hbml3403 noor ahmad b noordin 651210095001001

34
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 11/ 2015 HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK NO MATRIKULASI : 651210095001001 NO. KAD PENGNEALAN : 651210095001 NO. TELEFON : 0194640077 E-MEL : [email protected] NAMA : NOOR AHMAD BIN NOORDIN

Upload: cikgu-mad

Post on 08-Nov-2015

59 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASEMESTER 11/ 2015HBML 3403

LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

NO MATRIKULASI : 651210095001001NO. KAD PENGNEALAN: 651210095001NO. TELEFON: 0194640077E-MEL: [email protected]:NOOR AHMAD BIN NOORDINPUSAT PEMBELAJARAN: SUNGAI PETANI , KEDAH

KANDUNGAN

PerkaraMuka surat

1.0 Pengenalan1-22.0 Definisi Laras Bahasa2-43.0 Bidang Laras Bahasa44.0 Perbincangan tentang Laras Bahasa5-10 4.0.1 Aspek Laras Bahasa Sastera104.0.2 Ciri-ciri Laras Bahasa Sastera11-135.0 Peranan Laras Sastera14-196.0 Kesimpulan19-207.0 Bibliografi21

1.0 Pengenalan Bahasa merupakan elemen utama untuk berkomunikasi yang digunakan untuk memperkatakan bermacam-macam hal, bidang dan aspek. Ini menunjukkan bahawa tanpa bahasa, manusia tidak boleh untuk berinteraksi dan juga membentuk budaya yang mempunyai identiti sendiri. Oleh yang demikian bahasa diperlukan bagi membentuk identiti seterusnya menjadi satu unit masyarakat yang mempunyai bahasa di mana dengan bahasa ini akan terbentuk bangsa, masyarakat dan negara. Dengan membuat kajian mengenai laras bahasa, pelbagai aspek telah terungkai yang dapat diketengahkan dan diketahui dalam konteks penggunaannya dalam masyarakat. Sehubungan dengan itu, laras bahasa satu unsur yang sangat penting bagi memperluas dan memperkembang sesuatu bahasa apabila digunakan dalam pelbagai situasi dan konteks dengan pelbagai tujuan dan maksud. Oleh itu, dalam tugasan ini saya akan meneliti satu aspek yang terdapat dalam laras bahasa iaitu laras bahasa sastera. Antara aspek yang akan dibincang dan diperincikan ialah konsep dan ciri-ciri khusus laras bahasa tersebut. Selain itu penggunaan kata dan ayat sebagai penanda kepada laras bahasa dalam konteks penggunaannya dalam Bahasa Melayu. Kertas tugasan ini juga akan membincangkan peranan laras bahasa sebagai pemangkin dan memperkayakan Bahasa Melayu. Sebelum itu penulis akan memuatkan terlebih dahulu perkara yang berkaitan dengan pengertian bahasa, laras bahasa dan semua yang berkaitan dengan bahasa secara ringkas.1.0.1 Pengertian bahasa Bahasa ialah suatu sistem lambang bunyi suara yang arbitrary yang digunakan oleh anggota sesuatu kelompok manusia untuk berhubungan. Bunyi suara ini disebut bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa dilahirkan manusia dengan alat-alat pertuturannya dan digabungkan untuk membentuk kata (J.Nulawadin Mustafagani 1991:1)Bahasa memainkan peranan yang besar dalam kehidupan kita.Mungkin kerana kebiasaan kita jarang-jarang meneltinya, menganggapnya perkara biasa sahaja sebagaimana kita bernafas atau berjalan.Kesan bahasa menakjubkan dan banyak mengandungi ciri yang membezakan manusia dan haiwan tetapi bahasa tidak mempunyai tempat dalam program pendidikan kita atau spekulasi ahli falsafah kita (Alias Mahpol et 1992:1)1Bahasa adalah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. Dalam rangka Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-faktor sosial seperti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan dan kedudukan sosio ekonomi penutur yang berbeza beza (Nik Safiah Karim et.1993:25).2.0 Definisi Laras Bahasa Perbincangan mengenai laras bahasa tidak dapat terlepas daripada membincangkan dua konsep, iaitu pengguna dan penggunaan.Pengguna ialah orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan penggunaan ialah bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan dengan cara yang berbeza-beza misalnya dialek Johor, Sarawak, Kedah, Terengganu dan sebagainya. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza ini akan mewujudkan laras. Ini disebabkan penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan situasi dan faktor lain melahirkan kata-kata yang berbeza mengikut keadaan. Contohnya kata-kata yang digunakan untuk bergurau senda adalah berbeza daripada kata-kata yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor sosial seperti tempat dan keadaan disebut sebagai laras bahasa atau laras sosial. Manakala penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor daerah, negeri dan geografi dikenali sebagai dialek daerah. Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada setiap penutur. Laras bahasa biasanya berubah-ubah mengikut keadaan dan situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu digunakan utuk keadaan atau situasi yang tertentu. Laras bahasa secara kasarnya dapat dikaitkan dengan penggunaan bahasa penyampaian yang bersesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa juga boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana atau ujaran digunakan, contohnya laras bahasa sukan, ekonomi sastera,doa, 2khutbah dan sebagainya. Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan. Selain itu, laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa, contohnya penggunaan ayat aktif dan ayat pasif danpanjang pendek ayat akan menghasilkan laras yang berbeza, di samping penggunaan kata-kata tertentu seperti kata-kata pinjaman dari bahasa Inggeris, Arab dan sebagainya. Terdapat beberapa definisi, iaitu pandangan dan pendapat beberapa orang tokoh bahasa tentang pengertian laras bahasa. Ure dan Ellis (1977), menganggap laras bahasa sebagai pola bahasa yang lazim digunakan mengikut keadaan tertentu. Hal ini bermakna, sesuatu situasi akan menentukan bentuk bahasa yang digunakan oleh pengguna bahasa itu dan pemilihannya berdasarkan kovensi sosial masing-masing.Menurut Asmah Hj.Omar.(1987:2) Oleh sebab laras berlatarkan bidang, maka unsur-unsur yang memberikan ciri terhadap laras ialah kata-kata khusus, iaitu istilah-istilah yang digunakan. Di samping bidang-bidang lain atau ilmu tertentu yang mempunyai cara-cara pengungkapan tertentu. Manakala Nik Safiah Karim (1989), menjelaskan bahawa laras bermaksud Gaya atau penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada setiap penutur. Bagi Halliday (1968), mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berlainan berdasarkan fungsi. Beliau menyatakan laras bahasa berubah-ubah mengikut situasi. Jika diamati perlakuan bahasa yang ada dalam pelbagai konteks, didapati faktor kelainan dan jenis-jenis bahasa yang digunakan disesuaikan dengan situasi yang berlainan. Brian Seaton (1982) berpendapat bahawa laras bahasa ialah satu variasi yang wujud daripada situasi yang berlainan seperti jantina,umur, atau tajuk perbualan. Laras juga terdapat dalam sesuatu bidang seperti perubatan, sains, perniagaan, kewartawanan dan sebagainya berbeza sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan . Oleh itu kita akan dapati seseorang itu akan memiliki laras bahasa yang berbeza. Abdullah Hassan (1987), telah mengaitkan laras bahasa dengan pemakaian kata-kata tertentu yang sesuai dengan konteksnya. Pemakaian laras bahasa yang sesuai dianggap pengolahan bahasa yang baik. Bahasa yang digunakan seperti menyampaikan indeks pasaran saham dibursa saham ialah laras ekonomi.3 Kesimpulannya, laras bahasa ialah penggunaan bahasa pemakaian kata-kata yang khusus untuk sesuatu penggunaan berdasarkan situasi sosial seseorang itu ketika berkomunikasi dengan orang ramai. Penggunaan istilah-istilah khusus yang membezakan antara variasi-variasi bahasa menjadikan sesuatu komunikasi lebih berkesan. Laras bahasa juga merupakan kelainan bahasa yang dihasilkan berdasarkan konteks dan bidang yang dibincangkan. Setiap laras bahasa dijelmakan melalui penggunaan kosa kata dan istilah yang digunakan berdasarkan bidang.3.0 Bidang Laras Bahasa Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus. Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seperti bidang hiburan iaitu (laporan sukan dan berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan,rencana), maklumat dan pemujukan (rencana dan iklan) manakala laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku). Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khusus ialah kosa kata, tatabahasa dan gaya.Terdapat tujuh laras dalam laras bahasa iaitu:i.Laras Bahasa Biasaii.Laras Bahasa Perniagaaniii.Laras Bahasa Akademikiv.Laras Bahasa Undang-undangv.Laras Bahasa Mediavi.Laras Bahasa Sastera danvii.Laras Bahasa AgamaDalam kerja khusus yang dibuat oleh saya ini, saya telah memilih Laras Bahasa Sastera sebagai bahan kajian ilmiah saya.44.0 Perbincangan Tentang Laras Bahasa Sastera Menurut Hashim Awang, (1985 :2), sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan sastera berasal daripada perkataan sanskrit castra yang beerti kitab atau buku.Bahan yang terhasil daripada penciptaan sastera ini disebut bahan kesusasteraan. Penambahan kata su yang bermaksud indah, lebih baik, lebih berfaedah dan juga dengan penambahan imbuhan apitan ke...an menjadikan ia bermaksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya (Kamaruddin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 1998). Sastera juga termasuk dalam variasi bahasa Melayu yang digunakan dalam konteks tulisan. Susunan variasi ini lebih lengkap, tersusun, tinggi dan halus sifatnya, dengan beberapa perkataan dan frasa yang jarang-jarang digunakan dalam bahasa Melayu lisan. Demikian juga beberapa bunyi dilafazkan berbeza sedikit daripada variasi lisan, misalnya bunyi r. Variasi bertulis ini menggunakan juga sistem imbuhan yang lengkap dan sempurna, dan jarang-jarang perkataan dipotong-potong seperti yang berlaku bagi variasi bahasa Melayu lisan. Menurut Nik Safiah Karim (2002), bahasa Melayu jenis bahasa surat ini digunakan hanya dalam konteks menulis dan dalam situasi-situasi formal.Jika bentuk ini dibawa dalam perbualan biasa,kesannya agak janggal dan akan menjadi bahan tertawa.Menurut sejarah bahasa Melayu, media lisan menjadi wadah sastera yang pertama. Sehingga sekarang ini, tradisi sastera lisan masih terdapat kesan dan pengaruhnya. Walau bagaimanapun amat jelas kepada kita bahawa tradisi persuratan atau tulisanlah yang akhirnyanya menjadi wadah yang dominan dalam pertumbuhan sastera sesuatu bangsa termasuklah sastera Melayu. Proses penciptaan hasil sastera sekarang ini lebih bersifat penulisan daripada lisan. Pertumbuhan sastera bertulis memberi pengertian yang besar sekali kepada pertumbuhan bahasa juga. Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998), sastera lisan mendahului bentuk sastera lain dan ia merupakan bentuk sastera yang tertua, tetapi hasil perkembangan pengetahuan yang dicari dan diselidiki serta perkembangan teknologi, tercipta sistem tulisan yang lebih sistematik dan menunjukkan kemodenan mengikut zamannya. Seperti laras-laras bahasa yang lain, laras bahasa sastera juga mementingkan istilah-istilah khusus dan teknikal. Bezanya, bidang yang diperkatakan itu ialah mengenai bahasa dan 5kesusasteraan serta hubungan antara kedua-duanya. Oleh itu terdapat beberapa unsur bahasa dalam laras sastera iaitu diksi, ambiguiti, bahasa ekonomis, bahasa konotatif, bahasa perbandingan, penegasan, dialog dan monolog.i. DiksiMerupakan diksi dalam maksud yang mudah ialah pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea (peristiwa dan lain-lain) secara bertulis atau lisan.Bila melihat diksi dalam karya sastera, kita akan membicarakan tentang pemilihan perkataan yang khusus oleh pengarang. Adakah perkataan-perkataan yang dipilih itu sesuai dengan tema cerita? Adakah perkataan itu dapat dengan jelas dan berkesan menggambarkan satu-satu peristiwa atau suasana? Adakah perkataan-perkataan itu dapat menerangkan tentang watak, sifat dan gerak lakunya? Secara umum dalam kajian diksi dalam karya sastera kita boleh melihat dari dua sudut, iaitu perkataan yang konkrit dan abstrak.ii. Ambiguiti Ambiguiti dikenali juga sebagai kekaburan atau ketaksaan makna. Ambiguiti itu ialah perkataan atau ayat yang mempunyai makna yang tidak pasti atau tidak jelas dan kurang tepat maksudnya(Siti Saniah 2010:27). Manakala menurut Hajar Abdul Rahin (1999:1124), ambiguiti itu merujuk kepada lebih daripada satu makna. Dalam erti kata lain, ambiguiti juga bermaksud sebagai kata atau ayat yang bermakna ganda. Tambah Hajar(1999:1124)lagi ambiguiti dalam bahasa boleh terjadi dalam dua peringkat iaitu pada peringkat leksikal atau perkataandan peringkat ayat. Sebagai contoh dalam bahasa Melayu iaitu kata daki mengandungi dua makna iaitu pertama kotoran dan kedua memanjat.iii. Bahasa KonotatifBahasa Konotatif menurut pengertian linguistiknya berkaitan dengan atau mempunyai konotasi. Konotasi bermaksud asosiasi atau idea yang dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yang tersirat. Bakasa konotatif menimbulkan kesan emosi kepada para pembaca. Contoh penggunaan bahasa konotatif dapat dilihat dalam sajak karya Usman Awang, Merpati Putih Jelajahi Dunia Ini. (Kamarudin Husin & Siti Hjar abdul Aziz, 1998)6iv. Bahasa EkonomisBahasa ekonomis ialah bentuk gaya bahasa yang ringkas, tepat, padat dan pendek-pendek. Wlaupun pemilihan kata-katanya pendek tetapi ia dapat memberi gambaran dan menjelaskan suatu kejadian dan peristiwa itu dengan tepat dan menarik. Penggunaan bahasa ekonomis dalam sesebuah karya, terutamanya puisi dan cerpen, adalah sesuatu yang harus bertujuan untuk menggelakkan pembaca berasa bosan dan jemu dengan bahasa yang meleret-leret. Menurut Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul aziz, (1998), keupayaan pengarang menggarap gaya bahasa ekonomis juga dapat membantu pembaca memahami dan menghayati sesuatu cerita dengan lebih cepat.v. Bahasa Perbandingan Dalam sesebuah hasil sastera bahasa perbandingan merupakan salah satu unsur yang terpenting. Penggunaan bahasa perbandingan dapat meningkatkan kesan dan jalan cerita pada sesebuah hasil karya. Unsur bahasa perbandingan ini dapat dibahagikan kepada lima jenis, iaitu:a. Simile Definisi simile adalah perkataan perbandingan untuk subjek dan objek iaitu perkataan : macam, bak, bagai, umpama, seperti, laksana.Contoh:i. Mukamu keras macam batu.ii. Tinggi bagaikan gunung.iii. Umpama mimpi dalam igauan.b. Metafora Maksud metafora adalah seperti simile tetapi tanpa adanya tertulis kata bandingan. namun, kita boleh membayangkan adanya kata bandingan pada baris yang mempunyai subjek dan objek itu.

7Contoh:i. Rambut ditiup angin kencang.ii. Matanya merah api menyala.c. Hiperbola Hiperbola boleh didefinisikan, apa-apa perbandingan yang terlebih dari fahaman logikal biasa.Contoh:i. Bilanya membisu, telinga-telinga pecah.ii. Terbelah dua rumahnya ketikanya batuk.iii. Atiqah meminum 7 anak sungai dengan satu sedutan.d. Personafikasi Personafikasi bermaksud unsur-unsur bukan manusia yang diberikan sifat perbuatan / tindak tanduk manusia .Contoh :i. pohon nyiurmelambai-lambaiii. ombak berhamburkejar mengejare. Perlambangan/ Simbolik Maksud perlambangan atau simbolik adalah kata-kata yang membawa maksud tersirat bukan yang tersurat untuk digunakan atau untuk menerangkansesuatubenda,keadaan atau peristiwa. Contoh :i. ibu/bonda - tanah air/negaraii. merpati putih - kedamaian/keamanan/kemerdekaan iii. piala - kejayaan iv. fajar - harapan baru8vi. Dialog Dialog boleh diertikan sebagai percakapan watak dengan watak dalam cerita. Dua orang watak atau lebih akan berbalas kata. Dialog boleh berbentuk lisan atau tulisan. Unsur ini juga banyak terdapat dalam cerita. Menurut Kamus Dewan,(1994), dialog bermaksud kata-kata yang dituturkan oleh watak-watak dalam drama atau fiksyen.Melalui unsur ini juga, penulis dapat menyampaikan cerita secara tidak langsung. Pembaca akan dapat mengetahui sesuatu peristiwa, watak dan perwatakan serta latar melalui dialog antara watak. Dialog merupakan perbualan atau percakapan sama ada secara lisan atau pun tulisan dan ia tergolong di dalam unsur bahasa.(Ramli Isin, 1992).vii. Monolog Monolog adalah salah satu daripada unsur bahasa yang digunakan dalam karya-karya berbentuk kesusasteraan. Secara kasarnya monolog terbahagi kepada dua jenis iaitu: a. Monolog Luaran adalah merupakan percakapan watak dengan dirinya sendiri. Watak berdialog dengan diri sendiri dengan mengeluarkan suara sama ada kuat atau hanya dapat didengari oleh dirinya sahaja. Biasanya penulis menggunakan pengikat kata untuk monolog ini.b. Manakala pengertian Monolog Dalaman adalah percakapan di dalam minda atau fikiran watak dengan dirinya sendiri. Ia tidak mengeluarkan bunyi atau suara. Sebahagian besar penulis menggunakan tanda pengikat kata bagi monolog ini. Menurut Kamarudin Hj.Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998), Monolog luaran adalah monolog yang dilafazkan manakala monolog dalaman adalah monolog dalaman hati.viii.Unsur penegasan Unsur penegasan merujuk kepada penjelasan (yang tidak diragui), penentuan atau penerangan (yang nyata) untuk menjelaskan sesuatu hal. Merujuk pada kenyataan di atas, dapat kita membentuk definisi meliputi unsur penegasan yang membawa maksud menjelaskan makna sesuatu agar menjadi lebih nyata hasil daripada pemikiran pengarang. Dalam karya 9kesusasteraan, unsur penegasan selalunya digarap oleh pengarang dalam bentuk puisi. Dalam unsur bahasa penegasan, pengarang menyelitkan juga unsur-unsur perulangan, anaphora dan epifora. Ketiga-tiga unsur ini mempunyai kekuata yang tersendiri untuk menegaskan maksud sesuatu (Kamarudin Hj.Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz ,1998).4.0.1 Aspek Laras Bahasa Sastera Pengenalan Laras bahasa sastera boleh dilihat dari dua aspek, iaitu laras bahasa kreatif dan laras bahasa ilmiah yang memperkatakan bidang sastera. Laras bahasa kreatif merupakan bentuk yang terhasil daripadagayacipta atau gabungan di antara cetusan imaginasi dengan pengalaman pengarang. Laras ini berfungsi sebagai media untuk menyampaikan mesej, pengalaman dan bentuk perasaan kepada pembaca.Ia merupakan saluran untuk mengungkapkan ekspresi dan pemikiran, memperlihatkan nilai seni dan estetika yang tergabung dalam satu bentuk pemakaian yang segar lagi bertenaga. Karya kreatif ini biasanya wujud dalam bentuk-bentuk prosa (cerita, cerpen dan novel), puisi (syair, pantun, sajak) dan drama (filem, teater, dan pementasan).Laras bahasa ilmiah yang memperkatakan bidang sastera lazimnya wujud dalam bentuk kritikan sastera dan ulasan buku. Bidang yang sering diperkatakan termasuklah plot, tema, teknik, latar, sudut pandangan, watak dan perwatakan. Laras bahasa sastera ini memperlihatkan ciri-cirinya yang tersendiri. Laras bahasa sastera yang bermutu tinggi memerlukan kejelasan, perpautan, kesatuan serta bentukgayayang dipelbagaikan. Penggunaan bahasanya bermula daripada fonem, iaitu satu unit linguistik yang terkecil (melibatkan unsur aliterasi, dan asonansi), kemudian pemilihan kata sehinggalah kepada unsur wacana yang lebih luas. Unsur-unsur inilah yang berperanan bagi mengungkapkan penulisan yang bermutu, berkesan serta indah.

10

4.0.2 Ciri-ciri Laras Bahasa Sasteraa) Perbendaharaan Kata / IstilahPenggunaan perbendaharaan kata dalam laras bahasa kreatif mudah difahami. Laras kreatif ini tidak mengandungi istilah teknikal. Perkataan pinjaman juga tidak banyak digunakan. Kadang-kadang terdapat penggunaan kata-kata yang berunsur ketaksaan dengan tujuan untuk menimbulkan kekaburan atau kesamaran yang memperlihatkan nilai seni dan estetika. Oleh itu, terdapat beberap perkataan untuk satu pengertian, sama ada perkataan itu yang membawa makna yang samaatau perkataan yang berbeza ertinya secara literal tetapi membawa konotasi yang sama dengan maksud yang hendak disampaikan.Namun demikian, laras ilmiah yang memperkatakan bidang sastera mengandungi istilah-istilah teknikal yang mempunyai makna yang khusus. Istilah-istilah ini bersifat teknikal dan digunakan dalam memperkatakan aspek-aspek tertentu yang berkaitan dengan karya sastera. Penggunaan istilah-istilah ini menjadi penanda laras bahasa sastera yang nyata. Istilah tersebut tidak digunakan dalam bidang ilmu yang lain. Contohnya istilah Imbas kembali, Imbas muka, watak protoganis, dialog, sudut pandangan orang ketiga, hiperbola, personifikasi, klimaks, tema, analogi, rima dan sebagainya.b) TatabahasaDari segi tatabahasa, morfologi dan sintaksis merupakan aspek yang penting dalam laras bahasa sastera. Aspek morfologi merangkumi pengimbuhan, manakala aspek sintaksis meneliti penggunaan bentuk,struktur, dan binaan ayat. Pengimbuhan dalam karya-karya sastera mencakupi bentuk imbuhan awalan, apitan, dan sisipan. Ayatnya pula terdiri daripada pelbagai ragam, ada ayat tergantung, dan ayat susunan songsang. Selain itu, unsur penggandaan dan klitik ku, mu, dan kau juga lazim digunakan.Contoh tatabahasa:Contoh 1:Betapa tidak rugi, bapa, kerana bagi berpindah daripadanya itu tiadalah menaruh beberapa keberatan dan kerugian lain daripada ditakuti khayal-khayal yang tidak berhakikat yang tidak bermakna, istimewa bahawa government kita telah berlelah paya dan telah berugi-rugi 11mengusahakan beberapa sebab-sebab yang boleh menjadi contoh perbandingan dan yang boleh menjadi iktibar seperti sekolah-sekolah dan lain-lain sebagainya. (Petikan daripada novel lakah Salmah)Contoh 2:Pak cik masih mengharapkan keadaan yang harmoni dalam rumah.Rumah itu diduduki dengan doa selamat. Jangan wujudkan sebarang gejala yang bertentangan dengan kesucian doa itu. Pak cik menyudahkan pesannya. (Petikan daripada novel Norhana, karya Rahman Shaari)Contoh 3:Pulangkan kembali pada saat ini gerak yang sejak dulu kaukumpul warna-warna yang kautusuk ke dada dinding kata-kata yang kaubenam ke mulut almari garis-garis yang lemas titik-titik yang kering ke tempat asalnya. (Petikan daripada sajak Pulangkan Kembali karya Latiff Mohidin)c) Gaya bahasa Gaya bahasa laras bahasa sastera memperlihatkan manipulasi struktur sintaksis, pemilihan bahasa figurative, ungkapan, peribahasa, kiasan dan sindiran serta unsur-unsur stilistik yang lain. Bentuk dialog juga boleh digunakan. Contoh gaya bahasa:Contoh 1 (Ayat bersifat konotasi): Hari telah tua. Air sungai Usar menerima pantulan sepah matahari sore yang merah pekat, juga warna kelam pangkal malam. (Petikan daripada novel Arus, karya Anwar Ridhwan)

12Contoh 2 (Ayat pendek, tegas dan pengulangan): Gagasan tentang tamu: Tamunya kali ini seorang yang agung. Tamu itu juga pelanggannya. Langganan yang diimpikannya selama ini. Sekalipun cukuplah kunjungan tamu agung itu kepadanya.Tamu itu seorang menteri. (Petikan daripada cerpen Tamunya Seorang Menteri, karya S.Othman Kelantan)Contoh 3 (Penggunaan Personifikasi dan Metafora):gema itu tendang-menendang, berpuing-puing mencetuskan bahana-bahana yang lain. Bahana-bahana itu terus beranak dan bercucuseribu garis bahana menyirat dinding-dinding tengkoraknyayang besar. (Petikan daripada novel Daerah Zeni, karya A.Samad Said)Contoh 4 (Kiasan dan Sindiran):Buah langsat kuning mencelah,Senduduk tidak berbunga lagi,Sudah dapat gading bertuah,Tanduk tidak berguna lagi. (Pantun Melayu) Sebagai kesimpulan, sesuatu laras bahasa merupakan satu variasi bahasa yang dicicirkan oleh pemilihan kata, frasa dan ayat yangdituturkan atau ditulis bergantung kepada siapa kita berhubung, cara kita berhubung dan bidang pengkhususan yang diperkatakan.Bagi laras bahasa sastera, laras ini mempunyai perbezaan yang amat jauh dengan laras bahasa saintifik. Oleh itu, ciri-ciri khusus bahasa teknikal seperti penggunaan gambar rajah, graf, jadual, carta dan lain-lain tidak terdapat dalam laras bahasa sastera. Sebaliknya, unsur-unsur ketaksaan, iaitu kekaburan dan ketidakjelasan sengaja dimasukkan bagi pembaca membuat tafsiran masing-masing.

135.0 Peranan Laras Sastera Kebelakangan ini, aspek laras bahasa mula mendapat perhatian dalam kalangan ahli bahasa dan konsep laras ini telah menjadi satu fenomena penting sebagai satu variasi bahasa. Sekarang ini, terdapat banyak penulisan tentang laras, terutamanya dalam ilmu yang melibatkan hubungan bahasa dengan masyarakat.Kita tidak bolehmengendahkan laras dalam kajian bahasa kerana hal ini akan menjadikan kajian bahasa sempit dan tidak berfungsi.Laras ialahsatu unsuryang sangat pentingbagi memperluas dan memperkembangkan sesuatu bahasa.Bahasa akan menjadi luasdan berkembang apabiladigunakandalam pelbagai situasi dengan pelbagai tujuan dan maksud.Laras berubah-ubah mengikut situasi atau keadaan.Hal ini dapat dibuktikan apabila kita mengamati perlakuan bahasa yang wujud dalam pelbagai konteks,kita akan dapati terdapatkelainancarakegunaanbahasaitu.Misalnya, penggunaan bahasa lisan ditentukan oleh suasana formal dan tidak formal dan ia merupakan laras bahasa ucapan, laras bahasa sains pula digunakan untuk memperkatakan tentang sains dan teknologi, dan laras bahasa doa digunakan untuk keinginan kepada Tuhan. Bentuk bahasa yang khusus sifatnya bagi membincangkan sesuatu bidang, itulah yang dianggap sebagai laras.Kemampuan seseorang menggunakan laras yang betul dan tepat mengikut situasi dan keadaan membolehkan segala maklumat yang hendak dinyatakan lebih mudah difahami dan dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan. Bahasa juga mempunyai fungsi-fungsi tersendiri iaitu sebagai penyampai maklumat,penyataan mental atau emosi,pengikat kumpulan sosial, lambangkumpulan sebayadan lain-lain.Laras selalunya ditekankan untuk membolehkan bahasa digunakan dengan betul dan menepati fungsinya. Berpandukan premis ini, jelaslah bahawa kajian terhadap laras bahasa adalah perlu. Penggunaan laras sastera dalam pengajaran bahasa bertujuan untuk memupuk minat membaca di samping melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap karya sastera. Penggunaan laras sastera dapat memberi kefahaman terhadap pelajar dari aspek penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran emosi, serta pelajar dapat membuat apresiasi dan penghayatan terhadap karya sastera. Aspek estetika yang diutamakan dalam penggunaan laras sastera adalah kebolehan pelajar untuk memahami dan memberi respons peribadi terhadap karya 14sastera. Ia dapat dilakukan melalui penceritaan semula sesebuah hasil karya sastera, mengenalpasti perkara yang menarik dalam karya sastera, menyatakan bentuk dan nada puisi, menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran serta nilai dan pengajaran. Di samping itu pelajar berkebolehan untuk menghuraikan maksud, gaya bahasa, dan unsur bunyi dalam puisi, dan mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa, dan sudut pandangan. Penggunaan bahan sastera dapat membantu merangsang pelajar supaya memberikan pelbagai tindak balas dalam kegiatan pengajaran-pemelajaran di dalam bilik darjah (Marohaini Yusoff : 2001). Pelajar boleh menggunakan bahasa secara aktif sewaktu pengajaran kemahiran bahasa seperti mendengar, bertutur, membaca menulis. Kegiatan membaca, membuat perbincangan, serta menulis tentang kesusasteraan dapat membantu pelajar memahami teks yang dibaca dengan lebih baik. Pembacaan karya sastera dapat memberikan pelajar latihan dari segi kemahiran pemahaman dan memperkukuhkan perbendaharaan kata dan kebolehan mereka untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Pembangunan jasmaniah, sains dan teknologi bukanlah bukti kemajuan sesebuah negara. Ini kerana aspek-aspek kemanusiaan dan kerohanian juga perlu diambil kira.Kesusasteraan mempunyai perkaitan dengan cabang ilmu lain seperti agama, budaya, politik, undang-undang falsafah,perubatan dan sebagainya. Karya sastera penuh dimensi dan ia memberi banyak ruang untuk diselami dan diterokai oleh pelajar. Selain itu ilmu kesusasteraan merupakan disiplin ilmu yang berkait rapat dengan aspek emosi dan nilai hidup manusia. Sastera bukan sekadar memberi maklumat tentang keintelektualan tetapi melengkapkannya dengan dunia emosi dan nilai kepada manusia. Kehadiran aspek nilai menjadi penting dalam pemupukan dan pembentukan kualiti insan. Hasil karya sastera tidak dapat lari daripada dua fungsi utama. Pertama karya sastera bertujuan untuk menghiburkan dan keduanya untuk memberi pengajaran, peringatan dan pesanan. Keperluan untuk menghiburkan melahirkan karya sastera yang membawa keseronokan yang indah. Hiburan terhasil dari keindahan laras bahasa sastera yang diungkapkan, irama atau rentak yang yang tesusun, kemampuan sesebuah karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar, unsur kelucuan dan pelbagai unsur lagi. Kepentingan fungsi hiburan menjadikan 15bahan sastera seperti cerita penglipurlara diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai masyakarakat pada suatu ketika dahulu. Pantun contohnya merupakan hasil karya sastera dengan penggunaan laras sastera menjadi cukup popular kerana keupayaannya membawa keindahan serta menghiburkan.Saya teringat sebuah pantun lama berbunyi seperti berikut :

Berburu ke padang datar,Dapat rusa berbelang kaki,Berguru kepalang ajar,Bagai bunga kembang tak jadi.

Kualiti menghiburkan yang terdapat dalam lirik pantun tersebut cukup banyak. Rentak dan rima yang bersukat membentuk irama dalam pantun. Malah pantun pula mempunyai struktur bacaan yang tersendiri yang menghasilkan keindahan dalam pembacaan. Selain itu, pantun disampaikan pula dalam pelbagai variasi yang semakin menambahkan fungsi menghiburkan seperti dijadikan lirik dikir barat di Kelantan, lirik lagu popular, dan pelbagai bentuk lagi. Kemampuan pantun untuk bertahan sebagai hasil sastera yang popular menunjukkan bahawa unsur hiburan ini amat banyak dalam pantun. Peranan kedua hasil sastera adalah untuk memberi nasihat,pengajaran, atau pesanan kepada masyarakat. Peranan ini juga menjadikan hasil karya sastera sebagai suatu bahan yang dapat membawa kebaikan dan kesedaran kepada masyarakat, mengubah pemikiran, serta memberi peluang untuk masyarakat menyerap nilai-nilai murni dan moral yang dibawa dalam hasil sastera. Cerita Sang Kancil dengan Buaya misalnya cukup diminati bukan semata-mata kerana jalan ceritanya menghiburkan tetapi keupayaannya untuk memasyarakatkan nilai, unsur moral dan pengajaran yang berguna kepada masyarakat. Tanpa kita sedari kita dibesarkan dalam asuhan moral yang dibawa dari cerita tersebut. Tanpa sedar kita dserapkan dengan kepentingan 16nilai bekerjasama dan saling tolong-menolong dan kita pula diperingatkan betapa buruknya sikap tidak mengenang budi. Sama seperti pantun tadi,penggunaan kata seperti berburu dan digandingkan dengan berguru memberi mesej yang jelas pada kita. Dalam ungkapan yang ringkas serta laras bahasa sastera melahirkan pantun yang membawa tafsiran yang mendalam. Kerja berburu sama sukarnya dengan berguru. Ia memerlukan ketekenun, kerajinan dan kemahiran. Peringatan yang cuba dibawa dalam pantun iaitu pentingnya ilmu tetapi jangan salah berguru. Penggunaan laras sastera bermatlamat ke arah membina perkembangan bahasa. Hubungan pelajar dengan laras sastera memberi ruang kepada pelajar mengasah kemahiran membaca dan memahami. Pengajaran tentang sesebuah karya sastera melibatkan pengajaran kemahiran membentuk makna bukan sahaja tentang karya yang dibaca tetapi juga makna yang dibawa oleh karya tersebut dan hubungannya dengan pengalaman dan pengetahuan seseorang pelajar. Hal ini juga bermaksud bahawa maksud atau makna yang dibawa oleh sesebuah karya sastera yang dibaca, bukan sahaja didapati dalam karya, tetapi juga diperoleh melalui interaksi dengan karya. Konteks hubungan pembaca dengan karyadapat diperkayakan dengan penguasaan laras bahasa dalam karya kreatif. Pelajar dap at mengenalpasti gaya bahasa dalam karya sastera, menganalisis gaya bahasa dan unsur bunyi dalam karya sastera. Pelajar juga dapat menguasai aspek pengunaan gaya bahasa dan unsur bunyi dalam penulisan kreatif. Melalui penghayatan karya sastera pelajar dapat mempelajari kekayaan bahasa masyarakatnya dan dapat meneladaninya untuk memperoleh kekuatan bahasa. Selain itu, kemahiran berbahasa dilengkapkan melaui kemampuan pelajar menghasilkan penulisan kreatif. Penghasilan prosa atau puisi secara terancang, kemas, serta mematuhi pengunaan bahasa yang tepat, indah, dan menarik. Menurut Profesor Emeritius Shahnon Ahmad (1997) menyatakan bahawa kesusasteraan berperanan sebagai satu cabang kesenian yang berteraskan cinta. Cinta yang dimaksudkan ialah kepada keindahan dan cinta kepada kebenaran. Karya kesusasteraan dicipta oleh para sasterawan untuk membangunkan peribadi manusia supaya cinta akan keindahan dan cinta akan kebenaran. Manakala A. Samad Said (1997) pula berpendapat bahawa peranan sastera sebagai rakaman dan 17renungan interaksi insan seni dengan masyarakat dan masalah mereka. Setiap karya yang tercipta sedikit sebanyak mendekatkan hubungan insan seni itu kepada sebahagian kecil cakerawala Tuhan yang luas, di samping menggarapkannya dengan sesama makhluk yang sama-sama mencari dan sama-sama menikmati dan sama-sama terhukum oleh getir-getir kehidupan. Oleh latar dan pengaruh itu, sastera mestilah berkhasiat untuk minda dan batiniah manusia. Usman Awang (1997 )pula menjelaskan bahawa peranan sastera meliputi semua aspek kehidupan manusia secara luas. Tiada sesiapapun yang boleh mendakwa bahawa dia memonopoli terhadap budaya Malaysia. Budaya bersama kita hanya akan lahir daripada penghidupan bersama semua rakyat bukan contoh angkuh daripada sebilangan kecil golongan karya dan istimewa.Menurut Awang Sariyan (2003), penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa bertujuan untuk melatih pelajar membaca karya sastera dengan strategi yang tepat, bukan semata-mata untuk memenuhi tujuan praktis seperti memperolehi maklumat tetapi untuk menganalisis teks sastera bagi memperoleh kemungkinan makna tertentu secara simbolis atau filosifis. Pembacaan ini merupakan kemahiran membaca aras tinggi untuk membentuk pelajar yang analitis, kritis dan kreatif dalam respons terhadap teks yang dibaca.Manakala Nafii Mat (2006), berpendapat bahawa penggunan bahan sastera dalam pengajaran bahasa Melayu berupaya menjadikan pengajaran bahasa Melayu menghiburkan serta menyeronokkan dan pelajar dapat menguasai bahasa secara maksimum. Penggunaan bahan sastera dapat mendedahkan kepada pelajar berkaitan dengan sifat-sifat bahasa yang berkesan di samping pelajar dapat menikmati keindahan karya sastera. Penggunaan bahan sastera membolehkan pelajar menghayati keunikan gaya bahasa individu seseorang pengkarya. Karya sastera memiliki kelainan gaya bahasa antara seorang pengarang dengan pengarang yang lain. Variasi gaya kepengarangan menjadi bahan bahasa yang penting dihayati pelajar dalam usaha memahami kekayaan bahasa masyarakatnya.(Awang Sariyan, 1993) Tujuan dan matlamat akhir pengajaran bahasa Melayu adalah untuk membentuk kebolehan pelajar untuk menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan keadaan. Masyarakat berupaya untuk berunding, memberi pendapat,berinteraksi, memujuk, membuat pertimbangan, 18mempengaruhi orang lain melakukan sesuatu, atau berurusan untuk mendapatkan barangan serta perkhidmatan. Pemenuhan terhadap matlamat ini sewajarnya dapat disempurnakan melalui pengguna laras sastera. Pelbagai kemahiran berbahasa dapat dikuasai oleh pelajar melalui penggunaan bahan sastera sama ada secara lisan atau tulisan. Malah bahan sastera itu sendiri lebih merujuk kepada apa yang sebenarnya berlaku dalam masyarakat ditambah dengan unsur hiburan dan pengajaran yang sedia sebati dalam bahan berkenaan.6.0 Kesimpulan Kesimpulannya, dalam kertas kursus yang serba ringkas ini dapatlah ditafsirkan bahawa laras bahasa itu adalahberhubung kait dengan penggunaan bahasa atau ujaran atau ayat-ayat yang berkesesuaian denganbidang dan konteks pengucapan. Laras Bahasa, ciri gaya penceritaan dalam bahasa baku yang digunakan untuk sesuatu jenis bidang. Ciri-ciri itulah yang membolehkan kita dapat menjangka apa yang menjadi topik utama sesuatu teks sebaik-baik kita membaca ayat pertama. Sebagai contoh, jikalau ayat pertama bermula dengan; Alkisah, pada suatu ketika pada zaman dahulu...., kita terus dapat meneka dengan tepat bahawa apa yang akan kita baca selanjutnya ialah sebuah cerita lama. Ayat seperti itu tidak digunakan untuk teks-teks lain. Pelbagai laras yang terdapat dalam bahasa ialah unsur bahasa, bukan unsur makna. Maksudnya, makna yang sama boleh diungkapkan dalam beberapa laras. Sebagai contoh, topik tentang penyakit demam malaria boleh diterangkan dalam laras teknikal atau laras umum tanpa mengubah makna yang asal. Begitu juga tentang topik agama boleh diterangkan dengan menggunakan laras agama atau laras umum. Pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dapat memenuhi cita-cita Falsafah Pendidikan bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Pendidikan sastera diterapkan mulai tingkatan satu hingga tingkatanlimadalam mata pelajaran BahasaMalaysiamelalui aktiviti kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.Memang tidak dapat dinafikan lagi bahan sastera dapat menarik minat dan memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran murid.19 Sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa.Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan sastera mampu membentuk tamadun sesuatu bangsa kerana ia bukan sahaja mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat namun hal ini juga terlibat dengan pergolakan yang berlaku dalam masyarakat tersebut. Bahan sastera membincangkan apa yang berlaku dan apa yang terlihat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap dan pandangan pengarangnya.Penggunaan laras sastera dapat menarik minat dan memberi kesan yang positif.Ia boleh digunakan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu mengikut peringkat yang sesuai dengan umur, minat,tahap pemikiran dan peringkat kesukaran pelajaran. Ini terpulanglah kepada kebijaksanaan guru untuk membuat penilaian, pemilihan dan bahan yang sesuai untuk digunakan. Terdapat beberapa alasan yang menyokong penggunaan laras sastera dalam pendidikan bahasa. Pertama, sastera adalah bentuk karya yang menggunakan bahasa secara terbaik. Laras bahasa sastera adalah salah satu daripada sejumlah laras bahasa dan jika bahan yang dipilih itu berupa karya atau sebahagian karya sastera yang bermutu, maka bahasanya terjamin.Bahan sastera memiliki daya tarikan yang dapat menanamkan dan mengekalkan minat pelajar dan masyarakat untuk membaca. Ini disebabkan oleh sifat karya sastera itu sendiri yang selalunya memiliki ciri-ciri menghibur. Karya sastera yang bercorak cereka mengandungi plot yang memikat hati pembaca untuk terus menatapnya. Dalam keadaan di atas, bahan sastera adalah bahan pengajaran bahasa yang amat berkesan. Bahasa yang baik dan menarik akan menyebabkan timbulnya rasa bangga di hati penggunanya. Kebanggaan terhadap bahasa Melayu adalah salah satu objektif pendidikan bahasa Melayu. Melalui penulisan laras bahasa sastera, penggunaan laras bahasa dalam bentuk yang beraneka rupa dan dalam situasi yang berbeza-beza dapat diterapkan kepada pelajar-pelajar. Selain itu laras sastera mengandungi banyak unsur dan nilai sejagat yang sangat membantu dalam proses penerapan Emotional Quotion (EQ) di kalangan pelajar-pelajar. Bagi tugasan ini saya telah memilih laras sastera untuk di ulas berkaitan dengan aspek bahasa, nilai dan struktur.

207.0 BIBLIOGRAFI Abdul Hamid Mahmood. (2001). Menguasai Bahasa Melayu Tinggi. Kuala Lumpur: Affluent Master Sdn.Bhd. Abdullah Hassan. (1997). Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Esei-esei lain. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.,hlm.248-261. Harian Metro, 24 Februari 2010. Ali Ahmad (1994). Pengantar Pengajian Kesusasteraan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Asmah Haji Omar. (1992).Bahasa Iklan Perniagaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan (2003). Isu-Isu Asas Penggunaan Bahan Sastera Dalam Pengajaran Bahasa. Dewan Bahasa. Jil 3 Bil 4 : 7 11Hashim Awang. (1985). Teman Pelajar Kesusasteraan. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn Bhd.Kamaruddin Haji Husin. (1995) Laras Bahasa. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn.Bhd. Marohaini Yusoff. (2001). Landasan Pengajaran Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa. Jil 1 Bil 6 : 20 26.Nik Safiah Karim. (1989). Laras Bahasa.Kuala Lumpur: Nurin EnterpriseMohd Taib Osman (1977). Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Nafii Mat (2006). Keperluan Teks Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Dewan Bahasa. Jilid 6 Bil 9. : 44 47.http://gurubahasamelayu.blogspot.com/2009/07/laras-bahasa-melayu.htmlhttp://retibasa.blogspot.com/2010/08/laras-bahasa-sastera.htmlhttp://www.slideshare.net/puterifasya/laras-bahasa-sastera-17369299

21