hbae1103 pengenalan pend seni visual

21

Click here to load reader

Upload: helen-sungul

Post on 26-Sep-2015

294 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

HBAE1103

640802135958001

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBAE1103PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUALMEI 2014

NAMA

:HELEN JACK SUNGUL

NO.KAD PENGENALAN: 640802135958NO.MATRIK

: 640802135958001NO.TELEFON

: 0198778560E-MAIL

: [email protected]

: RICHARD ANAK BANDAR

Email: [email protected]

PUSAT

:SARAWAK LEARNING CENTREKURSUS

:SMP ( ambilan September 2013)PORTFOLIO PENDIDIKAN SENI VISUAL

ISI KANDUNGANBILPERKARAMUKA SURAT

1.0PENGENALAN1.1 Definisi Pendidikan Seni Visual4

2.0Koleksi Gambar Tabung2.1 Pelbagai Jenis Tabung Duit2.2 Koleksi Reka Bentuk Tabung 2.3 Koleksi Gambar Flora Sebagai Sumber Ilham 2.4 Lakaran Perkembangan Idea2.5 Lakaran Motif Flora

2.6 Lakaran Motif Pilihan

2.7 Lakaran Perkembangan Idea Motif Pilihan2.8 Catan2.9 Lakaran Kajian Motif Tabung2.10 Lakaran Pengolahan Idea Tabung2.11 Lakaran Sebenar Tabung2.12 Lakaran Perbezaan Warna2.13 Olahan Lukisan Persembahan5566778899101111

3.0PROSES DAN TEKNIK

3.1 Melukis Lakaran Pensil3.2 Lakaran Timbul Melalui Kawalan Pensil3.3 Proses Menggunting/Memotong Motif3.4 Proses Melakar Motif3.5 Melekat Koleksi Gambar Motif3.6 Mewarna Teknik Basah Atas Basah3.7 Proses Mengukir

3.8 Corak Ukiran Timbul111212121313141415

4.0ALATAN DAN BAHAN15

5.0PERSEMBAHAN16

6.0KESIMPULAN16

7.0RUJUKAN16

1.0 PENGENALAN

Pendidikan seni visual ataau di kenali sebagai seni tampak ialah penghasilan karya seni yang dilukis, diwarna dan hasil seni yang diolah menjadi karya 2 dimensi. Karya seni tampak mengambil kira penerokaan keseluruhan unsur seni dan prinsip rekaan . Pengkajian seni tampak memperlihatkan kajian mengenai garisan, rupa bentuk, ruang dan sebagainya yang mana ia digabung jalin menjadikan karya seni tampak lebih elegan dan mempunyai nilai estetika yang tersendiri.

Malah seni tampak mampu dilihat sebagai pencetus pemikiran masyarakat berkenaan dengan luahan emosi dan perasaan. Selain itu ia juga mewujudkan kesejagatan dari aspek penggunaan bahan. Hasil seni tampak juga dapat dijadikan meda kajian pemahaman pendidikan awal seseorang kanak-kanak. Konsep adanya contengan awal, skimatik, awal remaja dan remaja jelas menandakan bahawa visual mampu membentuk kematangan individu.

Secara logiknya, seni tampak lebih membicarakan bagaimana visual yang diterjemahkan ke atas permukaan kertas mampu memberi makna yang tersurat dan tersirat kepada masyarakat. Ia telah dibuktikan dengan adanya karya seperti poster anti dadah dan sebagainya. Karya grafik khasnya lebih jelas diguna pakai dalam bidang perniagaan yang mana idea dan konsep disebalik karya banyak mempengaruhi kehidupan manusia. Contoh logo barangan sukan seperti Adidas, Nike dan Puma. Badan-badan korporat seperti perbankkan . Contoh logo bank HSBC .

Seni tampak bukan sekadar lukisan semata-mata tetapi ia sebuah ilmu yang mewujudkan budaya keilmuan yang memberi kematangan pemikiran, daya inovasi dan kreativiti daya cipta manusia. Alam sekeliling memberi ilham untuk berkarya. 2.0 KOLEKSI GAMBAR TABUNG 2.1 PELBAGAI JENIS TABUNG DUITKoleksi gambar pelbagai jenis tabung duit merupakan tema utama kajian ini . Gambar ini menjadi asas idea untuk membuat rekaan tabung duit. Ia juga menjadi rujukan untuk memperkembangkan idea bagi membuat rekaan baru. Pengolahan reka bentuk berdasarkan kepada gabungan jenis gambar koleksi ini .

2.2 KOLEKSI REKA BENTUK TABUNGLakaran rekaan tabung duit hasil daripada koleksi gambar yang telah dikumpul. Idea ini hasil penghayatan berpandukan gambar. Reka bentuk diubahsuai agar mendapat idea yang baru. Ini juga menampakkan perkembangan idea tentang kajian tabung duit.

2.3 KOLEKSI GAMBAR FLORA SEBAGAI SUMBER ILHAM

Koleksi gambar flora yang pelbagai bertepatan dengan tema corak yang hendak dibuat pada tabung. Flora yang menjadi sebagai asas kepada corak ukiran akan digabung dengan corak baru supaya menjadi reka corak yang dikehendaki pada projek akhir.

Koleksi ini dijadikan kajian kepada warna dan pengumpulan data untuk proses seterusnya . Gambar tersebut hasil daripada penghayatan tentang alam sekitar.

2.4 LAKARAN PERKEMBANGAN IDEALukisan ini merupakan lakaran / sketching awal rupa bunga / flora yang menjadi asas idea ukiran. Lukisan ini hasil daripada pemerhatian visual melalui gambar flora yang dikumpul. Lakaran ini dapat meningkatkan daya kreativiti untuk mencipta gabungan reka bentuk ukiran.

2.5 LAKARAN MOTIF FLORA

Lakaran tentang flora yang menjadi dasar ukiran tradisional. Tumbuhan ini amat sesuai dijadikan idea asal ukiran Lakaran ini dicat menggunakan cat air supaya lebih Nampak kreatif. Lakaran tumbuhan yang menjadi sumber ilham dan diperkembangkan kepada corak yang baru setelah diubahsuai. Tumbuhan ini seperti pucuk peria, bunga kemunting dan daun akasia. Kebiasaan flora ini dijadikan sebagai reka corak.

2.6 LAKARAN MOTIF PILIHAN

Lukisan realistik flora yang dipilih. Flora ini telah dijadikan asas rekaan corak pada tabung. Lukisan realistik ialah proses untuk mengkaji kepenggunaan warna dan rupa sebenar tema ukiran. Kajian ini juga memaparkan olahan idea ini meniru semula visual dari gambar koleksi. Lakaran ini diperkembangkan kepada rupa bentuk corak baru. Ia hasil daripada penghayatan alam semulajadi.

2.7 LAKARAN PERKEMBANGAN IDEA MOTIF PILIHAN Lakaran perkembangan idea flora. Pengkajian ini telah menampakkan analisa dari aspek bunga dan daun melalui penghayatan. Lukisan ini telah dicat menggunakan cat air menggunakan teknik basah atas kering.

2.8 CATANLakaran ini juga menganalisa tentang rupa bentuk tumbuhan yang dipilih. Lakaran visual diwarnakan menggunakan cat air dengan sapuan warna agak legap. Kesan jalinan melalui berus kelihatan pada permukaan visual. Secara langsung ia mempunyai ciri unsur seni dan prinsip rekaan iaitu imbangan.

2.9 LAKARAN KAJIAN MOTIF PILIHAN

Lakaran kajian tentang motif yang dipilih dan terus dijadikan kajian reka letak. Bunga yang dipilih sebagai idea corak utama pada tabung nanti telah diolah kepada lakaran sebenar . Corak ini telah diletak pada bahagian hadaapaan tabung duit. Ia adalah corak utama.

2.10 LAKARAN PENGOLAHAN IDEA TABUNGLakaran ini adalah lukisan sebenar yang penuh tentang idea pengolahan tabung duit sebagai karya akhir ini. Bunga tersebut diletak pada permukaan hadapan tabung dan dihias dengan corak yang lain di bahagian atas dan bawah.

2.11 LAKARAN SEBENAR TABUNG

Lakaran kajian warna. Tabung yang telah lengkap diolah bersama dengan motif diwarna secara berbeza. Ini merupakan tabung yang menjadi pilihan karya , mengambilkira konsep natural warna kayu asal.

2.12 LAKARAN PERBEZAAN WARNALakaran ini menunjukkan perbezaan kajian warna terhadap dua karya. Pengolahan karya ini memudahkan untuk memilih warna dan melihat perbandingan warna yang digunakan pada karya akhir. Konsep kepelbagaian juga diterapkan dalam kajian ini.

2.13 OLAHAN LUKISAN PERSEMBAHAN Lakaran lukisan sebenar untuk mengolah lukisan persembahan. Ini bertujuan menerangkan bagaimana tabung duit yang dicipta ini telah digunakan dan ia berfungsi. Ia boleh digunakan dan diletak diatas meja, ia boleh digunakan di sudut dinding bahagian ruang tamu rumah.

3.0 PROSES DAN TEKNIK3.1 Melukis lakaran pensilLukisan menyatakan proses dan teknik pengolahan folio ini. Ini ialah proses membuat lakaran menggunakan pensil. Lakaran awal ini atau dikenali sebagai sketching dibuat menggunakan pensil pelbagai jenis , seperti pensil 2B, pensil 4B dan pensil 5B supaya ia mewujudkan kesan jalinan pada lukisan.

3.2 Lakaran Timbul Melalui Kawalan PensilProses sketching menggunakan pensil. Kesan jalinan pada lakaran ditimbulkan melalui kawalan tekanan pensil. Lakaran bunga kemunting, pucuk peria dan pelbagai lagi jenis bunga. Pensil yang digunakan peelbagai jenis . Contohnya 2B,4B dan 5B

3.3 Proses Menggunting/Memotong MotifProses ini ialah mengumpul data tentang bunga dan tabung duit sebagai koleksi gambar. Bahagian ini penting untuk mencari ilham dan idea melalui rujukan pada gambar yng dikumpul. Proses menggunting dan memotong keratan menggunakan pisau lipat. Gambar yang telah dipotong akan dilekat didalam folio. Koleksi gambar tabung dan flora boleh didapati melalui majalah dan sebagainya.

3.4 Proses Melekat MotifProses melekatkan gambar yang telah dikumpul menggunakan gam. Koleksi gambar disusun mengikut daya kreativiti dan berpandukan konsep grafik.

3.5 Melekat Koleksi Gambar MotifProses melekatkan koleksi gambar ke dalam folio.

3.6 Teknik Basah Atas BasahProses mewarna lakaran menggunakan berus lukisan dan warna cat air. Olahan corak diwarnakan bagi menimbulkan kesan harmoni pada setiap karya seni visual. Sapuan warna lembut atau lebih dikenali sebagai kaedah lut sinar lebih sesuai untuk mewarna objek bunga. Proses mewarna menggunakan water colour menggunakan teknik basah atas basah.

3.7 Proses MengukirProses mengukir corak ukiran yang telah menjadi corak pilihan kepada karya tabung duit sebenar. . Kawalan cara memahat amat penting untuk mengelak kayu pecah. Kepingan Corak ukiran yang telah siap akan dicantum menjadi tabung duit sebenar dan diwarna / di syelek

Proses mengukir corak dilakukan menggunakan pahat ukiran. Teknik ukiran timbul. Corak timbul akibat tebukan , luakan, kikis dan cungkil menggunakan pisau wali .3.8 Corak Ukiran Timbul Proses menebuk corak ukiran atau lebih dikenali sebagai mengukir dilakukan. Teknik ukiran timbul telah diaplikasikan begi menonjolkan corak ukiran timbul diatas permukaan kayu asal.

4.0 ALATAN DAN BAHAN

Lakaran alat dan bahan merujuk kepada perkakas yang digunakan dalam penghasilan folio ini. Objek telah dilukis secara jarak dekat dan dicat menggunakan cat air. Sapuan warna berkonsep lut sinar menampakkan visual nyata disertakan dengan kesan ton dan jalinan.

5.0 PERSEMBAHAN

Tabung digunakan untuk menyimpan duit syiling dan juga sebagai hiasan di atas almari kabinet. Pengguna akan menempatkan tabung duit di tempat yang selamat seperti di dalam bilik tidur.

6.0 KESIMPULANPendidikan seni visual merujuk kepada pengolahan produk seni tampak yang menjurus kepada penerokaan bahan, ilustrasi dan teknik catan. Penghayatan seni tampak juga merangkumi isu-isu, kritikan dan pernyataan pandangan yang dijadikan tema sesebuah karya seni tampak. Pengkajian seni tampak mewujudkan pemikiran kritis dan dinamik untuk mengaplikasikan alam semula jadi sebagai wadah seni. Secara langsung hasil seni tampak lebih menampilkan kesan jalinan, fungsi garisan yang membentuk ton pada objek. Karya seni tampak sudah dilihat sebagai hasil seni tanpa had atau disebut sebagai seni kontemporari.7.0 RUJUKANAce Ahead. Teks Seni STPM Seni Visual. Oxford Fajar Sdn.Bhd.2010 Marhanim Abdul Razak, SelangorPraktis dan Amali, Pendidikan Seni Visual SPM,KBSM. Ilmu Bakti. Aminuddin Rohani, SelangorHBAE1103, Pengenalan Pendidikan Seni Visual, Open University Malaysia17