unit 10 _baik pulih sistem paip domestik

15
Lukisan Kejuruteraan Teknik | 1 UNIT 10 Baik Pulih Sistem Paip Domestik HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan proses baik pulih pili paip. 2. Menerangkan proses baik pulih tangki simbah. 3. Menerangkan proses baik pulih perangkap sinki. 10.1 PENGENALAN eperti yang telah kita bincangkan dalam bab 8, ramai pengguna tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan untuk menyelenggara dan membaik pulih sistem perpaipan domestik. Adakalanya kerosakan yang kecil seperti kebocoran paip, pili dan injap tidak dapat diselesaikan sehingga memerlukan bantuan daripada tukang paip. Oleh yang demikian dalam bab ini kita akan membincangkan panduan berkaitan permasalahan yang biasa dihadapi pada sistem paip domestik, punca permasalahan serta panduan kaedah baik pulih yang boleh dilakukan sendiri. 10.2 Panduan Kerja Baik Pulih Pili Pili adalah aksesori sistem perpaipan yang banyak digunakan dirumah sebagai punca air. Pili berfungsi untuk membuka, menutup dan mengawal kadar aliran air keluar daripada sistem paip domestik. Beberapa permasalahan yang sering berlaku pada pili adalah seperti berikut: Jadual 10.1: Permasalahan dan panduan baik pulih pili Permasalahan Punca dan panduan baik pulih Kuantiti pengaliran air yang sedikit Punca: Kebiasaanya disebabkan tekanan air rendah pada paip agihan atau perkhidmatan. Panduan baik pulih: Luaskan bukaan injap (kunci paip) pada paip agihan dan paip perkhidmatan. S

Upload: qari-ishak

Post on 12-Aug-2015

504 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 10 _baik Pulih Sistem Paip Domestik

L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 1

UNIT 10

Baik Pulih Sistem Paip Domestik

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menerangkan proses baik pulih pili paip. 2. Menerangkan proses baik pulih tangki simbah. 3. Menerangkan proses baik pulih perangkap sinki.

10.1 PENGENALAN eperti yang telah kita bincangkan dalam bab 8, ramai pengguna tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan untuk menyelenggara dan membaik pulih sistem perpaipan domestik. Adakalanya kerosakan yang kecil seperti kebocoran paip, pili dan injap tidak dapat

diselesaikan sehingga memerlukan bantuan daripada tukang paip. Oleh yang demikian dalam bab ini kita akan membincangkan panduan berkaitan permasalahan yang biasa dihadapi pada sistem paip domestik, punca permasalahan serta panduan kaedah baik pulih yang boleh dilakukan sendiri. 10.2 Panduan Kerja Baik Pulih Pili Pili adalah aksesori sistem perpaipan yang banyak digunakan dirumah sebagai punca air. Pili berfungsi untuk membuka, menutup dan mengawal kadar aliran air keluar daripada sistem paip domestik. Beberapa permasalahan yang sering berlaku pada pili adalah seperti berikut: Jadual 10.1: Permasalahan dan panduan baik pulih pili

Permasalahan Punca dan panduan baik pulih

Kuantiti pengaliran air yang sedikit

Punca: Kebiasaanya disebabkan tekanan air rendah pada paip agihan atau perkhidmatan. Panduan baik pulih: Luaskan bukaan injap (kunci paip) pada paip agihan dan paip perkhidmatan.

S

Page 2: Unit 10 _baik Pulih Sistem Paip Domestik

L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 2

Air menitis daripada alur keluar

Punca: Getah sesendal hilang sifat keanjalan Panduan baik pulih: Ganti getah sesendal

Pili tidak dapat dikunci dengan ketat

Punca: Bebenang pada gandar rosak (haus) Panduan baik pulih: Ganti pili

Air terkeluar daripada nat pili

Punca: Pelompat rosak Panduan baik pulih: Ganti pili

Antara masalah-masalah yang terdapat pada jadual 10.1, perkara yang paling kerap berlaku ialah titisan air pada alur keluar yang berlaku terus menerus walaupun pili telah dikunci dengan ketat seperti pada rajah 10.1.

Rajah 10.1: Titisan air pada Pili bertiang.

Masalah ini boleh berlaku pada kedua-dua jenis pili bertiang dan berbibir. Walaubagaimanapun ia boleh diselesaikan dengan cara yang sama iaitu menggantikan getah sesendal dengan yang baru pada pili-pili tersebut seperti pada langkah-langkah di bawah:

i. Tutup injap pada paip agihan (kebiasaanya terletap di bahagian bawah kabinet sinki) ii. buka kunci pili untuk memastikan bahawa punca air daripada paip agihan telah ditutup

Rajah 10.2: langkah i dan ii menukar getah sesendal.

Page 3: Unit 10 _baik Pulih Sistem Paip Domestik

L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 3

iii. sediakan alatan dan bahan untuk kerja baik pulih seperti pada rajah 10.3

Rajah 10.3: langkah iii menukar getah sesendal.

iv. longgarkan nat pili dengan menggunakan sepana boleh laras (putarkan pada arah lawan jam)

Rajah 10.4: langkah iv menukar getah sesendal.

v. tanggalkan set gandar pili dan kenal pasti kedudukan getah sesendal vi. keluarkan getah sesendal daripada pelompat dengan menggunakan pemutar skru

Rajah 10.5: langkah v dan vi menukar getah sesendal.

Page 4: Unit 10 _baik Pulih Sistem Paip Domestik

L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 4

vii. Gantikan dengan getah sesendal yang baru dan pasang semula set gandar pada pili

Rajah 10.6: langkah vii dan viii menukar getah sesendal.

viii. Ketatkan semula nat pili dengan menggunakan sepana boleh laras (putaran pada arah pusingan

jam).

Rajah 10.7: langkah ix menukar getah sesendal.

Sekiranya masalah tersebut berlaku pada pili jenis berbibir langkah-langkah yang sama juga diaplikasikan. Set gandar pada pili berbibir boleh dikeluarkan dengan melonggarkan nat pili. Kedudukan getah sesendal pada pili jenis berbibir adalah seperti pada rajah 10.7.

ix.

Page 5: Unit 10 _baik Pulih Sistem Paip Domestik

L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 5

Rajah 10.7: Keratan rentas dan kedudukan getah sesendal pada pili berbibir.

10.3 Panduan Kerja Baik Pulih Tangki Simbah. Tangki simbah adalah aksesori yang dipasang pada lekapan seperti tandas cangkung dan duduk. Digunakan untuk menyimpan air dan kemudiannya menyimbah keluar melalui paip simbah bagi tujuan mencuci mangkuk tandas. Terdapat dua jenis tangki simbah iaitu jenis aras rendah (dipasang satu meter dari atas lantai) dan jenis aras tinggi (dipasang pada ketinggian dua meter dari aras lantai). Tangki-tangki simbah ini diperbuat daripada plastik PVC atau tembikar. Untuk melakukan kerja baik pulih pada tangki simbah, bahagian-bahagian utama dan operasi tangki simbah perlulah terlebih dahulu dikenalpasti. Bahagian-bahagian utama tangki simbah

Rajah 10.8: Bahagian-bahagian utama tangki simbah.

paip simbah

Injap gegendang

injap bebola

paip alur masuk

tuil tarik

tiub sifon

lengan pelampung

pelampungpaip limpah

Page 6: Unit 10 _baik Pulih Sistem Paip Domestik

L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 6

i. Paip alur masuk membekalkan air masuk ke tangki simbah daripada paip agihan.

ii. Injap bebola Mengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah.

iii. Pelampung Mengawal paras air dalam tangki simbah dengan menutup dan membuka injap bebola melalui lengan pelampung.

iv. Lengan pelampung Memegang pelampung serta mejadi penghubung antara pelampung dengan omboh pada injap bebola.

v. Injap gegendang Mengawal kemasukan air ke tiub sifon. Apabila tuil ditarik, injap gegendang akan terangkat dan membenarkan air masuk ke tuib sifon untuk menyimbah mangkuk tandas.

vi. Tuil tarik Berfungsi untuk menarik injap gegendang ke atas bagi membolehkan air memasuki tiub sifon untuk menyimbah mangkuk tandas.

vii. Paip simbah Menyalukan air keluar dari tangki simbah untuk membersihkan mangkuk tandas.

viii. Paip limpah Menyalurkan air keluar dari tangki simbah jika berlaku lebihan air disebabkan kerosakan pada injap bebola atau pelampung.

Antara permasalahan-permasalahan yang sering berkaitan dengan tangki simbah adalah seperti pada jadual 10.2 di bawah.

Jadual 10.2: Permasalahan dan panduan baik pulih tangki simbah Permasalahan Punca dan panduan baik pulih

Tuil tarik longgar (loose) dan tangki simbah tidak berfungsi apibila tuil ditarik

Punca: Rantai atau tali pengangkat yang menghubungkan tuil dengan injap gegendang putus Panduan baik pulih: Ganti rantai pengangkat (lift chain)

Tangki simbah tidak mengeluarkan air sepenuhnya

Punca: Rantai pengangkat kendur Panduan baik pulih: Laraskan panjang rantai pengangkat Punca: Aras air di dalam tangki simbah rendah Panduan baik pulih: Laraskan injap bebola untuk melaraskan kedudukan maksima pelampung dalam tangki simbah

Page 7: Unit 10 _baik Pulih Sistem Paip Domestik

L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 7

Air keluar melalui paip limpah

Punca: Aras air di dalam tangki simbah melebihi had yang ditetapkan Panduan baik pulih: Laraskan injap bebola untuk melaraskan kedudukan maksima pelampung dalam tangki simbah

Air terus menerus keluar daripada paip simbah

Punca: Pelampung bocor Panduan baik pulih: Ganti pelampung Punca: Rantai pengangkat terlalu pendek Panduan baik pulih: Laraskan panjang rantai pengangkat Punca: Injap gegendang rosak (hilang sifat kekenyalan atau bocor) Panduan baik pulih: Ganti injap gegendang Punca: Tiub sifon bocor Panduan baik pulih: Ganti tiub sifon

Berdasarkan jadual di atas, antara masalah utama yang sering berlaku pada tangki simbah adalah berkaitan dengan pelampung, lengan, serta injap pelampung. Kegagalan pelampung, lengan serta injap pelampung berfungsi dengan baik menyebabkan masalah-masalah seperti air keluar dari paip limpah atau tangki tidak mengeluarkan air sepenuhnya.

Page 8: Unit 10 _baik Pulih Sistem Paip Domestik

L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 8

Rajah 10.9. Kedudukan pelampung dalam tangki simbah.

Berpandukan pada rajah 10.9, kedudukan maksima yang ideal bagi pelampung dalam tangki simbah adalah pada paras A. Sekiranya kedudukan maksima pelampung berada pada aras B, lebihan air akan masuk ke dalam

tangki simbah dan akan terkeluar semula melalui paip limpah. Sekiranya kedudukan maksima pelampung berada pada aras C, hanya sedikit sahaja air daripada paip

alur masuk akan dibenarkan memasuki tangki simbah. Ini akan menyebabkan tangki simbah hanya mampu menyimbah air dalam kuantiti yang sedikit sahaja apabila tuil ditarik.

Adakalanya masalah air keluar melalui paip limpah juga berlaku disebabkan kegagalan pelampung atau lengan pelampung berfungsi disebabkan kebocoran pada pelampung atau lengan pelampung patah.

Langkah berikut menunjukkan cara menggantikan set lengan pelampung dan injap bebola sekiranya mengalami kepatahan atau tidak lagi boleh berfungsi.

paip alur masuk

lengan pelampung

kedudukan pelampung

paip limpah

Aras A

Aras B

Aras C

Page 9: Unit 10 _baik Pulih Sistem Paip Domestik

L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 9

Langkah untuk melaraskan kedudukan maksima pelampung dalam tangki simbah pula adalah seperti berikut:

Page 10: Unit 10 _baik Pulih Sistem Paip Domestik

L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 10

10.4 Panduan Kerja Baik Pulih Perangkap Sinki. Seperti yang kita telah bincangkan dalam bab 8, perangkap berfungsi untuk menghalang bau busuk daripada saluran kumbahan masuk ke dalam rumah ataupun bangunan. Walaubagaimanapun terdapat dua permasalahan yang sering berlaku pada ketiga-tiga jenis perangkap singki iaitu:

Permasalahan Punca dan panduan baik pulih

Titisan air pada sambungan perangkap

Punca: Nat yang mengikat perangkap dengan paip saliran (slip nut) longgar. Panduan baik pulih: Ketatkan sambungan dengan memusing nat pada arah jam (sekiranya nat dan paip saliran diperbuat daripada paip uPVC gunakan daya kilas yang sederhana untuk mengelakkan nat dan paip daripada pecah).

Perangkap tersumbat dan pengaliran air ke saluran kumbahan terganggu

Punca: Perangkap tersumbat oleh sampah, rambut atau sisa makanan. Panduan baik pulih: Gunakan pelocok untuk melancarkan pengaliran air atau Tanggalkan perangkap dan bersihkan sisa-sisa kotoran yang menggagu pengaliran air.

Bagi mengatasi permasalahan perangkap singki tersumbat langkah-langkah baik pulih yang perlu dilakukan adalah seperti berikut: Kaedah 1: Menggunakan pelocok

Rajah 10.10 dan 10.11

Page 11: Unit 10 _baik Pulih Sistem Paip Domestik

L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 11

i. Isikan sinki dengan air ii. letakkan getah pelocok menutupi lubang saliran sinki iii. pamkan pelock berulang kali tanpa mengubah kedudukan getah pelocok pada lubang sinki iv. angkat pelocok dan periksa lubang saliran sinki.

Kaedah 2: Mencuci perangkap sinki

i. Sediakan baldi atau bekas di bawah perangkap ii. longgarkan nat yang mengikat perangkap menggunakan sepana boleh laras atau pelayar

cengkam seribu (sekiranya nat dan paip saliran adalah dari jenis uPVC, longgarkan nat menggunakan tangan atau gunakan sepana boleh laras dengan daya yang sederhana)

Rajah 10.12

iii. tanggalkan perangkap dengan berhati-hati dan pastikan air yang keluar masuk ke dalam baldi

yang disediakan iv. cuci kotoran yang terdapat pada salur perangkap, saluran daripada singki dan saluran tetap

dengan menggunakan berus atau objek boleh lentur seperti pada rajah 10.13

nat

perangkap jenis P

Saliran tetap

Page 12: Unit 10 _baik Pulih Sistem Paip Domestik

L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 12

Rajah 10.13 v. bilas perangkap dengan air bersih vi. pasang semula perangkap pada kedudukan asal dan ketatkan kembali nat.

Page 13: Unit 10 _baik Pulih Sistem Paip Domestik

L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 13

RUMUSAN

I. Masalah yang paling kerap berlaku pada pili adalah seperti, kuantiti pengaliran air yang sedikit, air menitis pada alur keluar, pili tidak dapat dikunci dengan ketat, serta air terkeluar daripada nat pili.

II. Masalah titisan air pada alur keluar yang berlaku terus menerus walaupun pili telah dikunci dengan ketat boleh diselesaikan dengan cara menggantikan getah sesendal dengan yang baru pada pili-pili tersebut.

III. Tangki simbah adalah aksesori yang dipasang pada lekapan seperti tandas cangkung dan duduk. Digunakan untuk menyimpan air dan kemudiannya menyimbah keluar air melalui paip simbah bagi tujuan mencuci mangkuk tandas.

IV. Antara permasalahan-permasalahan yang sering berkaitan dengan tangki simbah adalah seperti tuil tarik longgar dan tangki simbah tidak berfungsi apibila tuil ditarik, tangki simbah tidak mengeluarkan air sepenuhnya, air keluar daripada paip limpah, serta air terus menerus keluar daripada paip simbah.

V. Masalah seperti tangki simbah tidak mengeluarkan air sepenuhnya dan air keluar daripada paip limpah boleh diselesaikan dengan cara melaraskan semula kedudukan pelampung tangki simbah.

VI. Terdapat dua permasalahan yang sering berlaku pada ketiga-tiga jenis jenis perangkap singki iaitu titisan air pada sambungan perangkap serta perangkap tersumbat menyebabkan pengaliran air ke saluran kumbahan terganggu.

VII. Bagi masalah perangkap sinki tersumbat, ia boleh diselesaikan dengan menggunakan pelocok untuk melancarkan pengaliran air atau manggalkan perangkap untuk membersihkan sisa-sisa kotoran yang mengganggu pengaliran air.

Page 14: Unit 10 _baik Pulih Sistem Paip Domestik

L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 14

PETA KONSEP

Page 15: Unit 10 _baik Pulih Sistem Paip Domestik

L u k i s a n K e j u r u t e r a a n T e k n i k | 15

LATIHAN KENDIRI

I. Senaraikan tiga permasalahan yang sering berlaku pada pili beserta punca-puncanya.

a. ____________________________________________________________________________ b. ____________________________________________________________________________ c. ____________________________________________________________________________

II. Nyatakan empat langkah-langkah mengikut turutan, kaedah baik pulih bagi tangki simbah yang mengalam masalahi pengaliran air keluar melalui paip limpah a. ____________________________________________________________________________ b. ____________________________________________________________________________ c. ____________________________________________________________________________ d. ____________________________________________________________________________

III. Nyatakan dua cara penyelesaian bagi permasalahan perangkap sinki tersumbat a. ____________________________________________________________________________ b. ____________________________________________________________________________