211432800 ceramah-jerebu

23
ISI KANDUNGAN BI L TAJUK MUKA SURAT 1. Pendahuluan 3 - 4 2. Punca-punca Jerebu 5 - 7 3. Kesan Terhadap Kesihatan 8 – 10 4 Langkah-langkah untuk mengatasi 11-14 5 Penutup 15 6 Rujukan 16

Upload: hafizah-noor

Post on 14-Apr-2017

86 views

Category:

Healthcare


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 211432800 ceramah-jerebu

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUKMUKA

SURAT

1. Pendahuluan 3 - 4

2. Punca-punca Jerebu 5 - 7

3. Kesan Terhadap Kesihatan 8 – 10

4 Langkah-langkah untuk mengatasi 11-14

5 Penutup 15

6

Rujukan 16

Page 2: 211432800 ceramah-jerebu

Type text] HBHE 3103

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar SJKC Chun Yin, Titi,

Jelebu, guru-guru dan murid-murid sekalian.Pada pagi yang indah ini saya ingin

mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang menjemput saya dari Jabatan Alam

Sekitar untuk menyampaikan ceramah tentang isu Jerebu yang melanda negara kita baru-

baru ini kepada semua warga sekolah dan ibu bapa sekalian.

Para hadiri yang dihormati,

Apakah jerebu?

Menurut Kamus Dewan DBP, jerebu bermaksud fenomena atmosfera yang berlaku apabila

debu,asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.Fenomena ini disebabkan

kewujudan partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat mata kasar dalam kuantiti yang

banyak dan terapung-apung di udara.

Jerebu bukan sekadar asap biasa ! Pakar-pakar alam sekitar dan kejuruteraan kimia memberi

amaran jerebu itu amat bahaya kerana ia mengandungi campuran gas beracun dan bahan

2

Page 3: 211432800 ceramah-jerebu

Type text] HBHE 3103

kimia termasuk magnesium. Bahan-bahan itu mampu menghakis permukaan paru-paru

sekali gus melumpuhkan sistem pernafasan manusia. Campuran bahan terampai tersebut

menjadi lebih berbahaya kerana ia bergabung dengan asap-asap kilang dan kenderaan yang

mengandungi plumbum serta nitrogen oksida yang boleh menyebabkan gangguan otak dan

berbahaya kepada paru-paru dan kesihatakan tubuh badan seseorang. .

Jerebu merupakan satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil

yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini

mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.

Memang tidak dapat dinafikan, masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami

oleh negara kita saban tahun. Jerebu berlaku apabila kehadiran partikel terampai di

atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Apabila

partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ia boleh menyekat

pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak

pandangan matakasar.  

Para hadirin yang dikasihi,

IPU diperoleh daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa

jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida,

nitrogen dioksida dan ozon. 

IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap

kesihatan seperti berikut:

Nilai IPU Status 

Nilai IPU Kualiti udara0 - 50 Baik51 - 100 Sederhana101 - 200 Tidak sihat201 - 300 Sangat tidak sihat

3

Page 4: 211432800 ceramah-jerebu

Type text] HBHE 3103

301 - 400 Berbahaya401 - 500 Sangat berbahayaLebih 501 DaruratSemenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala

Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran Udara

(IPU) di kedua-dua kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada tahun 2006,

masalah jerebu turut berlaku sekali lagi. Masalah jerebu yang banyak mengundang

kontroversi ini, sebenarnya disebabkan oleh beberapa punca, persis kata orang tua-tua , “

jikalau tiada angin, masakan pokok bergoyang ”.

Keadaan udara yang berjerebu di negara kita amat membahayakan kesihatan rakyat.

Persoalannya, apakah punca-punca berlakunya masalah jerebu?

 

Sebenarnya, masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia sendiri iaitu pertamanya

melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam

sekitar.  Contohnya, asap tebal hampir menjadi masalah tahunan kepada Singapura dan

4

Page 5: 211432800 ceramah-jerebu

Type text] HBHE 3103

Malaysia, selalunya bermula pada pertengahan tahun apabila peladang di Indonesia

membersihkan ladang secara murah dengan membakarnya.  Maklumat daripada ASEAN

Specialised Meteorological Centre (ASMC) juga menunjukkan lingkaran asap jerebu dari

kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia hingga ke selatan Pantai

Barat Semenanjung.  Keadaan ini telah menyebabkan Malaysia mengalami masalah jerebu

yang membimbangkan.

Selain itu, terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan

pembakaran terbuka.Tindakan  masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka

tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini

dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan

buangan sama ada individu ataupun pemilik kilang. Contohnya, sesetengah anggota

masyarakat melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri.

Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah

atau pusat pengitaran sampah semula. Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan

sebagainya bertindak membakar sendiri bahan buangan kilang mereka. Ada pula sesetengah

petani yang membakar jerami padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum

melakukan penanaman semula. Mereka tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak

5

Page 6: 211432800 ceramah-jerebu

Type text] HBHE 3103

akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat

luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan

jerebu. Mereka juga tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu

tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya,

pembakaran terbuka ini mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan

jerebu.Hal ini nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah

yang menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan

tumbuh-tumbuhan.

Asap daripada kenderaan

Tambahan pula,  peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan

tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia,

terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya dan telah menyebabkan 16.2 tan karbon

monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas

menyebabkan keadaan jerebu bertambah parah kerana kenderaan tidak bergerak tetapi

mengeluarkan asap yang mencemarkan udara.  Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya

akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan

berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke

angkasa lepas.  Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara

kita.

Asap daripada kilang

Selain itu, faktor yang memburukkan lagi keadaan ialah pengeluaran asap yang tidak

terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunakan

minyak dan arang batu turut menjadi punca utama jerebu.   Sikap pengusaha kilang

yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap

dari kilang dilepaskan ke udara dan telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak

sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk

menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan

ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi

6

Page 7: 211432800 ceramah-jerebu

Type text] HBHE 3103

berjerebu.  Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang

corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara.  Contoh

kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang.

Masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat

dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan

pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa

yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan

kebakaran hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas

ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang

berjerebu.

Sementara itu, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas

sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar sendiri akibat suhu meningkat

sehingga menyebabkan jerebu berlaku. Hal ini demikian kerana fenomena pemanasan

global.

Di samping itu, pembebasan debu daripada letupan gunung berapi juga menyebabkan

keadaan cuaca berjerebu. Gunung-gunung yang masih aktif di negara Indonesia tamsilnya

mengeluarkan asap tebal sebagai fenomena gunung berapi akan meletus. Hal ini

menyebabkan jarak penglihatan terbatas dan penerbangan tergendala.

Para hadirin sekalian ,

Memang tidak dinafikan juga, fenomena jerebu mendatangkan kesan negatif terutama

terhadap tahap kesihatan rakyat di negara kita.   Antaranya ialah, jerebu boleh menjejaskan

kesihatan rakyat terutamanya sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma,

sakit kerongkong, selesema, batuk, nemonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan

jantung.  Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi

semakin rendah.  Oleh itu bilangan golongan tua dan kanak-kanak yang jatuh sakit berkaitan

7

Page 8: 211432800 ceramah-jerebu

Type text] HBHE 3103

dengan sistem pernafasan telah meningkat mendadak akibat jerebu dan terpaksa menerima

rawatan di hospital atau di klinik.

Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku

disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan

menyerakkan cahaya matahari.    Hal ini amat menakutkan kerana risiko kemalangan boleh

berlaku seperti kapal terbang dan kapal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin

besar.  Keadaan ini amat membahayakan keselamatan rakyat kerana kemalangan boleh

mengakibatkan kemusnahan harta benda, kecederaan dan kehilangan nyawa.

Tambahan pula, aktiviti harian masyarakat turut terjejas akibat masalah jerebu.  Apabila

Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap tidak sihat atau membahayakan, sebarang

bentuk aktiviti luar tidak digalakkan.  Contohnya, di kawasan-kawasan yang dilanda jerebu,

banyak sekolah terpaksa ditutup demi menjamin kesihatan pelajar.  Program-program dan

acara luar seperti sukan, dibatalkan.  Keadaan ini menunjukkan bahawa masalah jerebu telah

mengganggu aktiviti harian masyarakat di negara kita.

Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara turut terjejas

akibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang rendah

menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan

demi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat

dalam bidang perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mencari

pendapatan buat sementara waktu.

Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang lebih serius akan

timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu. Sumber pendapatan negeri-

8

Page 9: 211432800 ceramah-jerebu

Type text] HBHE 3103

negeri yang berasaskan industri pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan merosot

kerana industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam

negeri malah dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih

berlaku di Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasa

melancong ke Malaysia. Secara tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat

jerebu.

Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi menyelesaikan

masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam mengatasi

masalah tersebut, persis kata orang-orang tua, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

Pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi.

Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu yang melanda rakyat Malaysia

selama 20 tahun, sudah pasti negara Malaysia dapat berkembang maju dalam banyak bidang.

Terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu. Antaranya ialah, ia boleh menjejaskan

kesihatan manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Kesan

kesihatan manusia yang paling ketara adalah  terhadap sistem pernafasan dan boleh

menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, neumonia dan penyakit-penyakit yang

berkaitan dengan jantung. Bagi haiwan pula,, kesihatan terganggu sekiranya haiwan tersebut

memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Ternakan seperti

lembu, kerbau dan kambing  yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan

makanan.

Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku

disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan

menyerakkan cahaya matahari. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar

kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan mengganggu aktiviti perkhidmatan

udara dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat.

Risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan papal laut atau kenderaan di

jalan raya menjadi semakin besar. Di dalam kes jerebu 1997, negeri Sarawak merupakan 9

Page 10: 211432800 ceramah-jerebu

Type text] HBHE 3103

negeri yang paling teruk dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak diisytiharkan darurat

Jerebu selama hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti ekonomi di bandar

Kuching lumpuh dan semua sekolah terpaksa ditutup. (Kes terbaharu, IPU terburuk

dicatatkan di Muar Johor iaitu mencecah angka 750)

Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang

kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses

fotosíntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah

berkurangan.

Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun

selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca

daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan,

meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekali gus mengganggu keseimbangan dalam

ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.

Para hadirin yang dihormati,

Mutakhir ini, negara kita sedang bergelut dengan masalah pencemaran udara iaitu jerebu

yang semakin membimbangkan.  Beberapa buah negeri telah dikenal pasti sebagai negeri

yang paling teruk terjejas akibat jerebu terutamanya negeri Johor.  491 buah sekolah di

beberpa daerah di Johor terpaksa ditutup.  Beberapa lapangan terbang juga ditutup manakala

penerbangan dari Senai, Johor dijadual semula.  Paling membimbangkan, pesakit yang

berkaitan pernafasan meningkat dengn mendadak.  Persoalannya, apakah langkah-

langkah mengatasi masalah yang menjadi duri dalam daging bagi negara kita?

Memang tidak dinafikan,  tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara

terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan

alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah

jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau

syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.

10

Page 11: 211432800 ceramah-jerebu

Type text] HBHE 3103

Selain itu,  bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah

jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbón dioksida, karbón

monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian,

bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang

terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.

Seterusnya,  jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan

hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar

telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri

pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.

Tambahan pula, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks

Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah dan mengambil

tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari

semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau

gas yang berlebihan dapat diatasi.

Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran

dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama

boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian saintifik dan

kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.

Partikel yang mempunyai bahan kimia iaitu penyebab jerebu boleh mendatangkan

kemudaratan kepada kesihatan. Kesannya, pelbagai penyakit wujud terutama yang

melibatkan penyakit salur pernafasan seperti asma dan konjunktivitis serta mengancam

golongan yang berisiko dan mereka yang mengalami alahan kepada udara yang tidak sihat.

Oleh kerana jerebu berbahaya kepada kesihatan manusia, maka nasihat dan perlindungan

daripada bahaya jerebu amat penting diikuti oleh masyarakat. Kandungan jerebu dan

kesannya amat signifikan kepada masyarakat dalam jangkamasa pendek dan panjang bagi

11

Page 12: 211432800 ceramah-jerebu

Type text] HBHE 3103

kehidupan yang sihat. Jerebu memberi kesan terhadap kesihatan seseorang terutama kepada

golongan tertentu yang berisiko tinggi iaitu : orang tua , kanak-kanak, perokok, mereka

yang sentiasa bekerja di luar rumah, golongan berpenyakit seperti asma, bronchitis, radang

paru-paru ,penyakit paru-paru yang kronik, penyakit jantung, alahan

Untuk maklumat para hadirin , kesan-kesan yang akan di alami setelah terdedah secara

berterusan kepada jerebu termasuklah :

Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk. sukar bernafas atau sesak nafas, mata pedih

dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan sakit-sakit dada

Justeru, langkah pencegahan perlu di ambil apabila terdapat tanda-tanda tersebut bagi

mengelak diserang penyakit yang boleh membawa maut. Di antara langkah-langkah

pencegahan tersebut ialah :

Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung

atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan

penyakit bertambah buruk.Mereka yang berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat

seperti yang dinasihatkan.

Penutup hidung hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang

bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan kumpulan berisiko

tinggi.Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang

terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

Gunakan alat penghawa dingin dalam kenderaan ketika sedang memandu.Orang ramai

dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.

12

Page 13: 211432800 ceramah-jerebu

Type text] HBHE 3103

Tidak merokok di dalam rumah terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil, ibu bapa

tua dan sanak saudara yang berpenyakit. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok

apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100).

Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Kurangkan aktiviti

sukan di luar rumah.Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar

kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di

kawasan mereka. 

Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan pembakaran

hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan

penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan

masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak

atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.

Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu

di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbón dioksida, karbón monoksida dan

sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan

yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala

Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.

Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan.

Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah

bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan

awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.

Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran

Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermasalah dan mengambil tindakan

susulan untuk mengatasi masalah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa

ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang

berlebihan dapat dilakukan.

13

Page 14: 211432800 ceramah-jerebu

Type text] HBHE 3103

Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran

dan pada peringkat global untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh

dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian-kajian saintifik

digiatkan untuk menangani masalah ini.

Hadirin yang dikasihi,

Sebagai penutup bicara, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang

buruk kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi

tidaklah menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh

aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya

langkah-langkah efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan

persis kata orang tua-tua, “sebelum nasi menjadi bubur”. Sekiranya masalah jerebu tidak

mendapat perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan

alam sekitar. Oleh itu, semua wargabumi haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan

masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat dapat hidup

dengan selamat. Tidak gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika langkah-

langkah pencegahan tidak dimulakan dan dilakukan dari sekarang kerana pepatah melayu

ada berbunyi, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.

Sebelum saya mengakhiri ceramah ini, ingin saya tegaskan bahawa kualiti udara yang bersih

amat penting untuk menjamin kesihatan penduduk di rantau ini. Semua pihak perlu

berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk mengatasi masalah jerebu ini.  Usaha ini

sangat penting demi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.  

Rakyat yang sihat merupakan tonggak utama untuk memastikan kemajuan sesebuah negara

kerana 'Rakyat Sihat Negara Maju'. 

Sekian ,terima kasih. Sampai disinilah ucapan ceramah saya pada pagi yang mulia ini.

Bahan Rujukan Internet :

Aifen (2011) Koleksi karangan Jerebu . Dicapai dari laman web

14

Page 15: 211432800 ceramah-jerebu

Type text] HBHE 3103

http://bmngaifen.blogspot.com/2011/10/koleksi-internet-karangan-jerebu.html

Azhar Salleh (2009) Punca fenomena jerebu. Dicapai dari laman web http://bahasamelayuupsrpmr.blogspot.com/2009/03/karangan-punca-fenomena- jerebu.html

Bencana Jerebu; Kesan pembakaran terbuka (2009) Dicapai dari laman web http://institutsmat.blogspot.com/2009/12/jerebu_15.html

Geografi STPM , Jerebu . Dicapai dari laman web

http://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/jerebu.html

Kalsom Binti Haron .( 2013) Langkah-langkah mengatasi jerebu . Dicapai dari laman web http://cikguchom.blogspot.com/2013/06/karangan-contoh-17-langkah-langkah.html

Kalsom Binti Haron .( 2013) Kesan-kesan negatif jerebu . Dicapai dari laman web http://cikguchom.blogspot.com/2013/06/karangan-16-kesan-kesan-negatif-jerebu.html

Ng Ai Fen.(2011) Bencana alam di Malaysia. Dicapai dari laman web http://forum.engkabang.net/index.php?topic=47221.0

Tempoyak Ma Sin.(2013) Jerebu. Dicapai dari laman web http://tempoyakduriangoreng.blogspot.com/2013/06/jerebu.html

Ust.Kazim. (2011) Apakah jerebu. Dicapai dari laman web http://bernama548.blogspot.com/2011/07/apakah-jerebu.html

15