hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik_661206135737002

Upload: jamal-dalel

Post on 06-Apr-2018

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Hbml3403 Linguistik Dan Sosiolinguistik_661206135737002

    1/16

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEMESTER SEPTEMBER 2011

    HBML3403

    LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

    NAMA PELAJAR : JAMAL BIN DALEL

    NO. MATRIKULASI : 661266135735002

    NO. KAD PENGENALAN : 661206-13-5737

    NO. TELEFON : 0198360200

    E-MEL : [email protected]

    NAMA TUTOR : MOGD PAUZI BIN MOHD YUSOF

    PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SARAWAK

    mailto:[email protected]:[email protected]
  • 8/3/2019 Hbml3403 Linguistik Dan Sosiolinguistik_661206135737002

    2/16

    HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK JAMAL BIN DALEL

    SENARAI KANDUNGAN

    PERKARA HALAMAN

    1. PENGENALAN 2 - 3

    2. FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN

    BERLAKUNYA BAHASA TIDAK SOPAN. 3 - 6

    3.ANALISIS BAHASA TIDAK SOPAN 7 - 9

    4. CADANGAN MENGATASI BAHASA TIDAK SOPAN 9 - 12

    5. KESIMPULAN 12 - 13

    6. RUJUKAN 14

    2

  • 8/3/2019 Hbml3403 Linguistik Dan Sosiolinguistik_661206135737002

    3/16

    HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK JAMAL BIN DALEL

    1.0 PENGENALAN

    1.1 DEFINISI

    Bahasa memainkan peranan yang amat penting kepada manusia. Tanpa bahasa amat

    sukar untuk seseorang untuk berhubung. Bahasa secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai

    lambang bunyi suara yang digunakan untuk perhubungan antara manusia. Petada (1981)

    dalam Abdullah Yusuf (2010) mentakrifkan bahasa sebagai alat komunikasi dan makhluk

    sosial yang suka bersosial; iaitu bersosial untuk kebaikan, mesti bermakna dan difahami oleh

    semua pengguna bahasa tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), bahasa

    bermaksud sistem lambang-lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan

    dalam lingkungan satu kelompok manusia ( di antara seorang individu dengan yang lain).

    Bahasa tidak sopan yang juga dikenali sebagai bahasa kasar yang merupakan salah satu

    aspek yang terdapat di dalam bahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (2007), kasar

    bermaksud tidak tertib (sopan santun, beradab) tidak lemah lembut. Jadi bahasa kasar

    bolehlah ditakrifkan sebagai bahasa yang tidak tertib, tidak bersopan santun dan tidak

    beradab. Bahasa kasar menujuk kepada ungkapan yang mengaibkan orang lain dengan

    menggunakan kata-kata yang tidak senonoh. Selain itu, ada yang mengaitkan bahasa tidak

    sopan ini dengan bahasa kesat iaitu merujuk kepada bahasa yang menyakitkan atau

    menimbulkan kemarahan.

    Selain itu, terdapat juga istilah disfemisme merujuk kepada bahasa kasar. Disfemisme

    menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) bermaksud ungkapan atau kata yang kasar

    untuk menggantikan ungkapan atau kata yang halus (lembut dan sopan). Susilo Ummi,

    Markhamah dan Atiqa Sabardila (2010), menjelaskan maksud disfemisme sebagai kata yang

    berasal daripada kata eufemisme yang menerima imbuhan `dis yang bermaksud tidak.

    Eufemisme berasal daripada bahasa Yunani euphimismos. Eu bermaksud baik, phimi

    bermaksud perkataan dan ismos bermaksud tindakan. Jadi disfemisme bolehlah

    disifatkan keterbalikan daripada eufemisme iaitu bahasa yang halus. Lebih jelas, disfemisme

    diertikan sebagai perkataan yang tidak sopan, kasar atau perkataan yang tidak manis

    digunakan.

    Bahasa tidak sopan atau bahasa kasar sering dikaitkan juga dengan kata tabu. Kata tabu

    di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud sesuatu yang dilarang, pantang-larang

    3

  • 8/3/2019 Hbml3403 Linguistik Dan Sosiolinguistik_661206135737002

    4/16

    HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK JAMAL BIN DALEL

    atau yang dilarang atau ditegah daripada dipercakapkan. Mengikut Tesaurus Linguistik

    Bahasa Melayu, tabu ialah suatu keadaan untuk mengelakkan penggunaan kata yang tidak

    sopan atau dilarang. Manakala menurut S. Nathesan (2011), tabu menandakan sesuatu yang

    dilarang atau sesuatu yang tidak dibenarkan. Tabu dalam bahasa merujuk kepada suatu

    keadaan yang menjadi sempadan atau sekatan kepada anggota masyarakat agar mereka tidak

    menggunakan bahasa atau perkataan tertentu dengan sewenang-wenangnya.

    Walau apa pun istilah yang digunakan sama ada bahasa tidak sopan, bahasa kasar ,

    bahasa kesat, tabu atau disfemisme tetap merujuk kepada aspek kesantunan dalam

    berbahasa. Sesungguhnya kesantunan dalam berbahasa masyarakat Malaysia pada masa

    kini kian membimbangkan. Kita mungkin pernah mendengar anak-anak muda menggunakan

    bahasa yang tidak sopan seperti celaka, pergi mampus atau menggelarkan seseorang

    dengan nama binatang seperti babi. Yang lebih menyedihkan mereka menggunakan bahasa

    sebegini kepada orang tua hatta ibu bapa sendiri. Jadi ke mana hilangnya nilai timur yang

    kita agungkan selama ini. Adakah ungkapan `indah budi kerana bahasa masih sesuai lagi

    digunakan.

    2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA BAHASA TIDAK

    SOPAN

    2.1 FAKTOR DALAMAN

    2.1.1 PERASAAN MARAHSalah satu faktor yang paling kerap menyebabkan berlakunya bahasa tidak sopan

    atau disfemisme adalah apabila berada dalam keadaan marah. Menurut kamus Dewan edisi

    keempat(2007), marah bermaksud perasaan panas hati, berang, gusar, murka. Apabila

    berada dalam emosi marah, seseorang amat sukar mengawal emosi dan akal fikirannya.

    Dalam keadaan tertentu seseorang sukar mengawal tingkah lakunya. Menurut Kementerian

    Kesihatan Malaysia dalam info sihat menjelaskan bahawa marah menyebabkan seseorangh

    menjadi agresif secara lisan atau fizikal. Maka, sebagai cara melepaskan kemarahan

    seseorang lebih mudah menuturkan kata-kata berunsur disfemisme.

    Emosi marah muncul kerana wujudnya gangguan terhadap seseorang. Gangguan

    yang menyebabkan munculnya kata berunsur disfemisme atau tidak sopan ini dapat dikelas

    kepada 2 jenis iaitu gangguan fizikal dan gangguan bukan fizikal. Antara bentuk gangguan

    fizikal yang sering menimbulkan perasaan marah seterusnya melahirkan bahasa tidak sopan

    4

  • 8/3/2019 Hbml3403 Linguistik Dan Sosiolinguistik_661206135737002

    5/16

    HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK JAMAL BIN DALEL

    adalah apabila dicelakakan tubuh badan seperti dipukul, dicubit, ditampar atau ditendang.

    Mangsa yang dicelakakan tubuh badannya itu kerap menggunakan bahasa tidak sopan

    seperti celaka, kurang ajar, puki mak . Terdapat juga mangsa yang membandingkan

    lawannya dengan binatang seperti babi, anjing. Manakala gangguan bukan fizikal yang

    biasa terjadi adalah seperti diejek, dihina, diajuk dan ditempelak. Gangguan ini akan

    menyebabkan emosi seseorang terganggu dan dalam keadaan begini seseorang lebih mudah

    melahirkan bahasa yang menyakitkan telinga. Hal ini boleh jadi disengajakan ketika

    menuturkan kata-kata demikian untuk melepaskan perasaan marah dan besar kemungkinan

    juga tidak disengajakan kerana sedang alpa atau lalai dibuai perasaan emosi tersebut.

    (Abdullah Sukor Shaari et-al, 2003).

    2.1.2 STRES /TEKANAN

    Stres atau tekanan juga boleh menyumbang kepada pengucapan bahasa tidak sopan.

    Tekanan bermaksud sesuatu yang menekan dengan kuat,desakan, paksaan. ( kamus Dewan,

    2007). Menurut Hans Selye (1976) dalam Borhan Yusof et. al ( 2011), stress boleh dilihat

    sebagai desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu berikutan suatu peristiwa yang

    berlaku kepadanya. Stres muncul apabila seseorang menghadapi sesuatu yang dirasakan di

    luar kawalannya. Misalnya stress atau tekanan di tempat kerja kerana banyak tugasan yang

    belum disiapkan. Bahasa tidak sopan ini biasanya muncul apabila seseorang diberi tugasan

    tambahan. Apabila mengalami situasi begini, seseorang mungkin melepaskan tutur kata

    seperti gila, mampu atau tidak ada hati perut. Tekanan juga dialami oleh kaum ibu

    yang menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Dengan kerja di rumah yang tidak pernah

    selesai seperti menjaga bayi, mengemas rumah, mencuci pakaian, menyediakan makanan di

    samping mengurus suami dan anak-anak, tekanan kerap terjadi. Maka terdengarlah

    pengucapan seperti ,

    Apa, abang ingat saya kuli.

    Saya ini manusialah bang, bukan mesin

    5

  • 8/3/2019 Hbml3403 Linguistik Dan Sosiolinguistik_661206135737002

    6/16

    HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK JAMAL BIN DALEL

    2.1.3 KURANG PENGETAHUAN TENTANG TATASUSILA BAHASAMELAYU

    Pengetahuan yang sangat sedikit tentang kesantunan Bahasa Melayu turut

    menyumbang kepada penggunaan bahasa tidak sopan. Perkara semakin teruk apabila

    pengetahuan tentang budaya orang Melayu amat sedikit. Menurut Asmah Hj Omar (2002)

    kurangnya ilmu pengetahuan tentang tatasusila bahasa Melayu dan kurang pengetahuan

    tentang adat budaya masyarakat orang Melayu juga boleh menjadi faktor kurangnya aspek

    kesantunan berbahasa.Perkara ini biasanya terjadi kepada mereka yang bahasa ibundanya

    bukan Bahasa Melayu. Mereka yang tidak terdedah dengan budaya masyarakat Melayu juga

    tergolong dalam kelompok ini. Mungkin kita pernah terdengar seorang pelajar bukan

    Melayu menggunakan kata ganti nama Kau untuk gurunya. Misalnya,

    Cikgu, kau hendak ke mana?.

    2.2 FAKTOR LUARAN

    2.2.1 PENGARUHI KELUARGA

    Kita semua mengetahui bahawa ibu bapa merupakan orang yang banyak

    mendedahkan bahasa kepada anak-anak mereka. Menurut Tarigan, (1986) dalam Abdullah

    (2010), bahasa itu diperolehi daripada sumber yang pertama iaitu ibu bapa, kemudian

    menghasilkan satu tatabahasa baru dan dikuasai oleh kanak-kanak, contohnya apabila

    kanak-kanak meminta air, `ibu air ia membawa maksud ` ibu minta air. Bagaimana kalau

    ibu bapa tersebut menggunakan bahasa tidak sopan dalam perbualan mereka? Pasti anak-

    anaknya akan terdidik dengan bahasa yang tidak sopan itu. Jadi, apabila berkomunikasi

    dengan orang lain, anak tersebut akan menggunakan bahasa tidak sopan juga. Akhirnya

    kebiasaan ini akan terbawa-bawa oleh anak.

    2.2.2 PENGARUH RAKAN SEBAYA

    Faktor lain yang menyebabkan lahirnya bahasa tidak sopan ialah pengaruh rakan

    sebaya. Mustafa Fahmi (1971) dalam Azizi yahaya et al (2005) menyatakan remaja

    cenderung menuruti tingkah laku kumpulan yang mana ia berada di dalamnya. Remaja di

    6

  • 8/3/2019 Hbml3403 Linguistik Dan Sosiolinguistik_661206135737002

    7/16

    HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK JAMAL BIN DALEL

    peringkat awalan ini akan bersungguh mencuba bertingkah laku seperti tingkahlaku

    kumpulannya. Remaja ini juga akan melakukan atau membuat apa yang dilakukan atau

    dibuat oleh kumpulannya. Muhd. Mansur Abdullah et.al (1988) dalam Azizi Yahaya et.al

    (2005) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu

    tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Jadi kita

    dapat mengetahui kuatnya pengaruhi rakan sebaya ini. Suatu yang menarik tentang remaja

    ialah tentang gaya bahasa atau percakapan mereka. Remaja cenderung menggunakan bahasa

    tidak sopan kerana ingin menyesuaikan diri dengan persekitaran dan pergaulan bersama

    rakan masing-masing. Kadang kala pengucapan bahasa kasar dalam kalangan mereka

    sebagai cara mengelak mesej yang ingin disampaikan diketahui oleh generasi terdahulu.

    Bahasa kasar ini digunakan dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang

    ketiga.

    .

    2.2.3 PENGARUH MEDIA

    Pada era dunia tanpa sempadan ini, hubungan manusia dengan media semakin erat

    terutama sekali media elektronik. Media Elektronik seperti televisyen, internet, dan telefon

    bimbit seolah-olah menjadi barang keperluan. Malangnya penggunaan bahasa kasar yang

    terdapat dalam media ini memberi kesan kepada gaya bahasa penggunanya terutama kanak-

    kanak dan remaja. kanak-kanak dan remaja akan lebih bersuara lantang dan suka

    mengeluarkan kata-kata yang menyakiti orang lain. Kata-kata yang terdapat dalam

    rancangan televisyen seperti drama swasta turut mempengaruhi mereka menggunakan

    bahasa sedemikian. Selain itu rancangan hiburan yang lantang mengkritik persembahan

    peserta seperti Malaysian Idiol, Akademi Fantasia dan sebagainya turut menjadi sasaran

    kanak-kanak dan remaja mengeluarkan kata-kata yang lebih terbuka sehingga menyebabkan

    rakan mereka berasa tersinggung dan seterusnya menghadapi konflik. Menurut I wayan

    Pastika. (2008), pihak yang terlibat dengan televisyen di Indonesia menganggap penggunaan

    bahasa kasar di dalam rancangan televisyen perkara biasa. Dan, bahasa kasar diikuti oleh

    aksi ganas dipertontonkan pada saat anak-anak menggunakan waktunya untuk menikmati

    siaran televisyen.

    7

  • 8/3/2019 Hbml3403 Linguistik Dan Sosiolinguistik_661206135737002

    8/16

  • 8/3/2019 Hbml3403 Linguistik Dan Sosiolinguistik_661206135737002

    9/16

    HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK JAMAL BIN DALEL

    Dalam ayat di atas, muntah darah membawa maksud makan. Tetapi penggunaan

    muntah darah dalam ayat tersebut mengejek seseorang berkenaan tabiatnya yang kuat

    makan.

    Eh, engkau tidak ada kerja lain, asyik membuta saja.

    Dalam ayat di atas pula membuta bermaksud tidur. Penggunaan membuta

    mengejek seseorang tentang tabiatnya yang suka tidur.

    3.3 BAHASA LUCAH

    Bahasa jenis ini banyak menggunakan anggota badan manusia terutama anggota

    seksual manusia. Anggota badan yang selalu digunakan ialah kemaluan, buntut,dubur, dan

    buah dada. Dalam masyarakat Malaysia terutama masyarakat Melayu bercakap tentang

    anggota seksual secara terus terang adalah tidak sopan. Bahasa yang halus digunakan untuk

    merujuk kepada anggota tersebut. Jadi,bahasa berikut boleh dianggap bahasa tidak sopan,

    Pukimak kau

    Dalam ayat di atas pukimak bermaksud anggota kemaluan emak. Bahasa ini dilafazkan

    apabila berada dalam emosi yang amat marah.

    Dalam emosi normal, penggunaan kata berdasarkan anggota badan tersebut juga

    dianggap tidak sopan. Misalnya dalam ayat di bawah,

    Pantat kamu terlalu besar sebab itulah seluar itu tidak muat

    Dalam ayat di atas, pantat bermaksud punggung. Penggunaan pantat agak tidak

    sopan dan membawa maksud lucah bagi sesetangah dialek di Malaysia. Jadi untuk

    mengurangkan tahap ketidaksopanan maka kata punggung lebih sesuai.

    Kanser tetek merupakan ancaman utama kepada kaum wanita

    Kata tetek dalam ayat di atas sungguh tidak sopan digunakan. Perkataan ini boleh

    menimbulkan emosi marah dan malu kepada wanita. Kata tetek lebih sesuai digantikan

    dengan kata payu dara

    3.4 BAHASA HERDIKAN

    Apabila berada dalam emosi yang marah kita kerap melafazkan kata yang kasar dan

    keras. Menurut kamus Dewan, bahasa yang sebegini dipanggil herdikan. Herdikan juga

    9

  • 8/3/2019 Hbml3403 Linguistik Dan Sosiolinguistik_661206135737002

    10/16

    HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK JAMAL BIN DALEL

    dikenali sebagai tengking atau menghamun. Herdikan akan dilafazkan dengan nada yang

    agak keras dan nyaring. Ayat di bawah ini menggambarkan herdikan,

    Di tepi jalan aku pungut engkau. Ini balasan kau kepada aku.

    Penggunaan kata tepi jalan dalam ayat di atas menggambarkan tempat yang hina.

    Kemudian,ditambah dengan penggunaan kata pungut menguatkan lagi tahap kehinaan

    tersebut. Kata pungut juga bermaksud mengutip sesuatu yang ada di bawah. Dan, jarang

    digunakan untuk manusia.

    Aku menyampah tengok muka kau. Sekarang berhambus kau dari sini

    Dalam ayat di atas kata menyampah digunakan membayangkan kebencian yang

    amat sangat. Menyampah bermaksud berasa benci, meluat atau jijik. Manakala kata

    berhambus membawa maksud pergi atau nyah. Berhambus mengarahkan sesorang pergi

    dengan kasar.

    4.0 CADANGAN MENGATASI BAHASA TIDAK SOPAN

    Sebenarnya masalah bahasa tidak sopan ini sudah lama berlarutan. Masalah ini

    semakin serius apabila terjadi kes jenayah di sekolah yang berpunca daripada faktor bahasa

    tidak sopan. Lantaran itu, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah

    melancarkan Kempen Budi bahasa. Antara tujuan kempen ini adalah untuk membentuk

    bangsa Malaysia yang mempunyai semangat bersatu padu, bertoleransi, saling memahami

    dan bekerjasama serta cinta akan negara. Kempen tersebut telah dirasmikan oleh Tun

    Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 1 Januari 2005. Jadi, pihak kerajaan telah membuka

    jalan untuk mengatasi masalah bahasa tidak sopan ini. Sekarang peranan kita sebagai rakyat

    untuk menjayakan kempen Budi Bahasa ini agar kempen ini mencapai objektifnya.

    4.1 PERANAN IBU BAPA

    Hasrat melahirkan warganegara yang berbudi bahasa tidak akan tercapai tanpa

    segenap lapisan masyarakat terutama ibu bapa. Ibu dan bapa perlu memainkan peranan

    dalam memberi bimbingan berbahasa kepada anak-anak sebelum anak mereka memulakan

    alam persekolahan formal. Ibu dan bapa merupakan orang yang paling rapat dengan anak

    mereka. Justeru, pengaruh ibu bapa terhadap perkembangan bahasa anak-anak amat kuat.

    Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak awal lagi dengan menyemaikan bahasa yang

    10

  • 8/3/2019 Hbml3403 Linguistik Dan Sosiolinguistik_661206135737002

    11/16

    HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK JAMAL BIN DALEL

    sopan di rumah. Kata orang melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Percakapan antara

    ibu dengan bapa, antara ibu bapa dengan anak atau percakapan antara ahli keluarga perlu

    menggunakan bahasa yang sopan. Perkara ini sedikit sebanyak dapat dicontohi anak-anak

    dalam berbahasa.

    Bahasa yang kasar atau disfemisme hendaklah dielakkan kerana ini akan

    mempengaruhi pembentukan jiwa anak-anak. Sebaliknya bahasa yang halus dan sopan

    hendaklah selalu digunakan. Anak-anak hendaklah dibiasakan dengan penggunaan bahasa

    yang lebih sopan. Apabila sudah meningkat dewasa nanti anak-anak ini turut menggunakan

    kata-kata yang biasa didengar di rumah.

    Selain itu, ibu bapa hendaklah menggunakan kata ganti nama diri atau kata

    pangguilan yang sesuai mengikut konteksnya. Penggunaan kata ganti nama diri perlu

    digalakkan tanpa mengira usia dan taraf sosial mereka. Penggunaan kata sapaan seperti

    tok, pak cik mak cik encik dan puan dapat menyerlahkan bahasa yang lebih

    sopan. Malah kata sapaan untuk ahli keluarga juga perlu ditekankan seperti abang.

    kakak atau adik. Selain penggunaan kata ganti nama yang sopan, pendedahan kepada

    nada pengucapan yang redah dan lembut perlu juga didedahkan kepada anak-anak.

    4.2 PERANAN PIHAK SEKOLAH

    Kita sedia maklum kanak-kanak juga banyak menghabiskan masa di sekolah. Maka,

    peranan pihak sekolah terutama guru amat penting dalam membentuk bahasa yang sopan

    dalam kalangan murid-murid. Sebagai institusi pendidikan formal , sekolah

    dipertanggungjawabkan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,

    rohani, inteleks dan social. Ini sudah terkandung dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Ini

    bermakna pihak sekolah perlu memberi pelajar ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang di

    samping melahirkan pelajar yang berkeperibadian mulia dan pelajar yang berbudi bahasa

    apabila berbicara.

    Dalam sukatan pelajaran kebanyakan mata pelajaran terselit penerapan nilai murni.

    Ini bermakna dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menerapkan aspek nilai-nilai

    murni. Tetapi apa yang berlaku kepada kebanyakan pengajaran pembelajaran guru, aspek

    ilmu pengetahuan terlalu diutamakan sehingga aspek nilai murni langsung tidak disentuh.

    Mungkin sistem pendidikan kita yang terlalu mementingkan pencapaian dalam peperiksaan

    11

  • 8/3/2019 Hbml3403 Linguistik Dan Sosiolinguistik_661206135737002

    12/16

    HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK JAMAL BIN DALEL

    menjadi punca hal ini berlaku.Sudah tiba masanya penerapan nilai murni dalam pengajaran

    pembelajaran guru dititikberatkan tanpa meminggirkan isi pelajaran.

    Mengharapkan guru sahaja memupuk bahasa yang sopan dalam kalangan murid

    merupakan pemahaman yang salah. Sebaliknya, mereka yang berada di sekeliling murid

    seperti pihak pentadbir dan kakitangan sokongan sepatutnya mengamalkan amalan bahasa

    yang sopan dalam komunikasi mereka. Langkah ini penting untuk memudahkan murid

    menghayati amalan bahasa yang sopan. Murid yang didapati menggunakan bahasa yang

    sopan, patut diberi hadiah sama ada dalam bnetuk kebendaan atau pujian. Murid ini

    sepatutnya menjadi contoh kepada pelajar yang lain. Sebaliknya pelajar yang berbahasa

    yang kasar patut ditegur atau didenda jika kesalahan berulang. Ini akan memberikan

    kesedaran kepada mereka tentang amalan berbahasa yang sopan.

    Satu lagi perkara yang agak menarik diperkatakan ialah amalan menegur atau

    menyapa seseorang. Murid di sekolah sememangnya sudah dibiasakan dengan ucapan

    selamat pagi cikgu, dan terima kasih, cikgu setiap kali guru masuk dan meninggalkan

    kelas. Alangkah baiknya amalan ini turut diamalkan di luar kelas. Menyapa orang lain

    dengan sapaan yang sopan ini sudah tentu menggembirakan orang yang disapa dan

    mewujudkan keharmonian.

    4.3 PERANAN MASYARAKAT

    Peranan masyarakat juga tidak kurang pentingnya dalam membentuk bahasa yang

    sopan. Setiap anggota masyarakat hendaklah memainkan peranan masing-masing dalam

    perkara ini. Orang ramai hendaklah menegur dan menasihati individu yang berbahasa kasar

    ini. Cara teguran tersebut hendaklah dengan cara lembut dan berhemah. Meskipun

    tanggungjawab tersebut agak mencabar, tetapi kegagalan anggota masyarakat mencuba

    membetulkan keadaan sedemikian menunjukkan kegagalan memikul tanggungjawab

    terhadap masyarakat. Sikap suka menjaga tepi kain orang lain kadang kala perlu diamalkan.

    Selain itu, anggota masyarakat juga perlu berkomunikasi dengan bahasa yang sopan agar

    wujud kesinambungan berbahasa sopan dari rumah , sekolah dan dunia luar.

    4.4 PERANAN MEDIA

    12

  • 8/3/2019 Hbml3403 Linguistik Dan Sosiolinguistik_661206135737002

    13/16

    HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK JAMAL BIN DALEL

    Media turut mempengaruhi corak berbahasa seseorang terutama kanak-kanak. Media

    yang paling banyak mempengaruhi bahasa kanak-kanak ialah televisyen. Menonton

    televisyen sangat digemari oleh kanak-kanak kerana sifat alat itu sendiri yang dapat

    merangsang dua deria iaitu pendengaran dan penglihatan secara serentak. Dalam hal ini, ibu

    bapa harus memantau program televisyen yang sesuai ditonton olah anak mereka. Pihak

    media hendaklah juga memikirkan kesan program yang ditayangkan terhadap masyarakat

    terutama kepada kanak-kanak. Usahlah terlalu memikirkan keuntungan semata-mata.

    Tanggungjawab sosial patut juga diberikan.

    5.0 KESIMPULAN

    Bahasa tidak sopan merupakan masalah yang perlu kita pandang serius.Masalah ini

    bukan hanya berlaku di negara kita, malah sudah menjadi masalah global. Bahasa tidak

    sopan atau bahasa kasar ini semacam kebiasaan bagi golongan remaja. Apakah punca

    berlakunya masalah ini? Sebenarnya masalah ini muncul kerana sikap kita sendiri. Dalam

    kegairahan kita mengejar kemajuan, kita terlupa akan aspek budi bahasa ini. Kemajuan sains

    dan teknologi menjadikan kita lebih dipengaruhi oleh emosi. Kita lekas menjadi stress dan

    marah lalu melafazkan bahasa yang kasar. Selain itu, kesibukan ibu bapa mencari rezeki,

    menyebabkan masa berkomunikasi dengan anak-anak terhad. Jadi peluang untuk menerapkan

    bahasa yang sopan kepada anak-anak semakin tipis. Keadaan ini diburukkan oleh pengaruh

    luar rumah seperti rakan sebaya dan media massa.

    Penggunaan bahasa yang sopan dan tepat patut dipupuk. Bahasa yang dilafazkan

    hendaklah mengandungi maksud yang baik dan dilafazkan dengan nada yang elok dan jelas

    maksudnya. Penggunaan bahasa yang kasar dan dilafazkan dengan terpekik-pekik serta

    bercampur dengan kata makian dan kata lucah hendaklah dihindari kerana bahasa ini boleh

    mengganggu emosi seseorang. Oleh itu, semua pihak baik ibu bapa, guru atau masyarakat

    perlu bekerjasama untuk mewujudkan masyarakat yang berbahasa sopan. Sesungguhnya

    usaha ini merupakan usaha kita bersama. Ibu bapa harus memainkan peranan utama dalam

    mendidik anak-anak berbahasa sopan. Apabila anak tersebut berada di sekolah , tugas guru

    dan pihak sekolah pula memberi didikan. Seterusnya anggota masyarakat menyokong usaha

    ini seperti menyokong kempen berbudi bahasa yang telah dilancarkan oleh kerajaan sekian

    13

  • 8/3/2019 Hbml3403 Linguistik Dan Sosiolinguistik_661206135737002

    14/16

    HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK JAMAL BIN DALEL

    lama. Usaha yang mulia ini tidak tercapai dalam masa yang singkat. Kesabaran amat perlu.

    Sesungguhnya kota Rom tidak dibina dalam sehari.

    Sesungguhnya Bahasa Melayu kita merupakan bahasa yang sangat istimewa.

    Bahasa ini merupakan lambang kesopanan dan kehalusan budi perketi penuturnya.

    Keistimewaan Bahasa Melayu pernah diakui oleh pengkaji Bahasa Melayu berbangsa

    Inggeris. Menurut Clifford, Swettenham dan Brown (1951) dalam Zaitul Azma Zainon

    (2005) , seperti Bahasa Perancis, Bahasa Melayu merupakan bahasa diplomatik yang dapat

    menyelindungi perasaan dan pemikiran benar. Malahan Bahasa Perancis tidak berupaya

    menandingi kehalusan serta kelembutan yang terdapat dalam Bahasa Melayu.

    14

  • 8/3/2019 Hbml3403 Linguistik Dan Sosiolinguistik_661206135737002

    15/16

    HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK JAMAL BIN DALEL

    6.0 RUJUKAN / REFERENSI

    Abdullah Sukor Shaari, Nuraini Yusoff & Mohd Isha Awang, (2003)Bahasa Melayu

    Komunikasi. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd

    Abdullah Yusuf.( 2011).HBML3403 Linguistik dan sosiolinguistik. Kuala Lumpur. Open

    University Malaysia.

    Asmah Hj. Omar (2002). Setia dan Santun Bahasa, Institut Peradaban Melayu. Universiti

    Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim.

    Azizi Yahaya & Muhamad Jumat Aliju. (2005). Pengaruh Negatif Rakan Sebaya.Latihan

    Ilmiah. Univeriti Teknologi Malaysia

    Borhan Yusof, Hasbullah Ismail & Mohd Sadek Mustaffa.(2011).HBHE3103 Gaya Hidup Sihat.

    Open University Malaysia. Kuala Lumpur

    I Wayan Pastika. (2008). Jurnal e- Utama, Jilid 1 :Bahasa Pijin dan Bahasa Kasar dalam Acara

    TV Indonesia.Dicapai pada 5 Oktober 2011 dari

    http://mlcd.home.nie.edu.sg/docs/wayan_pastika.pdf

    Kamus Dewan. (ed.4).(2007) Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

    Kementerian Kesihatan Malaysia. (2011).Info Sihat: Stres. Dicapai pada 5 Oktober 2011 dari

    laman web: http://www.infosihat.gov.my/artikelHP/.../STRESSUSILO Ummi, Markhamah &Aniqa Sabardila.(2010). Konteks , Acuan dan Pasrtisipan

    Disfemisme Pada Ujaran Siswa SMP Negeri 3 Ungaran.Master Dissertation,

    Universitas Muhammadiyah Surakarta.. Dicapai pada 5 Oktober 2011 dari

    S.Nathesan. (2001). Makna dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

    15

    http://www.infosihat.gov.my/artikelHP/.../STREShttp://www.infosihat.gov.my/artikelHP/.../STREShttp://www.infosihat.gov.my/artikelHP/.../STREShttp://www.infosihat.gov.my/artikelHP/.../STREShttp://www.infosihat.gov.my/artikelHP/.../STRES
  • 8/3/2019 Hbml3403 Linguistik Dan Sosiolinguistik_661206135737002

    16/16