eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

31
TUGASAN SEMESTERJANUARI 2015 KOD KURSUS EFF312 NAMA KURSUS FONETIK DAN FONOLOGI PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR NORAINIE BINTI EKAN NO. MATRIK E30209130531 NAMA FASILITATOR AKADEMIK ENCIK AFFENDI BIN BOLL PUSAT PEMBELAJARAN ICATS WEST CAMPUS, JALAN STAMPIN TIMUR, 93350 KUCHING. 1

Upload: norainie-binti-ekan-usunor

Post on 18-Aug-2015

71 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

TUGASANSEMESTERJANUARI 2015

KOD KURSUS EFF312

NAMA KURSUS FONETIK DAN FONOLOGI

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR NORAINIE BINTI EKAN

NO. MATRIK E30209130531

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

ENCIK AFFENDI BIN BOLL

PUSAT PEMBELAJARAN

ICATS WEST CAMPUS,JALAN STAMPIN TIMUR,93350 KUCHING.

1

Page 2: Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

ISI KANDUNGAN

PERKARA____________________________________________ MUKA SURAT

Penghargaan 3

BAHAGIAN A

1.0 Objektif Kajian 4

2.0 Kaedah Pengumpulan Data 4

3.0 Dapatan Kajian 5 - 9

4.0 Kesimpulan 9 - 10

5.0 Rumusan 10

BAHAGIAN B

1.0 Pengenalan 11

2.0 Lirik Lagu ‘Warisan’ 12

3.0 Transkripsi Lagu Warisan 13

4.0 Kepentingan Transkripsi Fonetik Kepada Masyarakat 14 - 15

5.0 Kesimpulan 16 - 17

BAHAGIAN C

1.0 Latarbelakang Sekolah Saya 18

2.0 Kaedah Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Untuk Mengajar Kemahiran Lisan di Sekolah. 18 - 19

3.0 Kesimpulan 20 -21

RUJUKAN

2

Page 3: Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

PENGHARGAAN

Saya memanjatkan setingg-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T di atas

hidayah dan izin-Nya, tugasan bagi kursus Fonetik Dan Fonologi (EFF 312) ini dapat

disiapkan dengan jayanya.

Tugasan ini mengandungi tiga bahagian jawapan kepada setiap soalan

tugasan . Pertama : Ringkasan artikel bertajuk “Inventori Vokal Dialek Melayu

Kelantan: Satu Penilaian Semula” oleh Adi Yusran Abdul Aziz, Kedua adalah :

Penulisan lagu Warisan (oleh Sudirman) dalam bentuk Transkripsi Fonetik;

dan yang ketiga : Laporan tentang Pengajaran Kemahiran Lisan Bahasa Melayu

Di Sekolah Saya : Satu Tinjauan.

Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima

kasih kepada kepada pensyarah kami iaitu Encik Affendi Bin Boll yang telah

menenerangkan secara terperinci tentang penyediaan tugasan ini. Ucapan setinggi-

tinggi terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah menjalankan sesi

kolaborasi bersama saya untuk berkongsi idea atau sebarang pendapat. Kerjasama

dan keperihatinan pihak pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan amat saya hargai.

Saya yakin bahawa tugasan ini mampu menjelaskan kepada kita berkaitan

cabang-cabang fonetik, sifat-sifat bunyi bahasa Melayu, ciri-ciri fonem vokal, ciri-

cirifonem konsonan seterusnya kaitan fonetik dan fonologi dengan sebutan baku dan

serta sitem ejaan dalam bahasa Melayu. Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha

murni ini dalam meneruskan penghayatan ilmu sepanjang masa.

Disediakan oleh :

NORAINIE BINTI EKAN 31 Mac 2015

AEU Kuching

BAHAGIAN A

3

Page 4: Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

Ringkasan artikel :

“InventoriVokal Dialek Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula” oleh Adi

Yasran Abdul Aziz.

1.0 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah menilai semula dan memberikan penjelasan terhadap

inventori vokal dalam dialek Kelantan yang menimbulkan banyak persilisihan

pendapat dalam kalangan pengkaji.Penulis artikel mengkaji beberapa aspek utama

terdiri daripada aspek segmen vokal dialek Kelantan yang terdiri daripada fonem dan

bukan fonem,vokal oral sengau,serta penggunaan simbol vokal InternationalPhonetic

Alphabet (IPA).

2.0 Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh penyelidik ialah dengan

menggunakan data berbentuk dokumen. Menurut Noeng (2000), dokumen

bermaksud segala bahan tertulis mahupun filem yang sudah tersedia pada tempat

tertentu. Penulis artikel menggunakan analisis dokumen bagi mendapatkan data secara

objektif melalui dokumen. Penulis artikel ini juga yang bertanggungjawab ke atas

penyelidikan ini telah menngunakan pendekatan fonologi generatif untuk

menjalankan analisis ke atas aspek segmen vokal dialek Kelantan yang terdiri

daripada fonem dan bukan fonem,vokal oral sengau,serta penggunaan simbol vokal

InternationalPhonetic Alphabet (IPA). Seterusnya data kajian pula terdiri daripada

sumber sekunder yang diperoleh daripada kajian perpustakaan sebelum ini seperti

kajian yang dilakukan oleh Nik Safiah (1965, 1966), Hashim (1971, 1974), Abdul

Hamid (1982, 1994), Ajid (1985) Ahmad Ramizu (2009), analisis oleh Farid (1980)

dan analisis semula oleh Teoh (1994).

4

Page 5: Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

3.0 Dapatan Kajian

Penyelidik telah menemui beberapa dapatan kajian dalam analisisnya ke atas

inventori vokal dalam Dialek Kelantan menggunakan pendekatan fonologi generatif.

i.Inventori Vokal Dalam Dialek Kelantan Menggunakan Pendekatan Fonologi

Generatif

Vokal terbitandalam Dialek Kelantan, iaitu vokal . Segmen vokal

[Ɛ] dan [ↄ] kedua-duanya mempunyai banyak persamaan dari segi fitur, iaitu [-tinggi],

[-rendah], [-ATR], dan [kendur], manakala segmen vokal [ɑ] pula berfitur [+rendah],

[+belakang], dan [tegang].Kedua-dua vokal [ɐ, ↄ] adalah vokal terbitan dan bukan

berstatus fonem dalam Dialek Kelantan. Pendapat ini adalah berdasarkan beberapa

generalisasi fonologi. Pertama, fonem vokal dialek-dialek Melayu biasanya sama

dengan fonem vokal bahasa induknya, iaitu bahasa Melayu (BM) kerana wujudnya

saling memahami antara penutur dialek-dialek tersebut dan bentuk fonetik yang

dihasilkan itu adalah direalisasikan daripada bentuk fonemik yang sama. Ahli bahasa

Melayu telah sepakat mengatakan bahawa fonem bahasa Melayu hanya ada enam

sahaja, iaitu /i, e, ǝ, a, o, u/. Kedua, kehadiran segmen vokal [ɐ, ↄ] dalam kata adalah

mudah diramal. Mengikut data yang terdapat dalam Dialek Kelantan tiga

kemungkinan kehadiran [ɐ] dan [ↄ], iaitu [ɐ] yang direalisasikan

da /e/ (misalnya : /gelek/ G [ge.leʔ]), /ai/ dan /ia/ di tengah kata (missalnya :

/haiyan/ G /biasa / G [ ]. Manakala segmen vokal [ↄ] pula direalisasikan

daripada /o/ (misalnya : /botol/ G [bↄ.tↄ:]) atau /au/ dan /ua/ di tengah kata

(misalnya : /taubat/ G [tↄ.baʔ], ± /buaia/ G [bↄ.jɑ).Bagaimanapun Teoh (1994)

mengemukakan pandangan yang berbeza daripada pengkaji-pengkaji sebelumnya

dengan mengatakan bahawa vokal /i, u/ pada suku kata akhir tertutup direalisasikan

sebagai vokal kendur (laxing vowel) [I, U] bukannya vokal tegang [e, o]. Beliau

beranggapan bahawa perealisasian /i, u/ kepada [e, o] pada suku kata akhir tertutup,

jarang berlaku dan boleh dianggap sebagai kekecualian. Contoh yang diberikan oleh

beliau adalah seperti di bawah :

5

Page 6: Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

Penulis artikelberpendapat bahawa transkripsi fonetik yang betul bagi data di

atas ialah [bi.siʔ], [lu.kih], [hi.doʔ], dan [tu.toʔ].HanyaTeoh (1994) pengkaji yang

menggunakan kedua-dua segmen vokal ini dalam data mereka. Penulis artikel

sebaliknya berpendapat bahawa kedua-dua bunyi vokal ini tidak dituturkan oleh

penutur asli Dialek Kelantan. Data yang digunakan oleh Teoh (1994) di atas agak

meragukan dan mungkin bersifat ideolek. Teoh juga menamakan bahasa Okpe, salah

satu bahasa Benue-Congo yang dituturkan di Nigeria, contohnya berlaku pengenduran

vokal seperti ini. Hoffman 1973 (dlm. Casali 1996) beranggapan bahawa dalam

bahasa Okpe, segmen vokal [I, U] hanya wujud dari segi fonologinya, tetapi masih [e, o]

dari segi fonetiknya. Ini disebabkan kehadiran vokal tersebut ditentukan oleh harmoni

vokal.Harmoni vokal ialah satu perlakuan fonologi yang menunjukkan vokal-vokal

berdekatan dalam satu medan (biasanya perkataan) berkongsi satu nilai yang sama

bagi fitur atau fitur-fitur distingtif tertentu (Bakovic, 2003). Hasil daripada analisis

kesemua data Dialek Kelantan, didapati fitur yang boleh dikongsi bersama seperti

dalam definisi harmoni vokal di atas ialah [±ATR].Dengan itu, harmoni vokal

Dialek Kelantan merupakan satu perlakuan fonologi yang menunjukkan segmen-

segmen vokal berdekatan dalam satu perkataan berkongsi satu nilai yang sama bagi

fitur [±ATR].Bagaimanapun Teoh (1994) mendakwa bahawa terdapat rumus fonologi

dalam Dialek Kelantan yang menyatakan bahawa vokal akan menjadi [-ATR] dalam

suku kata akhir tertutup kata dasar. Berdasarkan data DK yang diberikan Teoh, vokal

suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan boleh terdiri daripada [I, U, Ɛ, ↄ, a, ɐ] yang

bersamaan dengan semua vokal terbitan kecuali [a]. Ini bermakna beliau melihat

fenomena yang berlaku dalam skop yang lebih sempit daripada harmoni vokal yang

melampaui batas suku kata. Ini menunjukkan bahawapenjelasan berdasarkan harmoni

vokal adalah lebih berpada.

Berdasarkan prinsip harmoni vokal ini, data yang diberikan oleh Teoh di atas

menunjukkan bahawa segmen vokal dalam kedua-dua suku kata adalah tidak

harmoni. Dalam suku kata pertama [i, u] adalah berfitur [+ATR], sedangkan vokal

dalam suku kata kedua [I, U] berfitur [-ATR]. Kaedah analisis berdasarkan harmoni

6

Page 7: Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

vokal telah terbukti berkesan. Bagi tujuan tersebut, kaedah ini juga digunakan ke atas

Dialek Kelantan, terutamanya bagi menentukan fitur dalaman bagi vokal /i, e, o, u/

yang berfitur [+ATR] pada suku kata akhir tertutup. Sebagai contoh :

Berdasarkan keteranganb, terdapat /e/ dalam suku kata akhir tertutup itu

yangdianggap fonemik. Persoalannya mengapa /bilek/ tidak direalisasikan sebagai

[bi.lƐʔ], sebagaimana /golek/ direalisasikan sebagai [gↄ.lƐʔ]. Harmoni vokal sekali lagi

memainkan peranan penting kerana pasangan vokal [i+Ɛ] adalah tidak harmoni, iaitu

tidak berasimilasi pada fitur [ATR]. Segmen vokal [i] berfitur [+ATR] sedangkan [Ɛ]

berfitur [-ATR]. Fenomena ini tidak akan berlaku dalam Dialek Kelantan. Bagi

mematuhi syarat harmoni vokal ini, pilihan terbaik ialah mengekalkan bentuk

harmoni yang ada dalam input, iaitu /i, e/ yang berasimilasi pada fitur [+ATR].

Dengan menggunakankaedah harmoni vokal di atas, satu tanggapan boleh dibuat

untuk membezakan segmen vokal [i] dan [e] dalam suku kata akhir tertutup Dialek

Kelantan, iaitu kedua-duanya masing-masing direalisasikan daripada vokal /i/ dan /e/

di peringkat dalaman. Hal yang sama juga berlaku pada segmen vokal [u] dan [o]

dalam suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan yang juga direalisasikan daripada dua

vokal yang berbeza /u/ dan /o/. Pasangan harmoni vokal Dialek Kelantan bagi /u/

dalam suku kata akhir tertutup ialah /i+u/, /u+u/, /ə+u/, dan /a+u/ seperti berikut :

/tikus/ [ti.kuh]

/lutut/ [lu.tuʔ]

7

Page 8: Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

/letup/ [le.tuʔ]

/patuk/ [pa.tuʔ]

Manakala kombinasi harmoni vokal bagi /o/ pada posisi yang sama, iaitu /i+o/,

/u+o/, /ǝ+o/, dan /a+o/ yang dikekalkan dalam outputnya, sebagai contoh:

/sibok/ [si.boʔ]/kutok/ [ku.toʔ]/pǝlok/ [pǝ.loʔ]

Kesemua harmoni vokal tersebut berkongsi fitur [-ATR].Dengan itu penulis artikel ini

mencadangkan bahawa bentuk dalaman dalam harmoni vokal [+ATR] bagi /e/ dalam

suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan dalam harmoni vokal [+ATR] bagi /o/ dalam

suku kata akhir tertutup dianggap sebagai bentuk dalaman bahasa Melayu, sebagaimana

Zaharani (1999, 2005) dan sistem ejaan Za’ba (1965).

ii. Vokal terbitan [ɑ]

Teoh (1994) menggunakan simbol [ɐ] bagi merujuk kepada segmen vokal [ɑ].

Istilah IPA bagi simbol [ɐ] ialah vokal tengah hampir luas (near-open central vowel).

Dalam kajian fonologi ia masih boleh dianggap sebagai vokal rendah dan mempunyai

fitur [+belakang]. Secara fonetik pula, ia masih dianggap sebagai vokal tengah. Oleh

itu, penggunaan simbol ini masih mengundang kekeliruan terutama dari segi

fonetiknya. Contoh bunyi [ɐ] yang ditemui dalam laman web Wikipedia dan Summer

Institute of Linguistics (SIL) International didapati agak berbeza dengan bunyi /a/ di

akhir kata dialek Kelantan berbanding dengan bunyi [ɑ] dalam laman web yang sama.

Perbandingan bunyi [ɑ] juga dibuat dengan beberapa perkataan bahasa Inggeris

Amerika yang terdapat dalam Compass CD-ROM Oxford Advanced Learners

Dictionary (Edisi Ketujuh), iaitu pod [pɑ:d], pot [pɑ:t], dan rock[rɑ:k] yang didapati

hampir sama dengan bunyi [ɑ] dalam perkataan kata [ka.tɑ], kapak [ka.pɑʔ] dan

marah [ma.yɑh] dalam dialek Kelantan.

Trigo (1991, dlm. Howe, 2003) pula menggunakan simbol [ɒ] bagi

melambangkan segmen [ɑ] dalam Dialek Kelantan. Trigo beranggapan bahawa

segmen tersebut mempunyai fitur [+bundar]. Demikian juga pendapat kebanyakan

ahli tatabahasa struktural Dialek Kelantan yang beranggapan segmen tersebut adalah

8

Page 9: Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

[ↄ] yang juga mempunyai fitur [+bundar]. Generalisasi fonologi menjelaskan bahawa

kehadiran fitur [+bundar] ini boleh diuji dengan menambahkan imbuhan akhiran /-an/.

Sekiranya fitur tersebut bundar, contohnya : nya /u/, maka ia akan menyisipkan

segmen [w] pada posisi onset imbuhan akhiran /-an/, contohnya : /adu+an/ G

[a.du.wƐ:]. Apabila perkara yang sama dilakukan ke atas [ɑ] dan [ↄ] pada posisi akhir

kata, sama ada dalam Dialek Kelantan mahupun BM, penyisipan segmen [w] tidak

berlaku, contohnyanya : /duga+an/ G [du.gɑ.ʔƐ:], bukannya *[du.gɒ.wƐ:] atau

*[du.gↄ.wƐ:]. Kehadiran fitur [+bundar] daripada fonem vokal /a/ yang mempunyai

fitur [-bundar] sukar dijelaskan secara fonologi terutamanya persoalan dari mana

datangnya fitur tersebut. jika kedua-dua /a/ dan /o/ boleh direalisasikan sebagai [ↄ],

contohnya : /tolak/ dan /tolok/ direalisasikan sebagai [tↄ.lↄʔ] dalam Dialek Kelantan,

ia akan menyebabkan kehadiran [ↄ] dalam kata sukar diramal dan menjadikannya

berstatus fonemik. Fenomena ini bertentangan dengan perilaku fonologi Dialek

Kelantan dan Bahasa Melayuyang menunjukkan segmen vokal [ↄ] tidak fonemik.

4.0 Kesimpulan Kajian

Kesimpulannya, terdapat sembilan segmen vokal dalam Dialek Kelantan iaitu

enam fonem dan tiga vokal terbitan. Manakala fonemnya terdiri dari/i, e, Ə, a, o u/dan

vocal terbitan ialah [Ɛ,ↄ,ɑ]. Fonem dialek Kelantan adalah sama dengan fonem bahasa

Melayu dan daripada pernyataan tersebut dapat disimpulkan juga bahawa dialek-

dialek lain pun mempunyai inventori fonem yang sama. Kajian ini juga telah

mengenal pasti bahawa simbol sebenar bagi fonem vokal rendah /a/ di akhir kata

seperti dalam perkataan /duga/ialah [ɑ] bukannya [ↄ], [ ]. atau [ɒ] seperti yang

dianggap oleh pengkaji sebelum ini. Artikel ini juga menunjukkan bahawa inventori

fonem sesuatu bahasa atau dialek hendaklah dinilai dengan menggunakan pendekatan

fonologi dan juga pendekatan fonetik bagi menghasilkan inventori segmen bunyi yang

lebih berpada. Sesungguhnya, artikel ini berjaya menyelesaikan persoalan dan

keraguan yang timbul daripada hasil kajian lepas yang banyak menggunakan

kesilapan transkripsi fonetik. Artikel ini sangat membantu para pengkaji Dialek

Kelantan yang akan datang.

5.0 RUMUSAN

9

Page 10: Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

Setelah tugasan Fonetik Dan Fonologi (EFF 312) ini berakhir, dapatlah

disimpulkan bahawa fonetik merupakan ilmu bahasa yang berkaitan penyebutan dan

lambing yang menunjukkan sebutannya. Transkripsi fonetik pula berupaya membantu

pelajar membebaskan diri daripada ikatan ejaan dan dapat menumpukan perhatian

pada keaslian bunyi fonetik. serta membentuk atau mencipta harmoni yang setepat

mungkin antara teks dengan bunyi. Seterusnya, untuk menguasaai bahasa Melayu

baku dan mengelakkan daripada penggunaannya kurang diberi perhatian di peringkat

sekolah rendah, usaha memartabatkan bahasa Melayu baku perlu digalas dan disedari

oleh semua pihak bermula daripada pihak berwajib, diikuti dengan pihak sekolah,

barisan guru, ibu bapa seterusnya individu pelajar. Pembakuan bahasa di sekolah

rendah perlu dipelihara daripada masalah kerancuan bahasa, kerancuan tatabahasa dan

juga pencemaran bahasa. Akhir sekali,Dialek Kelantan mengandungi sembilan

segmen vokal iaitu enam fonem dan tiga vocal terbitan. Fonem tersebut ialah /i, e, Ə,

a, o u/dan vocal terbitan ialah [Ɛ,ↄ,ɑ]. Artikel “InventoriVokal Dialek Melayu

Kelantan : Satu Penilaian Semula” (Oleh Adi Yusran Abdul Aziz) ini juga telah

berjaya menjawab persoalan yang timbul daripada hasil kajian lepas yang banyak

menggunakan kesilapan transkripsi fonetik.

BAHAGIAN B

1.0 PENGENALAN

Transkripsi adalah penurunan perkataan kepada bentuk tulisan yang

bersistematik dan konsisten. Transkripsi juga dikenali sebagai satu sistem simbol/

lambing atau khat (script). Menurut Daniel Jones 1992), transkrip fonetik

didefinisikan sebagai penulisan mengikut abjad iaitu setiap huruf mewakili satu

10

Page 11: Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

bunyi (satu bunyi satu simbol). Sebagai ccontoh, apabila kita mendengar seorang

penutur dialek Kelantan menyebut perkataan (makE) iaitu /makan/, maka sebagai

seorang yang tahu tentang fonetik maka ia akan menulis bunyi-bunyi dalam

perkataan yang disebut oleh penutur itu dengan menggunakan abjad gonetik.

Dengan adanya transkripsi fonetik, kita dapat membantu orang luar atau orang

asing menyebut sesuatu perkataan dengan betul. Transkripsi fonetik boleh

dilakukan dengan dua keadaan yang berbeza iaitu transkripsi yang berdasarkan

tanggapan/ impressionetic dan transkripsi yang berasaskan sistematik.

2.0 Lirik Lagu : Warisan oleh Sudirman Hj. Arshad

11

Di sini lahirnya sebuah cinta

Yang murni abadi sejati

Di sini tersemai cita-cita

Bercambah menjadi warisan

(korus)

Andai ku terbuang tak diterima

Andai aku disingirkan

Ke mana harusku bawakan

Ke mana harusku semaikan cinta ini

Betapa

Di bumi ini ku melangkah

Ke utara selatan timur dan barat

Ku jejaki

Aku

Bukanlah seorang perwira

Gagah menghunus senjata

Namun hati rela berjuang

Walau dengan cara sendiri

Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji

Sepanjang kedewasaan ini

Ku ingin sampaikan pesanan

Akulah penyambung warisan

Page 12: Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

3.0 TRANSKRIPSI LAGU

‘Warisan’ oleh Sudirman Hj. Arshad

Lirik Lagu Transkripsi

Di sinilahirnya sebuah cinta [#di sini lahirɲa səbuah cX inta]

Yang murni abadi sejati [#yaŋ murni abadi səjX ati]

Disini tersemai cita-cita [#di sini tərsəmai cX itacX ita]

Bercambah menjadi warisan [#bərcX ambah mənjX adi warisan]

12

Page 13: Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

Andaiku terbuang tak diterima [#andai kutərbuaŋ taɁ ditərima]

Andai aku disingkirkan [#andai aku disiŋkirkan]

Ke mana harusku bawakan [#kə mana harus ku bawakan]

Ke mana harusku semaikan cintaini [#kə mana harus ku səmaikan cX intaini]

Betapa [#bətapa]

Di bumi ini kumelangkah [#dibumi ini ku məlaŋkah]

Ke utara selatan timur dan barat [#kə utara səlatan timur dan barat]

Ku jejaki [#kujX əjX aki]

Aku [#aku]

Bukanlah seorang perwira [#bukanlah səoraŋ pərwira]

Gagah menghunus senjata [#gagah meŋhunus sənjX ata]

Namun hati rela berjuang [#namun hati rĕla bərjX uaŋ]

Walau dengan cara sendiri [#walau dəŋan cX ara səndiri]

Demi cintaini [#dəmi cX inta ini]

Ku ingin kotakan seribu janji [#ku iŋin kotakan səribu jX anjX i]

Sepanjang kedewasaan ini [#səpanjX aŋ kədĕwasaan ini]

Ku ingin sampaikan pesanan [#ku iŋin sampaikan pəsanan]

Akulah penyambung warisan [#akulah pəɲambung warisan]

4.0 KEPENTINGAN TRANSKRIPSI FONETIK KEPADA MASYARAKAT

BERDASARKAN TRANSKRIPSI FONETIK

Dengan adanya transkripsi fonetik, kita dapat membantu orang luar atau orang

asing menyebut sesuatu perkataan dengan betul. Transkripsi fonetik boleh

dilakukan dengan dua keadaan yang berbeza aitu transkripsi yang berdasarkan

tanggapan / impressionistic dan transkripsi yang berasaskan sistematik.

13

Page 14: Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

Transkripsi fonetik ini juga adalah satu cara merakamkan bunyi-bunyi bahasa

dengan menggunakan lambing-lambang fonetik yang diiktiraf di peringkat

antarabangsa. Transkripsi fonetik juga digunakan oleg pengkaji dialek . Lambang

fonetik ditulis dalam kurungan [ ].

Transkripsi fonetik adalah penurunan perkataan kepada bentuk tulisan yang

bersistematik dan konsisten. Transkrip juga dikenali sebagai satu sistem

simbol/lambing atau khat (script). Menurut Daniel Jones (1992), transkrip fonetik

didefinisikan sebagai penulisan mengikut abjad iaitu setiap huruf mewakili satu bunyi

(satu bunyi satu simbol). Sebagai contoh, apabila kita mendengar seorang penutur

dialek Kelantan menyebut perkataan [make] iaitu /makan/, maka sebagai seorang

yang tahu tentang fonetik maka dia akan menulis bunyi-bunyi dalam perkataan yang

disebut oleh penutur itu dengan menggunakan abjad fonetik. Begitulah pentingnya

transkripsi fonetik dalam masyarakat kita.

Kemahiran menulis perkataan dalam bentuk transkripsi fonetik merupakan

kemahiran yang penting dalam membuat analisi fonetik (Abdullah Hassan, 2006).

Dalam pada itu terdapat beberapa kegunaan transkripsi fonetik dalam bahasa,

khusunya dalam bidang fonetik dan fonologi. Transkripsi fonetik digunakan untuk

merakamkan bunyi setepat mungkin dalam bahasa. Dengan demikian, sebutan

perkataan atau ayat dapat dilakukan tanpa ketaksaan. Perkataan yang ditulis dalam

transkripsi fonetik ialah sebutan yang sebenar, bukannnya seperti ditunjukkan dalam

bentuk otografi.

Kamus membekalkan sebutan perkataan yang betul dan juga memberikan

panduan kepada guru untuk mengajarkan sebutannya dengan betul (Sethi dan

Dhamija, 2007). Misalnya, perkataan semak dalam bahasa Melayu dapat ditunjukkan

perbezaan bunyi dan makna dengan menggunakan lambing fonetik seperti [səmaʔ]

dan [semaʔ]. Yang pertama ialah perkataan semak yang membawa maksud

‘tumbuhan’ dan yang kedua pula bermaksud ‘periksa’. Dengan adanya transkripsi

fonetik ini, perbezaan sebutan dan makna perkataan dapat ditentukan dan dijelaskan

kepada pelajar atau pengguna bahasa melayu.

14

Page 15: Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

Transkripsi fonetik juga berguna kepada pelajar bahasa yang ingin menguasai

kemahiran lisan. Dengan mengetahui lambing-lambang fonetik, pelajar mudah dapat

menyebut sesuatu perkataan dengan tepat walaupun belum pernah menemui atau

mendengar perkataan tersebut. Selain itu, transkripsi fonetik juga sering digunakan

untuk membandingkan sistem bunyi yang terdapat dalam dua bahasa yang berbeza.

Pengkaji bahasa semasa meneliti perkembangan, perubahan dan perbezaan antara

bunyi-bunyi dalam satu-satu bahasa sering memanfaatkan transkripsi fonetik dalam

kajian mereka.

Penggunaan transkripsi fonetik dalam kamus dan buku-buku bahasa untuk

mewakili bunyi perkataan amat membantu pengguna bahasa termasuk pelajar. Ada

kalanya otografi dalam bahasa seperti bahasa Inggeris amat mengelirukan. Misalnya

perkataan bus dalam bahasa Inggeris dilambangkan oleh huruf yang berbeza dengan

fonem yang dibunyikan. Kata bus dibunyikan sebagai [bas] dan bukannya [bus].

Huruf u dibunyikan sebagai a dalam bahasa Inggeris. Jadi dengan menggunakan

transkripsi fonetik ini, kekeliruan untuk membunyikan huruf dalam perkataan seperti

yang dihuraikan dapat diatasi. Dengan demikian, sebutan yang betul dapat dikenal

pasti dan dipelajari dengan baik. Dengan adanya transkripsi fonetik, pengguna bahasa

dapat melafazkan perkataan dengan betul. Demikianlah pentingnya transkripsi

fonetik dalam ilmu linguistik, khususnya dalam bidang fonetik.

5.0 KESIMPULAN

Dalam sebarang transkripsi, setiap bunyi yang berbeza dinyatakan dengan

penggunaan simbolnya yang tersendiri. Keseluruhan symbol fonetik dikenali sebagai

‘abjad fonetik’. Penggunaan abjad yang paling luas adalah IPA. Akronim IPA ada

kalanya merujuk kepada International Phonetic Alphabet atau International Phonetic

Association atau dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai abjad Fonetik

15

Page 16: Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

Antarabangsa. Simbol-simbol fonetik selalunya sama sebagaimana huruf dalam

sistem ejaan, contohnya [b] dalam kata selalunya sama sebagaimana huruf dalam

sistem ejaan, contohnya [b] dalam kata [baru], [k] dalam kata [kira] tetapi banyak

simbol-simbol baru telah dicipta untuk menampung sejumlah bunyi-bunyi yang

didengar dalam pertuturan yang tidak menunjukkan kesamaan bentuk sebagaimana

sistem ejaan rumi. Misalnya [∑] mewakili ejaan sh atau sy seperti dalam kata bahasa

Inggeris “ship” [∑ip] atau kata dalam bahasa Melayu “syarat” [∑arat], [ɸ] pula untuk

bunyi [gh] seperti dalam kata “ghaib” [ɸaeb].

Dengan menggunakan lambing-lambang fonetik, seseorang itu boleh merakamkan

lambing-lambang fonetik, seseorang itu boleh merakamkan apa sahaja bunyi bahasa

yang terdapat di dalam apa jua bahasa. Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA)

merupakan nama bagi satu set symbol-simbol yang bersifat arbitrary atau wewenang.

Simbol-simbol ini dibentuk bagi menggambarkan bunyi-bunyi yang digunakan dalam

semua bahasa dunia yang berasaskan kepada titik dan cara artikulasi. Ahli fonetik

mula merasakan perlu adanya suatu sistem transkripsi fonetik yang standard dan dapat

diterima pada peringkat antarabangsa semenjak berkembangan kajian fonetik

artikulasi pada akhir abad ke-19 pada tahun 1988. Abjad Fonetik Antarabangsa

dibentuk dan disebarkan oleh Pertubuhan Fonetik antarabangsa. Tujuan pembentukan

IPA ini adalah untuk memudahkan ahli-ahli fonetik membuat kajian ke atas bunyi-

bunyi yang tidak biasa bagi mereka dengan penggunaan sistem yang seragam bagi

seluruh bunyi-bunyi pertuturan. Dengan kata lain, akibat daripada perbezaan antara

bentuk sistem tulisan (ortografi) dan bentuk pertuturan maka tidaklah perlu lagi kita

mencipta atau membentuk IPA.

Mengikut prinsip asas yang membentuk IPA adalah untuk memiliki sesuatu huruf

yang berbeza untuk setiap bunyi bahasa yang dapat dibezakan. Oleh kerana jumlah

bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia tidak terbatas jumlahnya, maka IPA turut

mencadangkan penggunaan satu set tanda tambahan atau disebut sebagai penanda

diakritik yang pelbagai jenis yang dapat ditambah kepada symbol huruf. Tujuan

penggunaan symbol tambahan ini adalah untuk membolehkan perbezaan yang lebih

halus daripada perbezaan yang berdasarkan huruf-huruf sahaja.

16

Page 17: Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

BAHAGIAN C

1.0 Latar belakang sekolah saya

Sekolah tempat saya bertugas sekrang ini adalah Sekolah Kebangsaan Sri

Aman, Sri Aman, Sarawak. Sekolah ini mula beroperasi sejak 2 Jun 2002. Pada

mulanya sekolah ini hanya terdiri daripada 73 orang pelajar dan 9 orang guru

17

Page 18: Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

sahaja. Murid-murid di sekolah ini pada mulanya hanya ada satu kelas bagi setiap

tahun, iiatu bermula dari Tahun 3 dan Tahun 2. Ini dalah kerana pada masa itu,

murid-murid yang dihantar ke sekolah ini adalah daripada sekolah-sekolah yang

berdekatan seperti SK Abang Aing, SK St. Luke’s dan SK St . Lawrence

Sekolah ini adalah sekolah yang berada dalam perkampungan Melayu yang

diberi nama Kampung Muhibbah. Majoriti daripada murid sekolah ini adalah

beragama Islam. Namun begitu sekolah ini mengamalkan budaya saling hormat-

menghormati antara satu sama lain. Sehingga hari ini, murid sekolah saya telah

mencecah seramai 320 orang. Setiap satu tahun adalah terdiri daripada dua buah

kelas perdana dan tiga buah kelas Prasekolah. Sehingga tahun ini, guru di sekolah

saya telah mencecah seramai 38 orang.

2.0 Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru untuk mengajar kemahiran

lisan di sekolah.

Bahasa ialah alat komunikasi dan perantara manusia. Hamad Kilani (2001)

menyatakan bahasa adalah alat komunikasi antara manusia. Bahasa pertuturan

seharian digunakan di sekolah sebagai alat-alat komunikasi. Justeru, proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah adalah interaksi sosial yang paling

berpengaruh di sekolah. Hal ini kerana guru-guru berinteraksi dengan murid secara

individu hampir setiap hari. Pada masa kini, iklim pengajaran dan pembelajaran lebih

menumpukan untuk mencorakkan tingkah laku dan perbendaharaan kata murid-

murid. Selain itu, bahasa juga adalah satu medium utama manusia bersosial. Apabila

bahasa digunakan dalam konteks komunikasi, bahasa pasti terikat dengan budaya, dan

ikatan ini wujud dalam pelbagai bentuk bersifat kompleks. Perkataan-perkataan yang

dituturkan dalam Bahasa Melayu misalnya, merujuk kepada pengetahuan serta

pengalaman yang dilalui dan dikongsi bersama oleh masyarakat Melayu lazimnya.

Sesuatu bahasa yang digunakan melambangkan reality budaya. Kecekapan bahasa,

terutamanya berkaitan lisan, menunjukkan sesuatu bangsa yang mengamalkan budaya

tersebut.

Laporan ini memberi gambaran yang lebih jelas tentang strategi, pendekatan,

kaedah dan teknik yang menyentuh masalah perkaedahan bahasa dan kelemahan

18

Page 19: Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

murid, khususnya dalam isu penggunaan dan penacapaian Bahasa Melayu dalam

kelas. Selalunya, kelemahan murid dalam menguasai Bahasa Melayu dikaitkan

dengan kelemahan interaksi lisan di dalam bilik darjah. Dalam interkasi lisan,

penggunaan soalan merupakan salah satu cara guru menyampaikan kandungan

pelajaran kepada murid-muridnya (Zamri 2012). Soalan-soalan yang dikemukana

berpotensi untuk membantu murid mencapai keupayaan kognitif optimum. Oleh yang

demikian, melalui soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran itu dapat mendedahkan murid menggunakan

pengetahuan sedia ada dan membandingkan maklumat yang diperoleh dan kemudian

menggunakannya untuk menyelesaikan masalah. Murid-murid bertindak secara aktif

dan bukannya bertinndak secara pasif dalam proses pembelajaran.

Cara dan kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran ini amat penting

dalam membantu murid untuk lebih memahami setiap perkataan dan ayat yang

disampaikan oleh guru. Para pendidik perlulah menyediakan bahan bantu mengajar

yang sesuai dan mempelbagaikan kaedah, teknik, strategi dan pendekatan pengajaran

yang tidak mendatangkan kebosanan sebelum memasuki bilik darjah. Dengan cara

ini, ia dapat membantu murid meningkatkan minat dan tahap kefahaman dalam

mempelajari ilmu. Oleh itu, amat penting bagi para pendidik untuk merancang sesi

pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

KESIMPULAN

Pendekatan pengajaran pula merupakan aspek yang digunakan untuk

mendekati atau memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang

demikian, adakalanya pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran iaitu jenis-jenis

pendekatan yang digunakan berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk

meneliti proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pengajaran juga boleh

19

Page 20: Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara fakta disampaikan, keatifan

murid, pengajaran bahasa dan pengajaran pelajaran lain. Elemen pengajaran dan

pembelajaran teknik pula, kemahiran atau perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu

kaedah. Sekiranya seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik yang ada pada

suatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu tidak akan berhasil.

Tujuan sesuatu teknik yang guru aplikasikan di dalam bilik darjah adalah menarik

minat murid, mengekalkan focus serta menimbulkan rasa ingin tahu murida dan

sesuatu isi pelajaran yang akan dan sedang dilaksanakan.

Strategi pula diibaratkan sebagai perancangan guru untuk mengajar sesuatu

tajuk pelajaran dengan menggunakan pendekatan, kaedah, serta teknik pengajaran dan

pembelajaran. Strategi yang baik akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran

menarik serta menimbulkan suasana pembelajaran yang kondusif kea rah mencapai

objektif yang hendak dicapai. Salah satu criteria guru yang berkesan adalah

mengetahui dan berkemahiran mempelbagaikan kaedah mengajar untuk disesuaikan

dengan isi pelajaran yang diajar. Hal ini jelas menunjukkan setelah melakukan

persediaan untuk mengajar, biasanya guru memulakan pengajaran dengan melakukan

permulaan sesi pengajaran dalam bentuk bertnyakan soala, iaitu mengemukakan

pernyataan yang merangsangkan dan menerangkan kandungan pelajaran secara

langsung.

Tahap tertingi penggunaan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran semasa

permulaan yang telah dipilih oleh guru-guru ialah teknik soal jawab. Hal ini kerana,

penggunaan soalan sebagai pengenalan untuk memulakan pengajaran begitu ketara.

Soalan yang ditanyakan biasanya berkaitan dengan kandungan pelajaran yang telah

diterangkan atau dipelajari sebelumnya. Daripada soalan berkenaan, murid

memberikan penilaian terhadap reaksi lisan yang diberikan. sekiranya reaksi lisan

bertepatan, guru melakukan pengulangan untuk tujuan peneguhan atau mereka

melakukan penerangan semula untuk menjelaskan perkara yang masih belum jelas

kepada murid (Roselan 2003). Hal ini selari dengan kajian Zamri (2012), melalui

kaedah ini, pengajaran boleh terdiri daripada satu fokus utama dan beberapa fokus

sampingan. Fokus pengajaran berdasarkan isi utama, manakala isi sampingan

menjadi perkara kedua penting. Bertepatan dengan hal tersebut, guru perlulah

memfokuskan tentang isi pelajaran yang hendak diajar pada sesi seterusnya. Hal ini

kerana, pada peringkat permulaan ini, guru hanyalah perlu menarik minat murid

20

Page 21: Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

supaya memberikan tumpuan terhadap terhadap aktiviti pembelajaran pada peringkat

kandungan.

RUJUKAN

Collins, Beverley dan Mees, Inger. M. 2009. Practical Phonetics and Phonology: A resource book for students. New York: Routedge

Indrawati Zahid dan Mardian. 2006. Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Publishers

21

Page 22: Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531

Ladefoged, Peter. 2006. A Course in Phonetics.Thomson Boston: Wadsworth

Kamus Linguistik. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Nor Hashimah Jalaluddin. Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Roach, Peter. 1995. English Phonetics and Phonology. Cambridge University Press.

Small, Larry H. 1999. Phonetics : A Practical Guide for Students Boston: Allyn &Bacon

22