAMPAIAN

KEMENTERIAN

Menggunakan JPN untuk membuat keputusan mengenai bajet personal mulai 2013 serta

meningkatkan kebertanggunjawaban bagi menambah baik keberhasilan pelajar untuk menjadi

modal insane terbaik untuk Negara.

9. BEKERJASAMA DENGAN IBUBAPA , KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA

SECARA MELUAS

Wujudnya PIBG di sekolah adalah untuk melibatkan ibubapa dalam sistem pendidikan yang

diperolehi murid di peringkat sekolah. Jika hanya berfokuskan kepada usaha guru untuk

melahirkan pelajar yang cemerlang tanpa bantuan ibubapa, usaha ini sukar berhasil ini kerana

pantauan ibubapa dirumah mengenai penglibatan murid untuk mengakses pendidikan itu

penting.

10. MEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN MURID BAGI SETIAP RINGGIT

Jika sesuatu usaha dijalankan ianya diharapkan agar dapat mengembalikan pulangan hasil

yang baik kepada murid itu sebagai contoh jika ada program yang dianjurkan untuk

meningkatkan kemahiran ataupun modal insan individu, ianya mestilah mendatangkan kesan

yang baik. Justeru itu, untuk menghasilkan modal insan yang baik, tenaga mahir, kemahiran

dan kecekapan guru perlu dipertingkatkan dengan memperuntukan mereka kursus dan

penyellidikan.

11. MENINGKATKAN KETULUSAN UNTUK KEBERTANGGUJAWABAN

AWAM SECARA LANGSUNG.

Fasa terakhir ini adalah dengan menyediakan laporan akhir tahunan untuk meninjau sejauh

mana keberhasilan system pendidikan yang diguna pakai dan cadangan penambah baikan

akan diusahakan untuk melahirkan modal insane yang berkualiti untuk Negara.

Page 8: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filesegi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral ... yang baik kepada murid itu sebagai contoh ... cemerlang sehingga membebankan pelajar dengan

KONSEP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Di Malaysia sistem pendidikan menggunakan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

iaitu satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan

psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan

Malaysia.Ianya bertujuan untuk melahirkan murid yang berkebolehan daripada pelbagai

aspek bukan sahaja dalam bidang akademik malah melihatkan sahsiah diri dan kokurikulum.

PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016, mulai

Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014.

Matlamat konsep PBS ini adalah untuk memastikan murid dapat menglibatkan diri dengan

pelbagai aktiviti yang bukan sahaja bercorak akedemik malah sahsiah, kebudayaan dan sukan.

Justeru itu, pemansuhan peperiksaan di laksanakan kerana Malaysia merupakan antara

Negara yang banyak mengambil peperiksaan untuk penilaian berbanding Negara lain. Hal ini

menyebabkan guru dan ibu bapa menegaskan murid untuk fokus kepada bidang akademik

sahaja sehingga menghalangkan ‘soft skill’ mereka dibentuk akibat memburu kecemerlangan

dalam akademik.

Tan Sri Muhyiddin Yassin merasakan bahawa tidak perlu jawatankuasa khas yang dipilih

untuk membincangkan isu pemansuhan UPSR dan PMR kerana ini tanggungjawab peringkat

kementerian, dan bukan urusan Parlimen. Namun, dia sedia menerima pelbagai pandangan

dan cadangan.Muhyiddin bersetuju peperiksaan penting tetapi pemansuhan UPSR dan PMR

dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan dalam aspek perbelanjaan mengurus,

penggunaan sumber manusia dan mengurangkan beban tugas guru untuk mengendalikan

peperiksaan. Selain itu guru memberi banyak tumpuan untuk mencapai gred A cemerlang dan

urusan sekolah juga banyak menjurus ke arah itu, menyebabkan tanggungan kerja bertambah

yang turut membebankan pelajar.

Page 9: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filesegi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral ... yang baik kepada murid itu sebagai contoh ... cemerlang sehingga membebankan pelajar dengan

PEMANSUHAN UPSR DAN PMR

Kementerian Pelajaran akan mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan

Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan supaya pelajar di negara ini menduduki

hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan. Tan Sri Muhyiddin Yassin,

menjelaskan cadangan pemansuhan peperiksaan itu kepada kerajaan akan mengubah sistem

pendidikan negara yang kini terlalu berorientasikan kepada peperiksaan menyebabkan

matlamat melahirkan modal insan yang utuh serta mempunyai keterampilan diri yang tinggi

gagal dicapai.Bagaimanapun katanya, kedua-dua peperiksaan itu mungkin juga diteruskan,

tetapi bukan lagi berstatus peperiksaan awam seperti sekarang, sebaliknya dijadikan penilaian

pencapaian pelajar di peringkat sekolah saja.

PENILAIAN :

KEBAIKAN PEMANSUHAN UPSR DAN PMR

1. Mengurangkan beban pelajar terutama murid di peringkat sekolah rendah

Sistem persekolahan yang terlampau memberi tumpuan kepada pencapaian akedemik yang

cemerlang sehingga membebankan pelajar dengan jadual harian yang padat di sekolah di

tambah pula usaha ibubapa yang menghantar anak-anak ke pusat tuisyen pada waktu

malam,pasti sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada murid sedangkan mereka masih

belum matang untuk menyedari akan kepentingan sesuatu kejayaan itu yang akhirnya akan

memberikan tekanan dan beban kepada mereka. Menuntut ilmu daripada pagi disambung

pula di sekolah petang untuk belajar agama dan seterusnya tuisyen pada waktu malam pasti

meletihkan pelajar dan akhirnya mereka tiada masa untuk mengasah bakat mencari kebolehan

lain dalam diri.

Page 10: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filesegi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral ... yang baik kepada murid itu sebagai contoh ... cemerlang sehingga membebankan pelajar dengan

2. Murid fokus kepada pembelajaran sepanjang hayat

Ilmu itu penting untuk menyuluh kehidupan seseorang, ianya lagi bermakna jika ilmu itu

dipraktikkan akan tetapi ianya semakin lapuk dek kerana murid kini menggunakan ilmu

hanya untuk ditulis dalam peperiksaan semata-mata. Ilmu itu akan dilupakan sehabis sahaja

peperiksaan, maka tiadalah wujud PSH di sini.Malah murid-murid kini kian cenderung untuk

menghafal ilmu tanpa memahami isinya kerana ingin lulus dalam peperiksaan agar mudah

dapat pekerjaan dengan gred yang cemerlang.

KEBURUKAN PEMANSUHAN UPSR DAN PMR

1. Kurang pengalaman untuk peperiksaan SPM

Jika dilihat kebanyakkan murid dapat membaiki prestasinya di peringkat PMR walaupun

keputusan semasa menduduki UPSR tidak begitu cemerlang. Ini kerana mereka baru mula

merasai pengalaman dan debaran semasa menduduki peperiksaan yang besar, oleh itu

peluang ke-dua itu digunakan sebaik mungkin untuk membaiki prestasi mereka. Jika UPSR

dan PMR dimansuhkan, maka murid akan berasa tekanan dan debaran yang teramat dek

kerana tiada pengalaman menduduki peperiksaan yang besar. Tegasnya, pengalaman pelajar

dalam peperiksaan amat penting untuk menjamin peningkatan bilangan pelajar yang

cemerlang dalam SPM.

2. Menjejaskan penilaian terhadap prestasi murid

Guru di sekolah kurang berupaya untuk menyediakan soalan yang standart dan setaraf dengan

UPSR mahupun PMR. Mereka hanya mampu menyediakan ujian bulanan mengikut sekolah

masing-masing sahaja untuk menilai perkembangan pelajar. Penilaian perkembangan pretasi

pelajar sebegini seolah-olah tiada hala tuju yang tertentu di samping tidak dapat menilai

perkembangan pretasi pelajar dengan tepat.Jika peperiksaan pada tahap pertama diadakan,

kebolehan pelajar dalam 3M dapat dinilai iaitu membaca, menulis dan mengira. Justeru itu,

Page 11: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filesegi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral ... yang baik kepada murid itu sebagai contoh ... cemerlang sehingga membebankan pelajar dengan

kebolehan pelajar dapat dinilai pada tahap awal dan jika mereka masih belum menguasai 3M

maka usaha pendidikan dalam kelas pemulihan dapat dijalankan pada peringkat awal lagi.

3. Hilangnya budaya berdaya saing

Budaya saling bersaing penting dalam kalangan pelajar sejak dahulu lagi. Hal ini demikian,

kerana budaya saling bersaing bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang mempunyai

keazaman yang tinggi untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang, malahan

hal ini turut menjadi alternatif lain untuk memberi dorongan kepada pelajar lain supaya

mempertingkatkan pretasi mereka. Oleh itu, pemansuhan UPSR dan PMR akan

meninggalkan ujian bulanan sahaja untuk menilai pretasi pelajar. Sebagai kesannya, para

pelajar hilang semangat mahupun inisiatif untuk saling bersaing antara satu sama lain.

Tegasnya,pemansuhan UPSR dan PMR wajar dibatalkan supaya mengekalkan budaya saling

bersaing daripada lenyap semasa ketibaan SPM nanti.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pemansuhan UPSR dan PMR sememangnya meninggalkan kesan positif dan

kesan negatif kepada masyarakat khususnya dalam kalangan pelajar. Walaubagaimanapun,

keputusan memansuhkan atau mengekalkan kedua-dua peperiksaan itu belum

dimuktamadkan lagi. Sudah pasti ibu bapa mahu melihat alternatif lebih baik jika UPSR dan

PMR dimansuhkan. Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri MuhyiddinYassin

yang juga Menteri Pelajaran pada sesi penggulungan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh

(RM Ke-10) di Dewan Rakyat iaitu memperkenalkan system pentaksiran berasaskan

sekolah(PBS) bagi mengganti sistem peperiksaan adalah antara pendekatan yang mungkin

diambil bagi memantapkan lagi system pendidikan Negara untuk melahirkan modal insane

yang berkebolehan.

Page 12: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filesegi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral ... yang baik kepada murid itu sebagai contoh ... cemerlang sehingga membebankan pelajar dengan

INFO SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

PRESTASI PENDIDIKAN MALAYSIA KEDUA TERCOROT DI ASIA TENGGARA

PISA adalah sebuah Program Penarafan Mutu Pendidikan bagi Pelajar-pelajar 15 Tahun di

sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh Organisation for Economic Corporation and

Development (OECD) yang melibatkan negara-negara dari seluruh dunia. PISA telah

menjadi Piawaian Antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu

sistem pendidikan sekolah di dunia. Dalam Program Penarafan Mutu Pendidikan ini, pelajar-

pelajar berumur 15 tahun akan dinilai untuk menguji Kemampuan dan Penguasaan pelajar

dalam 3 bidang utama iaitu Membaca, Matematik dan Sains.

Malaysia jauh ketinggalan daripada Singapura, akan tetapi pekara yang mengejutkan Negara

Vietnam lagi maju dalam bidang pendidikan dibandingkan dengan Negara kita. Sedangkan

jika di lihat dari segi pembangunan Negara yang maju, Negara kita lebih stabil daripada

mereka. Antara sebab kemerosotan pencapaian pelajar adalah diberi alasan kerana sikap

murid yang menganggap penilaian itu tidak serius, format soalan teks panjang yang

memerlukan pemahaman, terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar dan keutamaan

guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran berbanding menerapkan pemahaman konsep

kepada pelajar. Kelemahan ini tidak boleh disandarkan kepada guru dan pelajar semata-mata

kerana sudah menjadi tradisi di Negara kita peperiksaan berdasarkan dasar-dasar yang

mementingkan keputusan peperiksaan semata-mata, tidak memberi ruang kepada

percambahan fikiran yang berbeza untuk pelajar berfikiran kritis mencari penyelelsaian

terhadap sesuatu permasalahan.

Justeru beliau menggesa agar sukatan mata pelajaran diubah bagi memberi penekanan kepada

pemahaman konsep serta menggantung sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) bagi

meneliti masalah-masalah sistem pendidikan.

Page 13: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filesegi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral ... yang baik kepada murid itu sebagai contoh ... cemerlang sehingga membebankan pelajar dengan

RUJUKAN

1. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.(2012). Ringkasan Eksekutif.

m/s 3-46.

2. Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia (1988).71 Jilid XXXII Julai.Terbitan

Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Sri Murniati & Al-Mustaqeem M Radhi.(2012). Reformasi Pendidikan di Malaysia.

Merentas Jalan Baru. Penerbit: IKD.

Page 14: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filesegi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral ... yang baik kepada murid itu sebagai contoh ... cemerlang sehingga membebankan pelajar dengan

LAMPIRAN

Page 15: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filesegi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral ... yang baik kepada murid itu sebagai contoh ... cemerlang sehingga membebankan pelajar dengan

SISTEM PEPERIKSAAN UPSR DAN PMR

Page 16: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filesegi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral ... yang baik kepada murid itu sebagai contoh ... cemerlang sehingga membebankan pelajar dengan