hbhe 2103_ kamishah bt saper_641015106570_rmt

59
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBHE 2103 PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT Kamishah Binti Saper No.Matrik : 641015106570002 NRIC : 641015-10-6570 No Telefon : 019-2571474 Alamat E-mail : [email protected] NamaTutor: DR SANI MADUN Pusat Pembelajaran : OUM Shah Alam Ambilan September 2010

Upload: kamishah-saper

Post on 28-Jun-2015

509 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBHE 2103

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

Kamishah Binti Saper

No.Matrik : 641015106570002

NRIC : 641015-10-6570

No Telefon : 019-2571474

Alamat E-mail : [email protected]

NamaTutor: DR SANI MADUN

Pusat Pembelajaran : OUM Shah Alam

Ambilan September 2010

Page 2: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum w.b.t

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana hidayah dan rahmat yang diberikan dapat

memberi ruang dan peluang pihak diri saya bagi menyiapkan tugasan ini. Sepanjang

pemerolehan maklumat untuk tugasan banyak ilmu dan maklumat yang diperoleh memberi

manfaat kepada saya.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak atas sumbangan yang

sungguh bernilai. Penghargaan ini ditujukan khas kepada tutor DR SANI MADUN yang

banyak memberi panduan untuk menghasilkan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga ditujukan

kepada rakan-rakan sekuliah yang membantu memberi bahan-bahan yang sesuai untuk

menghasilkan tugasan yang telah diberikan kepada saya. Tidak lupa kepada keluarga tercinta

yang banyak memberi dorongan untuk saya meneruskan pengajian ini.

Penghasilan kajian ini dapat melihat keberkesanan pelaksanaan Rancangan Makanan

Tambahan Sekolah sama ada perlu diteruskan atau sebaliknya. Rancangan Makanan

Tambahan banyak memberi kebaikan kepada pelajar yang terlibat secara langsung dan

kesimpulannya RMT perlu diteruskan demi meningkatkan kesihatan dan kependidikan

negara.

Kamishah bt Saper

641015106570

Kamishah bt Saper 2

Page 3: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

BAB 1

1.0 KAJIAN MENYELURUH PELAKSANAAN RMT1.1 Pengenalan 61.2 Rasional1.3 Objektif1.4 Batasan Kajian 71.5 Carta Organisasi 81.6 Peruntukan kewangan1.7 Kriteria kelayakan Peserta RMT 91.8 Kaedah dan Kriteria Pemilihan Tender1.9 Kaedah pembayaran kepada Pihak Penyedia Makanan1.10 Kaedah Pengagihan makanan kepada Peserta 101.11 Pemilihan Pekerja-pekerja1.12 Pemilihan Bahan-bahan Mentah1.13 Menu Rancangan Makanan Tambahan 111.14 Penyediaan Makanan dan Minuman 12

BAB 2

2.0 Metodologi kajian 13

BAB 3

3.1 Pemilihan sampel kajian 143.2 Profil sampel A3.3 Profil Sampel B3.4 Profil Sampel C3.5 Profil sampel D3.6 Profil Sampel E 15

BAB 4

4.0 Hasil dapatan Kajian 4.1 Akademik 16

a. Keputusan ujian dan peperiksaan Sampel A b. Graf ujian dan peperiksaan Sampel A c. Keputusan ujian daaan peperiksaan Sampel B 17d. Graf ujian dan peperiksaan Sampel Be. Keputusan ujian dan peperiksaan sampel C 18f. Graf ujian dan peperiksaan Sampel Cg. Keputusan ujian dan peperiksaan Sampel D 19h. Graf ujian dan peperiksaan Sampel D

Kamishah bt Saper 3

Page 4: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

i. keputusan ujian dan peperiksaan sampel E 20j. Graf ujian dan peperiksaan Sampel E

4.2 Kesihatan 21

a. Jadual kehadiran pelajarb. Graf kehadiran pelajar 22c. Data berat pelajard. Graf berat pelajare. Jadual ketinggian pelajar 23f. Graf ketinggian pelajar

4.3 Keyakinan Diri Pelajar 24

BAB 5

5.0 Rumusan dan Refleksi 255.1 Kebaikan Rancangan makanan Tambahan Sekolah5.2 Kelemahan Rancangan Makanan Tambahan 265.3 Cadangan penambahbaikan 27

6.0 Kesimpulan 28

7.0 Bibliografi 298.0 Lampiran Lampiran 1 Surat Pekeliling Kementerian pelajaran Malaysia 30 Lampiran 2 Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia 31 Lampiran 3 Borang Tuntutan kewangan 32 Lampiran 4 Borang maklumat Pelajar 33 Lampiran 5 Senarai Penerima RMT 34 Lampiran 6 Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 35 Lampiran 7 Keputusan Ujian 36 Lampiran 8 Laporan Adab Belajar 37 Lampiran 9 Buku kehadiran Pelajar 38 Lampiran 10 Contoh Borang Soal Selidik Personaliti Pelajar 39 Lampiran 11 Borang Soal Selidik Personaliti Pelajar 40 Lampiran 12 Borang Soal Selidik Keyakinan Diri pelajar 41 Lampiran 13 Buku kehadiran Pelajar 42 Gambar Koleksi RMT 43

Kamishah bt Saper 4

Page 5: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

SOALAN TUGASAN

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ialah satu program yang dilaksanakan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha untuk membantu dan meningkatkan taraf

pemakanan serta kesihatan pelajar di sekolah rendah. Program ini bertujuan untuk memberi

makanan secara percuma kepada pelajar sekolah rendah terutama di kawasan luar bandar dan

golongan yang berpendapatan rendah.

a) Buat satu kajian secara menyeluruh berkaitan dengan Rancangan Makanan Tambahan

(RMT) di sekolah anda.

(15 markah)

b) Kenal pasti beberapa orang pelajar yang terlibat dalam RMT sebagai sampel dalam

kajian anda. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah keberkesanan RMT

dalam mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar yang terlibat.

(10 markah)

c) Berdasarkan tinjauan dan kajian yang telah anda lakukan, berikan pandangan anda

secara analitikal sejauh mana keberkesanan dan kejayaan program RMT ini.

(5 markah)

)Jumlah: 30 markah(

Kamishah bt Saper 5

Page 6: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

BAB 1

1.0 KAJIAN MENYELURUH PELAKSANAAN RANCANGAN MAKANAN

TAMBAHAN DI SEKOLAH

1.1 Pengenalan

Kanak-kanak perlu diberikan perhatian dari aspek perkembangannya secara menyeluruh

meliputi jasmani, mental, sosial dan rohani. Perkembangan yang menyeluruh ini melahirkan

seorang insan yang seimbang dan harmonis, berakhlak mulia, bertanggungjawab, mahir

berfikir dan berupaya mencapai kesejahteraan diri selaras dengan kehendak Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. (Modul OUM HBHE2103 Program Bersepadu Sekolah Sihat,

2010).

Rancangan Makanan Tambahan Di Sekolah (RMT) merupakan salah satu program yang

diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membantu para pelajar yang

berada dalam kategori miskin atau miskin tegar. RMT ini tidaklah bermaksud untuk

menggantikan makanan yang disampaikan kepada seorang murid sekolah oleh ibu bapa atau

penjaganya.  Ini bermaksud untuk memberi makanan tambahan, iaitu 1/4 -1/3 atau sebanyak

25% - 30% daripada keperluan hariannya. Rancangan ini merupakan satu usaha yang

bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan

pemakanan murid tersebut. Murid berstatus “Warganegara Malaysia“ dan daripada

keluarga berpendapatan di bawah paras RM 400.00 atau pendapatan perkapita RM

80.00 adalah layak untuk menyertai program ini.

Program ini telah dimulakan pada tahun 1976 iaitu sebahagian daripada Rancangan Amalan

Makanan dan Pemakanan (AMP), kelolaan Jabatan Perdana Menteri (JPM). AMP merupakan

satu program pembangunan masyarakat berteraskan usaha kesihatan, pertanian dan

pendidikan. Pada peringkat awal pelaksanaan tumpuan telah diberi kepada murid sekolah

rendah dan kawasan luar bandar. Pada tahun 1989, rancangan RMT ini telah meliputi semua

sekolah rendah kebangsaan dan jenis kebangsaan dengan mengutamakan murid daripada

golongan miskin.

Kamishah bt Saper 6

Page 7: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

1.2 Rasional RMT

Kajian menunjukkan bahawa:-

1. Di antara 15% -20% daripada jumlah murid yang datang ke sekolah tanpa sarapan

(sekolah pagi) atau makan tengah hari (sekolah petang) dan 1/6-1/3 mengalami

'kelaparan tersembunyi'.

2. Lebih kurang 35% murid sekolah rendah menunjukkan tanda-tanda salah pemakanan.

3. Salah pemakanan dan kesan bersama yang diakibatkan oleh salah pemakanan

(malnutrition) dan serangan penyakit ( infection), menimbulkan pelbagai masalah dari

segi pertumbuhan badan (growth), pencapaian dalam pelajaran (learning) serta

kelakuan penyesuaian diri (adaptive behaviour).

1.3 Objektif Khusus RMT

1. Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid

yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi pelbagai masalah dari segi

pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.

2. Untuk memupuk budaya sopan santun, disiplin, timbang rasa serta amalan-amalan

yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri,  kebersihan makanan dan kebersihan

alam sekitar.

3. Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan langsung dan tidak

langsung.

4. Untuk memperkasakan Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan kerana program

ini mendapat sambutan yang baik oleh masyarakat.

5. Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha

sekolah, terutama Rancangan Makanan Tambahan.

1.4 Batasan Kajian RMT

Kajian ini dijalankan di Sek Keb Kebun Baharu, Kuala Langat, Selangor. Kajian ini terhad

kepada pelajar tahun satu hingga tahun lima yang mendapat sumbangan Rancangan Makanan

Tambahan. Kajian ini tidak melibatkan pelajar tahun enam kerana tidak digalakkan

mengganggu pembelajaran mereka. Hal ini disebabkan oleh peringatan yang telah diberikan

oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Penemuan dan kajian hanya terbatas

terhadap populasi kajian yang dikaji. Skop kajian hanya tertumpu kepada pelaksanaan RMT

Kamishah bt Saper 7

Page 8: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

di SKKB dan keberkesanan RMT kepada pelajar dari aspek akademik, kesihatan, keyakinan

kendiri pelajar.

Kebolehpercayaan data yang dikumpulkan adalah jawapan daripada responden semasa

menjawab soal selidik yang diedarkan dan juga dipengaruhi oleh peristiwa dan suasana yang

terjadi semasa kajian dijalankan.

1.5 Carta Organisasi Pentadbiran

Pengerusi : Guru Besar

 Naib Pengerusi : GPK Hal Ehwal Murid     

GPK Kurikulum     

GPK Kokurikulum  

Setiausaha : Pn. Diana Binti Md. Aris

 Naib Setiausaha : Pn. Noorazilah Binti Jaafar  

Ahli Jawatankuasa : Cik Hamimah Binti S.A.Rahman     

Pn. Noraini Binti Salleh    

Pn Ruzanah Binti Abdul Rahim    

Tn. Haji Mohd Aiman Bin Jaini    

En. Mohamad Faiz Bin Omar    

Pn. Rohaizan Binti Othman    

Cik Herni Zullyana Binti Ab.Gani

Senarai Tugas AJK RMT Sekolah

1. Menyediakan borang-borang yang diperlukan dan melengkapnya dari semasa ke semasa.

2. Menubuhkan Jawatankuasa untuk memilih murid yang layak menerima bantuan

makanan tambahan dan menyenaraikan nama murid-murid yang terpilih.

3. Mengawasi kebersihan makanan dan peralatan memasak.

4. Memilih menu yang sesuai yang telah disediakan oleh Jabatan Pelajaran Melaka.

5. Bertanggungjawab supaya pemberian makanan tambahan makanan murid-murid berjalan

dengan sempurna dan mengikut peraturan.

6.Membuat laporan kepada Guru Besar atau GPK HEM bagi setiap perkembangan yang

berlaku sama ada baik atau sebaliknya.

Kamishah bt Saper 8

Page 9: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

1.6 Peruntukan Kewangan

Merujuk buku Panduan Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah, Kementerian Pendidikan

Malaysia (2005), peruntukan kewangan bagi RMT sejak tahun 1979 telah diserahkan oleh

Jabatan Perdana Menteri kepada Kementerian Pendidikan. Kadar yang ditetapkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia adalah RM 1.80 sehari bagi murid di Semenanjung dan RM

2.05 sehari bagi Sabah, Wilayah Persekutuan dan Sarawak mulai 1 Mac 2007. Pada masa

sekarang peruntukan kewangan RMT di sekolah rendah dibuat terus oleh Bahagian

Kewangan Pendidikan Negeri dan diselia oleh Jabatan Pendidikan negeri masing-masing.

Kadar ini dikira berdasarkan kos bahan mentah di pasaran dan tidak mengambil kira

keperluan perkhidmatan, bahan api dan minuman. Program ini dilaksanakan sepanjang 190

hari persekolahan dalam setahun.

1.7 Kriteria Kelayakan Peserta RMT

Pemilihan murid-murid untuk menyertai rancangan ini adalah berasaskan kriteria dan

keutamaan yang berikut:-

1. Murid yang menunjukkan tanda-tanda salah pemakanan (dipilih oleh Pasukan

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah dan/atau guru darjah dan selaraskan oleh satu

Jawatankuasa Khas di peringkat sekolah).

2. Murid yang rumahnya jauh dari sekolah.

3. Murid warganegara Malaysia dari Darjah 1 hingga Darjah 6 bersekolah di SKKB .

4. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional

(eKASIH) yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICC), Jabatan

Perdana Menteri dan disahkan sebagai ketegori miskin atau miskin tegar sahaja.

5. Murid sekolah terutama dari luar bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan

RM 400 dan kurang iaitu RM 800 per kapita dan keahlian yang besar.

Bilangan murid SK Kebun Baharu yang menerima RMT tahun 2010 ialah:-

Tahun 1 21 orang Tahun 6 23 orang

Tahun 2 14 orang Jumlah 128 orang

Tahun 3 23 orang

Tahun 4 18 orang

Tahun 5 29 orang

Kamishah bt Saper 9

Page 10: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

1.8 Kaedah dan Kriteria Pemilihan Tender

Jawatankuasa RMT sekolah telah memilih pembekal makanan yang bertanggungjawab

mengurus bekalan bahan, menyedia dan menghidang makanan, membersih peralatan serta

tempat hidangan. Sekolah telah memilih 5 atau 10 menu daripada senarai 20 menu yang

disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan menu ini diulangi setiap minggu atau

dua minggu mengikut cita rasa setempat, kemampuan bekalan bahan makanan dan sesuai

dengan peruntukan kewangan.

Dari segi proses penyediaan makanan RMT di Sek.Keb.Kebun Baharu dikendalikan oleh

pihak kantin dan makanan akan dinikmati oleh murid beberapa minit sebelum masuk sesi

pagi dan waktu rehat bagi sesi petang.

1.9 Kaedah Pembayaran Kepada Pihak Penyediaan Makanan

Penyelaras Rancangan makanan Tambahan akan memberi borang tuntutan bayaran kepada

pembekal makanan RMT sekolah. Pihak pembekal makanan Program Makanan Tambahan

pula akan mencatat maklumat jumlah bayaran yang perlu diterima setiap hari dalam masa

seminggu. Borang maklumat pembayaran diserahkan kepada pihak pentadbir kewangan

sekolah dan seterusnya akan memajukan tuntutan bayaran daripada PPD daerah. Setelah

bayaran diterima pihak sekolah, pihak pembekal akan dapat menerima bayaran tersebut

mengikut tuntutan yang telah dibuat setiap minggu.

1.10 Kaedah Pengagihan Makanan Kepada Peserta

Makanan dimasak oleh pihak kantin sekolah setiap hari mengikut menu yang telah

ditetapkan oleh pihak pengurusan RMT sekolah. Makanan yang siap dimasak kemudiannya

dimasukkan ke dalam bekas makanan yang telah disediakan. Murid-murid RMT akan

menerima bekalan makanan tersebut mengikut sesi masing-masing. Bagi pelajar sesi pagi

murid akan mengambil makanan pada pukul 7.30 pagi iaitu sebelum kelas bermula. Bagi

pelajar sesi petang pula akan mengambil makanan kira-kira pada pukul 3.00 petang iaitu pada

waktu rehat sesi petang.

1.11 Pemilihan Pekerja-pekerja yang Terlibat RMT

Rancangan Makanan Tambahan sekolah 95% sekolah di semenanjung dikendalikan

oleh pihak kantin. Senario ini juga berlaku di SK Kebun Baharu. Pihak pentadiran dan

Jawatankuasa RMT akan memastikan para pekerja yang diupah telah diperiksa dan

Kamishah bt Saper 10

Page 11: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

disahkan sihat oleh doktor kerajaan. Sijil khas akan dipamerkan di kantin sebagai makluman

kepada pihak sekolah dan pejabat kesihatan. Mereka yang tidak mempunyai sijil kesihatan

yang sah tidak dibenarkan bertugas atau membantu di tempat makan. Semua pekerja

mestilah memakai pakaian yang bersih dan seberapa boleh yang berwarna putih. Pemakaian

apron, kasut dan penutup kepala juga salah satu syarat pakaian, Panduan Rancangan

Makanan Tambahan di Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (2005). Pegawai dari

pejabat kesihatan yang berdekatan juga bekerjasama membuat pemeriksaan berkala di

premis kantin sekolah. Laporan yang diterima akan dihantar ke pejabat pendidikan daerah

masing-masing.

1.12 Pemilihan Bahan-bahan Mentah

Penyediaan bahan-bahan mentah yang segar, tidak basi atau tercemar perlu disediakan

oleh pihak pengusaha penyedia makanan RMT sekolah. Selain itu, penggunaan bahan

pewarna tiruan atau bahan-bahan lain yang boleh merosakkan kesihatan juga tidak

dibenarkan. Bahan-bahan mentah seperti daging, ikan dan ayam yang dibeli harus disimpan

di peti sejuk agar tidak rosak atau basi. Bahan-bahan kering seperti beras, cili kering, garam,

dan sebagainya hendaklah disusun di atas alas papan dan bukannya di atas lantai.

Penggunaan peti simpanan untuk bahan-bahan lain diwajibkan supaya tidak ada haiwan

perosak yang mencemari bahan-bahan tersebut. Selain itu, bahan makanan hendaklah

mengandungi zat makanan tertentu untuk membina badan, memberi tenaga dan mencegah

penyakit. Makanan ringan dan tidak berkhasiat tidak dibenarkan diberikan kepada murid

RMT.

1.13 Menu Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Terdapat 20 menu yang disenaraikan dalam buku panduan RMT di sekolah berdasarkan

Saranan Pengambilan Nutrien 2005 (Panduan Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah,

2005 ). Pihak sekolah telah memilih 10 menu daripada senarai 20 menu yang disediakan

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan menu ini diulangi setiap dua minggu mengikut

cita rasa setempat, kemampuan bekalan bahan makanan dan sesuaian dengan peruntukan

kewangan.

Makanan yang disediakan di bawah Rancangan Makanan Tambahan di sekolah perlu

mengandungi kalori yang lebih tinggi berbanding dengan hidangan yang dijual di kantin

sekolah. Ini kerana pihak pembekal atau kantin sekolah yang mendapat tender penyediaan

RMT telah mengikut jadual dan menu yang disediakan oleh pihak kementerian pendidikan.

Kamishah bt Saper 11

Page 12: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

Secara tidak langsung, RMT dapat membantu menambah nutrisi yang diterima oleh murid

RMT. Nutrisi yang diperoleh dapat membantu perkembangan fizikal dan mental murid.

Contoh menu yang disediakan oleh pihak RMT Sk Kebun Baharu:

MINGGU PERTAMA

HARI MENU BUAH-BUAHAN MINUMAN

ISNIN Nasi Lemak Jambu Batu Soya

SELASA Mihun Goreng Tembikai Koko

RABU Nasi Goreng Cina Pisang Soya

KHAMIS Nasi campur Epal Koko

JUMAAT Nasi Ayam Oren Soya

 MINGGU KEDUA

HARI MENU BUAH-BUAHAN MINUMAN

ISNIN Nasi Ayam Tembikai merah Soya

SELASA Roti canai kuah sardin Tembikai susu Koko

RABU Nasi Lemak Pisang Soya

KHAMIS Ayam goreng dan Kentang Epal Koko

JUMAAT Nasi Goreng Oren sunkist Soya

1.14 Penyediaan makanan Dan Minuman

1.1 Pembekal yang dilantik dikehendaki memastikan makanan dan minuman disediakan pada tempoh dan masa yang ditetapkan.

1.2 Makanan yang disediakan halal dan tidak berlawanan dengan kehendak-kehendak agama Islam dan disediakan mengikut peraturan-peraturan kesihatan yang ditetapkan.

1.3 Makanan perlu berkhasiat dan berzat bagi memastikan kecerdasan minda dan fizikal murid yang mendapat RMT.

1.4 Barang-barang seperti sudu, cawan dan bekas makanan hendaklah disediakan oleh pembekal dan hendaklah sentiasa bersih dan selamat digunakan.

Kamishah bt Saper 12

Page 13: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

1.5 Pembekal juga perlu menjaga kebersihan dan persekitarannya pada setiap masa dan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan kerajaan.

1.6 Pihak pembekal dikehendaki mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh sekolah dari semasa ke semasa berhubung dengan kebersihan dan penyediaan makanan RMT.

BAB 2

2.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu. Sekolah ini telah mengadakan rancangan makanan tambahan sejak mula diperkenalkan oleh Kementerian pendidikan Malaysia. Kaedah kajian yang saya jalankan menggunakan beberapa kaedah iaitu melalui pengumpulan data (RMT) sekolah yang telah dijalankan. Kerjasama yang diberikan oleh penyelaras RMT sekolah ini dengan memberi data dan maklumat yang diperlukan amat membantu saya menjalankan kajian tentang keberkesanan RMT sekolah.

Kaedah yang kedua dengan menjalankan temu bual dengan guru-guru yang terlibat secara langsung RMT sekolah ini. Guru-guru tersebut telah memberi maklumat dan fail yang diperlukan. Selepas itu saya telah mengkaji 5 sampel pelajar yang dipilih daripada jumlah 128 orang pelajar yang telah dipilih oleh guru sekolah bagi mengikuti RMT ini. Selain guru-guru yang saya telah temu bual malahan pelajar yang terlibat dengan RMT di Sk kebun Baharu.

Selain itu saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik bagi mendapatkan maklumat berkaitan sampel pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Borang soal selidik telah diberikan kepada pelajar yang dipilih untuk mengenal pasti maklumat yang sebenar. Selain itu borang soal selidik ini digunakan untuk melihat keyakinan diri pelajar yang dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Berdasarkan maklumat borang soal selidik dan temu bual yang telah dijalankan dapatlah saya menganalisa tentang keberkesanan RMT sekolah dalam mempertingkatkan akademi, tahap kesihatan, dan keyakinan kendiri mereka. Merujuk fail yang disediakan oleh guru RMT iaitu Pn Diana Md Aris dan temu ramah dengan murid RMT itu sendiri maka kajian saya dapat berjalan lancar.

Kaedah lain yang saya gunakan ialah melalui pemerhatian terhadap pelajar yang terlibat sama ada ketika di kelas, di kantin dan juga semasa aktiviti ko kurikulum bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang perkembangan pelajar.

Kamishah bt Saper 13

Page 14: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

BAB 3

3.1 Pemilihan Sampel Berdasarkan Kriteria Berikut.

Sampel murid

Taraf ekonomi

Tempat tinggal Taraf pendidikan

ibu bapa

Bilanganadik-beradik

Sampel A

RM 800.00 Lot 4818,Jalan Balam, Batu 9, 42500 Telok Panglima Garang.

SRP 7 orang

Sampel B

RM 476.47 N0. 10, Jalan Pahlawan 23, Taman Pahlawan, 42500 Telok

Sek.Rendah 3 orang

Sampel C

RM 500.47 Lot 2820, Jalan Rajawali, Batu 10, Kebun Baharu.

SRP 5 orang

Sampel D

RM 500.00 No. 3, Jalan Desa, Taman Desa Wira, Telok Panglima Garang

Sek.Rendah 7 orang

Sampel E

RM 576.47 Lot 503, Jalan Rajawali, Batu 10, Kebun Baharu

Sek.Rendah 6 orang

3.2 Profil Sampel A

Sampel A pelajar tahun 1 Jauhari tahun 2010 sekolah Kebangsaan Kebun Baharu. Pelajar ini

masih mempunyai ibu bapa tetapi dalam kategori keluarga miskin. Bapanya bekerja sebagai

buruh sahaja. Ibunya pula suri rumah sepenuh masa tidak bekerja kerana mempunyai

penyakit. Pelajar A mempunyai 7 orang adik beradik dan 5 daripadanya masih bersekolah.

Selain itu datuk dan neneknya juga tinggal bersama keluarga mereka. Rumah pelajar A

merupakan rumah lama peninggalan datuknya. Rumah tersebut dianggap rumah lama dan

perlu dibaiki. Pelajar A merupakan pelajar yang bijak daripada adik beradiknya yang lain.

Tahap pendidikan ibu bapanya hanya setakat Sijil Rendah Pelajaran dan ibu bapanya tidak

menyambung pelajaran masing-masing. Pendapatan bapanya tidak mencukupi untuk

menampung ahli keluarganya yang ramai termasuk datuk dan neneknya. Guru kelasnya telah

mencalonkan pelajar A untuk mendapat RMT pada tahun ini.

3.3 Profil Sampel B

Sampel B merupakan pelajar lelaki tahun 1 di SKKB tahun 2010 . Bapanya bekerja sebagai

pemandu lori. Ibunya suri rumah sepenuh masa. Pelajar B mempunyai 3 orang adik beradik

dan kesemuanya telah bersekolah. Tempat tinggal pelajar B di petempatan rumah kos rendah.

Bapanya telah menyewa sebuah rumah di Taman itu untuk mereka tinggal. Keluarga mereka

tidak mampu untuk membeli rumah lagi kerana pendapatan bapanya belum mencukupi.

Kamishah bt Saper 14

Page 15: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

Pelajar B dikategorikan pelajar pandai walaupun ibu bapanya berpendidikan rendah. Bagi

membantu pelajar B ini untuk terus menjadi pelajar cemerlang guru kelasnya juga telah

memilihnya untuk mendapat RMT bagi tahun 2010.

3.4 Profil Sampel C

Sampel C pula merupakan pelajar tahun 2 di SKKB tahun 2010. Pelajar C ini merupakan

pelajar perempuan. Bapanya bekerja sebagai petani sahaja. Ibunya pula suri rumah sepenuh

masa. Pelajar C mempunyai 5 orang adik beradik dan kesemuanya bersekolah. Tempat

tinggal pelajar C ini di kawasan kampung. Pelajar C juga masih mempunyai nenek dan

tinggal bersamanya. Pelajar ini kategori pelajar sederhana. Ibu bapa pelajar C ini mempunyai

taraf pendidikan rendah. Bagi membantu pelajar C ini pihak sekolah telah memilihnya untuk

mendapat RMT sekolah.

3.5 Profil Sampel D

Sampel D pelajar tahun 4 di SKKB tahun 2010 . Pelajar D mempunyai 7 orang adik beradik.

6 daripadanya adik beradik pelajar D telah bersekolah dan 2 adiknya belum bersekolah. Bapa

pelajar ini bekerja sebagai buruh . Keluarga pelajar D tinggal menyewa di sebuah rumah kos

rendah kerana belum mampu membeli rumah sendiri. Pelajar D ini tergolong dalam pelajar

sederhana. Pendidikan ibu bapa sampel D hanya setakat sekolah rendah. Walau pun begitu

bapa pelajar D seorang yang bertanggungjawab kerana bekerja demi menyara 7 orang anak-

anaknya .Walaupun begitu pendapatannya tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan.

Ibunya terpaksa menjual kueh setiap pagi di hadapan tempat tinggalnya.Pemilihan beliau

untuk menerima RMT sekolah amat dihargai dan dapat membantu mengurangkan

perbelanjaan persekolahan sebahagian anaknya.

3.6 Profil Sampel E

Sampel E pula merupakan pelajar tahun 5 di Sk Kebun Baharu tahun 2010. Pelajar ini

mempunyai 6 orang adik beradik. 5 orang adik-adiknya telah bersekolah. Pelajar sampel E

merupakan anak sulung. Bapanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sk kebun

Baharu. Ibunya pula seorang suri rumah yang menyediakan keperluan keluarganya. Pelajar

ini dalam kategori pelajar sederhana dalam pelajarannya, tetapi menonjol dalam ko-

kurikulum. Permainan bola sepak yang diceburinya menjadikan dirinya menjadi wakil

sekolah dalam pertandingan-pertandingan peringkat sekolah mahupun daerah. Walaupun

Kamishah bt Saper 15

Page 16: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

bapanya berpendidikan sekolah rendah tetapi sangat komitmen dalam tugas dan tidak

mengabaikan keluarga. Rumah pelajar sampel E ini ialah rumah kampung. Pemilihan pelajar

ini dalam RMT sekolah telah disokong oleh ibu bapanya kerana membantu meringankan

bebanan bapanya.

BAB 4

4.0 HASIL DAPATAN KAJIAN

Hasil dapatan kajian yang saya peroleh meliputi tiga perkara iaitu aspek akademik, kesihatan

dan keyakinan diri pelajar. Berikut maklumat dapatan pengumpulan data yang saya peroleh.

4.1 Akademik

Dapatan kajian yang saya peroleh melalui keputusan ujian dan peperiksaan yang telah

diikutinya dalam tempoh 6 bulan bagi tahun 2010. Maklumat data ujian dan peperiksaan telah

diadakan bagi bulan Mac, Mei dan Ogos tahun 2010.

a.Keputusan ujian dan Peperiksaan Sampel Pelajar A

Bil M/pelajaranMac Mei Ogos

Markah Gred Markah Gred Markah Gred

1 B.Melayu Pemahaman 98 A 90 A 98 A

2 B.Melayu Penulisan 100 A 97 A 87 A

3 B.Inggeris 94 A 82 A 86 A

4 Matematik 75 B 90 A 87 A

5 Sains 88 A 94 A 88 A

6 Bahasa Arab 80 A 90 A 96 A

7 Pendidikan Seni 55 C 70 B 82 A

8 Pendidikan Islam 100 A 100 A 100 A

Kamishah bt Saper 16

Page 17: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

b. Graf Ujian Dan Peperiksaan Sampel Pelajar A

B.M.P BM.PLS BI MATE SN BA P.SENI P.ISLAM0

20

40

60

80

100

120

MACMEIOGOS

c.Keputusan ujian dan Peperiksaan Sampel Pelajar B

Bil M/pelajaranMac Mei Ogos

Markah Gred Markah Gred Markah Gred

1 B.Melayu Pemahaman 93 A 58 C 45 C

2 B.Melayu Penulisan 85 A 47 C 56 C

3 B.Inggeris 54 C 41 C 40 C

4 Matematik 71 B 41 C 45 C

5 Sains 78 B 48 C 43 C

6 Bahasa Arab 64 B 57 C 54 C

7 Pendidikan Seni 70 B 82 A 86 A

8 Pendidikan Islam 77 B 80 A 77 B

Kamishah bt Saper 17

Page 18: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

d. Graf Ujian Dan Peperiksaan Sampel Pelajar B

B.Mela

yu Pem

aham

an

B.Mela

yu Pen

ulisan

B.Ingg

eris

Matemati

kSa

ins

B.ArabP.Se

ni

P.Islam

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

MacMeiOgos

e.Keputusan ujian dan Peperiksaan Sampel Pelajar C

Bil M/pelajaranMac Mei Ogos

Markah Gred Markah Gred Markah Gred

1 B.Melayu Pemahaman 93 A 80 A 68 B

2 B.Melayu Penulisan 93 A 88 A 71 B

3 B.Inggeris 65 B 58 C 42 C

4 Matematik 66 B 62 B 52 C

5 Sains 66 B 56 C 52 C

6 Bahasa Arab 64 B 65 B 71 B

7 Pendidikan Seni 55 B 66 B 77 B

8 Pendidikan Islam 87 A 88 A 82 A

Kamishah bt Saper 18

Page 19: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

f.Graf Ujian Dan Peperiksaan Sampel Pelajar C

BM PEMAHMN

BM PENULIS

AN B.I

MATEMATIK

SAINS

B.ARABP.SE

NI

P.ISLA

M

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

MACMEIOGOS

g.Keputusan ujian dan Peperiksaan Sampel Pelajar D

Bil M/pelajaranMac Mei Ogos

Markah Gred Markah Gred Markah Gred

1 B.Melayu Pemahaman 76 B 67 B 78 B

2 B.Melayu Penulisan 77 B 73 B 67 B

3 B.Inggeris 40 C 42 C 40 C

4 Matematik 43 C 45 C 43 C

5 Sains 38 D 40 C 41 C

6 Bahasa Arab 54 C 56 C 51 C

7 Pendidikan Seni 56 C 58 C 60 C

8 Pendidikan Islam 76 B 75 B 78 B

Kamishah bt Saper 19

Page 20: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

h.Graf Ujian Dan Peperiksaan Sampel Pelajar D

B.M PEM

AHAMAN

B.MPEN

ULISAN

B.ING

MATEMATIK

SAINS

B.ARABP.SE

NI

P.ISLA

M

0

10

20

30

40

50

60

70

80

MACMEIOGOS

i.Keputusan ujian dan Peperiksaan Sampel Pelajar E

Bil M/pelajaranMac Mei Ogos

Markah Gred Markah Gred Markah Gred

1 B.Melayu Pemahaman 65 B 70 B 70 B

2 B.Melayu Penulisan 52 B 45 C 62 C

3 B.Inggeris 40 C 40 C 40 C

4 Matematik 40 C 43 C 42 C

5 Sains 54 C 55 B 59 C

6 Bahasa Arab 86 A 76 B 88 A

7 Pendidikan Seni 56 C 57 C 63 C

8 Pendidikan Islam 89 B 96 A 88 A

Kamishah bt Saper 20

Page 21: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

j. Graf Ujian Dan Peperiksaan Sampel Pelajar E

B.M PEM

AHAMAN

B.M PEN

ULISAN

B.ING

MATEMATIK

SAINS

B.ARABP.SE

NI

P.ISLA

M

0102030405060708090

100

MACMEIOGOS

4.2 Kesihatan

Aspek kesihatan sebelum dan selepas pengambilan RMT sekolah daripada 5 orang pelajar

sampel amat penting bagi menunjukkan keberkesanan RMT sekolah. Kesihatan pelajar boleh

diukur melalui timbangan berat dan ukuran tinggi pelajar. Selain itu kehadiran pelajar juga

boleh diambil datanya bagi menunjukkan kesihatan pelajar amat baik kerana kehadiran

penuh. Para pelajar RMT boleh dianggap sentiasa sihat kerana tidak ponteng kelas.

Berikut maklumat kesihatan pelajar sampel RMT sekolah SK Kebun Baharu dalam tempoh 6 bulan tahun 2010

a.Jadual kehadiran Pelajar

Bil Pelajar Mac Mei Ogos1 Sampel A 26/27 hari 20/20 hari 26/26 hari2 Sampel B 27/27 hari 20/20 hari 25/26 hari3 Sampel C 25/27 hari 20/20 hari 26/26 hari4 Sampel D 27/27 hari 19/20 hari 25/26 hari5 Sampel E 27/27 hari 20/20 hari 25/26 hari

Kamishah bt Saper 21

Page 22: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

b.Graf Kehadiran Pelajar Bagi Bulan Mac, Mei Dan Ogos 2010

Sampel A Sampel B Sampel C Sampel D Sampel E0

5

10

15

20

25

30

MacMeiOgos

c.Jadual data Berat Pelajar

Bil Pelajar Mac Mei Ogos1 Sampel A 34 kg 35 kg 38 kg2 Sampel A 45 kg 45 kg 46 kg3 Sampel B 23 kg 27 kg 28 kg4 Sampel C 47 kg 47 kg 48 kg5 Sampel D 40 kg 42 kg 43 kg

d.Graf Berat Pelajar dari Mac hingga Ogos

Sampel A Sampel B Sampel C Sampel D Sampel E0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

50

MacMeiOgos

Kamishah bt Saper 22

Page 23: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

e. Jadual Ketinggian Pelajar

Bil Pelajar Mac Mei Ogos1 Sampel A 123 cm 125 cm 126 cm2 Sampel A 135 cm 136 cm 137 cm3 Sampel B 126 cm 127 cm 128 cm4 Sampel C 130 cm 132 cm 133 cm5 Sampel D 137 cm 138 cm 140 cm

f.Graf Ketinggian pelajar bagi tempoh 6 bulan 2010

Sampel A Sampel B Sampel C Sampel D Sampel E110

115

120

125

130

135

140

145

MacMeiOgos

4.3 Keyakinan Diri Pelajar

Berdasarkan borang soal selidik dan temu ramah kepada pelajar yang terlibat saya dapat melihat aspek keyakinan diri pelajar. Berikut ulasan berkaitan pelajar yang terlibat:

i. Sampel pelajar A

Pelajar A masih di tahun 1 tetapi telah menunjukkan semangat kepimpinannya. Dia telah

dilantik menjadi ketua kelas 1 Mutiara oleh guru kelasnya. Pelajar A amat bertanggungjawab

dalam menjalankan tugas yang telah diberikan kepadanya. Guru kelas selalu memintanya

untuk membantu guru seperti membawa buku ke bilik guru, atau mengambil sesuatu barang

di tempat tertentu. Selain itu pelajar ini pernah mengikuti pertandingan bercerita peringkat

sekolah dan telah berjaya mendapat tempat ketiga.

Pelajar A mudah bergaul dengan kawan-kawannya sama ada baru mahupun lama. Pelajar ini

suka berkawan serta mempunyai keyakinan diri yang baik. Pelajar A ini akan bertanya guru

jika ada masalah dalam pelajaran. Aktiviti yang diceburi dalam ko-kurikulum ialah PBSM.

Kamishah bt Saper 23

Page 24: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

ii. Sampel Pelajar B

Pelajar B juga merupakan pelajar tahun 1. Dia seorang pelajar yang rajin. Walaupun pelajar

ini sederhana akademiknya tetapi aktif dalam bidang lain. Pelajar ini pernah mengikut

pertandingan mewarna dan bercerita. Dia berjaya dalam pertandingan bercerita antara kelas.

Ini menunjukkan Pelajar B seorang yang berkeyakinan kerana berjaya berhadapan orang

ramai. Kerja rumah yang disuruh oleh guru selalu dibuat mengikut masa yang ditetapkan.

Pelajar ini juga boleh bekerjasama dengan rakan-rakan sekelas dan tiada masalah komunikasi

dengan orang lain.

iii. Sampel Pelajar C

Pelajar C seorang pelajar perempuan yang sederhana. Dia seorang pelajar yang rajin kerana

setiap tugasan yang diberikan telah dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Pelajar

C seorang pelajar yang pendiam. Walaupun begitu pelajar C masih boleh berkomunikasi

dengan kawan-kawannya di kelas. Keyakinan dirinya rendah tetapi tetap boleh meneruskan

pelajarannya.

iv. Sampel Pelajar D

Pelajar D merupakan pelajar tahun 4. Dia kategori pelajar yang sederhana akademiknya.

Walaupun begitu pelajar ini minat bidang yang lain. Dia merupakan pemain sekolah dalam

permainan sepak takraw. Pelajar D juga aktif dalam ko-kurikulum iaitu dalam pasukan unit

beruniform. Segala aktiviti yang dijalankan dalam pasukan pengakapnya telah diikutinya.

Komunikasi bersama rakan-rakannya telah menjadikan pelajar D seorang pelajar yang

diminati oleh ramai kawan-kawannya. Keyakinan pada dirinya juga tinggi kerana seorang

pelajar yang suka mencuba sesuatu yang baru.

v. Sampel Pelajar E

Pelajar E merupakan pelajar tahun 5. Dia merupakan pelajar yang sederhana. Pelajar E

seorang yang pendiam dan pemalu. Walaupun begitu dia masih boleh bekerjasama dengan

rakan-rakannya yang lain. Tugasan yang ditetapkan oleh guru dapat diselesaikan dengan

bantuan kawan-kawannya dan gurunya. Aktiviti ko kurikulum yang diikutinya telah

membantu pelajar E untuk berhubung dengan rakan dan guru-gurunya agar dapat lebih

berkeyakinan dalam meneruskan pelajarannya.

Kamishah bt Saper 24

Page 25: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

BAB 5

5.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Kajian dan penyelidikan yang saya lakukan mempunyai kelemahan dan permasalahan iaitu

dari segi tempoh waktu kajian atau penyelidikan tentang RMT secara keseluruhan. Bagi

mendapatkan data dan kajian yang lebih menyeluruh perlu masa yang lebih panjang agar

maklumat dan data lebih terperinci dapat diperoleh. Walau bagaimanapun saya peroleh data

daripada pihak sekolah bagi tempoh 6 bulan iaitu dari awal tahun hingga Ogos.

Rancangan makanan Tambahan Sekolah yang mula dilaksanakan di sekolah SK Kebun

Baharu pada tahun 1981 telah mengalami banyak perkembangan dan perubahan dari aspek

pengurusan, pemilihan pelajar, jenis makanan dan kaedah pengagihan makanan RMT. Dari

aspek pentadbiran telah berubah mengikut pengetua yang telah bertukar ganti dan guru-guru

penyelaras yang bertindak melaksanakan RMT secara langsung. Walaupun pertukaran

pengetua tetapi kaedah pelaksanaan RMT tetap dilaksanakan mengikut peraturan yang

ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kaedah pemilihan pelajar yang layak

mengikut kriteria yang ditetapkan dan terdapat lembaga pemilihan pelajar dibentuk bagi

memudahkan pengurusan yang terdiri dari kalangan guru kelas dan Ahli jawatankuasa khas

pemilihan.

Pengelolaan makanan RMT pula tetap dilaksanakan oleh pengusaha kantin pada tahun

semasa. Sekiranya pengusaha kantin telah bertukar perjanjian baru akan dibuat bagi

memudahkan pelaksanaan RMT di sekolah. Kaedah pengagihan makanan disekolah pada

awal pelaksanaannya adalah dengan menggunakan kaedah hidangan tetapi akhirnya telah

bertukar kaedah pembungkusan kerana masalah masa dan pekerja yang tidak mencukupi

untuk mengawal dan mengurus pelajar yang terbabit.

Secara keseluruhan RMT disekolah tidak dapat dilihat dengan nyata tentang keberkesanannya

dari sudut peningkatan akademik, kesihatan dan keyakinan diri pelajar. RMT dianggap

penyumbang kepada aspek kesihatan secara nyata kerana mengenyangkan pelajar. Dari aspek

akademik peningkatan pelajar bergantung kepada pengajaran dan pembelajaran di kelas dan

kaedah belajar yang betul. Keyakinan diri pelajar juga tidak dapat diukur dengan jelas kerana

masalah kesuntukan masa kajian.begitu juga dengan kesihatan pelajar tidak banyak

perubahan sekiranya diukur melalui timbangan berat dan tinggi sahaja.

Kamishah bt Saper 25

Page 26: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

5.1 Kebaikan Rancangan Makanan Tambahan Sekolah

Pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan di sekolah SK Kebun Baharu banyak memberi

kebaikan kepada pelajar-pelajar yang terlibat secara langsung. Melalui temu ramah dan

borang soal selidik saya dapati terdapat beberapa kebaikan RMT ini. Kebaikan yang nyata

melalui rancangan ini ialah pelajar-pelajar dapat menikmati makanan secara percuma dan

dapat mengurangkan bebanan pelajar miskin berbelanja di sekolah. Selain itu pelajar

mendapat makanan yang seimbang nutriennya kerana makanan yang dihidang dipilih dan di

masak dengan betul.

Pelajar-pelajar juga bersemangat untuk datang ke sekolah kerana akan mendapat makanan

percuma dan sedap-sedap. Secara tidak langsung pelajar tidak akan ponteng sekolah dan

seterusnya dapat belajar dengan selesa. Mereka tidak akan berasa lapar ketika belajar kerana

telah bersarapan terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas pagi sesi pagi. Kesan jangka

panjang pula pelajar dapat meningkatkan akademik dan aktif dalam kegiatan ko kurikulum

masing-masing. Walaupun tidak ada peningkatan yang drastik tetapi melalui data yang saya

peroleh mendapati terdapat peningkatan akademik bagi pelajar-pelajar yang terlibat dalam

RMT ini.

Para Ibu bapa juga berasa amat bersyukur kerana mendapat bantuan pihak sekolah bagi

membantu anak-anak mereka belajar dengan selesa. Menurut Norizwani Daud dalam Tesis

Persepsi Ibu Bapa pelajar terhadap RMT di sekolah Kebangsaan (2008) merumuskan peratus

tinggi ibu bapa yang bersetuju RMT diteruskan pada masa hadapan. Seterusnya pelajar lebih

bersemangat kerana tiada sebarang masalah sama ada dari keluarga, sekolah dan rakan-rakan.

5.2 Kelemahan RMT Sekolah

Terdapat beberapa kelemahan Rancangan Makanan Tambahan sekolah yang telah

dilaksanakan di SK kebun Baharu tahun 2010. Dari aspek penyediaan makanan pernah

berlaku keracunan makanan kerana makanan yang disediakan telah basi. Perkara ini telah

dikenalpasti puncanya iaitu makanan yang masih panas telah dibungkus menyebabkan

makanan cepat basi.

Kelemahan lain dalam RMT sekolah SK Kebun Baharu ialah cara makanan yang

dihidangkan kepada pelajar. Makanan dibungkus menggunakan bekas plastik dan ketika

panas dimasukkan makanan tersebut. Makanan dibungkus terlalu awal juga antara sebab yang

menjadi makanan cepat basi.

Kamishah bt Saper 26

Page 27: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

Melalui temu ramah terdapat juga pelajar yang tidak berminat untuk mendapat makanan

RMT yang disediakan disekolah SK Kebun Baharu tetapi tetap mengambilnya kerana pelajar

tersebut tidak memaklumkan kepada guru bertugas.

Menu yang disediakan ada yang tidak digemari oleh pelajar yang menerima makanan RMT

di SK Kebun Baharu.Pelajar-pelajar tersebut tidak memaklumkan kepada guru yang bertugas

menyebabkan makanan tidak dihabiskan oleh pelajar. Maka berlakulah pembaziran yang

tidak disedari oleh pihak sekolah.

Terdapat juga pelajar yang sepatutnya layak mendapat bantuan RMT tetapi tidak

menerimanya. Perkara disebabkan tiada maklumat yang betul daripada pelajar sendiri.

5.3 Cadangan Penambahbaikan

a. Pihak Ahli Jawatankuasa perlu mendapatkan data semua murid yang layak

menerima RMT daripada semua kelas sama ada daripada DATA EMIS atau

daripada kelas. Selepas itu satu mesyuarat pemilihan perlu dibuat dengan adil

agar tiada pelajar yang tercicir daripada senarai peserta yang mendapat bantuan

RMT sekolah.

b. Pihak pengurusan RMT sekolah sepatutnya memilih menu yang sesuai iaitu

yang seimbang nutriennya dan selari dengan minat atau selera murid yang

terlibat agar makanan dapat dihabiskan dan tidak berlaku pembaziran. Pihak

guru boleh membuat soal selidik terlebih dahulu mengenai menu yang akan

disediakan oleh pihak kantin.

c. Setiap guru yang bertugas juga perlu mengawasi perjalanan agihan pelajar

menerima makanan RMT dengan berterusan dan menepati masa agar pelajar

dapat memulakan pelajaran mengikut jadual. Pihak guru perlu memastikan

semua pelajar dapat mengambil makanan dan menghabiskan makanan

tersebut. Selain itu dapat mengelakkan pelajar yang tidak layak mengambil

makanan RMT yang menyebabkan makanan tidak mencukupi.

d. Pihak pengurusan perlu bekerjasama dengan pihak pembekal (Kantin

sekolah) dari segi penyediaan dan pelaksanaan harian makanan RMT di

sekolah. Keadaan ini penting agar RMT dapat dilaksanakan dengan lancar

tanpa masalah terutama dari aspek masa.

e. Senarai murid gantian juga boleh disediakan sekiranya terdapat pelajar yang

tidak berminat dengan makanan RMT di sekolah. Selain itu sekiranya terdapat

Kamishah bt Saper 27

Page 28: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

pelajar RMT tidak hadir pelajar gantian juga boleh di beri makanan yang telah

disediakan oleh pembekal bagi mengelakkan pembaziran makanan.

f. Guru bertugas diminta melengkapkan Buku Laporan RMT berdasarkan Jadual

tugasan RMT. Guru bertugas harian diminta mengambil satu menu untuk

dibuat penilaian bagi mengelakkan makanan yang disediakan tidak basi atau

tidak mengikut cadangan daripada pihak sekolah. Guru bertugas

boleh memaklumkan kepada Pengusaha kantin sekiranya ada syor atau

cadangan apa-apa yang berkaitan dengan menu RMT dan sebagainya. Guru

bertugas diminta memastikan perjalanan RMT pada setiap pagi berjalan lancar

g. Makanan yang disediakan oleh pembekal juga perlu disediakan mengikut

kesesuaian masa pengambilan makanan oleh pelajar agar makanan yang

dibungkus atau dihidang tidak terlalu awal bagi mengelakkan makanan cepat

basi dan tidak boleh dimakan yang menyebabkan keracunan makanan.

6.0 KESIMPULAN

Rancangan Makanan Tambahan telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

sejak tahun 1974 dan perintisnya diadakan di sekolah-sekolah negeri Selangor telah banyak

memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang terlibat. RMT merupakan salah satu usaha

untuk mempertingkatkan tahap pendidikan negara dalam usaha yang bersepadu dan selaras

dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan di sekolah.

RMT di sekolah-sekolah telah mencapai objektifnya iaitu memberi makanan tambahan yang

berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka

mangatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga. Para pelajar juga

lebih seronok datang ke sekolah kerana tiada mempunyai masalah lapar atau tidak bermaya

ketika belajar. Pelajar bermasalah telah diberi makanan RMT bagi mengatasi permasalahan

kekurangan zat makanan yang menyebabkan mereka bermasalah. Justeru masalah disiplin

dapat dikurangkan.

Secara tuntasnya Rancangan Makanan Tambahan perlu diteruskan bagi membantu para

pelajar mempertingkatkan tahap kesihatan dan pendidikan mereka. Bagi tempoh jangka

panjang RMT amat baik bukan sahaja bagi pelajar yang terlibat secara langsung tetapi

kepada pihak sekolah dan seterusnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana dapat

melahirkan pelajar yang sihat tubuh badan dan minda cemerlang.

Kamishah bt Saper 28

Page 29: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

7.0 Bibliorgrafi

Dr Mohd Hilmi b Abdullah. 2006.Tatacara Penjagaaan Kesihatan, Kota Bharu:Pustaka

Hilmi.

Kementerian Pelajaran Malaysia . 2010 Panduan RMT Sekolah.

http://www.moe.gov.my/?id=168&aid=1181

Kementerian Pelajaran Malaysia, 1989. Garis Panduan Kantin, K.lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. Panduan Rancangan Makanan Tambahan Di

sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sek Keb Shah Alam, 2010, Perjanjian RMT sekolah, Shah alam:

http://www.docstoc.com/docs/29004685/Perjanjian-RMT-SKSA-2010

Malek Muhamat Said,2006. Study Smart, Kuala lumpur: PTS Profesional Sdn Bhd

Muhamad Ariff Izzudin, 2010, Laporan Adab Belajar Tahap Satu, Kebun Baharu: Sek.Keb

Kebun Baharu.

Mohd Shahril Md Arop, Suriah Abdul Rahman, Aminah Abdullah, Mohd Fauzi Jani. 2003.

Nutritional Status of School Children Receiving Supplementary Feeding Program in

Peninsular Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norizwani Daud.(2008) Tesis Perseps Ibu Bapa Pelajar Terhadap RMT Di sekolah

Kebangsaan. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Zainal Mat Saman, 2003. Statistik Awalan, Petaling Jaya: Pearson prentice.

Kamishah bt Saper 29

Page 30: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

LAMPIRAN 1

Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia

Kamishah bt Saper 30

Page 31: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

LAMPIRAN 2

Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia

Kamishah bt Saper 31

Page 32: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

Kamishah bt Saper 32

Page 33: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

LAMPIRAN 3

Borang Tuntutan kewangan

Kamishah bt Saper 33

Page 34: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

LAMPIRAN 4

Senarai penerima RMT

Kamishah bt Saper 34

Page 35: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

LAMPIRAN 5

Borang maklumat Pelajar

Kamishah bt Saper 35

Page 36: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

LAMPIRAN 6

Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun

Kamishah bt Saper 36

Page 37: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

LAMPIRAN 7

Keputusan Ujian

Kamishah bt Saper 37

Page 38: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

LAMPIRAN 8

Laporan Adab Belajar

Kamishah bt Saper 38

Page 39: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

LAMPIRAN 9

Buku kehadiran Pelajar

Kamishah bt Saper 39

Page 40: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

LAMPIRAN 10

Contoh Borang soal selidik Personaliti Pelajar

Kamishah bt Saper 40

Page 41: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

LAMPIRAN 11

Borang Soal Selidik Personaliti Pelajar

Kamishah bt Saper 41

Page 42: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

LAMPIRAN 12

Borang soal Selidik keyakinan Diri pelajar

Kamishah bt Saper 42

Page 43: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

LAMPIRAN 13

Buku kehadiran Pelajar

Kamishah bt Saper 43

Page 44: HBHE 2103_ Kamishah bt Saper_641015106570_RMT

LAMPIRAN 14Gambar Koleksi Rancangan Makanan Tambahan

Kamishah bt Saper 44