apakah jerebu

25
PENGENALAN Mutakhir ini, negara kita sedang bergelut dengan masalah pencemaran udara iaitu jerebu yang semakin membimbangkan. Beberapa buah negeri telah dikenal pasti sebagai negeri yang paling teruk terjejas akibat jerebu terutamanya negeri Johor. 491 buah sekolah di beberpa daerah di Johor terpaksa ditutup. Beberapa lapangan terbang juga ditutup manakala penerbangan dari Senai, Johor dijadual semula. Paling membimbangkan, pesakit yang berkaitan pernafasan meningkat dengn mendadak. Persoalannya, apakah langkah-langkah mengatasi masalah yang menjadi duri dalam daging bagi negara kita? Memang tidak dinafikan, tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar- besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian. Selain itu, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbón dioksida, karbón monoksida dan

Upload: anny-neza

Post on 01-Jan-2016

34 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Apakah Jerebu

 PENGENALAN

Mutakhir ini, negara kita sedang bergelut dengan masalah pencemaran udara iaitu jerebu

yang semakin membimbangkan.  Beberapa buah negeri telah dikenal pasti sebagai negeri yang

paling teruk terjejas akibat jerebu terutamanya negeri Johor.  491 buah sekolah di beberpa daerah

di Johor terpaksa ditutup.  Beberapa lapangan terbang juga ditutup manakala penerbangan dari

Senai, Johor dijadual semula.  Paling membimbangkan, pesakit yang berkaitan pernafasan

meningkat dengn mendadak.  Persoalannya, apakah langkah-langkah mengatasi masalah yang

menjadi duri dalam daging bagi negara kita?

       Memang tidak dinafikan,  tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara

terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat

pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di

samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang

sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.

      Selain itu,  bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah

jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbón dioksida, karbón monoksida

dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan

yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala

Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.

Page 2: Apakah Jerebu

DEFINISI JEREBU

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel

kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini

mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila

partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat

pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak

pandangan mata kasar.

Jerebu ialah keadaan  partikel  terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di

dalam keadaan udara kering. Pada amnya fenomena jerebu juga berpunca daripada pencemaran

udara.

Page 3: Apakah Jerebu

A INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) DAN PUNCA-PUNCA JEREBU

Indeks Pencemaran Udara atau IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus

(10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon

monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk

mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

NILAI IPU STATUS

0 - 50 Baik

51 - 100 Sederhana

101 - 200 Tidak Sihat

201 - 300 Sangat Tidak Sihat

301 - 500 Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio)

untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah -

Iangkah pencegahan.

PUNCA - PUNCA JEREBU

Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti

udara yang teruk ialah IPU 101-400. Masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia iaitu:

1) PEMBAKARAN SECARA TERBUKA

- Pembakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap

alam sekitar seperti yang dilakukan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia akhir-

akhir ini telah menyebabkan masalah jerebu di negara kita.

2) ASAP DARI KILANG DAN ASAP KENDERAAN

- Pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan

perindustrian yang menggunkan minyak dan arang batu sebagai bahan api. Selain

itu bahan-bahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat

di dalam industri seperti industri petrokimia dan industri kuari. Contoh kawasan

Page 4: Apakah Jerebu

perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang. Industri yang

berasaskan kayu juga mengundang masalah  jerebu. Bahan-bahan buangan sisa

industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan kayu

biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan menyebabkan karbon

monoksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan

habuk terampai dibebaskan ke udara yang kesemuanya boleh manambahburukkan

lagi masalah pencemaran udara dan jerebu. Selain itu, asap hasil daripada

pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya juga menyebabkan pertambahan

asap-asap di kawasan sekitarnya.

3) FAKTOR SEMULAJADI

- Fenomena El-Nino. Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik

meningkat secara tinggi berikutan pergerakan angin timuran yang perlahan di

tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama, Asia Tenggara akan

mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran  hutan seperti

yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang

udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang

berjerebu.

4) LETUPAN GUNUNG BERAPI.

- Contohnya letupan gunung berapi Krakatoa dalam tahun 1883 dan Gunung

Agung di Bali 1963, yang telah banyak mengeluarkan habuk dan gas-gas ke

dalam udara

Page 5: Apakah Jerebu

B DATA INDEKS PENCEMARAN UDARA ( IPU )

Berikut adalah maksud sebenar IPU atau nama penuh Indeks Pencemaran Udara. IPU

digunakan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk menentukan kualiti udara disesebuah kawasan

terutamanya di Malaysia. Dalam bahasa inggeris IPU turut dikenali sebagai APU yang

membawa maksud Air Pollutant Index.

Fungsi IPU adalah untuk mengkaji kadar tahap pencemaran udara seperti jerebu akibat daripada

pembakaran terbuka dan beberapa faktor lain. Seperti yang sedia maklum, kesan jerebu adalah

sangat bahaya kepada kesihatan manusia kerana mengandungi kimia dan tosik akibat dari

pembakaran terbuka. Tahap Ipu terbahagi kepada beberapa tahap seperti tertera dijadual

dibawah. IPU pada tahap 101 keatas adalah tidak sihat dan boleh memudaratkan kesihatan.

Sumber: Maksud Sebenar IPU Indeks Pencemaran Udara | melvister.com

Page 6: Apakah Jerebu

Bacaan Indeks Pencemaran Udara Terkini 28 Jun 2013

Berikut adalah bacaan terkini Index Pencemaran Udara IPU Terkini Jerebu Seluruh Malaysia bagi tarikh 28 Jun 2013 dari jam 6:00 pagi hingga 11:00 malam (akan dikemaskini dari masa ke semasa) bagi kawasan-kawasan berisiko tinggi yang diambil dari Jabatan Alam Sekitar.

Page 7: Apakah Jerebu

Nota / Note

* = Habuk Halus (PM10) c = Ozon (O3)a = Sulfur Dioksida (SO2) d = Karbon Monoksida (CO)b = Nitrogen Dioksida (NO2) & = Lebih daripada satu pencemar

Pengiraan IPU

Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2, CO, O3

dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambilkira sebagai

pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10)

adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.

Pembentukan ozon di permukaan bumi (O3)

Menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozon adalah tinggi dan

mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan. Di bawah pengaruh cahaya matahari, oksid-

oksid nitrogen dan sebatian organik meruap yang dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan

industri bertindakbalas bagi membentuk ozon di permukaan bumi.

Maklumat Titik Panas (NOAA18)/Hotspots Information (NOAA18)

Alhamdulillah nampaknya pagi ni mencatatkan banyak perubahan dimana tiada kawasan yang berada dalam index pencemaran udara (IPU) sangat tidak sihat dan juga bahaya. Bacaan IPT tertinggi dicatatkan adalah di Kota Tinggi, Johor iaitu mencatatkan IPU 94*. Sama-sama kita berdoa supaya negara kita pulih dari fenomena jerebu ni secepat mungkin

- See more at: http://fuh.my/ipu-terkini-28-jun-2013/#sthash.HrJmUvti.dpuf

http://fuh.my/ipu-terkini-28-jun-2013/

Page 8: Apakah Jerebu

C LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JEREBU

Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan. Jerebu akan memberi impak

yang negatif terhadap kesihatan dan boleh memudaratkan kesihatan seseorang. Berikut adalah

tindakan yang perlu diambil ketika negeri atau kawasan anda dilanda jerebu. Malaysia, Indonesia

dan Singapura telah membincangkan cara yang lebih ke hadapan secara praktikal bagi

mengurangkan risiko jerebu yang telah menjejaskan ketiga-tiga buah negara baru-baru ini.

Perbincangan itu dijalankan dalam mesyuarat tiga hala secara tidak rasmi yang diusahakan

Malaysia di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Asean (AMM) ke-46 di Bandar Seri Begawan di

Brunei.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.

Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.

Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.

Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang

terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU

yang melebihi 100 ) Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu

sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

http://www.moh.gov.my/v/jerebu

Langkah Mencegah Jerebu

Kurangkan aktiviti luar rumah

Page 9: Apakah Jerebu

Pakai mask atau topeng penutup hidung dan mulut Gunakan penghawa dingin ketika memandu Banyakkan minum air kosong Basuh tangan dan muka dengan sabun selepas melakukan aktiviti luar Mendapatkan rawatan sekiranya mengalami simtom akibat jerebu

Sumber: Langkah Mencegah Dan Kesan Jerebu Terhadap Kesihatan | melvister.com

http://www.melvister.com/2013/06/langkah-mencegah-dan-kesan-jerebu-terhadap-kesihatan.html

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-indonesia-dan-singapura-bincang-cara-kurangkan-risiko-jerebu/

 Langkah-langkah mengatasi jerebu

Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah :

1. Penguatkuasaan undang-undang.

Kilang-kilang diwajibkan memasang alat penapis asap di serombong asap. Serombong asap hendaklah ditinggikan 30 meter melepasi lapisan atmosfera bumi.

Tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat perladangan yang membakar ladang kelapa sawit di Sumatera, Riau atau Sumatera yang telah menyebabkan kejadian jerebu yang teruk di rantau ini.

2. Pendidikan alam sekitar.

Melalui pendedahan dalam mata pelajaran geografi dan sains, diharap dapat menyemai rasa mencintai alam sekitar. Diharap pembakaran terbuka sampah sarap oleh sektor rumah tangga dapat dikurangkan apabila telah ada kesedaran untuk melindungi bumi daripada fenomena cuaca seperti jerebu.

3. Kempen kesedaran alam sekitar.

Kempen yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti MNS dan WWF Malaysia juga dapat mengatasi masalah jerebu. Badan NGO melalui ceramah dan seminar boleh memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menghargai alam sekitar.

Page 10: Apakah Jerebu

4. Pembenihan awan untuk menghasilkan hujan.

Walaupun hujan yang turun merupakan hujan asid, tetapi dapat mengurangkan masalah jerebu! Udara akan kembali bersih selepas berlakunya hujan.

4. Penggunaan petrol tanpa plumbum

Ini dapat mengurangkan pengeluaran asap karbon kenderaan yang mencemarkan udara.

5. Penggunaan catalytic converter

Penggunaan alat ini juga mampu mengurangkan pengeluaran asap kenderaan. Oleh itu keadaan jerebu juga dapat dikurangkan.

6. Memakai topeng muka.

Untuk mengatasi daripada mendapat kesesakan nafas, batuk dan selsema pemakaian topeng muka ketika berada di luar rumah amatlah digalakkan.

7. Kempen kitar semula.

Melalui kempen kitar semula bahan buangan/sisa pertanian boleh dikitar menjadi bahan baru. Sisa-sisa pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh dijadikan baja kompos ataupun makanan ternakan. Manakala kayu  getah pula boleh dijadikan perabot seperti meja dan kerusi.

Langkah-langkah mengatasi masalah jerebu

Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.

Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbón dioksida, karbón monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.

Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.

Page 11: Apakah Jerebu

Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermasalah dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasi masalah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat dilakukan.

Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan pada peringkat global untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian-kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.

Page 12: Apakah Jerebu

d)

Kesan-kesan jerebu

Terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu. Antaranya ialah, ia boleh menjejaskan kesihatan manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Kesan kesihatan manusia yang paling ketara adalah  terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, neumonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Bagi haiwan pula,, kesihatan terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing  yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan.

Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerakkan cahaya matahari. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan mengganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat.

Risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan papal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar. Di dalam kes jerebu 1997, negeri Sarawak merupakan negeri yang paling teruk dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak diisytiharkan darurat Jerebu selama hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan semua sekolah terpaksa ditutup. (Kes terbaharu, IPU terburuk dicatatkan di Muar Johor iaitu mencecah angka 750)

Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses fotosíntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah berkurangan.

Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekali gus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.

Golongan Terdedah Kepada Kesan Jerebu

   Kanak-kanak.     Orang tua.     Perokok.     Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah.

Page 13: Apakah Jerebu

    Asma.     Bronkitis.     Radang paru-paru.     Penyakit paru-paru yang kronik.     Penyakit jantung.     Alahan.

Kesan dan Simtom Akibat Jerebu:

    Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk.     Sukar bernafas atau sesak nafas.     Mata pedih dan berair.     Hidung berair dan kerap bersin.     Kulit badan terasa gatal-gatal.     Sakit-sakit dada.

Page 14: Apakah Jerebu

D JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

Kanak-kanak Orang tua Mereka yang mengalami penyakit

o asmao bronkitiso radang paru-paruo penyakit paru-paru yang kroniko jantungo alahan

Perokok Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

APAKAH TANDA DAN GEJALA KESAN JEREBU KEPADA KESIHATAN

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk. Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas. Mata terasa pedih dan berair. Hidung berair dan kerap bersin. Kulit badan terasa gatal-gatal. Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

Kesan-kesan jerebu

Terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu. Antaranya ialah, ia boleh menjejaskan kesihatan manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Kesan kesihatan manusia yang paling ketara adalah  terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, neumonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Bagi haiwan pula,, kesihatan terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing  yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan.

Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerakkan cahaya matahari. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan mengganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat.

Page 15: Apakah Jerebu

Risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan papal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar. Di dalam kes jerebu 1997, negeri Sarawak merupakan negeri yang paling teruk dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak diisytiharkan darurat Jerebu selama hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan semua sekolah terpaksa ditutup. (Kes terbaharu, IPU terburuk dicatatkan di Muar Johor iaitu mencecah angka 750)

Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses fotosíntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah berkurangan.

Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekali gus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.

Berikut adalah antara Kesan Pada Kesihatan  semasa jerebu melanda

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu :

    • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.    • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.    • Mata terasa pedih dan berair.    • Hidung berair dan kerap bersin.    • Kulit badan terasa gatal-gatal.    • Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya korang mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

Pencegahan penyakit akibat jerebu, ikutilah nasihat ini

Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.

Page 16: Apakah Jerebu

Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.

Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang

terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-

kurangnya 8 gelas sehari) Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi

dinasihatkan keluar  dari  kawasan tersebut.

http://apims.doe.gov.my/apims/hourly3.php

http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=70&Itemid=160&lang=malay

Page 17: Apakah Jerebu
Page 18: Apakah Jerebu

PENUTUP

Page 19: Apakah Jerebu

Seterusnya,  jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan

hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah

bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan

khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.

   Tambahan pula, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks

Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah dan mengambil

tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari

semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas

yang berlebihan dapat diatasi

       Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran

dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh

dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian saintifik dan kajian

saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.

          Intihanya, semua pihak termasuklah rakyat Malaysia haruslah bersinergi dan berganding

bahu dalam menyelesaikan masalah jerebu di Malaysia, “bagai aur dengan tebing.” Sekiranya

masalah ini dipandang enteng, nyawa modal insan negara kita akan menjadi “seperti telur di

hujung tanduk.” Sekiranya masalah jerebu di negara kita tidak diatasi dengan segera, lama-

kelamaan efek buruknya akan menjadi berpanjangan dan berkekalan serta sukar untuk

diselesaikan dan ketika itu kita akan berasa menyesal tetapi sesal dahulu pendapatan, sesal

kemudian tidak berguna lagi.

Page 20: Apakah Jerebu