hbhe 2103 jerebu

Upload: aliterawis-b-mohamad

Post on 04-Jun-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 HBHE 2103 Jerebu

    1/12

    HBHE PENDIIDKAN KESIHATAN

    Soalan (a)

    i. Pengenalan kepada Indeks Pencemaran Udara (IPU)Indeks Pencemaran Udara ini merupakan kombinasi matematik bagi bahan cemar yang

    diperoleh secara arbitrari yang memberikan satu nombor untuk menghuraikan kualiti udara

    ambien atau untuk menilai aras pencemaran udara (Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP).

    Oleh itu IPU ini adalah petunjuk kepada kualiti udara. IPU dikira berdasarkan kepada paras

    purata parameter-parameter kumin-kumin pepejal bersaiz kurang daripada 10 mikron (PM10),

    sulfur dioksida (SO2), nitrogen dioksida (NO2), ozon(O2) dan karbon monoksida(CO) (Jabatan

    Alam Sekitar). Jadual di bawah menunjukkan paras-paras kualiti udara mengikut nilai IPU:

    Nilai IPU Kualiti Udara

    050 BAIK

    51100 SEDERHANA

    101200 TIDAK SIHAT

    201300 SANGAT TIDAK SIHAT

    301400 BERBAHAYA

    401500 SANGAT BERBAHAYALebih 501 DARURAT

    Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertanggungjawab untuk menentukan tahap kualiti udara

    semasa. Jabatan ini menyediakan beberapa buah stesen pengawasan kualiti udara di tempat-

    tempat tertentu (di seluruh negara) dan ianya dikawal secara jarak jauh. Alat ini berfungsi secara

    automatik. Oleh itu tahap kualiti udara dapat diketahui dengan segera dan konsisten. Bacaan

    indeks ini akan direkod pada setiap sejam dan untuk mendapatkan satu bacaan pada sesuatu masa

    kitaran masa cerapan yang diperlukan adalah selama satu jam yang lengkap. Ianya akan

    dikemaskini di laman sesawang rasmi JAS.

    Indeks-indeks yang dipaparkan itu pula tidak hanya dalam bentuk angka tetapi diletakkan

    pula simbol yang akan menunjukkan kandungan jenis partikulat yang terdapat dalam udara yang

  • 8/13/2019 HBHE 2103 Jerebu

    2/12

    tercemar tersebut. Orang ramai akan mengetahui kualiti udara dan bahan-bahan bahaya yang ada

    dalam udara di tempat mereka. Simbol-simbol tersebut seperti dalam jadula di bawah:

    Simbol Jenis partikulat

    * Habuk halus (PM10)

    c Ozon

    a Sulfur dioksida (SO2)

    d Karbon dioksida (CO2)

    b Nitrogen dioksida (NO2)

    & Lebih daripada satu pencemar

    Sumber: Diubahsuai daripada laman sesawang JAS.

    ii. Punca-punca Jerebu

    Menurut JAS, jerebu yang kelihatan di ruang udara kita adalah disebabkan oleh

    partikulat-partikulat atau zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar, terampai di

    atmosfera dalam kepekatan yang tinggi. Partikulat-partikulat ini menyerap dan menyerakkan

    cahaya matahari sehingga mengurangkan arak atau batas penglihatan. Udara akan kelihatan

    samar kerana partikulat kecil yang terampai. Manakala Kementerian Kesihatan Malaysia pulamenjelaskan jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil

    yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel ini mungkin

    berasal secara semulajadi atau kesan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini

    wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya

    matahari ke bumi. Oleh yang demikian ia akan menghadkan jarak pandangan mata kasar.

    Jerebu sering berlaku apabila debu dan asap zarah berkumpul di udara yang agak kering

    (Wikipedia Bahasa Melayu). Seterusnya, laman ini menjelaskan apabila keadaan cuaca

    menghalang penyebaran asap dan bahan cemar lain, ia memekat dan membentuk tabir rendah

    yang biasanya tergantung rendah yang menjejaskan penglihatan dan mungkin menjadi ancaman

    kesihatan pernafasan. Pencemaran industri pula boleh menyebabkan jerebu tebal yang dipanggil

    asbut.

  • 8/13/2019 HBHE 2103 Jerebu

    3/12

    Sejak dari tahun 1991, fenomena jerebu ini telah menjadi masalah yang besar di Asia

    Tenggara, selalu dinyatakan kebakaran hutan di Indonesia menjadi punca utama kepada

    permasalahan ini. Jerebu yang terjadi pada tahun 1997 telah menyebabkan negara-negara

    ASEAN membentuk Pelan Tindakan Jerebu Serantau. Hasilnya, pada tahun 2002, semua negara

    ASEAN kecuali Indonesia telah menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas

    Sempadan. Namun, jerebu terus menjadi masalah di Asia Tenggara kesan daripada pembakaran

    hutan yang tidak terkawal. Kesannya, pada tahun 2005, kebakaran hutan yang berlaku di

    Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan terjadinya jerebu yang teruk di pantai barat

    Semenanjung Malaysia sehingga dua kawasan di Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang

    diisytihar DARURAT apabila bacaan indeks atau IPU di kawasan-kawasan tersebut melebihi

    angka 500. Pada tahun 2006, jerebu berlaku sekali lagi. Pada Jun 2013, jerebu datang semula dan

    Malaysia dan Singapura terjejas teruk. Kawasan-kawasan yang terjejas teruk di Malaysia seperti

    Muar dan Ledang (Johor) dan Bukit Rambai (Melaka). Bacaan indeks 746 dicatatkan di Muar

    dan Ledang dan kawasan ini diisytihar DARURAT (Harian Metro Online).

    Diantara punca-punca jerebu yang dikenalpasti ialah:

    a. Pembakaran secara terbukaPembakaran yang dilakukan melibatkan sebarang bahan bakar dengan cara yang hasil

    pembakarannya dibebaskan secara langsung ke udara sekitar. Pembakaran jenis ini biasanya

    dilakukan di kawasan kampung, kawasan buangan sampah, pertanian, pembukaan tanah,

    perladangan dan yang berlaku secara tidak sengaja di kawasan hutan. Pembakaran terbuka yang

    menyumbang kepada kejadian jerebu yang teruk ialah pembakaran yang berlaku di tanah

    gambut. Jenis tanah ini berongga dan mengandungi tumbuh-tumbuhan renek serta sisa-sisa

    tumbuhan pertanian. Jika berlaku pembakaran ianya sukar dikawal kerana air yang disiram sukar

    untuk sampai ke dalam tanah. Jenis tumbuhan yang terbakar itu pula banyak mengeluarkan

    habuk bersama-sama asap yang dilepaskan ke udara.

    b. Pelepasan asap dari kenderaanPunca ini merujuk kepada asap yang dilepaskan oleh semua jenis kenderaan terutama di

    kawasan bandar-bandar besar yang melibatkan banyak kenderaan.

  • 8/13/2019 HBHE 2103 Jerebu

    4/12

    c. Pelepasan asap kilangIa merujuk kepada kegiatan perindustrian yang tidak terkawal. Asap-asap dilepaskan

    begitu sahaja tanpa melalui proses untuk mengurangkannya seperti tidak menggunakan penapis

    asap yang boleh mengawal jumlah asap dan kandungan yang dilepaskan ke udara.

    d. Kegiatan pembukaan tanah atau hutanTanah-tanah yang baharu diteroka ini biasanya semua jenis tumbuhan akan ditebang atau

    dimusnahkan. Tanah atau bukit tersebut akan menjadi gondol. Sekiranya ianya dibiarkan terlalu

    lama bukan sahaja kawasan terbabit akan terhakis malah angin yang bertiup akan menerbangkan

    habuk-habuk ke udara. Kerja-kerja pemindahan tanah juga turut menyumbang kepada jerebu

    kerana habuk-habuk tanah akan berserakan mengikut arah angin yang bertiup. Sikap pengusaha

    yang tidak melembapkan kawasan berkenaan lebih memburukkan lagi keadaan.

    Selain daripada faktor manusia, punca jerebu juga boleh disebabkan oleh faktor alam.

    Misalnya cuaca yang kering, ia akan menyebabkan partikel-partikel yang ada dalam udara

    menjadi ringan dan terapung-apung serta berselerak ke merata tempat. Contoh lain adalah seperti

    tiupan angin. Jerebu akan berlaku sekiranya angin yang bertiup membawa bersama-sama habuk

    dari tempat lain. Contoh yang biasa kita lihat ialah angin Barat Daya yang bertiup dari arah

    Sumatera sering kali membawa asap dan habuk yang banyak ke negara kita dan Singapura.

    Akibatnya Malaysia dan Singapura dilanda jerebu yang teruk. Faktor alam lain seperti letupan

    gunung berapi. Letupan dan luahan ini mengeluarkan sangat banyak habuk dan debu ke udara

    dan ianya merebak dengan luasnya ke merata tempat. Kekurangan jumlah hujan juga boleh

    menyebabkan jerebu kerana kehadiran habuk dan debu adalah satu fenomena alam. Maksudnya,

    ia tetap akan berlaku disebabkan oleh sama ada faktor manusia atau faktor alam. Cuma, debu

    atau habuk yang berada dalam udara ini jika tidak segera turun ke bumi, ianya akan bertambah

    dari masa ke semasa. Ketiadaan hujan yang terlalu lama akan memburukkan keadaan kerana

    hujan merupakan satu agen yang boleh menurunkan kotoran ini ke bumi (washout).

    Soalan (b)

  • 8/13/2019 HBHE 2103 Jerebu

    5/12

    Untuk kajian ini, mari kita lihat satu laman sesawang

    (www.fuh.my/bacaan_ipu_jerebu_malaysia_2013) yang sempat merakam bacaan indeks atau

    IPU di Malaysia sekitar Jun 2013 yang lalu. Sebelum itu, diketengahkannya tentang jerebu yang

    berlaku di Muar, kawasan ini diisytiharkan DARURAT pada hari Ahad (23 Jun 2013) dan

    bacaanya telah menurun (IPU=148). Kawasan lain (pada masa itu) yang masih berbahaya ialah

    Port Dickson, Negeri Sembilan dengan bacaan IPU nya 335. Sementara itu masih terdapat dua

    kawasan yang di paras TIDAK SIHAT iaitu di Bukit Rambai, Melaka dan Kemaman,

    Terengganu dengan bacaan 260 dan 249 masing-masing.

    Berikut adalah beberapa contoh IPU dan huraian petunjuk yang berkaitan.

    Negeri Kawasan 7.00 pagi 11.00 pagi 5.00 petang

    Pahang Balok Baru, Kuantan 198* 191* 147*

    Pahang Indera Mahkota, Kuantan 171* 166* 138*

    Pahang Jerantut 106* 111* 123*

    Perak SK Jalan Pagoh, Ipoh 79* 82* 100*

    Perak Seri Manjung 141* 148* 171*

    Perak Tanjung Malim 128* 137* 152*

    PulauPinang

    Perai 72* 72* 83*

    Pulau

    Pinang

    Seberang Jaya 2, Perai 79* 79* 88*

    Pulau

    Pinang

    USM 70* 71* 81*

    Huraian dimulai dengan negeri Pahang Darul Makmur. Secara keseluruhannya, semua

    kawasan yang direkod menunjukkan bacaan antara 100 hingga 200 bermakna kawasan-kawasan

    ini berada di paras yang TIDAK SIHAT. Kawasan Balok Baru, Kuantan telah mencatat bacaan

    IPU yang tertinggi pada sebelah pagi iaitu 198 dan 191. Kawasan kedua yang terjejas ialah

    Indera Mahkota, Kuantan iaitu dengan bacaan IPU tertingginya 171. Dua kawasan daerah

    Kuantan ini menunjukkan bacaan yang menurun pada sebelah petangnya. Ini berlainan pula

    http://www.fuh.my/bacaan_ipu_jerebu_malaysia_2013http://www.fuh.my/bacaan_ipu_jerebu_malaysia_2013http://www.fuh.my/bacaan_ipu_jerebu_malaysia_2013http://www.fuh.my/bacaan_ipu_jerebu_malaysia_2013
  • 8/13/2019 HBHE 2103 Jerebu

    6/12

    dengan kawasan Jerantut di mana bacaan IPU semakin meningkat dari 106 ke 123 pada sebelah

    petang. Mungkin angin laut yang bertiup dari arah Kuantan membawa jerebu tersebut ke

    kawasan Jerantut pada sebelah petangnya.

    Di negeri Perak Darul Ridzuan pula, untuk kajian ini tiga kawasan diambil untuk

    dihuraikan (daripada lima kawasan yang direkodkan). Ketiga-tiga kawasan ini menunjukkan

    bacaaan IPU yang semakin meningkat dan dua kawasan daripadanya iaitu Seri Manjung dan

    Tanjung Malim berada di paras TIDAK SIHAT. Kawasan Seri Manjung ialah kawasan yang

    terjejas teruk berbanding dengan kawasan yang lain kerana bacaan IPU di kawasan ini adalah

    yang tertinggi.

    Negeri ketiga dalam kajian ini ialah Pulau Pinang. Tiga kawasan yang mencatat bacaan

    IPU yang agak tinggi berbanding dengan kawasan lain di Pulau Pinang. Secara keseluruhannya

    ketiga-tiga kawasan ini berada di paras SEDERHANA kerana semuanya mencatat bacaan IPU

    yang di bawah angka 101. Namun begitu, ketiga-tiga kawasan ini pula menunjukkan peningkatan

    dalam bacaan IPU pada sebelah petangnya.

    Analisis keseluruhannya, ketiga-tiga negeri yang dicatat ini, kandungan partikel yang ada

    dalam udara hanya melibatkan habuk (PM10) dan tidak mengandungi unsur-unsur pencemaran

    lain. Ini adalah kerana simbol yang diletakkan semuanya bertanda ( * ). Ia menunjukkan kegiatan

    perindustrian di kawasan-kawasan terbabit adalah terkawal dari aspek pelepasan asap.

    Soalan (c)

    Sebagaimana yang telah dibincangkan, punca jerebu datangnya dari dalam dan luar

    negara. Oleh itu langkah-langkah untuk mengatasinya perlulah bertepatan dengan punca-punca

    tersebut. Bermaksud, punca jerebu yang datangnya dari luar negara sudah tentu akan

    menghadkan usaha-usaha untuk mengatasinya.

    i. Penyelesaian untuk punca dari dalam negaraKesan jerebu yang berpunca daripada faktor dalam negara kurang teruk jika

    dibandingkan dengan kejadian jerebu berpunca daripada faktor luar negara. Namun begitu

  • 8/13/2019 HBHE 2103 Jerebu

    7/12

    sekiranya punca-punca ini tidak dikawal, kesan buruknya tetap sama. Oleh itu semua pihak perlu

    berganding bahu dalam membenteras atau mengurangkan masalah jerebu ini kerana kesan buruk

    jerebu akan dihidapi oleh semua golongan masyarakatia membabitkan isu alam sekitar, semua

    orang menyedut kualiti udara yang sama.

    Langkah yang paling utama ialah dengan menghadkan pembakaran terbuka. Petani-petani

    perlu dibimbing dan dibantu dalam hal menguruskan sisa pertanian. Sisa pertanian perlu diproses

    atau dikitar semula supaya dapat mewujudkan produk pertanian baharu seperti sekam dan jerami

    padi boleh diproses untuk dijadikan makanan ternakan atau dedak. Contoh lain, sisa kelapa sawit

    boleh diproses untuk menghasilkan tenaga biomas.

    Dalam sektor perladangan ini juga, kerja-kerja pembukaan tanah baharu juga perlu

    dipantau dan dibantu dari sudut menguruskan sisa tumbuhan setelah penebangan hutan

    dilakukan. Sisa tumbuhan boleh diproses di kilang papan lapis, sekalipun papan lapis gred

    rendah yang mampu dikeluarkan. Cara lain, sisa-sisa tumbuhan ini perlu dihancurkan dan

    dilonggokkan pada satu tempat dan dibiarkan mereput sendiri.

    Selain itu, orang ramai juga tidak sewenang-wenangnya membakar sampah di rumah

    mereka terutama yang tinggal di kampung dalam kuantiti yang banyak kerana ia boleh

    melepaskan banyak asap dan habuk ke udara. Sampah yang hendak dibakar hendaklah dalam

    kuantiti yang kecil supaya habuk dan asap dapat diselesaikan secara ekologi seperti kehadiran

    hujan, embun, serapan oleh tumbuhan dan sebagainya.

    Langkah kedua penting ialah untuk mengurangkan pelepasan asap sama ada asap

    kenderaan mahupun asap kilang. Tindakan penguatkuasa ke atas kenderaan yang mengeluarkan

    asap yang berlebihan hendaklah lebih tegas. Bagi pemilik kenderaan pula, mereka hendaklah

    melakukan servis ke atas kenderaan mereka mengikut skala yang standard dan konsisten. JAS

    perlu ada unit ronda mereka sendiri dengan dibantu oleh pihak polis dan Jabatan Pengangkutan

    Jalan (JPJ) dalam usaha memburu kenderaan-kenderaan yang melepaskan asap yang banyak

    ini. Dari sudut yang lain kerajaan perlu memberi insentif kepada pemilik kenderaan yang

    menggunakan kenderaan yang lebih mesra alam seperti kenderaan yang menggunakan enjin

  • 8/13/2019 HBHE 2103 Jerebu

    8/12

    diesel yang menepati standard Euro dan kenderaan yang menggunakan enjin hybrid. Contoh

    insentif ialah kadar cukai jalan yang lebih rendah dikenakan.

    Kegiatan perkilangan juga hendaklah dipantau terutama melibatkan pelepasan asap.

    Pihak kerajaan hendaklah memasukkan elemen penjagaan alam sekitar dalam syarat permohonan

    lesen. Lesen perkilangan boleh ditarik balik sekiranya gagal mematuhi kriteria yang dikehendaki.

    Namun bagi kilang-kilang yang konsisten dalam mematuhi kod alam sekitar yang ditetapkan

    insentif hendaklah diberi kepada mereka kerana sebarang usaha untuk mengurangkan

    pencemaran tentulah akan melibatkan kos tambahan kepada mereka dan sudah tentu ia akan

    mendorong mereka dan pihak lain untuk berusaha mengurangkan pencemaran. Antara penegasan

    yang boleh dibuat ialah dengan mensyaratkan corong asap yang dipasang hendaklah tinggi

    supaya asap yang dilepaskan tidak berlegar di bahagian bawah atmosfera yang dihuni oleh

    manusia.

    ii. Penyelesaian untuk punca dari luar negaraSebenarnya masalah jerebu di negara kita ini menjadi teruk disebabkan oleh faktor atau

    punca jerebu dari luar negara. Biasanya jerebu yang teruk ini terjadi apabila berlakunya

    pembakaran hutan di negara Indonesia secara meluas dan tidak terkawal. Kehadiran angin

    monsun yang bertiup dari negara Indonesia ke negara kita, turut membawa segala habuk, debu

    dan asap bersama-sama. Secara kebetulan, cuaca yang panas dan kering pula menyebabkan sukar

    untuk kita melakukan pembenihan awan di samping kurangnya jumlah hujan yang turun. Untuk

    mengatasi punca jerebu ini tentulah sukar kerana ia melibatkan urusan negara lain. Namun apa

    yang dapat dilakukan ialah pihak negara kita menghantar pasukan khas untuk sama-sama

    membantu memadamkan kebakaran di tempat yang berkenaan. Namun seperti yang dinyatakan

    sebelum ini, ia bukanlah satu kerja yang mudah kerana sifat tanah gambut itu menyukarkan

    kerja-kerja pemadaman api.

    Selain itu, melalui saluran diplomatik iaitu dengan mengadakan majlis perundingan

    supaya negara-negara serantau mengambil berat hal ini terutama negara yang sering berlaku

    kebakaran atau pembakaran terbuka yang cukup banyak ini.

  • 8/13/2019 HBHE 2103 Jerebu

    9/12

    Soalan (d)

    Hampir kesemua rujukan yang dibuat, fakta yang berkaitan dengan kesan jerebu ke atas

    manusia hampir sama dan hampir kesemua pihak yang membincangkan hal ini menjadikan

    Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai sumber rujukan utama mereka.

    Golongan yang terdedah kepada kesan jerebu ialah:

    a. Kanak-kanakMereka yang berumur 12 tahun ke bawah ini, termasuklah bayi, akancepat menerima kesannya kerana biasanya sistem imunisasi mereka tidak sekuat

    sistem yang dimiliki oleh orang dewasa. Kanak-kanak ini juga sukar untuk

    mengambil langkah keselamatan seperti memakai topeng kerana mereka berasa rimas

    untuk memakainya. Mereka juga tidak menghiraukan keperluan mengambil minuman

    air kosong atau mineral yang secukupnya. Di samping itu mereka juga tidak peka

    kepada amalan kesihatan yang lain. Mereka pula berada di luar rumah dalam tempoh

    yang lama kerana perlu melalui sesi persekolahan pada sebelah pagi dan petang.

    b. Orang tuagolongan ini juga mempunyai sistem ketahanan badan yang agak lemahkerana kelenjar-kelenjar dan organ-organ tertentu tidak dapat berfungsi dengan baik

    akibat faktor usia. Ketiadaan selera makan menyebabkan mereka mengambil

    makanan yang gizinya tidak cukup untuk keperluan tubuh badan mereka. Kekurangan

    aktiviti senaman atau riadah mereka turut menyumbang kepada masalah ini.

    c. Perokoksewaktu jerebu, udara sekeliling biasanya kering dan panas. Bagi perokok,sememangnya mereka menyedut asap yang kering dan panas. Jadi, kehadiran jerebu

    akan menyebabkan kesihatan mereka lebih terganggu kerana kadar udara kering dan

    panas yang masuk ke dalam sistem pernafasan mereka lebih tinggi berbanding orang

    yang tidak merokok.

    d. Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah jikalau mereka tidak mengambillangkah keselamatan yang sewajarnya, sudah tentu mereka akan terdedah dengan

    kesan buruk jerebu. Sewaktu kejadian jerebu, sepatutnya kita berada banyak di dalam

    rumah. Contoh golongan ini ialah pekerja despatch atau penghantar surat atau

    barangan.

  • 8/13/2019 HBHE 2103 Jerebu

    10/12

    e. Penghidap asmapenghidap asma memang cukup berisiko dengan kehadiran jerebuterutama asma yang terkesan dengan debu atau habuk.

    f. Bermasalah dengan paru-paruia termasuklah penghidap penyakit bronkitis, radangparu-paru dan penyakit paru-paru kronik. Semua ini adalah berkaitan dengan aktiviti

    pernafasan. Udara yang tercemar (jerebu) sudah tentu memberi kesan yang buruk

    kepada golongan penghidap penyakit ini.

    g. Penyakit jantung kesukaran bernafas kadang-kadang meransang jantung untukmengepam dengan lebih cepat. Bagi yang lemah jantung pula, kesannya, oksigen

    tidak dapat dihantar ke seluruh badan dengan kadar yang sepatutnya.

    h. Alahan selalunya mereka yang mempunyai kulit yang begitu sensitif terhadapkualiti udara. Udara yang tercemar dengan jerebu akan menyebabkan kulit berasa

    gatal. Cuaca yang panas dan kering akan memaksa badan untuk mengeluarkan peluh.

    Garam yang berada di dalam peluh menambahkan lagi tahap sakit kulit yang

    dihadapi.

  • 8/13/2019 HBHE 2103 Jerebu

    11/12

    Keratan Akhbar

  • 8/13/2019 HBHE 2103 Jerebu

    12/12

    Bibliografi

    ellycweety Azuma, 2013. Pencemaran Udara dan Jerebu

    (http://www.slideshare.net/ellycweetyazuma/pencemaran-udara-dan-jerebu)

    http://www.doe.gov.my/webportal/info-umum/jerebu-fenomena-pencemaan-udara/

    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jadikanisujerebuteladan/Article/index_html

    http://www.melvister.com/2013/06/semak-indeks-pencemaran-udara-ipu-jerebu-di-malaysia-

    online.html

    http://www.sinarharian.com.my/nasional/kandungan-jerebu-bahayakan-kesihatan-1.175818

    http://forumwarga.usm.my/wp-content/forum-file-uploads/shahrizalusm-my/2013/06/Hebahan-

    Jerebu.pdf

    http://www.slideshare.net/ellycweetyazuma/pencemaran-udara-dan-jerebuhttp://www.slideshare.net/ellycweetyazuma/pencemaran-udara-dan-jerebuhttp://www.slideshare.net/ellycweetyazuma/pencemaran-udara-dan-jerebuhttp://www.doe.gov.my/webportal/info-umum/jerebu-fenomena-pencemaan-udara/http://www.doe.gov.my/webportal/info-umum/jerebu-fenomena-pencemaan-udara/http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jadikanisujerebuteladan/Article/index_htmlhttp://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jadikanisujerebuteladan/Article/index_htmlhttp://www.melvister.com/2013/06/semak-indeks-pencemaran-udara-ipu-jerebu-di-malaysia-online.htmlhttp://www.melvister.com/2013/06/semak-indeks-pencemaran-udara-ipu-jerebu-di-malaysia-online.htmlhttp://www.melvister.com/2013/06/semak-indeks-pencemaran-udara-ipu-jerebu-di-malaysia-online.htmlhttp://www.sinarharian.com.my/nasional/kandungan-jerebu-bahayakan-kesihatan-1.175818http://www.sinarharian.com.my/nasional/kandungan-jerebu-bahayakan-kesihatan-1.175818http://forumwarga.usm.my/wp-content/forum-file-uploads/shahrizalusm-my/2013/06/Hebahan-Jerebu.pdfhttp://forumwarga.usm.my/wp-content/forum-file-uploads/shahrizalusm-my/2013/06/Hebahan-Jerebu.pdfhttp://forumwarga.usm.my/wp-content/forum-file-uploads/shahrizalusm-my/2013/06/Hebahan-Jerebu.pdfhttp://forumwarga.usm.my/wp-content/forum-file-uploads/shahrizalusm-my/2013/06/Hebahan-Jerebu.pdfhttp://forumwarga.usm.my/wp-content/forum-file-uploads/shahrizalusm-my/2013/06/Hebahan-Jerebu.pdfhttp://www.sinarharian.com.my/nasional/kandungan-jerebu-bahayakan-kesihatan-1.175818http://www.melvister.com/2013/06/semak-indeks-pencemaran-udara-ipu-jerebu-di-malaysia-online.htmlhttp://www.melvister.com/2013/06/semak-indeks-pencemaran-udara-ipu-jerebu-di-malaysia-online.htmlhttp://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jadikanisujerebuteladan/Article/index_htmlhttp://www.doe.gov.my/webportal/info-umum/jerebu-fenomena-pencemaan-udara/http://www.slideshare.net/ellycweetyazuma/pencemaran-udara-dan-jerebu