hafazan sekolah rendah

15
1.0 PENGENALAN Pendidikan Islam sekolah rendah dibahagikan kepada tujuh modul diantaranya ialah Modul al-Quran. Modul ini memberi penekanan kepada kemahiran membaca al-Quran dengan betul, fasih dan bertajwid serta menghafaz dan memahami surah-surah pilihan dengan menghayati dan mengamalkan pengajarannya dalam kehidupan. Objektif Murid yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam yang melibatkan hafazan adalah murid berkebolehan: i. Membaca surah-surah terpilih daripada al-Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan seharian; ii. Menghafaz surah-surah terpilih daripada al-Quran untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian; iii. Memahami maksud beberapa surah terpilih untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya. Firman Allah dalam surah al Hijr ayat 9; ( َ ونُ ظِ ف اَ حَ لُ هَ ا لَ ّ نِ َ وَ رْ كِ ّ لذ اَ نْ لَ ّ زَ نُ نْ حَ ن اَ ّ نِ ٩ ) 9. Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. Dalam ayat ini Allah memberikan jaminan dan penegasan bahawa al Quran akan sentiasa terjaga dari satu generasi ke

Upload: pinjaman-peribadi

Post on 07-Sep-2015

326 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

hafazan sekolah rendah

TRANSCRIPT

1.0PENGENALANPendidikan Islam sekolah rendah dibahagikan kepada tujuh modul diantaranya ialah Modul al-Quran. Modul ini memberi penekanan kepada kemahiran membaca al-Quran dengan betul, fasih dan bertajwid serta menghafaz dan memahami surah-surah pilihan dengan menghayati dan mengamalkan pengajarannya dalam kehidupan.Objektif Murid yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam yang melibatkan hafazan adalah murid berkebolehan: i. Membaca surah-surah terpilih daripada al-Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan seharian; ii. Menghafaz surah-surah terpilih daripada al-Quran untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian; iii. Memahami maksud beberapa surah terpilih untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya.Firman Allah dalam surah al Hijr ayat 9; ()9. Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.Dalam ayat ini Allah memberikan jaminan dan penegasan bahawa al Quran akan sentiasa terjaga dari satu generasi ke generasi baharu. Allah jualah yang memberikan bantuan kepada hamba-hambanya untuk terus memelihara hafazan al Quran di dalam dada dan fikiran manusia.Dengan ini menjelaskan bahawa Falsafah Pendidikan Islam serta kandungannya menepati firman Allah iaitu galakkan menghafaz al Quran dan anjurannya seawal usia kanak-kanak lagi. 1.1Kelebihan Menghafaz al QuranKelebihan menghafaz al Quran adalah sangat berkait dengan kepentingan menghafaz al Quran. Sudah tentulah tujuan menghafaz al Quran itu adalah untuk memelihara al Quran sebagai panduan hidup manusia selain melahirkan insan yang beriman kepada Allah dan menepati ajarannya, seterusnya mencapai kesejahteraan hidup setiap individu.Diantara manfaat menghafal al Quran pada usia kanak-kanak (Dr.Yusuf Qardhawi,Berinteraksi dengan al Quran, 1999) ialah;i. Meluruskan lidahii. Membaca huruf dengan tepatiii. Mengucapkannya sesuai dengan makhraj hurufnyaDr. Musthafa Dib al Bugha (2007) dalam buku bertajuk al Wafi iaitu kitab yang menjelaskan hadis arbain karangan kitab imam an Nawawi ada menyebutkan tentang beberapa hadis berkaitan kelebihan menghafaz al Quran di antaranya;i. Sebagai syafaat dihari akhirat.Hadis riwayat Imam Muslim;Bacalah al Quran, sesungguhnya al Quran pada hari kiamat akan datang sebagai pemberi syafaat bagi para pembacanya.ii. Mendapat darjat yang tinggi sesuai dengan ayat yang dihafalnya. Hadis Riwayat Abu Daud dan Imam at Tirmizi, Sabda Rasulullah yang bermaksud;dikatakan kepada orang yang menghafal al Quran, bacalah, naiklah dan bacalah dengan tartil seperti kamu membaca dengan tartil didunia kerana sesungguhnya kedudukanmu diakhirat sesuai dengan ayat yang kamu baca.iii. Meneruskan kelangsungan sebagai pengajar al Quran dan termasuk dalam golongan sebaik-baik manusia.Hadis riwayat Bukhary, sabda Rasulullah sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al Quran dan mengajarkannyaBagaimanapun, jumhur ulama mengatakan hkum menghafaz al Quran adalah fardu kifayah.

2.0PELAKSANAAN KEMAHIRAN HAFAZAN DALAM AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TILAWAH AL QURANSebelum proses menghafal, pengajaran al-Quranperlu dilakukan terlebih dahulu untukmemastikan proses hafazan berjalan dengan lancar. Proses pengajaran al-Quran meliputisebutan kalimah-kalimah al-Quran, cara baca, hukum tajwid, tempat berhenti, tempatpermulaan,basmalah,istiazahdanilmu-ilmu al-Quran yang lain seperti tafsir, asbab al-nuzul, ilmu pengetahuan dan pelbagai ilmu.Menurut ( Surur Shahabuddin, 2011) bahawa ulama salaf dan khalaf bersepakatbahawa wajib seseorangitu membaca al-Quran dengan bertajwid. Dalil wajib mempraktikkantajwid dalam al-Quran sebagaimana firman Allah dalam surah al-Muzammil : ()Maksudnya: atau lebih dari seperdua itu. dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan.Ayat ini menunjukkan bahawa Allah memerintahkan kepada Rasulullah s.a.w. untuk membaca al-Quran dengan tartiliaitu mengelokkan sebutan setiap hurufnya dengan ertiyang lain iaitu bertajwid. Menurut (Ismail Tekan, 1993: 1), berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan Tartildalam ayat di atas adalah bertajwid. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya :Sesungguhnya Allah menyukai hambanya membaca al-Quran secara tepatsebagaimana ia diturunkan.(Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah)Menurut ( Abdul Qadir Leong, 2001) tujuan mempelajari ilmu tajwid adalah untuk memelihara lidah daripada kesalahan membaca ayat-ayat suci al-Quran sewaktu membacanya. Selaras dengan pandangan menurut ( Surur Shihabuddin, 2010) iaitu faedahb mempelajari ilmu Tajwid adalah untuk memelihara lidah daripada kesalahan-kesalahan dalambacaanal-Quran,mencapaikeyakinandalampembacaanal-Qurandanuntukmendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Oleh itu, tujuan sebenar perlunya umat Islam ini belajar dan mengerti ilmu tajwid ini adalah untuk mengelakkan daripada kesalahan membaca baris dan hukum tajwid yang membolehkan makna sebenar al-Quran akan terpesong dan mereka akan mendapat dosa daripada Allah s.w.t. sebagaimana sabda Rasulullah s.a.wyang bermaksud:Sebaik-baik kamu adalah mempelajari al-Quran dan mengajarkan-nya( Hadis riwayat al-Bukhari )Oleh yang demikian, maka adalah menjadi satu tanggungjawab bagi semua pelajar Islam di sekolah dan juga masyarakat Islam yang lain sama ada yang tua atau pun yang muda untuk mempelajari dan memahami hukum tajwid dengan baik. Hal ini bertujuan untuk memastikan bacaan al-Quran mereka lancar dan betul dalam menyebut kalimah-kalimah yangterdapat dalam al-Quran bagi mengelakkan kemurkaan Allah s.w.t. Manakala pembelajaran hafazan iaitu salah satu bidang di bawah Tilawah al-Quran,yang mewajibkan pelajar menghafaz ayat-ayat pilihan yang telah ditetapkan bagi sukatanpelajaranPendidikanIslam.Matlamatterpentingpendidikanal-Quranialahmendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah s.w.t . Perkembangan globalisasi yang melanda masyarakat kini menyebabkan pembelajaran al-Quran secara hafazan mampu menjadi pemangkin ke arah membentuk minda tajdid yang bakal melahirkan generasi yang hafiz, alim, daei dan profesional sekaligus memenuhi matlamat pendidikan al-Quran ( AbdulHafiz et.al : 2003) .Proses menghafaz merupakan salah satu kaedah yang penting bagi mendalami ilmu al-Quran,di manaianya merupakansatu proses yang digunakan untuk menyimpan ilmupengetahuan(Ab.FatahHasan:1994).Prosesmenghafazmemerlukankekuatanfizikaldan mental pada orang yang ingin melakukannya.Persediaan juga diambil kira sebagai langkah memudahkan proses menghafaz. Persediaan dari segi kesihatan, bahan rujukan, guru, masa dan minat adalah perkara penting untuk melakukan hafazan. Di samping menulis dan membaca, menghafaz sesuatu yang dipelajari dan cuba mengingat dengan hafazan adalah cara yang paling baik untuk mengekalkan ingatan dan kecerdasan otak. Amalan pengajaran al-Quran yang berkesan juga dikaitkan dengan sifat kreatif guru yang mana bukan sahaja setakat merancang pengajaran, bahkan juga meliputi kreativiti semasa proses pengajaran. Amalan ini penting kerana ia akan menentukan daya tarikan minatpelajaruntukmenumpukanperhatian.Puncapelajarhilangtumpuansemasabelajarialah disebabkan oleh cara guru menerangkan dan menggunakan bahan pengajaran yang membosankan ( Ngalim: 1998) .2.1Kaedah Pengajaran Kemahiran HafazanMenurut (Rohizani et.al, 2005), memandangkan pengajaran Tilawah al-Quran dan hafazan melibatkan pengajaran kemahiran, maka mengajar kemahiran perlu menekankan kepada arahan, demonstrasi dan pembaikan kesilapan pelajar.Bagi memastikan ayat-ayat al-Quran itu dapat dihafal dengan baik, guru telah memilih beberapa kaedah yang bersesuaian dengan kemampuan pelajar untuk menghafaz ayat-ayat pilihan. Kaedah tersebut ialah kaedah melihat, mendengar, membaca, mengulang, menulis, mengekalkan hafazan, beransur-ansur dan pengamalan. Semua aktiviti ini dicantumkan dalam satu proses menghafal yang biasanya dilaksanakan oleh guru.Seseorang akan mencapai hasil belajar 10% dari apa yang dibaca, 20% dari apa yang didengar, 30% dari apa yang dilihat, 50% dari apa yang dilihat dan didengar, 70% dari apa yang dikatakan, dan 90% dari apa yang dikatakan dan dilakukan.Guru memperdengarkan bacaan diikuti oleh murid surah hafazan (talaqi musyafahah)

Murid membaca dan mengulang-ulang ayat dengan melihat al Quran dengan tujuan mengingat tulisan ayat.hafazan

Mengulang-ulang ayat tanpa melihat al Quran (membayangkan tulisan ayat hafazan)

Sekiranya telah hafal ayat satu, ulang langkah 1 dan 2 untuk ayat ke dua dan begitu juga seterusnya.

Menulis ayat yang dihafal

Membaca surah yang dihafal dalam amali solat

Rajah 2.1 : Proses hafalan dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah

Guru telah melaksanakan kaedah ini dan ternyata kaedah ini membantu murid-murid untuk menghafal al Quran. Sekalipun proses ini kelihatan rumit, namun menurut pemerhatian guru sepanjang melaksanakan proses ini, diantara 19 orang murid hanya 4 orang tidak mampu menghafal. Ini disebabkan kerana murid belum fasih membaca al Quran.3.0CARA-CARA MENINGKATKAN KEMAHIRAN HAFAZAN DIKALANGAN PELAJAR DISEKOLAHDalam Muqaddimah (Ibnu khaldun, 2000) menyatakan bahawa al-Quran itu perlu dipelajari dan dibaca oleh kanak-kanak pada peringkat awal, kerana membaca al-Quran akan menanamkan benih-benih keimanan ke dalam jiwa kanak-kanak.Menghafaz adalah salah satu kaedah yang penting di dalam mendalami ilmu al-Quran. Hafazan adalah proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan (Ab.Fatah Hasan:15) Menghafaz memerlukan suatu kekuatan fikiran pada orang yang melakukannya. Sementara menghafaz sesuatu yang dipelajari dan mengasah ingatan melalui hafazan adalah cara yang paling baik untuk mengekalkan ingatan dan kecerdasan otak.Memandangkan cabaran, gangguan, halangan dan amaran Allah S.W.T. serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah hafazanyang berkesan dan bersistematik bagi membantu mereka menghafaz dan menjaganya dari lupa (Mohd Fazri, 1999:27).Ee Ah Meng (1997:89) menyatakan Hafaz bermaksud suatu proses mental yang menekankan pengalaman yang bermakna, menyimpan dan mengeluarkan kembali pengalaman tersebut ketika diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Dari pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa hafazan membawa maksud memelihara, mengingati, menjaga, mengawal apa yang telah dipelajari daripada lupa dan rosak supaya ia tidak hilang. Pandangan guru tentang cara meningkatkan kemahiran hafazan dikalangan pelajar disekolah adalah ;i. Bertadarrus.Firman Allah dalam surah al Qiyamah ayat 16 hingga 18;16. janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al Quran kerana hendak cepat-cepat (menguasai)nya.17. Sesungguhnya atas tanggungan kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya.18. apabila Kami telah selesai membacakannya Maka ikutilah bacaannya itu.Maksud daripada ayat ini ialah: Nabi Muhammad s.a.w. dilarang oleh Allah menirukan bacaan Jibril a.s. kalimat demi kalimat, sebelum Jibril a.s. selesai membacakannya, agar dapat Nabi Muhammad s.a.w. menghafal dan memahami betul-betul ayat yang diturunkan itu.Mengambil daripada prinsip ini, guru haruslah memberi ruang untuk murid bertadarus kepada guru atau tasmik secara sabar dan tenang. Guru juga tidak bersikap terburu-buru untuk mengarahkan murid supaya menghafal surah yang ditetapkan. Memberikan ruang berdasarkan kemampuan murid.Tadarus atau tasmik kepada guru boleh dilaksanakan pada jangka masa sedikit kepada murid sedikit demi sedikit. Apa yang penting adalah daya penyimpanan ingatan murid haruslah sentiasa berkembang dari masa ke semasa melalui latihan yang berterusan.Sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah, untuk menjamin ketepatan dan keutuhan ayat-ayat al-Quran di dada Rasulullah, Jibril a.s. juga turut membantu dengan sentiasa datang bertadarus bersama baginda s.a.w. al-Bukhari ada meriwayatkan sebuah cerita daripada Ibnu Abbas r.a. Secara ringkasnya, Ibn Abbas berkata bahawa Jibril datang menemui Rasulullah s.a.w pada setiap malam di bulan Ramadhan, lalu mereka berdua secara bertadarus membaca al-Quran. Ketika Jibril membaca al-Quran, Rasulullah s.a.w akan mendengar dengan teliti bacaan tersebut dan begitulah sebaliknya. (al-Bukhari, Jilid 1: 16)ii. Murid yang telah hafaz mengajarkan kepada murid yang belum hafazTindakan ini adalah bersesuai sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah, Rasulullah s.a.w. mengajar al-Quran itu kepada para sahabatnya juga menerusi hafazan. Proses turunnya al-Quran adalah secara berperingkat-peringkat, sedikit demi sedikit. Tentunya hal ini dapat membantu dan memudahkan Rasulullah s.a.w. untuk menyampaikannya kepada para sahabat, yang kemudiannya menghafaz dan memahami isi kandungannya.Cara ini boleh dilakukan di dalam kelas, atau ketika aktiviti Persatuan Agama Islam. Apa yang penting adalah, pemantauan oleh guru dari semasa ke semasa.iii. PujianSebagai ransangan dan galakan untuk mereka terus membaca al-Quran, seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w memuji para sahabatnya yang dapat membaca al-Quran dengan baik. Sepertimana Rasulullah s.a.w pernah memuji kesempurnaan bacaan Abdullah bin Masud dan menyuruh sahabat lain mempelajari daripadanya. (Abu Shahbah, 1992: 353) Rasulullah s.a.w juga pernah memuji Abu Musa al-Ashari kerana kemerduan suaranya ketika membaca al-Quran. (Afaf Abdul Ghafor Hameed, 2003: 134)iv. Menulis ayat-ayat al Quran (Khat)Setelah selesai penyusunan Qura sabah (bacaan tujuh) pada zaman tabiin anak-anak orang Islam telah pandai menulis dan membaca. Pembelajaran secara hafazan dilakukan dengan guru membaca ayat-ayat al-Quran kepada pelajar (imla) dan pelajar menulisnya di atas luh atau papan batu. Setelah itu, guru akan melihat tulisan pelajarnya dan membetulkan jika ada kesalahan. Seterusnya guru membacakannya sekali lagi diikuti dengan pelajar, kemudian pelajar akan pergi ke tempat lain dan membacanya sehingga hafaz. Apabila telah menghafaz ayat-ayat itu dengan fasih, pelajar akan datang semula kepada guru dan membaca di depan guru (tasmi'). Jika ada kesalahan pada bacaan tersebut, guru akan membetulkannya dan jika tiada kesalahan, maka ayat-ayat itu akan dipadam dan ditulis ayat baru untuk dihafaz. (al-Ahwany, 1983:83).Guru bolehlah melaksanakan kaedah ini, seperti menganjurkan pertandingan dikalangan murid pada bulan Ramadan atau minggu Pendidikan Islam yang dianjurkan disekolah. Keinginan untuk bersaing menimbulkan rasa kemahuan untuk memajukan diri dikalangan murid pasti akan terserlah melalui penganjuran pertandingan hafazan sehingga kepada penulisan ayat-ayat al Quran. Ini menggalakkan murid untuk terus menjiwai suasana al Quran di dalam kehidupan mereka. Kerana suasana adalah membentuk keperibadian murid yang membolehkan ianya menjadi amalan dalam kehidupan seharian.

4.0KESIMPULANAmalan pengajaran Hafazan yang berkesan adalah melibatkan peranan guru pendidikan Islam sebagai murabbi, mualim, muaddib, murshid dan mudarris. Berdasarkan peranan ini, guru pendidikan Islam bukan sahaja bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu semata-mata, malah untuk membentuk pelajar sebagai persediaan kepada kehidupan.Guru boleh mengolah pelbagai aktiviti berdasarkan dorongan yang telah dilalui dan yang telah dilakukan oleh Rasulullah bermula dari penurunan ayat yang pertama sehingga selesai lebih 6000 ayat al Quran yang diterima oleh baginda.Kesungguhan baginda inilah yang perlu di jadikan motivasi kepada para guru dan murid mengiringi usaha menghafaz ayat-ayat al Quran. Selain kesabaran dan ketekunan baginda dicontohi, ketaatan baginda terhadap apa yang dipelajarinya juga menjadikan al Quran terpelihara didalam dadanya.Semoga pengajaran dan pembelajaran al Quran bukanlah menjadi satu hafalan yang bersifat jangka pendek malahan sampai ketahap pencapaian amalan dalam kehidupan anak-anak didik sehingga berjaya menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

RUJUKANTafsir Pimpinan Ar Rahman.

Abd. al-Latif Fayizdaryan. (1999). al-Tabyin fi Ahkam Tilawat al-Kitab al-Mubin. Bayrut: Dar al-Marifah.

Noor Lizza Mohamed Said, Zamro Muda (2012). Modul HBIS 1203 : Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran. Kuala Lumpur : Open University Malaysia. Dr. Ismail Abas, dll (2011). Modul HBIS 1103 : Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Open University Malaysia. Ghazali Darusalam (2004). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2004). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Maimun Aqsha Lubis, & Roslan Aspar. (2005). Kaedah pengajaran pengetahuan agama Islam di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Malaysia, 30, 141-150. Mohd Aderi Che Noh, & Rohani Ahmad Tarmizi. (2009). Persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran tilawah al-Quran. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1), 93 109. Mohd Najib Abdul Aziz, & Nor Shafrin Ahmad. (2008). Kemahiran belajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik: Kajian di daerah Kerian, Perak. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 23, 2947.Sistem Pembelajaran & Kaedah Hafazan Al-Quran Yang Efektif : Satu Kajian Di Kuala Lumpur Dan Terengganu.