hadis ramadhan

Upload: sautul-harakah

Post on 04-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Hadis Ramadhan

    1/4

    Hadis-hadis Sahih Mengenai Fadhilat Di Bulan Ramadhan

    Disediakan oleh : Mohd Hairi Nonchi

    (Pendidikan Dengan Sains Sosial, UMS)

    Rasulullah s.a.w bersabda :

    Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan

    dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah,

    dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)

    (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman no:

    38)

    Rasulullah s.a.w bersabda :

    Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya,

    bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi

    Allah daripada aroma (haruman) minyak kasturi

    (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum

    no: 1894)

    Rasulullah s.a.w bersabda :

  • 7/30/2019 Hadis Ramadhan

    2/4

    Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-

    Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu

    pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui

    pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang

    berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang

    masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah

    masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan

    masuk melaluinya

    (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-

    Shaum no: 1896)

    Abu Umamah r.a berkata:

    Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Tunjukkan

    kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga

    dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah

    berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang

    mampu menandinginya

    (Diriwayatkan oleh Ibn Hibban no: 3494)

    Sabda Rasulullah s.a.w :

    (Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan

    makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia

    kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan,

    AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda

  • 7/30/2019 Hadis Ramadhan

    3/4

    sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa)

    adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi

    balasannya

    (Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa, Kitab al-Shiyam no:

    603)

    Sabda Rasulullah s.a.w :

    Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh

    malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-KU dan

    AKUlah yang memberi pahala puasanya

    (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas no:

    5927)

    Al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani r.h berkata mengenai hadis di atas:

    Ibadah puasa ini dianggap sebagai ibadah khusus untuk Allah

    kerana ia bebas daripada unsur riak. Ini kerana, perlaksanaannya

    tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Orang yang sedang

    berpuasa dan orang yang tidak berpuasa sama sahaja dari segi

    luarannya. Berbeza dengan ibadah seperti solat, membaca al-Quran,

    berzikir atau bersedekah yang mana perlaksanaannya dapat dilihatsecara terbuka dan membuka ruang timbulnya perasaan riak. Oleh

    itu al-Imam al-Qurtubi r.h berkata: Disebabkan semua amal

    perbuatan yang ada ini dapat dimasuki unsur riak, sedangkan puasa

  • 7/30/2019 Hadis Ramadhan

    4/4

    itu hanya dilakukan semata-mata kerana Allah, tidak hairanlah Allah

    menisbbahkan puasa itu kepada diri-Nya

    (Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Baari, jilid 11, halaman 20)

    Sebar-sebarkanlah risalah ini. Rasulullah s.a.w

    bersabda

    Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, makadia akan

    memperoleh pahala (sama) seperti pelakunya

    (Diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi, Ibn Hibban,

    al-Baihaqi

    dan at-Thabrani daripada Ibnu Masud al-Badri r.a)