hari selasa malaysia - parlimen.gov.my · 179 20 mac 1990 180 yang berhormat tuan han ibrahim bin...

78
JilidIV Bil. 2 MALAYSIA Hari Selasa 20hb Mac, 1990 PENY AT A RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament PENGGAL KEEMPAT Fourth Session KANDUNGANNYA JAWAPAN·JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 185] USUL: Ucapan Terima Kasih kepada Kebawah D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah-Y.B. Tuan Mohd. Wajdi bin Dato' Haji Ishak [Ruangan 259] DICETAK OLEH JABAT AN PllRCETAKAN NEGARA, KUALA LUMPUR GHAZAL! BIN JANI, K.M.N., A.M.P.,P.P.T., PllMANGKU KETUA PENGARAH PllRCETAKAN NEGARA, MALAYSIA 1991

Upload: others

Post on 16-Sep-2019

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

JilidIV Bil. 2

MALAYSIA

Hari Selasa 20hb Mac, 1990

PENY AT A RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

PENGGAL KEEMPAT Fourth Session

KANDUNGANNYA

JAWAPAN·JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 185]

USUL:

Ucapan Terima Kasih kepada Kebawah D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah-Y.B. Tuan Mohd. Wajdi bin Dato' Haji Ishak [Ruangan 259]

DICET AK OLEH JABAT AN PllRCETAKAN NEGARA, KUALA LUMPUR GHAZAL! BIN JANI, K.M.N., A.M.P.,P.P.T.,

PllMANGKU KETUA PENGARAH PllRCETAKAN NEGARA, MALAYSIA 1991

MALAYSIA

PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG KEEMPAT

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUK ABANG HAJI AHMAD URA1 BIN DATU HAKIM ABANG HAJI MOHIDEEN, P.M.N., P.N.B.S., D.S.N.B. (Brunei), J.B.S., A.M.N., A.B.S. (Sarawak).

..

..

"

Timbalan Yang di-Pertua, DATO CHAN CHOONG TAK, D.s.N.s. (Dilantik).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DATUK HAn HussEIN BIN AHMAD, D.M.s.M. (Dilantik).

Timbalan Menteri Kesihatan, TUAN MOHAMED FARID BIN ARIFFIN (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, DATO DR K. s. NIJHAR, S.P.M.J., J.M.N. (Dilantik).

DATO' HAn ABDUL HAMID BIN HAn LATIF, D.I.M.P., A.M.N. (Dilantik).

TUAN HAJI ABDUL MAJID BIN ABDULLAH, P.I.s., (Johor).

TUAN ABDUL RASHID BIN ISMAIL (Pulau Pinang).

DATUK HAJI ABu BAKAR BIN LAHM, D.M.S.M., K.M.N. (Dilantik).

PuAN AINON BINTI ARIFFIN (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

TUAN AzMAN ATAR BIN 0rHMAN, P.J.K., P.B.M. (Dilantik).

DATO' AzUMU BIN TAK, D.P.M.P., P.M.P., A.M.N., P.P.T., J.P. (Perak).

TUAN P. BALARAM (Kedah Darulaman).

TUAN CHONG Cm SmNG alias CHONG FAH (Negeri Sembilan) .

DR CHONG ENG LEONG (Sabah).

TUAN DoL BIN DOLAH (Melaka).

TUAN DOUGLAS SULLANG ANAK GANDA (Sarawak).

TUAN Foo BOON LIANG (Pahang Darulmakmur).

PuAN HAJJAH HABIDAH BINTI JusoH alias YusoF, P.J.K. (Terengganu).

TUAN HASSAN BIN HARUN, A.M.N. (Kelantan).

179 20 MAC 1990 180

Yang Berhormat TUAN HAn IBRAHIM BIN JENDoL (Dilantik).

"

"

"

TUAN HAJI IBRAHIM BIN HAJJ UJANG, P.P.N., P.J.K. (Negeri .Sembilan).

PuAN IDA DUMPANGAL NEE IDA UNDAN (Sabah).

TUAN C. KRISHNA't, A.M.N. (Dilantik).

TUAN KUAN PENG SooN, A.M.N. (Perak).

TUAN LAU KENG S10NG alias JosEPH LAU KENG SEoNG, K.M.N., A.M.N., P.I.S. (Johor).

PuAN LAW JACK YooN (Dilantik).

TUAN LIM CHIEN AUN (Pulau Pinang).

PUAN MAZIDAH BINTI HAJJ ZAKARIA (Dilantik).

TUAN MOHAMAD WAJDI BIN DATO' HAJJ ISHAK, J.P. (Dilantik).

JEN. (B) TAN SRI DATO' MOHD. GHAZAL! BIN DATO' MOHD. SETH (Dilantik).

TUAN HAJJ MoHD. NooR BIN HAn ABDULLAH, A.M.N., A.K. (Kelantan).

TUAN MUSTAFA BIN AWANG (Terengganu).

DR NAWAWI BIN MAT Aw1N (Dilantik).

DR NG KHEK KIUNG (Selangor Darul Ehsan).

C1K NoRANI BINTI HAJJ BELUAH alias HAJJ HITAM, A.M.N., P.J.K. (Pahang Darulmakmur).

DR NORDIN SELAT (Dilantik).

TUAN G. RAmo (Dilantik).

PUAN HAJJAH RoGAYAH BINTI CHE MAT (Dilantik).

PUAN HAJJAH ROSNAH BINTI HAJI MOHD. SALLEH, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN SAIDIN BIN MOHAMAD (Perlis).

PUAN HAJJAH SALBIAH BINTI MOHD. AKIM, A.M.N., P.J.K., P.J.M. (Dilantik).

TUAN v. K. SELLAPPAN (Dilantik).

TUAN HAJI SHUAIB BIN LAZIM, A.M.N., P.C.K. (Dilantik).

TUAN SHurB BIN ENDUT (Kedah).

TUAN SIVALINGAM A/L ARUMUGAM KARUPPIAH (Dilantik).

181 20 MAC 1990 182

Yang Berhormat TUAN HAn SYED ABDUL HAMID BIN SAGAFF, P.I.s., B.S.I., P.P.N, (Dilantik).

TUAN TAN CHAI Ho, A.M.N. (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

DR TAN CHONG KENG (Dilantik).

DATO' TAN PENG KHOON, S.P.M.J., S.S.I.J., J.M.N., P.I.S., B.S.I., J.P. (Dilantik).

TUAN TIONG Hrnw KING, P.B.S. (Dilantik).

PUAN VALLI MUTHUSAMY, P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN WONG KIE YIK (Dilantik).

TUAN DAVID YEoH ENG HocK (Dilantik).

DATO' HAJI ZAKARIA BIN HAJI YAHAYA, D.P.M.S., K.M.N., S.M.S., P.J.K., P.P.N. (Selangor Dami Ehsan).

183 20 MAC 1990

DEWAN NEGARA

PEGAWAl-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar.

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.

Penolong Setiausaha: Ghazali bin Haji Abdul Hamid, A.M.N.

SAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Ketua Penyunting: Hj. Yahya bin Manap.

Penyunting Kanan: Haji Osman bin Sidik.

Penolong Penyunting: Ramaswamy.

Penolong Penyunting: Shamsiah binti Mohd. Yusop.

Pelapor Perbahasan Parlimen:

Suhor bin Husin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Haji Hassan.

Hajjah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

Su Soon Chuan.

Norwahidah binti Azizi.

Rozita binti Abdul Samad.

Jainah binti Sakimin.

BENTARAMESYUARAT

Mejar (B) Haji Ahmad bin Bantu, A.M.N., s.s.o., P.J.K.

184

185 20 MAC 1990 186

MALAYSIA

DEW AN NEGARA

Selasa, 20hb Mac, 1990

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

(Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat)

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI

PERTANYAAN­PERTANYAAN

BARGA BIJIH TIMAH­LANGKAH MENST ABILKAN

1. Dato' Azumu bin Tak minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk menstabilkan harga bijih timah yang turun begitu teruk ketika ini dan adakah Kerajaan berpuashati terhadap perjanjian yang termaktub di dalam Persatuan Negara-negara Pengeluar Bijih Timah (A TPC).

Setiausaha Parlimen Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah (Tuan Adam bin Abdul Kadir): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin menjawab bagi pihak Menteri Perusahaan Utama.

Tuan Yang di-Pertua, kedudukan harga timah kini tidak boleh dianggap tetap kerana naik turunnya harga timah bergantung kepada faktor-faktor seperti permintaan, bekalan, lebihan stok dalam pasaran, perubahan nilai wang asing, spekulasi oleh pedagang­pedagang dan juga bahan-bahan alternatif. Walau bagaimanapun,

Kerajaan melalui Persatuan Negara­negara Pengeluar Timah (ATPC) terus berusaha sehingga skim Mewajarkan Bekalan Timah (SRS) dapat diteruskan dan kini telah memasuki Tempoh Keempat iaitu dari 1 Mac hingga 31 Disember, 1990. Dari tahun 1987 iaitu tahun bermulanya skim ini sehingga penghujung 1989, lebihan stok timah dalam pasaran telah dapat dikurangkan dari lebih 70,000 tonne kepada 36,000 tonne.

Di samping berusaha betsungguh­sungguh bagi mencapai matlamat Skim SRS tersebut, Malaysia melalui A TPC juga tetap mengambil perhatian berat terhadap usaha-usaha di -bidang penyelidikan dan kemajuan timah dengan memberi sokongan sewajarnya terhadap Institut Penyelidikan Timah Antarabangsa (ITRI}. Penyelidikan yang dijalankan oleh ITRI yang bertujuan menemukan kegunaan­kegunaan baru timah, sama ada sebagai satu kegunaan khusus atau sebagai pengganti dan pelengkap kepada logam-logam lain serta penyelidikan yang bertujuan meningkatkan prestasi timah akan meningkatkan lagi kegunaannya dalam pelbagai bidang, seterusnya dijangka akan meningkat lagi permintaan terhadap timah ini di pasaran dunia. KeFajaan juga telah mengambil beberapa langkah bagi meningkatkan penggunaan timah tempatan terutama dalam memajukan aktiviti hiliran seperti perusahaan pematrian dan sadur timah yang kini berkembang dengan pesatnya.

187 20 MAC 1990 188

Tuan Yang di-Pertua, penyertaan Malaysia dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, terutama pertubuhan yang berorientasikan ekonomi adalah kerana menyedari akan faedah yang boleh didapati menerusi pertubuhan tersebut. Oleh itu, penyertaan Malaysia dalam A TPC adalah berasaskan faktor tersebut juga. Malaysia adalah merupakan negara yang telah memainkan peranan yang penting semasa penubuhan ATPC, kerana ketika itu Malaysia adalah negara pengeluar timah yang utama. Selama ini A TPC telah menjadi sebuah forum yang penting bagi negara-negara pengeluar timah atau sebagai forum berbincang perkara yang menyentuh industri timah, khususnya mengenai pengeluaran, penstabilan harga, penyelidikan dan pembangunan. Oleh itu, kejatuhan harga timah pada masa kini tidaklah harus menjadi alasan untuk tidak berpuas hati terhadap perjanjian-perjanjian yang telah dipersetujui dalam A TPC. Apa yang perlu dilakukan oleh negeri-negeri ataupun negara-negara dalam ATPC khususnya Malaysia kini ialah memberi kesedaran terhadap negara-negara ahli tentang betapa pentingnya mematuhi dan melaksanakan dengan ikhlas segala perjanjian yang telah dipersetujui bersama, terutamanya mengenai kuota­kuo ta pengeluaran dan eksport di bawah Skim SRS.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali adalah menjadi matlamat semua negara-negara anggota ATPC untuk berusaha supaya negara-negara pengeluar timah lain seperti Brazil, Burma, Republik Rakyat China, Peru dan Zimbabwe menyertai ATPC. Dengan penyertaan yang lebih meluas itu, masalah yang dihadapi oleh perusahaan timah akan dapat diatasi dengan secara menyeluruh dan lebih berkesan lagi.

I

PELAN INDUK PERBANDARAN

2. Dr. Ng Khek Kiung minta Menteri. Perumahan dan Kerajaan If empatan

menyatakan berapa buah Majlis Perbandaran telah membuat rancangan dan pelan induk perbandaran untuk menyusun semula bandar-bandar masing-masing.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Haji Hussein bin Ahmad): Tuan Yang di­Pertua, semenjak Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) diluluskan, sejumlah 9 Majlis Perbandaran telah mempunyai rancangan struktur masing-masing manakala 5 lagi Majlis Perbandaran masih dalam peringkat penyediaan. Bagi program penyediaan rancangan tempatan pula, sejumlah 10 rancangan tempatan bagi kawasan-kawasan pusat tempatan telah disiapkan untuk 4 Majlis Perbandaran manakala 10 lagi yang melibatkan 10 Majlis Perbandaran adalah di dalam peringkat penyediaan.

Umumnya pihak Kerajaan akan terus menggalakkan penerimaan-pakai konsep rancangan (pelan) struktur dan rancangan (pelan) tempatan kerana ia dapat memandu serta membentuk arah pembangunan khususnya di dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan. Ini termasuklah kawasan­kawasan Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di Semenanjung Malaysia.

Dato' Haji Zakaria bin Haji Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kalau boleh, apakah kriteria atau keperluan yang mesti ada untuk menaikkan taraf sesebuah Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran? . .

Datuk Haji Hussein bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Keq1jaan Tempatan, telah menggariskan tahap-tahap untuk menaikkan Majlis i Daerah kepada

189 20 MAC 1990 190

Majlis Perbandaran di atas beberapa faktor, terutamanya dari segi pendudukan, kemudahan-kemudahan awam, pusat pengajian pelajaran tinggi dan juga industri.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Adakah benar Majlis-majlis Perbandaran masih lagi memerlukan bantuan kewangan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan? Jika masih lagi memerlukan bantuan kewangan, apakah sebabnya?

Datuk Haji Hussein bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, mengikut kepada perancangan awal tahun 1990, ini merupakan tahun berdikari semua Penguasa-penguasa Tempatan. Namun demikian, berpandukan kepada hakikat yang ada maka masih banyak lagi Penguasa-penguasa Tempatan yang masih belum mempunyai kemampuan untuk berdikari. Dengan yang demikian, maka pihak Penguasa­penguasa Tempatan dan Majlis Perbandaran memerlukan sumbangan­sumbangan bantuan kewangan daripada pihak Kerajaan Persekutuan dan juga daripada pihak Kerajaan Negeri. Menyedari hakikat ini bagi pihak Kerajaan Persekutuan tel ah memperagihkan peruntukan yang lebih banyak kepada Penguasa-penguasa Tempatan dan Majlis Perbandaran di seluruh tanahair. Dan saya kira peruntukan yang diberi kepada tahun ini adalah sekaliganda daripada peruntukan yang telah diluluskan pada tahun yang lalu.

MANGSA TRAGEDI JETI BUTTERWORTH-PAMPASAN

3. Tuan Tan Chong Keng minta Menteri Pengangkutan menyatakan jumlah pampasan yang dibayar kepada mangsa-mangsa tragedi jeti Butterworth dan cara bayaran yang dijalankrui. NyatMcan juga bilakah jeti baru akan dibina dan jumlah peruntukan yang akan digunakan.

Timbalan Menteri fenv;ang\\utan (Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail): Tuan Yang di-Pertua, sehingga pertengahan bulan Mac 1990, jumlah bayaran ex gratia kepada pihak yang terlibat dala·m kes peruntuhan pelantar Pengkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth ialah sebanyak $893,496.82. Bayaran ini dibuat atas dasar tanpa prasangka, dengan izin, "without prejudice" terhadap liabiliti Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang setelah persetujuan dicapai antara pihak Pelabuhan dan mangsa-mangsa tragedi tersebut melalui rundingan di luar mahkamah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jeti Pengkalan Sultan Abdul Halim masih kukuh dan oleh yang demikian, tidak perlu membina jeti yang baru. Berkenaan dengan pembinaan jeti baru mungkin apa yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat ialah pembinaan pelantar tempat tunggu periumpang di Pengkalan Sultan Abdul Halim yang telah roboh. Pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang telah melantik pakar perunding untuk menjalankan kajian keselamatan, dengan izin, "safety assessment" ke atas kedua-dua pengkalan iaitu Pengkalffl Tun Uda di sebelah pulau Pulau Pinang dan Pengkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth.

Selain dari itu, pakar perunding akan juga membuat syor-syor berkenaan dengan memulihkan pelantar penumpang di Pengkalan Sultan Abdul Halim. Kajian ini telah bermula pada bulan Januari 1990 dan akan dijangka siap pada akhir Mei 1990.

PESARA BEKERJA SEMULA

4. Puan Hajjah Habidab binti Jusoh minta Perdana Menteri menyatakan kenapakah Kerajaan sekarang mementingkan kerja kepada orang­orang yang telah bersara (pencen)

191 20 MAC 1990 192

masih lagi diambi1 bekerja. Bukankah tindakan ini menyekat peluang kerja kepada penganggur-penganggur dan menyekat peluang naik pangkat kepa~a pegawai-pegawai baru.

Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteri (Dato' Drs. Suleiman bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, pesara-pesara daripada perkhidmatan Kerajaan diambil untuk berkhidmat semula dengan Kerajaan bukanlah satu amalan biasa tetapi adalah atas sebab-sebab tertentu seperti berikut:

(a) untuk mengekalkan kepakaran pegawai berkenaan di dalam bidang yang diperlukan oleh Kerajaan;

( b) untuk meneruskan pelaksanaan sesuatu projek penting di bawah pegawai-pegawai bersara yang berkenaan; dan

(c) ketiadaan calon-calon di kalangan pegawai yang sedang berkhidmat untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Puan Ainon binti Arimo: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya sehingga ini berapa ramaikah mereka yang swlah berpencen diambil semula bekerja kerana kriteria atau kerana sebab-sebab yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi?

Dato' Drs. Suleiman bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini terdapat hanya 18 pesara yang telah diambil semula untuk_berkhidmat dengan Kerajaan. Dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mereka ini ditempatkan dalam 7 buah Kementerian.

KELUARGA MISKIN YANG BERDAFTAR

S. Tuan K. Sivalingam minta Menteri Kebajikan Masyarakat menyatakan

berapa ramaikah penduduk yang tinggal di pendalaman menderita dari kemiskinan? Apakah tindakan Kementerian Kebajikan Masyarakat untuk mengatasi masalah yang kian serius ini?

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebajikan Masyarakat (Tuan Peter Chin Fah Kui): Tuan Yang di-Pertua, untuk jawapan soalan ini, mengikut pendaftaran sehingga ini bilangan keluarga miskin yang telah berdaftar adalah sebanyak 169,427 orang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program pembasmian kemiskinan adalah dipertanggung­jawabkan kepada beberapa Kementerian dan Jabatan Kerajaan mengikut bidang-bidang yang tertentu. Program dan perkhidmatan yang dijalankan oleh Kementerian Kebajikan Masyarakat bagi golongan ini adalah seperti berikut:

(i) beberapa jenis bantuan kewangan diberi kepada individu serta keluarga yang kurang bemasib baik;

(ii) selain daripada bantuan­bantuan yang tertentu di atas, Kementerian Kebajikan Masyarakat juga mempunyai satu skim pemulihan yang dikenali sebagai skim bantuan pelancaran yang bertujuan untuk memberi modal bagi membolehkan seseorang menjalankan sesuatu kegiatan pemiagaan kecil atau kegiatan­kegiatan lain untuk menambah mata pencarian dan memperbaiki taraf hidup mereka;

(iii) selain daripada bantuan kewangan kepada keluarga miskin, Kementerian Kebajikan Masyarakat juga ada menyediakan perkhid­matan institusi, terutamanya kepada kanak-kanak dan orang

193 20 MAC 1990 194

tua yang miskin dan tidak mempunyai keluarga atau untuk · menjaga mereka. Perkhidmatan institusi ini akan diberi peluang kepada mereka untuk menikmati hidup yang lebih selesa dan sempurna. Bagi mereka yang cacat pula, Kementerian Kebajikan Masyarakat menyediakan pusat pemulihan dan bengkel terlindung bagi membolehkan mereka bekerja dan meninggikan taraf hidup mereka;

(iv) dalam mengatasi masalah kemiskina:n juga, Kementerian Kebajikan Masyarakat telah mewujudkan progra,m pem­bangunan sosial ' yang bertujuan untuk mendorong sesuatu kelompok masyarakat tempatan untuk bersatupadu dan berusaha sama mengenal­pasti serta mengadakan berbagai aktiviti dengan mengguna:kan sumber-sumber tempatan. Di bawah program ini pelbagai projek iktisad telah diwujudkan dengan tujuan mempertingkatkan taraf penghidupan orang-orang miskin dalam kawasan yang terlibat; dan

(v) di samping itu, pertubuhan­pertubuhan sukarela juga telah digala:kkan oleh Kementerian Kebajikan Masyara:kat supaya mengadakan perusahaan-perusahaan kecil yang melibatkan orang cacat dan miskin.

Tuan Haji Abdul Majid b'in Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat setakat ini daripada semua langkah yang diambil oleh Kementerian, apakah kemajuannya; berapa ramaikah orang

• miskin yang menderita ini dapat

melepaskan daripada penderitaannya dan berubah taraf hidupnya? Terima kasih.

Tuan Peter Chin Fah Kui: Tuan Yang di-Pertua, sepertimana disebut tadi dalam jawapan, kita ada beberapa skim bantuan dan melalui skim bantuan ini, Kementerian saya telah mem­berikan kewangan yang agak besar kepada golongan-golongan tertentu. Untuk menjawab soalan mengenai berapa ramai orang miskin yang dapat dibaikpulih melalui skim-skim ini, saya minta maaf saya tida:k dapat seta:kat ini memberikan angka-angka yang sebenarnya tetapi untuk makluman, kita dari masa ke semasa membuat ka:jian tentang kadar kemiskinan seseorang penerima bantuan dari Kementerian Kebajikan Masyarakat. Jikalau seseorang yang telah mengubahsuaikan keadaan kemiskinan itu, kita akan berhentikan bantuan­bantuan yang sedang diberi. Ini terpulanglah kepada setiap kes individu itu.

Tuan Haji Ibrahim bin Jendol: Tuan Yang di-Pertua, saya agak ini ada:la:h sama dengan soalan apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat. Tetapi saya cuma ingin , tahu daripada . 169,000 lebih ra:kyat yang miskin yang telah dikenalpasti oleh Kementerian Kebajikan Masyarakat, adakah Kementerian juga mendapat ma:klumat atau membuat kajian tentang berapa ramaikah rakyat termiskin, maksud saya kategori miskin.

Apakah Kementerian bercadang untuk memberikan penumpuan yang penuh kepada ra:kyat yang difikirkan papa-kedana?

Tuan Peter Chin Fah Kui: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini ada:la:h aga:k luas sedikit kerana golongan termiskin ini seta:kat ini diberi tumpuan atau perhatian oleh · beberapa agensi Kerajaan. Kementerian Kebajikan Masyara:kat adalah salah satu agensi

195 20 MAC 1990 196

Kerajaan yang sedang memberi bantuan atau beberapa jenis pertolongan kepada mereka.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, daripada skim atau program pembangunan rakyat termiskin di mana mengikut tafsiran program rn1, seseorang keluarga yang mendapat pendapatan yang rendah daripada $175 sebulan adalah dianggap sebagai golongan te"rmiskin. Dalam rancangan program pembangunan rakyat termiskin di bawah Kementerian saya, kita ada tiga program yang besar. Program ini adalah:

(i) Rumah Orang Tua Tidak Berwaris:

Dalam skim ini Kementerian bekerjasama dengan Pegawai Daerah untuk mendirikan pondok-pondok den~an cara bergotong-royong di kawasan masjid atau surau. Maknanya skim ini ialah untuk disertai oleh orang tua yang beragama Islam. Anggaran perbelanjaan dalam program ini jumlahnya adalah $1.4 juta. Kita harap dalam skim atau program ini kita dapat menjayakan atau mendirikan pondok-pondok untuk orang tua di semua negeri di dalam negara kita, tetapi setakat ini kita hanya dapat menjalankan program ini di negeri Pahang, Melaka dan Perlis.

(ii) Program kedua ialah pem­besaran Sri Kenangan iaitu rumah orang tua di Kemumin, Kelantan dan Cheras di Selangor, di mana kita dapat $3.6 juta untuk mengubah­suaikan dan menaikkan taraf rumah orang tua · itu.

(iii) Dalam program ketiga kita ada bantuan-bantuan untuk orang tua ini iaitu bantuan tambahan untuk pemeliharaan kanak­kanak dan elaun pekerja orang cacat.

Inilah program kita di dalam Kementerian untuk mengatasi keadaan golongan termiskin. Saya tidak dapat setakat _ini memberikan laporan atau maklumat mengenai kejayaan program ini.

EPF DAN SOCSO-SKIM PENCEN PEKERJA LADANG

6. Tuan C. Krishnan minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk men­cantumkan tabung EPF dan SOCSO untuk memperkenalkan skim pencen bagi para pekerja ladang-ladang.

Timbalan Menteri Kewangan (Dato' Loke Yuen Yow): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Kerajaan tidak ada cadangan untuk mencantumkan tabung EPF dan SOQSO untuk memperkenalkan skim pencen bagi para pekerja ladang­ladang.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Oleh sebab Malaysia menghadapi masalah pekerja­pekerja untuk bekerja di ladang-ladang, pada masa akan datang adakah cadangan untuk memperkenalkan skim pencen bagi pekerja-pekerja ladang supaya menarik mereka di dalam pekerjaan ini.

Dato' Loke Yuen Yow: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya masalah kekurangan pekerja-pekerja di sektor­sektor termasuk ladang-ladang adalah tanggungjawab Kementerian Somber Manusia. Waiau bagaimanapun, oleh kerana Ahli Yang Berhormat bertanya bahawa adakah Kerajaan bercadang supaya skim pencen itu diperkenalkan supaya menarik lebih pekerja-pekerja yang mungkin berminat untuk bekerja di ladang-ladang, jawapan Kerajaan ialah tidak.

197 20 MAC 1990 198

yang bersesuaian dengan keperluan agensi-agensi ber­kenaan.

PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMA TIK/BADAN-BADAN

BERKANUN­MENYERAGAMKAN

7. Tuan Haji Ibrahim bin Jendol minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) tidakkah Kerajaan bercadang untuk menyeragamkan struktur perkhidmatan awam di kalangan Pegawai Tadbir dan Diplomatik dengan Pegawai-pegawai di Badan Berkanun Kerajaan dan juga Penguasa Tempatan; dan

(b) jika tidak, adakah Kerajaan bercadang untuk membolehkan mereka berpindah atau bertukar ke Jabatan Kerajaan yang terbuka bagi memberi mereka peluang kenaikan pangkat dan suasana baru perkhidmatan.

Dato' Drs. Suleiman bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Kerajaan tidak bercadang untuk men yeragamkan perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. (PTD) dengan perkhidmatan­perkhidmatan di Badan-badan Berkanun dan Penguasa­penguasa Tempatan. Sesuatu perkhidmatan itu diwujudkan untuk melaksanakan fungsi yang telah ditetapkan kepada perkhidmatan berkenaan. PTD melaksanakan fungsi di peringkat pengurusan di bawah struktur perkhidmatan pentad­biran dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan dan beberapa Perkhidmatan Awam Negeri tertentu iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka. Manakala perkhidmatan­perkhidmatan di Badan-badan Berkanun atau Penguasa­penguasa Tempatan adalah melaksanakan fungsi-fungsi

(b) Kerajaan juga tidak bercadang untuJc membolehkan pegawai­pegawai daripada Badan-badan Berkanun dan Penguasa­penguasa Tempatan berpindah atau bertukar ke Perkhidmatan Awam Persekutuan atau negeri­negeri. Sekiranya seseorang pegawai daripada Badan-badan Berkanun dan Penguasa­penguasa Tempatan itu ingin bertukar perkhidmatan ke Perkhidmatan Awam Per­sekutuan atau negeri-negeri atau sebaliknya, ianya bolehlah dilaksanakan melalui urusan perlantikan.

Tuan Haji Ibrahim bin Jendol: Tuan Yang di-Pertua, apakah pada pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak pentingnya atau tidak perlunya penyeragaman ini dibuat dan adakah pihak Yang Berhormat telah pun membuat kajian tentang perkara ini iaitu kebaikan dan keburukannya?

Yang kedua, ialah tentang pe­nyeragaman PTD dan PT A yang kita dengar telah pun diadakan bermacam­macam mesyuarat, apakah keputusan Y.ang telah dibuat? Sudahkah satu-satu keputusan diambil untuk dapat menyeragamkan PTD dan PT A dan juga golongan profesional di civil service, dengan izin?

Dato' Drs. Suleiman bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa sistem pengurusan personnel di negara ini mengamalkan perlantikan kepada sesuatu per­khidmatan. Sebagai contohnya seseorang pegawai hanya boleh ditukarkan atau ditempatkan ke jawatan yang lain sama ada di Kementerian atau Jabatan yang sama sekiranya jawatan itu tertakluk di bawah skim

199 20 MAC 1990 200

perkhidmatan dan pihak berkuasa melantik yang sama. Ini adalah seperti saya sebut untuk menjawab soalan yang pertama bahawa ia atas asas berdasarkan perkhidmatan sesuatu jawatan itu.Ditambah pula bahawa sesuatu skim perkhidmatan itu wujud semata-mata atas t1:1.juan untuk melaksanakan fungsi bagi sesuatu perkhidmatan.

Oleh hal yang demikian bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat kepada soalan yang pertama itu, inilah asas bagi perlantikan itu.

Bagi menjawab soalan yang kedua iaitu Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan satu lagi Yang Berhormat-kalau boleh disebut pegawai ....

Tuan Haji Ibrahim bin Jendol: PTA.

Dato' Drs. Suleiman bin Mohamed: ..... PTA, memang Kerajaan mempunyai perancangan ke arah pencantuman ini, tetapi sehingga hari ini satu keputusan muktamad belum lagi dapat diwujud atau diselesaikan.

KECACATAN ANGGOTA­KATEGORI

8. Tuan David Yeoh Eng Hock minta Menteri Kebajikan Masyarakat menyatakan:

(a) kategori-kategori orang yang dianggap sebagai kecacatan anggota mengikut takrif Kementerian Kebajikan;

(b) bilangan orang yang· jatuh ke bawah kategori tersebut sehingga hari ini; dan

(c) setakat ini, apakah program­program yang dirancangkan oleh Kerajaan untuk mem­perbaiki kehidupan mereka.

Tuan Peter Chin Fah Kui: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Untuk makluman yang Berhormat, di antara kategori­kategori orang yang dianggap sebagai kecacatan anggota mengikut takrif Kementerian Kebajikan Masyarakat adalah seperti berikut:

(i) kehilangan atau tiada sesuatu anggota;

(ii) kecacatan di mana-mana bahagian tubuh badan; dan

(iii) berpenyakit polio, spastik, kudung, lumpuh separuh atau sebelah badan.

(b) Bilangan orang yang jatuh di bawah kategori tersebut yang telah didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara sehingga 31hb Disember, 1989 ialah seramai 14,139 orang.

(c) Di antara program-program yang dirancang oleh Kerajaan untuk memperbaiki kehidupan mereka adalah seperti berikut:

(i) Mereka yang dijangka boleh mendapat manfaat dari latihan vokasional dilatih di Pusat Pemulihan Cheras, Kajang; selama dua tahun di dalam jurusan jahitan, memperbaiki radio dan TV, kimpalan, memperbaiki kerusi beroda, motosikal dan basikal, mendobi dan membuat perabot.

(ii) Di peringkat Negeri, Pertu buhan-pertubuhan

· Kebajikan Sukarela dengan kerjasama Jabatan Kebajikan

201 20 MAC 1990 202

Masyarakat Negeri telah mewujudkan bengkel­bengkel untuk melatih dan memberi peluang pekerjaan kepada semua golongan cacat ter­masuklah cacat anggota.

(iii) Mereka yang berpen­dapatan di antara $20 hingga $300 sebulan diberi. Elaun Pekerja Cacat sebanyak $50 sebulan.

(iv) Bantuan Pelancaran tidak melebihi $2,000 seorang diberi kepada mereka yang layak untuk memulakan sesuatu perusahaan atau men­jalankan perniagaan kecil.

(v) Bantuan juga diberi kepada mereka yang memerlukan kenderaan motosikal beroda tiga ataupun alat-alat tiruan untuk membantu mereka bergerak dengan lebih selesa.

(vi) Mereka juga dibantu untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan mereka.

(vii) Orang Cacat juga sentiasa diberikan galakan dan kaunseling untuk memperbaiki kehidupan mereka.

Puan Mazidah binti Haji Zakaria: Tuan Yang di-Pertua, saya turut serta mengucapkan tahniah atas usaha-usaha yang dilakukan oleh Kementerian ini untuk membela nasib mereka yang cacat ini.

Beberapa tahu~ yang sudah saya masih ingat ada satu rancangan atau program yang dilakukan melalui Kementerian ini menghargai orang­orang cacat yang telah dapat memperbaiki kehidupan mereka hingga mereka ini menjadi orang-orang cacat contoh bagi yang lain kerana telah dapat berjaya di dalam kehidupan walaupun mempunyai kecacatan yang tertentu. Caranya ialah dengan diberi perangsang, diberi hadiah, diberi sumbangan, aiberi berbagai-bagai bantuan dan dinamakan sebagai tokoh orang cacat bagi tahun-tahun tertentu.

Tetapi di masa kebelakangan ini program ini tidak lagi kedengaran, tidak lagi kelihatan diteruskan; tetapi mungkin saya juga kurang maklum, mungkin diteruskan, tetapi tidak mendapat publisiti yang sepatutnya. Jadi saya ingin tahu daripada pihak Kementerian adakah rancangan ini masih diteruskan dan, jika tidak, mengapa diberhentikan?

Tuan Peter Chin Fah Kui: Terima kasih, Yang Berhormat. Tentang program ini, sukalah saya memaklumkan di sini bahawa program ini masih dijalankan. Hanya tahun lepas kita tidak ada memberikan penamaan tokoh orang cacat dalam sesuatu penilaian. Tetapi dalam tahun 1988 ketika kita menjalankan Bulan Kebajikan, memang kita ada rancangan ini untuk menghargai orang cacat yang telah berjaya dalam mengubahsuaikan keadaan mereka supaya mereka mendapatkan pekerjaan dan lain-lain.

Dalam tahun ini dijangka kita akan menjalankan rancangan ini pada akhir tahun ini di mana kita akan menghargai juga orang cacat ini yang berjaya dalam sesuatu usaha mereka.

203 20 MAC 1990 204

SEKOLAH BANTVAN MODAL/ BANTUAN PENUH-KRITERIA

·9. Tuan V. K. Sellapan minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) apakah kriteria-kriteria untuk menukarkan taraf sekolah bantuan modal kepad·a taraf sekolah bantuan penuh;

(b) berapakah bilangan sekolah bantuan modal yang ditukarkan menjadi taraf sekolah bantuan penuh bagi Tahon 1987, 1988 dan 1989;

(i) Sekolah Rendah Kebangsaan;

(ii) Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina);

(iii) Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil); dan

(c) sama ada Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sungai Renggam, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan telah memohon untuk menukarkan taraf ke Bantuan Penuh pada 17.9.88. Apakah tindakan telah diambil terhadap permohonan ini.

Timbalan Menteri Pendidikan (Tuan Woon See Chin): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) Penukaran taraf sesebuah sekolah daripada sekolah bantuan modal kepada sekolah bantuan pen uh dibuat berdasarkan kriteria seperti berikut:

(i) Tapak sekolah yang hendak ditukarkan taraf itu hendaklah sekurang­kurangnya seluas 5 ekar bagi sekolah rendah dan 10 ekar bagi sekolah menengah atau di­lengkapi dengan tapak

padang yang sesuai untuk menjalankan pendidikan ko­kurikulum.

(ii) Pihak sekolah bersetuju menyerahkan tapak sekolah itu kepada Kementerian Pendidikan.Satu perjanjian berkaitan dengan penyerahan tapak sekolah dan segala harta sekolah milik Lembaga Pen gurus hendaklah ditandatangani di antara pihak sekolah dengan Kementerian Pendidikan.

(iii) Pengurusan segala hal mengenai bangunan dan harta benda sekolah dipindah kepada Kementerian Pendidikan.

(b) Bagi tempoh 1987 hingga 1989, tiga buah SRJK(C) bantuan modal telah ditukarkan tarafnya ke bantuan penuh manakala tidak ada Sekolah Rendah Kebangsaan dan SRJK(T) yang ditukarkan tarafnya.

(c) Kementerian Pendidikan memang menerima permohonan daripada pihak SRJK(T) Sungai Renggam, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan untuk menukar taraf ke bantuan penuh. Waiau bagaimanapun tarikh per­mohonan tersebut dibuat bukanlah pada 17-9-1988 t~tapi pada 6-4-1989. SRJK(T) Sungai Renggam adalah terletak di atas tapak seluas 3 ekar. Tapak tersebut merupakan sebahagian daripada tapak seluas 10.165 ekar yang dirizabk~n oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk tapak sekolah. Kementerian 101

bercadang untuk membina Sekolah Kanak-kanak Cacat di atas baki tapak tersebut iaitu

205 20 MAC 1990 206

seluas 7 ekar. Pada masa sekarang tapak tersebut hanya dirizabkan sahaja dan belum didaftar di atas nama Kementerian Pendidikan. Kementerian Pendidikan telah memohon pemilikan tapak tersebut daripada Kerajaan Negeri Selangor pada 30hb September, 1988. Permohonan untuk menukar status SRJK(T) Sungai Renggam ini dari bantuan modal ke bantuan penuh boleh dipertimbangkan selepas tapak tersebut menjadi milik Kementerian Pendidikan.

Tuan P. Balaram: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Apakah masalah-masalah utama pada keseluruhannya dihadapi oleh Kementerian Pendidikan untuk menukarkan sekolah-sekolah bantuan modal kepada sekolah-sekolah bantuan pen uh?

Tuan Woon See Chin: Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat ulang sekali lagi soalan itu.

Tuan P. Balaram: Tuan Yang di­Pertua, apakah masalah-masalah utama pada keseluruhannya dihadapi oleh Kementerian Pendidikan untuk menukarkan sekolah-sekolah bantuan modal kepada, bantuan penuh?

Tuan Woon See Chin: Tuan Yang di-Pertua, sekiranya saya tidak silap, saya sudah jawab soalan itu. Masalahnya ialah berkaitan dengan siapa yang menjadi hakmilik tanah itu. Kalau tapak itu boleh dijadikan hakmilik Kementerian Pendidikan, maka sekolah bantuan modal boleh dijadikan sekolah bantuail penuh dan hendaklah mengikut kriteria yang saya sebutkan tadi.

Tuan P. Balaram: Tuan Yang di­Pertua, adakah Kementerian sedar bahawa pelajar-pelajar yang. belajar dalam sekolah-sekolah bantuan modal

tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Oleh itu mengapakah Kerajaan atau Kementerian Pendidikan tidak mahu mengambil tindakan tegas untuk acquire tanah swasta untuk mendirikan Sekolah-sekolah Tamil ataupun sekolah-sekolah bantuan modal.

Tuan Woon See Chin: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan menitikberatkan pendidikan kepada kanak-kanak di seluruh negara kita ini tidak kira sama ada kanak-kanak itu berada di sekolah bantuan penuh ataupun bantuan modal. Kalau kita bandingkan keadaan sekarang dengan keadaan sebelum kita mendapat kemerdekaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) dan· Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) ditadbir dan dipertanggungjawab oleh Lembaga Pengurus ataupun ahli-ahli masyarakat dan mereka perlu dipaksa juga untuk membayar gaji kepada Guru Besar dan guru-guru dan juga membayar perbelanjaan pengurusan sekolah itu dan ini . memberatkan tanggungjawab ahli-ahli masyarakat dan orang-orang perkampungan di sana.

Selepas kita mencapai kemerdekaan, Kerajaan telah mengambilalih semua tanggungjawab ini dan membayar gaji kepada Guru Besar dan guru-guru dan kita sekarang dalam tahun 1990 ini membelanjakan $6,000 juta untuk maksud pendidikan di negara kita ini.

Berkaitan dengan pembangunan, ini sudah dijadikan satu dasar daripada dahulu lagi bahawa kita ada sedikit perbezaan di antara sekolah bantuan penuh dan bantuan modal dari segi pembangunan. Kalau tapak itu sudah dijadikan hakmilik Kerajaan se­penuhnya maka Kerajaan akan memberi sepenuhnya perbelanjaan untuk pembangunan itu oleh sebab itu sudah menjadi harta Kerajaan. Tetapi sekiranya tanah itu tidak diperolehi oleh Kementerian Pendidikan atau Kerajaan, Kerajaan hanya akan

207 20 MAC 1990 208

memberi subsidi · mengikut peruntukan yang sudah ditetapkan.

Dalam Rancangan Malaysia Kelima dari tahun 1986 hingga 1990, peruntukan yang telah diluluskan untuk sekolah bantuan modal hanya $20 juta dan di Malaysia Barat ini pada tahun 1986 hingga 1989 tiap-tiap tahun diperuntukkan hanya $2 juta. Tetapi oleh sebab Kementerian Pendidikan merasakan bahawa untuk membantu lebih banyak sekolah bantuan modal oleh sebab kebanyakan bangunannya sudah dhaif, pada tahun 1990 Kerajaan telah meluluskan tambahan peruntukan itu dati $2 juta kepada $9.5 juta untuk dibelanjakan di keseluruhan Malaysia ini.

Pada Rancangan Malaysia Keenam, Kementerian Pendidikan sudah memohon untu~ menambah lagi peruntukan ini dan sekiranya situasi membenarkan clan ekonomi kita terus berkembang, kita yakin kita akan dapat lebih peruntukan untuk sekolah­sekolah ini.

PENY AKIT JANTUNG­JUMLAH MANGSA

10. Tuan P. Balaram minta Menteri Kesihatan menyatakan berapa ramai orang menjadi mangsa akibat penyakit jantung di negara kita pada tahun 1988 dan 1989.

(a) mengapakah penyakit ini kian bertambah;

(b) adakah Kerajaan mengambil langkah-langkah untuk menyedarkan rakyat tentang penyakit jantung ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan (Tuan Chua Jui Meng): Tuan Yang di-Pertua, bilangan pesakit jantung yang dimasukkan ke hospital di seluruh negara pada tahun 1988 ialah 58,838 dan yang meninggal ialah

4,059. Untuk tahun 1989 bilangan pesakit jantung yang dimasukkan ke hospital 62,995 dan yang meninggal ialah 4,429.

(a) pertambahan penyakit jantung ini ada kaitannya dengan faktor­faktor risiko iaitu kadar cholesterol dalam darah yang tinggi, merokok, mengidap penyakit tertentu misalnya darah tinggi dan kencing manis, terlalu gemuk, kurang melakukan senaman, tekanan perasaan dan sebagainya;

(b) Kerajaan memang telah dan sedang mengambil langkah­langkah untuk menyedarkan rakyat tentang penyakit jantung melalui Program Pencegahan dan Kawalan Penyakit-penyakit Kardiovaskular. Pada tahun ini Kementerian Kesihatan sedang merancang kempe·n secara besar-besaran di seluruh negara bagi memerangi enam jenis penyakit dan di antaranya ialah penyakit kardiovaskular. Kempen peringkat kebangsaan akan dilancarkan pada bulan Mei dan akan diperluaskan seterusnya di peringkat negeri dan daerah. Kempen tersebut akan berteraskan program pendidikan kesihatan.

Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Setiausaha Parlimen Kemen"terian berkenaan dua soalan. Yang pertama, setelah mengetahui pertambahan kepada penyakit yang bahaya ini, adakah doktor atau pakar­pakar jantung telah dipertambahkan, begitu juga mengenai kemudahan­kemudahan keperluan rawatan penyakit berkenaan?

Yang kedua, bilakah gerangan siapnya klinik jantung yang sedang dibina di Kuala Lumpur ini dan kalau siap berapa ramaikah pesakit-pesakit

209 20 MAC 1990 210

yang mengidap penyakit jantung jenis merbahaya dapat ditempatkan kerana kita faham sekarang ini banyak pesakit­pesakit jantung telah tidak mendapat rawatan yang sempurna kerana kekurangan alat-alatan dan juga pakar­pakamya.

Tuan Chua Jui Meng: Ya, seperti yang dikatakan tadi oleh Yang Berhormat, kita sedarlah mengenai kenaikan incidents penyakit jantung di negara kita dan kita sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk menambahkan doktor-doktor pakar jantung dan kemudahan-kemudahan di negara kita. Untuk makluman Yang Berhormat, kita sedar kita telah memperolehi satu bilangan Heart Surgeons yang rendah di negara kita. Kita faham kita hanya ada 7, 3 di Hospital Besar Kuala Lumpur, 2 di Universiti Hospital dan 2 lagi di swasta tetapi kita akan menambahkan melalui latihan yang diberikan terutamanya di Hospital Besar Kuala Lumpur dan diikuti dengan pendidikan lanjut di luar negeri seperti United Kingdom, United States dan lain-lain. Dengan cara itu, kita haraplah kita dapat betperingkat­peringkat menambahkan Heart Surgeons di negara kita. Kita memang sedarlah kekurangan ini.

Mengenai kemudahan-kemudahan yang ditimbulkan tadi oleh Yang Berhormat sendiri, kita akan menubuhkan atau membina Institut Jantung Negara (The National Heart Centre) di kawasan Hospital Besar Kuala Lumpur. Ini diramalkan bermula pada pertengahan tahun ini dan disiapkan daripada masa pem binaan bermula dalam masa dua tahun iaitu dalam pertengahan tahun 1992. Ini akan menelan perbelanjaan sebanyak $60 juta seperti yang disedari oleh Yang Berhormat.

Mengenai berapa orang yang akan ditempatkan tli hospital baru ini iaitu National Heart Centre, kita tidak tahu sebab ini terpulang kepada Maha Esa

berapa yang nanti diserangi oleh

penyakit jantung pada masa 1992, tetapi kalau kita boleh buat projection pad~ masa kini, kalau tidak salah pada masa kini ada kes-kes yang baru (new cases) dimasukkan ke dalam General Hospital Kuala Lumpur yang memperolehi rawatan ialah sebanyak umpamanya dalam tahun 1988 sebanyak 4,408 orang pesakit yang dirawati di Hospital Besar tetapi sukalah saya katakan di sini, kita ada kepakarail walaupun kita ada pakar Heart Surgeons yang begitu sedikit sahaja tetapi kita ada kepakaran yang tinggi. Doktor kita mahir dalam bidang kepakaran mereka, mereka memang pakar. Umpamanya daripada tahun 1982 hingga 1988 dalam Hospital Besar Kuala Lumpur, kita sudah menjalankan sebanyak 232 kes heart operation (pembedahan jantung), hanya 6 sahaja yang mati. ltu adalah kadar kejayaan yang tinggi, setinggi 97.3%. Itulah menunjukkan kepakaran kita dalam General Hospital Kuala Lumpur.

Tuan Lau Keng Siong: Tuan Yang di-Pertua, saya sangat setuju Yang Berhormat itu menyatakan ada satu sebab oleh kerana orang yang kena sakit jantung adalah orang gemuk [Ketawa] tetapi orang kurus pun ramai kena sakit jantung, apa sebabnya? Jadi, saya hendak minta penjelasan.

Yang kedua, oleh kerana sekarang doktor pakar sangat kurang, saya buat satu contoh, di Hospital Daerah Muar cuma satu doktor pakar jantung hendak mengawal Segamat dan Batu Pahat.

Timbalan Yang di-Pertua: Minta maaf, apa soalan tambahannya.?

Tuan Lau Keng Siong: Soalan tambahan. Adakah Yang Berhormat sedar doktor pakar pada masa sekarang sangat kurang seperti di Muar?

211 20 MAC 1990 212

Timbalan Yang di·Pertua: Yang Berhormat, jawapan telah diberikan tadi, jawab yang pertama sahaja.

Tuan Chua Jui Meng: Saya sangat gembiralah sebab Yang Berhormat tadi itu sekali sekala bersetuju dengan saya. [Ketawa]. Ya, kita sedar yang gemuk pun diserang, biasanya lebih yang gemuk diserang daripada yang kurus tetapi kita hendak tahu kenapa kurus pun diserang dengan penyakit ini. Kita ada 4 causes atau sebab-sebabnya. Pertama, sebab seorang kurus itu diserangi oleh heart disease kerana stress atau · tekanan; tekanan perasaan, tekanan hidup. Korus pun dapat ditekan bukan gemuk sahaja ditekan. Sayapun ditekan seperti Yang Berhormat pun dapat ditekan-sama-sama. Yang kedua, merokok. Kalau kita merokok itu adalah sebab (cause) yang paling utama. Tabiat merokok bukan sahaja gemuk yang merokok, si kurus pun merokok keral)a dalam satu kajian yang dibuat oleh Kementerian saya beberapa tahun kebelakangan ini kita dapati orang lelaki sebanyak 40% lelaki dewasa merokok berbanding dengan 4% untuk perempuan. Sebab itu wanita jarang dijangkiti oleh penyakit ini. Yang ketiga, kekurangan senaman. Kuruspun tidak bersenam, gemuk pun tidak bersenam. Yang terakhimya, iaitu diet makanan. Yang kurus pun mungkin ada memakan barang yang tinggi dengan kolestrol bukan kalori. Kalau kalori mengakibatkan badan kita kembang tetapi kolestrol yang menyempitkan arteri dalam badan. Itu yang akan menyebabkan sakit jantung.

PELAJAR MALAYSIA KE SEBERANG LAUT-TAJAAN

KERAJAAN

11. Tuan Hassan bin Harun minta Menteri Pendidikan menyatakan berapa ramaikah pelajar-pelajar anjuran

Kerajaan yang telah dihantarkan ke pusat-pusat pengajian tinggi di seberang laut sejak tahun 1986 dan berapa banyakkah pembiayaannya. Apakah dasar Kerajaan mengenai penghantaran pelajar-pelajar ke seberang laut sekarang dan dalam jangkamasa yang dekat ini.

Tuan Woon See Chin: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan pelajar tajaan Kementerian Pendidikan yang dihantar ke luar negeri sejak tahun 1986 hingga tahun 1989 adalah seramai 452 orang dan jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan sehingga akhir tahun 1989 adalah sebanyak $58. 7 ju ta. Pelajar­pelajar ini dihantar untuk mengikuti kursus ijazah di negara-negara seperti berikut:

Untuk kursus bahasa Inggeris atau Teaching English as the Second Language di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada-329 pelajar. Kursus bahasa Arab dan Pengajian Islam di Mesir, Morocco, Jordan dan Syria-96 orang dan Kursus Sastera di Indonesia-27 pelajar.

Dasar penghantaran pelajar-pelajar tajaan Kementerian Pendidikan ke luar negeri pada masa sekarang ialah pelajar-pelajar hanya dihantar ke luar negeri bagi inengikuti bidang pengajian yang tidak ditawarkan oleh institusi­institusi pengajian tinggi tempatan ataupun tempat-tempat yang disediakan oleh institusi-institusi pengajian tinggi tempatan sangat terhad bilangannya.

Timbalan Yang di-Pertua: Masa untuk soalan sudah cukup.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 12 hingga 46 adalah diberi di bawah ini).

213 20 MAC 1990 214

PEGA W Al PERT ANIAN-LANTIKAN

12. Puan Rajah Rogayah binti Che Mat minta Menteri Pertanian menyatakan sama ada Kementerian beliau bercadang untuk melantik lebih ramai lagi Pegawai Pertanian untuk tinggal bersama dengan petani-petani di daerah-daerah dan jajahan-jajahan dan bergiat bersama-sama dengan petani-petani sama ada bercucuk-tanam atau berternak sebagai satu usaha menggalakkan lagi petani-petani untuk berladang atau menternak.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian (Tuan Ong Tin Kim): Jabatan Pertanian di bawah Projek Pengembangan Kebangsaan telah membahagikan kawasan · pertanian diluar bandar kepada 774 kawasan Perkhidmatan. Tiap-tiap kawasan Perkhidmatan yang meliputi lebih kurang 800 .keluarga kecil ini diletakkan di bawah pengelolaan seorang Juruteknik Pertanian. Sebahagian Juruteknik Pertanian ini telah disediakan dengan quarters (rumah Kerajaan) yang dibina di dalam kawasan perkhidmatan masing-masing. Projek ini telahpun siap dan buat masa ini Jabatan belum lagi merancang untuk menambahkan lagi bilangan pegawai­pegawai pengembangan ini.

GURU SANDARAN DI SEKOLAH CINA/TAMIL

13. Tuan G. Rajoo minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) sama ada beliau sedar ramai Guru Sandaran Tanpa Latihan di Sekolah Cina dan Tamil yang tidak berkelayakan tidak dapat memasuki Maktab-maktab Perguruan mengikuti Kursus Asas Perguruan sepenuh masa berikutan dengan syarat ketat umur dan syarat kelulusan matematik yang dikenakan pada tahun ini; dan

(b) jika sedar, apakah tindakan Kementerian untuk melonggar­kan syarat had umur dan syarat kelulusan matematik kepada Guru-guru Sandaran Tanpa Latihan yang sedang berkhidmat di SRJK(n dan supaya memberi suatu peluang terakhir kepada guru"guru ini serta mengatasi masalah kekurangan guru di SRJK(C).

Tuan Woo See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan memang sedar bahawa ramai guru sandaran tanpa latihan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil) tidak layak untuk mengikuti Kursus Perguruan Asas di maktab-maktab perguruan berikutan dari syarat had umur dan syarat kelulusan dalam matapelajaran Matematik yang dikenakan pada tahun ini. Sungguhpun begitu Kementerian Pendidikan tidak bercadang untuk melonggarkan syarat had umur dan syarat kelulusan mata pelajaran Matematik bagi guru-guru sandaran tersebut memandangkan Kementerian Pendidikan telah menerima lebih daripada cukup calon yang layak untuk dipertimbangkan ke program-program tersebut berdasarkan syarat-syarat yang diiklankan.

Di samping itu langkah mengenai syarat kelulusan yang lebih tinggi bagi tahun ini dijangka akan dapat mempertingkatkan lagi prestasi dan kualiti guru pelatih yang diharapkan akan mendorong kepada peningkatan mutu pendidikan di negara ini.

Adalah dimaklumkan bahawa syarat kelonggaran had umur ini hanya diberi dalam tahun 1989 sahaja.

Di antara langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi kekurangan

215 20 MAC 1990 216

guru terlatih di SRJK(C) dan SRJK(T) ialah:

(i) dengan menambah pengam­bilan bagi tahun 1991; dan

(ii) dengan menempatkan guru­guru program Pendidikan Sekolah Rendah (Pengajian Melayu, Pengajian Inggeris dan Muzik) ke sekolah-sekolah berkenaan di mana didapati bersesuaian dengan keperluan sekolah-sekolah tersebut. Di samping dapat mengatasi kekurangan guru di SRJK(C) dan (T), guru-guru seperti ini boleh memperkayakan penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris murid­murid, mendorong kepada integrasi nasional dan menuju ke arah pencapaian matlamat KBSR yang menekankan kepada kesepaduan ilmu pengetahuan.

PASAR BASAH­MEMODENKAN

14. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan bahawa menurut pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri untuk memodenkan semua pasar-pasar basah supaya suri-suri rumah boleh membeli sayur-sayuran dalam keadaan yang selesa:

(a) apakah rancangan yang disusun untuk memodenkan pasar-pasar basah setakat sekarang; dan

(b) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memperbaiki keadaan pasar­pasar basah yang menyebabkan sesak lalu-lintas tiap-tiap hari dan juga kemalangan jalan raya. Contoh sebuah pasar seperti itu ialah yang terletak di Batu 5, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur.

Datuk Haji Hussein bin Ahmad:

(a) Semenjak pengumuman Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk memodenkan pasar di seluruh negara, Kementerian ini telah mengambil tindakan me­ngumpulkan data-data dan maklumat-maklumat mengenai pasar-pasar yang perlu dimodenkan di dalam kawasan­kawasan Pihakberkuasa Tem­patan di seluruh negara. Di samping itu, Kementerian juga sedang membuat kajian ke atas beberapa pasar-pasar di dalam kawasan-kawasan Pihakberkuasa Tempatan di seluruh Semenanjung. Ber­pandukan data-data dan maklumat-maklumat yang di­kumpulkan nanti, Kementerian ini merancang untuk meng­kategorikan pasar-pasar tersebut supaya pembangunannya dapat dijalankan secara berperingkat mengikut keutamaan. Kategori­kategori yang dicadangkan ialah:

(i) pasar-pasar yang perlu dibaikpulih;

(ii) pasar-pasar yang perlu dibina baru; dan

(iii) pasar-pasar yang perlu dipindahkan untuk dibina baru.

(b) Bagi pasar~pasar yang menyebabkan masalah ke­sesakan lalu-lintas, Kementerian akan mengkaji kemungkinan/ memperluaskan atau mengubah jajaran jalan (road alignment) yang baru. Sekira tiada pilihan, ianya mungkin akan dimasuk­kan di bawah kategori pasar untuk dipindah dan dibina baru. Pembinaan pasar-pasar baru akan menggunakan kawasan yang lebih sesuai, mengadakan

111 20 MAC 1990 218

sistem saliran yang lebih sempurna dan menyediakan beberapa ciri-ciri lain yang perlu seperti mengadakan sistem pelupusan sisa-sisa pepejal bagi mengurangkan masalah pasar­pasar basah berkenaan.

NELAYAN THAILAND YANG DITANGKAP

15. Tuan Mustafa bin Awang minta Menteri Pertanian menyatakan iaitu sejak akhir-akhir ini ramai nelayan­nelayan Thailand telah ditangkap dan dibicarakan dan bot-bot mereka dirampas serta hukuman telah dikenakan:

(a) berapa ramai nelayan Thailand yang dihukum denda, tapi memilih penjara;

(b) berapa ramai pula yang mampu membayar denda. Dan berapa ramai yang di bawah umur hanya diberi amaran;

( c) berapakah jumlah denda yang dapat · dipungut sehingga 31 Disember, 1989; dan

(d) berapa jumlah bot-bot mengikut saiz yang telah dirampas sehingga 31 Disember, 1989. Dan dari jumlah tersebut berapakah anggaran nilai harga­harga tersebut.

Tuan Ong Tin Kim:

(a) Bilangan nelayan yang dihukum denda te~api memilih penjara dalam tahun 1989 ialah 671 orang nelayan.

(b) Bilangan nelayan yang mampu membayar denda dalam tahun 1989 ialah 20 orang dan bilangan nelayan yang di bawah umur hanya diberi amaran dalam tahun 1989 ialah 124 orang.

(c) Jumlah denda yang dipungut sehingga 31 Disember, 1989 ialah $35,450.00.

( d) Jumlah bot-bot yang ditangkap pada tahun 1989 ialah 132 buah bot yang mana 8 kes telah diarahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk ditarik batik oleh kerana kekurangan bukti; 31 kes masih belum selesai perbicaraan kes dan 93 buah bot telah dirampas oleh Mahkamah.

Bot-bot yang dirampas mengikut saiz adalah:

. Muatan bot

0-40 GRT

40-70 GRT

70 GRT ke atas

Bil. Bot

31

36

26

Nilai harga bot yang dirampas adalah di antara $19,000-$45,000.00 mengikut keadaan dan harga bot.

RELA-PEMBERIAN SENJATA

16. Puan Norani binti Haji Beluah minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) apakah tindakan pihak Kementerian bagi mempastikan anggota-anggota RELA tidak akan menyalahgunakan senjata (senapang patah) yang diberikan kepada mereka;

(b) adakah pihak Kementerian akan mengkaji syarat-syarat pem­berian senjata RELA kepada mereka yang benar-benar amanah dan bertanggungjawab; dan

(c) adakah mangsa kejadian AMOK yang berlaku baru-baru ini {dengan menggunakan senjata RELA) akan diberikan

219 20 MAC 1990 220

pampasan oleh pihak Kerajaan iaitu kepada keluarga yang terlibat.

Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri (Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad):

(a) Kerajaan ada mengeluarkan Manual Senjatapi Pasukan Rela yang mengandungi arahan­arahan dan garis panduan yang jelas mengenai penggunaan dan penjagaan senjatapi. Manual ini telah dicetak dan diedarkan kepada semua Ahli RELA bagi memastikan tidak berlakunya penyalahgunaan senjatapi yang telah diberikan kepada mereka. Selain daripada itu, mata pelajaran Pengurusan Senjatapi RELA dititikberatkan bagi ahli RELA yang menghadiri kursus­kursus yang dianjurkan oleh Jabatan RELA.

(b) Kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula syarat-syarat pemberian senjatapi meman­dangkan syarat-syarat yang digunakan sekarang sudah mencukupi.

(c) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan hanya memberikan pampasan kepada ahli-ahli RELA yang tercedera a tau terkorban semasa menjalanlqm tugas rasmi sahaja.

T AMBANG KERET API T ANAH MELA YU

17. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Pengangkutan menyatakan: ·

(a) adakah cadangan menaikkan tambang KTM itu telah dikaji dengan mendalam, tidakkah ini membebankan rakyat yang berpendapatan rendah yang

menggunakan perkhidmatan KTM; dan

(b) bilakah KTM akan diswastakan dan tujuan penswastaan terse but.

26-3-90

38. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah benar KTM akan menaikkan tambang­nya memandangkan mutu perkhid­matannya bertambah baik. Tidakkah KTM perlu kaji semula akan tambang yang ada sekarang.

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Bagi soalan pertama iaitu mengenai cadangan menaikkan tambang keretapi, saya meminta izin untuk menjawab soalan ini bersama­sama dengan soalan daripada Y .B. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh yang dijadualkan pada 26 Mac 1990.

Pada masa ini KTM sedang menjalankan kajian terperinci berkaitan dengan perkhidmatan penumpang dan tambang keretapi. Antara lainnya perkara-perkara yang sedang dikaji adalah:

(i) perkhidmatan yang diperlukan oleh rakyat;

(ii) mutu perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan kepada penumpang;

(iii) reaksi penumpang;

(iv) persaingan dengan sistem pengangkutan yang lain;

(v) faktor Keluaran Dalam Negara Kasar; dan

(vi) tambang keretapi.

221 20 MAC 1990 222

Soal kenaikan tambang KTM masih belum dipertimbangkan. Waiau bagaimanapun, ingin saya menegaskan di sini bahawa soal ini akan diberi perhatian yang sewajarnya supaya rakyat berpendapatan rendah tidak dibebankan sewenang-wenangnya.

Untuk menjawab soatan yang kedua mengenai penswastaan KTM, ingin saya memaklumkan bahawa pada 12 Julai 1989 Kerajaan telah bersetuju supaya KTM diperbadankan (corporatise) di bawah Akta Syarikat 1965.

Tujuan dasar penswastaan Kerajaan serta perbadanan KTM telah pun diterangkan beberapa kali dalam Dewan Yang Mulia ini.

PUSAT PEMULIHAN DADAH

18. Tuan Sbuib bin Endut minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan Pusat-Pusat Pemulihan Dadah (Serenti) di seluruh negara, jumlah penghuninya dan pegawai-pegawainya.

Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad:

(a) Pada masa ini terdapat 12 buah Pusat Serenti yang beroperasi penuh di seluruh negara. 7 buah lagi masih dalam pembinaan.

(b) Bilang~n penagih yang berada di semua Pusat-pusat Serenti pada 31.1.1990 ialah 5 ,089 orang dan bilangan kakitangan yang bertugas di semua Pusat ialah 1,004 orang, di mana 140 adalah pegawai yang terlibat dengan Rawatan dan Kaunseling dan 864 menjalankan togas latihan dan kawalan.

KEMPEN ANTI-KAYU TROPIKA

19. Tuan Tan Chi Ho minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan apakah

tindakan yang telah diambil berikutan kempen anti-kayo tropika yang dilancarkan oleh setengah-setengah negara Eropah. Berapakah jumlah kerugian yang dialami.

Menteri Perusahaan Utama (Dato' Seri Dr Lim Keng Yaik):

(a) Sebagai tindakan untuk membanteras kempen anti-kayu tropika yang tersebar luas di beberapa buah negara Barat, Kerajaan telah dan sedang mengambil berbagai langkah bagi membetulkan prasangka dan menyakinkan masyarakat dunia mengenai · sistem pengurusan hutan di negara ini, Di antara lain langkah-langkah yang diambil termasuk:

(i) Kerajaan telah meng­ambil inisiatif ke arah mewujudkan Deklarasi Langkawi mengenai Alam Sekitar termasuk peranan hutan di Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada bulan Oktober 1989.

(ii) Penyediaan buku, filem dan risalah mengenai sektor perhutanan dan sis tern pen gurus an hutan di Malaysia untuk edaran ke merata negara di mana kempen yang berkenaan telah berlangsung.

(iii) Menghantar misi-misi khusus keluar negeri untuk membetulkan tanggapan masyarakat dunia mengenai isu yang berkenaan. Satu misi peringkat Menteri ASEAN juga dirancang

223 20 MAC 1990 224

untuk dihantar ke­beberapa buah negara di Eropah bagi maksod

. yang sama.

(iv) Kerajaan telah meng­ambil bahagian yang aktif dalam persidangan dan mesyoarat antara­bangsa berkaitan dengan iso pengorosan hutan tropika dan alam sekitar seperti me­syoarat Pertubohan Antarabangsa Kayu Tropika (ITTO).

(v) Sato Jawatankoasa Pemandu Kebangsaan mengenai Alam Sekitar dan Pembangonan joga telah ditobohkan untuk menyelaraskan strategi dan tindakan yang perlu diambil bagi meng­hadapi isu bersabit dengan alam sekitar donia.

(vi) Kerajaan telah meng­ator beberapa lawatan terotama bagi tetamo­tetamu negara supaya mereka dapat meninjao sendiri terhadap dasar mengenai dengan sis tern pengorusan hutan di negara ini.

(b) Setakat ini kempen anti-kayo tropika tidak memberi kesan yang burok atas eksport barangan kayo-kayan Malaysia kerana nilai eksport barangan kayo-kayan masih meng­galakkan pada beberapa tahon kebelakangan ini. Nilai eksport keluaran kayu-kayan pada tahun 1989 masih menunjokkan peningkatan yang amat meng­galakkan. Pendapatan eksport keloaran kayu-kayan bagi tempoh Januari-November 1989

adalah sebanyak $7,977.1 juta berbanding dengan $6,352.0 jota bagi tempoh yang sama dalam tahun 1988 iaitu peningkatan sebanyak 25.6%.

Pada hakikatnya, negara-negara maju kini mola mendapat gambaran yang lebih jelas dan mola memahami sistem pengorusan somber hotan di negara tropika seperti di Malaysia. Mereka juga kini sedar bahawa tindakan yang diambil oleh beberapa boah pertobuhan bukan Kerajaan (NGO's) untok memulao dan mengharamkan penggunaan keluaran kayo tropika, adalah tidak berfaedah dan apa yang diperlokan ialah mengimbangkan peranan hutan dalam memenohi keperloan ontok melindongi alam sekitar, ekonomi dan pembangonan. Sehobongan dengan ini, kita akan terus berusaha mendapatkan kerjasama negara-negara majo berkenaan untuk membantu negara pengeluar kayu tropika seperti Malaysia dalam memajukan indostri hiliran berasaskan kayu yang memponyai nilai pokok yang tinggi sopaya polangan yang lebih tinggi dari eksport bahan-bahan ini akan dapat meningkatkan usaha kita ke arah melindungi dan memelihara somber hutan. Salah sato langkah yang dapat diambil oleh negara majo ialah mengurang atao menghapuskan sama sekali sekatan tarif dan bukan tarif ke as import keluaran kayu tropika yang siap dan separuh siap.

MEW AJIBKAN PENDIDIKAN

20. Puan Valli Muthusamy minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kerajaan bercadang me­wajibkan pendidikan.

Tuan Woon See Chin: . Untok makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga ini Kerajaan tidak berhasrat ontuk mewajibkan pendidikan

I I -

225 20 MAC 1990 226

memandangkan telah ada kesedaran di kalangan masyarakat untuk menghantar anak-anak mereka mendapatkan pendidikan rendah, malah sambutannya amat menggalakkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat. kadar enrolmen di sekolah rendah telah meningkat dari 96.59% pada tahun 1986 ke 99.03% pada tahun 1989. Waiau bagai­manapun, buat masa ini pendidikan adalah diberi percuma di peringkat rendah dan menengah.

PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA

21. Puan Ainon binti Arirfin minta Perdana Menteri menyatakan apakah rancangan oleh Sahagian Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri untuk menyatupadukan fikiran dan perasaan umat Islam di Malaysia supaya dapat menyumbangkan perpaduan rakyat Malaysia yang sejati.

Dato' Drs Suleiman bin Mohamed: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri mengadakan berbagai aktiviti yang matlamatnya bagi menyatupadukan pemikiran dan perasaan umat Islam di Malaysia sekaligus bagi menjaga perpaduan rakyat Malaysia .. Aktiviti-aktiviti tersebut dirangkumkan dalam program pengawalan akidah dan syariah.

Dalam program ini ditekankan mengenai perkara memperkuatkan pegangan umat Islam terhadap agamanya dengan tidak diserapi oleh ajaran-ajaran yang menyeleweng dari landasan yang sebenar dan tidak diserapi oleh pemikiran-pemikiran dan tafsiran-tafsiran yang berbeza daripada yang sedia diamalkan dalam masyarakat Islam di Malaysia.

Di samping itu ditekankan dalam penyebaran Islam supaya umat Islam berpegang dengan sifat kesederhanaan dan hikmah dalam menzahirkan

perlakuan dan kecenderungan rnereka kepada blam, sekiranya tidak menggegarkan mesyarakat yang berbilang kaum dan tidak meng­gegarkan umat Islam sendiri.

KELAS BAHASA IBUNDA DI SEK OLAH

22. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Pendidikan menyatakan mengenai kelas-kelas bahasa ibunda iaitu Bahasa Cina dan Bahasa Tamil yang dijalankan di sekolah-sekolah kita:

(a) Siapakah yang bertanggung­jawab menyelia guru-guru kelas ibunda itu; dan

(b) Adakah pegawai-pegawai dari Pejabat Pendidikan membuat lawatan pada masa kelas-kelas ibunda dijalankan.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang B~rhormat,

(a) Pengajaran dan pembelajaran di kelas-kelas ibunda seperti juga untuk kelas-kelas mata pelajaran lain, sentiasa disedia oleh Pengetua, Penolong Kanan sekolah berkenaan dan juga oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Jemaah Nazir Persekutuan dan juga Bahagian Sekolah-sekolah·, Kementerian Pendidikan. Penyeliaan ini dijalankan dalam berbagai cara, seperti ber­kumpulan, berpasukan dan berseorangan mengikut tujuan dan keperluan penyeliaan tersebut. Di peringkat Negeri, Pengarah Pendidikan Negeri akan bertanggungjawab me­nentukan pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pengetua sendiri mengendalikan

227 20 MAC 1990 228

penyeliaan tersebut secara berkala, atao secara mengejot. Jemaah Nazir kawasan joga mengator lawatan-lawatan ke sekolah untuk menyelia antara lain, kelas-kelas bahasa ibonda ini. Hasil penyelia ini akan dilaporkan kepada pihak-pihak yang berkaitan jika sesoai ontok makloman dan tindakan sepenohnya. Setakat 101

Kementerian Pendidikan berpoas hati dengan kekerapan dan moto penyelian ito pada keselorohannya.

( b) Di tiap-tiap Jabatan Pendidikan Negeri telah dilantik penyelia­pen yelia yang bertanggong­jawab ke atas pelaksanaan pengajaran bah~a-bahasa ibonda dan (Bahasa Tamil dan Bahasa Cina) Penyelia-penyelia tersebot diletakkan di bawah Unit Penyeliaan Sekolah dan Unit Korikolum Jabatan Negeri. Mereka mempunyai togas yang khususnya mengurus, menyelia dan tnengawal pengajaran­pembelajaran bahasa-bahasa ibunda di sekolah. Di peringkat daerah, Pejabat-pejabat Pen­didikan Daerah juga dike­hendaki menyelia kelas-kelas tersebut dari segi pengurusan dan pentadbirannya. Pegawai­pegawai terse bot tel ah diarahkan untuk menyelia kelas­kelas ini ketika dijalankan dan seperti penyeliaan-penyeliaan yang lain membuat laporan sewajarnya untuk makluman dan tindakan.

KAMPUNG BARU­PERBELANJAAN KEMUDAHAN

ASAS

23. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah wang

yang dibelanjakan bagi kemudahan asas di Kampung-kampung Baru bagi tahun 1985 hingga masakini bagi perkara-perkara yang berikut:

(a) jalan raya/infrastruktur;

(b) bekalan air dan elektrik; dan

( c) posat kesihatan tempatan.

Datuk Haji Hussein bin Ahmad: Kementerian Peromahan dan Kerajaan Tempatan telah membelanjakan sebanyak $8.865 jota bagi melaksana projek-projek infrastroktor seperti jalan, parit dan longkang di seloruh Kampong-kampong Baro bagi tempoh 1985-1989.

Bagi pertanyaan (b) dan (c) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak memponyai rekod atao botir-botir terperinci mengenai jomlah perbelanjaan sebenar untuk projek­projek bekalan air, elektrik dan pembinaan pusat kesihatan tempatan di Kampung-kampung Baro kerana pelaksanaan dan pem bekalan kemudahan-kemudahan tersebut adalah di bawah kelolaan Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pembangonan Negara dan Luar Bandar dan Kementerian Kesihatan. Waiau bagaimanapun, untuk makluman Ahli Yang Berhoramat, mengikut rekod Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 92.2% daripada Kampung­kampung Baro telah menikmati bekalan air, 96.1 % telah dibek-alkan dengan bekalan elektrik, manakala bagi posat kesihatan tempatan:

26.0% telah mempunyai pusat kesihatan

38.0% telah mempunyai klinik bidan

14.4% telah mempunyai klinik des a

21.6% mendapat kemudahan klinik bergerak

229 20 MAC 1990 230

GURU PELATIH MAKTAB PERGURUAN

24. Dr Ng Khek Kiung minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) jumlah guru pelatih Maktab­maktab Perguruan mengikut 'pecahan jurusan/subjek yang diadakan pada hari ini; dan

(b) jurusan apakah yang masih menghadapi kekurangan guru; dan berapakah bilangan yang terbabit.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) Jumlah guru pelatih yang ada di maktab-maktab perguruan di Malaysia pada tahun 1990 mengikut opsyen adalah seperti berikut:

Enrolmen Guru-guru Pelatih Mengikut Opsyen Di Maktab­

Maktab Perguruan Malaysia Bagi Tahun 1990

Opsyen

Pen'gajian Melayu

P•lldidWJn P•lldidWJn Jumlalt Seko/alt Sekolalt Reltdalt Al•nen1alt

2257 740 2997 (P. Melayu+Geografi+ Sejarah dan + Pendidikan Seni)

Pengajian Inaacris 785 660 1445 Pengajian Cina 462 90 552 Pengajian Tamil 219 30 249 Muzii< 100 100 Pengajian Agama Islam 482 410 892 Binaan Bangunan 20 20 Kajisawat Motor 20 20 Latihan Mesin Syop 20 20 Pendingin udara & 20 20 Penyaman

Pepa1angan Elclttrik 20 20 Pertukangan 20 20 Perdagangan Khas 30 30

Pertukangan Khas 140 140 Kemahiran Hidup 160 160

JUMLAH .. 4,305 2,380 6,685

(b) (i) Bilangan kekurangan guru di sekolah-sekolah rendah pada tahun 1990 mengikut jurusan adalah seperti berikut:

Pengajian 3,090 orang Melayu

Pengajian 189 orang Inggeris

Pengajian 3,235 orang Cina

Pengajian 1,160 orang Tamil

Pengajian 1,629 orang Agama Islam

JUMLAH 9,303 orang

(ii) Manakala di sekolah menengah pula, mata pelajaran-mata pelajaran yang masih menghadapi kekurangan guru pada masa ini ialah:

Bahasa Malaysia · 697 orang

Bahasa lnggeris 854 orang

Perdagangan 400 orang

Pengajian Islam 622 orang

2,573 orang

Kekurangan yang disebutkan di atas adalah bersifat sementara. Setelah kekurangan guru mengikut jurusan/ bidang ini dikenalpasti, Kementerian Pendidikan akan dari masa ke semasa melatih guru-guru yang diperlukan.

DOKTOR DI HOSPITAL ESTET

25. Tuan K. Sivalingam minta Menteri Somber Manusia menyatakan mengapa doktor yang berkelayakan tidak ditempatkan di estet-estet sebaliknya hanya 'dresser'~ jikalau seseorang itu memerlukan rawatan dari 'Specialist' mereka terpaksa pergi ke bandar jauh dari tempat tinggal mereka dan mungkin orang itu boleh mati

231 20 MAC 1990 232

dalam perjalanannya. Apakah tindakan Kementerian terhadap perkara ini.

Menteri Somber Manusia (Dato' Lim Ah Lek): Undang-undang Labour Code, yang bersabit dengan perkara ini, memang memerlukan hospital-hospital estet menggaji doktor perubatan, tetapi mengizinkan hospital-hospital ini dikendalikan oleh Pembantu-pembantu Hospital Estet di bawah pengawasan seorang doktor perubatan. Pengecualian ini diberi memandang kepada kekurangan doktor perubatan pada amnya di negara kita. Pembantu­pembantu Hospital Estet yang ditauliahkan oleh Lembaga Pembantu­pembantu Hospital Estel, adalah dilatih untuk mengendalikan perkhidmatan rawatan asas di hospital-hospital ladang.

Untuk menentukan bahawa perkhidmatan rawatan yang sewajar­nya disediakan di sektor ladang, Kementerian Somber Manusia sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menerangkan garis panduan agar mutu perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang dinikmati oleh pekerja-pekerja ladang dan tanggungan mereka akan dapat dipertingkatkan.

Pada amnya rawatan 'Specialist' atau Pakar Perubatan hanya dibekalkan di Hospital-hospital di kawasan­kawasan bandar. Pekerja ladang seperti penduduk lain mempunyai peluang yang sama untuk menikmati perkhidmatan pakar-pakar ini.

DRAMA TAMIL LUAR NEGERI

26. Tuan C. Krishnan minta Menteri Penerangan menyatakan sama ada ia sedar bahawa penyiaran Drama Tamil Luar Negeri dan bukan Drama Tamil Tempatan tidak dapat memupuk sesuatu identiti tempatan dalam fikiran para peminat Drama Tamil. Oleh

kerana Drama Tamil Tempatan adalah suatu jalan perkembangan bagi para artis tempatan kita, bilakah Kerajaan sanggup membiayai kos pengeluaran Drama Tamil Tempatan.

Menteri Penerangan (Dato' Mohamad bin Rahmat): Semua rancangan RTM bercorak hiburan selaras dengan konsep persyarikatan Malaysia. Dengan usaha menswastakan tersebut Kementerian ini dapat mengurangkan saiz kakitangan, kos operasi dan dapat menambahkan basil kepada Kerajaan. Penswastaan rancangan-rancangan juga dapat menggalakkan pertumbuhan industri TV tempatan.

Dengan itu RTM membeli semua program hiburan baik yang diimport dari luar negeri mahupun dibuat di dalam negeri.

Bagi rancangan-rancangan Tamil, program-program yang disiarkan adalah diimport ataupun dibuat ·di Malaysia. Oleh kerana tidak ada lagi program-program tempatan, program­program yang diimport digunakan.

Jikalau terdapat program tempatan yang bermutu, RTM akan menggunakannya untuk membantu memupuk nilai-nilai tempatan dan dalam perkembangan serta memajukan masyarakat artis tempatan.

GURU PELATIH-KURSUS DI MAKTAB PERGURUAN

27. Tuan V .K. Sella pan min ta Menteri Pendidikan menyatakan bilangan guru-guru pelatih yang akan diambil untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab-maktab Per­guruan pada tahun ini dan adakah pengambilan pada tahun ini akan bertambah. Peratusan kekurangan guru­guru meningkat di SRJK(T) jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah

233 20 MAC 1990 234

lain. Berapakah bilangan guru-guru pelatih alcan ditambah untuk SRJK(T) pada tahun akan datang.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan guru pelatih yang dijangka alcan diambil untuk mengikuti Kursus Perguruan Asas di maktab-maktab perguruan Malaysia pada tahun ini ialah s,s20· orang, iaitu 1,080 orang kurang daripada pengambilan tahun 1989. Perlulah dinyatakan bahawa pengambilan pelatih ke maktab-maktab perguruan ditentukan bilangannya berdasarkan kepada unjuran keperluan guru dan bilangan guru yang telah sedia ada.

Untuk mengatasi kekurangan guru­guru di SRJK(T), Kementerian Pendidikan berhasrat untuk menambah­kan lagi bilangan guru pelatih bagi kursus Pendidikan Sekolah Rendah (Pengajian Tamil). Bagi tahun 1991, unjuran yang dibuat menunjukkan bahawa seramai 780 orang pelatih dijangka akan diambil untuk mengikuti latihan dalam program Pengajian Tamil. Bilangan ini adalah 57 peratus (448) lebih ramai daripada pengambilan pada tahun 1989.

SEK OLAH TAMIL-BANTU AN MODAL

28. Tuan V .K. Sella pan min ta Menteri Pendidikan menyatakan serba sedikit keadaan sekolah-sekolah Tamil di seluruh negara. Adakah Kerajaan akan terus menyediakan peruntukan untuk membina sekolah-sekolah ini. Bagaimanakah Kerajaan akan menyelesaikan masalah-masalah di dalam bidang tanah yang mana sesebuah sekolah itu didirikan adalah bukan milik Kerajaan tetapi persendirian.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di seluruh negara, terdapat 388 buah SRJK(T) Bantuan Modal, yang mana keadaan fizikalnya berbeza-beza di antara sekolah-sekolah tersebut. Ada terdapat sekolah-sekolah Bantuan Modal yang keadaan fizikalnya setaraf dengan sekolah Bantuan Penuh dan juga sekolah-sekolah tersebut dalam keadaan yang daif. Dalam tempoh 1986 hingga Februari, 1990, Kementerian ini telah memperuntukkan sejumlah $2.66 juta untuk memperbaiki keadaan 191 buah SRJK(T) Bantuan Modal. Kementerian 101 akan terus menyediakan peruntukan bagi tujuan tersebut pada masa-masa akan datang.

Sebenamya segala urusan berkaitan dengan tapak bagi sekolah-sekolah Bantuan Modal adalah di bawah tanggungjawab pihak sekolah berkenaan. Perjanjian pajakan tapak adalah di antara pihak sekolah dan pihak pemilik tapak berkenaan. Kementerian ini tidak dapat menyelesaikan masalah tapak sekolah­sekolah tersebut kerana bukan milik Kerajaan.

DOKTOR DAN DOKTOR PAKAR-BILANGAN

29. Tuan Mustafa bin Awang minta Menteri Kesihatan menyatakan perkara-perkara seperti berikut:

(a) sehingga 31hb Disember 1989, bilangan para doktor pakar di tiap-tiap negeri di seluruh negara;

( b) berapa ramai para doktor biasa diberi peluang· menyambung pelajaran oleh Kerajaan untuk menjadi doktor-doktor pakar pada tiap-tiap tahun sehingga 3lhb Disember 1989.

235 20 MAC 1990 236

Tuan Chua Jui Meng:

(a) Sehingga 31 Disember 1989 bilangan doktor-doktor pakar di tiap-tiap negeri di negara ini adalah di antara seramai 4 orang sehingga 114 orang. Bilangan ini berbeza mengikut keperluan negeri masing-masing. .

(b) Bilangan doktor-doktor Kementerian Kesihatan yang telah diberi peluang me­nyambung pelajaran untuk menjadi doktor-doktor pakar, adalah seperti berikut:

Tahun Bilangan

1980 26 1982 25 1985 24 1986 41 1987 43 1988 51 1989 92

WARAN PENCEN YANG HILANG

30. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Perdana Menteri menyatakan berapa lamakah masa yang diambil untuk mengganti waran pencen yang hilang kepada seseorang pesara. Ramaikah pesara-pesara yang kehilangan waran pencen mereka dalam setahun.

Dato' Drs Suleiman bin Mohamed: Waran pencen yang hilang boleh diganti dalam tempoh sepuluh hari daripada tarikh dokumen-dokumen yang lengkap diterima untuk penggantian oleh Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Bilangan pesara-pesara yang kehilangan waran pencen dalam

setahun adalah kurang daripada 0.1 %. Pada tahun 1989. 208 pesara melaporkan kehilangan waran pencen.

MONOREL KUALA LUMPUR

31. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Perdana Menteri menyatakan apakah perkembangan cadangan membina monorel di Bandaraya Kuala Lumpur.

Dato' Drs Suleiman bin Mohamed: Projek sistem monorel Kuala Lumpur telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 14 Jun 1989 bagi menggantikan Sistem Aerobus untuk tujuan perkhidmatan dalam Bandaraya (intracity) Kuala Lumpur.

Sistem monorel ini akan dibina secara berperingkat-peringkat dan pada masa ini dua (2) fasa perlaksanaannya telah dikenalpasti. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Fasa pertama sistem ini akan menghubungi 4 terminal bas utama iaitu Puduraya, Pasarama Kota, Hentian Putra dan Terminal Tun Razak melalui Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Manakala Fasa kedua pula akan menghubungi Puduraya dengan Pasar Pudu melalui Jalan Bukit Bintang dan Jalan Pudu.

Fasa pertama bagi kerja-kerja peringkat awal perlaksanaan sistem ini telahpun dimulakan. Berikut ialah kemajuan kerja-kerja bagi Fasa Pertama tersebut:

(i) Kajian pengangkutan telahpun siap.

(ii) Laluan dan lokasi-lokasi stesen monorel telahpun ditetapkan.

(iii) Urusan kewangan untuk membiayai projek tersebut sedang diuruskan.

237 20 MAC 1990 238

(iv) Pembentukan , organisasi projek dan perlantikan juru­perunding dan kontraktor/ pembekal sistem ini untuk memulakan projek ini adalah dalam peringkat ak.hir.

Perlaksanaan sistem monorel Fasa pertama dijangka bermula sebelum bujung tahun 1990 dan akan siap dalam tempoh masa 24 bulan dari tarikh permulaan.

BAHASA CINA DI SEK OLAH-SEK OLAH

32. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kerajaan bercadang menjadikan Bahasa Cina sebagai bahasa kedua berikutan peningkatan pelaburan Negeri China dan Taiwan di negara kita. Apakah peratusan yang sebenar berkenaan dengan bilangan kakitangan Kerajaan yang sedang mengikuti kursus Bahasa Cina.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Bahasa Cina telah pun memainkan peranan penting dalam pendidikan negara ini kerana dijadikan bahasa pengantar di SRJK(C) dan bahasa ibunda di sekolah-sekolah rendah lain dan sekolah menengah. Dalam KBSM mata pelajaran Bahasa Cina telah dimasukkan ke dalam jadual waktu formal iaitu satu waktu dalam jadual waktu biasa dan dua waktu lagi dalam jadual waktu lanjutan. Ini bermakna pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Cina telah mengalami perubahan yang besar daripada masa-masa yang lepas. Walau bagaimanapun Kementerian Pendidikan tidak bercadang men­jadikan Bahasa Cina sebagai bahasa kedua. Memang didapati ada sebilangan kakitangan Kerajaan yang sedang mengikuti kursus Bahasa Cina tetapi ini adalah atas minat masing­masing.

TAHUN KEBANGSAAN MEMBACA DAN MENULIS

33. Puan Valli Muthusamy minta Menteri Pendidikan menyatakan sejak Tahon Kebangsaan Membaca dan Menulis, apakah kadar membaca dan menulis bagi kaum wanita.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahi Yang Berhormat, setakat yang diketahui, tidak ada apa yang disebutkan sebagai · Tahun Kebangsaan Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun, tahun 1988 telah diisytiharkan sebagai Tahon Pembaca oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia.

Sempena pengisytiharan tersebut, Kementerian Pendidikan telah melancarkan Rancangan Gerakan Membaca. Di bawah rancangan ini, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan tujuan untuk menggalakkan dan mempertingkatkan pembacaan dan tabiat membaca di kalangan pelajar­pelajar.

Anta,ra aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di bawah rancangan ini ialah Minggu Perpustakaan di sekolah­sekolah, Khemab Membaca Untuk Pelajar Sekolah Menengah, Seminar Membaca PIBG, Projek Pusat Somber Contoh Sekolah Menengah dan penerbitan buku Perpustakaan Keluarga.

Mengikut Bancian Penduduk 1980 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan, kadar boleh membaca dan menulis (kenal huruf) bagi kaum wanita ialah 64% berbanding dengan 80% bagi kaum lelaki. Jabatan Perangkaan tidak dapat memberikan kadar boleh membaca dan menulis bagi kaum wanita pada masa ini kerana kajian mengenainya belum lagi dibuat. Waiau bagaimanapun, adalah dirasakan kadar ini semakin meningkat jika dilihat dari bertambahnya bilangan pelajar wanita di institusi-institusi pendidikan di negara kita.

239 20 MAC 1990 240

SUKAN KOMANWEL KE-16 DI KUALA LUMPUR

34. Tuan G. Rajoo minta Menteri Belia dan Sukan µienyatakan:

(a) Kerajaan bercadang meng­anjurkan Sµkan Asia atau Sukan Komanw~l sebelum tahun 2000 di negara ini;

(b) apakah langkah-langkah yang diambil oleh KerajaRn untuk menganjurkan Sukan Asia/ Sukan Komanwel di negara ini; dan

( c) sama ada Kerajaan akan terus menswastakan penganjuran Sukan-sukan Antarabangsa di negara ini dan apakah kebaikan atau keburukan sistem pen­swastaan Sukan Antarabangsa itu.

Menteri Belia dan Sukan (Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak):

(a) Kerajaan Malaysia melalui Majlis Olimpik bercadang untuk menganjurkan Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur pada tahun 1998.

(b) Majlis Olimpik Malaysia telah berhubung dengan Persekutuan Sukan Komanwel pada 26 Januari 1990 menyatakan hasrat negara ini untuk menjadi tuan rumah bagi Sukan Komanwel ke-16. Tindakan lanjut yang perlu <¥,mb.il ialah untuk membuat tawaran secara rasmi sebelum bulan Mac 1992. Dalam Persidangarr Menteri­menteri Sukan Komanwel yang telah diadakan di Auckland pada 4 Februari, 1990 wakil Malaysia telah ju,ga menyatakan hasrat negara untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel akan datang. · ·

(c) Kerajaan akan terus mengamal konsep penglibatan badan­badan di dalam membiayai

- sukan-sukan antarabangsa. Ini adalah kerana konsep ini telah terbukti berjaya semasa Sukan Sea ke-XV diadakan. Sejak sis tern penswastaan ini dimulakan semasa Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, adalah jelas bahawa sistem ini memang mendatangkan kebaikan kepada semua pihak. Antara kebaikan yang diperolehi melalui sistem penswastaan penganjuran sukan-sukan antarabangsa ialah:

(i) dapat mewujudkan satu suasana di mana sektor swasta dan sektor awam dapat bekerjasama ke arah kecemerlangan sukan negara;

(ii) mengurangkan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh Kera­jaan memandangkan penganjuran sukan antarabangsa menelan belanja yang ting~i;

(iii) kedua-dua pihak iaitu · Kerajaan dan swasta

telah mendapat keun­tungan. Syarikat-syarikat yang menaja penganjuran sukan juga mendapat keuntungan dalam bentuk publisiti yang meluas; dan

(iv) melalui sistem ini ianya didapati berkesan ter­utamanya dalam usaha Kerajaan melaksanakan Dasar Persyarikatan Malaysia.

241 20 MAC 1990 242

institusi manakab yang atan diswastakan selagi kajian kemungkinan mengenai penswastaan institusi pengajian tinggi ini belum dilakukan.

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI-PENSW AST AAN

35. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) sejauh manakah ura-ura me­ngenai penswastaan institusi­institusi pengajian tinggi tempatan itu benar;

(b) apakah kriteria-kriteda yang akan digunakan dalam memilih institusi manakah yang akan diswastakan terlebih dahulu; dan

( c) jika penswastaan itu dilakukan, bagaimanakah pula dengan peraturan kemasukan penuntut­penuntut ke dalam universiti tersebut.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) Pada peringkat permulaan ini penswastaan institusi-institusi pengajian tinggi tidak diertikan sebagai penswastaan ke­seluruhan institusi berkenaan tetapi Kerajaan akan meng­adakan kajian kemungkinan terlebih dahulu dalam memiijh perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh diswastakan. Kementerian Pendidikan ingin memastikan bahawa kualiti pendidikan tinggi dan dasar Kerajaan mengenainya tidak akan terjejas dengan memper­kenalkan konsep penswastaan terse but.

(b) Kementerian Pendidikan perlu memastikan ba.hawa bidang­bidang yang diswastakan nanti akan memanfaatkan semua pihak termasuk Kerajaan dan universiti-.universiti seperti penyelidikan dan latihan. Buat masa ini tidak dapat digariskan kriteria-kriteria sebenar yang akan digunakan untuk memilih

(c) Jika dasar p~nswastaan ini dilakukan, tidak bermakna bahawa Kerajaan melepas­kan tanggungjawab dalam menentukan matlamat pen­didikan di institusi pengajian tinggi. Kementerian Pendidikan juga mesti menjamin tidak berlaku penyimpangan daripada dasar kebangsaan dan konsep pendemokrasian · pendidikan. Mengenai pemilihan pelajar­pelajar untuk kemasukan ke universiti-universiti tempatan, Kementerian Pendidikan akan tetap mengekalkan kaedah­kaedah pemilihan yang mengambilkira kelulusan dalam peperiksaan, latar belakang keluarga, kecermerlangan prestasi calon dan beberapa syarat kelayakan yang lain.

KELAS BAHASA IBUNDA (POL)

36. Tuan P. Balaram minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian Pendidikan ke atas pegawai-pegawai yang enggan me­mulakan kelas-kelas POL (Bahasa Ibunda) pada awal tahun;

(a) berapa buah sekOlah yang mula kelas POL pada 'bulan Disem her 1989, Januari 1990 dan Februari 1990;

(b) berapa buah sekolah belum mula sehingga kini.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini belum terdapat Pegawai­pegawai Pendidikan seperti Guru Besar

243 20 MAC 1990 244

yang engkar kepada arahan Kementerian Pendidikan untuk memulakan kelas-kelas bahasa Cina dan Tamil pada permulaan penggal persekolahan. Ada kelas-kelas yang tidak <lapat dijalankan pada awal penggal persekolahan kerana permulaan kelas-kelas tersebut bergantling kepada permintaan sekurang-kurangnya 15 orang murid, di samping beberapa masalah . Iain seperti kekurangan bilik darjah dan ketiadaan guru~guru yang berkelayakan untuk mengajar mata-mata pelajaran tersebut.

(a) Mengikut laporan yang diperolehi terdapat sebanyak 558 buah sekolah telah memulakan kelas Bahasa Cina dan Bahasa Tamil pada bulan Disember, 1989, manakala sebanyak 610 buah sekolah telah memulakan kelas tersebut pada awal bulan Januari 1990.

(b) Pada ketika ini semua kelas Bahasa Cina dan Bahasa Tamil telah pun berjalan dengan lancar. Rekod Kementerian Pendidikan menunjukkan bahawa tidak ada sekolah yang belum menjalankan kelas-kelas berkenaan.

TEKSI BER~Y ARIKA T DI BANDAR-BANDAR

37. Tuan Mustafa bin Awang minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan adakah rancangan untuk mengadakan Teksi Bersyarikat di bandar-bandar lain selain dari Bandaraya Kuala Lumpur, Bandaraya Ipoh, Sandaraya Pulau Pinang dan Bandaraya Melaka. Dan kalau ada pada bulan mana tahun mana akan dilaksanakan.

Menteri Perusaban A warn (Dato Napsiab binti Omar): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hanya untuk kawasan Wilayah

Persekutuan, Petaling Jaya dan Shah Alam, lesen-lesen teksi dikeluarkan kepada Syarikat Sdn. Bhd. sahaja dan pada masa sekarang Kementerian mempunyai cadangan untuk memperluaskan sistem itu kepada kawasan lain. Ini bermakna untuk kawasan-kawasan lain, permohonan untuk mendapatkan lesen-lesen teksi ataupun mengadakan perkhidmatan teksi adalah dibuka kepada orang­orang perseorangan, perkongsian, persatuan dan juga syarikat Sdn. Bhd., dan Bhd.

PUSAT RUJUKAN TEKNOLOGI­

MENSWAST AKAN

38. Puan Hajjah Rosnab binti Mohd. Salleb minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan adakah pihaknya akan menswastakan Pusat Rujukan Teknologi Seksyen Industri Kecil dan Sederhana, Bahagian Perindustrian supaya ianya lebih berkesan dan menguntungkan dari keadaan sekarang.

Menteri Perdagangan dan Perindustrian (Dato' Seri Rafidah Atiz) Kementerian Perdagangan dan Perindustrian belum berhasrat untuk menswastakan Pu sat Rujukan Teknologi (PRT), Seksyen Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Ini adalah memandangkan matlamat penubuhan Pusat tersebut adalah untuk memberi perkhidmatan teknologi percuma kepada usahawan-usahawan kecil dan sederhana (IKS) yang serba kekurangan.

Setakat ini PRT telah berjaya mewujudkan kesedaran kepada pengusaha-pengusaha terhadap peluang-peluang perusahaan dalam bidang IKS di samping memperluas­kan pengetahuan serta meninggikan kecekapan teknikal dan pengeluaran masing-masing. PRT juga telah

245 20 MAC 1990 246

memberi pendedahan kepada usahawan-ushawan terhadap peng­gunaan mesin/peralatan yang moden, sesuai dan terbaru.

Pencapaian berkenaan diperolehi melalui pelaksanaan program-program pameran dan demonstrasi mesin-mesin dan bengkel kerja, khidmat nasihat serta kemudahan perpustakaan dan alat pandang dengar yang disediakan.

KEMPEN ANTI-MINY AK KELAPA SA WIT

39. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan adakah kempen anti-minyak kelapasawit yang dilancark!ln oleh Amerika Syarikat telah diberhentikan. Berapa jumlah basil jualan minyak kelapasawit dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini.

Dato' Seri Dr Lim Keng Yaik: Pada masa ini, nampaknya kegiatan­kegiatan mencemarkan nama baik minyak kelapasawit oleh Persatuan Kacangsoya Amerika Syarikat (ASA) telah reda. Akan tetapi masih terdapat pihak-pihak lain di negara itu, termasuk syarikat-syarikat pengedar makanan yang men.eruskan kegiatan­kegiatan anti-minyak kelapasawit. Ini timbul kerana masih lagi terdapat pihak-pihak yang telah diperdaya oleh kempen tersebut dan meragui kebaikan minyak kelapasawit sebenarnya. Kerajaan akan terus meneliti perkembangan-perkembangan di se­kitar kempen itu dan mengambil tindakan sewajarnya bersama-sama dengan Majlis Galakan Pasaran Minyak Kelapasawit Malaysia. Saya yakin dengan tekad yang gigih di kalangan semua pihak yang terlibat kita akan dapat menghentikan kegiatan-kegiatan ini yang berupa saki-baki kempen terse but.

Mengenai basil yang diperolehi dari minyak kelapasawit dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini, suka saya melaporkan bahawa pendapatan eksport tahunan negara dari minyak kelapasawit dalam tempoh itu adalah seperti berikut:

1985 $4,145.0 juta

1986 $3,099.6 juta

1987 $3,394.2 juta

1988 $4,680.5 juta

1989 $4,837 .0 juta

JUMI..AH $20,156.3 juta

PERGOLAKAN POLITIK DI EROPAH TIMUR

40. Tuan Tiong Hiew King minta Perdana Menteri menyatakan:

(i) memandangkah berlakunya pergolakan dan perubahan politik akhir-akhir ini di Eropah Timur,

(a) sejauh mana peristiwa ini akan mempengaruhi perkembangan dan per­tumbuhan ekonomi di kawasan Asia Pasifik;

(b) apa-apa langkah harus diambil oleh Kerajaan kita untuk mengurang­kan kesan buruknya Uika ada) terhadap pertumbuhan ekonomi kita; dan

(ii) apa-apa perkara utama akan kita hadapi sekiranya pasaran bersama (tunggal) Eropah teFtubuh kelak. Apakah langkah pemapasan boleh diambil oleh negara-negara ASEAN.

247 20 MAC 1990

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Dr Siti Zaharah binti Haji Sulaiman):

(i) (a) Pergolakan politik yang berlaku di Eropah Timur baru-baru ini dan perubahan struktur ekonominya kepada pasaran terbuka, memberi peluang kepada negara­negara Asia-Pasifik mem­P e r I u a s k a n perdagangannya. Kawasan Asia-Pasifik berperanan penting terhadap pem­bangunan ekonomi dunia di mana pada masa ini ia menyumbangkan kepada dunia sebanyak 38 peratus import serta menyumbang­kan sebanyak 45 peratus pengeluaran dunia ber­banding dengan 40 peratus sepuluh tahun yang lalu. Di antara faktor yang mempengaruhi kepesatan pertumbuhan ekonomi kawasan ini termasuklah sistem perdagangan yang terbuka, kadar tabungan dan pelaburan yang tinggi, kestabilan politik dan sistem pengurusan makro ekonomi yang cekap. Ke­banyakan negara-negara Asia-Pasifik ini mendapat faedah berbanding akibat penyesuaian struktur ekonomi negara-negara Eropah Timur dalam mem­bekalkan barangan dan perkhidmatan yang diperlu­kan: Oleh itu, usaha-usaha awa'I untuk memperkukuh­kan hubungan perdagangan dan pelaburan dengan

·negara-negara Eropah Timur akan dapat eksport dan seterusnya mengalak­kart pertum buhan ekonomi.

Apa yang menjadi kemusykilan ialah masalah

248

yang akan dihadapi oleh negara-negara yang kurang maju di Asia-Pasifik termasuk ASEAN di mana besar kemungkinan pelabur­pelabur asing yang utama seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Kesatuan Ekonomi Eropah akan lebih berminat melabur di Eropah Timur daripada memper­kukuhkan pelaburannya yang sedia ada di Asia­Pasifik, tidak sahaja meng­ambil peluang daripada pasaran yang baru tetapi juga daripada kos buruh yang murah dan tenaga kerja terlatih yang banyak di Eropah Timur.

Waiau bagaimanapun pada hemah saya, negara­negara Eropah Timur akan mengambil masa untuk perubahan yang perlu di bidang politik dan ekonominya bagi memenuhi kepesatan pertumbuhan pelaburan asing. Oleh itu dalam jangka mas a pertengahan, ianya tidaklah merupakan ancaman kepada negara-negara kurang maju di Asia-Pasifik.

( b) Pada masa ini perdagangan Malaysia dengan Eropah Timur adalah kecil, iaitu sebanyak satu peratus dari jumlah perdagangan antara­bangsa Malaysia. Oleh itu peningkatan skop per­dagangan yang lebih luas akan memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sektor swasta khususnya digalakkan s.upaya lebih agresif di bidang perdagangan ter­utama bagi pemasaran sumber-sumber asli negara ini. Perluasan hubungan

249 20 MAC 1990 250

perdagangan dengan Eropah Timur akan mempertingkat­kan lagi kadar pertumbuhan ekonomi negara.

Mengenai kesan pelabu­ran asing ke negara ini, Malaysia merupakan tempat yang menarik bagi pelabur­pelabur asing dan peralihan pelabur asing ke Eropah Timur dijangka t.idak memberi kesan yang negatif kepada kadar pertumbuhan negara ini.

(ii) Berhubung dengan pasaran tunggal Eropah pada tahun 1992, ianya akan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi di Eropah apabila keseluruhan Kesatuan Ekonomi Eropah menjadi punca pasaran bagi 320 juta penduduk. Ia akan membawa kepada peningkatan eksport negara membangun terutamanya eksport utama dan barangan pengguna ber­teknologi rendah. Hubungan dagangan tradisional dan pelaburan yang wujud di antara Kesatuan Ekonomi Eropah dengan Asia perlu diperluaskan dengan mencari pendekatan yang lebih agresif dan mewujudkan bentuk baru perdagangan dan pengeluaran melalui usahasama dan mempelbagaikan proses penge­luaran untuk merebut peluang yang wujud. Walaupun ada kemungkinan wujudnya unsur­unsur sekatan perdagangan dalam pasaran tunggal Eropah, kebanyakkan negara-negara ahli mempunyai dasar perdagangan yang lib.e!al dan ini akan membolehkan · perdagangan dengan negara-negara tersebut dipertingkatkan.

ANGGOTA Tt\NTERA­FAEDAH PE~SARAAN

. ' 41. Tuan David Yeoh Eng Hock minta Menteri Pertahanan menyatakan sama ada Kementerian bemiat memper­baiki faedah persaraan bagi semua peringkat anggota pasukan keselamatan memandangkan kos hidup yang se­makin meningkat pada masa sekarang dan kesukaran mereka menyesuaikan diri mereka selepas tamat tempoh perkhidmatan mereka dengan pasukan keselamatan Malaysia. Kalau ya, nyatakan langkah-langkah yang di­ambil.

Menteri Pertahanan (Tengku Dato' Ahmad Rithaudden Al-haj): Perhatian Yang Berhormat Tuan David Y eoh Eng Hock mengenai kebajikan anggota-anggota tentera khususnya terhadap faedah persaraan · bagi mereka yang bersara apabila dibandingkan dengan kos hidup yang makii;i meningkat pada masa sekarang dan kesukaran mereka menyesuaikan did setelah bersara, kami ucapkan terima kasih.

Untuk maklumat Yang Berhormat, Kementerian Pertahanan sememangnya sentiasa mengambil berat tentang kesempurnaan, keselesaan dan kebajikan anggota tentera.

Oleh itu adalah menjadi dasar Kementerian ini untuk menyemak dan mengkaji semua perkara yang melibat­kan gaji, elaun, penGen . dan ganjaran serta kemudahan-kemq,d,flhan lain dari masa ke semasa. Justeru itu satu Jawatankuasa Khas teiah ditubuhkan dalam tahun 1985 ba!§i mengkaji dan menyemak di antara lain iaitu gaji, elaun dan faedah-faedah lain. Sato laporan yang lengkap, telah pun di­siapkan, laporan itu. belum dapat dibentangkan kepada Kerajaan oleh kerana keadaan ekonomi negara yang masih belum mengizinkan di mana akan melibatkan implik.asi kewangan yang besar,

251 20 MAC 1990 252

Namun demiiian, baru·baru ini semasa Kerajaan memberikan kenaikan Elaun Khidmat Awam kepada Kakitangan Perkhidmatan Awam, Anggota Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Leftenan Kolonel ke bawah juga turut mendapat manfaatnya.

RUKUN TETANGGA

42. Tuan P. Balaram minta Perdana Menteri menyatakan berapa banyakkah sektor dan kawasan Rukun Tetangga yang masih cergas. Adakah Kerajaan bercadang mengubahsuaikan struktur Rukun Tetangga sesuai dengan perkembangan-perkembangan sosial, keselamatan dan ekonomi negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dr Ting Chew Peh): Semua sektor dan kawasan Rukun Tetangga yang wujud adalah cergas, cuma kecergasan mereka sahaja yang berbeza disebabkan faktor-faktor seperti kecergasan jawatankuasa berkenaan, sambutan penduduk dan sebagainya. Mana-mana sektor dan kawasan Rukun Tetangga yang tidak cergas bagi tempoh yang panjang, dan usaha-usaha untuk rnenggerakkannya gagal, akan dibubarkan. Untuk tahun 1989 misalnya, tujuh kawasan/sektor Rukun Tetangga yang tidak cergas telah ·dibubarkan, berbanding dengan 44 kawasan baru yang ditubuhkan. Bagi makluman Ahli Yang Berhormat, pada penghujung tahun 1989, terdapat 1034 kawasan dan sektor Rukun Tetangga di seluruh negara, berbanding deng~n 790 tahun 1985.

Kerajaan memangpun telah meng­ubahsuaikan konsep dan struktur Rukun Tetangga dari semasa ke semasa sesuai dengan perubahan-perubahan dalam keadaan. Pada mulanya skim Rukun Tetangga telah menekankan kepada aspek keselamatan di mana togas rondaan adalah diwajibkan

Jcepada pemastautin lelaki yang berumur di antara 18 hingga 55 tahun. Apabila keadaan keselamatan dan kejadian-kejadian subversif telah reda dan terkawal, pada tahun 1982 skim ini dikaji semula dan pada awal tahun 1983 Kerajaan telah memperbaharui konsep skim ini dengan memberi penekanan kepada konsep kejiranan. Konsep baru ini bertujuan untuk memupuk semangat kejiranan di kalangan masyarakat setempat melalui anjuran aktiviti-aktiviti penggalakan.

Pada tahun 1988 Konsep Pemasya­rakatan Perpaduan diperkenalkan dan aktiviti-aktiviti Rukun Tetangga telah dikaji diperkembangkan sesuai dengan konsep tersebut, iaitu untuk meningkatkan semangat kewarga­negaraan dan persaudaraan di kalangan penduduk.

Dalam usaha untuk meningkatkan kecergasan serta memperluaskan lagi peranan Skim Rukun Tetangga dalam mempertingkatkan semangat perpaduan dan muhibah di kalangan remaja/belia dan kaum wanita, Cawangan Jiran Muda dan Jiran Wanita telah juga diwujudkan. Sehingga hujung tahun 1989 terdapat sebanyak 375 Jiran Muda dan 355 Jiran Wanita di seluruh negara.

Kerajaan akan terus bersikap progresif dalam melaksanakan skim Rukun Tetangga dan akan melakukan apa-apa perubahan yang difikirkan perlu dan sesuai dengan perubahan keadaan di masa hadapan.

TUDM-PERLETAKAN JAWATAN PEGAWAI

43. Tuan Hassan bin Harun minta Menteri Pertahanan menyatakan berapa ramaikah kakitangan TUDM yang mahir dalam bidang teknikal yang telah meletakkan jawatan untuk menyertai sektor swasta sejak tahun 1987 dan sejauh manakah fenomena ini

253 20 MAC 1990 254

menjejaskan kerja-kerja senggaraan ke atas pesawat-pesawat TUDM akhir-akhir ini. Apakah langkah-langkah yang telah, sedang dan akan diambil untuk mengatasi masalah ini.

Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen Al-haj: Pegawai Kejuruteraan dan anggota Ketukangan teknikal TUDM yang menamatkan perkhidmatam mengikut tempoh kontrak perkhidmatan atau persaraan sepeni berikut:

(a) Pegawai Kejuteraan

1987 8

1986 12

1989 6

]UMLAH 26

(b) Anggota Teknikal

1987 242

1988 197

1989 255

]UMLAH 694

Kementerian Pertahanan tidak ada menyimpan rekod mengenai berapa ramai daripada mereka yang berhenti itu menyertai sektor swasta. Walau bagaimanapun dengan berpandukan kepada rekod mereka yang menjalani latihan peralihan sebelum tamat per­khidmatan dalam sektor swasta adalah sepeni berikut:

(a) Anggota Teknikal (LLP)

1987 171

1988 146

1989 220

]UMLAH 537

(b) Anggota Teknikal (Pegawai Kejuruteraan)

Tahun Tauliah Tauliah Jumlah Jangka Tetap Pendek

1987 5 3 8

1988 7 5 12

1989 2 4 6

JUMLAH 26

Pemberhentian mereka tidak menjejaskan kerja-kerja senggaraan pesawat. Kementerian Pertahanan telah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mempastikan lapisan yang mencukupi bagi mengambilalih tugas­tugas anggota yang berhenti atau bersara dari perkhidmatan. Di antaranya menekankan latihan-latihan dalam perkhidmatan dan penggunaan Sijil Kecekapan menjalankan tugas.

Dalam usaha Kementerian Per­tahanan mengatasi masalah 101

beberapa syarat perkhidmatan telah di ubah diantaranya mengadakan peluang­peluang perkhidmatan melebihi 21 tahun perkhidmatan sehingga bersara dan melebihi umur bersara telah juga diluluskan bagi anggota lain-lain pangkat. Di samping itu Kementerian Pertahanan telah juga merancang satu peraturan untuk membolehkan mereka diterima untuk berkhidmat semula (re­enlistment) selepas tamat perkhidmatan 21 tahun.

PELANCONG KE LANGKA WI

44. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menya­takan berapa ramaikah pelancong :Jallg melawat Pulau Langkawi dalatn ti&lan Januari 1990. Adakah ketnudalfan­kemudahan asas seperti tandas awam mencukupi .untuk keperluan-keperluan pelancong yang melawat ke sana.

255 20 MAC 1990 256

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan (Dato' Haji Sabbaruddin Chik): Adalah di­maklumkan bahawa berdasarkan maklumat yang ada di Jabatan Laut Langkawi, jumlah pelancong yang menggunakan perkhidmatan feri untuk melawat Pulau Langkawi pada bulan Januari 1990 adalah sebanyak 69,523 orang.

Kemudahan asas bagi kemudahan pelancong seperti pondok rehat, gerai, tong sampah, tempat letak kereta, pusat penerangan, kelab rekreasi, taman kanak-kanak, pelantar memancing, kemudahan bekalan elektrik dan lorong pejalan kaki telah dibina oleh Majlis Daerah Langkawi di tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong. Kemudahan tandas awam juga telah dibina di tempat-tempat_, tumpuan pelancong seperti berikut:

(i) Jeti Kuah

(ii) Gerai Jeti Kuah

(iii) Taman Selera, Jalan Bakti, Ku ah

(iv) Tapak Pesta

(v) Pekan Kuah

(vi) Telaga Air Panas

(vii) Pasir Hitam

(viii) Lubuk Sembilang.

Memandangkan terdapatnya pening­katan kedatangan pelancong-pelancong ke Pulati Langkawi, Majlis Daerah Langkawi telah mempunyai rancangan untuk membina lebih banyak kemudahan-kemudahan awam di tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong.

TAHUN MELAWAT MALAYSIA~LA W;A TAN

PELAN CONG

45. Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim minta Menteri Kebudayaan dan

Pelancongan menyatakan sejak Tahon Melawat Malaysia dilancarkan. pada 1-1-1990 berapa ramaikah pelancong yang telah melawat Malaysia:

(a) adakah Kementerian sedar, ada pelancong yang kurang puas hati bila melawat Pulau Langkawi sebab kebersihan di pantai tidak memuaskan;

(b) kemudahan tempat tinggal dan pengangkutan tidak men­cukupi; dan

(c) gerai makan, kedai Bebas Cukai, tidak sama yang didapati dari apa yang didengar.

Dato' Haji Sabbaruddin Chik:

(a) Adalah terlalu awal untuk menerangkan bilangan pelan­cong asing yang datang melawat Malaysia bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia mulai daripada 1-1-90 yang lalu. Pada masa ini Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan masih di dalam peringkat awal mengumpulkan data-data tersebut, dengan kerjasama daripada Jabatan Imigresen.

(b&c) Berhubung dengan adanya rasa tidak puashati serta rungutan oleh para pelancong terhadap kebersihan pantai yang kurang memuaskan, kemudahan pe­ngangkutan, penginapan, kedai bebas cukai dan gerai makan yang tidak mencukupi di Pulau Langkawi. Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan memang menyedari akan adanya rasa.tidak puashati para pelancong akibat daripada beberapa kekurangan yang tersebut. Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan sentiasa berusaha mengambil tindakan dengan kerjasama beberapa pihak berkenaan

257 20 MAC 1990

seperti Kerajaan-kerajaan Negeri, Majlis-majlis Ber-· kuasa Tempatan dan pihak swasta untuk memperbaiki dan mengatasi masalah-masalah yang berkenaan.

KELUARGA BAHAGIA

46. Tuan Haji Ibrahim bin Jendol minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) sejauh manakah agensi-agensi Kerajaan telah bersungguh­sungguh untuk menjayakan program "Keluarga Bahagia" yang dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara; dan

(b) adakah Kerajaan puas hati dengan penglibatan pihak swasta dalam menjayakan program ini.

Dato' Dr Siti Zaharah binti Haji Sulaiman:

(a) Kempen "Gerakan Keluarga Bahagia" telah diadakan di seluruh negara untuk memberi kesedaran kepada rakyat jelata mengenai pentingnya per~

hubungan kekeluargaan. Kempen ini adalah anjuran bersama Jabatan Perdana Menteri (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara) dan Kementerian Kebajikan Masyarakat mulai dari bulan Mac hingga September 1990. Keluarga adalah merupakan satu institusi sosial yang paling utama dalam sesebuah masyarakat. Ke­stabilan masyarakat bergantung kepada kekuatan dan keutuhan institusi keluarga. Pem­bangunan sosio-ekonomi yang pesat telah menimbulkan

258

beberapa masalah dari segi bentuk keluarga yang semakin kecil, keluarga yang. tidak begitu bersedia untuk meng­hadapi cabaran dalam ke­hidupan moden, proses per­industrian dan organisasi yang melibatkan lebih ramai wanita dalam tenaga buruh, dengan itu mengurangkan masa mereka untuk menjaga anak-anak; dan juga gejala-gejala buruk seperti keciciran, penagihan dadah, masalah juvanail dan lain-lain.

Kumpulan sasar kempen ini adalah masyarakat umum, ibu bapa dan anak-anak. Oleh itu sememangnya Kerajaan begitu serius terhadap kempen ini dan akan memastikan ianya berjaya.

Pelbagai Kementerian dan agensi Kerajaan turut terlibat. Di peringkat nasional, Ke­bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah me­lancarkan pada 4 Mac 1990. Acara-acara lain di peringkat nasional ialah Pertandingan Keluarga Jaya, Larian Keluarga, Bengkel dan Seminar, Pelancaran Buku, Pertandingan Lukisan dan Karangan (di Peringkat Sekolah), Perbahasan dan Syarahan Agama dan Pameran.

Di peringkat negeri juga acara ini akan dilancarkan oleh Y .B. Menteri Besar atau wakil. Aktiviti-aktivitinya termasuk pertandingan Keluarga Jaya, Larian Keluarga, Pertandingan Lukisan dan Karangan (di peringkat -sekolah), •aktiviti­aktiviti kemasyarakatan, syarahan agama, pameran dan lain-lain aktiviti.

259 20 MAC 1990 260

Agensi-agensi Kerajaan clan kementerian yang mengambil bahagian adalah J abatan Perdana Menteri, Kementerian Kebajikan Masyarakat, Kemen­terian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Kementerian Penera­ngan, Kementerian Pertanian, Kementerian Somber Manusia, Jabatan-jabatan terdiri dari Lem baga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Bahagian Hal Ehwal Islam, ICU, JPM dan Kemas.

Pada·masa ini semua aktiviti­aktiviti yang dirancang akan dilaksanakan mengikut jadual­nya. Sungguhpun semua umat Islam menyambut bu1an puasa tidak lama lagi namun semua aktiviti-aktiviti kempen ini akan tetap dijalankan seperti jadual­nya di bulan puasa melalui ceramah-ceramah agama dan khutbah-khutbah Jumaat.

Program dan aktiviti di peringkat negeri juga akan berm ula seperti dirancangkan dan ianya adalah di ketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.

(b) Penglibatan pihak swasta adalah menggalakkan dan langkah­langkah sedang diambil untuk mempertingkatkan lagi peng­libatan pihak swasta ini.

USUL

UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA KEBAWAH D.Y.M.M.

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN

AZLAN SHAH

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan

Kebawah DuJi Yang Maha MuJia Seri Paduka Baginda Yang di­Pertuan Agong, demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli­ahli Dewan Negara Mal~ysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun memper­sembahkan suatu ucapan yang zalil daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Kebawah Duli kerana Titah Ucapan Kebawah Duli pada masa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Ketujuh." (19hb Mac, 1990)

Timbalan Yang di-Pertua: Saya menjemput Yang Berhormat Tuan P. Balaram menyambung ucapannya.

3.32 ptg.

Tuan P. Balaram: Terima kasih, Tuan Yang di-Penua, kerana diberi peluang untuk menyambung ucapan saya.

Tuan Yang di-Pertua, Titah Ucapan sulung Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku di Dewan yang mulia ini semenjak menaiki takhta Yang di­Penuan Agong adalah merupakan satu Titah Ucapan Diraja selaku payung negara dan tempat naungan rakyat jelata, berasaskan Sistem Demokrasi Bei:parlimen dan Raja Berperlem­bagaan. Titah Ucapan ini mengandungi serta merangkumi semua aspek pembangunan negara dan antarabangsa, diikuti pula dengan titah nasihat dan rangsangan, di mana Titah Ucapan ini semestinya menarik perhatian seluruh rakyat di semua sektor dan swasta.

Tuan Yang di-Pertua, ptestasi pencapaian negara di bidang ekonomi, sosial, pendidikan dan infrastruktur adalah begitu cemerlang, yang mana ianya menjadi kayu ukur untuk rakyat

261 20 MAC 1990 262

negara ini sendiri mahupun oleh masyarakat antarabangsa. Dengan demikian saya berkeyakinan bahawa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri kita tidak akan mudah tergugat, bahkan akan bertam bah stabil dan mendapat sokongan merata di peringkat . negara dan antarabangsa. Namun demikian, seperti kata pepatah kita .. Tidak ada gading yang tidak retak". Oleh itu inginlah saya menarik perhatian pihak Kerajaan kita supaya mempertingkatkan lagi serta memper­elokkan beberapa perkara supaya ianya lebih kemas, berf aedah dan memberi pulangan yang paling maksima.

Tuan Yang di-Pertua, pemulihan ekonomi negara.Tahniah diucapkan kepada Kerajaan kerana telah dapat memulihkan ekonomi negara dalam tempoh yang singkat sahaja, di mana pertumbuhan ekonomi bagi tahun lalu berada di tahap yang tinggi dan prospek bagi tahun 1990 adalah cerah. Supaya tahap yang telah dicapai ini dapat dipertahankan ataupun dapat dipertingkatkan lagi, adalah dicadang­kan supaya usaha pemulihan dan pembangunan ekonomi diselaraskan supaya mengelakkan daripada projek yang bertindan-tindih di antara satu Kementerian dengan satu Kementerian, satu Badan dengan satu Badan yang lain, akhirnya berlakulah pembaziran wang kerana kegagalan dan timbullah berbagai alasan dan tuduhan pe­nyelewengan, 'rumah sudah pahat berbunyi'. Oleh itu marilah kita beramal dengan nasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku iaitu adalah mustahak kita meneruskan dasar berjimat-cermat dalam perbelanjaan untuk mengukuhkan lagi kedudukan kewangan negara. Di samping itu adalah penting kita sentiasa menghayati prinsip berdisiplin dalam pengurusan kewangan supaya pem­baziran wang dan penyelewengan dapat dielakkan.

Tuan Yang di-Pertua, Majlis Perundingan Ekonomi Negara hampir siap tugasnya atau di peringkat akhir menggubal satu dasar ekonomi yang akan membawa masyarakat Malaysia ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan. MPEN sedang berusaha untuk mencorak satu dasar ekonomi untuk menghadapi tahun-tahun 1990an dan seterusnya Abad ke 21.

Saya menyeru kepada ahli-ahli MPEN supaya berjaga-jaga dalam membentuk Dasar Ekonomi Kebang­saan yang baru ini. Saya berharap MPEN dan juga Kerajaan akan memberi tumpuan yang serius kepada dasar-dasar ekonominya dalam strategi pembasmian kemiskinan, iaitu kemiskinan mutlak dan relatif. Kemiskinan mutlak masih wujud dan jumlah terbesarnya di kalangan semua masyarakat terutamanya di kawasan­kawasan pendalaman di estet-estet, .di lombong-lombong dan sebagainya. Kemiskinan ini melanda semua kaum, hanya peratusnya sahaja yang berbeza. Mereka yang berjalan luas pasti telah bertemu dengan beberapa kumpulan nelayan-nelayan Melayu yang masih menghadapi kemiskinan mutlak dengan basil tangkapan yang amat rendah, begitu juga masih terdapat segelintir masyarakat India khususnya di ladang­ladang dan kawasan setinggan yang hidup dalam kemiskinan mutlak.

Keadaan di estet kerapkali diinter­pretasikan sebagai berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding dengan kawasan luar bandar yang lain. Ini adalah kerana pekerja estet menerima upah dan ini digunakan sebagai pengukur oleh ahli-ahli ekonomi yang menyatakan keadaan­keadaan di estet adalah tidak begitu buruk, tetapi apakah kita tidak mengambil berat .dengan mutu penghidupan pekerja-pekerja di estet dalam mengira tahap kemiskinan? Tahap hidup di kebanyakan estet adalah buruk sehingga mereka boleh digolongkan di bawah kumpulan

263 20 MAC 1990 264

kemiskinan, keadaan persekitaran mereka adaJah' tidak: baik clan mereka tidak mempunyai kemudahan asas seperti saluran paip air yang sempuma di kebanyakan estet. Ini ditambah dengan tidak terdapatnya kemudahan sekolah, klinik dan hospital yang baik. Kawasan estet mungkin kelihatan cantik, menghijau serta menawan, tetapi di kebanyakan estet pekerjanya berhadapan dengan keadaan yang dipenuhi dengan racun serangga dan bahan-bahan kimia, sememangnya mereka tidak hidup dalam persekitaran yang sihat.

Tuan Yang di-Pertua, apabila disebut pekerja-pekerja estet, satu gambaran yang melintas dalam hati beberapa orang baik dalam Dewan yang mulia ini dan juga orang-orang luar bahawa pekerja-pekerja estet ini semuanya orang-orang India sahaja. Ada juga beberapa orang tidak bersetuju dengan Ahli-ahli Yang Berhormat dari keturunan kaum India kerana ahli-ahli 101 kerapkali menimbulkan perkara-perkara men­genai pekerja-pekerja estet, tetapi yang sebenamya pekerja-pekerja estet ini bukan semuanya daripada kaum India. Dianggarkan bahawa di antara lebih daripada 200,000 pekerja yang bekerja di ladang-ladang getah dan kelapasawit di negara ini, 38% daripadanya adalah kaum bumiputera, 47% daripada kaum India dan 15% kaum Cina dan lain-lain.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang mendukacitakan ialah ladang-ladang pecah. Kita semua tahu bahawa sebelum undang-undang Anti Fragmentation Act diluluskan, beberapa buah estet telah menjadi kebun-kebun kecil. Beberapa orang individu telah menjadi jutawan dalam beberapa jam atau hari sahaja, individu-indivictu ini membeli estet­estet besar yang dijual dengan harga yang murah, kemudian memecahkan estet-estet itu kepada lot-lot kecil dan dijual dengan harga yang mahal. Dalam mencari kekayaan itu orang-orang itu

tidak mempedulikan tentang pekerja­pekerja yang berkerja dalam estet-estet itu. Setelah estet itu dipecahkan, pekerja-pekerja itu terus tinggal di rumah-rumah estet itu, dahulunya estet­estet itu dijaga oleh wakil tuanpunya estet-estet iatu, iaitu pengurus estet, tetapi selepas pemecahan estet-estet itu sudah ada 50 atau lebih orang tuan­punya, tetapi tidak seorang pun mengambil berat tentang kesihatan atau kemudahan-kemudahan asas pekerja­pekerja di situ. Penduduk-penduduk di situ hidup dalam satu keadaan yang amat mendukacitakan, pendapatan yang rendah mereka perolehi itu tidak mencukupi untuk makan dan mendidik anak-anak mereka, tidak ada bekalan air, elektrik, jalan dan lain-lain, rumah­rumah mereka seperti kandang lembu.

Walaupun keadaan mereka begitu mendukacitakan, tetapi mereka ini adalah penyokong kuat Kerajaan Barisan Nasional. Saya menyeru kepada pihak yang berkenaan supaya memberi perhatian yang serius ter­hadap masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk estet pecahan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan syabas kepada Menteri Kesihatan kerana mengambil langkah-langkah untuk meninggikan dan meningkatkan lagi mutu kesihatan penduduk­penduduk bandar dan luar bandar. Untuk tujuan 101, Kementerian Kesihatan kita berikhtiar untuk menam­bahkan lagi bilangan doktor supaya usaha-usaha memberi kemudahan­icemudahan kesihatan kepada rakyat kita tidak terjejas. Waiau bagaimana­pun, Kementerian Kesihatan hendak­lah sentiasa berikhtiar menunaikan pengumuman-pengumuman dan janji­janji yang dibuat dengan secepat mungkin memandangkan kepada betapa pentingnya kesihatan rakyat dan pembangunan negara serta mewujudkan satu generasi yang sihat dan teguh untuk menyahut seruan negara.

265 20 MAC 1990 266

Pada tahun 1985, Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa hospital-hospital di ladang-ladang getah akan didaftarkan dan mutu perkhidmatan di hospital-hospital tersebut akan ditingkatkan lagi. Tindakan itu adalah untuk meninggikan lagi taraf hidup rakyat di sektor perladangan itu. Akan tetapi, apa yang kita lihat pada hari ini adalah berlainan. Keadaan hospital-hospital itu bertambah buruk dan pekerja-pekerja estet terpaksa pergi jauh ke bandar untuk mendapatkan rawatan. Saya syorkan kepada Kementerian Kesihatan supaya mengadakan satu Rang Undang-undang untuk mengawal hospital-hospital estet ini.

Satu lagi perkara yang menduka­citakan rakyat di negeri Kedah dan penduduk-penduduk di Kedah Selatan khasnya ialah Hospital Daerah di Kulim. Kalau saya tidak salah, 18 tahun dahulu, satu Pilihanraya Kecil diadakan di Kulim berikutan dengan kematian seorang ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah, iaitu Dato' Soon Cheng Leong. Pada masa kempen Pilihanraya Kecil itu, bekas Menteri Kesihatan, Encik Lee Siok Yew telah berjanji untuk membina sebuah Hospital Daerah baru menggantikan Hospital Daerah Kulim. Lapanbelas tahun telah lalu dan beberapa pilihanraya telah pun lalu, hospital baru pun tidak wujud lagi.

Hospital Daerah sekarang terletak di sebuah bukit kecil dengan beberapa bangunan wad berasingan. Hospital ini tidak lagi sesuai untuk menampung· kehendak-kehendak kesihatan rakyat, lebih-lebih lagi bandar Kulim kini mempunyai satu estet perlidustrian dengan pekerja-pekerja seramai 15,000 orang. Saya berharap Kementerian Kesihatan "tidak akan menangguh lagi pembinaan hospital baru di bandar Kulim.

Tuan Yang di-Pertua, kita memerlu­kan anggota-anggota Perkhidmatan A warn yang berdedikasi dan ber­wibawa untuk menghadapi cabaran yang dijangka bertambah dan menjadi semakin kompleks. Jabatan Perkhid­matan Awam diamanahkan untuk mempastikan bahawa Perkhidmatan Awam kita akan dianggotai oleh tenaga kerja · yang cekap, berkesan dan produktif serta juga · mencerminkan komposisi kaum di negara kita selaras dengan dasar-dasar Kerajaan kita. Tetapi ada kalanya sesuatu yang kurang memuaskan berlaku.

Baru-baru ini, Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah mengambil 22 orang buruh kasar untuk bekerja dalam Jabatan Ukur di negeri Kedah. W alaupun yang ditemuduga itu terdiri dari berbagai keturunan, tetapi yang dipilih kerja itu semuanya dari satu kaum sahaja. Diharap Jabatan Perkhidmatan Awam mengawasi pengambilan pegawai­pegawai dan pekerja-pekerja oleh Kementerian-kementerian ke dalam Perkhidmatan Awam.

Dalam hubungan kenaikan pangkat pula, apa yang sering berlaku ialah apabila seseorang pegawai kanan bersara, maka Timbalannya tidak diberi peluang untuk mengambilalih sesuatu jawatan walaupun Timbalannya itu layak dari segi pengalaman dan lain­lain. Sebelum persaraan seseorang pegawai kanan itu berlaku, Timbalan­nya ditukar ke jawatan lain supaya jawatan kekosongan itu boleh diisi oleh pegawai-pegawai lain. Kebiasaan ini menimbulkan kurang puas hati dan frustrasi di kalangan pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam dan akibatnya kecekapan dan· disiplin Perkhidmatan Awam kita akan merosot.

Dalam hal pertukaran pegawai Kerajaan pula, ramai pegawai-pegawai Kerajaan mengalami masalah keluarga.

267 20 MAC 1990 268

Ada beberapa kes di mana isteri bekerja di Kuala Lumpur atau Johor Bahru dan suami pula berkhidmat di Pulau Pinang atau Alor Setar bagi beberapa tahun. Walaupun mereka memohon pertukaran beberapa kali, jawapan yang diterima ialah, "Pada masa ini tidak ada kosong." Sistem Perkhidmatan Awam kita janganlah begitu rigid sehingga menimbulkan masalah keluarga kepada pegawai­pegawai.

Tuan Yang di-Pertua, sistem Majlis­majlis Daerah di tiap-tiap daerah harus dikaji semula. Majlis-majlis Daerah ini diharapkan untuk menolong dan membantu penduduk-penduduk di daerah masing-masing supaya proses pembangunan boleh mendatangkan basil kepada penduduk-penduduk di situ. Ada beberapa Majlis merupakan sebagai anti pembangunan. Ke­banyakan ahli-ahli Majlis yang dipilih itu tidak memahami tugas-tugas mereka. Permohonan-permohonan untuk projek perumahan dan lain-lain dilambatkan kelulusannya kerana perkara-perkara kecil yang mana boleh diluluskan dengan syarat-syarat. Begitu juga sijil kelayakan menduduki, ada kalanya Majlis-majlis mengambil beberapa bulan untuk mengeluarkan sijil itu, walaupun semua kerja-kerja dan pembinaan rumah siap mengikut pelan-pelan bangunan yang diluluskan oleh Majlis itu. Oleh kerana sesuatu Majlis itu kurang efektif, maka pemaju­pemaju perumahan itu tidak minat membangunkan kawasan-kawasan dalam sesuatu Majlis. Akhirnya penduduk-penduduk di situlah yang mengalami kerugian.

Tuan Yarig di-Pertua, dengan ini saya menyokong usul menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda baru-baru ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Puan Hajjah Rogayah binti Che Mat.

4.48 pig.

Puan Hajjah Rogayah binti Che Mat: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan rasa terima kasih dan penghargaan kepada Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di hari pembukaan Penggal Keempat, Parlimen Ketujuh pada 26hb Februari 1990 yang lalu serta bagi membahaskan Titah Ucapan tersebut.

Tuan Yang· di-Pertua, saya bersyukur di atas segala usaha gigih Kerajaan dalam melaksanakan tang­gungjawabnya bagi menjamin ke­selamatan negara dan membangunkan ekonomi serta kesejahteraan rakyat Malaysia dalam berbagai lapangan. Saya akan menyentuh Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong me­ngenai keselamatan negara, ekonomi dan pendidikan. ·

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan perdamaian, saya ·amat berterima kasih kepada Kerajaan di atas kejayaan perundingan sehingga tercapai persetujuan perletakan senjata oleh Parti Komunis Malaya dan sekali gus telah menghapuskan perjuangan bersenjata komunis yang telah berlarutan selama lebih 40 tahun yang mana ianya telah mengorbankan ribuan jiwa, merosakkan ribuan juta harta benda dan menghabiskan kos perbelanjaan berbilion juta ringgit.

Tuan fang di-Pertua, walaupun ancaman ini telah tamat, bukan bermakna keselamatan negara terjamin seratus peratus. Masih ramai musuh yang tidak dapat dikesan terutamanya bagi negara kita yang berbilang kaum

269 20'MAC 1990 270

serta berkedudukan yang terdedah dan terbuka, amat mudah untuk diserang dari laut dan udara, jika kita juga mempunyai ramai musuh dalaman dan perlu dikawal.

Untuk menjamin keselamatan negara, saya mencadangkan supaya Kerajaan melengkapkan kelengkapan ketenteraan dengan peralatan yang paling moden, terutamanya radar bagi mengawal serangan udara dan laut. Pergunakanlah lebihan peruntukan belanja bagi memerangi komunis bagi tujuan pembelian peralatan-peralatan moden, ·alatan perang yang lebih sofistikated perlu diperlengkapkan bagi menjamin negara dari serangan musuh yang terlalu advanced dalam peralatan ketenteraan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, ancaman keselamatan dalam negeri yang terdiri daripada pelampau-pelampau mudah tercetus, terutamanya bagi negara kita yang ada hari ini berbilang agama dan adat resam. Jika sentimen mereka dibakar, maka ianya mudah merebak. Kita tidak dapat menyangkal adanya anasir jahat yang sentiasa mencari peluang ini. Untuk itu adalah dicadangkan supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terus dikuatkuasakan bagi mempastikan keselamatan dalam negeri terjamim. Adalah diharapkan Kerajaan tidak tunduk kepada mana-mana pihak yang mendesak supaya ISA dibatalkan beralaskan kepada hujjah yang ancaman-ancaman komunis sudab berakhir. Ancaman secara nyata mudah dikesan, tetapi musuh dalam selimut amat sukar untuk dikenalpasti dan dibendung.

Tuan Yang di-Pertua, Dasar Ekonomi Negara kita juga wajib bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana kesempitan dan tekanan kerana kemelesetan ekonomi sudah me­nampakkan keredaan. Pertumbuban ekonomi yang pesat meyakinkan kita yang pemulihan ekonomi sepenubnya

akan dicapai. Di dalam keghairaban kita melaksanakan pembangunan ekonomi itu, Kerajaan perlu mengambil ingatan kepada beberapa perkara yang ada sangkut-paut dengan Kerajaan dan rakyat sebagaimana rancangan penyelidikan dan pembangunan. Kita tahu di negara kita di bidang pertanian amat bergantung kepada baban komoditi, terutamanya minyak kelapa saw it.

Dalam bidang R & D, kelapa sawit Malaysia terlalu advanced jika dibandingkan dengan pengeluar kelapa sawit negara-negara luar. Kita jangan lupa kita terpaksa bersaing bebat dengan negara lain di pasaran dunia di mana kos pengeluaran negara lain jaub lebih rendab daripada Malaysia dan satu hari nanti negara ini akan mengatasi kita kerana negara ini mempunyai kawasan yang jaub juga lebih luasnya dan sekali gus akan mengancam pasaran dan pendapatan negara yang berkait pula dengan pendapatan petani dan pekebun, bagaimana yang telab dialami di masa yang lampau. Cum a yang membolehkan kita bersaing di pasaran dunia kerana "mutu keluaran dan basil per kapita kita tinggi berkat kemajuan R & D yang ada pada kita.

Oleb itu, saya mencadangkan kepada Kerajaan dalam kerjasama antarabangsa yang melibatkan bantuan teknikal kepada negara luar, yang membabitkan pendedahan basil penyelidikan dan pembangunan sawit negara tidak diberikan. Biarlah rabsia basil kejayaan pemikiran dan penyelidikan ahli sains menjadi milik kita sabaja. Bagaimanapun bantuan secara am dan menyelurub boleb diberikan sebagai mengbormati gabungan antara negara sahabat. Saya yakin prinsip ini diamalkan oleb setiap negara maju. Mereka tidak akan mendedahkan atau memberi rahsia teknologi mereka yang paling mutakbir kecuali yang sudah tidak menjadi rahsia umum lagi.

271 20 MAC 1990 272

Dalam hal ini, saya ingin mengingatkan Kerajaan supaya mengamalkan pesanan orang tua kita sekiran.ya kamu mengajar ilmu persilatan kepada muridmu, janganlah diajar 100%, kelak dia akan mencabar dan mengalahkah kamu. Oleh itu adalah diharapkan walaupun kita berikan bantuan teknologi kita, terutama dengan pengembangan kelapa sawit, jangan kita abaikan kepakaran kita, kelak jika ditiru orang, akibatnya amat berat bagi rakyat dan negara menanggung padahnya. ·

Dalam masalah perindustrian dan pencemaran udara, usaba Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan dan Perin.dustrian bagi menarik pelabur asing dengan iklim pelaburan yang menarik telah menampakkan basil yang jelas dengan pembukaan kilang-kilang baru di Malaysia. Usaba ini telab menampakkan pertambaban basil negara di samping memberi peluang­peluang pekerjaan yang banyak kepada

· penduduk Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kegbairaban kita membuka pintu kepada pelabur asing, dua perkara yang kita perlu membuat penjagaan dan kajian yang serius iaitu kawalan pencemaran udara dan kerosakan ke atas kebidupan. Kedua, jangan bendaknya Malaysia dijadikan pengkalan bagi industri barangan yang membahayakan rakyat. Maksudnya, kilang-kilang yang ditempatkan di Malaysia adalab terdiri daripada penggunaan baban-baban kimia yang pada jangka panjang akan merosak dan membabayakan negara. Kedua-dua perkara di atas ditimbulkan adalab sebagai langkab berjaga-jaga lantaran kemabiran Malaysia dalam bidang kemajuan sains dan teknologi yang amat sopbistikated ini amat terbatas.

Saya amat berasa sangsi bila negara perindustrian utama dunia menudub Malaysia sebagai punca utama berlakunya kerosakan lapisan ozone,

yang kononnya berpunca daripada pembalakan butan tropika yang dilakukan oleh Malaysia. Setabu saya hutan kita masih luas dan pembalakan serta pembukaan butan untuk tujuan pertanian adalab diganti dengan tumbuhan hijau. Apakah Malaysia yang luasnya sekangkang kera ini menyebabkan punca kerosakan lapisan ozone, sebagaimana didakwakan oleb negara Barat atau kerosakan lapisan ozone di Malaysia berpunca daripada bahan kimia dan pencemaran udara dari kilang yang kita sendiri kurang arif dan matang mengenainya?

Saya mencadangkan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian bekerjasama dengan Kementerian Sains dan Alam Sekitar untuk mempastikan perkara ini agar ianya tidak akan menjadi barab kepada Malaysia di masa badapan yang mana ianya amat payab untuk diatasi.

Tuan Yang di-Pertua, daiam bidang pendidikan, usaba Kerajaan menyediakan kemudaban dan kandungan pengajaran sesuai dengan perkembangan s~rta kebendak negara amat membanggakan. Penekanan ke atas bidang pendidikan bercorak vokasional dan teknikal serta pendidikan komputer dan pelaksanaan KBSM perlu diberi sokongan. Bagaimanapun, sukacita saya mengingatkan Kementerian Pendidikan supaya segala program pendidikan yang dirancangkan ada kesinambungannya, jangan berlaku sebagaimana program yang dirancangkan di masa lalu yang tidak tabu ke mana sudabnya, terutamanya bila berlaku pertukaran Menteri Pendidikan.

Tuan Yang di-Pertua, menyentub mengenai Kementerian Pendidikan, saya cuba menyentub beberapa perkara yang perlu diambil perhatian bagi mempastikan tujuan pendidikan yang mabu melahirkan rakyat yang berilmu dan beramal serta berketampilan

273 20 MAC 1990 274

benar-benar dapat diwujudkan. Bagi melahirkan pelajar yang mahir dan dapat memenuhi pasaran buruh dalam bidang industri, pengajaran pendidikan kemahiran vokasional dan teknikal yang dibuat sekarang tidak dapat melahirkan pelajar yang mampu dan berkemahiran selepas tamat Tingkatan V. Adalah difahamkan pada masa kini setiap sekolah vokasional dan teknikal mengajar berbagai kursus atau mata pelajaran yang tidak dapat melahirltan kemahiran yang bermutu. Adalah disarankan supaya pihak Kementerian membuat pengkhususan di setiap sekolah teknik atau vokasional kepada satu jurusan khas. Sebagai contoh, jika Sekolah Teknik Terengganu membuat peilgkususan meilgenai kejuruteraan elektrik, maka pengajaran mengenai eletrik yang bermula dari A sampai Z secara khas, khusus di sekolah itu, bagi Sekolah Teknik di Pahang pula membuat satu pengkhususan yang lain misalnya kejenteraan. Biarlah hanya kejenteraan dari A sampai Z yang diajarkan di situ.

Boat masa sekarang, setiap sekolah mengajar berbagai kursus, 101

merugikan kerana kelengkapan yang cukup payah hendak dibekalkan. Jika satu jurusan sahaja, maka sekolah itu boleh dilengkapkan, pengambilan pelajar juga mudah dijuruskan, basil daripada kecelaruan kepada matapelajaran yang dicampur-adukkan, menyebabkan lepasan teknik atau vokasional Tingkatan V tidak dapat memenuhi keperluan tenaga mahir minima yang diperlukan oleh sektor perindustrian, pertanian a tau perdagangan. Inilah yang menyebabkan punca pengangguran yang hebat di kalangan lepasan sekolah.

Kepentingan pendidikan komputer pada masa ini tidak dapat dinafikan, kerana dalam penghidupan seharian kini adalah berasaskan komputer. Rancangan Kementerian mahu memperkenalkan pengajian komputer di setiap sekolah amat baik. Salahnya

apakah sudah dirangka sebuab sek.olab komputer peringkat kebangsaan yang lengkap dirancangkan? Jika tidak, kemahiran asas tidak dapat diteruskan. Adalah dicadangkan kepada Kementerian Pendidikan membina sekolah komputer lengkap yang memberi kursus mengenai komputer daripada peringkat bawah sehingga kepada kemahiran membaiki dan mencipta komputer. Jika tidak, kursus ini akan mati di tengah jalan dan kemahiran asas akan hilang begitu sahaja.

Dasar penghantaran pelajar di peringkat awal pia-universiti atau degree pertama ke seberang laut adalah baik, bagaimanapun memandangkan belanja yang besar terpaksa ditanggung oleh Kerajaan dan bagi langkah penjimatan adalah dicadangkan supaya Kerajaan mengadakan kursus-kursus yang terbabit dalam negeri sebagai contoh.

Adal~ dicadangkan bagi bidang­bidang -yang tertentu yang tidak dapat diadakan di Malaysia sama ada bagi first degree atau post graduate bolehlah dibuat di luar negeri. Oleh itu adalah amat wajar Kerajaan mengkaji semula mengenai penghantaran pelajar ke luar negeri jika alasan kekurangan tempat maka pembinaan sekolah atau pusat pengajian yang prestige boleh dikurangkan. Kemahiran dan kepakaran boleh didapati walaupun di sekolah atap atau di bawah bangunan biasa asalkan ada kemahuan yang tinggi daripada pelajar. Kita lihat jiran kita Indonesia adakah dengan bangunan sekolah atau universiti yang sederhana rakyatnya tidak ada kepakaran. Untuk itu bangunan yang akan dibina bolehlah dikaji semula supaya kesederhanaan kawasan penempatan serta bangunan itu sendiri tidak terlalu indah dan mahal, apa yang penting ialah tenaga pengajar yang mahir dan peralatan yang cukup. Dengan cara ini Kementerian Pendidikan boleh membina lebih

275 20 MAC 1990 276

banyak sekolah-sekolah berasrama penuh kerana akhir-akhir 101

pencapaian prestasi pelajar luar bandar telah meningkat, negara memerlukan dasar perancangan tenaga manusia yang lebih sempuma kerana di masa­masa lalu kita terlalu ghairah dengan aliran sains, kita ketinggalan dan kekurangan pakar•pakar ekonomi dan iktisas yang bermutu, akibatnya sekarang terlalu ramai siswazah sains yang menganggur. Untuk itu perlulah lebih ramai pelajar-pelajar yang cemerlang digalakkan meng~mbil aliran sains sosial bagi menampung keperluan semasa negara. Saya difahamkan terdapat beberapa kelemahan atau kepincangan di dalam amalan Kementerian Pendidikan, terutamanya dalam mengisi jawatan­jawatan penting. Ada sekolah rendah atau menengah yang tidak diisi jawatan Pengetua atau Penolong Kanan atau Guru Besar sehingga bertahun-tahun.

Hal ini ~angat menjejaskan kelicinan dan kecermerlangan sesebuah sekolah. Demikian juga kakitangan sokongan seperti Pegawai Kerani dan J aga yang mana menjejaskan pentadbiran dan keselamatan sekolah. Ada Guru Besar yang tidak ada Kerani, jadi segala­galanya adalah terserah kepada Guru Besar. Cuba bayangkan bagaimana sekolah itu dapat berfungsi dengan baik. Dalam urusan naik pangkat pula terdapat kelemahan dalam urusan pengesahan jawatan. Sehingga kini saya difahamkan masih terdapat beberapa Pengetua dan Penolong Kanan Sekolah Menengah yang memangku jawatan Tingkatan Kanan di. sekolah menengah sejak lebih 10 tahun yang lalu, belum disahkan ke jawatan mereka. Saya juga ingin tahu mengapa berlakunya perkara yang begitu lama kepada pegawai yang berkenaan. Di mana silapnya atau apakah pihak Kementerian Pendidikan tidak sedar sehingga mereka 101 terpaksa memangku jaw:itan Tingkatan Kanan sehingga lebih 10 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Kerajaan Malaysia terutamanya kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir, Perdana Menteri kita yang dapat memperkenalkan Malaysia di arena politik antarabangsa sehingga kita dihormati dan disanjung tinggi. Bagaimanapun di dalam kegemilangan sa•1j:mgan dan tepukan serta penghormatan dunia terhadap kita, saya berharap Kerajaan tidak menjadi lalai atau lupa diri kerana bagi mereka yang terkena atau terasa kesan daripada dasar kita akan merasa tersinggung atau marah dan jangan lupa mereka juga akan mencari jalan untuk menghancurkan kita. Oleh hal yang demikian, adalah diharapkan dalam beberapa perkara yang membabitkan kuasa besar kita, kita harus berwaspada agar tindak-tanduk kita tidak akan memakan diri sendiri. Kita harus ingat orang bertepuk, orang memuji, orang memuja kita masa mereka setuju dan sealiran dengan kita. Tetapi bila kita tersepit, kita akan hilang rakan, hilang teman dan .kita akan menangis tidak berlagu.

Peristiwa konfrantasi Malaysia dengan Britain akibat Dasar Pandang ke Timur dahulu, kemudian meninggalkan kesan yang besar ke atas ekonomi. Negara besar boleh membuat apa sahaja kepada kita, mereka tidak senang tetapi jika mereka ubah dasar perdagangan kita maka kita akan susah, bagi negara besar tidak berbanding dengan Malaysia, mereka tidak rugi­getah, kelapa sawit, petrol, balak, mereka boleh beli dari lain-lain negara, bukan Malaysia sahaja yang punya barang-barang komoditi tersebut. Jadi, dalam hal ini kita harus pandai menempatkan diri kita, biarlah penyertaan kita setampil dan setaraf serta sesuai dengan kemampuan kita, jangan kita tersepit akibat dasar yang salah kelak akan membinasakan negara kita sendiri. Terima kasih.

277 20 MAC 1990 278

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dr. Chong Eng Leong.

4.05 ptg.

Dr Chong Eng Leong: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk bangun menyokong Usul Menjunjung Kasib atas Titah Ucapan K~bawab Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istiadat Perasmian Penggal Keempat Parlimen Ketujub baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini sewaktu mengembara sekeliling Sabah dengan menggunakan jalan raya, saya sendiri telah memerbati dan mengalami keadaan apa yang dinamakan lebuhraya itu. Jelas kelibatan lebubraya di Sabah berada dalam keadaan yang buruk, mengeciwakan, tidak diperbaiki, lebib buruk daripada tiga atau empat tabun yang lalu. Setengab-tengah pihak mengatakan kami bertuab mendapat apa yang dikatakan jalan ini, kerana beberapa projek yang sepatutnya telah siap lima tabun yang lepas belum pun ditender. Tetapi sebaliknya dari berita, kita membaca, mendengar dan kita melibat berita tentang lebuhraya yang baik, lebubraya ini, lebubraya itu di Semenanjung sini. Ada projek-projek disiapkan lebib awal daripada yang ditetapkan, membuktikan kejayaan yang besar dan membanggakan. Kami di Sabab cemburu melibat kejayaan­kejayaan yang cemerlang ini.

Tuan Yang di-Pertua, bumi Sabah adalab kaya. Berbagai-bagai jenis tanaman boleb ditanam dengan mudah. Tanaman jualan juga sesuai ditanam, kami memerlukan jalan raya untuk masuk ke tanab-tanah pertanian ini dan juga para petani memerlukan jalan raya untuk m_engbantar basil pertanian mereka ke pekan-pekan untuk dijual sebelum menjadi buruk. Dan juga lebib banyak pekebun kecil dapat membangunkan tanah mereka dan

seterusnya menggalakkan perkem­bangan tanah tanaman dagangan seperti kelapa sawit. Ini sudab tentu dapat mengbasilkan pertukaran matawang asing.

Tuan Yang di-Pertua, saya telab diberitabu secara terbuka oleh penduduk kampung sewaktu saya melawat sekeliling bumi Sabah yang luas ini. Perkara yang menyedihkan sewaktu lawatan itu adalah apabila mendengar tuduban-tuduban dari penduduk kampung, mengapa Sabah tidak mempunyai kemudaba:n infrastruktur, seperti lebubraya yang tidak mencukupi.

Tuan Yang di-Pertua, penduduk di kampung-kampung mengatakan bahawa Semenanjung telab mengambil 95% daripada basil minyak negeri untuk membina lebubraya yang baik di sana sm1 dan sebagainya di Semenanjung. Dan banya 5% yang tinggal untuk Negeri Sabah itu tidak mencukupi untuk negeri yang luasnya hampir sama dengan Semenanjung. Sesunggubnya adalah sangat menye­dibkan apabila mendengar tuduhan itu. Tuduban seperti inilab sudab tentu membawa ketidaksefabaman sunggub­pun konsep negara adalab mengenai persefabaman dan integrasi yang lebib erat. •

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin melibat gabungan usaba oleh semua yang berkenaan untuk menghilangkan gambaran salab ini supaya semangat bersatupadu dapat dipupuk dari semua rakyat Malaysia dari Karigar di Perlis sampai ke Tawau di Sabab.

Tu:tn Yang di-Pertua, bubungan yang baik seperti jalan raya yang baik tentunya mendatangkan faedah juga kepada industri pelancongan. Lebuhraya yang berlubang-lubang dan berlumpur tidak akan men-ggalak~an pelancongan biarpun kita bers.ungguh­sungguh berusaha untuk memper­tingkatkan industri pelancongan, bukan

279 20 MAC 1990 280

u01uk tahun ini sahaja, ianya Tahon Melawat Malaysia, tetapi untuk tahun­tahun yang akan datang juga. Sabah memberikan minat yang mendalam kepada industri pelancongan. Kami memerlukan jalan raya yang baik untuk menghubungkan ke beberapa tempat yang mempunyai pemandangan indah, kawasan pergunungan yang sejuk dan kaya dengan flora dan fauna yang paling unik di Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai mem perkenalkan pelancongan, halangan yang lain juga ada di mana usaha Sabah telah selanjutnya dipendekkan, seumpama iklan Televisyen. Iklan TV mengenai pelancongan di Sabah walaupun telah diperiksa, dilihat dan diluluskan oleh Lembaga Penapisan, iklan ini tidak mendapat kebenaran untuk disiarkan, kecuali bagi tempoh satu atau dua bulan, tahun lepas. Tiada seorang pun tahu apakah sebabnya atas tindakan yang ganjil ini. Bagaimanakah kami dapat mempertahankan kempen Tahun Melawat Malaysia?

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi sewaktu lawatan ke seluruh Sabah, saya mendengar beberapa pendapat orang-orang kampung yang biasanya tidak cerewet mengenai larangan ke atas iklan Sabah di TV yang mengatakan bahawa KL tidak memberikan layanan yang sama dan pilih kasih terhadap Sabah. Sikap ini sudah tentu boleh merosakkan pemupukan semangat persefahaman dan semangat bersatupaduan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, Ketua Menteri Sabah ada meminta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr Mahathir, Perdana Menteri kita yang mengatakan bahawa beliau tidak menghalang langsung akan iklan TV tentang pelancongan di Sabah. Kedua­dua pemimpiit tepat pada masanya telah dapat menghindarkan sikap ini dan saya dengar minggu lepas, kita dapat semula melihat iklan TV itu.

Tuan Yang di-Pertua, pada mulanya saya fikir untuk tidak bercakap tentang faktor layanan MAS dalam industri pelancongan, tetapi kekurangannya telah mendorong saya untuk menyentuh tentang sikap berat sebelahnya itu. Sektor KL-Sabah dan Sarawak adalah sektor yang mendatangkan banyak duit, sama ada melalui Johor Bahru, melalui Singapura ataupun penerbangan langsung. ;relah diumumkan dua minggu· lalu bahawa sektor ini telah mendapat keuntungan sejak tahun kewangan 1984/85 dan mencapai keuntungan $31 juta dalam tahun kewangan 1988/89. Kami tiada pilihan lain kecuali untuk menggunakan MAS.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini penerbangan yang telah dijadualkan di sektor yang kaya ini sering berubah dan terganggu, mengakibatkan ianya banyak muatan dikurangi. Saya telah dif ahamkan bahawa puncanya adalah kekurangan kapalterbang.

Tuan Yang di-Pertua, Sabah dan Sarawak pada beberapa ketika telah sering meminta supaya SIA (Singapore Airline) dibenarkan untuk membuat penerbangan pergi dan balik ke Sabah dan Sarawak, tetapi ditolak dengan mengatakan bahawa kami tidak mempunyai semangat patriotik. Saya masih ingat seorang rakan sejawat di Dewan yang mulia ini pada tahun 1988, beliau mengambil bahagian dalam perbahasan tentang Perbekalan 1989, beliau telah menunjukkan bahawa soal semangat patriotik tidak timbul sama sekali sewaktu membenarkan SIA membuat penerbangan ke Penang, Langkawi dan Kuantan, namun Sabah dan Sarawak pula ditunjukkan sebagai tidak mempunyai semangat patriotik. Ini adalah diskriminasi yang jelas sekali.

Tuan Yang di-Pertua, saya meminta dan merayu kepada pihak berkuasa yang berkenaan supaya tolong jangan mengamalkan sikap double standard ini, dengan izin, di mana jika sikap ini

281 20 MAC 1990 282

tidak dihapuskan, ia boleh meng­akibatkan satu lagi kekurangan untuk mencapai persefahaman dan integrasi yang lebih rapat lagi di antara kita dan sikap inipun sudah tentu menghalang kita daripada tujuan baik kita untuk memupuk perpaduan nasional.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan sebelumnya, sektor KL­Sabah-Sarawak ini merupakan sektor yang mendatangkan banyak basil. MAS mendapat keuntungan yang besar di sektor ini kerana tambangnya yang tinggi. Sabah dan Sarawak sering meminta pada masa lalu untuk tambang yang lebih murah, tetapi tiada balasan yang positif diterima. Bukan sahaja begitu, MAS telah mencadang supaya tambang ini dinaikkan baru-baru ini. Walaupun dengan serta-merta ia me­nafikan ia tiada membuat cadangan itu, tidakkah MAS sedar bahawa tambang murah alcan menggalakkan lebih ramai pelawat, akan menggalakkan integrasi yang lebih rapat sedangkan Feri Malaysia pun sudah lenyap? Tidakkah MAS sedar tambang murah akan membawa masuk lebih ramai pelancong, yang juga bererti lebih banyak tukaran wang asing? Tolonglah MAS fikirkan mengenai hal ini.

Tuan Yang di-Pertua, minggu lalu Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr Mahathir, Perdana Menteri kita sendiri mengakui bahawa jumlah orang pendatang haram di Sabah adalah lebih daripada penduduk tempatan sebanyak 50%. Kehadiran pendatang haram ini yang begitu ramai menyebabkan ketegangan berat dari segi sosial, kebajikan -dan ekonoini dalam cara pentadbiran negara, khasnya di negeri Sa bah, misalnya peruntukan Persekutuan bagi Jabatan Perubatan Sabah adalah mencukupi untuk warganegara Malaysia di Sabah, tetapi kita terpaksa mengubati pendatang haram juga, kalau tidak, kita pula akan dijangkiti penyakit-penyakit mereka.

Tuan Yang di-Pertua; anak-anak pendatang haram ini sedang berusaha untuk mendapat tempat di sekolah­sekolah rendah kita. Ada juga sekolah­sekolah yang mempunyai hampir 40% kanak-kanak di sekoh\h-sekolah itu adalah daripada anak-anak pendatang haram. Tekanan atas Jabatan Pelajaran clan anak watan dalam negeri mencari tempat di sekolah-sekolah rendah kita tidak dapat dibayangkan.

Dari segi keselamatan, lebih tenaga pekerja, alat-alat pengawalan dan penguatkuasaan terpaksa dipergunakan yang mengakibatkan juga pertambahan kos pengelolaan tanahair kita.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah sedar akan kesan-kesan kehadiran pendatang-pendatang haram. Sudah tentu beliau akan mengarahkan Kementerian-kementerian berkenaap untuk bersimpati dengan penduduk­penduduk tempatan Sabah apabila menguruskan kehadiran pendatang­pendatang tersebut dalam usaha pemulangan ke tanahairnya dan juga perbelanjaan mereka menumpang di Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja ucapan saya dalam perbahasan ini. Sekali lagi saya menyokong penuh Tita:h Ucapan Kebawah Duli Y~ng Maha Mulia Baginda. Sekian, terima kasih.

4.21 ptg.

Tuan Shuib bin Endut: Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya bercakap dalam Dewan yang mulia ini untuk membahaskan Usul menyembahkan junjungan kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong di atas Titah Ucapan Baginda di Istiadat Perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat,

283 20 MAC 1990 284

Parlimen Ketujuh pada 26hb Februari, 1990.

Saya amatlah menghargai kesem­patan ini, lebih-lebih lagi kerana inilah kesempatan pertama kepada saya sejak saya dilantik menganggotai Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Kata Pendahuh.ian Laporan Suruhanjaya Antarabangsa mengenai Perkembangan Pendidikan, antara lain disebut bahawa: "Bagi semua negara yang hendak menjadikan dunia hari ini supaya menjadi tempat yang lebih baik untuk persediaan masa depan, maka pen­didikan merupakan perkara sejagat yang sungguh penting".

Dalam hubungan ini, saya meng­hargai usaha-usaha Kerajaan dalam menyesuaikan sistem pendidikan dengan perubahan-perubahan dan kemajuan yang pesat dan mencabar dalam bidang tersebut. Apabila kita bercakap mengenai pendidikan, per­hatian kita lazimnya tertumpu kepada pendidikan formal di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Syukurlah bahawa kemerdekaan negara telah mem- · bolehkan kita memberi perhatian yang bersungguh-sungguh dalam bidang pendidikan di ketiga-tiga peringkat yang saya sebutkan itu. Kita bukan sahaja dapat memenuhi keperluan dari segi kuantiti, malahan sedang berusaha memenuhi matlamat kualiti dalam bidang pendidikan.

Saya merasakan sudah tiba masanya kita memikirkan pendidikan dalam konteks yang lebih luas iaitu pendidikan seumur hidup. Dalam pendidikan formal sebagaimana ter­sedia, kemudahan-kemudahan yang sedang dinikmati ini tidak cukup bagi perkembangan dan pemupukan se­penuhnya keltolehan seseorang. Suatu hakikat yang harus disedari bahawa tiap-tiap seseorang mempunyai nilai­nilai baik yang tersendiri, berbeza dari

seseorang yang lain. Tidak juga hacus dilupai bahawa bukan semua pelajar cemerlang menjadi rakyat produktif dan berguna. Sejarah membuktikan ada orang yang bakatnya tidak inenonjol ketika dalam usia pelajar, tiba-tiba muncul menjadi· anggota masyarakat yang berkebolehan apabila mencapai separuh umur atau lebih tua lagi. Lagi pun pula, pembelajaran masa kini berubah dengan cepat. Pengetahuan manusia bertambah dan pentafsiran terhadap sesuatu pada satu ketika berubah sepanjang masa. Akibatnya apa yang dipelajari semasa di sekolah menjadi usang. Tidak berguna atau tidak memadai untuk mengisi hidup bermakna kemudian. Keadaan yang saya sebutkan itu, tidak mengambil kira lagi keperihalan nyata bahawa lebih ramai yang tidak berpeluang menerus­kan pendidikan ke peringkat pengajian tinggi.

Saya berpendapat pendidikan formal harus diikuti oleh pendidikan kendiri separuh masa sepanjang hayat. Saya beranggapan sudah tiba masanya dirancang secara teliti dan menyeluruh program pendidikan seumur hidup bagi seluruh rakyat. Program tersebut bukanlah mesti dibebankan kepada Kementerian Pendidikan semata-mata atuapun kepada Kementerian Pem­bangunan Negara dan Luar Bandar, tetapi penggembelingan tenaga semua Kementerian, badan-badankebangsaan, negeri dan tempatan.

Saya merasakan suatu suruhanjaya peringkat kebangsaan yang sesuai ditubuhkan untuk mengkaji hat ini dan membentangkan syor-syor menge­nainya. Pada peringkat pendidikan formal pula, saya mengalu-alukan langkah Kerajaan untuk menirigkatkan mutu pendidikan.

Dalam hubungan ini, saya suka menarik perhatian bahawa ada kalanya sesuatu perubahan ke arah meningkat­kan mutu itu tidak seharusnya dilaksanakan secara tergesa-gesa dalam

285 20 MAC 1990 286

keadaan faktor-faktor lain yang berkaitan. terutamanya yang berkaitan secara langsung yang tidak cukup bersedia. Saya khuatir sesuatu yang berharga yang hendak dikemukakan akan hilang nilai baiknya ataupun menjadi gagal oleh keadaan ketidakcukupan persediaan faktor­faktor yang berkaitan itu. Hal yang sama juga perlu dipertimbangkan terhadap faktor-faktor lain yang tidak berkaitan secara langsung.

Kalau kita mengakui bahawa pendidikan semasa ini merupakan keperluan asas bagi setiap individu, maka kita bukan sahaja mesti memaju, mengkaya serta melipat gandakan mutu pendidikan di sekolah dan institusi pengajian tinggi, malah kita perlu melewati batasannya dengan meluas­kan fungsi pendidikan kepada dimensi masyarakat sebagai suatu keseluruhan. Sekolah mempunyai peranannya yang tersendiri tetapi semakin berkurang pula kedu~ukannya untuk mendakwa fungsi pendidikan di dalam masyarakat sebagai hak mutlaknya yang istimewa. Dengan menyebutkan hal ini, saya bermaksud sesuatu perubahan yang hendak dilaksanakan patutlah dimulakan dalam keadaan semua faktor yang berkaitan secara langsung atau setidak-tidaknya sebahagian besar daripadanya berada dalam keadaan yang cukup bersedia. Di samping itu, fahaman yang sesuai mengenai perubahan itu ada baiknya disampaikan kepada ahli-ahli masyarakat. Pelak­sanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah mungkin boleh disebutkan sebagai contoh.

Sehubungan dengan ini juga, saya mengharapkan Kementerian Pen­didikan dapat mengkaji semula kadar pemberian bantuan per kapita kepada sekolah-sekolah bagi membolehkan mereka mempunyai keupayaan yang sebaik-baiimya untuk memenuhi tang­gungjawab secara berkesan. Kajian semula yang tersebut itu bukan sahaja melibatkan kadar pemberian yang

sedang berkuatkuasa, yang pada amnya merupakan kadar yang sangat lama yang tidak mencukupi berasaskan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, tetapi juga patutlah dipertimbangkan untuk meluaskan lagi bidang-bidang bantuan berasaskan pengalaman dan keperluan-keperiuan semasa.

Bantuan perkapita bagi mata­pelajaran yang berkuatkuasa waktu itu adalah terbatas pada bidang tertentu, tidak meliputi semuanya. Langkah Kementerian Pendidikan memberi perhatian terhadap kegiatan ko­kurikulum di pusat-pusat pendidikan adalah wajar. Tetapi sepanjang yang diketahui tidak ada peruntukan untuk menggerakkan kegiatan itu diberikan kepada sekolah-sekolah.

Tuan Yang di-Pertua, saya amat menghargai perhatian yang diberikan oleh Kerajaan dalam · mewujudkan perkhidmatan cemerlang dalam semua sektor, baik perkhidmatan awam, swasta mahupun pertubuhan sosial. Kita seringkali mendengar rungutan dari ahli-ahli masyarakat mengenai ketidakcekapan dan layanan yang kurang memuaskan daripada pihak-· pihak yang dihubungi. Saya ber­pendapat sebarang bentuk kempen dan lain-lain yang dianjurkan oleh satu pihak sahaja akan kurang keber­kesanannya sekiranya kesedaran yang mumi tidak wujud dalam diri individu yang terlibat dalam memberi perkhidmatan itu.

Saya yakin kejayaan boleh dicapai sepertimana yang diharapkan seandai­nya setiap individu yang dipertang­gungjawabkan melakukan sesuatu perkhidmatan memahami kedudukan dirinya secara tepat.

[Tuan Yang di-Pertua mempe­ngerusikan Mesyuarat]

Seorang kelindan bas di sebuah negara luar yang begitu menghormati

287 20 MAC 1990 288

penumpang bas sehingga rnenjadi amalan mengalu-alukan setiap penumpang yang menaiki bas dan mengucapJcan selamat jalan apabila seseorang penumpang itu turun menyebut bahawa adalah menjadi kewajipannya berbuat begitu kerana wujudnya syarikat bas yang kemudiannya membolehkan dia bekerja mencari nafkah adalah sebenarnya berpunca dari adanya penumpang. Contoh ini _ betapa pun kecil kelihatannya tetapi menjadi satu rujukan penting untuk diamalkan oleh semua pihak yang terlibat dalam apa­apa perkhidmatan pun. Malangnya, keadaan yang sedemikian belum berlaku secara luas di negara kita. Hal ini pada hemat saya terjadi kerana pihak-pihak yang terlibat berfikir disebaliknya. Pelanggan-pelanggan berhajatkan perkhidmatan dan kerana itu merekalah seharusnya menyesuai­kan diri dengan pihak yang memberi­kan sesuatu perkhidmatan itu. Pemikiran yang saya sebut di akhir itu perlulah diubah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh hubungan dengan sikap orang-orang yang memasuki sesuatu ·bidang ikhtisas. Pada hemat saya adalah menjadi kewajipan bahawa tidak ber~enaan menggunakan pengetahuan dan kemahirannya yang istimewa itu untuk memberi khidmat kepada sesama makhluk dan bukan untuk menganiayai mereka. Saya kesal bahawa sebilangan pelanggan telah menjadi korban pecah amanah oleh setenga~-setengah peguam yang mereka hubungi. Lanjutan dari itu, kita juga dukacita bahawa adanya pegawai­pegawai dalam badan-badan kewangan yang melenyapkan wang yang diamanahkan itu.

Kejadian-kejadian seumpama ini menampakkan bahawa nilai-nilai murni yang sepatutnya ada, lebih-lebih lagi dalam diri orang-orang yang berpendidikan itu kelihatan begitu nipis. Hukuman-hukuman yang dijatuhkan bagi penyeleweng­penyeleweng itu dari kacamata orang-

orang biasa tidak setimpaI dengan perbuatan yang dilakukan. Saya berharap keadaan ini perlu diteliti kembali untuk mewujudkan keyakinan orang ramai dan melindungi kepentingan mereka.

Sekian ucapan saya, dengan ini saya menyokong penuh di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di istiadat perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ketujuh pada 26hb Februari yang lalu. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Hajjah Habidah binti Jusoh.

4.35 ptg.

Puan Hajjah Habidah binti Jusoh: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama niembahas dan menyokong usul menjunjung kasih atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di istiadat perasmian Penggal Keempat, Parlimen Ketujuh pada 26hb Februari yang lepas.

Tuan Yang di-Pertua, Titah Ucapan Baginda adalah meliputi segala aspek sama ada di bidang sosial, ekonomi dan politik. Dan kita bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana di dalam masa

. pemerintahan Kebawah Duli Baginda banyak kemajuan dan kejayaan yang telah dicapai serta kita semua berada di dalam aman dan makmur di dalam negara yang tercinta di bawah pimpinan Yang Am~t Berhormat Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad dan diharapkan keadaan keamanan dan kemakmuran ini akan berpanjangan.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh Titah Ucapan berhubung mengenai dengan keselamatan yang mana kita

289 20 MAC 1990 290

mempunyai Angkatan Bersenjata yang boleh dibanggakan kerana dapat menjaga keamanan negara dengan begitu yakin akan kewibawaan kita, mengekalkan ketenteraman awam berjalan lancar. Dengan itu kita dapat mencapai dan menjalankan tahap pembangunan ·negara ke arah kemakmuran rakyat agar sejajar dengan cita-cita kebangsaan bagi perjuangan memakmurkan negara Malaysia yang tercinta ini.

Tuan Yang di-Pertua, memang benar pertahanan kita agak kental u.ntuk

· menghadapi cabaran-cabaran dari luar dan dalam negeri sendiri. Namun kita berasa terkilan kerana kekuatan Tentera Laut ataupun Polis Merin kita masih lagi belum jelas tindakannya itu benar-benar berkesan kerana baru-baru ini semasa musim tengkujuh di perairan Pantai Timur terdapat beberapa buah bot-bot asing masih lagi menceroboh masuk ke perairan kita dan mengganggu harta-harta nelayan kita sehingga menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit.

Isu ini adalah suatu isu lama yang berlarutan seolah-olah · tindakan menangkap dan menghukum nelayan­nelayan asing itu tidak menjadi sesuatu yang berguna kepada mereka. Apakah tidak ada jalan lain yang sesuai untuk diambil seperti rombongan pegawai­pegawai Perikanan ataupun nelayan dan juga tentera serta Polis Merin yang diketuai oleh Menteri yang berkenaan dihantar ke kampung-kampung atau ke wilayah-wilayah nelayan asing itu dan diadakan satu pertemuan dengan tuanpunya-tuanpunya bot nelayan asing di tempat mereka untuk diadakan satu rundingan agar perkara-perkara begitu tidak berulang lagi. Kerana kalau ahli­ahli PKM kita boleh rundingkan di Thailand, samalah perkara-perkara begini saya yakin akan dapat dibuat perundingan dan pasti akan menemui jalan keluar.

Tuan Yang di-Pertua, kita sedar bahawa negara jiran kita itu pasti akan berterima kasih menanti kedatangan kita ke kampung-kampung dan pekan­pekan nelayan di negara mereka. Di samping itu juga bolehlah diadakan perundingan untuk membeli bot-bot besar dari negara tersebut bagi kegunaan tangkapan ikan di laut dalam dengan harga yang agak murah dan berpatutan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai keselamatan di dalam negeri pula, ki ta rakyat amat berbangga dan berterima kasih kepada Ketua Polis Negara kerana dapat menjaga keamanan dalam negeri dengan begitu berharga kerana sejak akhir-akhir ini tidak banyak berlaku jenayah. Tetapi walau bagaimanapun kita patut berhati-hati dengan tim,takan pengganas-pengganas komunis yang militan yang tidak lagi berjuang secara bersenjata di hutan­hutan, namun mereka pasti gigih melakukan kegiatan mereka di bandar­bandar sebagai pengacau dalam masyar.akat dengan kegiatan yang bercorak menghancurkan ekonomi rakyat serta memberi gambaran kepada pelabur-pelabur asing bahawa negara ini tidak selamat untuk melabur. Macam-macam cara dilakukan untuk menggambarkan kepada dunia bahawa tempat pelaburan di negara ini tidak selamat kerana jalan ke arah mengutuk pelabur-pelabur asing . sedang dijalankan oleh negara jiran andainya mereka itu melabur di negara ini.

Kempen-kempen secara senyap­senyap atau bisik-bisik ini lebih merbahaya dari disebarkan melalui mass-media, lebih-lebih lagi pedagang­pedagang besar yang mempunyai pengaruh perdagangan di kedua-dua negeri itu, ditambah pula dengan kelemahan kita dalam segi penukaran saham-saham di perdagangan saham. Kerana itu Kerajaan sepatutnya menyediakan orang-orang yang pakar di bidang perdagangan saham ini ·supaya broker-broker saham yang

291 20 MAC 1990 292

mahir dapat memberi kepercayaan kepada pelabur-pelabur luar untuk melabur di BSKL atau sebagainya di negara ini. Kecekapan dan pengalaman yang rendah itu telah dipermainkan oleh broker-broker perdagangan negara jiran untuk menjatuhkan imej perdagangan dan pelaburan di negara ini, pada pandangan pelabur-pelabur asing. Hal yang demikian dengan sendirinya pelabur-pelabur itu akan berubah haluan bagi melabur di negaranya.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana tahun ini adalah tahun bersejarah iaitu berakhirnya tempoh Rancangan Malaysia Kelima dan tahun hadapan adalah tahun menyambut Tahun Raricangan Malaysia Keenam, maka adalah diharapkan bergagai-bagai rancangan baru yang dapat dilaksanakan untuk · lebih memakmur­kan lagi negara, sama ada dari segi politik, ekonomi, sosial dan agama. Maka segala-gala rancangan itu biarlah benar-benar mampu dijalankan dalam setiap tahun berkenaan, kerana. setahu saya ramai orang kampung bersungut­projek bukan main banyak, tetapi tidak dilaksanakan dengan baik. Setiap projek yang dijangka dibuat pada tahun berkenaan pasti akan berubah kepada tahun berikutnya ataupun tidak dibuat langsung. Yang demikian adalah diharapkan setiap projek yang hendak atau dirancangkan biarlah benar-benar dilakukan dalam masa yang ditetapkan. Kalau tidak boleh dibuat demikian, lebih baik jangan dimasukkan dalam projek rancangan berkenaan. -

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai kepakaran, kadang-kadang kita banyak sangat bergantung kepada pakar-pakar luar negeri untuk mengadakan berbagai-bagai kajian ataupun projek hingga menyebabkan kontraktor-kontraktor tempatan atau broker-broker dalam negeri sendiri tertinggal dan tidak diambil kira. Misalnya menyentuh mengenai lombong bijih Bukit Besi, Dungun,

kenapakah Kerajaan beria-ia benar hendak memberi bukit tersebut kepada syarikat dari negeri China sedangkan pelombong-pelombong tempatan atau yang telah bermastautin di sini tidak pernah diberi peluang untuk mengendalikannya? Tidakkah boleh Kerajaan mengadakan tender kawasan berkenaan bagi sesiapa yang ingin mengadakan perusahaan perlombongan itu.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai pengangguran pula, sebenar­n ya di negara ini boleh dikatakan pengangguran tidak wujud andainya semua masyarakat berganding bahu bekerja di semua sektor, bukan sahaja di sektor makan gaji bahkan juga di bidang pertanian dan perladangan. Bidang-bidang inilah yang masih lagi tandus dan tidak mahu diceburi oleh anak-anak muda kini disebabkan mereka itu dididik begitu rupa di sekolah-sekolah rendah dan menengah sehinggakan mereka tidak mahu mencebur diri di bidang kerja-kerja kampung atau kerja-kerja tradisional seperti menjadi petani, pentemak dan nelayan. Mereka tidak sedar bahawa melalui kerja-kerja itulah ibubapa ataupun o'rang tua mereka dapat menghantar mereka ke sekolah-sekolah atau ke pusat-pusat pengajian tinggi. Oleh itu, satu rancangan yang padu dan jitu hendaklah diadakan oleh pihak Kerajaan bagi membentuk jiwa muda­mudi kita ke arah kecermerlangan petani, penternak dan nelayan yang benar-benar dimanfaatkan oleh mereka.

Tuan Yang di-Pertua, langkah Kementerian Pendidikan akan meng­adakan kemahiran hidup sebagai matapelajaran SRP mulai tahun depan dan akan dikira di dalam proses penggredan peperiksaan itu boleh disifatkan satu perancangan yang bertujuan meningkatkan mutu pen­didikan di negara ini. Sistem yang hanya menitikberatkan kepada pen­capaian akademik semata-mata terbukti belum mampu melahirkan generasi

293 20 MAC ·1990 294

yang mempunyai tahap kemahiran serta keyakinan kepada diri sendiri kerana sistem pendidikan sekarang lebih berbentuk mengajar pelajaran untuk menimba sebanyak mungkin p~ngetahuan, bukan untuk mem­bimbing mereka supaya berdikari.

Keadaan itulah di antara punca yang menyebabkan ramai lepasan sekolah ataupun lulusan pusat pengajian tinggi kita sekarang ini mengharapkan kerja makan gaji semata-mata. Mereka tidak sanggup bekerja sendiri sama ada di bidang pertanian, perkilangan ataupun pembuatan. Padahal bidang itu menjanjikan masa depan yang cerali jika diuruskan dengan betul dan sempuma. Mengapa mereka keberatan untuk berdikari, tidak lain dan tidak bukan ialah tidak ada kemahiran dan tidak yakin kepada kebolehan sendiri. Oleh itu, langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan mata­pelajaran kemahiran hidup ini adalah diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar kita untuk menimba kemahiran asas di dalam bidang tertentu dan seterusnya membimbing mereka untuk berdikari dan sesuailah dengan matlamat utama Kementerian Pendidikan untuk mencorakkan generasi masa depan yang serba boleh serta mempunyai tahap kemahiran yang tinggi di bidang sains dan teknologi.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pembangunan tanah pula, kesan-kesan yang terdapat dari sudut pembangunan tanah amat ketara sekali dengan wujudnya berbagai-bagai skim kemajuan tanah seperti FELDA, RISDA, FELCRA, KETENGAH dan sebagainya. Namun ianya masih lagi menjadi persoalan ,dan amat menyulit­kan untuk membuat beberapa pembaharuan terhadap tanah milik bumiputera seolah-olah jurang kemajuan di tanah bumiputera mestilah menemui jalan lembab dan berliku-liku manakala untuk memajukan satu-satu tempat atau tanah yang bukan

bumiputera amatlah senang dan menggunakan masa dan proses pun begitu laju clan mudah. Contohnya, bila ~endak memecah lot ataupun menukar jenis kegunaan tanah dan pertukaran nama dan sebagainya memberikan gambaran kepada kita seolah-olah bumi Malaysia ini jika hendak memajukan tanah biarlah tanah bukan bumiputera, kerana kalau tanah bumiputera payah dan sulit untuk dibuat kemajuan ataupun pembangunan. Macam-macam persoalan yang ditimbulkan dan macam-macam borang yang hendak diisi. Berbagai-bagai jabatan dan pegawai pula yang perlu ditemui.

Seandainya tidak ada usaha dari tuan-tuan tanah atau pemaju-pemaju berkenaan bertemu dengan orang-orang tertentu pastilah permohonan itu akan menemui jalan buntu sehingga bertahun-tahun, kadang-kadang si pemilik itu telah mati menunggu dibangunkan tanah mereka pun belum berhasil kerana lepas satu jabatan ke satu jabatan, lepas seorang pegawai kepada seorang pegawai yang lain. Pendek kata, payah untuk sampai mencapai kelulusan bagi membuat satu-satu pembangunan kepada tanah bumiputera. Apakah undang-undang tanah di negara ini terlampau rumit untuk menempuh kemajuan atau sengaja pegawai-pegawai menyulitkan hal-hal yang demikian.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh sektor eksport pula, yang mana eksport negara mengenai bahan-bahan mentah dan bahan-bahan yang telah siap diproses nampaknya masih lagi di tahap bertahan, lebih-lebih lagi pengusaha-pengusaha bumiputera agak lemah dan kurang sekali di dalam bidang ini, kemungkinan kaum bumiputera tidak diberi pendedahan yang menyeluruh ke arah itu. Bila dilihat dari segi pencapaian bumi­putera, walaupun belia-belia yang lepasan pengajian tinggi sama ada dari luar negeri mahupun dari dalam negeri sendiri, setahu saya ramai para

295 20 MAC 1990 296

siswazah .kila yang ingin berkecimpung di dalam arena ini tetapi tidak ada pendedahan kepada mereka, seperti dihantar mereka itu ke tempat-tempat tertentu ataupun syarikat-syarikat tertentu untuk menjadi printis dalam bidang eksport, biarpun pada peringkat awalnya menjadi orang tengah. Manakala sektor makanan adalah satu sektor yang amat penting dan menguntungkan seperti pertanian, perikanan dan ternakan. Dilihat kepada perkem bangan hari ini, rakyat telah mula berlumba-lumba mencebur diri ke arah bidang permakanan ini. W alau bagaimanapun, gesaan Kerajaan dan memberi subsidi yang sesuai perlu juga diteruskan untuk menarik masyarakat tani dan masyarakat nelayan ke arah pengusaha yang bertaraf nasional dan internasional.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh dengan Kempen Anti Minyak Kelapa Sawit dan Anti Kayu Tropika pula telah menyebabkan perusahaan-perusahaan bahan ini telah menempuh jalan kelemahan dan menurunnya eksport negara keluar. Sejauh 101

bagaimanakah kesan-kesan kempen kita mengatasinya dapat diterima oleh masyarakat dunia kerana Amerika sedikit-sebanyak telah menggunakan orang tengah, Singapura dan kempen anti ini pun ada unsur-unsur tidak puas hati dari negara-negara jiran terhadap perkembangan ekonomi negara ini yang terus meningkat maju. Bukan sahaja terdapat penemuan-penemuan baru bahan-bahan mentah seperti telaga minyak dan galian emas bahkan bahan­bahan perusahaan juga menemui berbagai-bagai perindustrian · seperti kereta nasional dan lain-lain. Ini memberi satu tamparan yang kuat kepada mereka.

Tuan Yang d·i-Pertua, penekanan kepada industri pelancongan sebagai industri yang penting di negara ini maka dengan ini saya mencadangkan supaya diberi keistimewaan kepada pelancong-pelancong luar yang datang

ke negara ini atas sifat melancong dengan dipotong satu atau dua peratus barang-barang yang dibeli di negara ini termasuklah minyak kenderaan, kereta ataupun tiket-tiket kapalterbang supaya pelawat-pelawat dapat datang dengan aman, selesa dan mendapat peng­hargaan juga sebagai perangsang menyambut Tahon Melawat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh dengan infrastruktur, sebenarnya telah banyak dilakukan oleh Kerajaan kita dan rakyat amat berbangga dan berterima kasih dalam hal ini. Cuma yang menjadi persoalan sekarang ialah ·projek-projek infrastruktur yang dibuat lama dahulu telahpun rosak sebagaimana yang dikatakan oleh rakan kita dari Sabah tadi iaitu seperti jalan­jalan kampung tinggal batu-batu yang amat menyulitkan. Begitu juga projek­projek lain. Oleh itu perlulah diwujudkan juga peruntukan infra­struktur itu dinaniakan rawatan projek yang telah dibina tetapi rosak. Masjid­masjid yang cantik dahulunya telah rosak, bocor, begitu juga cat-cat telah luntur dan tandas-tandasnya telah rosak dan juga sistem perparitan demikian juga. Bila Jawatankuasa Masjid atau Surau membuat permohonan untuk membaiki kerosakan-kerosakan ter­sebut, maka dijawabnya tiada peruntukan untuk tahun ini. Jadi, terpaksalah projek baikpulih jalan ataupun masjid dan surau ataupun sekolah-sekolah itu tertangguh dan nampaklah kelemahan dan kecuaian sesebuah kampung atau JKKnya.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh bidang perubatan pula, kita harus sedar bahawa begitu sukar bagi seseorang petani ataupun nelayan dari kampung untuk sampai ke bandar ataupun ke hospital kerana betapa susahnya mereka hendak menumpang kenderaan ataupun bas terpaksa berjalan dari permatang sawah untuk pergi ke hospital, klinik dan sebagainya. Pendeknya bila ada sahaja yang sakit pastilah keluarga tidak bekerja untuk

297 20 MAC 1990 298

sehari itu untuk pergi ke hospital dan klinik. Yang demikian, bila sahaja dapat ubat atau rawatan orang-orang kampung amat menghargainya, lebih­lebih lagi pula diberi layanan yang baik · dari pihak hospital ataupun klinik. Sebab itu saya mencadangkan supaya diperbesarkan klinik-klinik desa menjadi hospital desa dan hendaklah diwujudkan hospital-hospital itu di mana sahaja pekan-pekan 6aru yang bercambah tumbuh di seluruh negara, oleh kerana memandangkan telah ramai graduan-graduan kedoktoran kita yang lulus dari universiti dalam ataupun luar negeri. Di samping itu, bolehlah juga kita melatih <4-esser-dresser ataupun H.A. untuk mengendalikan sedikit sebanyak pentadbiran <Ii hospital­hospital desa itu supaya ianya benar­benar memberi kemudahan dan manfaat kepada rakyat seluruhnya.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai bidang sukan pula, oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara yang tidak begitu maju jika dipandang dari sudut pencapaiannya di mata dunia, namun usaha-usaha ke arah kejayaannya amatlah dialu-alukan. Oleh itu, bagi kita perlu menubuhkan berbagai-bagai institusi bagi melatih atlit-atlit negara untuk memasuki sukan aritarabangsa dan dalam negara sejak dari sekolah rendah lagi. Mereka ini perlulah didedahkan dengan latihan­latihan yang intensif ke arah jaguh sukan kebangsaan dan antarabangsa. Kita perlu mempunyai Haji Sidek yang ramai di negara ini dan Kerajaan dalam semua hal sepatutnya memberi berbagai-bagai kemudahan kepada keluarga Haji Sidek dan lain-lain yang mengharumkan nama Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh dengan golongan yang kurang bemasib baik, orang-orang cacat ataupun orang­orang tua. Golongan orang-orang yang kurang bernasib baik yang terdiri dari orang-orang cacat atau orang-orang tua adalah golongan manusia yang perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak

Kerajaan atau badan·badan swasta kerana di situlah ujian dari Allah bagi men~ntukan kekal atau sebaliknya sesebuah negara itu. Dilihat dari sudut lainnya, Kerajaan dan orang-orang yang mampu terhadap mereka. Lagipun di lihat kepada sistem yang ada di negara ini sekarang tidak begitu ditekankan kepada pembelaan kepada kaum ini. Contohnya di dalam cukai pendapatan, tidak dimasukkan potongan pendapatan anak untuk membela ataupun menjaga orang tuanya. Seolah-olah ibu dan bapa ataupun orang tua itu bukan di bawah jagaai:i anak-anak. Padahal mengikut pandangan Islam apabila ibu ataupun bapa seorang itu sudah menjadi tua, maka anak-anaklah yang patut memelihara ibubapa mereka. Oleh itu disyorkan di sini supaya pihak Kementerian Kewangan memasukkan juga potongan cukai pendapatan kepada orang tua, pekerja seperti ayah ibu ataupun nenek mereka.

Dengan ini, Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya merafakkan sembah menjunjung kasih kepada Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Chong Chi Siong.

4.57 ptg.

Tuan Chong Chi Siong: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul terima kasih dan menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah pada Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ketujuh pada 26 Februari 1990.

Dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia jelas menunjukkan kebijaksanaan dan kewibawaan pucuk pimpinan negara kita. Dengan adanya

299 20 MAC 1990 300

pandangan jauh dan bertanggungjawab, kerjasama erat daripada semua pihak negara kita telah melalui betbagai cabaran terutamanya ekonomi meleset pada tahun 1980an. Rakyat menderita dalam kesukaran pada pertengahan 1980an ketika kadar tumpuan ekonomi negara kita jatuh kepada negatif. Setelah Kerajaan mengambil berbagai tindakan tcgas dan teguh, ekonomi negara telah mencapai satu tahap yang menggalakkan pada hujung tahun 1980an, rakyat juga menikmatinya. Oleh yang demikian, saya berharap rakyat keseluruhannya pasti mematuhi seruan pemimpin negara kita supaya membina satu negara aman dan stabil. Rakyat bersepadu, negara akan maju.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu saya ingin menyentuh perkara-perkara yang berikut:

Pertamanya, saya suka menyentuh Geran Selenggaraan Jalan. Di dalam sidang Dewan yang mulia ini yang lepas saya telah menarik perhatian mengenai Geran Selenggaraan Jalan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan kerana telah menaikkan sebanyak 40% untuk Geran Selenggaraan Jalan mulai tahun 1990, seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri selepas mempe­ngerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara. Namun begitu ingin saya mengambil peluang menggesa pihak Perbendaharaan mempercepatkan pembayaran geran kepada Kerajaan Negeri dan pembayaran ini hendaklah dibuat sekaligus, tidaklah berperingkat­peringkat seperti amalan sekarang. Amalan sekarang sangatlah menyulitkan Kerajaan Negeri untuk mengagihkan semula geran ini kepada JKR atau Pihak Berkuasa Tempatan. Akhirnya JKR atau Pihak Berkuasa Tempatan juga yang menerima geran ini berperingkat-peringkat dan keadaan ini mengakibatkan perancangan

selenggaraan jalan oleh JKR atau Pihak Berkuasa Tempatan tergendala atau jalan diselenggara berperingkat­peringkat. Di samping itu, geran ini

· hendaklah dibayar oleh Kerajaan Persekutuan tepat pada masanya bagi setiap tahun dan bukannya amalan sekarang di mana geran ini untuk suatu tahun tidak dibayar sepenuh dan dijelaskan setahun atau dua tahun kemudiarinya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil peluang yang·mulia ini juga untuk menyentuh pencemaran alam sekitar. Kita sedia maklum bahawa pencemaran alam sekitar menarik perhatian orang ramai pada masa ini. Semasa Persidangan CHOGM dahulu, Deklarasi Langkawi yang dipelopori oleh Malaysia telah dimeterai dan telah menjadi kebanggaan Malaysia memperjuangkan isu pencemaran alam sekitar. Pada masa ini juga, langkah­langkah mengurangkan pencemaran seperti mendapatkan tempat pelupusan sisa-sisa perpetual dan tempat pelupusan sampah sedang giat dijalankan.

Saya ingin mengesyorkan di sini supaya Jabatan Alam Sekitar memainkan peranan yang lebih aktif lagi sebab perkara ini berkait rapat dengan kakitangan Jabatan tersebut. Adalah diperhatikan bahawa Jabatan Alam Sekitar tidak mempunyai cawangan di Negeri Sembilan, malahan hanya seorang pegawai alam sekitar yang berpejabat di Kuala Lumpur diberi togas mengawasi Negeri Sembilan dan Melaka. Keadaan ini sudah tentu kurang memuaskan kerana pegawai berkenaan tidak mempunyai penuh masa di sesebuah negeri, apatah lagi membuat lawatan ke kilang atau menguatkuasakan undang-undang pencemaran.

Tuan Yang di-pertua, saya juga menyentuh Program Bersih dan Indah. Saya ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan merancang program

301 20 MAC 1990 302

tersebut sebagai salah satu usaha di bawah APC atau, dengan izin, 'Action Plan for the Beauty and Green Malaysia'. Program ini memanglah sangat sesuai terutama bagi Tahon Melawat Malaysia. Apa yang lebih menarik lagi ialah Program Bersih dan Indah ini berjalan selama lima tahun berturut-turut. Saya menyokong usaha yang berkesinambungan kerana usaha sekarang merupakan kempen yang tidak · membuat kesan yang dikehendaki.

Adalah difahamkan Kerajaan telah meluluskan $31.8 juta untuk Program Bersih dan Indah. Ini bermakna $6.36 juta setahun, dan jumlah ini akan diagihkan kepada Dewan Bandaraya dan Majlis Perbandaran, manakala hanya tiga daripada 142 Majlis Daerah iaitu yang berkaitan dengan pelancong seperti Majlis Daerah Langkawi akan menerima peruntukan tersebut. Walaupun kita sedar bandar-bandar besar menjadi tumpuan pelancong, namun adalah dirasakan bantuan kewangan yang lebih haruslah diberikan kepada Majlis-majlis Daerah yang kurang berkemampuan untuk memajukan tempat-tempat pelanco­ngan. Dengan itu saya ingin mencadangkan agar Majlis-majlis Daerah diberi bantuan daripada peruntukan $31.8 juta yang diluluskan itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh dengan temakan babi. Industri temakan babi adalah menjadi salah satu punca pendapatan dan menyediakan banyak peluang pe­kerjaan. Kita sedia maklum banyak babi yang ditemakkan dalam Malaysia dieksport keluar negeri terutama ke Singpura. Di Negeri Sembilan, jumlah babi yang diternak sangat besar dan perusahaan ini adalah dikawal oleh Jab~tan Perkhidmatan Haiwan melalui Enakmen Pemeliharaan Babi. Terdapat ura-ura untuk meminda Enakmen ini seperti mewartakan sesuatu kawasan sebagai temakan babi dan pelesenan.

Cadangan pindaan ini telah banyak

mendapat bantahan dari penternak­pentemak setempat.

Saya menyokong usaha memindah­kan penternak-penternak yang ber­operasi di kawasan tadahan air sebagai satu langkah mengurangkan pen­cemaran alam. Waiau bagaimanapun, saya ingin menyeru Kerajaan Persekutuan membuat satu kajian kebangsaan ke atas perusahaan ternakan babi ini dan seterusnya menggubal dasar-dasar berkenaan. Dengan demikian objektif keseragaman dasar dan pelaksanaan serentak akan beroperasi di semua negeri.

Pada masa ini Negeri Sembilan sahaja yang telah membuat kajian dan bercadang membuat pindaan kepada Enakmen tersebut. Selain dari itu, saya mengesyorkan pelaksanaan pindaan dibuat berperingkat-peringkat seperti melesenkan pentemak-pentemak besar sebagai permulaan. Satu kadar pelesenan yang berbeza harus dikenakan ke atas pentemak-pentemak kecil dan, besar. Bantuan Kerajaan Persekutnan sangatlah diperlukan untuk mengenalpasti kawasan sesuai untuk ternakan babi dan seterusnya membiayai pengambilan balik tanah tersebut.

Akhirnya, saya suka mengucapkan sekali lagi terima kasih yang tidak terhingga dan menyokong penuh ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di­Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Mustafa bin Awang.

5.09 pig.

Tuan Mustafa bin Awang: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, kerana telah memberi peluang kepada saya untuk turut sama bagi menyokong Usul

------------------~-------

303 20 MAC 1990 304

menjunjung kasih atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 26hb Februari, 1990.

Melihat kepada Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia, sekalipun ianya ringkas, tetapi p,ada hemat saya ianya sangat padat, atas perhatian Duli Baginda dalam Titah Ucapannya telah menyentuh tentang diri perseorangan rakyatnya sehinggalah pada ke­seluruhan negaranya.

Pada kesimpulan saya Titah Ucapan Baginda ini bolehlah dikumpulkan sebanyak 30 perkara tetapi, Tuan Yang di-Pertua, 30 perkara yang saya kumpulkan ini tidak dapat disebut satu demi satu, mungkin masa tidak mengizin~an, dan insya Allah saya akan cuba ulaskan beberapa perkara yang penting, yang melibatkan hubungan antarabangsa, hubungan perdagangan mengenai dengan kestabilan negara, kestabilan politik dan kewibawaan para pemimpin negara Malaysia ini ke peringkat antarabangsa.

Sebelum daripada itu, suka saya sentuh mengenai dengan seorang anak Melayu dari negara Malaysia ini telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t. telah menjadi jaguh antarabangsa di mana baru-baru ini Dato' Seri Dr. Mahathir tel ah ke negara Af rika di mana di negara itu tiga suku daripada negara­negara kecil- telah bermasalah terutama sekali ialah mengenai dengan perbedaan kulit antara hitam dan putih. Maka saya berpendapat, dengan Dato' Seri Dr. Mahathir ke sana dan telah dipersetujui oleh bangsa-bangsa ini supaya ianya, iaitu Dato' Seri Dr. Mahathir menjadi Pengerusi untuk menyelesaikan masalah Apartheid ini dan insya Allah, perkara ini akan dapat diselesaikan.

Waiau bagaiinanapun, saya menyeru bahawa oleh kerana Dato' Seri Dr. Mahathir ini orang Melayu yang beragama Islam, maka pemimpin

negara Afrika itu yang saya percaya pada hari ini tidak akan dapat berubah melainkan pemimpin-pemimpin dan sebahagian besar rakyatnya hendaklah menyebut kalimah tauhid, iaitu Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadat. Dengan cara ini, saya yakin penuh bahawa bantuan dari negara­negara Islam yang kaya di dunia bagi menyelesai masalah ini akan dapat diberi bantuan sepenuhnya. Kalau dengan cara lama, dengan feel ataupun perangai lama, tingkah-laku yang lama, saya yakin, sekalipun sesiapa datang ke negara-negara ini, keadaannya tidak dapat diselesaikan melainkan dengan menyebut dan menyahut seruan tauhid ini.

Tuan Yang di-Pertua, apabila kita lihat, kaji satu demi satu tentang amaran dan ingatan yang dibuat oleh Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam Titah Ucapannya, mahu kepada pembangunan negara ini _ demi kepentingan rakyat pada masa kini dan pada masa akan datang menyeru Kerajaan dan pegawai-pegawai Kerajaan, saya yakin perkara yang dituju ini tidak dapat tidak Kerajaan Malaysia telah memberi tang­gungjawab kepada Kementerian­kementerian yang berkenaan dan Kementerian-kementerian itu pula akan memberi tanggungjawab ini kepada Jabatan-jabatannya dan agensi-agensi Kerajaan bagi menyelesaikah berpuluh, malah beratus-ratus masalah yang dihadapi oleh rakyat untuk masa depannya dan pada masa kini.

Oleh yang demikian, saya suka menyentuh di sini iaitu mengenai dengan Kementerian Pertanian. Saya rasa dukacita (Ian malang sekali apabila persoalan-persoalan timbul daripada Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini, maka Menteri dan Timbalan Menteri jarang hadir. Yang hadir hanyalah Setiausaha Parlimennya sahaja. Saya yakin dengan kedatangan ataupun kehadiran _ hanya Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian ini,

305 20 MAC 1990 306

maka tidaklah sama dengan Menteri ataupun Timbalan Menteri daripada Kementerian ini yang sanggup dan menghayati tanggungjawab Kemen­terian ini apabila menjawab di Dewan ini.

Seperti yang sedang betlaku pada masa ini, tempat duduk Menteri dan Timbalan Menteri ini kosong. Saya berharap dan saya berseru supaya para Menteri yang dipilih oleh rakyat, yang dipilih oleh rakyat di kampung­kampung bukan sahaja di bandar­bandar ini, menyedari hakikat ini kerana negara ini ialah · negara yang berpilihanraya. Tiap-tiap lima tahun sekali pilihanraya akan tiba. Apakah ini tertutup kepada rakyat negara ini? Saya yakin bahawa Dewan ini juga terbuka sama ada ianya melalui mass media elektronik atau lain-lain. Dengan sebab itu, kalau amalan ini masih ada, saya yakin kestabilan negara, kestabilan politik negara yang demokrasi berparlimen ini akan terjejas moralnya dan imejnya. Saya harap supaya keadaan ini disedari dan tidak akan berlaku.

Sehubungan dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian ini sekali imbas seolah-olah sebuah Kementerian yang langsung tidak bertanggungjawab, bukan dalam semua perkara, ada. bahagian-bahagian yang tidak bertanggungjawab.

Semalam saya telah diberi jawapan oleh Setiausaha Parlimennya mengenai dengan bot-bot Thailand yang dirampas yang sekarang ini berlabuh di pelabuhan perikanan Pantai Timur. Hanya secara kebetulan pelabuhan itu namanya Pelabuhan Perikanan Chendering. Barang diingat, Tuan Yang di-Pertua, bahawa bot ini beratnya ialah antara 80 hingga 120 tan metrik. Saya yakin bot ini jarang kedapatan di Semenanjung Malaysia. Apabila bilangan bot ini lebih daripada 20 buah, berada di dalam kawasan pelabuhan itu yang pada ketika ini

menjadi suatu masalah yang besar kepada para nelayan bukan di negeri Terengganu ataupqn di Kuala Terengganu, malah sebahagian daripada nelayan di Pantai Timur yang datang berlabuh untuk menjual dan mendarat ikan di pelabuhan tersebut. Perkara ini telah berlaku bukan seminggu ataupun ·sebulan, malah bertahun-tahun yang lalu, tetapi suatu tindakan tegas tidak diambil oleh Kementerian yang berkenaan dan empat buah daripadanya telah tenggelam yang menjadi halangan besar kepada para nelayan untuk mendarat tangkapan mereka dan saya rasa begitu kecundang apabila Setiausaha Parlimen yang berkenaan pada hari semalam menyatakan hendak menyediakan penjara bot.

Barangkali inilah suatu perkataan yang baru yang kita dapati di dalam Dewan ini. Apabila ianya menyebut akan diadakan penjara bot ini di selatan Pelabuhan Chendering, maka saya rasa mustahil benda ini boleh dibuat atau dilaksan~kan dengan cepat dengan menggunakan belanja yang sedikit. Kalau penjara bot ini hendak diadakan di selatan pelabuhan itu, saya yakin bahawa peruntukannya tidak kurang daripada $50 juta. Bukti jelas, suatu halangan ombak yang telah dibuat di selatan Pelabuhan Chendering ini kira­kira panjangnya 300 kaki, belanjanya sebanyak $25 juta. Bagaimana hendak diadakan sebuah penjara bot di selatan itu yang ombaknya tidak kurang daripada antara lima hingga tujuh kaki pukulannya, tentu memakan belanja yang lebih banyak daripada halangan ombak ke Pelabuhan Chendering.

Maka saya menyarankan di sini supaya pihak Kementerian yang berkenaan inemikirkan semula ran­cangan ini kerana di muara Kuala Terengganu ada suatu tempat namanya Pengkalan Arang. Di kawasan ini boleh ditempatkan bot yang seberat antara 86 tan hingga 200 tan leb~h daripada 200 buah dan pengkalan ini telah digunakan oleh Lembaga Kemajuan lkan bagi

307 20 MAC 1990 308

menempatkan bot-bot yang beratnya antara 80 hingga 200 tan.

Saya harap Kementerian yang berkenaan tukarkan cadangan ini supaya bot ini tidak usah dipenjarakan, dilabuhkan sahaja di Pengkalan Arang yang berkenaan dengan tidak menggunakan belanja yang banyak dan kiranya Kementerian berkenaan masih juga lagi mengadakan rancangan ke dalam Rancangan Malaysia Keenam 1991, saya yakinlah bahawa Kementerian ini tidak menggunakan akal fikiran yang waras dan tidak menjimatkan belanja, tidak patuh kepada aturan dan peraturan dan seruan yang dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di­Pertuan Agong supaya belanja negara ini mesti dijimatkan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara lain mengenai dengan Kementerian ini juga, saya telah dimaklumkan bahawa suatu kawasan pasir telahpun timbul di dalam kawasan perikanan Chendering ini dan saya sendiri telah pun ukur kawasan ini panjangnya 320 kaki dan lebarnya 210 kaki, sementara tinggi pasirnya ialah kira-kira 5 kaki.

Dan pasir ini perlu digali kira-kira 15 kaki ke· dalam dan satu tender telah diberi kepada kontrak; kira-kira nilai harganya sebanyak $1.4 juta.

Mengikut keterangan bahawa kontrak ini telah menyelesaikan kerja­kerja mengorek pasir 101 dan memunggah ke tempat lain, tetapi malangnya, apa yang berlaku pasir yang berkenaan masih bertimbun di Pelabuhan yang berkenaan yang panjangnya 300 kaki, _ lebarnya 200 kaki dan tingginya kira-kira 5 kaki. Saya hendak bertanya Kementerian yang berkenaan, apakah kerja-kerja kontrak ini telah selesai dan kontraktor xang berkenaan telah menyerah kerja­kerjanya kepada yang berwajib atau kontrak ini cabut lari, tidak dapat menyelesaikan sebagaimana yang

sedang ada sekarang? Kalau kontrak ini telah selesai dan telah serahkan kerja kepada Kerajaan, maka tidak ragu-ragu lagi bahawa kerja ini telah melakukan satu rasuah mengenai dengan pekerjaan mengorek dan memunggah pasir yang ada di dalam kawasan Pelabuhan Perikanan Chendering itu. Kalau ini berlaku, saya harap, terutama sekali seorang Menteri ·yang ber­tanggungjawab iaitu Yang Berhormat adikku, Anwar bin Ibrahim yang menjadi Pengerusi mengenai dengan amanah negara, mengenai dengan rasuah supaya siasat tentang kejadian ini.

Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada perkara yang ketiga, saya ada menyebutkan supaya Kementerian Pertanian melalui agensi-agensi yang berkenaan membuat satu penyelidikan mengenai dengan tanaman kapas di tanah beris, yang kita dapati kira-kira lebih daripada beratus ribu hektar di seluruh negara. Saya berterima kasih kepada MARDI yang telah membuat selidikan ini yang bermula pada tahun 70an. Jawapan yang saya terima daripada Kementerian berkenaan bahawa tanaman kapas secara komersial di Malaysia ini adalah tidak sesuai. Sebab yang pertama diberi kepada saya, katanya, ialah keperluan psiologi kapas yang memerlukan 12 hingga 14 jam sehari semasa matang adalah tidak sesuai kerana· panas yang ada di Malaysia ini mengikut putaran harinya hanya 10 jam sahaja. Saya yakin kalau hanya perbezaan selama 2 jam, putaran panas hari di Malaysia ini, maka boleh dikira untuk tanaman kapas, sekalipun kapas itu tidak sama mutunya deng_an kapas yang kita dapati di negeri China, iaitu salah satu kapas yang terbaik di dunia, maka kapas yang ditanam di Malaysia ini bolehlah dijadikan mutu yang kurang baik.

Sebab saya berpendapat ada tanaman-tanaman yang dahulunya langsung tidak sesuai di tanam di Malaysia, tetapi hari ini telah sangat

309 20 MAC 1990 310

sesuai. Satu daripadanya ialah tembakau salad yang datangnya dari negara Virginia dan hari ini menjadi tanaman perdagangan antarabangsa di Malaysia. Begitu juga dengan tanaman apple yang dahulunya tidak ada, tetapi hari ini kita telah dapati di Sabah dan di Sarawak, juga di Cameron Highlands, dan begitu juga telah kita dapati tanaman-tanaman yang boleh ditanam di tempat-tempat tinggi seperti di Cameron Highlands, di Sabah dan Sarawak seperti teh dan sebagainya, yang dahulunya tidak ada di negara kita dan dibawa benihnya daripada luar negeri dan sesuai di tanam di sini. Waiau bagaimanapun, saya berharap supaya penyelidikan semula supaya benih-benih kapas ini diadun dan diatur supaya ianya sesuai ditanam di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan Kementerian Kebajikan Masyarakat, Kementerian ini ada sebuah Lembaga Kebajikan Pusat yang saya kira Lembaga ini pada hari ini tidak berfungsi. Saya tidak tahu, boleh jadi Ahli-ahli Lembaga Pengarahnya ini terdiri daripada orang-orang yang telah berumur dan sekali gus otaknya sudah tidak beridea lagi. Saya tidak menuduh mereka, tetapi saya berpendapat sedemikian. Kerana salah seorang dari Pengerusinya.. kalau hendak dikira dari segi umur .sudah patut pencen atau bersara, sudah dua kali ganda perlu dibersarakan dia dan dia masih menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Tabung Kebajikan Pusat ini. Dengan ketera~gan-keterangan yang diberi oleh Timbalan Menteri ataupun Setiausaha Parlimen, .kira-kira 17 ,000 orang miskin yang telah dikenalpasti dan yang telah diberi bantuan oleh Kerajaan Pusat dan Negeri di dalam negara kita. Tetapi saya yakin bilangan para miskin ini lebih daripada 20,000 sekalipun Kementerian memberi angka sebanyak 16,490 orang lebih, tetapi saya berpendapat bilangannya lebih daripada 20,000.

I

Jadi, mereka ini mengharapkan bantuan daripada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, juga orang per­seorangan dan Badan-badan Berkanun yang memberi sumbangan yang dibahagi-bahagikan kepada para miskin. Saya berpendapat amalan seperti ini telah dibuat berpuluh-puluh tahun yang lalu, tetapi tidak memberi kesan. Sebab, Tuan Yang di-Pertua, apabila bantuan ini diberi hanya kepada nenek atau kepada datuk ataupun kepada ibu ataupun kepada janda. Kadang-kadang janda ini masih muda, umurnya kira-kira 40 tahun suaminya meningga~ Tetapi dia tidak he~dak kahwin k~ana dia mendapat bantuan kira-kira $115 sebulan paling tinggi kerana anak-anaknya bersekolah. Apakah kita sanggup mengajar mereka ini selama-lanianya menerima bantuan Kerajaan, sedangkan mereka masih muda. Jadi, dengan sebab itu saya cadangkan kepada pihak Kementerian Kebajikan melalui Dewan yang mulia ini supaya Lembaga Kebajikan Pusat ini bertindak menyediakan ladang ataupun perniagaan ataupun kapal ataupun apa sahaja untuk mendapatkan wang ataupun harta bagi menampung sebahagian daripada peruntukan Kerajaan Pusat ataupun Negeri.

Maksud saya, Tuan Yang di-Pertua, supaya Lembaga ini memohon tanah dengan Kerajaan-kerajaan Negeri. . Sekiranya tiap-tiap negeri memberi 5,000 hingga 10,000 hektar, kecuali negeri Perlis, kalau tidak beri pun boleh jadilah, fasal dia kurang tanah. Jadi, apabila negeri-negeri yang berkenaan ini, yang masih mempunyai tanah yang luas memberi tanah kepada Lembaga Kebajikan Pusat termasuk Sabah dan Sarawak, maka Lembaga ini harus berikhtiar memajukan tanah ini supaya mendapat keuntungan dan mendapat harta bagi menampung perbelanjaan kepada para miskin yang terdapat di Malaysia ini. Kerana kita bercadang tidak semata-mata untuk menolong memberi bantuan kepada ibu bapa atau datuk nenek, maka kita

311 20 MAC 1990 312

cadangkan bahawa bantuan 101 akan kita berikan kepada anak-anak mereka yang juga memerlukan bantuan pelajaran seperti anak-anak orang lain juga.

Jadi, saya harap Kementerian yang berkenaan ~rtindak melalui Lembaga ini mengumpul harta seberapa banyak, berkongsi kira bicara dengan lain-lain agensi sekira-kira ianya mampu menanggung segala perbelanjaan bagi bantuan orang-orang miskin termasuklah orang-orang cacat di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, tentulah tidak adil pada kiraan. saya kalau hanya Kementerian Pertanian, Kementerian Kebajikan Masyarakat saya serituh kalau tidak disentuh dengan Kementerian lain. Maksud saya ialah Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. Saya ucap syabas kepada Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia yang telah bersungguh­sungguh, di mana sahaja ada siaran mengenai pelancongan, di TV, di radio maka ada-ada sahajalah Menteri yang berkenaan ini bersusah payah memotong tali pita merasmi sesuatu. Tetapi apakah Kementerian ini sedar apa yang sedang berlaku sekarang ini kepada hotel-hotel di Malaysia ini apabila seseorang mahu. menginap di hotel, pihak hotel meminta penghuni­nya menandatangan di atas satu borang tanpa meminta sebarang deposit. Tetapi apabila penghuni ini hendak meng­gunakan telefon, sama ada dari biliknya ke rumahnya luar daripada Kuala Lumpur ini, ataupun dari mana-mana bandar besar di Malaysia ini maka dikenakan pendahuluan menggunakan telefon sebanyak $50. Maka saya kira peraturan ini yang dibuat oleh hotel­hotel yang berkenaan sedikit-sebanyak aka~ menjejaskan perasaan para pelancong yang datang <J.ari dalam negeri ataupun luar negeri, sebab apabila pelancong ini datang ke hotel tidak diberitahu lebih dahulu di kaunter sewaktu mendaftar nama. Diberitahu

apabila mereka sudah masuk ke bilik hendak menggunakan telefon, baru diberitahu melalui telefon hendaklah dibayar sebanyak $50 sebagai· deposit. Maka saya berharap dan saya sendiri secara peribadi telah memberitahu Menteri. yang berkenaan supaya perkara ini jangan berlaku di Malaysia ini kalau mahu perusahaan pelancongan ini lebih besar, lebih berjaya di negara kita ini. Selain daripada itu, saya meminta kerjasama yang sungguh-sungguh dari Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan ini memberi pertolongan kepada pengusaha-pengusaha kecil pelancongan di kampung-kampung, terutama sekali di tepi-tepi laut ataupun di pulau-pulau di Semenanjung Malaysia ini dan mungkin termasuk Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, maksud saya kerjasama di antara Menteri Kebudayaan dan Pelancongan ini dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sebab ada pengusaha-pengusaha hotel-hotel kecil antara 10 hingga 15 bilik yang harganya antara $10 hingga $15 pernah didenda oleh Majlis-majlis Daerah sehingga $10,000. Saya rasa ini sangat tidak sesuai, sehingga $10,000 adalah satu denda yang paling tinggi, jadi apakah kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha kecil ini terhadap undang-undang atau peraturan-peraturan yang dibuat oleh Kerajaan-kerajaan Tempatan iaitu Majlis-majlis Daerah, sedangkan pucuk pimpinan negara hatta Perdana Menteri sekalipun menyuarakan kepada rakyat supaya mana-mana rakyat yang mahu dan mampu membuka perusahaan ini, terutama sekali berbetulan pada tahun 1990 ini ialah Tahun Melawat Malaysia, tetapi apakah kesannya daripada mereka yang telah dikenakan denda oleh Majlis-majlis Daerah ini. Saya berharap,kedua-dua Kementerian ini berunding supaya rakyat tidak teraniaya dan perusahaan pelancongan di negara ini akan mendapat sambutan yang lebih baik.

313 20 MAC 1990 314

Tuan Yang di-Pertua, ada lagi Kementerian yang harus saya sebut di sini iaitu Kementerian Pertahanan. Di Terengganu, Kementerian yang berkenaan telah membayar kira-kira lebih daripada $1. 7 juta kerana mengambil balik tanah untuk dijadikan tapak briged askar, sehingga hari ini wangnya telah dibayar tetapi keadaannya masih berhutan rimba. Mengikut janji yang telah dibuat di Dewan yang mulia ini oleh Menteri yang berkenaan tapak briged ini akan dibuat, akan dilaksanakan selewat­lewatnya pada tahun 1990. Hari ini sudah menjelang tahun ini sehingga ke bulan Mac. Apa yang saya dapati, tempat ini masih berhutan rimba, tidak dibuat sebarang usaha untuk melaksanakan projek tersebut. Saya tidak dapat pasti apakah sebab-sebab utama mengapa projek ini tidak dapat dijalankan dengan segera, cuma saya berseru supaya Kementerian yang berkenaan dapat melaksanakannya dengan segera demi keselamatan negara.

Sehubungan dengan 101 Juga, saya suka menyatakan bahawa Malaysia sudah tidak mahu lagi menerima pendatang-pendatang tanpa izin ini terutama sekali ialah daripada Vietnam. Baru-baru ini lebih kurang dua minggu dari sekarang ini, pendatang ini masih lagi mendarat di Kuala Terengganu. Saya tidak tahu apabila ditanya apakah peranannya sama ada Polis Marin ataupun navy kita di laut Pantai Timur. Jawapannya sentiasa waspada, sentiasa ada di laut untuk mengawas bukan sahaja Vietnam malah kepada nelayan­nelayan asing seperti yang disebut oleh Yang Berhormat saudari dari Terengganu juga memunggah segala harta kekayaan yang ada di perut laut, terutama sekali di Pantai Timur. Tetapi nelayan-nelayan asing ini Iuhts daripada negaranya ke perairan Pantai Timur ini dan begitu juga Vietnam sudah tidak boleh lagi, tidak mahu lagi diterima oleh Malaysia, masih masuk mendarat di Kuala Terengganu. Jadi

persoalan ini seperti yang saya sebut kalau ditanya kita sentiasa waspada. Tetapi mengapa ini 'berlaku?

Kalau saya hendak sebut bahawa pegawai-pegawai kita cuai, boleh jadi tidak munasabah, tetapi saya nampak dengan mata kepala saya sendiri, pasukan ini dengan· kapalnya dan nombomya saya tidak mahu sebut di sini, saya masih ingat, berlaku di Pulau Kapas minggu yang lepas, kapal ini berlabuh tidak jauh dari jeti yang telah dibuat oleh Kementerian Peng­angkutan, saya kira tidak lebih daripada 1,000 kaki dari gigi air ke kapal yang berkenaan dan sepanjang­panjang hari petang itu sehingga ke malamnya ialah berbunyi dengan lagu­lagu rock di atas kapal yang berkenaan. Saya tidak mahu menuduh, boleh jadi pegawai dan mereka ini berihat dan memerlukan lagu-lagu yang mem­berangsangkan. Saya berharap kalau dia berihat, biarlah selepas ianya bertugas sehingga gejala buruk yang kita tidak mahu ini dapat dibasmi lebih dahulu.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga berterima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri kerana telah menjaga negeri dan negara ini dalam keadaan aman dan sejahtera, tetapi saya berharap terutama sekali Menteri yang berkenaan, kalau saya sebut Menteri yang berkenaan, tidak dapat tidak akan terkena kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr Mahathir dan menjadi Timbalannya ialah Dato' Megat Junid supaya membuat suatu siasatan yang lebih rapi kepada sebuah buku yang dikarang oleh Yahya bin Ismail, tajuk buku ini menyebut seorang Menteri Besar menyeleweng dan-Oalam banyak­banyak patah perkataan .dalam buku ini mengatakan, "bahawa Tan Sri Wan Mokbtar tidak lagi beriman 'kepada Nabi;Muhanimad" s.a.vJ. '>dan .ttia telah · beriman kepada :Or Md"liathir".

Saya berpendapat ini· adalah suatu fitnah yang sangat besar, bermakna

315 20 MAC 1990 316

tohmahan ini dari seorang Islam kepada seorang Islam yang lain, kerana tid~ ada lain Nabi selain daripada Nab1 yang akhir, iaitu Muhammad s.a. w. Sementara dalam para yang lain dalam buku ini juga menyebut, "bah~wa Dato'. Seri Dr Mahathir sudah t1dak lag1 berpegang kepada ajaran Islam. berpegang kepada keyakinan, keper­cayaan · dan perasaan dictatorship". Ini juga suatu fitnah dan tohmahan yang tidak munasabah dari seorang Islam kepada seorang Islam yang lain. Saya berharap pihak Kementerian Dalam Negeri supaya selidik, menapis buku ini sama ada ianya sesuai untuk menjadi bacaan umum atau terus dibatalkan pengeluarannya ataupun diharamkan. Saya tidak ada niat untuk menyebelahi mana-mana pih;tlc, tetapi saya berpendapat buku ini terlalu fanatik, boleh jadi pengarangnya tel~ diupah oleh satu-satu orang demi kepentingan politik peribadinya sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya berseru supaya Menteri Dalam Negeri dan oleh pakar-pakar agama Islam dalam negara ini meneliti buku ini supaya ianya tidak ak!"° menj~~i buah mulut kepada rakyat d1 negara 101.

Selain daripada itu, Tuan Yang di­Pertua, suka saya menyebut dan saya sambungkan apa yang disebut oleh Wakil dari Terengganu juga, sehingga hari ini bot-bot nelayan dari Thai banyak yang dirampas dan nelayan­nelayan Thai ini telah dibicarakan di mahkamah di Malaysia ini terutamanya di Terengganu, Kelantan dan Pahang dan dendanya tiap-tiap satu orang nelayan ini antara $10,000 hingga $250,000 seorang. Yang menjadi tandatanya kepada saya, apakah denda yang sebanyak ini pernah dipungut ole~ Kerajaan? Saya berpendapat barangkah tidak lebih daripada 0.001 % sahaja yang dapat dipungut oleh Kerajaan, melainkan pesalah-pesalah ini telah menerima penjara daripada membayar

denda. Jadi dengan sebab itu, saya berpendapat Kerajaan .negara kita telah rugi sekurang-kurangnya dua perkara. Perkara yang pertama, kita rugi apabila pesalah ini menerima penjara daripada membayar wang denda kepada Kerajaan dan kita terpaksa memberi makan-minum kepada mereka sewaktu di dalam penjara dan kita terpaksa mengambil tahu hal ehwal kesihatan­nya sewaktu dalam penjara dan ~mej negara Malaysia ini adalah sangat. ~dak baik kepada negara-negara Jiran, terutama sekali negara Thailand, kerana apabila mahkamah kita denda pesalah-pesalah ini $100,000 seorang, $50,000 seorang dengan Ri.nggiL Malaysia. Jadi dengan sebab 1tulah pesalah nelayan ini tidak mampu dan sanggup menerima penjara dan terns masuk penjara. Setelah habis tempoh antara 3 bulan hingga 6 bulan, mereka dihantar pulang. Apakah salahnya melalui konsep ASEAN, Kementerian ataupun Kerajaan Malaysia ini berunding dengan Kerajaan Thailand khususnya, apabila orang-orangnya, iaitu rakyatnya ini melakukan kesalahan, sekalipun dibicarakan di Malaysia dan diputuskan didapati salah, maka dihantar pulang dan dipenjarakan di negara mereka. Apakah ini tidak boleh dirunding, tidak boleh dibuat atas konsep ASEAN, per­saudaraan ASEAN kerana kita tidak lagi menanggung beban ini selain daripada memberi makan-minum, hal ehwal kesihatannya dan menjadi sesak di dalam penjara di Malaysia ini.

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu Duli Y ahg Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ada menyebut bahawasanya Malaysia ini hendaklah berusaha bersungguh-sungguh mengurangkan import dan memperbanyakkan eksport. Apabila Tuanku bertitah sedemikian, bermaknalah negara Malaysia ini masih banyak lagi menggunakan barang­barang ataupun bahan-bahan dari luar

317 20 MAC 1990 318

negara, terutama sekali yang Duli Tuanku rasa risau iaitu mengenai dengan pengeluaran makanan.

Baru-baru ini kita ada dapati pihak Kerajaan telah mendapat benih baru tentang jagung "Manis Madu" dan ini telah menjadi modal yang besar kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian kerana jagung ini dikatakan bermutu tinggi dan hasilnya baik. Dan selepas itu kita tidak dengar lagi bahawa benih jagung ini hendak ditanam secara besar-besaran tetapi hanya setakat diiklankan dalam TV, Menteri pergi ke sana kerana memberitahu rakyat melalui TV, jagung kita bagus, benihnya bagus, bakanya bagus iaitu "Manis Madu". Setakat itu sahaja. Selepas itu, tidak ada apa-apa tindakan.

Setakat ini, saya minta pihak yang berkenaan dengan jagung ini di manakah suatu tempat dalam negara ini telah disediakan ataupun ada rancangan untuk menanam jagung secara besar­besaran supaya sehingga akhir tahun ini kita tidak perlu begitu banyak memasukkan jagung dari luar negara ke negara kita ini. Bermakna sekaligus, saya cabar Menteri yang berkenaan, kalau ia mahu kekal lagi bertanding dalam pilihanraya akan datang dan mahu menjadi Menteri Pertanian, tunjukkan kepada saya di mana satu rancangan bagi menanam jagung di negara ini, sama ada di Semenanjung atau di Mataysia yang sekira-kira pada akhir 1990 ini kita dapat kurangkan import jagung daripada luar negara.

Saya tidak .mahu Menteri yang berkenaan pandai bercakap tentang · biri-biri di tepi taut, bercakapJah di tepi taut tentang kemajuan nelayannya dan kemajuan otak nelayan, buka~h otak kaum nelayan, bukan bercakap fasal biri-biri kerana tidak sesuai.

Saya tidak ma'rah dan saya tidak emotional di dalam Dewan yang mulia ini, tetapi saya tidak mahu seorang Menteri bercakap banyak tetapi

kesannya tidak ada dan sehingga ke Dewan inipun beliau tidak berani datang. Saya tidak tahu kemung­kinannya, kerana hari sidang ini masih banyak lagi, mungkin beliau datang dan insya Allah saya akan menemui beliau.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, diharap dapat meringkas­kan ucapan Yang Berhormat.

Tuan Mustafa bin Awang: Insya Allah, cuma ada sedikit sahaja lagi saya hendak sebutkin di sini, pada keseluruhannya, oleh kerana Kementerian ini bertanggungjawab mengenai dengan makan-minum rakyat dan satu lagi Kementerian yang bertanggungjawab mengenai dengan kesihatan rakyat, kerana Islam adalah membenci tiga perkara: yang pertama, jahil, yang kedua miskin, yang ketiga berpenyakit.

Maka itulah sahaja kesimpulan ucapan saya dan saya berharap Kerajaan akan memberi peluang seluas-luasnya kepada rakyat n~gara ini terutama bumiputera bagi memajukan diri dalam semua bidang yang boleh mendatangkan kebaikan supaya ketiga­tiga perkara ini tidak kedapatan kepada rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Douglas Sullang dari Sarawak, silakan.

5.54 ptg.

Tuan Douglas Sullang Anak Ganda: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya bersama-sama dengan rakan-rakan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya menyokong dan mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan

319 20 MAC 1990 320

menjunjung kasih Kebawah Duli kepada Titah Ucapan Kebawah Duli pada masa Istiadat merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ketujuh, baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil peluang ini dan oleh kerana masa tidak mengizinkan dan banyak lagi rakan-rakan yang lain yang ingin bercakap, saya akan menumpukan perbahasan saya mengenai suatu industri iaitu industri lada di negeri Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi penjelasan sedikit di sini pertamanya, perkataan "lada" dalam konteks ucapan saya adalah bererti, dengan izin, "pepper" dar'am bahasa Inggeris dan bukan bererti "cili".

Keduanya, Malaysia mengeksport dua jenis lada iaitu lada hitam ataupun, dengan izin, "black pepper" dan lada

. putih atau "white pepper". Terminologi yang sering digunakan iaitu industri ·1ada hitam adalah tidak tepat. Yang tepat ialah industri lada.

Tuan Yang di-Pertua, hampir 100% tanaman lada di Malaysia ini adalah diusahakan di negeri Sarawak. Perlu diingatkan juga bahawa tanaman lada di negeri Sarawak adalah diusahakan oleh p~kebun-pekebun kecil yang biasanya menanam sebanyak 200-1,000 pohon bagi sesebuah keluarga. Ada juga yang menanam lebih daripada 1,000 pohon, tetapi mereka ini adalah tidak ramai.

Mengikut daftar yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Sarawak, dalam tahun 1988, seramai 52,379 keluarga pekebun kecil adalah terlibat secara langsung dan bergantung kepada tanaman lada sebagai punca pendapatan wang ringgit yang utama. Mereka ini sedang mengusahakan sebanyak 12,180 hektar lada di negeri

Sarawak. Mereka ini juga telah mengeluarkan sebanyak 3 ,990 tan metrik lada putih dan 15,196 tan metrik lada hitam pada tahun 1988, bernilai sebanyak $163.5 juta.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, usaha-usaha untuk menanam lada oleh sektor komersial secara besar-besaran telah tidak berjaya kerana tanaman lada merupakan satu tanaman yang intensif dan lada mempunyai banyak jenis musuh perosak yang dapat memusnahkannya dengan cepat.

Tuan Yang di-Pertua, industri lada bagi negeri Sarawak adalah industri yang penting kerana program tanaman lada merupakan satu strategi untuk· menghapuskan kemiskinan di kalangan masyarakat tani di luar bandar. Dalam hal ini, perlu diingatkan bahawa tanaman lada merupakan tanaman yang paling sesuai' di kebanyakan tempat di negeri Sarawak, kerana lada boleh ditanam di kawasan rata dan di kawasan pinggir bukit. Biji lada pula sedang diproses dan biji lada yang telah diproses dan dikeringkan tidak akan mengalami kerosakan walaupun ianya disimpan dengan lama.

Masalah besar bagi tanaman lada itu ialah kos pengeluaran ataupun cost of productions, dengan izin, yang begitu tinggi. Misalnya, kos pengeluaran tanaman lada adalah dianggarkan sebanyak $27,500 bagi satu hektar. Jadi, kos pengeluaran bagi tiap-tiap pohon lada pada masa sekarang iaitu dari mula sampai tahap pengeluaran ialah $13.75 sen. Ini bermakna seorang pekebun kecil yang mengusahakan tanaman lada sebanyak 400 pohon yang disyorkan sebagai tanaman minima bagi sebuah keluarga akan memerlukan modal sebanyak $5,500.

Tuan Yang di-Pei:tua, keluarga yang miskin sudah tentu tidak akan dapat mengusahakan tanaman lada tanpa bantuan dari pihak Kerajaan. Ramai

321 20 MAC 1990 322

juga orang yang menyatakan kaum tani kita boleh meminjam wang ini daripacla Bank Pertanian. Secara teori saya bersetuju. alcan tetapi kita harus sedar bahawa mereka ini adalah golongan yang berpendapatan rendah. Bagi mereka untuk clatang ke pejabat bank akan memerlukan perbelanjaan yang mereka sendiri tidak rnampu untuk membayarkannya. Dan apa yang mereka dapat buat apabila sudah sampai di bank. mereka ini · tidak dapat mengisi atau penuhkan borang. mereka ini tidak clapat membuat kertas kerja yang diperlukan oleh pihak bank, mereka ini tidak mempunyai sesuatu yang dapat dicagarkan kepada bank sebagai collateral kerana mereka ini datang dari kawasan yang terpencil. Pihak bank juga tidak dapat ataupun sukar untuk melawat ke tempat mereka kerana kos kepada bank untuk berbuat demikian adalah tinggi dan pihak bank juga kekurangan tenaga.

Jadi. apa yang sudah berlaku ialah bahawa usaha mereka untuk meminjam wang daripada bank adalah tidak berjaya. Mungkin ada sebanyak sedikit akan menclapat pinjaman. Tetapi di sini saya ingin menegaskan bahawa di negeri Sarawak kita mempunyai 137 .000 buah keluarga tani dan 45% dari mereka ini masih dalam di bawah paras kadar kemiskinan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang pertama saya ingin tumpukan di sini dan saya minta sokongan daripada Dewan yang mulia ini ialah bahawa kaum tani kita yang mengusahakan tanaman lada di negeri Sarawak. Mereka yang masih dalam keadaan di bawah paras kadar kemiskinan perlu diberi bantuan subsidi oleh Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua. apabila kita bercakap mengenai subsidi ramai orang salah faham. Subsidi yang diperlukan . untuk kaum tani kita merupakan satu komponen package dalam program untuk menghapuskan ·kemiskinan. Komponen subsidi ini adalah amat

penting sekali kerana mereka ini tidak dapat memperolehi pinjaman dari mana-mana pihak. Ada orang yang mengatakan pemberian subsidi adalah suatu yang akan mewujudkan keadaan mental yang dikenali sebagai sindrom subsidi mental ataupun subsidy syndrome mentality, dengan izin, di kalangan rakyat. Ada juga yang mengatakan bahawa negara kita tidak boleh meneruskan pemberian subsidi kerana negara kita juga terlibat clalam pemiagaan antarabangsa di mana soal subsidi untuk para petani adalah merupakan satu isu hangat clan jika ianya diteruskan akan memberi comparative advantage, dengan izin, kepada negara-negara menggunakan bantuan subsidi.

Tuan Yang di-Pertua, kita tahu juga subsidi pertanian d8Iam konteks negara maju mempunyai objektif yang berlainan daripacla bantuan subsidi di negara kita. Bagi negara maju. subsidi pertanian adalah diberikan dengan tujuan untuk menstabilkan harga pasaran dal'I mem beri comparative. advantage bagi industri pertanian dalam pasaran antarabangsa. Tetapi bagi negeri kita, khasnya negeri Sarawak masyarakat tani kita adalah terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah. Pemberian subsidi kita merupakan satu komponen yang penting dalam package programme untuk menghapuskan kemiskinan. ·

Oleh hal yang demikian, saya berpendapat bahawa negara kita tidak patut bertolak ansur dalam perkara ini kerana program menghapuskan kemiskinan adalah salah satu daripada tujuan ataupun dasar asas Kerajaan Barisan Nasional clan merupakan satu dasar yang cukup p~nting. yang diutamakan dalam Dasar Ekonoml' Baro negara kita. ··

Bagi negara kita, untuk mem­basmi~n kemiskinan di kalangan rakyat kita adalah tanggungjawab

323 20 MAC 1990 324

moral ataupun kita punya moral responsibility, dengan izin. Bagi kita yang akan memberikan pemberian subsidi petani dalam konteks ini aclalah bukti yang ternyata sekali bahawa negara kita adalah serius untuk mengatasi masalah kemiskinan. ·

Mengenai tuduhan sindrom subsidi mental oleh pihak-pihak yang tertentu, saya berpendapat bahawa tahap bantuan yang diberi kepada kaum tani kita tidak akan memberi kesan negatif ataupun melemahkan semangat dan keazaman kaum tani kita .. Pertama, subsidi ini yang diberi untuk skim tanaman lada adalah diberi dalam jenis import dan hanya sebanyak 37.2% daripada jumlah kos pengeluaran. Peserta skim perlu ditapis oleh mereka sendiri untuk mengusahakan tanaman mereka itu termasuk menghadiri program latihan yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian.

Dalam usaha menanam Jada yang memerlukan pengurusan ya'ng intensif, hanya kaum tani yang benar-benar berminat dan berazam untuk menjayakan diri akan berjaya. Itu sebab dalam skim tanaman lada yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian, peserta berkenaan akan dipilih. Mereka · yang terpilih diperlukan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa · Kampung. Anggota jawatankuasa ini diberi kursus kepimpinan di dalam aspek pengurusan pertanian. Selepas itu semua peserta akan diberi latihan secara in situ clalam aspek agronomi, mencegah perosak-perosak Jada.

Ini bermakna subsidi yang diberi oleh Kerajaan adalah satu infrastruktur yang penting dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran dan pengurusan pertanian bagi pekebun­pekebun kecil yang miskin supaya pengeluaran tanaman mereka akan meningkat dan secara pengurusan ladang bagi mereka dapat dimodenkan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua yang perlu diambil berat oleh pihak Kerajaan berkaitan dengan industri Jada ialah harga pasaran yang kian menurun sejak tahun 1988. Harga pasaran Jada hitam telah turun daripada $856 bagi 100 kilogram pada bulan Januari, 1988 kepada $370 bagi 100 kilogram pada bulan Januari, 1990. Harga pasaran Jada putih juga telah turun daripada $1,185 bagi 100 kilogram kepada $460 sahaja bagi 100 kilogram dalam tempoh yang sama. Pekebun-pekebun kecil yang meng­usahakan tanaman Jada di negeri Sarawak merasa bimbang dan tidak puas hati terhadap pihak Kerajaan kerana tidak dapat menstabilkan harga pasaran.

Tuan Yang di-Pertua, industri lada telah mengalami harga pasaran yang begitu rendah dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini iaitu dalam tahun 1980 hingga tahun 1984. Pada tempoh tersebut harga pasaran yang terendah sekali bagi Jada hitam ialah $182.92 sen bagi 100 kilogram iaitu dalam bulan Julai, 1982. Harga Jada putih clalam bulan yang sama ialah $268 bagi 100 kilogram. Harga pasaran yang rendah dalam industri lada di negeri Sarawak dalam tempoh lima tahun ini telah memberi kesan yang buruk sekali kepada industri lada di negeri Sarawak. Hampir ke semuanya tanaman Jada di negeri Sarawak telah musnah kerana kos pengeluaran adalah tinggi daripada harga pasaran.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan telah mewujudkan satu badan yang dikenali sebagai Lembaga Pasaran Lada Hitam clalam tahun 1971. Lembaga tersebut beroperasi di bawah Akta Lembaga Pasaran Pertanian Persekutuan 1965. Apa yang hendak saya tekankan di sini ialah bahawa Lembaga Pasaran Lada Hitam ini tidak mempunyai pelan yang tertentu bagi menyelam~tkan industri lada dalam keadaan harga yang begitu rendah seperti yang telah dialami dalam tahun

325 20 MAC 1990 326

1980 sehingga tahun 1984. Soalan saya sekarang di sini ialah adakah Lembaga Pasaran Lada Hitam ini mempunyai pelan ataupun skim khas untuk mempastikan industri lada tidak akan musnah apabila harga pasaran lebih rendah daripada kos pengeluaran.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah dimaklumkan pada Dewan yang mulia ini bahawa industri lada di negeri Sarawak adalah penting, kerana ianya melibatkan golongan yang berpendapatan rendah· dan skim tanaman lada merupakan satu program untuk menghapuskan kemiskinan di kalangan kaum tani. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan agar satu skim yang bercorak price support system, deilgan 1zin, ditubuhkan dengan secepat yang boleh sebagai satu tindakan positif untuk menentukan industri lada akan ber­kekalan. Macam mana skim ini dapat diwujudkan, kerana ianya akan melibatkan perbelanjaan dari Kerajaan. Cadangan saya adalah seperti berikut:

Pertama, satu Tabung Wang Lada harus ditubuhkan.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut statistik yang saya dapat, jumlah cukai eksport lada dalam tempoh lima tahun iaitu dari tahun 1984 hingga tahun 1988 adalah berjumlah $60.134 juta. Ini merupakan jumlah pendapatan langsung Kerajaan daripada industri lada dan dalam erti kata yang lain jumlah ini merupakan sumbangan pekebun-pekebun kecil yang mengusahakan tanaman lada kepada pendapatan Kerajaan. Oleh yang demkian, saya berpendapat adalah wajar bagi pihak Kerajaan untuk menyalurkan sebahagian daripada pendapatan ini balik kepada mereka dalam keadaan turunnya harga pasaran lada.

Bagi perrnulaan, saya bercadang bahawa Kerajaan memberi peruntukan sebartyak $10 ju ta kepada Ta bung Wang Lada.

Kedua, supaya ditetapkan se· bahagian daripada kutipan cukai eksport Iada 'diperuntukan kepada Tabung Wang Lada bagi tiap-tiap tahun. Tabung wang lada ini haruslah dianggapkan sebagai satu wang simpanan Kerajaan dan hanya digunakan apabila harga pasaran lada jatuh ke bawah kos pengeluaran.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya in gin menjelaskan mengenai mekanisma yang dikatakan price support system, dengan izin.

Pertama, mengikut daftar daripada Jabatan Pertanian di negeri Sarawak, kos ~ngeluaran bagi lada hitam ialah $320 bagi 100 kilogram dan bagi lada putih ialah $416 bagi 100 kilogram. Kos pengeluaran ini merupakan satu benchmark, dengan izin, dalam price support system.

Kedua, semua pekebun-pekebun kecil yang menanam lada akan didaftarkan oleh J abatan Pertanian di negeri Sarawak dengan lengkap maklumat mehgenai jumlah pohon yang · ditanam dan tahun tanamannya dan semua maklumat yang lain.

Ketiga, kerana sasaran utama sistem ini adalab untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah, maka price support system ini dihadkan kepada pengeluaran bagi 400 pohon lada bagi sebuah keluarga pekebun ataupun bagi keluaran 1,200 kilogram lada hitam kering bagi sebuah keluarga. Ini bermakna sekiranya harga pasaran lada turun ke tahap kurang daripada $320 bagi 100 kilogram lada hi tam, seseorang petani kecil yang mengeluarkan lada hitam akan diberi price support system dengan maksima keluaran sebanyak .J,200 kilogram. Keluaran lebih daripada 1,200 kilogram ini ataupun para pembeli ataupun pengeksport tidak akan layak untuk mendapatkan bantuan skim ini.

327 20 MAC 1990 328

Yang keempat, jumlah bantuan adalah bergantung kepada perbezaan di antara kos pengeluaran dengan harga pasaran. Sebagai satu contoh, sekiranya harga pasaran lada hitam turun kepada $300 bagi 100 kilogram selama 12 bulan ataupun satu musim pengeluaran ini bermakna seorang keluarga petani kecil yang menjual sebanyak 1,200 kilogram lada hitam akan diberi bantuan price support system sebanyak $240 sahaja dan sekiranya jumlah keluarga pekebun-pekebun kecil yang mengeluarkan lada hitam bagi tahun berkenaan adalah 52,000 buah keluarga, ini bermakna jumlah bantuan yang diperlukan untuk mengendalikan skim ini ialah $12.48 juta. Saya rasa jumlah ini tidak begitu besar sekiranya ia dibandingkan dengan kesan yang positif yang dapat diperolehi oleh petani-petani kecil iaitu bagi membolehkan mereka untuk menerus­kan tanaman mereka dan juga supaya pendapatan mereka akan kekal di atas kadar kemiskinan.

Tuan Yang di-Pertua, industri lada di negeri Sarawak memang sudah terkenal di peringkat antarabangsa. Maklumat-maklumat penting dalam aspek penyelidikan lada terutama sekali mengenai kawalan daripada perosak-perosak lada mahupun dari segi agronominya memang sudah terkenal di dunia dan boleh dianggapkan sebagai satu kejayaan besar yang telah dicapai oleh pakar­pakar kita dalam bidang ini. Selain daripada aspek ·harga pasaran yang dapat menangguhkan perkembangan industri ini, harga import seperti baja dan kimia, racun serangga akan juga menjadi satu halangan besar di dalam perkembangan industri ini.

Oleh yang demikian, adalah perl.u juga bagi pihak Kerajaan untuk lebih sensitif terhadap harga baja yang makin meningkat setiap tahun. Kerajaan boleh mengambil tindakan untuk menurunkan cukai import untuk bahan-bahan mentah, baja khasnya dalam tempoh

kemelesetan harga komoditi. Pihak Kerajaan juga boleh memberi tax incentive kepada industri pengeluaran baja di negara kita supaya pem­bangunan sektor pertanian secara keseluruhannya dapat juga bertambah ma ju.

Tuan Yang di-Pertua, untuk meng­akhiri ucapan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk bercakap mengenai satu perkara yang penting bagi penduduk-penduduk luar bandar di negeri Sarawak. Kebanyakan daripada mereka ini masih berada di bawah paras kemiskinan dan masih memerlukan kita dalam Dewan ini untuk mengambil keputusan yang wajar terhadap nasib mereka. Dengan ini, sekian terima kasih.

Tuan. Yang di•Pertua: Sila Yang Berhormat Lau Keng Siong untuk berucap.

6.24 ptg.

Tuan Lau Keng Siong: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk membahas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini.

Saya rasa kebanyakan langkah dan dasar yang tersebut dalam Titah Ucapan Baginda akan memberi faedah dan kebaikan kepada rakyat jelata di negara ini tetapi masih banyak kawasan boleh dibaiki dan dimajukan ter­utamanya mengenai doktor daripada negeri asing.

Kita tidak meragukan kelayakan dan kemahiran mereka tetapi saya rasa mereka tidak berapa fasih dalam Bahasa Malaysia. Saya rasa mereka patut diwajibkan mengikuti kursus kilat

r J

.. ,

329 20 MAC 1990 330

dalam Bahasa Malaysia sekurang­kurangnya selama 2-3 bulan sebelum mereka dihantar ke hospital-hospital. Walaupun kebanyakan pesakit dapat diberi ubat murah seperti Panadol, ubat batuk dan sebagainya, kebanyakan pesakit masih dikehendaki membeli ubat yang mahal. Jika pesakit mampu membeli ubat yang mahal, masalah rawalan tidak akan timbul tetapi ada setengah pesakit yang betul miskin. Saya rasa mereka patut diberi segala ubat murah atau mahal.

Saya rasa Kementerian Kebajikan Masyarakat patut memberi kepentingan . kepada Rumah-rumah Orang Tua. Kebanyakan Rumah Orang Tua hanya diuruskan oleh badan-badan sukarela dan kebajikan persendirian. Kebanyakan Rumah Orang Tua tidak dilengkapkan dengan kemudahan yang memuaskan. Oleh kerana itu orang­orang tua yang duduk dalam rumah­rumah tanpa kemudahan yang baik terpaksa tinggal di tempat itu. Selepas tinggalkan Rumah-rumah Orang Tua, ada J;>eberapa di antara mereka menjadi. pemmta sedekah. Saya fikir kita patutlah anggap kerja menjaga orang­orang tua adalah tugas orang m uda kerana ~m ua orang akan jadi tua pada suatu hari nanti.

Mengenai perkilangan yang merupa­kan sebagai penggerak utama, kita semua faham dan menghargai ke­pentingan dan amalan yang Kerajaan telah berikan kepada sektor ini tetapi masih ramai orang menghadapi banyak masalah sema1a mereka memohon lesen atau. kebenaran untuk menubuh­kan perindustrian kecil atau sederhan·a. Saya fikir pihak berkuasa yang mengeluarkan lesen patutlah memberi keutamaan kepada pelabur tempatan. Mereka rakyat Malaysia, mereka patut diberi segala panduan dan bantuan bila mereka berminat dalam perusahaan pengilangan atau perusahaan pem­buatan. Kita mesti ingat, segala usaha dan aktiviti perkilangan yang diuruskan oleh pelabur tempatan bukan memberi

L-A09716.

faedah kepada sesuatu kaum sahaja bahkan negara ini pada keseluruhan­nya. ·

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pembangunan negara saya patut memuji Kerajaan yang telah membina banyak parit, jalan dan lorong di kawasan luar bandar. Kemudahan­kemudahan ini adalah sangat berfi;tedah kepada rakyat jelata tetapi dengan dukacita saya ingin menyatakan bahawa pemulihan dan penjagaan tidak berapa memuaskan kerana kebanyakan kemudahan ini telah rosak. Contohnya, permukaan-permukaan jalan dan lorong-lorong telah rosak dan pecah tetapi . tidak cukup peruntukan a tau kewangan boleh diperolehi untuk membaiki kemudahan-kemudahan yang rosak.

Selain daripada itu, parit-parit yang telah dibina atau digali sentiasa tersumbat dengan rumput-rumput yang tumbuh dengan pesatnya dalam parit­parit. Saya ingin mencadangkan bahawa Kerajaan mesti sentiasa memerhatikan segala kemudahan­kemudahan yang perlu dibaiki atau dipulihkan. Diharap orang kampung akan diberi keutamaan dalam permohonan mereka. Jika mereka ..... .

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang lierhormat, min ta maaf. Masa sudah cuk•Jp, Ahli Yang Berhormat boleh menyambung sedikit pada esok hari sebelum Yang Berhormat Menteri­menteri memberi jawapan.

Tuan Lau Keng Siong: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya tangguhkan Dewan yang mulia ini hingga jam 2.30 petang esok, hari Rabu, 21 Mac 1990.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.