hbml 4403 - kompetensi dalam bahasa maelayu

Upload: aaltahani

Post on 08-Apr-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Hbml 4403 - Kompetensi Dalam Bahasa Maelayu

    1/20

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    PROGRAM PRA-SARJANA MUDA PENGAJARAN

    SEMESTER JANUARI / 2011

    HBML 4403

    KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU

    NO. MATRIKULASI : 690101086925002

    NO. KAD PENGNEALAN : 690101-08-6925

    NO. TELEFON : 013-5936020

    E-MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : INSTITUT PERGURUAN IPOH

  • 8/6/2019 Hbml 4403 - Kompetensi Dalam Bahasa Maelayu

    2/20

    HBML 4403

    ABSTRAK

    Membina sebuah negara-bangsa yang sempurna bukanlah tugas mudah apatah lagi bagi

    sebuah negara seperti Malaysia.Kepelbagaian kaum serta etnik dari latar sejarah,

    bahasa dan budaya yang berbeza serta diperkukuhkan pula oleh sentimen warisan

    berbeza menyumbang kepada munculnya persoalan dan masalah yang kompleks. Ibarat

    sebuah resepi masakan, negara bangsa bukanlah sekadar pelengkap rasa tetapi

    merupakan bahan utama bagi menghasilkan satu masakan yang bukan sekadar enak dan

    lazat malah menyihatkan. Di sebalik kesukaran dan pelbagai alasan yang

    memungkinkan kegagalan mencapainya ia sebenarnya sesuatu yang tidak mustahil untuk

    dikecapi. Disinilah peranan bahasa Melayu yang terpilih sebagai bahasa kebangsaan

    dan seterusnya menjadi wahana perpaduan masyarakat majmuk di negara Malaysia .

    Melihat kepada pengiktirafan yang diberi kepada Bahasa Melayu tentunya Bahasa

    Melayu memiliki keistimewaan tersendiri sehingga berupaya mengangkat bahasa ini

    sebagai Teras Perpaduan Bangsa Malaysia. Sejarah membuktikan bahawa BahasaMelayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman

    kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas

    dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatic. Namun begitu, perubahan dunia

    semakin pantas dan kemajuan dunia semakin cepat. Persekitaran lokal tiba-tiba sahaja

    bertukar kepada glokal dan akhirnya menuju global. Bumi yang dulunya terpecah

    kepada begitu banyak kampung yang tak berhubung, kini menjadi sebuah kampung besar

    tanpa sempadan.Bahasa Melayu turut menerima cabaran. Perpaduan rakyat sebagaisatu cabaran utama di Malaysia. Disinilah bahasa Melayu yang dijadikan wahana untuk

    menyatupadukan masyarakat berbilang kaum . Dalam rencana ini kita akan menyingkap

    kekuatan bahasa Melayu sebagai wahana penyatuan bangsa serta juga cabaran-cabaran

    bahasa Melayu dalam arus semasa.

    2

  • 8/6/2019 Hbml 4403 - Kompetensi Dalam Bahasa Maelayu

    3/20

    HBML 4403

    Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa Malaysia.

    Dalam Malaya yang merdeka sekarang tentulah bahasa Melayu pun sepatutnyamerdeka juga, yakni tidak semestinya dihadkan gunanya pada hal rendah-rendah dan

    soal bercakap akan perkara-perkara yang orang Melayu biasa sahaja seperti yang

    sudah-sudah. Sebaliknya setelah Malaya merdeka, sepatutnya bahasa Melayu

    dilayakkan selangkah lagi bagi penggunaan yang lebih maju, lebih besar dan lebih

    tinggi pula, seperti jadi alat mengajarkan pelajar pemerintahan negeri dan juga

    menjalankan kerja kehakiman.

    Kata-kata Pendita Zaaba

    Begitulah luahan seorang Pendita yang memperjuangkan bahasa Melayu. Adakah

    perjuangannya memertabatkan bahasa ini mencapai matlamatanya atau menuju

    kehancuran atau kepupusan seperti tulisan jawi.

    MENURUT Imil Badi (1986:13), tidak ada definisi mutlak bagi bahasa.

    Bagi Raminah Hj Sabran,1993 , bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam

    kehidupan manusia. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain

    untuk menyampaikan pemikirannya , perasaan , kehendak, pengalaman , idea,

    pengetahuan , mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami

    orang lain dan sebagainya.

    Dari perspektif falsafah bahasa, definisi, dan konsep ini menyingkap hubungan antara

    bahasa dengan ilmu pengetahuan manusia, proses berfikir, pandangan semesta, dan realiti

    kewujudan serta kehidupan manusia. Pada peringkat ini, bahasa dapat disifatkan sebagai

    wahana utama abagi menjana segala kegiatan manusia baik perhubungan, pengucapan,

    perakaman mahupun perwarisan dalam tamadun manusia (Hashim:1994: xi).

    3

  • 8/6/2019 Hbml 4403 - Kompetensi Dalam Bahasa Maelayu

    4/20

    HBML 4403

    Firman Allah s.w.t dalam Al-Quran , manusia dicipta oleh Allah s.w.t. (lihat surah al-

    Mukminun: 12 & 13). Tujuan penciptaan manusia ialah supaya manusia mengenali Allah

    s.w.t. sebagai Tuhan dan mengabdikan diri kepada-Nya (lihat surah al-Zariyat: 56).Untuk menyempurnakan pengabdian atau peribadatan ini, Allah s.w.t. tidak menjadikan

    manusia secara sia-sia (lihat surah al-Mukminun: 115) bahkan membekalkan manusia

    organ-organ bahasa agar manusia berinteraksi dengan-Nya dan juga agar manusia

    berinteraksi dengan manusia serta alam (lihat surah al-Sajadah: 9).

    Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke tujuh. Pada

    waktu itu terdapat 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Penggunaan bahasa

    melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah dituturkan berbanding dengan

    bahasa yang lain. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat

    menerima pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang

    dengan pesat dan menjadi lingua franca dan bahasa ilmu bagi rantau kepulauan Melayu.

    Zaman kerajaan Sriwijaya bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran ,

    perdagangan dan sebagai bahasa ilmu. Menurut catatan yang dibuat oleh seorang

    pendita Buddha yang bermastautin selama enam bulan di ibu negeri Sriwijaya,

    menyatakan bahawa sudah ada sebuah pusat pengajian agama Buddha menggunakan

    bahasa Melayu. Artikal Penyusunan Sejarah Bahasa Melayu : imbasan dan harapan

    Dewan Bahasa, Jun 2006 oleh Awang Sariyan. Bahasa Melayu juga telah mencapai

    zaman kegemilangannya di zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai bahasa ilmu.

    Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Bahasa perpaduan bermaksud

    bahasa yang digunakan sebagai tali pengikat kemuafakatan antara anggota masyarakat,

    sama ada dalam kalangan satu etnik mahupun antara etnik. Hal ini kerana, masyarakat

    kita adalah masyarakat majmuk yang berbeza kepercayaan, amalan, budaya, agama dan

    bahasa. Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai penyatu kepelbagaian tersebut

    melalui penggunaan bersama, atau satu bahasa untuk satu negara.

    4

  • 8/6/2019 Hbml 4403 - Kompetensi Dalam Bahasa Maelayu

    5/20

    HBML 4403

    Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan bahasa Melayu dalam semua komunikasi

    awam dan terbuka agar tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain. Apabila

    penggunaan bersama bahasa Melayu di tempat terbuka sudah menjadi amalan, maka akanwujud kemesraan, kepercayaan, hormat dan rasa selamat. Rasa kemesraan, rasa

    kepercayaan, rasa hormat dan rasa selamat merupakan antara faktor yang membina

    perpaduan antara kaum. Dengan itu, dapatlah kita melahirkan bangsa yang bersatu dan

    menganggap Malaysia sebagai negara milik bersama.

    Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang aman dan makmur. Keamanan yang

    dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai kaum telah menjadikan Malaysia sebuah

    negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan dalam kalangan negara-negara lain.

    Namun begitu, kesan gelombang globalisasi telah mencabar keamanan dan kehormonian

    negara dalam pelbagai bentuk yang sukar diramalkan. Keadaan ini memerlukan strategi

    yang mantap bagi melindungi generasi pelajar yang bakal memimpin dan membawa

    negara ke arah Wawasan 2020.

    Salah satu strategi kerajaan untuk membentuk dan melahirkan generasi baru yang

    berwawasan, berdisiplin, berkeyakinan terhadap diri, maka dasar-dasar kerajaan

    berfokuskan kepada mewujudkan perpaduan antara kaum melalui pendidikan di sekolah.

    Bagi mencapai matlamat itu, pelbagai dasar seperti memantapkan lagi Pelaksanaan Dasar

    Pelajaran Kebangsaan, menjadikan sekolah sebagai alat perpaduan, Pendemokrasian

    Pendidikan, Pelaksanaan Sekolah Wawasan, Konsep Sekolah Penyayang, Pelaksanaan

    Sekolah satu aliran, Sukan untuk Perpaduan, Sistem persekolahan yang sama bagi

    semua ,Bahasa Kebangsaan, Kurikulum yang sama dan sukatan peperiksaan seragam

    telah dilaksanankan. Berteraskan dasar tersebut diyakini dapat membantu dalam

    memupuk serta meningkatkan semangat patriotisme, integrasi nasional demi kestabilan,

    kesejahteraan rakyat, menjamian perpaduan antara kaum yang berterusan dan sekali gus

    bersedia menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.

    5

  • 8/6/2019 Hbml 4403 - Kompetensi Dalam Bahasa Maelayu

    6/20

    HBML 4403

    Bahasa memainkan peranan penting dalam memupukkan semangat perpaduan . Ini jelas

    apabila Bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an,

    Bahasa Malaysia yang kita guna sekarang dinamakan "Bahasa Melayu". KemudianBahasa Melayu dinamakan "Bahasa Malaysia" atas sebab politik pada 1970 sehingga

    1986. Namun kemudiannya nama "Bahasa Melayu" digunakan semula terutama dalam

    pendidikan iaitu pada 1986 sehingga jun 2007. Bermula tahun 1 Julai 2007, bahasa

    Kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada "Bahasa Malaysia" sebagai simbol

    bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Tujuan lain ialah

    untuk mencapai perpaduan kaum dalam Negara kita iaitu "Bangsa Malaysia", dan tidak

    akan berlaku lagi peristiwa pada 13 Mei 1969

    Alam persekolahan merupakan satu titik permulaan bagi penyatuan kaum terutama

    sekolah berasrama penuh. Biasanya sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang

    majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu, antaranya berasal dari daerah dan negeri

    yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Program RIMUP secara kelompok

    turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat dengan program yang

    dirancang bersama dengan sekolahsekolah lain yang, mempunyai pelajar berbilang

    kaum. Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang

    pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini adalah sangat

    baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra

    seterusnya menyumbang kepada perpaduan.

    Masyarakat Malaysia yang terdapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India.

    Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk.

    Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama

    dalam konteks hubungan antara kaum. Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu

    sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai

    asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat

    digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara

    penduduk yang berbilang kaum.

    6

  • 8/6/2019 Hbml 4403 - Kompetensi Dalam Bahasa Maelayu

    7/20

    HBML 4403

    Selain itu menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menggunakan sukatan pelajaran,

    buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa penghantar yang

    sama. Sebahagian daripada dasar dan tindakan strategik ini telah dilaksanakan denganberkesan walaupun belum sepenuhnya. Dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa

    penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, sekurang-kurangnya telah

    mewujudkan generasi dari pelbagai etnik yang lebih komunikatif antara satu sama lain

    dan lebih saling memahami.

    Walau bagaimana pun pada waktu ini cabaran terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa

    perpaduan antara etnik kadangkala menghadapi kesukaran kerana Dasar Pendidikan

    Kebangsaan yang membenarkan sekolah dua aliran namun, hasrat murni kita untuk

    memastikan matlamat penggunaan bahasa Melayu di semua peringkat sebagai alat

    integrasi dapat dicapai.

    Namun begitu penggunaan kurikulum yang sama dapat menerapkan perpaduan.

    Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu

    pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan

    kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-

    ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan

    pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani,akal dan emosi. Dalam konteks negara

    Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita

    negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping

    menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan Negara.

    Peggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik (PPSMI) juga

    mencabar keupayaan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan. Berselindung di sebalik

    pemerkasaan Bahasa Melayu namun meneruskan penggunaan bahasa Inggeris dalam

    pengajaran Sains dan Matematik dilihat sebagai satu cara halus meminggirkan kehebatan

    bahasa Melayu itu dalam arus dunia global.

    7

  • 8/6/2019 Hbml 4403 - Kompetensi Dalam Bahasa Maelayu

    8/20

    HBML 4403

    Secara tidak langsung , dasar ini akan terus meminggirkan anak-anak yang berada di luar

    bandar dalam arus pendidikan global. Ini kerana pelajar luarbandar agak kurang dalam

    menguasai matapelajaran bahasa Inggeris ini.

    Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara mencapai status

    negara maju menjelang tahun 2020. 1Malaysia adalah penerusan agenda membina

    negara. Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara

    menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. Tanpa perpaduan yang luar

    biasa ini British tidak akan menyerahkan pentadbiran Tanah Melayu kepada orang

    Malaysia sendiri. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan

    persaudaraan dikalangan rakyat Malaysia. Demi mencapai kemajuan bagi negara, rakyat

    perlu dimajukan terlebih dahulu setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan

    masing-masing, ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum

    bersama pemimpin yang membawa kepada perpaduan yang utuh.

    Apabila perpaduan dicapai, maka pembangunan negara boleh dicapai. Akhirnya

    wujudlah kuasa momentum yang hebat bermula daripada dasar perpaduan yang kuat dan

    sentiasa memerlukan. Oleh itu, bahasa Melayu memainkan peranan yang penting sebagai

    bahasa perpaduan.

    Memandangkan Bahasa Melayu telah diguna sekian lama sebagai bahasa rasmi , bahasa

    komunikasi dan persuratan maka Bahasa Melayu telah dipersetujui dan disepakati

    bersama oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan

    bagi persekutuan Malaysia yang merdeka pada tahun 1957. Malahan permuafakatan

    pelbagai kaum itu dirakamkan dalam bentuk dokumen tertinggi dan luhur iaitu

    Perlembagaan Negara sepertimana yang termuat dalam Perkara 152, para 1 sebagai

    bahasa bagi persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang merdeka. Jelas sekali Bahasa

    Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama dan dapat digunakan

    bersama untuk mencapai matlamat perpaduan.

    8

  • 8/6/2019 Hbml 4403 - Kompetensi Dalam Bahasa Maelayu

    9/20

    HBML 4403

    Objektif pendidikan juga secara jelas menyatakan bahawa generasi pewaris negara

    diharapkan dapat memahami keadaan masyarakat dan negara khususnya dalam usaha

    memupuk semangat kekitaan, perpaduan dan seterusnya menjadi negara ini sebagai hak bersama. Selaras dengan pembentukan wawasan negara bangsa, pendidikan berperanan

    sebagai alat sosialisasi politik bagi membina kesedaran baru dan membangkitkan imej

    baru negara Malaysia sebagai sebuah negarabangsa. Sejarah boleh digunakan sebagai

    asas pembinaan bangsa melalui proses-proses membentuk kesinambungan, perpaduan,

    negara bangsa, mengorak perubahan sosial, ekonomi bangsa dan negara serta sumber

    inspirasi. Proses kesinambungan ini dapat diperolehi melalui sejarah serta membolehkan

    pembinaan negara bangsa dicapai hasil penelitian terhadap kewujudan atau pembentukan

    masyarakat

    Gagasan negarabangsa Malaysia merupakan usaha menjadikan diri sebagai rakyat

    Malaysia yang berkongsi negara dan impian yang serupa. Menurut Tun Dr. Mahathir

    Mohamed:

    Pembentukan bangsa atau nation building melibatkan satu proses yang lama dan

    tidak boleh dicapai dalam jangka waktu dua atau tiga puluh tahun sahaja. Perpaduan

    yang wujud sekarang perlu dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih mantap dan kukuh

    supaya mampu menghadapi berbagai-bagai tekanan dan cabaran tanpa mudah

    tergugat.

    9

  • 8/6/2019 Hbml 4403 - Kompetensi Dalam Bahasa Maelayu

    10/20

    HBML 4403

    Bahasa Melayu penting sebagai alat perhubungan dan wahana penyatuan bangsa namun

    begitu terdapat isu-isu yang perlu diselesaikan bagi menjadikan bahasa ini alat penyatuan

    bangsa Malaysia. Cabaran inilah yang menyebabkan bahasa Melayu bagai dipinggirkandalam bersama-sama arus globalisasi

    Mengapakah isu bahasa ini penting dan perlu diselesaikan? Orang politik di Malaysia

    akan mengatakan bahawa masalah ini sudah selesai. Walaupun Akta Pendidikan dan

    dasar menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di sekolah-sekolah dan

    sekolah rendah hingga ke universiti telah dilaksanakan, isu bahasa ini sebenarnya belum

    lagi selesai. Sekalipun bahasa Melayu itu sudah diperundang-undangkan sebagai bahasa

    kebangsaan dengan nama bahasa Melayu, namun pada praktiknya martabat atau status

    bahasa itu masih rendah.

    Bahasa Melayu selayaknya dijadikan sebagai bahasa tamadun. Pembinaan tamadun

    dengan menggunakan bahasa bahasa akan menampakkan jati diri bahkan menjadi satu

    kebanggan bagi negara ini.Bahasa Melayu dikenali sebagai Lingua Franca di peringkat

    dunia. Malangnya di negara sendiri bahasa Melayu seolah-olah dipinggirkan. Perlu

    diketahui bahawa Bahasa Melayu ini adalah bahasa pengantar utama di dalam negara kita

    dan ia juga memainkan peranan sebagai alat perpaduan antara semua kaum .

    Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama

    dalam sistem pendidikan Malaysia. Jelas menunjukkan Bahasa Melayu adalah asas

    penting kepada keperibadian atau jatidiri kebangsaan Malaysia.

    10

  • 8/6/2019 Hbml 4403 - Kompetensi Dalam Bahasa Maelayu

    11/20

    HBML 4403

    Bagi melaksanakan pembinaan tamadun dengan penggunaan Bahasa Melayu usaha ini

    bukanlah usaha golongan minoriti. Usaha ini sebenarnya adalah usaha yang telah wujud

    serentak dengan adanya struktur negara bangsa Malaysia pada 1963. Toleransi kerajaanpada 1957 untuk membenarkan rakyat menggunakan bahasa Inggeris untuk tempoh 10

    tahun rupanya telah membawa petaka kepada Bahawa Melayu lantaran bahasa penjajah

    itu telah berjaya membina nilai akar umbi yang cukup erat dengan institusi awam,

    pendidikan dan perundangan terutamanya

    Keadaan yang berlaku hari ini jauh menyimpang dari tujuan asal pengwujudan sistem

    pendidikan negara yang berasaskan Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib. Perkara

    yang menjadi kerisauan pejuang bahasa pada tahun 1995 dahulu mengenai kemungkinan

    wujudnya dua aliran pendidikan diperingkat tinggi iaitu aliran Melayu dan aliran

    Inggeris telah pun berlaku pada hari ini dimana kebanyakkan universiti awam di negara

    ini telah mengambil pendekatan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

    dalam pengajian jurusan sains. Saban hari, Bahasa Melayu dilihat semakin terancam.

    Sektor-sektor swasta di negara ini juga lebih menitikberatkan penguasaan Bahasa

    Inggeris berbanding Bahasa Melayu. Kononnya Bahasa Melayu ini tidak kompetitif

    dalam menjadikan Malaysia maju pada masa mendatang.

    Ini adalah mentaliti orang tidak ada pendirian dan cepat berputus asa dalam melakukan

    sesuatu pekerjaan. Kita mengambil contoh negara Jepun yang bangga dengan bahasanya

    sendiri dan menggunkan bahasanya untuk menjadi bangsa yang maju. Korea adalah salah

    satu contoh yang sama perihalnya dengan Jepun.

    Kita teliti pula negara-negara yang menggunakan bahasa selain bahasa ibundanya,

    Filipina contohnya, tidak berjaya untuk menjadi negara maju walaupun bahasa

    pengantarnya Bahasa Inggeris. Perkara yang sama turut berlaku di India, walaupun India

    sekarang menjadi gerbang teknologi maklumat tetapi teknologi yang digunakan adalah

    teknologi yang dibawa dari Amerika Syarikat.

    11

  • 8/6/2019 Hbml 4403 - Kompetensi Dalam Bahasa Maelayu

    12/20

    HBML 4403

    Kekangan yang wujud dalam perkembangan penggunaan Bahasa Melayu disebabkan

    perlumbaan sektor swasta dalam mendominasi Bahasa Inggeris dalam setiap urusan.Ini

    jelas apabila menjelang acara Sukan Komanwel 1998, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)pernah menegur penganjur sukan berprestij itu iaitu Ninety Eight Berhad kerana tidak

    menggunakan Bahasa Melayu dalam kempen dan promosi temasya ke-2 terbesar di dunia

    itu (1998: 38). Sementara itu, objektif penubuhan Gerakan Bahsa Kebangsaan Sektor

    Swasta (GBKSS) gagal kerana kebanyakan syarikat baru di Bursa Saham Kuala Lumpur

    (BSKL) masih menggunakan Bahasa Inggeris.

    Akibat kelonggaran dari segi pelaksanaan maka tidak mustahil Bahasa Melayu bakal

    dianak tirikan oleh negara sendiri. Presiden BSKL, Yang Berbahagia Dato Muhd. Salleh

    Majid (1998: 38) bahawa tiada peruntukan khas dalam undang-undang mahupun

    peraturan-peraturan yang khusus dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan bagi institusi

    kewangan dan bank menyebabkan bahasa itu tidak diberi keutamaan dalam komunikasi

    harian

    Inilah juga yang berlaku bidang perniagaan dan perdagangan ,penggunaan Bahasa

    Melayu juga dipinggirkan. Menurut Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) (1988: 38)

    bahawa usul penggunaan Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Melayu dalam bidang

    perdagangan dan perniagaan dalam setiap seminar sama ada peringkat negeri mahupun

    peringkat antarabangsa namun telah ditolak. Ini disebabkan wujud pemikiran sempit

    daripada beberapa golongan memikirkan bahawa Bahasa Inggeris sebagai bahasa

    antarabangsa, maka Bahasa Melayu tidak wajar menggantikan peranan dalam perniagaan

    dan perdagangan kini.

    Apabila menyingkap sejarah dunia, Bahasa Melayu dilihat mampu dijadikan sebagai

    lingua franca abad ke-21. Ini dapat dilihat Bahasa Inggeris digantikan dengan Bahasa

    Perancis di Quebec, Kanada (1988: 38). Penggantian itu dilakukan menerusi Undang-

    Undang 101 Negeri Quebec

    12

  • 8/6/2019 Hbml 4403 - Kompetensi Dalam Bahasa Maelayu

    13/20

    HBML 4403

    Usaha pemartabatan Bahasa Melayu kini hanya dilihat bermain secara formaliti dan

    secara ketidakterlibatan. Secara formaliti dilihat apabila usaha ini turut dimainkan oleh

    kerajaan tetapi tidak membawa apa-apa nilai natijah yang berkesan lantaran perjuanganbahasa ini sekadar bertindak sebagai gula-gula dalam politik tempatan. Lebih malang

    lagi, apabila usaha daripada badan-badan tertentu seperti DBP, usaha daripada NGO yang

    sedar seperti TERAS dan sebagainya, usaha-usaha tokoh akademik dan pendeta

    kebangsaan seperti Prof. Shahnon Ahmad dan Prof. DiRaja Ungku Aziz mahupun usaha-

    usaha peribadi kelihatannya tiada keterlibatan dan kesan dalam masyarakat. Kerana

    disebabkan perjuangan ini terpinggir dan terasing dalam arus semasa negara kita sendiri.

    Ini jelas juga peranan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi utama dalam urusan rasmi

    dan tidak rasmi di negara ini sedang dicabar hebat ekoran arus globalisasi. Perkembangan

    terkini dalam sektor-sektor penting, misalnya pentadbiran dan pendidikan amat ketara

    sekali mencabar peranan bahasa Melayu, yakni bukan sekadar merosakkan kemurnian

    bahasa Melayu akibat campur aduk bahasa dalam komunikasi, tetapi penurunan nilai

    ekonominya apabila penggunaannnya dalam bidang sains dan teknologi digantikan

    dengan bahasa Inggeris. Timbul kebimbangan bahasa Melayu yang merupakan bahasa

    kebangsaan Malaysia semakin hari semakin terpinggir peranannya yang seterusnya bakal

    mengundang masalah dalam pelestarian jati diri negara yang berteraskan masyarakat,

    budaya dan bahasa Melayu.

    Bahasa Melayu bukan sahaja sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam majlis dan

    ritual kerajaan tertentu, ianya juga perlu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan yang

    menjadi bahasa perwakilan kepada keharmonian kaum di Malaysia. Pemilihan Bahasa

    Melayu sebagai bahawa perwakilan kaum tidak wajar dinilai sebagai usaha

    menghegemonikan bahasa ini kepada kaum lain, tetapi telah menjadi lumrah bahasa

    majoriti dan terkenal serta berakar umbi dijadikan pengantar di mana-mana negara besar

    sekalipun. Selain itu bahasa ini perlu dijadikan sebagai lingua franca.

    13

  • 8/6/2019 Hbml 4403 - Kompetensi Dalam Bahasa Maelayu

    14/20

    HBML 4403

    Maksud lingua franca tidak sama dengan bahasa rasmi atau kebangsaan. Lingua franca

    akan membawa bahasa ini sebagai agen penghubung kaum, industri dan meliputi

    keseluruhan massa dan sektor. Inilah hakikat yang telah tercabut daripada bahasa bertuahini.

    Nasib Bahasa Melayu terus dipinggir dalam bidang perundangan. Bahasa Melayu pernah

    menjadi pengantar utama dalam semua Kanun dan perundangan melayu terutama dalam

    Kesultanan Melayu Melaka. Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh

    Abdul Halim, pernah menyatakan bahawa penggunaan Bahasa Melayu dalam perbicaraan

    di mahkamah tidak semurna. Ini kerana menurut beliau penggunaanya bercampur dengan

    bahasa Inggeris umpama sekerat ular, sekerat belut. Maka tidak wajarlah Bahasa

    Melayu dijadikan bahasa kedua ataupun bahasa sampingan sahaja dimana sahaja

    termasuklah institusi undang-undang seperti mahkamah.

    Menurut Bekas Ketua Hakim Negara, Yang Amat Berbahagia Tun Salleh Abbas (1989:

    18) bahawa beliau menyesali peguan-peguam yang tidak menggunakan Bahasa Malaysia

    yakni Bahasa Melayu ketika membentangkan hujah sebaliknya mengutamakan bahasa

    penjajah iaitu Bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi mereka dalam lapangan

    pengadilan. Justeru, pada tahun 1985 beliau telah menggesa supaya Bahasa Melayu

    digunakan sepenuhnya di mahkamah rendah, mahkamah majisterit, dan mahkamah

    Tengah.

    Kelangsungan daripada cadangan beliau itu, Majlis Peguam Negara (1989: 18) pada

    tahun 1986 telah membuat keputusan supaya Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya di

    mahkamah dalam masa 20 tahun akan datang. 20 tahun telah berlalu, sistem perundangan

    masih belum mencapai matlamatnya dalam penggunaan Bahasa Melayu. Ini disebabkan

    kurangnya nasionalisme dalam seseorang pengamal perundangan kini. Bahasa Melayu

    telah dirojakkan oleh peguam-peguam ini untuk membuat lontaran hujah

    .

    14

  • 8/6/2019 Hbml 4403 - Kompetensi Dalam Bahasa Maelayu

    15/20

    HBML 4403

    Isu bahasa rojak bukanlah isu yang baru namun isu ini sudah lapuk. Tetapi masyarakat

    tidak boleh memandang enteng kerana ini berkaitan maruah negara. Pola penggunaan

    bahasa pasar seperti bahasa rojak, bahasa SMS dan bahasa sembang internet merupakansalah satu punca penggunaan bahasa Melayu dalam perbualan harian semakin merosot.

    Tambahan pula, mengikut statistik pungutan pendapat yang dijalankan oleh Bernama

    (www.bernama.com) (2001: 1) tentang Adakah Bahasa Melayu relevan dalam pengajian

    tinggi swasta? dan adakah ianya harus ditingkatkan? mendapati 94 peratus daripada

    110,000 undian dicatatkan oleh laman web tersebut tidak mahu penggunaan Bahasa

    Melayu digunakan di universiti-universiti dan kolej swasta. Ini mengambarkan suatu

    perspektif baru sudah wujud dalam mentaliti generasi kini bahawa Bahasa Melayu tidak

    penting lagi sebagai medium pendidikan kini. Lebih memeritkan lagi, kumpulan pakar

    Bahasa Melayu masih lagi kurang.

    Meskipun ada beberapa orang namun tidak semua yang menjalankan kajian bahasa

    (linguistik) seperti Clifford Geertz (1989: 43). Justeru, usaha demi usaha perlu

    diikhtiarkan supaya Bahasa Melayu tidak terpinggir daripada arus perdana.

    Mendepani era kepesatan teknologi maklumat dan hegemoni bahasa Inggeris, bahasa

    ibunda adalah antara yang menerima kesan yang mendalam. Antara isu dan cabaran

    dalam memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu ialah:

    1. Penggunaan struktur bahasa Melayu yang tidak betul atau penggunaan bahasa Inggeris

    secara meluas pada papan tanda iklan.

    2. Penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai bidang ilmu di sekolah hingga ke

    university

    3. Wujud pihak tertentu yang cuba mempertikaikan kedudukan atau mencabar bahasa

    Melayu

    15

  • 8/6/2019 Hbml 4403 - Kompetensi Dalam Bahasa Maelayu

    16/20

    HBML 4403

    4. Pengguasaan bahasa Melayu di kalangan rakyat Malaysia.

    5. Penggunaan bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris di kalangan

    pengamal media.

    6. Kesungguhan dan perjuangan pemimpin kini memartabatkan bahasa.

    7 Bahasa Inggeris dianggap bahasa maju dan bahasa Melayu bahasa mundur. Kurang

    keyakinan daripada rakyat Malaysia sendiri terhadap kemampuan bahasa Melayu

    16

  • 8/6/2019 Hbml 4403 - Kompetensi Dalam Bahasa Maelayu

    17/20

    HBML 4403

    Kesimpulannya, Bahasa ialah alat komunikasi utama dan asas pembinaan sesebuah

    tamadun. Tamadun menjadi kekal dan bertahAn melalui tradisi ilmu. tamadun yang

    dibangunkan oleh manusia memerlukan satu sistem bahasa yang baik bukan hanya untuk berkomunikasi tetapi juga untuk mengungkapkan konsep dan nilai keintelektualan,

    merancang kegiatan ekonomi mereka dan berbagai-bagai lagi kegiatan dalam kehidupan.

    Keperluan bahasa semakin lama semakin meningkat dan bertambah lebih-lebih lagi

    setelah berbagai-bagai kemajuan dan pencapaian dihasilkan.

    Bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya, mampu bersaing dan berdaya

    maju dalam mencapai bahasa ilmu. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga

    dengan pencapaiannya dan bukan berasa sangsi hingga sanggup menganaktirikan bahasa

    sendiri, ini telah terbukti yang mana Korea, dan Jepun disertai oleh China yang sangat

    mendaulatkan bahasanya mampu menjadi gergasi ekonomi dunia. Terbukti bahawa

    sesuatu bahasa tidak pernah menjadi penghalang kemajuan. Oleh yang demikian bahasa

    Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dan membangkitkan semula martabat bahasa

    Melayu di negara ini, kita hendaklah memberikan tumpuan yang lebih serius, bersepadu

    dan terancang terhadap pokok dalam proses perancangan di negara ini.

    Proses mengubah sikap dan tanggapan yang salah terhadap keupayaan bahasa ini supaya

    menjadi salah satu alat penting kemajuan bangsa dan negara dalam semua bidang. Segala

    usaha untuk memajukan dan meningkatkan nilai bahasa ini sebagai bahasa budaya tinggi,

    akan terus tergendala selagi perubahan sikap dan persepsi itu tidak berlaku dalam

    kalangan pemimpin dan pegawai kerajaan, ahli akademik dan golongan profesional

    dalam sektor awam.

    Peranan bahasa utama dan peranan komunikatif bahasa kebangsaan kerana sebagai

    bahasa kebangsaan, bahasa Melayu ditakrifkan mempunyai peranan utama, yang antara

    lainnya menjadi lambang atau citra Malaysia. menjadi wahana penyatuan warganegara

    dan rakyatnya dengan konsep satu bahasa kebangsaan bagi seluruh negara bangsa

    Malaysia.

    17

  • 8/6/2019 Hbml 4403 - Kompetensi Dalam Bahasa Maelayu

    18/20

    HBML 4403

    Kita seharusnya menyokong dasar Memartabatkan Bahasa Melayu yang bertujuan agar

    masyarakat menguasai bahasa Melayu pada tahap yang baik sehinggakan mereka ini

    boleh menggunakan bahasa tersebut untuk segala maksud bersesuaian dengan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa

    perhubungan utama warga Malaysia dan bahasa ilmu. Mereka yang mahir berbahasa

    Melayu inilah yang akan memartabatkan bahasa Melayu dan memacu pembinaan sebuah

    negara bangsa yang bercitrakan 1Malaysia .

    (3 811 PATAH PERKATAAN)

    18

  • 8/6/2019 Hbml 4403 - Kompetensi Dalam Bahasa Maelayu

    19/20

    HBML 4403

    APENDIKS

    RUJUKAN /REFERENSI

    Asmah Haji Omar 1991. Aspek Bahasa dan Kajiannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka

    Asmah Haji Omar. 1978. Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada

    Perancangan Bahasa Malaysia.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Awang Sariyan. 1984. Kesinambungan Bahasa dalam Karya Sastera Melayu

    (Malaysia): Suatu Kajian Linguistik daripada Sudut Sintaksis. Tesis M.A

    Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

    Imil Badi' Yaaqub 1986. Fiqh al-Lughat al-'Arabiyyat wa Khasaisuha.

    Beirut: Dar al-'Ilm li al-Malayin

    Muhd Yusof Ibrahim. 1994. Kepentingan Sejarah Kepada Manusia dan Negara dalam

    JEBATBil 22, Bangi : Jabatan Sejarah UKM,

    Pertahankan Martabat Bahasa Kebangsaan 1998. Utusan Malaysia, 20 Julai:3.

    S.Nathesan(2010). Beberapa Persoalan Penggunaan Bahasa Melayu dan penyelesaiannya

    Edisi Kedua Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka

    http://retibasa.blogspot.com/2010/03/fungsi-bahasa-melayu-dalam-komunikasi.html

    19

    http://retibasa.blogspot.com/2010/03/fungsi-bahasa-melayu-dalam-komunikasi.htmlhttp://retibasa.blogspot.com/2010/03/fungsi-bahasa-melayu-dalam-komunikasi.html
  • 8/6/2019 Hbml 4403 - Kompetensi Dalam Bahasa Maelayu

    20/20

    HBML 4403

    20