hadis kemanisan iman

20

Click here to load reader

Upload: mimk-mkab

Post on 06-Sep-2015

161 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

halawatul iman

TRANSCRIPT

HADIS KEMANISAN IMAN

1.0PENDAHULUAN

Iman adalah membenarkan secara putus tanpa ragu sedikitpun dengan apa yang datang daripada Rasulullah SAW yang diikuti dengan ketundukan hati dan ketenteraman jiwa menerima ketentuannya tanpa perasaan degil dan takabbur. Terkadang seseorang itu memiliki kemantapan iman dan tidak ada keraguan sedikitpun terhadap kebenaran yang datang daripada Rasulullah SAW, tetapi sayangnya terkadang iman tersebut diikuti oleh rasa sombong dan enggan serta tidak mahu melaksanakan apa yang diyakininya itu. Dalam keadaan seumpama ini, seseorang itu belum digolongkan sebagai orang yang beriman. Terdapat juga orang yang memiliki iman yang jazim tanpa sedikitpun ada perasaan ragu, malahan dia tidak mempunyai sifat degil dan takabbur terhadap apa diyakininya. Tetapi sayangnya kita lihat orang tersebut tenggelam ke dalam dunia kelalaian, dia tidak pandai menilai kadar iman sebagaimana semestinya, dia lalai untuk menunaikan kewajiban mensyukuri nikmat tersebut. Manusia seperti inilah yang dikatakan orang yang beriman atau "mukmin" yang belum mendapatkan "kemanisan iman ". Terdapat juga hadis sahih yang turut menjelaskan kepada kita beberapa tanda orang-orang yang akan dapat merasakan kemanisan iman. Marilah kita berusaha menghias diri kita masing-masing untuk memiliki kesemua tanda-tanda tersebut semoga kita boleh hidup bahagia di dunia dan di akhirat.

1.1HADIS DAN MAKSUDNYA

Hadith 1:

)) ((* (Al-Bukhari t.t. di dalam Ibn Hajar, Fath al-Bari)

Maksudnya:

15)Muhammad bin al-Mutsanna telah meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdul Wahhaab al-Tsaqafi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayyub telah meriwayatkan kepada kami dari Abi Qilaabah dari Anas bin Malik r.a, dari Nabi s.a.w., Baginda bersabda: Tiga perkara, sesiapa yang ada padanya tiga perkara itu niscaya dia akan mendapati kemanisan iman. (Pertama) Allah dan Rasulnya lebih disayanginya daripada sesuatu selain keduanya dan (Kedua) dia mengasihi seseorang, tidak dikasihinya orang itu melainkan kerana Allah, dan (Ketiga) dia tidak suka kembali kepada kekufuran sepertimana dia tidak suka (dirinya) dicampakkan ke dalam api.

Hadith 2:

(Al-Bukhari t.t. di dalam Ibn Hajar, Fath al-Bari)

Maksudnya:

20)Sulaiman telah menceritakan kepada kami, katanya: Syubah daripada Qatadah daripada Anas bin Malik r.a, dari Nabi s.a.w., Baginda bersabda: Tiga perkara, sesiapa yang ada padanya tiga perkara itu niscaya dia akan mendapati kemanisan iman. (Pertama) Allah dan Rasulnya lebih disayanginya daripada sesuatu selain keduanya dan (Kedua) dia mengasihi seseorang, tidak dikasihinya orang itu melainkan kerana Allah, dan (Ketiga) dia tidak suka kembali kepada kekufuran sepertimana dia tidak suka (dirinya) dicampakkan ke dalam api.

Hadith 3:

:

Maksudnya:

5581)Telah menceritakan kepada kami Adam telah menceritakan kepada kami Syubah dari Qatadah dari Anas bin Malik r.a dia berkata: Nabi S.A.W bersabda: Tidak akan mendapat manisnya iman sehingga ia mencintai seseorang dan ia tidak mencintainya kecuali kerana Allah dan sehingga ia lebih suka dimasukkan ke dalam api neraka daripada kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dan sehingga Allah dan RasulNya lebih ia cintai daripada yang lain.

1.2 MAKSUD KALIMAH-KALIMAH DI DALAM HADIS

: kalimat ini disebut istiarah takhyiliyyah dalam ilmu balaghah, yang bermaksud menyamakan rasa cinta seorang mukmin terhadap keimanan dengan sesuatu yang manis. : Lafaz ini membawa maksud lebih cinta kepadanya. Maksud cinta di sini ialah cinta yang berlandaskan keimanan yang teguh dan akal yang sihat. Kecintaan tersebut lebih mengutamakan keimanan yang teguh dan akal yang sihat walaupun harus bertentangan dengan hawa nafsu.

2.0BIODATA SANADNama SebenarTabaqatNasabKuniyahGelaranTempatLahirTarikh Wafat

Muhammad bin Al-MuthannaKibar Tabi Al-AtbaAl-Anazi

Abu MusaAl-ZamanBasrah252 hijriyah

Abdul Wahab Al-ThaqafiWustho min Al-TabiinAl-Thaqaf

Abu MuhammadTiadaBasrah252 hijriyah

Ayyub bin Abu Tamimah KisanAl-Sughra minAl-TabiinAl-Syakhtiyani

Abu BakarTiadaBasrah131 hijriyah

Abdullah bin Zaid bin Amr bin NabilAl-Wustho minAl-TabiinAl-Jaram

Abu QilabahTiadaBasrah104 hijriyah

Anas bin Malik bin al-Nadr bin Damdam bin Zaid bin HaramSahabatAl-Ansar Al-Madani

Abu HamzahKhadim rasulullahBasrah93 hijriyah

3.0SYARAH HADIS SECARA RINGKASSecara ringkasnya di dalam hadis ini Rasulullah SAW menerangkan mengenai konsep halawatul iman yang bermaksud bahawa seseorang Muslim itu tidak akan berpuas hati dengan tingkat imannya sendiri. Ia sentiasa inginkan imannya dipertingkatkan setiap waktu. Konsep ini juga amat sesuai dengan konsep kualiti atau kecemerlangan yang sentiasa boleh dan perlu dipertingkatkan. Tingkat kecemerlangan itu tidak terhad, samalah seperti tingkat iman itu. Contohnya, kita harus cuba meningkatkan kecemerlangan ibadat kita, sama ada ibadat khusus mahu pun ibadat umum. Halawatul Iman didefinisikan sebagai perasaan berasa gembira dalam melakukan ibadat, sanggup menanggung kepayahan demi mendapatkan keredhaan Allah dan Rasul-Nya serta mengutamakan Alllah dan Rasul-Nya lebih daripada harta benda dunia.4.0SYARAH HADIS SECARA TERPERINCI Halawatul iman bermaksud kemanisan iman. Sesungguhnya kemanisan iman ini hanyalah dapat dikecapi oleh orang-orang soleh yang sentiasa berusaha untuk mentaati Allah serta beristiqamah dalam melakukan amal makruf nahi mungkar. Mencintai Rasulullah SAW adalah merupakan sebahagian daripada iman. Rasulullah SAW merupakan contoh teladan yang terbaik perlu dicontohi oleh semua orang Islam. Imam Bukhari telah menggunakan bentuk istiarah yakni bentuk pengandaian untuk menjelaskan naik dan turunnya keimanan seseorang.

Syaikh Abu Muhammad bin Abu Jamrah mengatakan bahawa penggunaan istilah manisnya iman ini adalah kerana Allah telah menyamakan iman dengan sebatang pohon sebagaimana dalam firmannya yang bermaksud Perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik.

Maksud kalimah dalam firman tersebut adalah kalimah ikhlas yakni makna yang terkandung dalam surah al-Ikhlas sedangkan pohon tersebut adalah merupakan dasar keimanan, rantingnya adalah melaksanakan perintah dan menjauhi segala larangan, daunnya pula adalah kebaikan yang diperhatikan oleh seorang mukmin, buahnya adalah perbuatan taat dan manisnya buah adalah buah yang sudah siap untuk dipetik kerana buah yang siap untuk dipetik menunjukkan manisnya buah tersebut.Menurut Imam Baidawi, maksud cinta di dalam hadis tersebut adalah cinta yang menggunakan akal. Ini bermaksud kecintaan tersebut lebih mengutamakan akal yang sihat walaupun bertentangan dengan hawa nafsu. Sebagai contoh, orang yang menderita kesakitan pada hakikatnya tidak mahu minum ubat namun akalnya telah memilih untuk minum ubat apabila berfikir bahawa ubat adalah alat yang dapat menyembuhkan penyakit. Pilihan akal inilah yang membuatkan nafsu orang yang sakit itu untuk memilih ubat. Apabila manusia telah menganggap bahawa larangan dan perintah Allah pasti akan mendatangkan manfaat dan akal pula cenderung untuk membenarkan hal tersebut maka, orang tersebut akan membiasakan diri untuk melaksanakan semua perintah tersebut. Oleh hal yang demikian, hawa nafsu seseorang secara automatiknya akan mengikuti kemahuan akal.

Rasulullah SAW telah menjadikan tiga pekara tersebut sebagai tanda kesempurnaan iman seseorang kerana jika seseorang telah meyakini bahawa hanya Allah semata-mata yang dapat mengurniakan nikmat dan Rasulullah SAW pula telah menjelaskan apa yang dikehendaki oleh Allah, maka manusia harus mempraktikkan semua yang dilakukan hanyalah semata-mata kerana Allah. Selain itu, kita perlu yakin bahwa semua yang dijanjikan oleh Allah pasti akan menjadi kenyataan.

Cinta kepada Allah mencakupi dua perkara iaitu:1. Fardu Kecintaan yang mendorong manusia untuk melaksanakan segala perintah Allah, meninggalkan segala maksiat dan redha kepada ketetapan Allah. Orang yang terjerumus dalam kemaksiatan serta melaksanakan sesuatu yang diharamkan dan meninggalkan perkara-perkara yang wajib, maka dia telah lalai dan lebih mengutamakan nafsunya daripada kecintaan kepada Allah. Perilaku yang tidak baik ini akan menyebabkan seseorang menjadi tidak peduli dengan apa yang berlaku dan mudah terjerumus ke lembah maksiat yang pastinya akan menimbulkan penyesalan yang tak sudah.

2. Sunnah Membiasakan diri untuk melakukan solat sunat dan berusaha untuk meninggalkan perkara-perkara yang berbentuk syubhat. Golongan ini amat jarang untuk ditemui kini. Golongan ini amat mencintai Allah dan Rasulullah SAW. Golongan ini meredhai syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Syeikh Muhyiddin mengatakan bahawa hadis ini mengandungi makna yang mulia kerana hadis ini merupakan dasar kepada agama. Kemanisan iman adalah kelazatan dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah serta mengutamakan agama daripada hal-hal yang berkaitan keduniaan. Cinta kepada Allah hanya dapat dicapai dengan ketaatan kepada-Nya dan meninggalkan segala perkara yang mungkar.

Suatu ketika Umar r.a. berkata kepada Nabi SAW, "Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai dari pada segala sesuatu apa pun, kecuali diriku." Maka Nabi SAW, bersabda, "Tidak demikian, demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sehingga aku lebih engkau cintai dari pada dirimu sendiri." Maka Umar menjawab, "Demi Allah, sesungguhnya engkau sekarang lebih aku cintai dari pada diriku sendiri." Maka Nabi mejawab, "Sekarang hai Umar," (telah sempurna imanmu). Anas r.a. juga meriwayatkan daripada Rasulullah SAW, beliau bersabda, ertinya, "Tidak beriman salah seorang di antara kalian, sehingga aku lebih dia cintai dari pada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia." Oleh yang demikian, dapatlah kita fahami dari cinta ini adalah memenuhi apa yang diperintahkan Allah dan Rasul serta menjauhi apa yang dilarang Allah dan Rasul dengan penuh rasa rela hati dan ketundukan yang patuh, sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Imran: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.Terdapat beberapa cara khusus untuk mencapai kemanisan iman, antaranya ialah:

1. Cinta kepada Allah dan Rasul-Nya lebih daripada segalanya. Cinta kepada Allah dan Rasul-Nya lebih daripada segalanya membawa maksud mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada orang lain seperti orang tua, anak, diri sendiri dan semua orang. Mencintai Nabi SAW adalah merupakan tuntutan dari kecintaan terhadap Allah SWT. Ia berada di atas kecintaan terhadap seluruh manusia. Di antara ciri-cirinya adalah: 1. Beriman bahwa Rasulullah SAW adalah utusan Allah SWT, yang diutus kepada seluruh umat manusia, sebagai pemberi peringatan dan berita gembira, sebagai penyeru ke jalan Allah SWT dengan membawa cahaya yang terang benderang. 2. Bercita-cita untuk bertemu dengan baginda dan khuatir jika tidak dapat bertemu baginda. 3. Menjalankan perintah-perintah baginda serta menjauhi larangannya, kerana orang yang mencintai seseorang, maka akan mentaatinya. Jangan hanya mencintai Rasulullah SAW sekadar di bibir mulut sahaja namun tidak menjalankan perintahnya, bahkan melakukan juga larangannya.4. Meneruskan sunnahnya, mengamalkan, menyebarkan, membela dan memperjuangkannya. 5. Banyak berselawat dan kepada Rasulullah SAW. 6. Berakhlak dengan akhlak Rasulullah SAW dan beradab dengan adab-adab baginda serta mencintai sahabat-sahabat baginda dan membela mereka. 7. Mengkaji perjalanan hidup dan sirah Rasulullah SAW serta mengetahui keadaan dan berita-berita yang berkaitan baginda.

8. Selayaknya jalinan seorang muslim dengan muslim yang lain dibangunkan di atas landasan cinta kepada Allah SWT. Hal ini demikian kerana jenis cinta seperti ini memiliki keutamaan yang amat besar, dan mendatangkan pahala yang banyak. Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan hadits Nabi SAW tentang tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. Salah satu di antaranya adalah; "Dua orang yang saling menyintai karena Allah, berkumpul kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya." Justeru, terdapat langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk membolehkan seseorang memperolehi kecintaan Allah SWTsetelah melakukan kewajipan adalah sebagaimana yang disampaikan al-Imam Ibnul Qayyim, iaitu: 1. Membaca al-Qur'an dengan merenungkan dan memahami maknanya serta mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan amalan sunnah. 2. Terus menerus atau istiqamah dalam berzikir kepada Allah SWT dalam setiap keadaan samada melalui hati, lisan atau perbuatan. 3. Mendahulukan apa yang dicintai Allah SWT dibanding yang dicintai diri sendiri. 4. Berteman dengan orang-orang yang jujur mencintai Allah SWT dan sesama muslim. 5. Menjauhi segala perkara yang dapat menghalang antara hati dengan Allah SWT.2. Mengasihi manusia kerana Allah. Ia membawa maksud hendaklah hubungan antara seorang Muslim dengan muslim yang lain dilandasi dengan iman kepada Allah SWT dan amal soleh. Bertambahnya kecintaan bukan kerana mendapatkan keuntungan material dan berkurangnya cinta bukan kerana tiadanya manfaat dunia yang diperolehi, namun ukurannya adalah iman dan amal soleh. Saling mencintai kerana Allah SWT mempunyai hak-hak yang harus ditunaikan, di antaranya ialah: 1. Membantu memenuhi keperluan saudaranya dan mahu melakukan itu, sebagaimana di dalam hadis, "Sebaik-baik orang adalah yang paling memberi manfaat kepada orang lain." 2. Tidak menceritakan perkara yang aib, meminta maaf ketika melakukan kesalahan sebagaimana diri kita juga senang jika aib kita tidak dibicarakan, maka mereka pun demikian. 3. Tidak membenci, tidak iri hati dan dengki terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada saudara kita. 4. Mendoakan saudara kita tanpa pengetahuannya baik ketika dia masih hidup atau setelah meninggal dunia. Kerana doa yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakan adalah mustajab, begitu pula bagi yang berdoa. 5. Bersegera mengucapkan salam jika bertemu, bertanya tentang khabar dan keadaanya, tidak bersikap sombong dan merasa tinggi diri.3. Benci kepada kekufuran sebagaimana benci jika dicampakkan ke dalam api neraka.Benci jika kembali kepada kekufuran, sebagaimana bencinya jika dilemparkan ke dalam api. Di dalam riwayat lain disebutkan, "Bahkan dilemparkan ke dalam api lebih dia sukai daripada kembali kepada kekufuran, setelah Allah menyelamatkan dia dari kekufuran itu." Ini maknanya lebih mendalam daripada riwayat di atas, kerana riwayat di atas menunjukkan kesamaan tingkat di dalam membenci kekufuran dan membenci jika dibakar di dalam api. Kekufuran adalah hal yang dibenci Allah SWT. Maka seorang mukmin wajib membencinya. Orang kafir juga dibenci oleh Allah, maka orang mukmin juga harus membencinya disebabkan oleh kekufurannya yang akan mengiringi mereka masuk ke neraka. Atas dasar ini maka bersikap wala' kepada orang kafir adalah menjadi sebab kepada kemurkaan Allah SWT dan kemarahan-Nya. Di antara bentuk-bentuk sikap patuh kepada orang kafir adalah mencintai mereka, menolong mereka dalam rangka memerangi orang mukmin, bermudahanah yakni berbasa-basi, tidak mengingkari kesesatan dan kekeliruan mereka sehingga memberi kesan, bersahabat atau mengambil mereka sebagai teman akrab dan mengangkat mereka menjadi orang kepercayaan serta orang dekat (bithanah). Padahal Allah telah berfirman dalam Surah al-Imran: Maksudnya: Janganlah orang-orang mu'min mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mu'min. Barangsiapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali (mu). Kesan-kesan Halawatul Iman:1. Merasai kenikmatan dalam beribadat. 2. Menjadi seorang yang berakhlak mulia. 3. Sentiasa melakukan kebaikan. 4. Suka membantu masyarakat.

5.0PENGAJARAN HADIS

Di antara pengajaran yang boleh didapati daripada hadis yang dibincangkan ini antaranya ialah:1. Manusia perlu jujur dan ikhlas dalam melakukan sesuatu ibadah kepada Allah kerana setiap perbuatan manusia di atas muka bumi ini akan diperhitungkan kelak dan sesungguhnya Allah dapat melihat setiap amalan serta perbuatan yang dilakukan oleh manusia. 2. Manusia perlu bersungguh-sungguh dalam mengerjakan sesuatu ibadah dan amalan kebaikan seolah-olah dapat melihat Allah.3. Allah telah mengutuskan malaikat Jibril kepada manusia untuk memberi ilmu agama yang bermanfaat untuk manusia di atas muka bumi ini. 4. Seseorang Muslim perlu sentiasa memperbaiki amalan ke arah kebaikan dan mempertingkatkan iman kerana iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang jika tidak dijaga dengan sempurna. 5. Manusia perlu memanfaatkan segala ilmu yang diperolehi supaya ilmu tersebut dapat memberi petunjuk dan hidayat kepada manusia dalam menjalani kehidupan yang berteraskan wahyu Allah.6. Kemanisan Iman itu hanya boleh dirasai oleh orang yang meredai Allah sebagai Tuhan pencipta sekalian alam, mengakui bahawa Islam sebagai al-din yang mencakupi seluruh aspek kehidupan dan meyakini Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah.7. Tidak merasa berat atau susah menjadi seorang Islam dan mentaati segala perintah Allah, serta menjauhi larangan-Nya.8. Menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola sepanjang zaman.9. Kemanisan iman akan membuat hidup kita serba lengkap, serba cukup dan sangat bahagia dan penuh ketenangan serta merasa bangga menjadi seorang Muslim atau beragama Islam.

6.0RUMUSANIman kepada Allah memiliki rasa manis yang tidak mungkin dinikmati, kecuali oleh orang-orang yang beriman dengan sebenarnya. Oleh karena itu, tidak semua orang yang menyatakan dirinya mukmin secara automatiknya dapat merasakan manisnya iman itu. Cinta Allah SWT, kemudian disusuli dengan cinta kepada Rasul-Nya merupakan ciri terpenting yang harus dimiliki oleh siapa saja yang ingin merasakan lazatnya iman. Cinta Allah SWT dan cinta rasul-Nya tidak boleh diungguli oleh cinta kepada siapa pun selain keduanya. Bahkan cinta Allah SWT dan Rasul-Nya merupakan ukuran bagi kecintaan terhadap diri sendiri, orang tua, anak, dan sebagainya.