hegemoni ilmu

Upload: nabil-ashaari

Post on 23-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Hegemoni Ilmu

    1/12

    Jurnal Melayu (9)2012: 129-139

    Hegemoni Ilmu dan Masa HadapanBahasa Melayu

    Zulkifley HamidMohd. Asyraf Zulkifley

    A b s t r a k

    Makalah ini membahaskan peri pentingnya pembinaan tamadun ilmu dalamproses membina sebuah negara bangsa, iaitu membina negara Malaysia yangberdaulat yang ditunjangi dengan pembinaan tamadun ilmu. Pembinaan tamaduni lmu terserlah melalui penulisan dan penerbitan bahan ilmiah, khususnyapenerbitan dalam bentuk buku dan jurnal. Turut disentuh dalam makalah iniadalah tentang peranan dan kepentingan para penerbit dan editor sebagai pemainutama dalam penerbitan karya ilmiah. Fokus khusus diberikan kepada perananDewan Bahasa dan Pustaka sebagai penerbi t gergasi milik kerajaan dalam

    usaha memperbanyakkan karya ilmiah berbahasa Melayu. Faktor-faktor yangmenyebabkan Dewan Bahasa dan Pustaka gagal melaksanakan peranannyasebagai badan penerbitan ilmiah turut dibincangkan, termasuklah kesukaran

    mendapatkan manuskrip ilmiah yang bermutu untuk diterbitkan. Perbincanganseterusnya ditumpukan kepada permasalahan yang berkaitan hegemoniBarat dalam mendominasi penerbitan karya-karya ilmiah. Makalah ini cubamenjelaskan mengapa Barat mahu mengekalkan hegemoni dalam penerbitankarya-karya ilmiah, dan strategi yang mereka telah dan bakal gunakan untukmengekalkan fenomena hegemoni ini. Turut disentuh adalah sikap negarabukan Barat, dan strategi yang mereka gunakan dalam usaha memecahkantembok hegemoni ini. Makalah ini turut menjelaskan mengapa hegemoni bahasaInggeris sukan dicabar, dan turut dibincangkan peranan bahasa Melayu dalam

    memecahkan tembok hegemoni ilmu ini.

    Kata kunci: penerbitan karya ilmiah, hegemoni bahasa Inggeris, Dewan Bahasadan Pustaka, tembok ilmu, hegemoni ilmu.

    b s t r a c t

    This paper discusses the importance of knowledge in the process of nation

    building, which means developing Malaysia into a sovereign nation anchoredon the development of knowledge. Knowledge advancement is reflected throughthe writing and publication of scholarly works, particularly books and journals.Also addressed in this paper is the role of publishers and editors as a majorplayer in the publication of scholarly materials. Special focus is given to the roleof Dewan Bahasa dan Pustaka as a government-owned publisher in an effort

  • 7/24/2019 Hegemoni Ilmu

    2/12

    13 0

    to increase the publication of scholarly works in Malay. The factors that causeDewan Bahasa dan Pustaka failure to perform its function, including the lackof quality manuscript are also discussed. Subsequent discussions focused onissues relatedto western hegemony in the publication of scholarly works, and

    strategiesthey will use to maintainthis hegemonyphenomenon. Also addressedin thispaperis the attitude of non-westem countries, andthestrategies theyusein order to break this hegemony phenomenon.This paper also discussedwhythishegemony phenomenon is very difficult to be challenged, and also the role ofMalay language inour effort to break this hegemony phenomenonin Malaysia.

    Keywords:Publishing scholarlyworks,English hegemony,DewanBahasa danPustaka, languagehindrance, knowledge hegemony.

    P e n d a h u l u a n

    Dalam makalah ini, penulis akan menghuraikan kedudukan khazanahkeilmuan berbahasa Melayu, khususnya yang terungkap dalambentuk penulisan buku dan makalah dalamjumal. Dalam dunia tanpasempadan, fenomena imperialisme ilmu atau hegemoni ilmu berlakusecara begitu berleluasa. Dasar atau sikap hegemoni ini menghasilkan

    satu fenomena di mana ilmu dalam pelbagai bidang kebanyakannyaterungkap dalam penerbitan yang berbahasa Inggeris. Dalam makalahini penulisjuga akan membincangkan fenomena ini denganmendalam,dan seterusnyamencadangkanlangkah-langkahyang bolehkita lakukanbagi memecahkan tembok hegemoni atau imperialismeakademik ini.

    Buku dan Dunia Ilmu

    Penerbitan buku akademik berbahasa Melayu berada dalam kedudukanyang tidak memuaskan, khususnya bagi bidang sains dan teknologi.Bilanganbuku berbahasaMelayubagi bidang sainsdan teknologiyangditerbitkanolehsyarikatpenerbitansamaadamilikswastaataukerajaanadalah kecil. Penerbit-penerbit swasta temyata gagal memenuhi tuntutanpenerbitan buku berbahasa Melayu bagi keperluan mahasiswa pusat-pusat pengajian tinggi. Jika sekiranya, kita meletakkan tanggungjawabmenerbitkan buku atau jumal akademik kepada para penerbit swastapastilah tanggungjawab ini tidak mungkin dapat dilaksanakan keranakeperluannya terlampau besar dan keupayaan penerbit-penerbit swastaadalah terlalu terhad. Di samping itu, perkiraan untung rugi sentiasamenjadi pertimbangan yang utama bagi para penerbit swasta.

  • 7/24/2019 Hegemoni Ilmu

    3/12

    131

    Bidang pengajian atau ijazah yang ditawarkan oleh universiti-universiti di Malaysia masa kini adalah terlalu banyak, dan setiap bidangatau disiplin pengajian mempunyai cabang atau pengkhususan yangberbagai-bagai. Setiap pengkhususan pula mempunyai bilangan kursus

    yang besar jumlahnya, dan setiap kursus memerlukan sejumlah besarbuku rujukan untuk bacaan para mahasiswa yang mengambil kursustersebut. Sebagai contoh, Fakulti Perabatan Universiti KebangsaanMalaysia terdiri daripada berpuluhjabatan, antara lain Jabatan Anatomi,Biokimia Fisiologi Farmakologi Parasitologi dan EntomologiKesihatan Masyarakat, Mikrobiologi dan Imunologi, Oftalmologi,Patologi, Pediatrik, Surgeri, Psikiatri dan sebagainya. Setiap jabatan perlumenawarkan kursus yang mencukupi untuk bidang masing-masing, dansetiap kursus memerlukan sejumlah besarbuku rujukan yang berwibawa.Buku atau bahan bacaan yang baru sentiasa diperlukan kerana dalam eramasa kini ilmu berkembang begitu pantas, khususnya dalam bidang sainsdan teknologi.

    Bayangkanlah b etap a ban yakn ya b uk u y an g diperlukan untuk

    pelbagai bidang pengajian bagi peringkat pengajian tinggi. Oleh sebabketakupayaan penerbit swasta untuk memenuhi keperluan penerbitanbuku yang begitu besar untuk peringkat pengajian tinggi, kerajaan telahmenubuhkan pelbagai penerbit dan pencetak yang dipunyai oleh kerajaanatau yang bersifat separa kerajaan. Oleh demikian, penglibatan kerajaandalam industri penerbitan merapakan satu kemestian bagi memastikankelangsungan tradisi keilmuan di universiti-universiti tempatan. Peranankerajaan menjadi begitu penting, khususnya bagi bidang-bidang ilmuyang agak kecil bilangan penuntutnya. Hal ini bermaksud, pembeli ataupembaca sasaran buku-buku yang diterbitkan itu amat kecil, dan inimenyebabkan proses penerbitan buku-buku tersebut adalah meragikan.

    Salah satu penerbit milik kerajaan yang diberikan kedudukan danpelbagai peluang istimewa ialah Dewan Bahasa dan Pustaka. DewanBahasa dan Pustaka ditubuhkan untuk memungkinkan pelbagai bentukbahan bacaan ilmiah untuk pelbagai peringkat umur dalam pelbagaibidang ilmu dapat dibukukan atau dijurnalkan dalam bahasa Melayu.Jika kita berpegang kepada konsep ilmu sebagai asas pembinaan tamadunsesuatu bangsa terbayanglah kepada kita betapa besarnya peranan

    Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai pemangkin dan pelestarian budayakeilmuan berbahasa Melayu. Tidak ada bangsa yang boleh maju tanpapembangunan ilmu dan pemikiran. Kemajuan sesuatu bangsa mestididahului dengan perkembangan dan pengukuhan ilmu dan pemikiran(Sutan Takdir 1990; Syed Mohd Naguib 1990). Hanya bangsa yang

  • 7/24/2019 Hegemoni Ilmu

    4/12

    13 2

    dapat membina tradisi keilmuanyang unggul dapat membina tamadunatau peradaban yang tinggi. Pembinaan tamadun dan perkembanganilmu akan bergerak seiring. Tanpa perkembangan ilmu, keunggulansesebuah tamadun tidak akan dapat dipertahankan (Ibn Khaldun dim.Abdullah Al-Amin 1994). Dengan kata lain, sesebuah tamadun akanmula mengalamizaman kemunduranapabilaperkembanganilmu dalammasyarakat tersebut terhenti.

    Ketikamerumuskan tentangkedudukanDewanBahasadanPustaka DBP) sebagai penerbit utama negara, Hamedi 2002:15) mengatakan, Kedudukan DBP sebagaipenerbit amat istimewadi negara ini. Sebagaisebuah badan berkanun,DBP mendapat banyak keistimewaandaripadadasar kerajaan untuk membolehkannya menjadi penerbit gergasi .Harapan yang begitubesar disandarkanpada Dewan Bahasadan Pustaka.Semua keperluan buku dan bahan bacaan untuk pelbagai peringkatpengajian dari peringkat tadika hingga ke peringkat pengajian tinggidipertanggungjawabkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Temyata kemudian, 'penerbit gergasi' ini tidak mampu memenuhikeperluan penerbitanbuku dan bahan ilmiah bagi pelbagai peringkatpengajian, khususnya peringkat pengajian tinggi yang jumlah bukudiperlukan begitu banyak tetapi jumlah pembacanya atau pembelinyaagak terhad bilangannya. Dengan demikian, tugas menerbitkanbuku-buku ilmiahuntuk pengajiantinggi terpaksa dipertanggungjawabkanjugakepadauniversiti-universiti yangada di Malaysia, khususnya universiti-universiti awam, dan terutamanya yang mendapat taraf universitipenyelidikan. Kriteria utama yang menentukan sama ada seseorangpensyarah universiti mendapat kenaikan pangkat atau tidak adalahditentukanoleh kecemerlanganpenerbitan ilmiah beliau. Dalamkalangan

    ahli-ahli akademik di Malaysia pada masa sekarang, kecemerlanganpenerbitan diukur berdasarkan jumlah penerbitan dalam jurnal-jurnalbertarafantarabangsayang berimpak tinggi.

    Masalah Hegemoni Ilmu

    Hegemoni Barat berlaku dalam pelbagai bidang kehidupan rakyatMalaysia. Dalam bidang sains danteknologi, Baratharas dijadikan kayu

    ukur. Begitu juga dalam bidang ekonomi dan politik, kita dikehendakisentiasaakur kepadakeperluandan agendaBarat. Yang tidak akur akandilabel sebagaipuak pelampau atau penentang pemodenandan melanggarberbagai-bagai hak asasi manusia.Barat menggunakankonsep globalisasiuntuk mengukuhkan hegemoni mereka. Kita haras menerima label

  • 7/24/2019 Hegemoni Ilmu

    5/12

    133

    sebagai pengikut setia mereka, dan kalau kita ingin lari atau menyimpangdaripada pendirian ini kita akan disusahkan dengan pelbagai halangan dansekatan sama ada yang bersifat antarabangsa atau oleh negara tertentu.Negara-negara bukan Barat, tidak pula terus menerus menerima

    penguasaan atau penaklukan cara baru tamadun Barat terhadap mereka.Terdapat pelbagai bentuk penentangan dan sanggahan terhadappenguasaan atau hegemoni Barat ini, dan ini kadangkala menghasilkanpergeseran atau pertembungan yang agak merancing. Pertembunganbudaya atau sering kali disebut sebagai clash of civilizations bolehmengancam keamanan dunia (Huntington 1996). Order dunia baru yangcuba dibentuk dan diperkukuhkan oleh Barat dianggap sebagai satubentuk ketakadilan sejagat atau penjajahan er a moden.

    Bagi Barat, mereka haras teras menjadi tuan, dan kita selamanyaharus men jadi pengikut yang setia. Jika se se bu ah n eg ar a ing inmenanggalkan status sebagai pengikut yang setia, kita berkemungkinanbesar akan dikategorikan sebagai ekstremis, sepertimana yang sedangdihadapi oleh sesetengah negara masa kini. Konsep hegemoni harusdirelakan, walaupun secara terpaksa. F en om en a r ela dalam pak samenyebabkan pelbagai bentuk hegemoni termasuk dalam bidangi lmu atau pendidikan. Sebagai contoh, Barat menentukan bagaimanaranking atau penarafan sesebuah universiti itu dilakukan. Universiti-universiti yang akur dengan kriteria Barat akan dapat meningkatkanpenarafan mereka, manakala yang tidak akur akan terkeluar daripadapeta universiti-universiti temama dunia, walaupun mereka begitu hebatdalam bidang-bidang ilmu tertentu sepertimana yang berlaku kepadasesetengah universiti di Jepun dan Jerman.

    Hegemoni teras menerus berleluasa dalam bidang akademik danindustri buku. Kita haras kekal dengan status pelajar dan Barat ialahguru kita dalam semua bidang i lmu termasuklah dalam bidang agamayang kita anuti dan bahasa yang menjadi media komunikasi harian kita.Untuk mendapat pengiktirafan yang tinggi kita haras ke Barat untukmendapatkan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Islam danLinguistik Bahasa Melayu. Perbatasan ilmu adalah milik mutlak Barat,kita hanya layak bermain dalam liga tempatan atau di peringkat lokal.Untuk proses pengantarabangsaan, kayu ukur telah disediakan oleh Baratdan kita haras menerima kaedah pengukuran dan penilaian ini sebagaisah dan boleh dipercayai.

    Dalam industri buku, Barat mendominasi sepenuhnya. MenurutHamedi (2002:53), Barat mengguna pakai konsep center and peripheryatau metropolis-province dalam industri buku. Menurut konsep ini, kitahanya layak menjadi pengguna atau pembeli buku kerana kita berstatus

  • 7/24/2019 Hegemoni Ilmu

    6/12

    134

    periphery atau kita berada di province. Mereka ialah center bagi duniailmu. Duniaketigaterus menerus menjadi pembeli ataupengguna buku-buku ilmiah dari Barat. Barat akan mencuba sedaya mungkin untukmengekalkan konsep center and periphery atau konsep metropolisprovince Hal ini kerana industri buku merapakan industri yang amatmenguntungkan mereka.

    Kalaukita memasuki perpustakaan universiti-universiti tempatan,hakikat metropolis province ini jelas kelihatan. Sebahagian besar bukuyang berada di rak-rak buku di perpustakaan IPT di Malaysia ialahbuku-buku berbahasa Inggeris. Dalam bahagian berikut, penulis akanmembincangkan beberapa faktor yang menghambat industri buku

    tempatan, dan yang menyebabkan konsep center and periphery Baratteras menerus dikekalkan hingga ke hari ini.

    Hambatan dalam Industri Buku Negara

    Penerbitan buku akademik atau buku ilmiah untuk kegunaan mahasiswainstitusipengajiantinggimerapakanusahayang kurangmenguntungkan.Ini disebabkan jumlah pembaca yang amat kecil bilangannya. Bidang

    ilmu di institusi pengajian tinggi adalah bersifat terlalu mengkhusus,dan ini kadangkala menyebabkan bilangan pelajar yang mengambilsesuatu kursus amat kecil bilangannya, lebih-lebih lagi kursus-kursusyang ditawarkan untuk program-program pascasiswazah. Kadangkala,bilangan pelajar yang mengambil sesuatu kursus yang ditawarkan diperingkatpascasiswazah adalah kurang daripada 10 orang pelajar. Jikaseseorang pensyarah menul is sesebuah buku dan disasarkan untuk

    golongan ini, pastilah jumlah pembaca atau pembelinya adalah amat

    kecil bilangannya.Memburakkan lagi keadaan, buku akademikatau ilmiahjauh lebih

    cepat 'ketinggalan' atau 'luntur' berbanding dengan buku-buku yangditulis untuk bacaan santai atau buku yang berbentuk hiburan. Bagibuku-bukudalambidang sainsdan teknologi sepertibidangkejumteraantahap 'kelunturannya' begitu cepat. Buku yang diterbitkan empat ataulima tahun yang lampaumungkin sudah tidak relevan lagi pada hari ini.Hayat buku yang pendek ini pasti sekali menakutkan penerbit untuk

    menerbitkanbuku-bukuilmiahuntukperingkatpengajiantinggi. Dengankatalain,penerbitanbuku-bukuilmiahuntukkegunaanmahasiswaseringkali merugikan.

    Di sampingjumlah pembacaataupembeliyang amat terhad,hayatbuku-buku ilmiah secara relatifnya amat pendek. Sesebuah novel yang

  • 7/24/2019 Hegemoni Ilmu

    7/12

    135

    menarik mungkin dapat bertahan selama berpuluh tahun atau terusdiangkat sebagai karya agung sastera dan akan terus ditatap oleh parapembaca dari satu generasi ke satu generasi. Hal begini tidak mungkinberlaku kepada buku-buku ilmiah, lebih-lebih lagi buku ilmiah yang

    diterbitkan oleh penerbit tempatan sama ada oleh Dewan Bahasa danPustaka atau oleh para penerbit universiti. Jangka hayatnya pendek danpasarannya terhad. Untuk pasaran luar negara, ia hanya terhad kepadanegara Brunei dan Indonesia.

    Keadaan sepertimana yang dinyatakan di atas telah diburakkanlagi oleh kelainan gaya penulisan yang semakin ketara antara buku-buku yang diterbitkan di Malaysia dengan buku-buku yang diterbitkandi Indonesia. Buku-buku ilmiah yang ditulis oleh dosen-dosen dariIndonesia dalam bahasa Indonesia, kadangkala sukar difahami olehmahasiswa di Malaysia, begitu juga buku yang ditulis para pensyarah diMalaysia, kadangkala sukar hendak digarap maknanya oleh mahasiswadi Indonesia. Apa yang membimbangkan kita ialah ketidaksalingfahamanantara dua kelompok pengguna bahasa ini, iaitu bahasa Melayu danbahasa Indonesia semakin melebar. Setiap negara mempunyai dasar danpolisi bahasa yang tersendiri, dan ini menyebabkan perbezaan antarabahasa Melayu dan bahasa Indonesia semakin bertambah besar.

    Industri buku merupakan satu bentuk industri yang rencam. Iatidak semudah yang ditanggapi umum kerana ia melibatkan uratan kerjayang rencam dan sukar. Setiap uratan dalam proses penerbitan bukumemerlukan kepakaran kerja dan kesungguhan tekad yang tinggi. Secaraumum, sesebuah badan penerbit dapat kita bahagikan kepada beberapabahagian yang utama. Bingley (1966:1) menjelaskan, Apublishingfirmcan be roughlydivided into threemaindepartments-editorial productionand sales. Each has its specificfunctions which are not always completelyseparated.

    Setiap bahagian dalam sesebuah badan penerbit mempunyai tugasyang berat dan memerlukan kakitangan yang pakar dan berdedikasi.Kita memerlukan para editor yang mahir dalam bidang bahasa dankaedah pengeditan, serta mengetahui serba sedikit tentang bidang yangsedang diedit. Untuk menghasilkan seseorang editor yang sebegini iamemerlukan kelayakan yang tertentu dan perlu pula mengikuti latihanyang tertentu. Para editor haras dianggap sebagai ahli profesional dandiberikan imbuhan bulanan yang sejajar dengan tahap keprofesionalanmereka, dan bukannya menganggap mereka sebagai kerani atau jurataipyang m ud ah diperoleh dan diganti. Mereka perlu dihormati sebagaigolongan pekerja profesional.

  • 7/24/2019 Hegemoni Ilmu

    8/12

    1 36

    Para penulis dan para editor adalah bersifat saling memerlukan.Peranan kedua-dua golongan profesional ini adalah sama penting(Withers dan Keighren 2011). Editor yang cekap dan berwibawadapat menukar sebuahmanuskrip yang baik kepada sebuah buku yangmenarik dan bermutu. Para editor bukan sahaja mengedit bahasa atauformat manuskrip tetapi mereka juga perlu memikirkan bagaimanasebuah manuskrip dapat ditukar kepada sebuahbuku yang ingin dibelidan dibaca oleh golongan pembaca sasaran. Sebagai contoh, sesebuahdisertasiDoktorFalsafahyang hendakditerbitkan tidaksahajamelibatkanpengeditan bahasatetapijuga gaya persembahan.Untukmenjadi sebuahbuku yang menarik, sesebuah disertasi Doktor Falsafah harus diolah dan

    disesuaikan untuk pembaca sasaran. Fox (1985:2) mengatakan:With a view toward the critical importance of the early transitionfromdissertation topublishing scholar thefirst chapter byMaryFrankFoxfocuseson the nature of and problems inherent in that transition and offerstrategies

    for successfulpassagefrom doctoral topostdoctoral work.

    Pandangan oleh Fox jelas membayangkan kepada kita bahawadisertasi Doktor Falsafah atau Sarjana Falsafah haras diubah suai sebelumdapat diterbitkan sebagai sebuah buku yang bermutu dan bersesuaiandengan pembaca sasaran. Hanya editor yang berpengalaman dapatmelakukan tugas ini.

    Satu lagi hambatan dalam penerbitan buku ilmiah berbahasaMelayu ialah kesukaran untuk mendapatkan manuskrip-manuskripyang bermutu. Manuskrip yang bermutu hanya boleh ditulis olehpenulis yang berwibawa, iaitu seorang penulis yang telah benar-benarmenguasai bidangnya. Untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang ilmuia mengambil masa yang cukup lama. Kepakaran ini diperoleh menerusiproses pengajaran dan pembelajaran, pengalaman mengendalikan kursus,penyelidikan bersendirian atauberkumpulan, seminar,perbincangan dansebagainya. Proses pengajaran dan pembelajaran sahaja berkemungkinanbesar mengambil masa puluhan tahun. Selepas seseorang tutor tamatpengajian peringkat Doktor Falsafah baharalah dia akan dilantik sebagaipensyarah. Di peringkat awal, dia mungkin hanya dibenarkan mengajardan menyelia mahasiswa prasiswazah. Selepas beberapa tahun, dia akan

    dinaikkan pangkat kejawatanpensyarah kanan atau profesormadya, danjika bemasib baik, dia mungkin berpeluang menjawat jawatan profesor.Biasanya, selepas menjawat jawatan profesor, kerjayanya sudah hampirke penghujung. Seseorang kakitangan akademik mengambil masa yangbegitu lama untuk menjadi pakar dalam bidang pengkhususannya,dan selepas diiktiraf sebagai pakar, dia tidak ada banyak masa untuk

  • 7/24/2019 Hegemoni Ilmu

    9/12

    137

    berkarya kerana tempoh perkhidmatannya sudah hampir sampai kepenghujungnya.

    Keadaan di atas tentu sekali tidak membantu proses pengayaankhazanah ilmu berbahasa Melayu. Kita mungkin harus melihat keadaanyang berlaku di Indonesia, dimana umur persaraan seseorangkakitanganakademik yang berwibawa dilanjutkan hingga ke tahap umur 70 tahun.Di sampingmembimbingpara pelapis,tenagaakademikyangberwibawainijuga amat produktif dalammenghasilkanpelbagaibuku yang bermutuuntuk kegunaan para pelajar pra dan pascasiswazah.

    Satu masalah lain ialah untuk menentukan sejauh manakah sesebuahmanuskrip yang hendak diterbitkan itu bersifat praktikal dan memberimanfaat kepada perkembangan ilmu, dan seterasnya dapat diaplikasikankandungannya dalam usaha menambah baik dan menyejahterakan lagikehidupan masyarakat. Baldridge, Floyd dan Markoczy (2004) telahmembahaskan aspek ini dengan agak mendalam dalam makalah mereka.Mereka menyarankan agar sesuatu bahan yang bakal diterbitkan bukansahaja harus berkualiti, tetapi juga haras mempunyai nilai aplikasi yangtinggi dalam usaha menyejahterakan kehidupan manusia.

    Memangkinkan Penerbitan Buku Berbahasa MelayuSudah lama kita mendengar frasa publish or perish Frasa inimenggambarkan kepada kita bahawa tradisi keilmuan di universitimemerlukan setiap kakitangan akademik menerbitkan makalah dalamjumal berimpak tinggi, dan menghasilkan buku yang bermutu dalambidang masing-masing. Budaya ini berlaku di semua universiti. Fox(1985:1) mengatakan, Publication is thecentralsocialprocess of science

    and scholarship theprimary means of communicatingresearch and animportant means of recognition and rewardin these institutions . Kayuukur kecemerlangan seseorang tenaga akademik di universiti yang seringkali diguna pakai ialah jumlah makalah dalam jurnal berimpak tinggi,buku yang bermutu dan penyelidikan yang berkualiti. Dengan kata lain,para pentadbir universiti di dalam atau di luar negara melihat kepadajumlah buku akademik untuk proses kenaikan pangkat dan anugerah(Cole dan Cole 1973). Pada hemat penulis, dasar ini haras diteraskan

    kerana ia dapat memangkinkan penerbitan buku-buku ilmiah.Fenomena publish or perish amat membebankan kehidupan ahli-

    ahli akademik kerana beban kerjaya mereka menjadi berganda (Vardi2009). Sungguhpun begitu, ia adalah sesuatu yang ama t perlu bagimelonjakkan penarafan sesebuah universiti. Salah satu kriteria utama

  • 7/24/2019 Hegemoni Ilmu

    10/12

    138

    dalam proses penarafan universiti-universiti di dunia adalah kualiti dankuantiti penerbitan para pensyarah universiti-universiti tersebut. Olehdemikian, fenomenapublish or perish adalah ibarat ubatyang rasanyaamat pahit tetapi amat mujarab untuk menyembuhkan penyakit yangsedang dihidapi. Ia adalah tugas berat yang mesti dilaksanakan.

    Di sampingdijadikankriteriautama dalam proseskenaikan pangkat,universiti-universiti tempatan juga boleh menerapkan konsep malimsarjana. Menurut konsepini, para profesor madya kanan dan profesorakan membimbing para pensyarah muda untuk menghasilkan bukudan penyelidikan yang bermutu. Di Universiti Kebangsaan Malaysia,biasanya para malim ini akan menjadi penulis atau editor bersama

    dengan para pensyarah muda. Halyang samabagibidangpenyelidikan.Dalambidangpenyelidikan biasanyapara malimsarjanaakanmenjadiketua penyelidik dan para pensyarah muda akan menjadi penyelidikbersama. Penyelidikan yangsebegini biasanyamelibatkan jumlahgeranpenyelidikanyang besar seperti penyelidikanyang dibiayai di bawahprojek arus perdana.

    u m u s a n

    Perbincangandalam makalah ini memperlihatkan kepada kita bahawawalaupunkita dikekang denganpelbagai hambatandan permasalahan,institusi pengajian tinggi tempatan, khususnya universiti yang bertarafAPEX dan universiti penyelidikan (RU) boleh memainkan peranansebagai pemangkin kepada penerbitan ilmiah, khususnya penerbitanilmiah berbahasa Melayu. Kita haras meneruskan usaha gigih untukmemecahkan tembokkeilmuanatauhegemoniilmuyanginginditeraskanoleh negara dan peradaban Barat.

    Dalamusaha untukmemecahkantembokhegemoni ini, kita perlumenscopuskan atau mengindeks dalam indeks ISI bagi jurnal-jurnaltempatan, khususnya jurnal-jurnal yang bersifat dwibahasa, iaitu bahasaMelayudanbahasaInggeris. Kitabolehmemilihantaraduapendekatan.Pertama, kita boleh tidak mempedulikan tradisi atau kriteria penarafanyang telah ditentukan oleh Barat. Kedua, kita berasaha keras untuk akurkepadakriteria-kriteria yang telah ditentukan oleh Barat dalam prosespenarafan dan pengantarabangsaan universiti.

    Pilihan pertama akan menyebabkan pemencilan dalam tradisikeilmuan yang lebih besar. Pilihan kedua, akan membolehkan kita terusberdaya saingdi peringkatlokaldan antarabangsa. Pada hemat penulis,pilihan kedua lebih menguntungkan kita kerana kita tidak mahu teras

  • 7/24/2019 Hegemoni Ilmu

    11/12

    139

    dipandang rendahdantidakbertarafantarabangsa. Kita tidakmahuterasmenerus menjadijaguh kampungyang hanya hebat di tempat sendiri.

    RujukanAbdullah Al-Amin Al-Na'miy. 1994. Kaedahdan Teknik Pengajaran Menurut

    Ibn Khaldun dan Al-Qabisi. Terj. Mohd. Ramzi Omar. Kuala Lumpur:D e w an B a h as a d an Pustaka.

    Baldridge, D.C.,Floyd, S.W. dan Markoczy, L. 2004.Aremanagers fromMarsand academicians from Venus?: Toward an understanding of the relationshipbetween academic quality and practical relevance. Strategic ManagementJournal 25(11): 1063-1074.

    Bingley,C. 1966. BookPublishingPractice. London: Crosby Lockwood Son.Cole, J.R. dan Cole, S. 1973. Social Stratification inScience. Chicago: Chicago

    University Press.Fox, M.F. 1985. Scholarly Writing andPublishing. London: Westview Press.Hamedi Mohd. Adnan. 2002. Industri Bukudi Malaysia: Isu-isu dan Cabaran.

    Kuala Lumpur: Utusan Publications Distributors.Huntington, S. 1996. The Clash of Civilizations and the Remaking of World

    rder N ew York: S i m o n Schuster.

    SutanTakdirAlisjahbana. 1990.Hubunganantarabahasa, pemikirandanbudayasepertiyang dicerminkan dalampembinaan bahasa Indonesia. Jurnal DewanBahasa 34(4): 296-311.

    Syed Mohd. Naguib al-Attas. 1990. Islam dalam Sejarah dan KebudayaanMelayu. Petaling Jaya: Angkatan Belia Islam Malaysia.

    Vardi,I. 2009. The impacts of different types of workload allocation models onacademic satisfaction and working life. Higher Education 57(4): 499-508.

    Withers, C.W.J, dan Keighren, L.M. 2011. Travels into print: Authoring, editingand narratives of travels and exploration. Institute of British Geographers36(4): 560-573.

  • 7/24/2019 Hegemoni Ilmu

    12/12