hegemoni barat & cabaran globalisasi

16
1.0 Pengenalan Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu cepat dan canggih ini berjaya menciptakan pelbagai Dunia dahulu adalah terIalu amat banyak perbezaannya dengan dunia hari ini yang terIalu pesat. Perubahan demi perubahan yang berlaku ini adalah akibat dari arus globalisasi dan hegemoni Barat yang menimbulkan pelbagai masalah terutama sekali apabila perubahan tersebut bertentangan dengan nilai-nilai budaya Timur. Globalisasi adalah satu arus perubahan yang berlaku ekoran daripada proses interaksi yang berlaku antara negara-negara di dunia dan fenomena ini bukanlah sesuatu yang baharu. Hakikatnya, globalisasi telah bermula apabila masyarakat Barat keluar dari benua Eropah untuk menjelajah ke seluruh dunia dan membentuk satu rangkaian global. Pembinaan rangkaian global ini telah berterusan hingga ke hari ini malahan telah dipertingkatkan mutu dan pengaruh global mereka. Seterusnya, ia turut membawa kepada perubahan-perubahan dan akhirnya membentuk suatu kebudayaan dunia seperti hari ini. Jika diperhatikan dewasa ini, hampir semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses globalisasi yang sebenarnya adalah untuk mengheret kita ke dalam suatu sistem hidup yang diseragamkan di seluruh dunia. Tiada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi malahan semuanya mengalamai proses globalisasi akibat daripada hegemoni Barat. 2.0 Konsep Globalisasi dan Hegemoni Barat 1

Upload: hafiyah-arni-drahman

Post on 11-Dec-2014

194 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hegemoni Barat & Cabaran Globalisasi

1.0 Pengenalan

Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains

dan teknologi maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu cepat dan

canggih ini berjaya menciptakan pelbagai Dunia dahulu adalah terIalu amat

banyak perbezaannya dengan dunia hari ini yang terIalu pesat. Perubahan

demi perubahan yang berlaku ini adalah akibat dari arus globalisasi dan

hegemoni Barat yang menimbulkan pelbagai masalah terutama sekali

apabila perubahan tersebut bertentangan dengan nilai-nilai budaya Timur.

Globalisasi adalah satu arus perubahan yang berlaku ekoran daripada

proses interaksi yang berlaku antara negara-negara di dunia dan fenomena

ini bukanlah sesuatu yang baharu. Hakikatnya, globalisasi telah bermula

apabila masyarakat Barat keluar dari benua Eropah untuk menjelajah ke

seluruh dunia dan membentuk satu rangkaian global. Pembinaan rangkaian

global ini telah berterusan hingga ke hari ini malahan telah dipertingkatkan

mutu dan pengaruh global mereka. Seterusnya, ia turut membawa kepada

perubahan-perubahan dan akhirnya membentuk suatu kebudayaan dunia

seperti hari ini.

Jika diperhatikan dewasa ini, hampir semua aspek kehidupan kita

sedang menjalani proses globalisasi yang sebenarnya adalah untuk

mengheret kita ke dalam suatu sistem hidup yang diseragamkan di seluruh

dunia. Tiada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi

malahan semuanya mengalamai proses globalisasi akibat daripada

hegemoni Barat.

1

Page 2: Hegemoni Barat & Cabaran Globalisasi

2.0 Konsep Globalisasi dan Hegemoni Barat

Sebelum dijelaskan tentang topik, pemahaman mengenai konsep

globalisasi dan hegemoni Barat perlu dijelaskan dahulu.

2.1 Konsep Globalisasi

Globalisasi yang dipelopori oleh Barat sebenarnya membawa kepada

pelbagai definisi dan penafsiran dari berbagai sudut pandangan. Beberapa

istilah mengiringi fenomena globalisasi ini seperti “perkampungan global”,

“dunia tanpa sempadan”, “pupusnya organisasi negara” (demise of the

state), deregulation, liberalization, “langit terbuka” dan sebagainya ( Mohd

Taib Osman, 2004). Orang-orang Perancis menggunakan perkataan

"Mondialisation" dalam menerangkan globalisasi. Manakala

orang-orang Amerika dan Inggeris pula menggunakan perkataan Inggeris

"Globalization" yang mula-mula muncul di Amerika Syarikat. Ia membawa

maksud mengumumkan sesuatu dan meluaskan kawasannya agar

merangkumi semua (http://www.pmram.org/index.php?

option=com_content&view=article&id=67:globalisasi-dan-orde-baru-dunia-

&catid=7:ilmiah&Itemid=69f).

Menurut Kamus Dewan, globalisasi membawa maksud proses

yang membolehkan sesuatu aktiviti disebarkan atau diperluas ke

peringkat antarabangsa atau dunia terutamanya dengan adanya

kemudahan sistem komunikasi. Dalam buku Globalisasi Dalam

Perspektif :Isu dan Cabaran, Martin Albrow (1990) mendefinisikan

globalisasi sebagai proses di mana penduduk dunia diperbadankan

di bawah satu masyarakat dunia, masyarakat global. Malahan menurut

Ahmad Zaki Abd.Latiff, Azam Hamzah dan Azhar Mad Aros (2009),

cendekiawan Barat cenderung melihat globalisasi sebagai satu proses

2

Page 3: Hegemoni Barat & Cabaran Globalisasi

kehidupan yang serba luas dan infiniti, merangkumi segala aspek kehidupan

seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat

manusia di dunia ini. Manakala menurut Lukman Z.Mohamad dan Azmi Abdul

Manaf (2003) pula, globalisasi dapat didefinisikan sebagai cetusan pemikiran

baru yang berusaha membawa masyarakat ke dalam satu sistem dunia yang

lebih luas berpaksikan kapitalisme. Berdasarkan takrif-takrif tersebut,

bolehlah diandaikan bahawa globalisasi diandaikan sebagai satu seruan oleh

negara atau kumpulan tertentu untuk menjadikan cara hidup negara atau

kumpulan tersebut menyeluruh dan diguna pakai oleh dunia.

2.2 Konsep Hegemoni Barat

Perkataan hegemoni pula berasal dari perkataan Greek iaitu hegemon

yang bermaksud chieftain iaitu ketua bagi sesuatu kaum atau kumpulan

(Majalah Pemikir Bilangan 19 Edisi Januari – Mac 2000). Hegemoni ialah satu

konsep yang terkandung dalam globalisasi yang datangnya daripada

pemikiran Barat. Antonio Gramsci, 1891 – 1937 dalam teori Gramsci

mengatakan hegemoni ialah :

“Sebuah pandangan hidup dan cara berpikir yang dominan, yang di

dalamnya sebuah konsep tentang kenyataan disebarluaskan dalam

masyarakat baik secara institusional maupun perorangan; (ideologi)

mendiktekan seluruh cita rasa, kebiasaan moral, prinsip-prinsip religius dan

politik, serta seluruh hubungan-hubungan sosial, khususnya dalam makna

intelektual dan moral”

Gramsci menjelaskan bahawa hegemoni merupakan sebuah proses

penguasaan kelas dominan kepada kelas –kelas masyarakat dari aspek

ekonomi, budaya, moral dan mereka akan mempersetujui secara spontan

tanpa tekanan atau paksaan kepada pengaruh hegemoni kelas dominan.

(http://utchanovsky.com/2008/08/teori-hegemoni/). Immanuel Wallerstein

iaitu seorang yang berfahaman Marxist mendefinisikan hegemoni sebagai

sebuah negara bangsa yang berkuasa dan terunggul wujud dalam sebuah

3

Page 4: Hegemoni Barat & Cabaran Globalisasi

sistem perhubungan antarabangsa yang tidak stabil (Majalah Pemikir

Bilangan 19 Edisi Januari – Mac 2000).

Di samping itu, dalam konsep hegemoni, kelompok yang mendominasi

berhasil mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilai-

nilai moral, politik dan budaya dari kelompok dominan. Menurut Asmady Idris

(2000) lagi, sebuah kuasa hegemoni yang terkuat dan terulung diperlukan

untuk menyeimbangkan keadaan sistem kepimpinan antarabangsa yang

bersifat anarki. Barat muncul sebagai sebuah kuasa dunia yang hegemonik

apabila runtuhnya empayar Islam Turki Uthmaniyah pada tahun 1924 Masihi.

Malahan mereka boleh menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi

sama ada melalui pengaruh politik, tekanan ekonomi, kekuatan ketenteraan

dan senjata ataupun sekurang-kurangnya ia memiliki kuasa veto dalam

merealisasikan hasrat dan wawasannya.

3.0 Faktor- faktor Hegemoni dan Globalisasi

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi mengapa terjadinya

hegemoni dan globalisasi secara holistik di seluruh dunia. Faktor-faktor

tersebut adalah faktor media, ekonomi dan juga politik.

3.1 Media

Dalam perihal apa sekalipun, media merupakan faktor yang terpenting

dalam mencetuskan sesuatu fenomena tidak kira media cetak mahu pun

media elektronik. Dengan perkembangan teknologi yang pesat, media

berkuasa dalam menyebarkan pelbagai isu secara global bahkan media yang

menentukan impak kepada budaya tempatan daripada unsur hegemoni

Barat.

Kepesatan perkembangan teknologi yang meliputi internet dan media

massa menjadi pemangkin kepada proses globalisasi. Pelbagai propaganda

Barat menggunakan pelbagai medium teknologi seperti laman-laman

sesawang yang berunsur pornografi, hiburan melampau, laman-laman sosial

4

Page 5: Hegemoni Barat & Cabaran Globalisasi

dan sebagainya. Teknologi-teknologi canggih yang dimanipulasi Barat, bukan

sahaja satelit dan teknologi maklumat, bahkan penemuan sains yang lain

sentiasa diusahakan mereka seperti mengklon bagi membawa perubahan

kepada kalangan manusia di seluruh dunia.

Cable News Network (CNN), British Broadcasting Corporation (BBC),

Reuters dan sebagainya merupakan antara media yang hadir dari luar ke

negara kita menerusi satelit, internet dan lain-lain. Mereka berada di mana-

mana sahaja di seluruh dunia untuk menyalurkan berita secara panatas dan

menyeluruh. Hal ini terjadi ekoran daripada sifat keterbukaan ataupun

liberalisasi dan deregulasi mana-mana sekatan yang mungkin didirikan pada

suatu masa dulu atas kepentingan tertentu negara.

Selain itu, kehadiran televisyen satelit yang dipancarkan ke seluruh

negara juga menyebarkan hegemoni Barat melalui pelbagai siaran daripada

negara-negara Barat. Pelbagai genre dan unsur seperti unsur ganas,

pornografi, sains fiksyen yang melampau dan tahyul ditayangkan. Namun

demikian, media tempatan di negara kita tidak mampu dan sukar untuk

bersaing dengan stesen swasta dan saluran satelit ini bagi mengurangkan

sekaligus menyekat penyiaran filem-filem dan cerita yang bersandarkan

hegemoni Barat ini.

3.2 Ekonomi

Ekonomi memainkan peranan yang signifikan dalam menciptakan

globalisasi. Penguasaan Barat terhadap ekonomi tercabar selepas bekas

jajahan-jajahannya memperoleh kemerdekaan. Atas dorongan menjaga

kepentingan sendiri, pelbagai peraturan dan rintangan dikenakan ke atas

sesebuah negara baik dari segi ekonomi dan juga bidang yang lain. Untuk

menggalakkan pengeluaran Barat lebih berjaya hasil daripada sekatan dan

peraturan yang dikenakan, gagasan meliberalisasi dan deregulasi untuk

pasaran terbuka dijadikan ideologi bagi mendasari orde baru dunia.

5

Page 6: Hegemoni Barat & Cabaran Globalisasi

Ekonomi menjadi faktor globalisasi kerana keperluan setiap negara

untuk memakmurkan rakyatnya adalah melalui kerja sama ekonomi dalam

segala bidang. Kebergantungan negara-negara seluruh dunia dalam

mengukuhkan ekonomi mereka telah meluaskan lagi pengaruh hegemoni

Barat. Hubungan diplomasi ekonomi ini dijalankan bersama negara-negara

yang berstatus hegemoni seperti Amerika Syarikat (USA) dengan

menggunakan kuasanya dalam ekonomi bagi menggalakkan aliran wang

masuk dan menguasai ekonomi dunia.

Tiga kuasa ekonomi dunia iaitu USA, Eropah dan Jepun mempunyai

keupayaan, terutamanya apabila mereka mengkoordinasikan dasar-dasar

mereka untuk mempengaruhi dan menguruskan pasaran kewangan dunia

dan kecenderungan ekonomi lain. International Monetary Fund (IMF), USA

dan kuasa kewangan yang lain mengenakan syarat apabila mahu

menyelamatkan keadaan yang berlaku kepada negara yang mengalami

kegawatan ekonomi ialah membuka pasaran mereka seluas-luasnya. Dalam

erti kata lain, proses globalisasi yang dikehendaki mereka mesti berlaku.

Eksploitasi ekonomi berlaku demi menjaga kepentingan negara mereka.

3.3 Politik

Politik memainkan peranan dalam proses globalisasi ini. Kuasa politik

dunia hari dimonopoli oleh blok Barat yang diketuai USA. Dengan bekalan

ketenteraan dan kuasa ekonomi serta penguasaan media dunia, kuasa-

kuasa Barat tersebut telah melebarkan pengaruh mereka ke atas hal ehwal

politik dunia.

Menurut Profesor Hans Koechler, seorang ahli falsafah yang

menggarap undang-undang antarabangsa dan politik dalam Mohd Taib

Osman, semenjak zaman colonial paradigma pertembungan Barat dengan

peradaban lain adalah eurocentrism, atau pandangan yang berpusatkan

6

Page 7: Hegemoni Barat & Cabaran Globalisasi

Eropah. Sehubungan dengan itu, ukuran selalu dibuat berdasarkan ukuran

Barat.

Dengan berbekalkan kuasa veto yang ada, kuasa blok Barat

mengambil kesempatan ke atas negara-negara yang lain dengan

menjanjikan kestabilan, keseimbangan, dan jaminan keamanan bagi negara

dan warga masyarakat serta hubungan antarabangsa di dunia. Meskipun

semua janji diberikan namun semuanya hanyalah propaganda untuk

menutup kesilapan dan kepentingan dari segi ekonomi dan politik blok Barat

dan negara-negara sekutunya.

4.0 Kesan-kesan daripada Pengaruh Globalisasi dan Hegemoni

Barat

Akibat daripada proses globalisasi dan pengaruh hegemoni Barat ini,

wujud pelbagai kesan yang dapat dilihat dari aspek sosial, ekonomi, politik,

media dan juga hak asasi manusia.

4.1 Kesan kepada Aspek Media

Memang tidak dapat dinafikan bahawa globalisasi dan hegemoni barat

memberikan dampak yang cukup hebat terhadap kehidupan manusia

sejagat khususnya dalam aspek media. Perkembangan teknologi maklumat

dan komunikasi khususnya memberi peluang yang lebih luas kepada

masyarakat dunia untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu

pengetahuan berdasarkan tanpa melibatkan kos yang tinggi. Segala

maklumat dan informasi terkini dengan mudah boleh diakses oleh sesiapa

sahaja dan di mana sahaja dengan kecanggihan teknologi yang sedia ada.

Contohnya, Bill gates (1996), peneroka bidang komputer yang terkenal telah

dapat memasarkan aplikasi keluaran Window ke serata dunia.

Bukan itu sahaja, media juga boleh digunakan sebagai wadah oleh

umat Islam untuk menyampaikan dakwah dengan lebih mudah dan

menjimatkan masa. Perkembangan ini secara positifnya membolehkan

perhubungan di antara negara dan sesama manusia dapat dilakukan dalam

7

Page 8: Hegemoni Barat & Cabaran Globalisasi

tempoh yang singkat dan mudah. Tidak ketinggalan juga, kerajaan Malaysia

juga telah mengambil langkah inisiatif bagi menyahut cabaran globalisasi

dengan melancarkan projek Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 27 Jun

1998 dengan tujuan untuk memanfaatkan sepenuhnya perkembangan

teknologi maklumat dan multimedia dan seterusnya melahirkan masyarakat

yang bermaklumat.

Walaupun secara globalnya globalisasi menjadi pencetus kepada

pembangunan sesebuah negara namun ia masih membawa kesan yang

amat buruk kepada kehidupan manusia sejagat. Contohnya kebanjiran

maklumat yang tidak bermanfaat. Islam secara hakikinya adalah agama

yang menekankan kecintaan kepada ilmu dan memandang serius kepada

lambakan maklumat yang tidak berguna. Ini adalah kerana ia boleh

membahayakan pembinaan masyarakat yang bermoral terutamanya kanak-

kanak sekiranya ia tidak mampu dikawal dengan baik dan menghilangkan

corak budaya berilmu yang sihat. Misalnya pengunaan laman sesawang

sosial seperti Facebook yang dilihat lebih banyak mendatangkan keburukan

daripada kebaikan dan secara totalnya jumlah keahliannya meningkat setiap

bulan dengan mendadaknya. (Sila rujuk rajah 1 )

Secara keseluruhannya, media cetak dan elektronik penting dunia hari

ini seperti Cable News Network (CNN) dan Associated Press (AP) dikuasai

oleh masyarakat Yahudi dan Barat. Jadi, semua berita yang disebarkan

kepada masyarakat dunia adalah berdasarkan persepsi barat dan menindas

mana-mana negara yang tidak bersekongkol dengan mereka khususnya

negara-negara Islam. Misalnya, agensi berita antarabangsa terutamanya dari

Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat

tentang peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada

masyarakat dunia. Sesuatu peristiwa itu diolah dan ditafsirkan oleh mereka

bagi memperoleh kepentingan-kepentingan tertentu. Di sini dapat

disimpulkan bahawa kuasa-kuasa barat dan Yahudi memperalatkan

8

Page 9: Hegemoni Barat & Cabaran Globalisasi

sepenuhnya semua media yang mereka kuasai untuk memperluaskan

pengaruh hegemoni mereka.

4.2 Kesan kepada Aspek Politik

Berbekalkan kekuatan ketenteraan dan penguasaan media massa dan

elektronik dunia, kuasa-kuasa Barat terus melebarkan sayap mereka ke atas

hal ehwal politik antarabangsa yang secara tidak langsung menggambarkan

dominasi oleh dunia Barat. Dalam dimensi politik globalisasi, kita dapat lihat

fenomena penyalahwilayahan iaitu satu proses dan tindakan politik yang

melintasi perbatasan wilayah negara. Kita lihat sahaja contohnya di Iraq

pada hari ini. Amerika Syarikat yang berjaya mendominasi agensi-agensi

penting antarabangsa seperti Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu (PBB), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan juga Bank

Dunia dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia dan

United Kingdom telah campur tangan dalam politik dalaman Iraq. Hal ini

amat bertentangan dengan polisi sesebuah negara.

Selain itu, dapat diperhatikan bahawa negara-negara Barat khususnya

Amerika Syarikat menggunakan kuasa-kuasa yang dimilikinya untuk

kepentingan peribadi dan mencapai objektif-objektif tertentu yang berkaitan

dengan polisinya. Misalnya, Amerika Syarikat bertindak secara bersendirian

dengan membelakangkan Majlis Keselamatan PBB dalam peristiwa

pengeboman Sudan dan Afghanistan pada tahun 1998 dengan helah untuk

memusnahkan tempat-tempat yang dikatakan sebagai sarang pengganas.

Bukan itu sahaja, Israel telah menggunakan kekuatan ketenteraannya

melakukan serangan secara besar-besaran ke atas Gaza pada 27 Disember

2008 yang mengakibatkan 1419 rakyat Palestin terkorban dan ribuan

mangsa hilang tempat tinggal. (Sila rujuk lampiran 1)

Tidak cukup dengan itu, kesan daripada penguasaan Barat dalam

aspek politik telah menyebabkan mereka memaksa seluruh masyarakat

dunia mengamalkan sistem politik liberal ala-Barat dan menganggap sistem-

9

Page 10: Hegemoni Barat & Cabaran Globalisasi

sistem lain sebagai tidak bertamadun. Malahan Barat khususnya Amerika

Syarikat menganggap sistem politik Islam bercanggah dengan norma-norma

tamadun antarabangsa dan menindas kaum wanita amnya. Selain itu,

dengan berselindung di sebalik perang dan usaha memerangi keganasan

global, Amerika Syarikat dan sekutunya turut mengancam negara-negara

lain yang tidak sehaluan dengannya khususnya negara-negara Islam dengan

menggunakan pengaruh yang ada yang dilihat mempunyai potensi untuk

berkembang menjadi sebuah negara yang berpengaruh. Di sini dapat dilihat

bahawa Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah cuba

memanipulasikan isu-isu demokrasi dan hak-hak asasi manusia untuk

mendominasi politik dunia.

4.3 Kesan kepada Aspek Ekonomi

Tidak dapat disangkal lagi bahawa ekonomi merupakan salah satu

daripada dimensi globalisasi yang mampu memberikan implikasi yang

cukup besar terhadap perkembangan globalisasi dimensi yang lain. Salah

satu daripada kesan globalisasi ekonomi ialah mengurangkan kadar

kemiskinan di beberapa buah negara dan mewujudkan peluang pekerjaan di

kalangan rakyat. Perkara ini jelas dapat dilihat apabila KFC Holding

(Malaysia) yang merupakan salah satu cawangan makanan segera yang

diasaskan oleh Barat telah memperuntukkan RM45 juta bagi membuka

sekurang-kurangnya 20 lagi cawangan baru di Malaysia pada tahun depan

hasil kerjasama ekonomi dengan negara-negara Barat berdasarkan keratan

akhbar bertarikh 4 Ogos 2010. Hal ini jelas dapat membantu dalam

perkembangan ekonomi sesebuah negara dan seterusnya dapat

meningkatkan pendapatan individu. (Sila rujuk lampiran 2)

Selain itu, proses globalisasi juga telah memberikan banyak faedah

kepada Malaysia memandangkan Malaysia adalah sebuah negara

perdagangan yang lebih berfokuskan kepada perdagangan barangan

pembuatan. Malaysia telah memperolehi keuntungan dari proses liberalisasi

10

Page 11: Hegemoni Barat & Cabaran Globalisasi

perdagangan dunia. Hal ini dapat dibuktikan apabila perdagangan Malaysia

berkembang 26.6 peratus kepada RM673.1 billion dalam tempoh Januari

hingga Julai 2010. Malahan berdasarkan Laporan Ekonomi 2010/2011 dan

rajah 2 bagi tempoh tujuh bulan pertama 2010, eksport Malaysia

menyumbang 55.2 peratus kepada jumlah perdagangan dan seterusnya

mencatat lebihan perdagangan sebanyak RM69.4 billion. Tidak cukup

dengan itu, Malaysia terus mengorak langkah apabila perdagangannya

dengan ASEAN terus mengukuh 32.9 dan menyumbang 13.8 peratus jumlah

perdagangan keseluruhan. Hasil daripada globalisasi ekonomi juga, jumlah

perdagangan antara Malaysia dengan China turut meningkat sebanyak 30.3

peratus kepada RM85.7 billion berbanding 14.0 peratus pada Januari hingga

Julai 2009. (Sila rujuk lampiran 3).

Walaubagaimanapun, globalisasi ekonomi juga dilihat banyak memberi

kesan yang negatif. Ini adalah kerana sifat globalisasi ekonomi ala-Barat

yang berteraskan kapitalisme yang hanya menggunakan satu peraturan

ekonomi dunia yang seragam dan menjadikan kapitalisme sebagai asas yang

berteraskan kepada pasaran terbuka dan perdagangan bebas serta mampu

menghilangkan dasar keadilan dalam ekonomi. Hal ini secara tidak langsung

telah menyebabkan pembangunan yang tidak seimbang dan jurang

perbezaan ekonomi yang semakin tinggi antara sesebuah negara dan antara

sektor-sektor ekonomi. Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila negara-

negara miskin gagal bersatu untuk memperjuangkan kepentingan masing-

masing dan mengelakkan diri daripada dieksploitasi oleh negara-negara

kaya. Maka, dapat disimpulkan bahawa negara yang kaya akan bertambah

kaya, manakala yang miskin akan terus miskin.

Berdasarkan statistik yang diperolehi daripada sumber Laporan

Ekonomi Menteri Kewangan, globalisasi ekonomi juga dilihat mampu

membawa pelbagai masalah termasuklah krisis ekonomi dan spekulasi

kewangan. Misalnya pada 2 Julai 1998 telah bermulanya krisis ekonomi di

Asia apabila Baht Thai jatuh begitu teruk, diikuti dengan Korea Selatan,

11

Page 12: Hegemoni Barat & Cabaran Globalisasi

Indonesia dan seterusnya Malaysia. Statistik Kadar Pertumbuhan Ekonomi

Malaysia dari 1990-2000 menunjukkan kadar pertubuhan negara pada tahun

1998 berada pada paras yang paling rendah iaitu -7.4 peratus. (Sila rujuk

rajah 3)

Di samping itu, konsep pasaran terbuka telah menyebabkan wujudnya

monopoli dan oligopoli dalam ekonomi. Negara-negara yang maju sudah

tentu mempunyai keupayaan teknologi canggih, modal yang cukup,

kemahiran pengurusan yang tinggi dan informasi yang serba lengkap

mengenai pasaran. Hal ini telah menyebabkan banyak negara-negara kecil

terpaksa bergantung kepada ekonomi kuasa-kuasa besar. Perkara ini sudah

tentu memaksa negara-negara miskin dan membangun mengamalkan dasar

ekonomi yang liberal dengan membuka ruang yang seluas-luasnya kepada

syarikat-syarikat gergasi Barat untuk menguasai ekonomi mereka.

4.4 Kesan kepada Aspek Sosial

Globalisasi juga dilihat telah berjaya mengubah tatacara dan resam

masyarakat dunia untuk condong ke arah Barat. secara negatifnya ia mampu

membawa kepada penyebaran budaya yang bertentangan dengan tuntutan

nilai-nilai kerohanian dan moral. Pihak Barat telah menggunakan peluang

yang ada dengan sebaik mungkin untuk melebarkan pengaruh mereka

terutamanya dari aspek sosial. Misalnya mereka menggunakan media massa

untuk menyebarkan luaskan budaya mereka terutamanya budaya muzik

dan hiburan. Barat telah memperkenalkan pelbagai jenis muzik dan

hiburan baru yang berkonsepkan hedonisme seperti rock, jazz, punk dan

disko mengikut acuan mereka telah berjaya menguasai dunia dan generasi

muda. Tidak dapat dilupakan Malaysia yang pada suatu ketika dahulu

pernah gempar dengan budaya black metal yang akhirnya membawa

kepada kerosakkan akhlak di kalangan remaja.

Bukan itu sahaja, kuasa Barat terutamanya Amerika Syarikat telah

berjaya mengglobalkan dan mengantarabangsakan pelbagai jenama mereka

12

Page 13: Hegemoni Barat & Cabaran Globalisasi

khususnya dalam budaya makanan dan minuman segera seperti Kentucky

Fried Chicken, Mc Donald, Coco Cola dan Seven Up yang berjaya memikat

hati sebilangan besar masyarakat dunia termasuklah masyarakat Islam.

Tidak dapat dinafikan jenama makanan Mc Donald mempunyai tidak kurang

10 500 restoran di 50 buah negara manakala Kentucky Fried Chicken pula

mempunyai lebih daripada 7750 buah restoran di 58 buah negara yang

kebanyakkannya terletak di bandar-bandar besar dan mudah didapati.

Malaysia juga tidak terkecuali dalam menerima globalisasi sektor makanan

segera apabila KFC Holding Bhd (Malaysia) akan melabur sebanyak RM25

juta tahun ini bagi membuka 25 buah restoran lagi berdasarkan keratan

akhbar bertarikh 8 Januari 201. Hal ini sekaligus telah membantu negara-

negar Barat mempromosikan budaya mereka di samping dapat

mendatangkan keuntungan yang berlipat kali ganda kepada Amerika. (Sila

rujuk lampiran 4)

Kita juga dapat melihat budaya berpakaian di Malaysia misalnya

seperti baju Melayu dan baju kurung yang dilihat semakin hari semakin

dilupakan. Anak-anak muda semakin ghairah mengikuti segala perubahan

fesyen yang berlaku di Barat. Jenama-jenama pakaian seperti Pierre Cardin,

Y.Saint Lawrence dan Lewis serta jenama alat solek seperti Maybeline dan

Christian Dior menjadi pilihan generasi muda walaupun harganya cukup

mahal. Tidak cukup dengan itu, kuasa Barat juga dilihat cuba mendominasi

bahasa di dunia. Buktinya bahasa Inggeris telah menjadi alat perhubungan

dan komunikasi terpenting di peringkat antarabangsa dan turut digunakan

dan dipraktikkan secara global. Jika kita lihat sendiri di Malaysia, keputusan

peperiksaan dalam bahasa Inggeris telah dijadikan salah satu syarat utama

untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam. Perkara ini jelas

membuktikan kejayaan globalisasi bahasa yang diterajui oleh Amerika

Syarikat.

4.5 Kesan kepada Aspek Hak Asasi Manusia

13

Page 14: Hegemoni Barat & Cabaran Globalisasi

Dapat diperhatikan juga bahawa globalisasi dan hegemoni Barat turut

berupaya menegakkan dan memperjuangkan hak asasi manusia. Dalam hal

ini, pembentukan Perlembagaan Persekutuan 1957 jelas menunjukkan

Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi dan menyokong

agenda hak asasi manusia (Lukman Z.Mohamad dan Azmi Abdul Manaf,

2003). Buktinya pada tahun 1987 hasil kerjasama Malaysia dengan negara-

negara Komanwel seperti Australia dan New Zealand, Malaysia lantang

bersuara menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang jelas telah

mencabuli hak asasi manusia. Dasar Aparteid dilihat telah menindas

golongan kulit hitam. Hal ini amat jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip

kemanusiaan tetapi hasil kerjasama dengan semua negara melalui proses

globalisasi perkara ini akhirnya berjaya diselesaikan.

Walaupun globalisasi membawa kesan yang positif tetapi ia turut

memberikan kesan yang negatif terutamanya pada kaum wanita. Proses

telah globalisasi telah menyebabkan setiap negara berlumba-lumba untuk

menguasai pasaran. Maka untuk meluaskan pasaran mereka memerlukan

lebih ramai pekerja. Jadi, mereka telah mengeksploitasi kaum Hawa kerana

meraka dipandang sebagai punca tenaga kerja yang murah dan mampu

mempromosi jualan barang-barangan dan perkhidmatan malahan turut

diperalatkan sebagai objek seks.

5.0 Rumusan

Jika diperhatikan dewasa ini, hampir semua aspek kehidupan kita sedang

menjalani proses globalisasi yang sebenarnya adalah untuk mengheret kita

ke dalam suatu sistem hidup yang diseragamkan di seluruh dunia. Tiada

aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi malahan

semuanya mengalamai proses globalisasi akibat daripada hegemoni Barat.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi mengapa terjadinya

hegemoni dan globalisasi secara holistik di seluruh dunia. Faktor-faktor

tersebut adalah faktor media, ekonomi dan juga politik. Dengan berteraskan

14

Page 15: Hegemoni Barat & Cabaran Globalisasi

asas ingin menjaga kepentingan sendiri dan juga meluaskan pengaruh dan

dominasi ke seluruh dunia, negara-negara berstatus hegemoni Barat ini

menggunakan pelbagai medium bagi menjayakan kehendak mereka.

Kesannya, kita dapat lihat bagaimana dunia hari bergerak dan

berfungsi mengikut acuan yang disebarkan pengaruh hegemoni ini. Tiada

aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi malahan

semuanya mengalamai proses globalisasi akibat daripada hegemoni Barat

seperti politik, sosial, ekonomi, media dan juga hak asasi manusia itu sendiri.

Hasil daripada globalisasi ini, dunia bagaikan terkesan dan mengalami

pelbagai perubahan-perubahan yang banyak menimbulkan masalah seperti

kewujudan campur tangan kuasa hegemoni Barat dalam politik dalaman

sesebuah negara yang bergolak.

Secara konklusinya, jika diperhatikan dari sudut pandangan yang positif,

kita dapat melihat bahawa globalisasi dan hegemoni Barat membawa impak

yang sangat mendalam terutamanya dari aspek ekonomi dan media

walaupun secara keseluruhannya ia membawa kesan yang negatif. Hampir

semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses globalisasi yang

sebenarnya adalah untuk mengheret kita ke dalam suatu sistem hidup yang

diseragamkan di seluruh dunia.

6.0 Refleksi

Sepanjang penyediaan tugasan ini, banyak perkara-perkara baru yang

dapat kami pelajari. Misalnya konsep hegemoni yang begitu asing dan tidak

pernah kami dengari sebelum ini. Pertama kali mendengar perkataan

hegemoni Barat, perkara pertama yang terlintas di fikiran kami ialah

perkara-perkara negatif yang di bawa oleh Barat dan ternyata perkara yang

kami fikirkan tidak tepat secara keseluruhannya. Walaubagaimanapun, hal

ini ternyata dapat memberikan input tambahan yang sangat berguna kepada

kami yang bakal bergelar seorang guru.

15

Page 16: Hegemoni Barat & Cabaran Globalisasi

Selain itu, kami juga dapat mengaitkan konsep hegemoni dan globalisasi

dalam pengajaran dan pembelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG). Jika

kita imbau kembali pada zaman dahulu secara keseluruhan pengajaran dan

pembelajaran menggunakan kapur tulis pemadam papan hitam sahaja tetapi

pada hari ini seiring dengan perkembangan sains dan teknologi, kita dapat

melihat bahawa hampir seratus peratus sistem pembelajaran di IPG

menggunakan komputer dan LCD. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa

globalisasi dan hegemoni Barat turut mempengaruhi sistem pendidikan di

Malaysia.

Di samping itu, kami menyedari banyak perkara yang kita lakukan

pada hari ini tanpa kita sedari adalah hasil daripada pengaruh hegemoni

Barat dan juga globalisasi. Misalnya aspek berpakaian yang lebih condong ke

arah Barat dan perubahan tersebut ternyata bertentangan dengan norma-

norma budaya Timur. Sebagai seorang guru pada masa depan, kami perlu

membina jati diri yang kukuh agar dapat menangkis pengaruh daripada

pelbagai propaganda Barat yang membawa kesan negatif kepada diri kami

sendiri seterusnya kepada masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian.

Selain itu, kami juga sedar akan peranan dan tanggungjawab kami

sebagai seorang guru dan rakyat Malaysia dalam menapis gelombang

globalisasi ini bagi tujuan kesejahteraan generasi yang akan datang.

Sekiranya hari ini, kami sebagai guru mengambil dan menerima sahaja

pengaruh daripada luar tanpa menapisnya dan menyesuaikannya dengan

budaya di Malaysia, mungkin generasi akan datang akan mengalami proses

globalisasi yang lebih dahsyat.

7.0 Bibliografi

Ahmad Hakimi Khairuddin & et al. ( 2006). Tamadun Islam dan Tamadun

Melayu. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

16

Page 17: Hegemoni Barat & Cabaran Globalisasi

Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah & Azhar Mad Aros (2009). Tamadun

Islam dan Tamadun Asia. Oxford Fajar Sdn .Bhd.. Shah Alam.

Amran Muhammad, Chandra Muzaffar & Mohd Zuhdi Marsuki (2001).

Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Penerbit Universiti Malaya. Kuala

Lumpur.

Asmady Idris. Kuasa Hegemoni dan Perdagangan Bebas. Majalah Pemikir

Bilangan 19 Edisi Januari – Mac 2000.

Berita Harian.2010, 4 Ogos.KFCH sedia RM45 juta.

Berita Harian.2010, 16 Oktober.Laporan Ekonomi 2010/2011.

Berita Harian.2010, 29 Disember.Gaza ingati detik sekatan dimulakan.

Berita Harian.2011, 8 Januari.KFCH rancang labur RM25j.

http://mfrstudio.board-realtors.com. Dicapai pada 17 Januari 2011

http://penita.org/index.php. Dicapai pada 20 Januari 2011

http://www.econ.upm.edu.my/~fatimah/sejagat.htm. Dicapai pada 21 Jnuari

2011

http://sollehahn.com/2010/09/infografik-statistik-penggunaan-facebook-di-

malaysia. Dicapai pada 30 Januari 2011

http://utchanovsky.com/2008/08/teori-hegemoni/. Dicapai pada 31 Januari

2011

http://www.pmram.org/index.php?

option=com_content&view=article&id=67:globalisasi-dan-orde-baru-

dunia-&catid=7:ilmiah&Itemid=69f Dicapai pada 31 Januari 2011

Hajah Noresah Baharom & et al. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat.

Dawama Sdn. Bhd.. Selangor.

17

Page 18: Hegemoni Barat & Cabaran Globalisasi

Mohd Azizuddin Mohd Sani, Mas Juliana Mukhtaruddin & Mohd Baharudin

Othman. (2004). Globalisasi Dalam Perspektif : Isu dan Cabaran. IBS

Buku Sdn. Bhd. Selangor.

Mohd Taib Osman. (2004). Globalisasi, Patriotisme dan Isu-isu

Kemasyarakatan. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Lukman Z. Mohamad & Azmi Abdul Manaf (2003). Globalisasi di Malaysia.

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.. Kuala Lumpur.

18