kod kursus hhhc9301 nama kursus · pdf filepenubuhan dan kepentingan projek agenda ... jadual...

19
KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT SET 42 (SESI 2014/2015) TUGASAN PERBANDINGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA DENGAN NEGARA LUAR NAMA PENSYARAH CIK NOORDEYANA BINTI TAMBI NAMA PELAJAR NORHAYATI BINTI ZOLKEPLI A 145422 FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Upload: lamkhanh

Post on 01-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filepenubuhan dan kepentingan Projek Agenda ... Jadual harian mereka juga berbeza ... kurang sama seperti di Negara kita iaitu guru mengajar

KOD KURSUS

HHHC9301

NAMA KURSUS

PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

SET 42 (SESI 2014/2015)

TUGASAN

PERBANDINGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA DENGAN NEGARA LUAR

NAMA PENSYARAH

CIK NOORDEYANA BINTI TAMBI

NAMA PELAJAR

NORHAYATI BINTI ZOLKEPLI A 145422

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Page 2: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filepenubuhan dan kepentingan Projek Agenda ... Jadual harian mereka juga berbeza ... kurang sama seperti di Negara kita iaitu guru mengajar

2

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)

PENGENALAN

Ilmu merupakan keperluan utama manusia pada alaf 21 ini, malah jika seseorang itu hidup

tanpa ilmu didada, ianya di anggap mundur dan ketinggalan. Oleh itu, tidak pelik jika di

Malaysia juga ramai golongan akhir dewasa masih lagi menuntut ilmu di universiti mahupun

membuat kajian sama ada ilmiah ataupun tidak kerana mereka sedar akan kepentingan

pembelajaran sepanjang hayat (PSH) penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Definisi

untuk pembelajaran sepanjang hayat (PSH) adalah pencarian ilmu pengetahuan untuk

peribadi ataupun profesional yang dilakukan sepanjang masa, sukarela dan atas motivasi

sendiri. Ianya berfokuskan kepada pembelajaran formal dan tidak formal untuk

membangunkan kebolehan dan meningkatkan kualiti hidup secara berterusan. PSH boleh

berlaku di mana-mana sahaja untuk mendapatkan ilmu sama ada secara langsung ataupun

tidak langsung.

Konsep yang digunakan dalam PSH adalah manusia dilahirkan tanpa maklumat tetapi mereka

dibekalkan dengan pancaindera untuk belajar mencari ilmu atau maklumat. Firman Allah

yang bermaksud :

“ dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu

pun dan Dia memberi kamu pendenganran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur ”

(Al-Quran, An-Nahl. 16:78)

Jadi adalah wajib kepada kita untuk menuntut ilmu dan mencarinya agar dapat mencari

kebenaran dalam kehidupan ini.

Page 3: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filepenubuhan dan kepentingan Projek Agenda ... Jadual harian mereka juga berbeza ... kurang sama seperti di Negara kita iaitu guru mengajar

3

SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan

Kerajaan terdiri daripada Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah

dan Pendidikan Lepas Menengah. Umum mengetahui di Negara kita kanak-kanak se-awal

usia empat tahun sudah diberikan pendidikan formal pada tahap awal di mana ianya

ditempatkan di Prasekolah bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun.

Kemudian, murid meneruskan pembelajaran di Sekolah Rendah di mana kursus pengajian

pada peringkat ini direncanakan kepada murid yang berusia tujuh tahun tetapi untuk murid

yang berkecuali (boleh tamat awal) ianya boleh menerima pendidikan se-awal usia lima ke

enam tahun. Jenis sekolah yang ditubuhkan adalah terdiri daripada sekolah kebangsaan dan

sekolah jenis kebangsaan.

Seterusnya di peringkat sekolah menengah pula, pendidikan yang disediakan adalah bagi

murid yang telah tamat mengambil pendidikan rendah. Peringkat ini terdiri daripada

menengah rendah dan menengah tinggi. Bagi tingkatan satu dan tiga ianya berada di

peringkat menengah rendah manakala peringkat seterusnya berada di menengah tinggi.

Pendidikan menengah adalah terdiri daripada sekolah akademik, sekolah teknik dan

vokasional dan sekolah kebangsaan agama. Kemudian pendidikan lepas menengah adalah

pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan rendah

dan menengah. Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula

adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah

Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.

Page 4: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filepenubuhan dan kepentingan Projek Agenda ... Jadual harian mereka juga berbeza ... kurang sama seperti di Negara kita iaitu guru mengajar

4

PSH adalah saluran pembelajaran sepanjang hidup yang utama bagi seseorang individu, oleh

itu sistem pendidikan negara berjalan bermula daripada peringkat prasekolah, sekolah rendah,

sekolah menengah, pra universiti dan seterusnya pengajian tinggi untuk memberi peluang

kepada masyarakat untuk menjalani PSH ini. Malah PSH merupakan tonggak ketiga dalam

pembangunan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selain daripada

pendidikan asas dan pendidikan ketiga negara. Program PSH adalah agenda utama negara

dalam pembangunan modal insan. Berdasarkan Pelan Induk PSH untuk Malaysia 2011-2020,

fokus diberi kepada kumpulan sasaran yang berumur antara 15 hingga 64 tahun

memandangkan kumpulan tersebut merupakan golongan rakyat yang masih proaktif dan

produktif bagi memaju dan membangunkan ekonomi negara.

PSH yang dilaksanakan oleh IPT menggunakan pendekatan pendidikan jarak jauh,

pendidikan fleksibel, pengiktirafan pengalaman bekerja (recognition of prior learning) dan

penawaran kursus pendek bagi peningkatan pengetahuan dan kemahiran diri. Asas

penubuhan dan kepentingan Projek Agenda Kritikal (CAP) Pembelajaran Sepanjang Hayat

(PSH) adalah bagi membudayakan PSH dan memperkasakan program dan aktiviti PSH

melalui:

Peningkatan kesedaran dan penyertaan PSH

Pewujudan mekanisme dan infrastruktur yang dapat memudah cara serta memberi

pengiktirafan dan akreditasi PSH

Penyelarasan program PSH oleh semua institusi / agensi di bawah KPT agar tiada

pertindihan program dan aktiviti

Penggalakan perkongsian sumber dan infrastruktur dalam melaksanakan PSH

Sokongan kewangan dan insentif yang sewajarnya

Pemantauan program aktiviti PSH secara berkala

Page 5: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filepenubuhan dan kepentingan Projek Agenda ... Jadual harian mereka juga berbeza ... kurang sama seperti di Negara kita iaitu guru mengajar

5

PERBEZAAN SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA DENGAN NEGARA LUAR

Pendidikan amat penting dalam kehidupan kita di muka bumi ini malah ianya boleh menjadi

salah satu faktor untuk menentukan kluster dalam masyarakat. Semua Negara mempunyai

sistem pendidikan yang tersendiri bagi membekalkan ilmu kepada generasi baru, akan tetapi

dengan perbezaan sistem yang diguna pakai membuatkan hasil dan prestasi juga berbeza.

Dalam tajuk di atas saya akan menghurai perbezaan sistem pendidikan dan cara pembelajaran

antara Malaysia dengan Negara luar iaitu Indonesia dan Finlandia. Kajian telah dilakukan

untuk menentukan sistem pendidikan Negara manakah yang paling bagus dan hasilnya

menunjukkan bahawa Negara Finlandia mempunyai sistem pendidikan yang mampu

meningkatkan prestasi pembelajaran muridnya. Oleh itu, bagaimana pula sistem pendidikan

kita di Malaysia dan juga perbezaannya dengan Negara-negara lain? Justeru itu saya akan

menghuraikan dengan membahagikan kepada 6 pekara iaitu :

1. Peringkat persekolahan

2. Sistem peperiksaan

3. Tenaga pengajar

4. Jenis sekolah

5. Masa pembelajaran

Pekara-pekara ini akan memperjelaskan bagaimana Negara-negara luar menguruskan

pelajarnya dengan menggunakan sistem pendidikan di Negara masing-masing. Saya akan

mengulas bagaimana cara di kedua buah Negara ini dan kemudian membezakannya dengan

sistem yang diguna pakai di Malaysia.

Page 6: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filepenubuhan dan kepentingan Projek Agenda ... Jadual harian mereka juga berbeza ... kurang sama seperti di Negara kita iaitu guru mengajar

6

1. PERINGKAT PERSEKOLAHAN

Indonesia : Kanak-kanak diberi peluang mendapatkan pendidikan asas seperti rangsangan

dan sebagainya daripada usia mereka dilahirkan sehingga 6 tahun dikenali sebagai

Pendidikan Anak Usia Dini. Ini adalah pilihan ibubapa dan tidak diwajibkan sebagai satu

langkah awal untuk mendedahkan anak kepada bidang pendidikan. Bermula pendidikan

formal se-awal umur 7 tahun di Sekolah Dasar (SD) selama 3 tahun kemudian dilanjutkan

lagi Sekolah Menengah Pertama (SMP) selama 3 tahun dan Sekolah Menengah Atas (SMA)

juga selama 3 tahun tempoh pendidikan.

Finlandia : Berbeza di Negara ini, kanak-kanak lambat memulakan alam persekolahan

berbanding Negara lain. Kanak-kanak di Finlandia bersekolah seawal usia 7 tahun, mereka

tidak dibenarkan mengikuti ‘playgroup’ ataupun pendidikan awal yang formal. Pemerintah

Finlandia memberi arahan kepada ibubapa kanak-kanak untuk melaksanakan Pendidikan

awal di rumah. Alasannya karana dari bayi hingga usia 6 tahun adalah masa yang kritis untuk

tahap awal perkembangan anak.

PERBEZAANYA DENGAN MALAYSIA

Negara kita mewajibkan pendidikan seawal usia 7 tahun di sekolah rendah. Murid secara

keseluruhannya wajib mendapatkan pendidikan selama 11 tahun sebelum membolehkan

layak menuntuk pendidikan di peringkat tinggi seperti Matrikulasi, Asasi, Politeknik dan

universiti. Sistem pendidikan kita hampir sama dengan Indonesia kerana sebelum

mendapatkan pendidikan formal ramai ibubapa yang menghantar anak-anak ke taska dan

pusat asuhan yang memberi pendidikan awal. Sebaliknya dengan Finlandia, yang melarang

kanak-kanak mendapatkan pendidikan awal di institusi tetapi ditugaskan ibubapa untuk

memberi dan merangsang perkembangan minda kanak-kanak.

Page 7: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filepenubuhan dan kepentingan Projek Agenda ... Jadual harian mereka juga berbeza ... kurang sama seperti di Negara kita iaitu guru mengajar

7

2. SISTEM PEPERIKSAAN

Indonesia : Di Indonesia juga mempunyai sistem peperiksaan untuk menilai prestasi pelajar

bahkan untuk menaiki kelas yang lebih baik juga perlu menempuhi ujian akhir tahun dengan

cemerlang sama seperti di Malaysia. Peperiksaan penting untuk kelulusan SD,SMP,SMA

dikenali sebagai ujian nasional (UN), tapi sekarang semenjak 2014 ianya ditukar menjadi

US/M (ujian sekolah/ madrasah) di peringkat SD. Manakala untuk SMP dan SMA masih

tetap sama iaitu UN.

Finlandia : Sistem pendidikan Finland tidak mempunyai ujian piawai yang tetap. Maksudnya

mereka tidak mempunyai ujian piawai seperti SPM, PMR ataupun UPSR yang terdapat di

Malaysia. Pelajar di Negara ini tidak perlu untuk mengikuti ujian tingkat nasional, kecuali

ketika mereka mahu melanjutkan kuliah di pendidikan yang tinggi. Finlandia tidak mengikut

GERM (Global Education Reform Movement) yang menekankan pendidikan ke arah

kompetisi dan persaingan. Sesi pembelajaran di sekolah berjalan dengan tenang tanpa ada

persaingan antara murid.

PERBEZAAN DI MALAYSIA

Di Negara kita, UPSR,PMR dan SPM menjadi tunggak untuk mengukur aras kecemerlangan

murid-murid dalam pendidikan. Jika mereka mendapat keputusan yang bagus, semakin cerah

peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran di MRSM ataupun sekolah berasrama penuh

(SBP) di peringkat Sekolah Menengah. Lain pula dengan sistem Findlandia kerana tiada ujian

sehinggalah umur mereka 16 tahun. Mereka tidak mahu memberi tekanan kepada pelajar

kerana pada usia yang awal seperti 12 tahun (UPSR) misalnya, kanak-kanak mungkin belum

lagi matang untuk menempuhi ujian yang diadakan dan mungkin mereka tidak tahu lagi

bahawa peperiksaan itu adalah sesuatu yang penting untuk membolehkan guru-guru menilai

prestasi mereka.

Page 8: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filepenubuhan dan kepentingan Projek Agenda ... Jadual harian mereka juga berbeza ... kurang sama seperti di Negara kita iaitu guru mengajar

8

3. TENAGA PENGAJAR

Indonesia : Guru- guru yang diambil untuk mengajar di peringkat sekolah Dasar dan

Menegah adalah mereka yang tinggi pendidikannya daripada tahap pendidikan yang mereka

mahu mengajar. Tiada tahap yang kursus yang dikenakan kepada seorang guru itu untuk

menjadi seorang pendidik.

Finlandia : Kebanyakkan guru mereka terdiri daripada pelajar yang cemerlang. Kelayakkan

seorang guru adalah Sarjana. Maksudnya mereka mempunyai kelayakkan lebih tinggi

daripada ijazah. Guru-guru Finlandia adalah guru-guru dengan kualiti terbaik dengan

pelatihan terbaik. Profesion guru sendiri adalah profesion yang sangat dihargai dan dihormati

lebih daripada seorang doktor mahupun peguam walaupun gaji mereka tidaklah terlalu besar

tetapi status mereka amat dihormati masyarakat kerana menjadi seorang pendidik.

PERBEZAAN DI MALAYSIA

Negara kita juga tidak kurang bezanya dengan Indonesia di mana rata-rata tenaga

pengajarnya mempunyai pendidikan pada tahap yang seadanya. Kebanyakkan guru-guru di

sekolah rendah dan menengah adalah guru-guru yang diserap masuk daripada Maktab

Perguruan dan UPSI kerana institusi ini berfokus untuk melahirkan pendidik kepada bangsa

Negara. Jika tenaga pengajar kita diwajibkan untuk memiliki tahap pendidikan yang tinggi

pastinya mutu dan kualiti pendidikan yang diberikan juga berbeza kerana ilmu mereka lebih

tinggi dan pengalaman juga banyak untuk disuaikan kepada murid.

Page 9: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filepenubuhan dan kepentingan Projek Agenda ... Jadual harian mereka juga berbeza ... kurang sama seperti di Negara kita iaitu guru mengajar

9

4. JENIS SEKOLAH

Indonesia : Murid-murid di sana juga mempunyai ‘private school’ yang rata-ratanya adalah

daripada golongan elit. Pemakaian uniform mereka juga tidak sama dengan kanak-kanak di

SMP dan SMA yang lain. Peraturan juga agak bebas dan tidak terikat sangat dengan

peraturan yang telah ditetapkan.

Finlandia : Tiada sekolah swasta di Finland, kerana bagi mereka semua orang berhak

mendapat peluang yang sama. Sekolah mereka menempatkan semua kanak-kanak tanpa

mengikut kelas sosial dan ekonomi. Walaupun ada di antaranya daripada keluarga yang

berada tetapi tiada layanan istimewa kepada kanak-kanak ini. Semuanya dilayan sama rata di

sekolah dan mendapat hak-hak yang sama serta berkongsi fasiliti yang sama dengan kanak-

kanak yang berada dikelas pertengahan dan bawahan.

PERBEZAAN DI MALAYSIA

Kita di Malaysia terdapat ‘private School’ di mana semua sedia maklum ianya adalah untuk

mereka yang dari golongan elit. Ibubapa mahukan layanan dan fasiliti selengkapnya untuk

anak mereka mendapatkan pendidikan. Jadual harian mereka juga berbeza daripada sekolah

kebangsaan biasa. Bahkan unifom persekolahan mereka juga berbeza daripada murid-murid

lain. Ini membuatkan murid-murid di sekolah biasa berasa rendah diri dan tahu akan tahap

mereka lebih rendah daripada golongan ini. Jika jenis sekolah di Negara ini sama seperti

Findlandia, maka tiada timbul soal perbezaan kelas kerana kanak-kanak memiliki peluang

yang sama untuk menuntut ilmu.

Page 10: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filepenubuhan dan kepentingan Projek Agenda ... Jadual harian mereka juga berbeza ... kurang sama seperti di Negara kita iaitu guru mengajar

10

5. MASA PEMBELAJARAN

Indonesia : Cara dan sistem di Negara ini lebih kurang sama seperti di Negara kita iaitu guru

mengajar di hadapan kelas, akan tetapi murid di dalam sesebuah kelas itu agak padat iaitu

seramai 40 orang murid. Ini membuatkan guru sukar mengawal pelajar dan input yang ingin

disampaikan juga pasti tidak dapat diperoleh sepenuhnya oleh para pelajar. Keadaan kelas

tidak kondusif kerana sempit dan panas untuk murid menuntut ilmu. Mereka juga diberikan

kerja rumah sebagai tugasan selepas waktu persekolahan.

Finlandia : Anak-anak Finlandia tidak perlu pulang ke rumah dengan membawa tugas.

Mereka tidak diberikan kerja sekolah. Ini kerana masa yang luar daripada sekolah digunakan

untuk kanak-kanak menumpukan kepada aktiviti yang mereka minat seperti sukan, muzik dan

sebagainya. Suasana di sekolah juga sangat kondusif dengan murid seramai kurang daripada

20 orang murid di dalam satu kelas. Ini memudahkan guru untuk fokus kepada mengawal

murid serta menyebabkan usaha menyampaian ilmu itu berhasil.

PERBEZAAN DI MALAYSIA

Waktu persekolahan di sekolah rendah bermula seawal 7.30 pagi dan pulang pada 1.10

tengahari malah semakin lewat apabila pendidikan semakin tinggi. Kemudian pelajar

dibekalkan dengan kerja rumah yang banyak bergantung kepada guru masing-masing.

Seterusnya jika ada kokurikulum, pelajar diwajibkan hadir agar mencapai matlamat Negara

untuk melahirkan belia yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum. Ditambah lagi

dengan ibubapa yang mahukan anak-anak lebih berjaya dengan menghantar mereka ke kelas

tuisyen pada waktu malam. Murid merasakan bebanan dengan tiada masa untuk membuat

aktiviti kesukaan mereka sendiri kerana aktiviti dan jadual harian yang padat. Tidak mustahil

statistik Negara menunjukkan ramai belia kini yang berada dalam kemurungan akibat gaya

kehidupan yang sibuk pada usia yang muda lagi. Di saat waktu mereka mahu mengenali

Page 11: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filepenubuhan dan kepentingan Projek Agenda ... Jadual harian mereka juga berbeza ... kurang sama seperti di Negara kita iaitu guru mengajar

11

dunia tetapi ianya dihalang dengan memikul tanggungjawab dan bebanan dek kerana

mahukan kecemerlangan yang dipupuk kepada mereka untuk sentiasa bersaing. Jika di

Finlandia peluang diberikan kepada kanak-kanak untuk melakukan aktiviti dan hobi mereka

pada peringkat perkembangan mereka berbeza sekali dengan hal nya di Negara kita.

KESIMPULAN

Kesimpulannya mengenai perbezaan sistem pendidikan di Malaysia dengan Negara Indonesia

dan Finlandia berdasarkan pendapat saya adalah di Malaysia suasana dan sistem nya lebih

kurang sama dengan Indonesia tetapi sangat ketara dengan Finlandia. Sistem peperiksaan

untuk kenaikkan kelas dan menentukan hala tuju pelajar ntuk peringkat seterusnya memberi

tekanan kepada pelajar. Pada saya murid yang berusia 12 tahun kebawah di mana tahap

kematangan mereka belum lagi mengizinkan mereka untuk membuat pilihan terpaksa

mengikut syarat yang ditetapkan dalam sistem pendidikan kita untuk mereka mengambil

UPSR. Dengan isu baru-baru ini bahawa soalan bocor UPSR dan menyebabkan mereka perlu

mengulangi ujian memberi tekanan kepada pelajar. Apa yang merisaukan adalah jika mereka

tidak mampu mengatasi tekanan mereka pada usia yang awal akan membawa mudarat kepada

diri mereka ditambah pula harapan yang dirasakan bebanan yang diharapkan oleh guru dan

ibubapa untuk mereka cemerlang dalam peperiksaan. Selain itu, pembahagian kelas mengikut

kepandaian membuatkan kanak-kanak yang lemah akan terus lemah. Ini kerana mereka

berada dipersekitaran di mana kanak-kanak yang lain disekeliling mereka juga kurang pandai

dan tidak mahu belajar. Sedikit sebanyak faktor ini akan mempengaruhi yang akhirnya

mereka akan kekal berada di kepompong itu tanpa ada usaha untuk meningkatkan lagi

pencapaia kendiri.

Page 12: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filepenubuhan dan kepentingan Projek Agenda ... Jadual harian mereka juga berbeza ... kurang sama seperti di Negara kita iaitu guru mengajar

12

ISU PEMANSUHAN UPSR DAN PMR

Kementerian Pelajaran akan mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan

Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan supaya pelajar di negara ini menduduki

hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan. Tan Sri Muhyiddin Yassin,

menjelaskan cadangan pemansuhan peperiksaan itu kepada kerajaan akan mengubah sistem

pendidikan negara yang kini terlalu berorientasikan kepada peperiksaan menyebabkan

matlamat melahirkan modal insan yang utuh serta mempunyai keterampilan diri yang tinggi

gagal dicapai.Bagaimanapun katanya, kedua-dua peperiksaan itu mungkin juga diteruskan,

tetapi bukan lagi berstatus peperiksaan awam seperti sekarang, sebaliknya dijadikan penilaian

pencapaian pelajar di peringkat sekolah saja.

PENILAIAN :

KEBAIKAN PEMANSUHAN UPSR DAN PMR

1. Mengurangkan beban pelajar terutama murid di peringkat sekolah rendah

Sistem persekolahan yang terlampau memberi tumpuan kepada pencapaian akedemik yang

cemerlang sehingga membebankan pelajar dengan jadual harian yang padat di sekolah di

tambah pula usaha ibubapa yang menghantar anak-anak ke pusat tuisyen pada waktu

malam,pasti sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada murid sedangkan mereka masih

belum matang untuk menyedari akan kepentingan sesuatu kejayaan itu yang akhirnya akan

memberikan tekanan dan beban kepada mereka. Menuntut ilmu daripada pagi disambung

pula di sekolah petang untuk belajar agama dan seterusnya tuisyen pada waktu malam pasti

meletihkan pelajar dan akhirnya mereka tiada masa untuk mengasah bakat mencari kebolehan

lain dalam diri.

Page 13: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filepenubuhan dan kepentingan Projek Agenda ... Jadual harian mereka juga berbeza ... kurang sama seperti di Negara kita iaitu guru mengajar

13

2. Murid fokus kepada pembelajaran sepanjang hayat

Ilmu itu penting untuk menyuluh kehidupan seseorang, ianya lagi bermakna jika ilmu itu

dipraktikkan akan tetapi ianya semakin lapuk dek kerana murid kini menggunakan ilmu

hanya untuk ditulis dalam peperiksaan semata-mata. Ilmu itu akan dilupakan sehabis sahaja

peperiksaan, maka tiadalah wujud PSH di sini.Malah murid-murid kini kian cenderung untuk

menghafal ilmu tanpa memahami isinya kerana ingin lulus dalam peperiksaan agar mudah

dapat pekerjaan dengan gred yang cemerlang.

KEBURUKAN PEMANSUHAN UPSR DAN PMR

1. Kurang pengalaman untuk peperiksaan SPM

Jika dilihat kebanyakkan murid dapat membaiki prestasinya di peringkat PMR walaupun

keputusan semasa menduduki UPSR tidak begitu cemerlang. Ini kerana mereka baru mula

merasai pengalaman dan debaran semasa menduduki peperiksaan yang besar, oleh itu

peluang ke-dua itu digunakan sebaik mungkin untuk membaiki prestasi mereka. Jika UPSR

dan PMR dimansuhkan, maka murid akan berasa tekanan dan debaran yang teramat dek

kerana tiada pengalaman menduduki peperiksaan yang besar. Tegasnya, pengalaman pelajar

dalam peperiksaan amat penting untuk menjamin peningkatan bilangan pelajar yang

cemerlang dalam SPM.

2. Menjejaskan penilaian terhadap prestasi murid

Guru di sekolah kurang berupaya untuk menyediakan soalan yang standart dan setaraf dengan

UPSR mahupun PMR. Mereka hanya mampu menyediakan ujian bulanan mengikut sekolah

masing-masing sahaja untuk menilai perkembangan pelajar. Penilaian perkembangan pretasi

pelajar sebegini seolah-olah tiada hala tuju yang tertentu di samping tidak dapat menilai

perkembangan pretasi pelajar dengan tepat.Jika peperiksaan pada tahap pertama diadakan,

kebolehan pelajar dalam 3M dapat dinilai iaitu membaca, menulis dan mengira. Justeru itu,

Page 14: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filepenubuhan dan kepentingan Projek Agenda ... Jadual harian mereka juga berbeza ... kurang sama seperti di Negara kita iaitu guru mengajar

14

kebolehan pelajar dapat dinilai pada tahap awal dan jika mereka masih belum menguasai 3M

maka usaha pendidikan dalam kelas pemulihan dapat dikesan dan dijalankan pada peringkat

awal lagi.

3. Hilangnya budaya berdaya saing

Budaya saling bersaing penting dalam kalangan pelajar sejak dahulu lagi. Hal ini demikian,

kerana budaya saling bersaing bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang mempunyai

keazaman yang tinggi untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang, malahan

hal ini turut menjadi alternatif lain untuk memberi dorongan kepada pelajar lain supaya

mempertingkatkan pretasi mereka. Oleh itu, pemansuhan UPSR dan PMR akan

meninggalkan ujian bulanan sahaja untuk menilai pretasi pelajar. Kesannya, para pelajar

hilang semangat mahupun inisiatif untuk saling bersaing antara satu sama lain.

Tegasnya,pemansuhan UPSR dan PMR wajar dibatalkan supaya mengekalkan budaya saling

bersaing daripada lenyap semasa ketibaan SPM nanti.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pemansuhan UPSR dan PMR sememangnya meninggalkan kesan positif dan

kesan negatif kepada masyarakat khususnya dalam kalangan pelajar. Walaubagaimanapun,

keputusan memansuhkan atau mengekalkan kedua-dua peperiksaan itu belum

dimuktamadkan lagi. Sudah pasti ibu bapa mahu melihat alternatif lebih baik jika UPSR dan

PMR dimansuhkan. Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri MuhyiddinYassin

yang juga Menteri Pelajaran pada sesi penggulungan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh

(RM Ke-10) di Dewan Rakyat iaitu memperkenalkan sistem pentaksiran berasaskan

sekolah(PBS) bagi mengganti sistem peperiksaan adalah antara pendekatan yang mungkin

diambil bagi memantapkan lagi sistem pendidikan Negara untuk melahirkan modal insan

yang berkebolehan.

Page 15: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filepenubuhan dan kepentingan Projek Agenda ... Jadual harian mereka juga berbeza ... kurang sama seperti di Negara kita iaitu guru mengajar

15

INFO SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

PRESTASI PENDIDIKAN MALAYSIA KEDUA TERCOROT DI ASIA TENGGARA

PISA adalah sebuah Program Penarafan Mutu Pendidikan bagi Pelajar-pelajar 15 Tahun di

sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh Organisation for Economic Corporation and

Development (OECD) yang melibatkan negara-negara dari seluruh dunia. PISA telah

menjadi Piawaian Antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu

sistem pendidikan sekolah di dunia. Dalam Program Penarafan Mutu Pendidikan ini, pelajar-

pelajar berumur 15 tahun akan dinilai untuk menguji Kemampuan dan Penguasaan pelajar

dalam 3 bidang utama iaitu Membaca, Matematik dan Sains. Negara terbaik adalah Finlandia

iaitu mantap sistem pendidikan yang dijalankan di Negara mereka.

Malaysia jauh ketinggalan daripada Singapura, akan tetapi pekara yang mengejutkan Negara

Vietnam lagi maju dalam bidang pendidikan dibandingkan dengan Negara kita. Sedangkan

jika di lihat dari segi pembangunan Negara yang maju, Negara kita lebih stabil daripada

mereka. Antara sebab kemerosotan pencapaian pelajar adalah diberi alasan kerana sikap

murid yang menganggap penilaian itu tidak serius, format soalan teks panjang yang

memerlukan pemahaman, terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar dan keutamaan

guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran berbanding menerapkan pemahaman konsep

kepada pelajar. Kelemahan ini tidak boleh disandarkan kepada guru dan pelajar semata-mata

kerana sudah menjadi tradisi di Negara kita peperiksaan berdasarkan dasar-dasar yang

mementingkan keputusan peperiksaan semata-mata, tidak memberi ruang kepada

percambahan fikiran yang berbeza untuk pelajar berfikiran kritis mencari penyelelsaian

terhadap sesuatu permasalahan.Justeru beliau menggesa agar sukatan mata pelajaran diubah

bagi memberi penekanan kepada pemahaman konsep serta menggantung sistem Penilaian

Berasaskan Sekolah (PBS) bagi meneliti masalah-masalah sistem pendidikan.

Page 16: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filepenubuhan dan kepentingan Projek Agenda ... Jadual harian mereka juga berbeza ... kurang sama seperti di Negara kita iaitu guru mengajar

16

RUJUKAN

1. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. 2012. Ringkasan Eksekutif.

m/s 3-46.

2. Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia. 1988. 71 Jilid XXXII Julai.Terbitan Jemaah

Nazir Sekolah Persekutuan Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Sri Murniati dan Al-Mustaqeem M Radhi. 2012. Reformasi Pendidikan di Malaysia.

Merentas Jalan Baru. Penerbit : IKD.

4. Hasan Basari. Abd. Samad. 2012.Sistem Penilaian Prestasi Pelajar. Universiti

Teknologi Malaysia.

5. Jenni Rikala dan Marja Kankaanranta. 2012. The Use of Quick Response Codes in the

Classroom.

6. Fatin Aliah Phang dan Mohd Salleh Ab. 2012. Faktor Penyumbang Kepada

Kemerosotan Penyertaan Pelajar Dalam Aliran Sains. Pusat Pengajian Ilmu

Pendidikan Universiti Sains Malaysia.

Page 17: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filepenubuhan dan kepentingan Projek Agenda ... Jadual harian mereka juga berbeza ... kurang sama seperti di Negara kita iaitu guru mengajar

17

LAMPIRAN

SISTEM PEPERIKSAAN UPSR DAN PMR

Page 18: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filepenubuhan dan kepentingan Projek Agenda ... Jadual harian mereka juga berbeza ... kurang sama seperti di Negara kita iaitu guru mengajar

18

SUASANA PEMBELAJARAN

FINLANDIA

Jumlah murid yang sedikit dan kondusif di dalam bilik darjah.

INDONESIA

Jumlah murid yang ramai dan sesak di dalam sebuah bilik darjah.

Page 19: KOD KURSUS HHHC9301 NAMA KURSUS · PDF filepenubuhan dan kepentingan Projek Agenda ... Jadual harian mereka juga berbeza ... kurang sama seperti di Negara kita iaitu guru mengajar

19

MALAYSIA

Ini lah Susana pembelajaran di bilik darjah di Malaysia.