hhhc9301 pengurusan maklumat dan · pdf filepengenalan kursus bantuan bencana dan operasi...

14
HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT SET 14 NAMA PEMANTAU: PROF. MADYA DR. DAYANG FREDALINA BT. BASRI NAMA NO.MATRIK 1) ILYIA FARHANA BINTI IBRAHIM A144609 2) NABILAH BINTI ISMAIL A144628 3) NOR ZAWANI BINTI HASAN A144620 4) NUR ALIYA BINTI MOHD JONED A144621

Upload: buikien

Post on 06-Feb-2018

262 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT DAN  · PDF filepengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat ... Alat-alat pengangkutan ... kaedah angkatan bomba

HHHC9301 – PENGURUSAN MAKLUMAT DAN

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

SET 14

NAMA PEMANTAU: PROF. MADYA DR. DAYANG FREDALINA BT. BASRI

NAMA NO.MATRIK

1) ILYIA FARHANA BINTI IBRAHIM A144609

2) NABILAH BINTI ISMAIL A144628

3) NOR ZAWANI BINTI HASAN A144620

4) NUR ALIYA BINTI MOHD JONED A144621

Page 2: HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT DAN  · PDF filepengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat ... Alat-alat pengangkutan ... kaedah angkatan bomba

PENDAHULUAN

Program : Perkhemahan Tahunan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM 2013/2014

Tarikh : 2 – 4 November 2013

Tempat : Impian Country Resort, Hulu Langat,Selangor

Bilangan Peserta : 130 orang

Page 3: HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT DAN  · PDF filepengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat ... Alat-alat pengangkutan ... kaedah angkatan bomba

Pada 2 hingga 4 November 2013, kami telah menyertai Perkhemahan Tahunan Bulan

Sabit Merah Malaysia Cabang UKM 2013/2014 bertempat di Impian Country Resort, Hulu

Langat, Selangor. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang kem tersebut. Kami

telah mempelajari pelbagai ilmu baru yang dapat dipraktikkan sepanjang hayat.

Antara aktiviti yang telah banyak memberi pengetahuan baru kepada kami ialah

pengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat (KBBOM), ceramah mengenai

balutan, ikatan, dan angkutan serta praktikal KBBOM.

1) Pengenalan KBBOM

Aktiviti ini bertujuan memperkenalkan KBBOM mengikut sukatan pelajaran

KBBOM. Terdapat pelbagai sesi dalam slot ini iaitu:

Sesi 1: pengenalan kepada bantuan bencana dan operasi menyelamat

Sesi 2: pelan persediaan bencana dan bantuan kerajaan

Sesi 3: pelan persediaan bantuan bencana PBSMM

Sesi 4: bantuan antarabangsa

Sesi 5: peraturan operasi bencana

Sesi 6: bekalan-bekalan bantuan

Sesi 7: komunikasi perhubungan awam & maklumat

Sesi 8: pentadbiran pusat bantuan

Sesi 9: masakan kelompok dan pemberian makanan

Sesi 10: kira-kira dan kewangan

Sesi 11: latihan praktikal

Page 4: HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT DAN  · PDF filepengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat ... Alat-alat pengangkutan ... kaedah angkatan bomba

Sebelum aktiviti praktikal, kami telah diberikan pendedahan mengenai operasi

menyelamatkan mangsa. Kami diagihkan kepada beberapa kumpulan mengikut peranan iaitu

‘first responder’, ‘first aider’ dan logistik. Kami diberikan penerangan yang jelas mengenai

tugas dan peranan setiap kumpulan. Penceramah jemputan juga menceritakan pengalaman

sebenar beliau ketika operasi menyelamat mangsa runtuhan bangunan, daripada perkongsian

beliau, kami mendapat gambaran mengenai situasi sebenar yang bakal kami hadapi ketika

sesi praktikal pada malam tersebut.

Daripada ceramah yang begitu jelas dan bermanfaat ini, kami yakin dapat

mempraktikkan segala ilmu yang kami perolehi dalam kehidupan seharian kami pada masa

akan datang. Sesungguhnya, ilmu ini tidak mungkin kami timba di dalam kelas.

Sewaktu sesi teori penerangan

mengenai KBBOM,pemilihan ketua

dan penolong ketua dijalankan bagi

setiap unit bagi memastikan

kelancaran operasi menyelamatkan

mangsa sewaktu bencana.

Page 5: HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT DAN  · PDF filepengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat ... Alat-alat pengangkutan ... kaedah angkatan bomba

2) Ceramah balutan, ikatan, dan angkutan

Sejak pagi lagi pada 3 November 2013, kami telah mendengar ceramah mengenai

asas-asas pertolongan cemas, cara-cara ikatan tali bagi mengangkut mangsa apabila berlaku

kecemasan, dan juga cara-cara mengangkut mangsa dari sebuah kawasan ke kawasan yang

lain dalam ceramah kawat usungan. Ceramah pada pagi tersebut diberikan oleh tiga orang

penceramah yang berbeza yang cukup berpengalaman luas dalam Bulan Sabit Merah

Malaysia.

Ceramah mengenai asas-asas pertolongan cemas merangkumi jenis-jenis

kecemasan seperti luka, patah, pitam dan sebagainya. Ceramah ini juga menekankan tentang

perkara dan rawatan yang perlu dijalankan seandainya mangsa benar-benar memerlukan

rawatan kecemasan sementara menunggu kedatangan paramedik mahupun ambulans ke

tempat kejadian.

Selain itu, ceramah mengenai ikatan tali pula memberi para peserta peluang untuk

mengenali dan mempelajari pelbagai jenis ikatan yang mampu diaplikasikan sewaktu

kecemasan. Ikatan-ikatan ini amat penting dalam pertolongan cemas kerana ikatan-ikatan ini

sangat diperlukan ketika ingin mengangkut mangsa yang tidak mampu bergerak, terutamanya

ketika mangsa dan unit pertolongan cemas berada di tempat yang sukar untuk dicapai seperti

di dalam hutan, di tebing bukit dan sebagainya.

Selain itu, ceramah mengenai ikatan tali pula memberi para peserta peluang untuk

mengenali dan mempelajari pelbagai jenis ikatan yang mampu diaplikasikan sewaktu

kecemasan. Ikatan-ikatan ini amat penting dalam pertolongan cemas kerana ikatan-ikatan ini

sangat diperlukan ketika ingin mengangkut mangsa yang tidak mampu bergerak, terutamanya

ketika mangsa dan unit pertolongan cemas berada di tempat yang sukar untuk dicapai seperti

di dalam hutan, di tebing bukit dan sebagainya. Kami akhirnya berjaya mengurus maklumat

Page 6: HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT DAN  · PDF filepengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat ... Alat-alat pengangkutan ... kaedah angkatan bomba

yang kami peroleh sewaktu sesi teori bagi mempraktikkan maklumat tersebut sewaktu sesi

praktikal pada waktu malam, iaitu dalam aktiviti KBBOM.

Penceramah menunjukkan demonstrasi

ikatan yang digunakan untuk

menyelamatkan mangsa lemas

Kami berlatih membuat ikatan

seperti yang diajar oleh jurulatih

Page 7: HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT DAN  · PDF filepengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat ... Alat-alat pengangkutan ... kaedah angkatan bomba

Kami berlatih melakukan

balutan telapak tangan

dengan bantuan rakan-

rakan yang lain

Kami telah berlatih

untuk membuat ikatan

yang kemas dan kuat

sebagai persiapan

pertolongan cemas

Page 8: HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT DAN  · PDF filepengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat ... Alat-alat pengangkutan ... kaedah angkatan bomba

Kami membuat

latihan angkutan

mangsa bencana

Kami bersama-sama

berlatih mengangkut

mangsa untuk

diletakkan di

stretcher.

Page 9: HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT DAN  · PDF filepengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat ... Alat-alat pengangkutan ... kaedah angkatan bomba

Kemudian, kami didedahkan pula dengan cara-cara mengangkut mangsa daripada

sesuatu tempat yang jauh ke pusat kawalan sewaktu bencana berlaku dengan menggunakan

kain dan alat pengusung (stretcher), melalui ceramah kawat usungan. Alat-alat pengangkutan

seperti ini memerlukan kecekapan para petugas pertolongan cemas semasa

mengendalikannya kerana jika tersalah cara ikatan, mahupun cara memegang pengusung,

mangsa boleh terjatuh daripada pengusung dan mampu mengakibatkan kecederaan yang lebih

serius kepada mangsa.Maklumat mengenai cara mengangkut mangsa ini tetap diurus dengan

kemas dan teratur bagi memastikan kesempurnaan prosedur dalam mengangkut mangsa agar

keselamatan mangsa terjamin. Maklumat ini amat berguna dalam sepanjang hayat kami

terutamanya sewaktu bencana dan kecemasan.

Jurulatih menunjukkan cara

mengangkut mangsa dengan

kaedah angkatan bomba

(fireman’s lift)

Page 10: HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT DAN  · PDF filepengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat ... Alat-alat pengangkutan ... kaedah angkatan bomba

Kami diberi peluang

untuk merasai

bagaimana mengusung

mangsa dalam situasi

yang terdapat halangan.

Kesimpulannya, sebagai ahli BSMM, kami mendapati ilmu yang diperoleh daripada

ceramah ini dapat dipraktikkan ketika situasi kecemasan sepanjang hayat kami.

Page 11: HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT DAN  · PDF filepengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat ... Alat-alat pengangkutan ... kaedah angkatan bomba

3) Praktikal KBBOM

Aktiviti ini memberikan kami pendedahan awal tentang cara-cara menghadapi bencana

alam sebenar. Selaku ahli BSMM, sememangnya menjadi kewajipan kami untuk menjalani

sesi praktikal ini kerana bagi memastikan keberkesanan pengurusan maklumat yang kami

peroleh sewaktu sesi teori bersama jurulatih. Tambahan pula, ilmu dan pengalaman yang

didapati hasil daripada praktikal ini dapat membantu kami untuk berkhidmat kepada

masyarakat kelak seandainya terdapat apa-apa bencana yang berlaku di dalam negara. Dalam

aktiviti ini, kami telah diagihkan kepada 4 unit iaitu unit pemantau, unit bantu mula, unit

penyelamat dan unit kebajikan.

1. Unit Pemantau (First Responder)

Dalam praktikal latihan bencana alam dan operasi menyelamat (KBBOM), Unit

pemantau merupakan unit pertama yang perlu bergerak ke tapak bencana. Tugas unit

pemantau adalah untuk memantau kawasan bencana dan kami dikehendaki untuk

mencari mangsa. Kemudian,kami akan mengenal pasti jenis kecederaan yang dialami

oleh mangsa dan meletakkan tag berwarna . Tag tersebut terdiri daripada warna

merah,kuning,hitam dan hijau. Setiap warna mewakili tahap-tahap kecederaan yang

dialami mangsa. Tujuan tag diberikan kepada mangsa adalah untuk memudahkan

kerja unit penyelamat dan unit bantu mula memberikan rawatan kepada mangsa.

Unit pemantau menjumpai

seorang mangsa dan

memberikan rawatan sebelum

ketibaan unit lain

Page 12: HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT DAN  · PDF filepengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat ... Alat-alat pengangkutan ... kaedah angkatan bomba

2. Unit Bantu Mula (First Aider)

Unit bantu mula atau lebih dikenali sebagai “First Aider” merupakan salah satu unit

yang terdapat dalam praktikal latihan bencana alam dan operasi menyelamat

(KBBOM). Tugas utama unit bantu mula adalah untuk memberi rawatan awal kepada

mangsa-mangsa bencana sebelum di hantar ke bilik rawatan. Rawatan awal diberikan

bertujuan untuk mengurangkan kecederaan dan kesakitan. Apabila tiba di tempat

kejadian, kami akan memberi rawatan awal kepada mangsa-mangsa bencana

menggunakan peralatan yang terdapat di dalam peti pertolongan cemas. Jika peralatan

tidak mencukupi, kami akan menggunakan barang-barang yang terdapat di sekitar

tempat kejadian. Mangsa-mangsa yang mengalami tahap kecederaan yang lebih serius

diberikan keutamaan.

Pasukan bantu mula memberikan

rawatan awal sebelum unit

penyelamat tiba untuk mengeluarkan

mangsa dari tempat bencana

Page 13: HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT DAN  · PDF filepengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat ... Alat-alat pengangkutan ... kaedah angkatan bomba

3. Unit penyelamat (Rescue team)

Tugas utama unit penyelamat adalah membawa mangsa ke pusat kawalan

bencana atau tempat yang lebih selamat. Unit ini memerlukan ahli yang ramai kerana

mereka perlu bekerjasama mengangkut mangsa-mangsa ke tempat yang jauh.

Peralatan yang mereka gunakan untuk mengangkut mangsa ialah stretcher.

Unit penyelamat mengusung

mangsa keluar dari tempat

bencana

Page 14: HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT DAN  · PDF filepengenalan kursus bantuan bencana dan operasi menyelamat ... Alat-alat pengangkutan ... kaedah angkatan bomba

4. Unit kebajikan

Bagi Unit Kebajikan, kami para peserta iaitu ahli-ahli BSMM sendiri bertanggungjawab

menjaga kebajikan anggota unit-unit yang lain seperti unit peninjau,unit penyelamat dan

unit rawatan pertolongan cemas. Sewaktu operasi menyelamatkan mangsa bencana, anggota

unit kebajikan bekerjasama dan saling membantu bagi menyediakan makanan dan minuman

yang mampu memberi tenaga dan kerehatan kepada anggota unit peninjau,unit penyelamat

dan unit rawatan pertolongan cemas . Akhirnya,kami,anggota unit kebajikan telah berjaya

menyediakan roti,telur dan kacang pol sebagai santapan untuk diberikan kepada anggota

unit-unit yang lain setelah mereka selesai melaksanakan tugasan mereka dalam operasi

menyelamatkan mangsa bencana.

Sebagai kesimpulan, kami mendapati praktikal ini sangat berguna. Operasi ini tidak

akan berjaya dilaksanakan tanpa pengurusan maklumat yang berkesan antara semua pihak

serta ilmu sepanjang hayat yang telah diberikan melalui tunjuk ajar oleh jurulatih-jurulatih

yang sangat berpengalaman.

Akhir kata, kami berasa amat bersyukur berpeluang untuk menghadiri kem ini kerana

kami telah menperoleh banyak maklumat bermanfaat dan pengetahuan yang dapat kami

gunakan sepanjang kehidupan kami terutamanya apabila menghadapi situasi kecemasan.

Kami sebagai ahli BSMM bersedia

mengurus maklumat yang

diterima secara teori dengan

kemas agar dapat

mempraktikkan ilmu sepanjang

hayat yang kami perolehi

sepanjang kem tahunan ini dalam

situasi kecemasan mahupun

bencana yang sebenar. Aliya

Ilyia Nabilah

Wani