laporan livin plan t 2014 -...
TRANSCRIPT
RINGKASAN KADAR PENYUSUTAN BIODIVERSITI ADALAH SEMAKIN MENDADAK, SEMENTARA
PERMINTAAN KITA TERHADAP ALAM SEMULAJADI SEMAKIN MENINGKAT. POPULASI
SPESIES DUNIA PULA TELAH MEROSOT SEBANYAK 52 PERATUS SEJAK 1970. BERDASARKAN
KADAR SEMASA PERMINTAAN KITA TERHADAP ALAM SEMULAJADI, KITA MEMERLUKAN 1.5
KALI GANDA BUMI UNTUK MEMENUHI PERMINTAAN INI. INI MENYEBABKAN KITA TURUT
MENGGUNAKAN MODAL SUMBER ASLI (NATURAL CAPITAL), YANG AKAN MENYUKARKAN
KITA UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN GENERASI YANG AKAN DATANG. KESAN DARIPADA
PENINGKATAN POPULASI MANUSIA SERTA JEJAK PER KAPITA YANG TINGGI AKAN
MENGGANDAKAN BEBANAN TERHADAP SUMBER SEMULAJADI. NEGARA YANG MEMPUNYAI
KADAR PEMBANGUNAN MANUSIA YANG TINGGI RATA-RATA AKAN MEMPUNYAI JEJAK
EKOLOGI YANG TINGGI. CABARANNYA ADALAH UNTUK NEGARA-NEGARA INI
MENINGKATKAN PEMBANGUNAN MANUSIA NAMUN DENGAN TETAP MEMASTIKAN JEJAK
EKOLOGI MEREKA BERADA DITAHAP YANG LESTARI. KITA MUNGKIN TELAH MELEPASI
“SEMPADAN PLANET” (“PLANETARY BOUNDARIES”) YANG BOLEH MENYEBABKAN
PERUBAHAN KEPADA ALAM SEKITAR SECARA MENDADAK ATAU YANG MUNGKIN TIDAK
DAPAT DIBALIKKAN SEPERTI SEDIA KALA LAGI. KESEJAHTERAAN MANUSIA BERGANTUNG
KEPADA SUMBER SEMULAJADI SEPERTI AIR, TANAH SUAI TANI (ARABLE LAND), IKAN DAN
KAYU-KAYAN; DAN PERKHIDMATAN EKOSISTEM SEPERTI PENDEBUNGAAN, KITARAN
NUTRIEN DAN KAWALAN HAKISAN. WALAUPUN NEGARA-NEGARA TERMISKIN DI DUNIA
YANG TERUS TETAP MUDAH TERJEJAS, ISU-ISU TENTANG JAMINAN BEKALAN MAKANAN, AIR
DAN TENAGA YANG SALING BERKAIT AKAN MEMBERIKAN KESAN KEPADA KITA SEMUA.
PERSPEKTIF SATU PLANET DARIPADA WWF MENAWARKAN PENYELESAIAN UNTUK
KEHIDUPAN DI BUMI – IAITU DENGAN MEMFOKUSKAN KEPADA PERLINDUNGAN SUMBER
SEMULA JADI, PENGELUARAN YANG LEBIH BAIK, PENGGUNAAN YANG LEBIH BIJAK,
PENGALIHAN ALIRAN KEWANGAN DAN PENTABDIRAN SUMBER YANG LEBIH ADIL.
MENGUBAH SESUATU MATLAMAT DAN MENCARI JALAN ALTERNATIF ADALAH MENCABAR.
NAMUN DEMIKIAN, IANYA BOLEH DILAKUKAN.
Ringkasan Laporan Living Planet 2014 mukasurat 2 dan 3
KATA-KATA PENDAHULUAN
Bersama kita harungi
Edisi terkini Laporan Living Planet ini bukan untuk mereka yang mempunyai
lemah semangat. Satu isi utama yang dinonjolkan daripada Indeks Living Planet
(LPI), yang menilai lebih daripada 10,000 wakil populasi mamalia, burung,
reptilia, amfibia dan ikan, adalah penyusutan sebanyak 52 peratus sejak 1970.
Dengan erti kata lain, dalam jangka masa kurang daripada dua generasi
manusia, separuh daripada saiz populasi vertebrata telah mengalami
penyusutan. Populasi inilah nadi yang membentuk ekosistem bagi
mengekalkan kehidupan di Bumi – serta berfungsi sebagai barometer yang
mengukur perlakuan kita terhadap bumi iaitu kediaman kita. Dan sekiranya
kita mengabaikan penyusutan populasi ini, maka kita akan perlu menanggung
risikonya.
Kita telah menggunakan sumber semulajadi seakan kita mempunyai lebih
daripada satu Bumi. Dengan mengambil lebih daripada apa yang mampu
dijana semula oleh sumber dan proses semulajadi, kita mengancam masa
depan kita. Pemuliharaan alam semula jadi dan pembangunan lestari adalah
seiringan. Ianya bukan sahaja mengenai mengekalkan biodiversiti dan habitat
liar, malah ia juga tentang melindungi kepentingan masa depan manusia – dari
segi kesejahteraan hidup, jaminan bekalan makanan dan kestabilan masyarakat
– iaitu semua yang berkaitan dengan kemandirian manusia..
Didalam dunia yang dipenuhi dengan gejala kemiskinan, melindungi alam
semulajadi mungkin dipandang sebagai suatu kemewahan. Akan tetapi, ia
adalah sebaliknya. Bagi kebanyakan penduduk negara-negara miskin, ianya
merupakan tali keselamatan mereka. Yang penting, kita harus menangani
situasi ini bersama. Kita semua memerlukan makanan yang berkhasiat, air yang
bersih dan udara yang segar – tidak kira di mana kita berada.
Keadaan kini amat membimbangkan sehingga sukar untuk berfikiran positif
akan keadaan masa depan. Walaupun sememangnya mencabar, tetapi ianya
bukan mustahil – kerana kita yang bertanggungjawab terhadap perbuatan yang
telah diperlakukan terhadap alam semulajadi, dengan itu kita pasti dapat
mencari jalan penyelesaian. Kini, kita harus memastikan generasi yang akan
datang dapat menggunakan peluang yang kita telah gagal kecapi, untuk
membaiki kemusnahan yang telah berlaku dalam sejarah kita, dan membina
masa depan di mana masyarakat sejagat dapat hidup dan berkembang dengan
sejahtera bersama alam semula jadi.
Kita saling berkait rapat antara satu sama lain – dan bersama-sama, kita
mempunyai potensi untuk mencari dan mengamalkan penyelesaian yang akan
melindungi masa depan satu-satunya bumi kita.
Marco Lambertini Ketua Pengarah WWF Antarabangsa Ringkasan Laporan Living Planet 2014 mukasurat 4
KITA HARUS
MEREBUT
PELUANG UNTUK
MEMBAIKI
KEMUSNAHAN
YANG TELAH
BERLAKU DALAM
SEJARAH KITA,
DAN MEMBINA
MASA DEPAN DI
MANA
MASYARAKAT
SEJAGAT DAPAT
HIDUP DAN
BERKEMBANG
DENGAN
SEJAHTERA
BERSAMA ALAM
SEMULA JADI
SPESIES DAN RUANG,
MANUSIA DAN TEMPAT
Masyarakat dan ekonomi kita bergantung kepada planet yang sihat
Pembangunan lestari telah menjadi paparan utama dalam agenda antarabangsa untuk lebih
daripada suku abad. Masyarakat sering membincangkan perihal dimensi alam sekitar, sosial dan
ekonomi dalam pembangunan. Namun demikian, kita masih terus membangunkan komponen
ekonomi, pada kos alam sekitar yang tinggi. Kita berhadapan dengan risiko terjejasnya manfaat
social dan ekonomi sekiranya kita gagal untuk menghargai keperluan asas terhadap sistem-sistem
ekologi. Kelestarian sosial dan ekonomi hanya boleh dikecapi melalui planet yang sihat.
Ekosistem menjana masyarakat bagi mewujudkan ekonomi, dan bukan sebaliknya.
Walaupun manusia adalah daripada dunia semula jadi, kita telah menjadi kuasa dominan yang
membentuk sistem ekologi dan biofizikal. Dengan itu, kita bukan sahaja mengancam kesihatan,
keharmonian dan kesejahteraan hidup, malah masa depan kita. Laporan Living Planet 2014
menunjukkan kesan daripada tekanan yang telah diperlakukan terhadap planet kita. Laporan ini
juga menunjukkan implikasi kesan ini terhadap masyarakat.
Ianya juga menekankan betapa pentingnya pilihan yang dibuat,
dan langkah yang diambil, untuk memastikan planet ini mampu
menampung kita semua, untuk waktu ini dan untuk generasi
yang akan datang.
Rajah 1: Ekosistem menampung masyarakat yang menjana
ekonomi
Ringkasan Laporan Living Planet 2014 mukasurat 5
Laporan Living Planet 2014
Risalah ini membekalkan
ringkasan Laporan WWF’s Living
Planet edisi ke-10 – terbitan sekali
dalan dua tahun yang
mendokumenkan situasi planet –
perubahan pada biodiversiti,
ekosistem dan pemintaan manusia
terhadap sumber semula jadi –
serta kesannya kepada manusia.
Laporan penuh boleh dimuat turun
di wwf. panda.org/lpr
Domain Ekologi
Domain Sosial
Domain
Ekonomi
PLANET YANG BERNYAWA
Hanya sekitar 880 gorila gunung yang masih hidup liar – dan kira-kira 200 ekor boleh didapati di
Taman Negara Virunga di Republik Demokratik Congo (DRC). Walaupun gorila gunung masih
diklasifikasikan sebagai spesies amat terancam, haiwan ini merupakan satu-satunya antara
golongan spesies ‘Great Ape’ yang merekodkan peningkatan jumlah populasi , hasil daripada usaha
pemuliharan yang intensif.
Gorila gunung merupakan diantara 218 spesies mamalia yang ditemui di Virunga, bersama-sama
dengan 706 spesies burung, 109 spesies reptilia, 78 spesies amfibia dan lebih daripada 2,000
spesies tumbuh-tumbuhan. Namun demikian, 85 peratus daripada kawasan taman negara itu telah
diperuntukan untuk konsesi minyak, mengakibatkan masa depan jangka panjang taman negara
tersebut dalam keadaan yang meragukan. Penggerudian minyak boleh membawa kepada degradasi
habitat dan menyebabkan taman negara tersebut kehilangan statusnya sebagai kawasan
perlindungan dan di dalam senarai Tapak Warisan Dunia. Seterusnya, menyebabkan hidupan
liarnya semakin terdedah kepada ancaman.
Di peringkat global, kemusnahan dan degradasi habitat, pemburuan dan perubahan iklim
merupakan ancaman utama kepada biodiversiti dunia. Sejak 1970, ancaman ini telah menyumbang
kepada penyusutan sebanyak 52 peratus dalam Indeks Living Planet. Dalam erti kata lain, bilangan
mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan telah menurun sehingga separuh.
INDEKS LIVING PLANET
Saiz populasi spesies vertebrata telah menjadi
separuh dalam jangka masa 40 tahun
Keadaan biodiversiti dunia kelihatan paling teruk
daripada waktu-waktu sebelumnya. Indeks Living
Planet (LPI), yang mengukur trend ribuan populasi
spesies vertebrata, telah menunjukkan penurunan
sebanyak 52 peratus antara tahun 1970 dan 2010
(Rajah 2). Dalam erti kata lain, purata bilangan
mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan di seluruh
dunia telah menurun sebanyak separuh sejak 40 tahun
dahulu. Ini menunjukkan kadar penurunan yang lebih
tinggi berbanding dengan kadar yang telah dilaporkan
dahulu, hasil daripada kaedah kajian yang baru yang
lebih memfokus kepada wakil biodiversiti dunia
(global).
Walaupun biodiversiti di kedua-dua kawasan iklim
sederhana (temperate) dan tropika menunjukkan
berlakunya penurunan, tetapi kawasan tropika
mengalami penurunan yang lebih tinggi. Mengikut LPI,
dari tahun 1970 ke 2010, sebanyak 6,569 populasi
daripada 1,606 spesies bagi kawasan beriklim
sederhana telah mengalami penurunan sebanyak 36
peratus. Manakala, bagi kawasan tropika, 3,811
populasi daripada 1,639 spesies telah mengalami
menyusutan sebanyak 56 peratus untuk jangka masa
yang sama. Latin Amerika menunjukkan penyusutan
yang paling dramatik – iaitu penyusutan sebanyak 83 peratus. Kemusnahan dan degradasi habitat
serta eksploitasi daripada pemburuan dan aktiviti perikanan, merupakan faktor utama yang
menyebabkan kemerosotan ini. Perubahan iklim juga merupakan ancaman utama sepunya, dan
dijangka akan memberi lebih tekanan tehadap populasi spesies di masa depan.
Ringkasan Laporan Living Planet 2014 mukasurat 8
Rajah 2: Indeks Living Planet (LPI)
LPI Global menunjukkan
penyusutan sebanyak 52 peratus
antara tahun 1970 dan 2010. Ia
menunjukkan bahawa secara
purata populasi spesies vertebrata
adalah separuh daripada saiznya
pada 40 tahun yang dahulu. Ini
adalah berdasarkan trend 10,380
populasi daripada 3,038 spesies
mamalia, burung, reptilia, amfibia
dan ikan. Garisan putih
menunjukkan nilai indeks
manakala kawasan berlorek
mewakili 95 peratus had
keyakinan (confidence limits) bagi
trend tersebut.
(WWF, ZSL, 2014)
-39% Spesies daratan (terrestrial) menyusut sebanyak 39 peratus antara tahun 1970 dan 2010
Spesies daratan (terrestrial) mengalami penyusutan sebanyak 39 peratus antara tahun 1970 dan 2010, satu trend yang tidak menunjukkan apa-apa tanda yang ianya akan menjadi perlahan. Kemusnahan habitat untuk tujuan penggunaan tanah bagi manusia – khususnya untuk pertanian, pembangunan bandar dan pengeluaran tenaga – terus menjadi ancaman utama, dan diterukkanlagi dengan ancaman pemburuan.
-76% LPI untuk spesies air tawar menunjukkan purata penyusutan sebanyak 75 peratus
LPI untuk spesies air tawar menunjukkan purata penyusutan sebanyak 75 peratus. Ancaman utama terhadap spesies air tawar adalah kemusnahan dan pemecahan (fragmentation) habitat, pencemaran dan spesies invasif. Perubahan terhadap paras air dan sistem hubungan air tawar – contohnya melalui pengairan dan empangan janakuasa hidro – memberi kesan yang besar terhadap habitat air tawar.
-39% Spesies marin menyusut sebanyak 39 peratus antara tahun 1970 dan 2010
Spesies marin telah mengalami penyusutan sebanyak 39 peratus antara tahun 1970 dan 2010. Penyusutan paling ketara adalah dalam tempoh masa dari tahun 1970 sehingga pertengahan 1980-an, sebelum ianya stabil dan seterusnya mengalami satu lagi tempoh dengan kadar penyusutan yang tinggi. Penyusutan yang paling ketara boleh dilihat di kawasan tropika dan Lautan Selatan– dimana spesies yang mengalami penyusutan termasuklah penyu laut, kebanyakan jerung dan burung laut bermigrasi seperti wandering albatross.
Ringkasan Laporan Living Planet 2014 mukasurat 9
Rajah 3: Komponen-komponen Jejak Ekologi: komponen karbon merangkumi lebih daripada separuh jumlah Jejak Ekologi sedunia (Global Footprint Network, 2014). Kunci
Karbon
Kawasan perikanan
Kawasan pertanian
Kawasan pembangunan
Hasil hutan
Hasil ragut
JEJAK EKOLOGI
Kita menggunakan lebih sumber daripada apa yang
boleh dibekalkan Bumi
Selama lebih daripada 40 tahun, permintaan manusia
terhadap alam semula jadi adalah melebihi daripada apa
yang boleh ditambah semula. Kita memerlukan kapasiti penjaan semula sebanyak 1.5 bumi untuk
membekalkan khidmat ekologi pada kadar yang digunakan sekarang. “Penggunaan secara
melampau” adalah tidak mustahil kerana kita boleh membalak pokok, menangkap ikan atau
membebaskan karbon ke atmosfera melebihi daripada kadar ia mencapai kematangan, dijana
semula dari lautan atau diserap oleh hutan dan lautan. Akibatnya, bekalan sumber menjadi
semakin berkurangan dan sisa terbuang menjadi semakin bertambah melebihi kadar yang ia boleh
diserap atau dikitar semula, misalnya kepekatan karbon di atmosfera yang semakin meningkat.
Jejak Ekologi (Ecological Footprint) mengambilkira sumber ekologi dan perkhidmatan yang
diperlukan oleh manusia yang sentiasa bersaing untuk sesuatu ruang. Ianya merangkumi kawasan
produktif biologi (atau kapasiti biologi) yang diperlukan untuk tanaman, padang ragut, kawasan
pembangunan, kawasan aktiviti perikanan dan hasil hutan. Selain itu, ianya juga termasuk kawasan
hutan yang diperlukan untuk penyerapan lebihan pembebasan karbon dioksida yang tidak boleh
diserap oleh kawasan lautan. Kedua-dua kapasiti Biologi dan Jejak Ekologi dinyatakan dalam unit
yang dikenali sebagai global hectare (gha).
Untuk lebih daripada setengah abad karbon daripada pembakaran bahan api fosil menjadi antara
komponen yang dominan bagi Jejak Ekologi manusia, dan ianya kekal dalam trend yang meningkat.
Pada tahun 1961, tahap karbon adalah sebanyak 36 peratus daripada jumlah Jejak Ekologi manusia.
Namun demikian, pada tahun 2010, ianya meliputi 53 peratus.
Ringkasan Laporan Living Planet 2014 mukasurat 10
1 GLOBAL HECTARE (GHA) MEWAKILI KELUASAN HEKTAR KAWASAN PRODUKTIF BIOLOGI DENGAN PURATA PRODUKTIVITI SEDUNIA
Hasil daripada kemajuan teknologi, input daripada aktiviti pertanian dan pengairan telah
meningkatkan hasil purata per hektar bagi kawasan produktif, khususnya untuk kawasan tanaman,
dan telah meningkatkan jumlah kapasiti biologi bumi daripada 9.9 kepada 12 bilion hektar global
(gha) antara tahun 1961 dan 2010. Namun demikian, dalam tempoh yang sama, jumlah populasi
manusia sedunia turut mengalami peningkatan daripada 3.1 bilion kepada hampir 7 bilion. Ini
menyebabkan penyusutan kapasiti biologi sedia ada per kapita daripada 3.2 kepada 1.7 gha.
Sementara itu, Jejak Ekologi telah meningkat daripada 2.5 kepada 2.7 gha per kapita. Oleh itu,
walaupun terdapat peningkatan kapasiti biologi dunia, ianya tidak mencukupi untuk menampung
keperluan dunia. Dengan jumlah populasi manusia yang dijangka mencapai 9.6 bilion pada tahun
2050 dan 11 bilion pada tahun 2100, jumlah kapasiti biologi sedia ada untuk setiap manusia akan
menjadi semakin berkurangan – dan ianya akan menjadi lebih mencabar untuk mengekalkan
peningkatan kapasiti biologi dengan berhadapan dengan pemerosotan tanah, kekurangan air tawar
dan peningkatan kos tenaga.
PADA TAHUN 2010, JEJAK EKOLOGI
GLOBAL ADALAH 18.1 BILION GHA, ATAU 2.6
GHA PER KAPITA. MANAKALA JUMLAH
KESELURUHAN KAPASITI BIOLOGI BUMI
ADALAH 12 BILION GHA, ATAU 1.7 GHA PER
KAPITA
Ringkasan Laporan Living Planet 2014 mukasurat 11
Rajah 4: Peningkatan Jejak Dunia: Jejak Ekologi -mengukur kawasan yang diperlukan untuk
membekalkan perkhidmatan ekologi yang
digunakan
-meningkat dengan kadar yang lebih tinggi
daripada kapasiti biologi dunia – iaitu
kawasan yang sebenarnya membekalkan
perkhidmatan-perkhidmatan ini.
Peningkatan produktiviti Bumi tidak
mencukupi dalam mengimbangi
peningkatan permintaan daripada populasi
dunia. (Global Footprint Network, 2014).
Kunci________________________________
- Kapasiti biologi
- Jejak ekologi
- Populasi
Ringkasan Laporan Living Planet 2014 mukasurat 12
Rajah 5: Jejak Ekologi berdasarkan
negara, per kapita, 2010
Perbandingan ini merangkumi
keseluruhan negara yang
mempunyai populasi yang
melebihi 1 juta orang, yang turut
mempunyai data yang lengkap
(Global Footprint Network, 2014).
Kunci________________________
- Kawasan pembangunan
- Kawasan perikanan
- Hasil hutan
- Hasil ragut
- Kawasan Pertanian
- Karbon
--- Purata kapasiti biologi
dunia
Saiz dan komposisi Jejak Ekologi per kapita bagi sesebuah negara adalah ditentukan berdasarkan
purata barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh seseorang di negara tersebut, dan
kecekepan (efficiency) sumber, termasuklah bahan api fosil, yang digunakan dalam menyediakan
barang dan perkhidmatan tersebut. Tidak menghairankan apabila didapati kebanyakan daripada
25 buah negara yang mempunyai nilai Jejak Ekologi per kapita yang terbesar, terdiri daripada
negara-negara yang berpendapatan tinggi; untuk hampir kesemua negara-negara ini, Jejak Karbon
merupakan komponen yang terbesar.
‘Penggunaan melampau’ ekologi dunia (global ecological overshoot) adalah berbeza-beza bagi
setiap negara. Misalannya, jika kesemua manusia di planet ini mempunyai Jejak purata rakyat
Qatar, kita akan memerlukan sebanyak 4.8 planet. Dan sekiranya kita hidup dengan cara gaya hidup
rakyat di Amerika Syarikat, kita akan memerlukan sebanyak 3.9 planet. Manakala nilai bagi rakyat
Slovakia atau Korea Selatan pula adalah masing-masing 2 atau 2.5 planet, sementara rakyat Afrika
Selatan atau Argentina pula masing-masing memerlukan 1.4 atau 1.5 planet.
PADA PERINGKAT KEBANGSAAN, JEJAK KARBON MEWAKILI LEBIH DARIPADA SEPARUH JEJAK
EKOLOGI BAGI SATU PEREMPAT DARIPADA NEGARA-NEGARA YANG TELAH DINILAI
Ringkasan Laporan Living Planet 2014 mukasurat 13
Keperluan Tempatan, Tekanan Global
Pasar minggu di Vitshumbi merupakan tempat penduduk tempatan membeli sayur-sayuran dan
ikan segar yang ditangkap dari Tasik Edward. Tasik tersebut terletak di tengah-tengah kawasan
aktiviti carigali minyak yang dijalankan oleh Soco International PLC dari United Kingdom. Pada
awal tahun ini, syarikat tersebut telah bersetuju untuk menghentikan operasinya di Taman Negara
Virunga berikutan daripada kempen antarabangsa yang diketuai oleh WWF.
Terdapat beberapa buah negara yang mempunyai nilai kapasiti biologi dan sumber asli yang lebih
kaya daripada DRC. Namun demikian, walaupun penduduknya mempunyai antara Jejak Ekologi
yang terendah di planet ini, negara tersebut terletak diantara tangga terendah di dalam UN
inequality –adjusted Human Development Index.
Aktiviti carigali minyak di Virunga yang akan menyumbang kepada menjana gaya hidup yang tidak
lestari di negara berpendapatan tinggi, mungkin akan membawa keuntungan jangka pendek
kepada hanya beberapa buah negara. Akan tetapi, ianya tidak mungkin akan memberikan
pembangunan yang sebenar: Di Delta Niger, indikator bagi kadar kemiskinan dan
ketidakseimbangan semakin menurun sejak penemuan minyak di negara tersebut. Untuk jangka
masa panjang, satu-satu cara untuk rakyat Congo memenuhi keperluan dan meningkatkan peluang
mereka adalah melalui pengurusan lestari dan penggunaan berhemah modal semulajadi negara
mereka.
Ringkasan Laporan Living Planet 2014 mukasurat 14
PERMINTAAN YANG TIDAK SEIMBANG
AKIBAT YANG TIDAK SEIMBANG
Negara yang berpendapatan rendah mempunyai Jejak yang paling rendah, namun
menanggung kerugian ekosistem yang paling besar.
Kebanyakan negara-negara berpendapatan tinggi telah mengekalkan Jejak per kapita yang lebih
tinggi daripada jumlah kapasiti biologi yang sedia ada untuk setiap orang di planet ini untuk lebih
daripada setengah abad. Ini adalah kerana negara-negara ini amat bergantung terhadap kapasiti
biologi daripada negara-negara lain untuk menyokong gaya hidup mereka. Sementara itu, negara-
negara yang berpendapatan sederhana dan rendah hanya menunjukkan sedikit peningkatan sahaja
dalam Jejak per kapita untuk tempoh yang sama.
Ringkasan Laporan Living Planet 2014 mukasurat 16
Rajah 6: Jejak Ekologi per kapita (gha)
bagi negara berpendapatan tinggi,
sederhana, dan rendah (berdasarkan
klasifikasi dan data dari Bank Dunia)
antara tahun 1961 dan 2010
Garisan hijau mewakili nilai purata
kapasiti biologi dunia per kapita (Global
Footprint Network, 2014).
Kunci_____________________________
- Pendapatan tinggi
- Pendapatan sederhana
- Pendapatan rendah
- Kapasiti biologi dunia
Terdapat perbezaan yang amat ketara sekiranya trend LPI dibandingkan bagi negara yang
mempunyai tahap purata pendapatan yang berbeza. Negara berpendapatan tinggi menunjukkan
peningkatan biodiversiti (10 peratus), sementara negara berpendapatan sederhana menunjukkan
penurunan biodiversiti (18 peratus) dan negara berpendapatan rendah menunjukkan kemerosotan
yang amat ketara (58 peratus). Walau bagaimanapun, ini tidak menggambarkan kehilangan
biodiversiti berskala besar yang berlaku sebelum tahun 1970 di Eropah, Amerika Utara dan
Australia. Ianya juga mungkin mencerminkan bagaimana negara-negara berpendapatan tinggi ini
mengimport sumber-sumbernya – iaitu dengan menyumber luar (outsource) secara efektif
kehilangan biodiversiti serta impaknya kepada negara-negara berpendapatan rendah.
TREND BAGI NEGARA-NEGARA BERPENDAPATAN RENDAH TERUS MENUJU KE ARAH
KEMUSNAHAN, UNTUK BIODIVERSITI DAN RAKYATNYA
Ringkasan Laporan Living Planet 2014 mukasurat 17
Rajah 7: LPI dan kumpulan-kumpulan
berdasarkan pendapatan negara
(Klasifikasi Bank Dunia) 1970 – 2010. (ZSL,
WWF, 2014)
Kunci_________________________________
- Pendapatan tinggi
- Pendapatan sederhana
- Pendapatan rendah
KE ARAH PEMBANGUNAN LESTARI
Masih belum terdapat mana-mana negara yang telah mencapai tahap pembangunan yang
tinggi dan pada masa yang sama mempunyai Jejak global yang lestari – akan tetapi terdapat
beberapa buah negara yang sedang menuju ke arah tersebut
Bagi sesebuah negara untuk mencapai pembangunan lestari di peringkat global, ia hendaklah
mempunyai Jejak Ekologi per kapita yang lebih rendah daripada kapasiti biologi per kapita sedia
ada, di samping mengekalkan taraf hidup yang baik. Ini bermaksud mempunyai Jejak Ekologi per
kapita yang lebih rendah daripada 1.7 gha – ini adalah tahap maksima yang boleh direplikasikan
oleh seluruh dunia tanpa mengakibatkan “lebihan” secara global. Bagi aspek taraf hidup yang baik,
ini diwakili dengan skor 0.71 atau lebih dalam UN inequality-adjusted Human Development Index
(IHDI). Setakat ini, belum ada lagi mana-mana negara yang memenuhi kedua-dua kriteria ini.
Ringkasan Laporan Living Planet 2014 mukasurat 18
Rajah 8: Hubungkait antara Jejak
Ekologi dengan inequality-adjusted
Human Development Index (untuk
tahun terkini)
Titik-titik yang mewakili setiap negara
adalah diwarnakan mengikut kawasan
geografi dan diskalakan secara relatif
mengikut populasi masing-masing.
Masih tiada lagi negara yang tergolong
di dalam kuadran pembangunan lestari
pada peringkat global di sudut bawah
sebelah kanan.
Kunci_____________________________
- Afrika
- Timur Tengah/ Asia Tengah
- Asia-Pasifik
- Amerika Selatan
- Amerika Tengah/ Caribbean
- Amerika Utara
- EU
- Lain-lain negara Eropah
Walau bagaimanapun, sesetengah negara sedang menuju ke arah yang sepatutnya. Laluan
perjalanan ini berbeza daripada satu negara ke negara yang lain. Rajah 9 menunjukkan bahawa
sesetengah negara telah meningkatkan pembangunan manusia mereka dengan ketara dengan
hanya sedikit peningkatan pada aspek Jejak, manakala terdapat juga negara yang telah
mengurangkan Jejak mereka sambil tetap mengekalkan tahap pembangunan yang tinggi.
PEMBANGUNAN MANUSIA YANG TINGGI BAGI NEGARA-NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI
TELAH DIPEROLEHI DENGAN MENGORBANKAN JEJAK EKOLOGI YANG BESAR.
MENYAHGANDINGKANAN DAN MEMBALIKKAN HUBUNGAN INI ADALAH SATU CABARAN
GLOBAL YANG UTAMA
Ringkasan Laporan Living Planet 2014 mukasurat 19
Rajah 9: Jejak Ekologi dengan
dibandingkan dengan HDI
Trend masa (1980-2010) yang
ditunjukkan adalah untuk beberapa
buah negara terpilih. Garisan putus-
putus menandakan ambang HDI untuk
peringkat rendah, sederhana, tinggi
dan sangat tinggi bagi pembangunan
manusia (Global Footprint Network,
2014; UNDP, 2013).
Nota: Oleh kerana IHDI tidak
diperkenalkan sebelum tahun 2010,
graf ini bukanlah HDI yang dilaraskan
berdasarkan ketaksamaan (inequality-
adjusted)
SEMPADAN PLANET
Menentukan ruang yang selamat untuk kehidupan di Bumi
Maklumat dan indikator yang lengkap dapat memberikan pemahaman yang mendalam kepada kita
tentang kehidupan planet sama ada dengan memfokuskan kepada isu-isu global ataupun
menumpukan perhatian ke atas kawasan, tema atau spesies yang tertentu. Manusia telah menerima
banyak faedah daripada keadaan persekitaran yang stabil dan boleh diramal – iaitu tempoh geologi
yang dikenali sebagai Holosen. Ini telah memungkinkan manusia untuk berkembang dan
seterusnya membentuk masyarakat moden seperti yang dilihat pada hari ini. Akan tetapi, dunia
kini telah memasuki satu era baru iaitu era “Anthropocene” – di mana aktiviti manusia merupakan
pemacu perubahan terbesar pada skala dunia. Berdasarkan kadar dan skala perubahan yang
sedang berlaku ini, kita tidak boleh lagi menolak kemungkinan akan mencapai titik perubahan
(tipping point) yang kritikal yang mungkin akan mengubah keadaan kehidupan di Bumi ke tahap
yang ianya tidak dapat dibalikkan seperti sedia kala.
Ringkasan Laporan Living Planet 2014 mukasurat 20
Rajah 10: Sempadan Planet
Dengan menentukan sempadan
planet, ia dapat menentukan
satu “ruang operasi selamat
bagi manusia” di mana ianya
memberikan peluang terbaik
kepada kita untuk terus
membangun dan berkembang
maju sehingga ke generasi
yang akan datang (Stockholm
Resilience Centre, 2009).
Kunci
- Kemajuan sehingga
2009
- Had selamat
Rangka kerja sempadan planet mengenalpasti proses-proses alam sekitar yang mengawal
kestabilan planet. Rangka kerja ini cuba untuk menentukan sempadan yang selamat bagi setiap
proses tersebut, berdasarkan kaedah sains yang terkini. Dan sekiranya sempadan ini dilampaui,
kita akan mengalami zon bahaya dimana perubahan negatif yang mendadak mungkin akan berlaku.
Walaupun adalah mustahil untuk menentukan dengan tepat titik perubahan tersebut,
adalah dianggarkan bahawa tiga sempadan planet telah dilampaui batas: kehilangan biodiversiti,
serta perubahan terhadap iklim dan kitaran nitrogen, di mana kesannya terhadap kesejahteraan
manusia dan permintaan kita terhadap makanan, air dan tenaga boleh dilihat dengan jelas.
Konsep sempadan planet ini mencadangkan bahawa kewujudan dunia seperti yang kita
ketahui serta manfaat daripada sejak tempoh Holosen kini bergantung kepada tindakan kita
sebagai pentadbir planet.
Rajah 11: Donut Oxfam – Ruang operasi yang selamat dan adil untuk manusia
Perkataan selamat di sini bermaksud mengelakkan daripada melepasi titik perubahan (tipping point) alam sekitar,
manakala perkataan adil bermaksud memastikan setiap seseorang mencapai suatu taraf tertentu dari segi
kesihatan, kekayaan, kuasa dan penyertaan (Raworth, 2012).
LAND USE CHANGE – PERUBAHAN GUNA TANAH
CLIMATE CHANGE – PERUBAHAN IKLIM
FRESHWATER USE – PENGGUNAAN AIR TAWAR
NITROGEN AND PHOSPORUS CYCLE – KITARAN NITROGEN DAN FOSFORUS
OCEAN ACIDIFICATION – ASIDIFIKASI LAUT
CHEMICAL POLLUTION – PENCEMARAN KIMIA
ATMOSPHERIC AEROSOL LOADING – MUATAN AEROSOL ATMOSFERA
OZONE DEPLETION – PENIPISAN OZON
BIODIVERSITI LOSS – KEHILANGAN BIODIVERSITI
ENVIRONMENTAL CEILING – HAD LINGKUNGAN ALAM SEKITAR
THE SAFE AND JUST SPACE FOR HUMANITY – KAWASAN YANG SELAMAT DAN ADIL UNTUK
MANUSIA
INCLUSIVE AND SUSTAINABLE ECONOMIC DEVELOPMENT – PEMBANGUNAN EKONOMI YANG
LESTARI DAN MENYELURUH
SOCIAL FOUNDATION – LANDASAN SOSIAL
WATER – AIR
INCOME – PENDAPATAN
EDUCATION – PENDIDIKAN
RESILIENCE – DAYA KETAHANAN
VOICE – SUARA
JOBS – PEKERJAAN
ENERGY – TENAGA
SOCIAL EQUITY – EKUITI SOSIAL
GENDER EQUALITY – KESAKSAMAAN JANTINA
HEALTH – KESIHATAN
FOOD - MAKANAN
Konsep sempadan planet juga menimbulkan persoalan mengenai keadilan dan pembangunan
dalam lingkungan satu planet. Seperti mana keadaan di luar had lingkungan alam sekitar akan
mengakibatkan tekanan pada alam sekitar yang tidak boleh diterima, begitulah juga bagi keadaan
dibawah “landasan sosial” yang akan mengakibatkan penafian hak manusia.
Ringkasan Laporan Living Planet 2014 mukasurat 21
PERCIKAN TERANG
Penjanaan tenaga tidak semestinya membawa kemusnahan kepada alam sekitar. Pengimpal ini
sedang bekerja dibawah projek hidrokuasa komuniti di Mutwanga, DRC yang bergantung kepada
bekalan air dari Taman Negara Virunga. Projek yang diatur oleh Lembaga Hidupan Liar Congo
(Congolese Wildlife Authority) ini akan membekalkan bekalan elektrik kepada 25,000 orang
penduduk. Selain itu, ia juga akan memberi bekalan elektrik kepada sekolah-sekolah, hospital dan
rumah-rumah anak yatim serta menwujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan. Pada masa yang
sama, ia memberi insentif yang besar kepada penduduk berdekatan untuk menjaga hutan dan
tanah lembap di kawasan taman negara tersebut bagi memastikan bekalan air yang berterusan.
Berbeza daripada kebanyakan pembangunan hidrokuasa yang kurang dirancang dengan baik
disekitar dunia, projek ini hanya akan memberi impak yang kecil terhadap ekosistem.
Serata dunia, projek sebegini membuktikan bahawa pembangunan dan pemuliharaan adalah
seiringan, dan perkembangan ekonomi dan sosial.
KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL BERAT
Perubahan alam sekitar memberi kesan kepada kita semua
Bagi kebanyakan orang, planet Bumi serta kepelbagaian hidupan di dalamnya perlu dilindungi
kerana nilai intrinsiknya. Kekaguman dan rasa hormat yang mendalam terhadap alam semulajadi
sudah sebati dalam kebanyakan budaya dan agama. Kebanyakan orang dapat mengait dengan
pepatah terkenal ini: Kita tidak mewarisi bumi daripada nenek moyang kita; kita hanya
meminjamnya daripada anak-anak kita (“We do not inherit the Earth from our ancestors; we borrow
it from our children” ). Namun demikian, kita gagal menjadi pentadbir yang baik untuk satu-satunya
bumi ini. Cara kita memenuhi keperluan kita pada hari ini akan menjejaskan keupayaan generasi
masa depan untuk mencapai keperluan mereka – ini jelas bertentangan dengan pembangunan
lestari.
7.2 bilion pada tahun 2013 9.6 bilion pada tahun 2050 Populasi dunia meningkat pada kadar yang tinggi
3.6 bilion pada tahun 2011 6.3 bilion pada tahun 2050 Majoriti penduduk dunia kini tinggal di bandar
2 bilion Ekosistem hutan membekakkan tempat berlindung, punca pendapatan, air, bahan api dan jaminan makanan kepada lebih daripada 2 bilion orang
70% & 30% Secara global, sekitar 70% air dan 30% tenaga digunakan untuk pengeluaran makanan
15% Aktiviti perikanan membekalkan sebanyak 15% daripada jumlah protein berunsurkan haiwan dalam kandungan diet kita, dan meningkat kepada 50% bagi kebanyakan negara
yang kurang membangun di Afrika dan Asia
45% Sebanyak 45% air tawar yang digunakan oleh negara-negara perindustrian adalah untuk penjanaan tenaga.sss
Ringkasan Laporan Living Planet 2014 mukasurat 24
Kesejahteraan dan kemakmuran manusia bergantung kepada ekosistem yang sihat dan
perkhidmatan yang dibekalkan, daripada air yang bersih dan iklim yang sesuai untuk didiami
sehingga ke makanan, bahan api, gentian dan tanah yang subur. Kebelakangan ini, terdapat
kemajuan dalam proses menilai alam semulajadi dari sudut kewangan dan juga manfaat yang
diperolehi daripadanya. Penilaian sebegini akan membentuk hujah ekonomi untuk memulihara
alam semula jadi dan manjalani hidup secara lestari – walaupun sebenarnya perkhidmatan
ekosistem adalah sesuatu yang tidak ternilai kerana tanpanya tidak akan ada kehidupan di Bumi.
660 JUTA Ekosistem marin menyokong lebih daripada 660 juta pekerjaan di seluruh dunia
SATU PER TIGA Satu per tiga daripada bandar-bandar di seluruh negara bergantung kepada rizab semulajadi untuk
bekalan air minuman mereka
US $ 6.6 TRILION Anggaran kos kerosakan alam sekitar di seluruh dunia pada tahun 2008 adalah US $6.6 trillion – bersamaan dengan 11% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia
> 40% Permintaan terhadap air tawar di seluruh negara dijangka melebihi 40% daripada bekalan semasa pada tahun 2030
768 JUTA 768 juta penduduk tidak mempunyai bekalan air yang bersih dan selamat
39 daripada 63 Daripada 63 kawasan bandar yang mempunyai bilangan penduduk yang tertinggi, 39 daripadanya terdedah kepada bencana alam – termasuk banjir, siklon dan kemarau
MAKANAN, AIR DAN TENAGA
Permintaan kita saling berkaitrapat dengan kesihatan biosfera
Memandangkan populasi manusia dijangka bertambah kepada 2 bilion pada tahun 2050, cabaran
untuk membekalkan makanan, air dan tenaga yang diperlukakan oleh setiap orang adalah satu
perkara yang menggentarkan. Pada hari ini, hampir satu bilion manusia menderita akibat
kelaparan, 768 juta hidup tanpa bekalan air yang bersih dan selamat, manakala seramai 1.4 bilion
tidak mempunyai akses kepada bekalan elektrik yang stabil. Perubahan iklim dan penyusutan
ekosistem dan sumber semula jadi akan memburukkan lagi keadaan. Sementara negara miskin
akan terus tetap mudah terjejas (vulnerable), isu-isu makanan, air dan jaminan tenaga terus
menjejaskan kita semua.
Makanan, air dan jaminan tenaga serta kesihatan ekosistem adalah saling berkait rapat
antara satu sama lain. Ini bermakna usaha untuk menjamin salah satu daripada aspek ini akan
dengan mudah menyahstabilkan aspek yang lain. Misalnya, cubaaan untuk meningkatkan
produktiviti pertanian dengan secara tidak langsung mungkin akan meningkatkan permintaan
terhadap input air dan tenaga, dan ini seterusnya memberi kesan kepada biodiversiti dan
perkhidmatan ekosistem.
Cara kita memenuhi permintaan kita akan memberi kesan terhadap kesihatan ekosistem
kita, dan seterusnya kesihatan ekosistem kita memberi kesan terhadap kebolehan kita untuk
mencapai permintaan ini. Perhubungan ini boleh diaplikasi kepada komuniti pedalaman yang
termiskin – yang selalunya bergantung secara terus kepada sumber alam semula jadi untuk
pendapatan mereka – mahupun kepada Bandar-bandar utama di dunia yang semakin terdedah
kepada ancaman seperti banjir dan pencemaran yang disebabkan oleh kemerosotan alam sekitar.
Melindungi alam semula jadi dan menggunakan sumber-sumbernya dengan
bertanggungjawab adalah prasyarat untuk pembangunan dan kesejahteraan manusia serta untuk
membina masyarakat yang berdayatahan (resilient) dan sihat.
PADA HARI INI, HAMPIR SATU BILION MANUSIA MENDERITA AKIBAT KELAPARAN, 768 JUTA
HIDUP TANPA BEKALAN AIR YANG BERSIH DAN SELAMAT, DAN 1.4 BILLION TIDAK
MEMPUNYAI AKSES KEPADA BEKALAN ELEKTRIK YANG STABIL
Ringkasan Laporan Living Planet 2014 mukasurat 26
Water is needed for food production : Air diperlukan untuk pengeluaran makanan
Food production affects water availability: Pengeluaran makanan memberi kesan kepada
ketersediaan air
Food production uses a lot energy: Pengeluaran makanan menggunakan tenaga yang banyak
Energy can be produced from food crops: Tenaga boleh dihasilkan daripada hasil tanaman
Water is needed for energy production: Air diperlukan untuk penghasilan tenaga
Energy is used for storing, cleaning and transporting water: Tenaga digunakan untuk menyimpan,
membersih dan mengangkut air
KOMUNITI YANG SIHAT ADALAH ASAS KEPA KESEJAHTERAAN FIZIKAL, MENTAL DAN SOSIAL
KITA. DAN ASAS BAGI KOMUNITI YANG SIHAT ADALAH PERSEKITARAN YANG SIHAT
Ringkasan Laporan Living Planet 2014 mukasurat 27
Rajah 12: Hubungan dan saling
pergantungan diantara
biosfera dan makanan, air dan
jaminan tenaga
Bagaimana kita menghasilkan
makanan, penggunaan air atau
menjana tenaga memberi kesan
ke atas biosfera yang
membekalkan keperluan ini.
PENYELESAIAN SATU PLANET
Pilihan yang bijak mampu dibuat dan penyelesaian yang praktikal sememangnya wujud
“Perspektif Satu Planet” atau “One Planet Perspective” WWF menggariskan beberapa pilihan yang
lebih baik untuk mengurus, mengguna dan berkongsi sumber semula jadi dalam lingkungan had
Bumi – untuk memastikan bekalan makanan, air dan jaminan tenaga untuk semua.
MEMELIHARA SUMBER SEMULA JADI
Memulih kembali ekosistem yang rosak, menghentikan kehilangan habitat yang utama,
menambahkan kawasan perlindungan
PENGELUARAN YANG LEBIH BAIK
Mengurangkan input dan bahan buangan, mengurus sumber secara lestari, menambahpengeluaran
tenaga yang boleh diperbaharui
PENGGUNAAN YANG LEBIH BIJAK
Melalui gaya hidup ber-Jejak rendah, penggunaan tenaga secara lestari dan corak pengambilan
makanan yang lebih sihat
PERALIHAN ALIRAN KEWANGAN
Menghargai alam semula jadi, bertanggunjawab ke atas kos sosial dan alam sekitar, menyokong dan
memberi ganjaran terhadap pemuliharaan, pengurusan dan inovasi sumber secara lestari
PENTADBIRAN SUMBER YANG ADIL
Berkongsi sumber yang ada, membuat pilihan yang adil dan berteraskan ekologi, mengukur
kejayaan lebih daripada KDNK
Ringkasan Laporan Living Planet 2014 mukasurat 28
From a One Planet Perspective: DARIPADA PERSPEKTIF SATU PLANET
Preserve Natural Capital: MEMELIHARA SUMBER SEMULA JADI
Redirect Financial Flows: PERALIHAN ALIRAN KEWANGAN
Equitable Resource Governance: PENTABDIRAN SUMBER YANG ADIL
Consume More Wisely: MENGGUNA DENGAN LEBIH BIJAK
Ecosystem Integrity: INTEGRITI EKOSISTEM
Biodiversity Conservation: PEMULIHARAAN BIODIVERSITI
Food, Water and Energy Security: JAMINAN BEKALAN MAKANAN, AIR DAN TENAGA
Better Choices: PILIHAN YANG LEBIH BAIK
Rajah 13: Perspektif Satu Planet (WWF, 2012)
Ringkasan Laporan Living Planet 2014 mukasurat 29
Tindakan yang Diambil Melalui Perspektif Satu Planet
Kajian-kajian kes ini dan lebih banyak lagi boleh didapati di laman web wwf.panda.org/lpr
Denmark: Tenaga angin membekalkan sebanyak 57.4% daripada penggunaan
elektrik di Denmark pada Disember 2013 – hasil daripada inovasi dan sokongan
polisi dari beberapa dekad yang lalu
Cabaran Earth Hour City: Peningkatan dalam bilangan bandar
yang menunjukkan kesanggupan mereka untuk beralih ke arah
jejak (footprint) yang rendah untuk masa hadapan yang lestari.
Belize: Pelan pengurusan persisiran laut yang baru mengambilkira nilai ekosistem semula
jadi seperti terumbu karang dan paya bakau untuk tujuan pelancongan, perikanan dan
perlindungan persisiran laut.
Chile: Para ahli konservasi bekerjasama dengan pihak
bersekutu lain termasuk komuniti penduduk asli, industri
perikanan dan akuakultur, kerajaan serta sektor kewangan
dan peruncit untuk melindungi salah satu daripada
ekosistem marin yang paling penting di dunia.
Rwanda/Uganda: Satu inisiatif eko-pelancongan telah membawa kepada manfaat
kepada komuniti tempatan dan di samping itu menambah bilangan gorila gunung
yang amat terancam.
Afrika Selatan: Rancangan guna tanah yang bijak telah membantu
memulihkan tanah lembap yang terancam, membolehkan
perladangan pokok komersil dan Tapak Warisan Dunia berkembang
bersama-sama.
Australia: Amalan pertanian gula yang lebih cekap membantu memulihara Terumbu
Sawar Besar (Great Barrier Reef) dengan mengurangkan kesan daripada bahan kimia
dan larian tanah.
Ringkasan Laporan Living Planet 2014 mukasurat 30 dan 31
MELONJAK KE MASA DEPAN
DRC mempunyai salah satu daripada populasi dunia yang termuda dan paling tinggi kadar
peningkatannya. Tetapi apakah masa depan yang akan diharungi oleh kanak-kanak DRC, dari
perkampungan nelayan di Vitshumbi yang terletak di bahagian selatan Tasik Edward?
Taman Negara Virunga merupakan warisan mereka – dan ia menawarkan pelbagai potensi.
Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh WWF baru-baru ini, ia mencadangkan apabila
taman negara tersebut berada dalam keadaan yang stabil dan dilindungi dengan betul, nilai
ekonominya boleh melebihi US $1 bilion setiap tahun. Industri yang dibangunkan secara
bertanggungjawab seperti pelancongan di dalam kawasan taman negara tersebut dapat
menawarkan peluang pekerjaan kepada 45,000 orang.
PERJALANAN KE ARAH MASA DEPAN
Petunjuk yang menunjukkan di mana kesilapan kita boleh menunjukkan kita ke jalan yang
lebih baik.
Penyusutan LPI dan peningkatan “lebihan” ekologi kita bukanlah sesuatu yang tidak boleh
dielakkan. Ia hanya adalah hasil daripada jutaan keputusan yang dibuat, yang diambil
dengansedikit pertimbangan ataupun dengan langsung tidak menghiraukan betapa pentingnya
melindungi alam semula jadi kita: pentadbiran yang lemah pada peringkat tempatan, kebangsaan
mahupun antarabangsa; polisi yang hanya menjurus kepada kemajuan ekonomi dan kepentingan
pihak-pihak tertentu; pelan perniagaan yang hanya memberi tumpuan kepada keuntungan jangka
pendek tanpa mengambilkira faktor luaran dan kos jangka panjang; ketidakcekapan, cara yang
ketinggalan zaman serta mengakibatkan kemusnahan dalam penjanaan dan penggunaan tenaga,
penangkapan ikan, penghasilan makanan, pengangkutan barangan dan manusia; strategi-strategi
yang lemah untuk memperoleh pendapatan; penggunaan yang berlebihan yang hanya untuk
kesenangan dan kesihatan segolongan kecil.
Dalam setiap kes, pastinya ada pilihan yang lebih baik. Mengubah cara dan mencari jalan
alternatif adalah tidak mudah, namun ianya boleh dilakukan.
Pada persidangan Rio+20 pada tahun 2012, kerajaan-kerajaan dunia telah menegaskan
komitmen mereka terhadap “masa depan yang mempunyai ekonomi, sosial dan alam sekitar yang
lestari untuk planet dan untuk generasi kini dan masa depan”. Ini adalah “Wawasan Kita Bersama”
(“Our Common Vision”), suatu visi yang harus kita sasarkan. Ini boleh dilihat didalam kuadran
pembangunan lestari sedunia – satu kawasan yang masih belum diduduki oleh mana-mana negara
di mana semua orang boleh menikmati pembangunan yang tinggi dengan Jejak Ekologi yang masih
lagi dalam lingkungan kapasiti biologi global (Rajah 8). Pada dasarnya, ini adalah ruang yang sama
seperti yang dibayangkan dalam Donut Oxfam – iaitu “ruang operasi yang selamat dan adil” yang
terletak dalam lingkungan sempadan planet, sementara memastikan setiap orang mencapai tahap
kesihatan, kesejahteraan dan peluang pada tahap yang boleh diterima (Rajah 11).
Perspektif Satu Planet WWF (Rajah 13) memberi idea bagaimana kita dapat mencapai
hasrat ini, iaitu dengan melalui beberapa siri tindakan yang praktikal: kita perlu mengalih
pelaburan daripada punca-punca yang membawa masalah kepada alam sekitar kepada yang ke
arah jalan penyelesaian; membuat pilihan secara adil, berpandangan jauh dan mengambil kira nilai
ekologi dalam menguruskan sumber yang kita kongsi bersama; untuk mengekalkan sumber alam
semula jadi yang masih ada, melindungi dan memulihkan ekosistem-ekosistem dan habitat yang
penting; untuk menghasilkan pengeluaran dan menggunakannya dengan lebih bijak.
KITA TAHU DI MANA KITA HENDAK BERADA
KITA TAHU BAGAIMANA HENDAK KE SANA
KINI KITA PERLU BERTINDAK
Ringkasan Laporan Living Planet 2014 mukasurat 34
RANGKAIAN WWF
SELURUH DUNIA
Pejabat-pejabat WWF
Armenia Australia Austria Azerbaijan Belgium Belize Bhutan Bolívia Brazil Bulgaria Cambodia Cameroon Canada Central African Republic Chile China Colombia Cuba Democratic Republic of Congo Denmark Ecuador Finland Fiji France French Guyana Gabon Gambia Georgia Germany Ghana Greece Guatemala Guyana Honduras Hong Kong Hungary India Indonesia Italy Japan Kenya Laos Madagascar Malaysia
Mauritania Mexico Mongolia Mozambique Myanmar Namibia Nepal Netherlands New Zealand Norway Pakistan Panama Papua New Guinea Paraguay Peru Philippines Poland Republic of Korea Romania Russia Senegal Singapore Solomon Islands South Africa Spain Suriname Sweden Switzerland Tanzania Thailand Tunisia Turkey Uganda United Arab Emirates United Kingdom United States of America Viet Nam Zambia Zimbabwe
Rakan-rakan Bersekutu WWF Fundación Vida Silvestre (Argentina) Pasaules Dabas Fonds (Latvia) Nigerian Conservation
Foundation
Sila lihat LPR 2014 untuk senarai rujukan yang komprehensif
dan sumber untuk kesemua data di dalam ringkasan ini
Ringkasan Laporan Living Planet 2014 mukasurat 35