hbae1103 pendidikan seni visual

22
FALKUTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBAE1103SMP PENDIDIKAN SENI VISUAL TAJUK TUGASAN : CADANGAN PELAN BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN HURAIAN DARI ASPEK FIZIKAL, SOSIAL DAN EMOSI NAMA : SAJIDIN BIN JAIS NO. ID PELAJAR : 781218135077001 NO.KAD PENGENALAN : 781218-13-5077 EMAIL : [email protected] NO. TELEFON BIMBIT : 013 - 8045077 NAMA TUTOR : ENCIK ENTAI AK MIGANG PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SARAWAK UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA BATU 9½, TAMAN PRINCESS JALAN KUCHING – SERIAN 1

Upload: dinct1978

Post on 16-Dec-2015

102 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Hbae1103 Pendidikan Seni Visual

TRANSCRIPT

FALKUTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBAE1103SMPPENDIDIKAN SENI VISUALTAJUK TUGASAN :CADANGAN PELAN BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN HURAIAN DARI ASPEK FIZIKAL, SOSIAL DAN EMOSI

NAMA : SAJIDIN BIN JAISNO. ID PELAJAR : 781218135077001 NO.KAD PENGENALAN : 781218-13-5077EMAIL : [email protected]. TELEFON BIMBIT : 013 - 8045077

NAMA TUTOR : ENCIK ENTAI AK MIGANGPUSAT PEMBELAJARAN: PUSAT PEMBELAJARAN SARAWAK UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA BATU 9, TAMAN PRINCESS JALAN KUCHING SERIAN KUCHING, SARAWAK.

SEMESTER JANUARI 2013

ISI KANDUNGAN1.0 BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL . ms 31.1PENGENALAN .. ms 31.2PELAN CADANGAN REKABENTUK BILIK SENI VISUAL1.2.1Cadangan Pelan Lantai Bilik Seni SK Bako ms 41.2.2Perincian Ruang Dalam Bilik Pendidikan Seni Visual ... ms 5A. Ruang Pejabat Seni .. ms 5B. Stor Bilik Seni .. ms 6C. Ruang Cetakan ms 7D. Ruang Tekstil ms 8E. Ruang Tembikar .. ms 9F. Koridor . ms 9G. Taman Ilham ms 9H. Ruang Pengajaran dan Pembelajaran ms 10I. Blok Pameran ms 11 Kemudahan dan Kelengkapan lain ... ms 112.0BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL DARI ASPEK FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL1) Aspek fizikal .. ms 122) Aspek Sosial .. ms 133) Aspek emosi .. ms 133.0GAMBARAN BILIK SENI VISUAL SK BAKO ms 14RUANG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ms 164.0PENUTUP ms 17RUJUKAN ms 18

1.0 BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL1.1PENGENALANDalam mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, peranan guru amat penting dalam pengurusan terutamanya dalam menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi impak yang maksimum kepada murid. Ini kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual di sesebuah sekolah terletak kepada guru dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio Pendidikan Seni Visual. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan dalam bentuk teori dan praktikal tetapi pendekatannya bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk mengendalikannya asalkan meliputi tiga domain iaitu, pengetahuan, kemahiran dan nilai.Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah kegiatan kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihat dan diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi. Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan pemupukan minat terhadap Pendidikan Seni Visual dapat dikembangkan.

1.2PELAN CADANGAN REKABENTUK BILIK SENI SK BAKO, KUCHING1.2.1Cadangan Pelan Lantai Bilik Seni SK Bako

Saya telah melengkapkan satu pelan lantai yang sesuai dengan kehendak pelajar. Dengan terciptanya ruang seni ini diharapkan pelajar-pelajar dapat meluahkan hasil-hasil karya mereka apabila berada di ruang pendidikan seni visual ini. Konsep bilik seni yang saya bawakan adalah lebih kontemporari dengan mengekalkan keperluan asas di dalam bilik seni. Terdapat beberapa ruang utama didalam bilik seperti ruang utama pengajaran dan pembelajaran, ruang cetakan , ruang tembikar, ruang tekstil, ruang pejabat seni, stor dan sebagainya. Semuanya ini bertujuan untuk memberi keselesaan yang optimum kepada pelajar-pelajar yang menggunakan ruang pendidikan seni yang saya ilhamkan ini.

1.2.2Perincian Ruang Dalam Bilik Pendidikan Seni VisualA. Ruang Pejabat Seni

Ruang pejabat seni juga penting untuk melaksanakan aktiviti perkeranian. Ianya juga berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan penerimaan, merekod, penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok. Di ruang pejabat ini juga digunakan sebagai tempat menerima, mengesah dan memperakukan barang yang diterima daripada pembekal.

B. Stor Bilik Seni

Stor berada bersebelahan dengan ruang pejabat seni. Stor ini digunakan untuk menyimpan pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu sebarang proses membuat aktiviti yang diperlukan. Stor penyimpanan alatan amat diperlukan sama sekali. Ini kerana di dalam bilik seni ini guru perlu menyediakan pelbagai stok alatan serta bahan-bahan keperluan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis alatan serta bahan untuk kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz, cat dalam pelbagai warna dan jenis seperti cat minyak, cat air, cat paster, lilin, gunting, pisau dan sebagainya. Oleh itu alat dan bahan ini perlu diasingkan dan disimpan ditempat yang selamat. Selain itu, stor juga boleh digunakan untuk menyimpan alat atau bahan seperti buku-buku, folio-folio dan hasil kerja pelajar di atas rak kayu yang dibina di dalam stor. Stor ini juga dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih untuk memudahkan semua aktiviti yang berlaku di dalam stor ini.

C. Ruang Cetakan

Ruang cetakan penting agar pelajar dapat mencetak hasil-hasil seni mereka. Pelbagai alat cetakan yang menggunakan teknologi canggih mahupun yang bersifat konvensional disediakan di ruangan ini. Pelajar boleh mempelajari teknik cetak konvensional seperti Cetak tinggi (relief print), wood cutprint, wood engraving print, lino cut print, Cetak dalam (Intaglio) dry print, etsa, mizotint, sugartint, Sablon (Silk screen). Teknik cetak dengan teknologi moden adalah seperti offset dan digital print. Dengan ini ruangan cetakan banyak membantu pelajar menghasilkan karya-karya seni hasil gabungan teknologi moden dan konvensional.

D. Ruang Tekstil

Tidak jauh dari ruang tembikar, terletak ruang tekstil. Ruang ini juga tidak jauh bezapenggunaannya dengan ruang tembikar. Dari segi saiz dan struktur ruangnya adalah sama, cuma dari segi peralatan, proses dan produknya adalah berbeza. Di dalam bilik ini terdapat ketuhar pemanas, tempat mencelup kain, alat acuan menekap kain, meja untuk menekap kain, ampaian untuk menjemur kain juga peralatan lain yang bersesuaian. Proses untuk menghasilkan tekstil yang lengkap bermula di ruang ini. Dari sehelai kain putih yang kosong sehinggalah menjadi sehelai kain yang lengkap dengan pelbagai corak melalui proses menekap, melukis secara free hand dan pelbagai teknik terkini mengikut teknologi sekarang iaitu menggunakan komputer. Ruang tekstil juga menggunakan penyaman udara pada sebelah atas dinding untuk mendapatkan pengudaraan yang sistematik.

E. Ruang Tembikar

Bilik seni ini juga dilengkapi dengan ruang tembikar. Ruang ini dilengkapi dengan alat-alat untuk membuat tembikar seperti tanah liat, mesin acuan, mesin ketuhar, tanur elektrik, batu-bata yang berasaskan aluminium silikat untuk tujuan pembinaan dan lain-lain bahan yang berkaitan. Ruang ini khusus untuk peserta-peserta membentuk tembikar yang diingini. Selain daripada alat-alat tembikar, ruang ini juga dilengkapi dengan sudut pameran tembikar untuk dipamerkan kepada pengunjung yang hadir. Ruang ini diletakkan penghawa dingin dan tingkap yang banyak dengan tujuan memberi ruang untuk pengudaraan yang lebih sistematik. F. KoridorDinding koridor ini boleh digunakan oleh pelajar melukis mural yang boleh dipadam dan digunakan kembali mengikut keperluan. Dengan ini mural-mural selalu bertukar ganti dan dibuat mengikut design atau ilustrasi terkini. Dengan adanya ruang khas untuk pelajar melukis mural, ianya memudahkan lagi hasil-hasil seni pelajar dipamerkan secara tidak langsung.G. Taman IlhamRuangan ini terletak di kawasan luar bilik seni dan berfungsi sebagai kawasan untuk bersantai setelah penat bekerja atau membuat pelbagai aktiviti. Murid-murid atau pengunjung-pengunjung yang datang boleh berehat atau menenangkan fikiran melalui dua buah sudut alam yang disediakan di situ. Sudut alam itu merangkumi kawasan taman yang menghijau dan terdapat kolam ikan. Suasana ini sudah pasti memberi ketenangan kepada pengunjung-pengunjung yang hadir dan dapat memberi inspirasi kepada semua. Ketenangan minda juga lahir apabila pengunjung melihat pergerakan ikan-ikan yang berenang-renang didalam kolam yang lengkap dengan landskap yang cantik. Di samping dapat berehat dan menenangkan fikiran, pengunjung-pengunjung yang datang ke ruangan ini dapat bertukar-tukar fikiran tentang perkara-perkara yang ingin dikongsikan bersama.

H. Ruang Pengajaran dan Pembelajaran

Ruang ini terletak di kawasan tengah bilik menjadi tempat berlangsungnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di dalam ruang ini ditempatkan meja, kerusi, kabinet menyimpan barangan, tong sampah, serta beberapa kelengkapan lain yang bersesuaian. Bilik ini boleh menempatkan lebih kurang 40 orang murid juga peserta dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Bilik ini dilengkapi dengan penghawa dingin, kipas angin serta pencahayaan yang terang bagi memberikan keselesaan kepada pelajar dan guru semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ruang tengah bilik ini disediakan meja-meja pameran bagi mempamirkan hasil kerja pelajar atau kerja kursus pelajar tingkatan lima yang mengambil matapelajaran pendidikan seni visual ini. Kedudukan meja pelajar disusun sedemikian bagi membolehkan pelajar melakukan aktiviti secara berkumpulan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.I. Blok PameranBlok pameran ini berada di tengah-tengah bilik seni di dalam ruangan utama pengajaran dan pembelajaran. Ianya memudahkan sesiapa sahaja yang berkunjung untuk melihat hasil-hasil seni pelajar yang dipamerkan. Rak kayu yang diletak ditengah-tengah ruang pameran dapat mempamerkan beberapa hasil 3 dimensi pelajar seperti arca, assemblaj, stabail, boneka, diorama, model dan origami. Selain itu juga guru boleh mempamerkan hasil kraf tradisional seperti tembikar, anyaman, seni ukiran kayu, gasing dan sebagainya. Seterusnya dengan adanya papan pameran gantung juga dapat mempamerkan hasi lpelajar seperti mobail, topeng, model dan sebagainya. Objek-objek ini mampu untuk meransangkan deria pelajar disamping memberi peluang kepada pelajar untuk melihatdan menyentuh objek tersebut.

Kemudahan dan Kelengkapan lainDi dalam bilik seni ini juga ada disediakan sinki untuk membasuh alat-alat yang telah digunakan dan disimpan semula ke dalam kabinet. Bagi penggunaan sinki, penggunahanya perlu menghulurkan tangan dan air akan keluar dengan sendiri sama ada air biasa atau air yang bersuhu panas dimana ianya menggunakan teknologi sensor. Sinki ini juga boleh disorokkan seandainya tidak perlu digunakan. Kabinet yang terdapat disini akan masuk ke dalam dinding sewaktu tidak digunakan dan akan keluar semula seandainya perlu digunakan. Ini semua adalah untuk menjimatkan ruang dan memberi keselesaan kepada pengguna-pengguna. Oleh kerana bilik seni ini merupakan kawasan yang berisiko tinggi berlaku kemalangan, maka di sini juga disediakan peralatan kecemasan. Peralatan kecemasan yang disediakan bertujuan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku sewaktu proses mencanting dan seumpamanya. Ruang untuk menyimpan peralatan kecemasan ini adalah tahan daripada segala bentuk bencana seperti kebakaran dan sebagainya.

2.0BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL DARI ASPEK FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL

Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sama ada di bilik seni ataupun di sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal dan suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif untuk sesuatu pelajaran.

(a) Aspek fizikalBerdasarkan pelan yang telah dihasilkan, saya menekankan aspek fizikal iaitu dengan cara menentukan bilik seni adalah sentiasa berkeadaan bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar disediakan dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara berikut menyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan. Langkah ini dilakukan bagi memudahkan murid menjalankankan aktiviti secara koperatif dan mereka juga dapat berbincang tentang projek yang perlu disiapkan dalam kumpulan masing-masing.Di samping itu suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta, gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar mampu mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta merangsang minda pelajar berfikir lebih kreatif. Saiz studio juga memainkan peranan yang penting. Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan. Pengudaraan dan pencahayaan juga amat penting. Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi telah disediakan bagi bilik seni yang saya cadangkan bagi membolehkan cahaya masuk dan udara beredar bebas dalam studio. Keadaaan cahaya dan udara studio yang cukup dapat membangkitkan suasana yang segar dan membawa keselesaan kepada murid. Penyediaan tong sampah di setiap sudut bilik seni dapat meningkatkan keadaan kebersihan dan keindahan. Bilik darjah yang bersih dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

(b) Aspek SosialBerdasarkan cadangan bilik seni yang dihasilkan oleh saya juga menekankan suasana sosial yang kondusif. Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya dalam bilik darjah. Murid yang dapat berinteraksi dalam pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan disinilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek emosi dalam bilik pendidikan seni akan dapat menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru untuk lebih menghargai nilai estetika yang ada dalam seni itu sendiri. Aspek social merupakan pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar. Dengan adanya interaksi social ini maka wujudlah suasana interaksi sesama murid. Di samping itu komunikasi antara guru dan murid akan menjadi lebih berkesan dengan adanya keadaan sosial yang kondusif ini. Ia juga mampu menggalakkan pendedahan kepada kepelbagaian budaya dalam masyarakat kita yang berbilang kaum.

(c) Aspek emosiAspek emosi juga ditekankan dalam membina bilik seni ini. Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan adil, bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Suasana seperti ini saya wujukan dengan cara memenuhi kehendak fisiologi murid terlebih dahulu. Keperluan fisiologi ini dapat ditingkatkan dengan cara memuaskan keseluruhan deria yang ada pada murid. Di samping keperluan fisiologi, kehendak mental juga perlu dipenuhi. Ini perlu kerana kehendak mental amat perlu bagi murid untuk berfikir. Bilik seni yang selesa mampu membentuk suasana yang dapat meransang kreativiti murid untuk berkarya serta mewujudkan suasana persekitaran yang memberi keyakinan untuk terus berkarya serta menghasilkan nilai seni yang boleh dibanggakan.

3.0GAMBARAN BILIK SENI VISUAL SK BAKOPeralatan Pendidikan Seni Visual yang digunakan untuk Penghasilan Produk disusun dengan kemas di dalam almari terbuka di dalam bilik stor.

Singki Air - Sebaiknya ada beberapa singki air untuk membantu proses P&P

SUDUT PAMERAN HASIL KERJA PELAJARRUANG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSusun atur kerusi dan meja pelajar dari arah belakang. Pencahayaan yang sempurna, kipas angin dan pengudaraan yang baik.

Sudut bacaan dan buku rujukan di susun rapi di dalam rak yang mudah untuk digunakan

Kedudukan meja guru serta penggunaan peralatan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan fail juga disusun dengan rapi.

Papan kenyataan yang mengandungi maklumat dan carta organisasi panatia PSV.

4.0PENUTUPPengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai juga perlu dipamerkan dalam bilik seni.Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, kemudahan bilik seni yang futuristik dan kondusif diperlukan bagi meningkatkan lagi kepekaan murid, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang murni.

RUJUKAN

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, (2006). Teknologi & Rekabentuk Grafik Digital, Kuala Lumpur: Venton Publishing.Jemaah Nazir Sekolah.(2003). Pengurusan Pendidikan Seni Visual sekolah menengah dan rendah. KL:Kementerian Pendidikan MalaysiaKathleen Chee, (2006). SPM Fokus U: Pendidikan Seni Visual. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Selangor.Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP.Mazlan. M. (1997) Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni. KL: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.3