guru yang ideal

2
Guru Yang Ideal Guru yang ideal terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu kaedah pengajaran, cara bersosial, penampilan dan perwatakan, ilmu pengetahuan, kemahiran pertuturan antara pelajar dan guru dan sifat keprihatinan. Guru yang ideal mempunyai kemahiran dalam menguruskan kaedah pengajaran dengan baik. Interaksi dua hala antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan guru memainkan peranan yang penting agar isi pelajaran dapat disampaikan serta difahami oleh pelajar. Oleh yang demikian, guru perlu membuat persediaan yang cukup sebelum memulakan pengajaran di samping bijak menarik minat pelajar untuk belajar supaya pelajar tidak bosan dengan apa yang disampaikan. Selain itu, guru perlu memasukkan unsur-unsur humor atau lawak jenaka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Untuk menjadikan kaedah pengajaran yang lebih menarik adalah dengan menyelitkan kata-kata perangsang serta pujian terhadap pelajar. Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik bagi membuka minda pelajar. Guru yang ideal perlulah pandai bersosial dan mesra bergaul dengan masyarakat sekeliling. Oleh itu, penglibatan dengan aktiviti di sekolah mahupun bersama ahli masyarakat amat penting. Dengan kata lain, guru mempunyai pengetahuan dalam semua bidang. Jadi, guru perlu pandai menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan masyarakat sekitarnya. Penampilan dan perwatakan yang baik dimiliki oleh seorang guru yang ideal. Keterampilan perlu bersesuaian dengan subjek yang diajar oleh beliau. Seperti guru pendidikan jasmani perlulah mempunyai sikap yang aktif dan sentiasa bersemangat. Daripada keterampilan yang ditonjolkan dapat membakar semangat para pelajar untuk berusaha menjadi seperti guru tersebut. Sikap berfikiran terbuka untuk mendengar masalah pelajar dan berusah menyelesaikan masalah perlu ada pada guru yang cemerlang. Oleh itu, guru ini mempunyai daya tarikan serta dipercayai oleh pelajar untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Ini diperkuatkan lagi apabila dapat menyelami perasaan pelajar berkenaan dan cara guru berkomunikasi dengan pelajar sangat baik.

Upload: cikgueifa

Post on 30-Jul-2015

314 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Guru yang ideal

Guru Yang Ideal

Guru yang ideal terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu kaedah pengajaran, cara bersosial, penampilan dan perwatakan, ilmu pengetahuan, kemahiran pertuturan antara pelajar dan guru dan sifat keprihatinan.

Guru yang ideal mempunyai kemahiran dalam menguruskan kaedah pengajaran dengan baik. Interaksi dua hala antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan guru memainkan peranan yang penting agar isi pelajaran dapat disampaikan serta difahami oleh pelajar. Oleh yang demikian, guru perlu membuat persediaan yang cukup sebelum memulakan pengajaran di samping bijak menarik minat pelajar untuk belajar supaya pelajar tidak bosan dengan apa yang disampaikan.

Selain itu, guru perlu memasukkan unsur-unsur humor atau lawak jenaka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Untuk menjadikan kaedah pengajaran yang lebih menarik adalah dengan menyelitkan kata-kata perangsang serta pujian terhadap pelajar. Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik bagi membuka minda pelajar. Guru yang ideal perlulah pandai bersosial dan mesra bergaul dengan masyarakat sekeliling. Oleh itu, penglibatan dengan aktiviti di sekolah mahupun bersama ahli masyarakat amat penting. Dengan kata lain, guru mempunyai pengetahuan dalam semua bidang. Jadi, guru perlu pandai menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan masyarakat sekitarnya.

Penampilan dan perwatakan yang baik dimiliki oleh seorang guru yang ideal. Keterampilan perlu bersesuaian dengan subjek yang diajar oleh beliau. Seperti guru pendidikan jasmani perlulah mempunyai sikap yang aktif dan sentiasa bersemangat. Daripada keterampilan yang ditonjolkan dapat membakar semangat para pelajar untuk berusaha menjadi seperti guru tersebut.

Sikap berfikiran terbuka untuk mendengar masalah pelajar dan berusah menyelesaikan masalah perlu ada pada guru yang cemerlang. Oleh itu, guru ini mempunyai daya tarikan serta dipercayai oleh pelajar untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Ini diperkuatkan lagi apabila dapat menyelami perasaan pelajar berkenaan dan cara guru berkomunikasi dengan pelajar sangat baik.

Page 2: Guru yang ideal

Guru juga perlu sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu Ilmu supaya guru tidak menjadi orang yang ketinggalan. Untuk itu, guru harus berusaha mendalami bidang pengkhususan yang diambil di samping memperluaskan bidang pengetahuan yang sedia ada dan terus mengulang kaji agar tidak ketinggalan dan ditelan arus perubahan. Cara lain untuk meningkatkan ilmu adalah dengan mengikuti kursus-kursus bagi meningkatkan profesion perguruannya. Pengalaman mengajar merupakan aset yang penting untuk mendidik pelajar supaya cemerlang. Pengalaman mengajar ini tidak boleh dijual beli dan tidak ternilai harganya. Guru yang berpengalaman tahu asam garam kehidupan sebagai seorang guru. Maka dapat menyelesaikan masalah dengan mudah serta menjadi contoh kepada guru-guru yang lain.

Hubungan yang baik antara guru dengan murid akan dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar. Oleh itu, komunikasi yang baik perlu wujud antara pelajar dengan guru. Keadaan ini akan menjadikan pelajar lebih selesa untuk mendekati guru dan bertanya soalan yang mereka tidak faham tentang sesuatu tajuk. Hal ini demikian kerana, guru akan memberi tunjuk ajar kepada pelajar yang menunjukkan minat terhadap ilmu yang disampaikannya. Guru juga akan memberi nasihat dan tip-tip berguna untuk berjaya terutamanya kepada yang selalu mendampingi guru tersebut.

Pertuturan perlu bersesuaian dengan penerima terutamanya sewaktu menyampaikan isi pelajaran agar maklumat tersebut dapat diterima dengan berkesan. Ini kerana tahap pemikiran pelajar berbeza-beza. Pelajar kelas akhir tahap pemikiran adalah rendah. Oleh itu, penggunaan kata-kata dan istilah yang mudah difahami digunakan. Ayat yang mudah dan ringkas digunakan bagi memudahkan pelajar memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru.

Keprihatinan perlu ada pada guru ideal. Keprihatinan dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dengan pelajar. Guru cuba menyelami perasaan dengan perhubungan yang baik dan memahami situasi pelajar. Keprihatinan yang ditunjukkan oleh guru menyebabkan pelajar rasa diri mereka disayangi dan dihormati. Guru perlu meluangkan sedikit masa bersama pelajar dan duduk berbual bersama mereka dan mendengar masalah mereka.