hak asasi kanak-kanak

10
HAK ASASI KANAK-KANAK Hak Asasi Kanak-kanak Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989 Pengenalan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) telah dibentang Dalam Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke 44 pada 20 Nov. 1989 dan diterimapakai. Hak Asasi Kanak-Kanak Hak boleh didefinasikan sebagai sesuatu yang adil dan saksama yang boleh dimiliki atau dilakukan oleh seseorang. Hak asasi adalah perkara dasar atau pokok yang boleh dilakukan atau dikuasai oleh seseorang kanak-kanak mengikut undang-undang, agama, adat istiadat dan lain-lain. Ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir serta kepentingan hormat kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak. Ini adalah kerana kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan khasnya daripada keluarga. Kanak-kanak pula ialah seseorang yang berumur di bawah 18 tahun kecuali di bawah undang-undang negara di mana kedewasaan dicapai lebih awal. Pada pendapat anda adakah Hak Asasi penting dalam menyediakan pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak? Hak Setiap Kanak-Kanak Untuk dilahirkan, untuk mempunyai nama dan kewarganegaraan;

Upload: alvinadath

Post on 11-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

hak kanak2

TRANSCRIPT

Page 1: Hak Asasi Kanak-kanak

HAK ASASI KANAK-KANAK

Hak Asasi Kanak-kanak Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-

kanak 1989

Pengenalan

Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) telah dibentang Dalam

Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke 44 pada 20 Nov.

1989 dan diterimapakai. 

Hak Asasi Kanak-Kanak

Hak boleh didefinasikan sebagai sesuatu yang adil dan saksama yang

boleh dimiliki atau dilakukan oleh seseorang. Hak asasi adalah perkara

dasar atau pokok yang boleh dilakukan atau dikuasai oleh seseorang

kanak-kanak mengikut undang-undang, agama, adat istiadat dan lain-lain.

Ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir serta kepentingan hormat

kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak. Ini adalah kerana

kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan

khasnya daripada keluarga. Kanak-kanak pula ialah seseorang yang

berumur di bawah 18 tahun kecuali di bawah undang-undang negara di

mana kedewasaan dicapai lebih awal.

Pada pendapat anda adakah Hak Asasi penting dalam menyediakan

pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak?

Hak Setiap Kanak-Kanak

Untuk dilahirkan, untuk mempunyai nama dan kewarganegaraan;

Untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi;

Untuk tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman dan

damai;

Untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang

aktif dan sihat;

Untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi

diri;

Page 2: Hak Asasi Kanak-kanak

Untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah;

Untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi, kecuaian,

keganasan dan bahaya;

Untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan;

Untuk berupaya mengekspresi pandangan sendiri.

Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh

Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20

November 1989 mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54. Perkara yang

berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan kanak-kanak terkandung

dalam Perkara 6, Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29.

PERKARA 6 

1. Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak

mempunyai hak sedia ada untuk hidup.

2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan sebanyak mungkin yang

boleh kewujudan dan perkembangan kanak-kanak.

Kewujudan dan perkembangan

Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup dan Negara

mempunyai obligasi (kewajiban) untuk memastikan kewujudan dan

perkembangan kanak-kanak itu.

PERKARA 18

1. Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka

untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa

mempunyai tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan

kanak-kanak. Ibu bapa atau, mengikut mana-mana yang berkenaan,

penjaga di sisi undang-undang, mempunyai tanggungjawab utama bagi

didikan dan perkembangan kanak-kanak. Kepentingan terbaik kanak-

kanak  perlu menjadi perhatian asas.

Page 3: Hak Asasi Kanak-kanak

Tanggungjawab ibu bapa

Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan anak-

anak dan Negara hendaklah menyokong mereka dalam hal ini. Negara

hendaklah memberikan bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dalam

pembesaran anak.

2. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam

Konvensyen ini, Negara-Negara Pihak hendaklah memberi bantuan yang

sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga di sisi undang-undang dalam

melaksanakan tanggungjawab pembesaran anak mereka dan hendaklah

memastikan perkembangan institusi, kemudahan dan perkhidmatan bagi

jagaan kanak-kanak.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar

untuk memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja

berhak mendapat faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan jagaan

anak yang mereka layak.

PERKARA 27 

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepada

taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental,

kerohanian, moral dan sosial kanak-kanak itu.

Taraf hidup

Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak pada taraf hidup yang mencukupi

bagi perkembangan fizikal, mental, rohani, moral dan pembangunan

sosial. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan

bahawa kanak-kanak mempunyai taraf hidup yang mencukupi. Kewajipan

Negara ialah untuk memastikan bahawa tanggungjawab ini boleh

dilaksanakan. Tanggungjawab Negara boleh termasuk bantuan material

kepada ibu bapa dan anak-anak mereka.

Page 4: Hak Asasi Kanak-kanak

2. Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang bertanggungjawab

bagi kanak-kanak itu mempunyai tanggungjawab utama untuk menjamin,

mengikut kebolehan dan keupayaan kewangan mereka, keadaan hidup

yang perlu bagi perkembangan kanak-kanak itu.

3. Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan mengikut

kemampuan mereka, hendaklah mengambil segala langkah yang

sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan orang lain yang

bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak ini dan

hendaklah, jika diperlukan, memperuntukkan bantuan material dan

program sokongan, terutamanya berhubungan dengan pemakanan,

pakaian dan perumahan.

4. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang

sewajarnya untuk menjamin supaya mendapat kembali nafkah untuk

kanak-kanak daripada ibu bapa atau orang lain yang mempunyai

tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu, baik dalam Negara

Pihak dan dari luar negeri. Secara khususnya, jika orang yang mempunyai

tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu tinggal dalam Negara

yang berlainan daripada negara kanak-kanak itu, Negara-Negara Pihak

hendaklah menggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau

pembuatan perjanjian sedemikian, serta membuat perkiraan lain yang

sewajarnya.

PERKARA 28

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak terhadap

pendidikan, dan dengan tujuan untuk mencapai hak ini secara

berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang yang sama, mereka

hendaklah, secara khususnya:

(a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara

percuma kepada semua;

(b) Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagai

Page 5: Hak Asasi Kanak-kanak

bentuk, termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan

itu dan terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak, dan mengambil langkah

yang sewajarnya seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan

menawarkan bantuan kewangan jika diperlukan;

(c) Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan

melalui tiap-tiap cara yang sewajarnya;

(d) Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan

diadakan dan terbuka kepada semua kanak-kanak;

(e) Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara

tetap di sekolah dan mengurangkan kadar keciciran.

Pendidikan

Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara

untuk memastikan bahawa pendidikan utama percuma dan wajib,

menggalakkan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah

diperoleh oleh tiap-tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan

tinggi diadakan kepada semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah

hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara

hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk

melaksanakan hak ini.

2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang

sewajarnya untuk memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan

mengikut cara yang selaras dengan kemuliaan kanak-kanak dan dengan

menepati Konvensyen ini.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkan

kerjasama antarabangsa dalam perkara yang berhubungan dengan

pendidikan, khususnya dengan tujuan untuk menyumbang kepada

pembasmian kejahilan dan buta huruf di seluruh dunia dan memudahkan

akses kepada pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah pe ngajaran

yang moden. Dalam hal ini, perhatian yang khusus hendaklah diberikan

kepada keperluan negara-negara membangun.

Page 6: Hak Asasi Kanak-kanak

PERKARA 29

1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak

hendaklah dihalatujukan kepada:

Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-

kanak pada tahap potensi yang paling tinggi;

Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi,

dan bagi prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu;

Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti

kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara

yang diduduki oleh kanak-kanak itu, negara yang daripadanya dia berasal,

dan bagi tamadun yang berbeza daripada tamadunnya sendiri;

Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam

masyarakat yang bebas, dalam semangat persefahaman, keamanan,

toleransi, kesamaan jantina, dan persahabatan di kalangan semua orang,

kumpulan etnik, kebangsaan dan agama dan orang yang asal usulnya

penduduk asli;

AKTA  308 dan Akta 550

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan suatu Akta yang digubal bagi

mengadakan peruntukan pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan

dengannya. Sejauhmanakah Akta Pendidikan 1996, mempengaruhi

penubuhan dan perlaksanaan prasekolah di Malaysia?

“Pendidikan Prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yang

berumur dari empat hingga enam tahun.

FASA 15: SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Sistem pendidikan kebangsaan hendaklah terdiri daripada;

Page 7: Hak Asasi Kanak-kanak

(a) Pendidikan prasekolah

(b) Pendidikan rendah

(c) Pendidikan menengah

(d) Pendidikan lepas menengah

(e) Pendidikan tinggi

Tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah

antarabangsa.

FASA 20: LARANGAN TERHADAP PENUBUHAN, PENGENDALIAN ATAU

PENGURUSAN TADIKA

(1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan

jika tadika itu didaftarkan di bawah akta ini.

(2) Seseorang yang melanggar subsekyen (1) adalah melakukan suatu

kesalahan.

FASA 21: KUASA MENTERI UNTUK MENUBUHKAN TADIKA.

Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan akta ini, menubuhkan dan

menyenggarakan tadika.

FASA 22: KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN HENDAKLAH

DIGUNAKAN OLEH

SEMUA TADIKA

(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semua

tadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

(2) Kurikulum Prasekolah yang ditetapkan di bawah subseksyen (1)

hendaklah menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka

akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh Pendidikan

Prasekolah masing-masing.

(3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa

kurikulum sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

hendaklah, sebelum melaksanakan kurikulum tambahan sedemikian,

memaklumkan Ketua Pendaftar tentang maksud itu mengikut cara yang

Page 8: Hak Asasi Kanak-kanak

ditetapkan.

(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) adalah melakukan

suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi

sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu

tahun atau kedua-duanya.

FASA 23: BAHASA PENGANTAR DI TADIKA

Walau apa pun subseksyen 17 (1), bahasa-bahasa lain selain daripada

bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika,

tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa

kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata

pelajaran wajib.

FASA 24: KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN BERHUBUNGAN DENGAN

PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan

peruntukan bab ini.

Aktiviti 8:

1. Apakah yang terkandung dalam fasa 20, iaitu larangan terhadap

penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika?

2. Siapakah yang berhak menetapkan suatu kurikulum yang dikenali

sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan? Apakah denda yang patut

dikenakan apabila melanggar kurikulum yang ditetapkan?

Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah.

2. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia

secara umum