hang tuah

5
*keperwiraan -Dapat dilihat semasa Maharaja Phra Cau mengarahkan seorang pendekar Jepun bersama 7 orang yang lain masuk menghadap tuanku.Phra Cau mengarahkan pendekar Jepun itu untuk bemain pedang dengan utusan melayu tetapi dengan angkuhnya pendekar Jepun itu bertanyakan jumlah lawannya kerana merasakan utusan melayu tidak mampu menewaskannya.Sikap keangkuhan pendekar Jepun ini telah menyebabkan laksamana merasa tercabar lalu segera memberi amaran kepada pendekar Jepun itu dengan menyingsingkan tangan bajunya dan mengacukan kerisnya kearah pendekar Jepun itu.Melalui peristiwa ini jelas menunjukan sikap keperwiraan laksamana iaitu pantang dicabar. -Laksamana sanggup menerima tanggungjawab yang besar daripada tuanku.Laksamana menerima perintah tuanku untuk menawan Terengganu tanpa bantahan.Dengan segala kelengkapan yang ada, laksamana melancarkan serangan ke atas Terengganu ,menyebabkan pegawai dan rakyat di Terengganu huru-hara.Serangan laksamana itu menyebabkan rajanya undur ke Hulu Terengganu.Setelah itu , laksamana belayar balik ke Melaka dengan membawa bersama segala harta Terengganu , Puteri Sekanda Jaya Leka dan Megat Maksum iaitu anak kepada Megat Kembar Ali. -Walaupun dalam keadaan sakit ,laksamana masih bersemangat untuk menentang musuh yang hendak menyerang Melaka.Ini dapat dilihat melalui peristiwa ghali Ferringhi yang menyerang Melaka.Laksamana telah melanggar sebuah ghali lalu melompat naik keatas ghali tersebut dan mengamuk sehingga ghali Feringgi itu alah.Laksamana terus menyerang sehingga ke ghali

Upload: muhamad-hashir-mat-zain

Post on 01-Feb-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hang tuah

TRANSCRIPT

Page 1: hang tuah

*keperwiraan

-Dapat dilihat semasa Maharaja Phra Cau mengarahkan seorang pendekar Jepun bersama 7

orang yang lain masuk menghadap tuanku.Phra Cau mengarahkan pendekar Jepun itu untuk

bemain pedang dengan utusan melayu tetapi dengan angkuhnya pendekar Jepun itu

bertanyakan jumlah lawannya kerana merasakan utusan melayu tidak mampu

menewaskannya.Sikap keangkuhan pendekar Jepun ini telah menyebabkan laksamana merasa

tercabar lalu segera memberi amaran kepada pendekar Jepun itu dengan menyingsingkan

tangan bajunya dan mengacukan kerisnya kearah pendekar Jepun itu.Melalui peristiwa ini

jelas menunjukan sikap keperwiraan laksamana iaitu pantang dicabar.

-Laksamana sanggup menerima tanggungjawab yang besar daripada tuanku.Laksamana

menerima perintah tuanku untuk menawan Terengganu tanpa bantahan.Dengan segala

kelengkapan yang ada, laksamana melancarkan serangan ke atas Terengganu ,menyebabkan

pegawai dan rakyat di Terengganu huru-hara.Serangan laksamana itu menyebabkan rajanya

undur ke Hulu Terengganu.Setelah itu , laksamana belayar balik ke Melaka dengan

membawa bersama segala harta Terengganu , Puteri Sekanda Jaya Leka dan Megat Maksum

iaitu anak kepada Megat Kembar Ali.

-Walaupun dalam keadaan sakit ,laksamana masih bersemangat untuk menentang musuh

yang hendak menyerang Melaka.Ini dapat dilihat melalui peristiwa ghali Ferringhi yang

menyerang Melaka.Laksamana telah melanggar sebuah ghali lalu melompat naik keatas ghali

tersebut dan mengamuk sehingga ghali Feringgi itu alah.Laksamana terus menyerang

sehingga ke ghali keempat menyebabkan enam ghali yang lain berundur ke belakang untuk

mendapatkan ghali-ghali yang lain.Setelah mendapat berita ini , Kapitan Gabernador dan

Dong Suala sangat marah lalu melancarkan serangan bertubi-tubi keatas laksamana dan

tenteranya.Dalam serangan itu , Kapitan Gabernador mati dan Dong Suala dalam kesakitan

dan meminta untuk dihantar semula ke Portugal.

Page 2: hang tuah

*ketangkasan

-Ketangkasan laksamana dapat dilihat semasa pertarungannya dengan pendekar

Jepun.Setelah dicabar oleh pendekar Jepun , laksamana terus turun dari balairung untuk

berhadapan dengan pendekar Jepun itu.Setelah pendekar Jepun melihat laksamana sudah pun

turun lalu segera diparangnya laksamana namun laksamana terus melompat untuk menangkis

serangan itu.Setelah berjaya menangkis serangan pendekar Jepun itu, laksamana terus

melakukan serangan balas dengan memarangi telinga pendekar Jepun itu lalu terus putus

terpelanting ke tanah.Setelah pendekar Jepun melihat telinganya yang telah terputus semakin

bertambahlah kemarahannya lalu dihalangnya laksamana untuk naik ke atas balairung,dengan

tangkas laksamana melompat dari atas dan terus memarangi hidung pendekar Jepun sehingga

putus.Laksamana sekali lagi naik keatas balairung tetapi sekali lagi dihalang oleh pendekar

itu lalu terus laksamana melompat dan memarangi bahu pendekar itu sehingga

terputus.Setelah melihat bahunya terputus pendekar itu terus mengusir laksamana dengan

bersungguh-sungguh namun diparang lehernya oleh laksamana sehingga terputus dua.Setelah

melihat pendekar Jepun itu rebah di tangan laksamana maka 7 orang yang lain terus

mengamuk dengan memarangi semua hulubalang di hadapannya.Namun , dengan

ketangkasan laksamana , 5 orang itu terus dibunuh oleh laksamana manakala 2 yang lain

terus melarikan diri.

Page 3: hang tuah

*sifat-sifat budiman

menepati janji

-Setelah siap semua urusan laksamana di Siam, laksamana telah memberitahu kepada Oya

Begelang agar beliau dapat memohon perkenan Phra Cau agar tuanku dapat mempercepatkan

pemberian gajah yang diminta oleh sultan Melaka kerana laksamana telah berjanji dengan

sultan Melaka akan mengambil masa empat bulan sahaja untuk pergi dan balik dari

Siam.Keesokan harinya Oya Begelang telah mempersembahkan permintaan laksamana dan

permintaan tersebut telah diperkenankan oleh Phra Cau.

Kebijaksanaan

-Setelah dititahkan oleh Sultan Melaka untuk ke Inderapura bagi menangkap orang yang

membunuh Sang Setu ,laksamana tidak terburu-buru untuk menyerang negeri Inderapura

sebaliknya laksamana datang menghadap raja Inderapura terlebih dahulu bagi mendapatkan

kepastian dan meminta izin untuk bebas menangkap orang yang membunuh Hang Kadim

untuk dibawa ke Melaka.Kebijaksanaan laksamana ini telah mengelakkan daripada berlaku

pertumpahan darah.

Page 4: hang tuah

*budi bahasa

-Setelah upacara pertabalan Sultan Ahmad di Bentan ,laksamana telah bermohon keizinan daripada Sultan Ahmad untuk berangkat pulang ke Melaka.Laksamana sangat merendah diri semasa hendak bermohon pulang ke Melaka sebagai contoh “ jika ada derma kurnia Duli Syah Alam akan hamba tua , patik mohon kembali menghadap duli paduka ayahanda”.Ini jelas menunjukan ketertiban dan budi bahasa laksamana yang tinggi.