ifolio.ukm.my · web viewdalam dunia yang berbeza acuannya mengikut zaman dan peradapan yang wujud,...

11
HHHC9501 Set4 Sem 2 20132014 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN LAPORAN AKHIR AMANINA SHARIDZAN BT AZIZAN A144164 FAKULTI KEJURUTERAAN & ALAM BINA

Upload: dinhtu

Post on 05-May-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

HHHC9501 Set4 Sem 2 20132014

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN

LAPORAN AKHIR

AMANINA SHARIDZAN BT AZIZAN

A144164

FAKULTI KEJURUTERAAN & ALAM BINA

KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan2.0 Misi3.0 Matlamat4.0 Objektif5.0 Pembuktian6.0 Penutup

1.0 PENDAHULUAN

Dalam dunia yang berbeza acuannya mengikut zaman dan peradapan yang wujud, maka cetusan bagi melahirkan “komuniti varsiti yang ideal” perlulah berteraskan kepada konsep holistik ataupun menyeluruh. 08/03/14 adalah tarikh yang cukup strategik dan bersejarah buat saya. Hal ini kerana , saya telah menyertai satu program iaitu Women Engineer’s Day bagi menyelesaikan HHHC9501 Set4 Sem 2 20132014 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN.

Women Engineer’s Day merupakan program yang julung-julung kali diadakan khusus buat mahasiswi FKAB. Program ini dianjurkan oleh PEMATRA di bawah kelolaan Naib Yang Dipertua 2 (NYDP2) PEMATRA. Bertepatan dengan bidang tugas NYDP2 yang menjurus kepada hal kebajikan mahasiswi FKAB, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswi FKAB peluang dan cabaran menjadi seorang jurutera wanita di masa hadapan. Bertemakan ‘Leadership Mentoring’ ia bukan sekadar mengenai kejuruteraan semata-mata, program ini juga akan menyentuh mengenai isu-isu wanita semasa lebih-lebih lagi berkaitan dengan kepimpinan wanita pada masa sekarang. Bagaimana mahu mencorak seorang pemimpin wanita bukan sekadar berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing malah mampu menyumbang semaksimum mungkin kepada masyarakat. Sebelum ini bagi sesi kepimpinan tiga tahun yang lepas, PEMATRA juga pernah mengadakan program khusus untuk mahasiswi iaitu Tunas Jurutera juga dengan matlamat yang sama iaitu berkaitan kejuruteraan. Setelah hampir tiga tahun kurangnya program yang khusus buat mahasiswi, sesi kali ini kami mengorak langkah dengan mengadakan Women Engineer’s Day dengan pembawakan yang berbeza.

Melalui program ini , melatih saya agar berfikir secara kreatif dan kritis.Hal ini kerana aktiviti yang dijalankan seperti penyelesaian masalah dalam kumpulan.Selain itu , melatih saya agar megambil kira pelbagai aspek apabila membuat keputusan.Terdapat banyak aktiviti yang telah dijalankan seperti forum yang terdiri daripada panel yang sangat berpengalaman dan aktiviti dalam kumpulan.Apabila berada dalam kumpulan , banyak pandangan dan buah fikiran yang diutarakan.Oleh itu , sebagai satu kumpulan kita harus berbincang agar dapat mencapai kata sepakat.Dari sini juga saya sedar betapa pentingnya untuk bekerja dalam satu kumpulan.

2.0 MISIWomen Engineer’s Day diadakan bertujuan untuk membina karakter dan keyakinan diri sebagai

seorang wanita bekerjaya sekaligus sebagai pemimpin masyarakat.

3.0 MATLAMAT

Mendukung falsafah, wawasan, misi dan matlamat Universiti Kebangsaan Malaysia disamping

melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berketrampilan dan berwawasan agar dapat menjalinkan

hubungan yang erat antara pensyarah, kakitangan dan mahasiswa Universiti Kebangsaan

Malaysia seterusnya menjayakan konsep Satu Malaysia yang digagaskan oleh YAB Datuk Seri

Mohd Najib Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Membina kerjaya sebagai seorang jurutera wanita dan sebagai warga masyarakat yang

berjaya.

4.2 Membina karakter dan keyakinan diri sebagai seorang jurutera wanita di Malaysia.

4.3 Menjadikan institusi professional dan kesarjanaan sebagai mentor.

4.4 Menggalakkan kursus yang berbentuk membina kemahiran – kemahiran berorganisasi.

4.5 Mendedahkan cabaran dunia kejuruteraan sebagai jurutera wanita

5.0 PEMBUKTIAN

Bukti projek ini telah dijalankan

Masa perjumpaan (perbincangan ) Masa persiapan Masa pelaksanaan

Masa perjumpaan :

Perancangan awal :

Perancangan awal

Misi : membina karakter dan

keyakinan diri sebagai seorang wanita bekerjaya Matlamat :

Mendukung falsafah,

wawasan, misi dan matlamat

Universiti Kebangsaan

Malaysia

Tema : Today’s Engineer, Tomorrow Leader

Tajuk Program :WOMEN

ENGINEER’S DAY 2014

Tarikh :3 Mac 2014

Tempat :Fakulti

Kejuruteraan dan Alam Bina

Masa persiapan :

Perjumpaan yang pertama bagi membincangkan perjalanan program dan pembahagian kerja.Saya memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa program telah dipertanggungjawabkan untuk mengawal keadaan pada hari kejadian agar program berjalan lancar.Selain itu , merancang beberapa aktiviti untuk dijalankan pada hari kejadian.

Masa pelaksanaan :

4 orang ahli panel telah dijemput untuk memberi forum. Cik Jai , Assoc. Prof. Dr. Anie Tawil , Ir Kumari Nalini Subramaniam dan. Ir. Raftah Mahfar antara yang hadir.Manakala antara tajuk yang dibincangkan adalah :

i. Cabaran yang paling memberi kesan setelah bergelar graduan kejuruteraan.ii. Diskriminasi gender dalam bidang kejuruteraaniii. i. Kajian Luar Negara (Dr. Nadya Fouad : Professor at the University of Wisconsin-Milwaukee,

USA) : Daripada 20% graduan kejuruteraan (wanita), hanya 11% yang bekerja sebagai jurutera. Hasil kajian menunjukkan persekitaran tempat kerja menjadi faktor utama.

iv. Cabaran sebagai seorang wanita berkerjaya, berkeluarga dan seorang yang belajar.Daripada 20% graduan kejuruteraan (wanita), hanya 11% yang bekerja sebagai jurutera. Hasil kajian menunjukkan persekitaran tempat kerja menjadi faktor utama.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah apabila kita diberi sitiuasi dan kita perlu berfikir pendekatan yang bagaimana boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah kita.Melalui aktiviti ini , saya berfikir secara kritis dengan menganalisa pelbagai jenis penyelesaian agar sesuai dengan masalah saya.Tambahan pula , apabila dalam satu kumpulan , banyak iadea yang penyelesaian masalah yang dapat dikenal pasti . Di sini juga bekerja sebagai satu kumpulan.

6.0 PENUTUP Setiap masalah yang dihadapi akan terkandung di dalamnya benih penyelesaian.Oleh itu kita

harus mengambil langkah yang bijak untuk mengatasi masalah tersebut.Alhamdulilah , segala rintangan dan halangan berjaya kami lalui bagi menjayakan program Women Engineer’s Day.Ini merupakan pengalaman yang paling berharga buat saya kerana sebelum ini saya tidak pernah menyertai dan menganjurkan mana – mana program.Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menimba ilmu dan mempelajari sesuatu yang tidak pernah saya belajar. Tambahan pula melalui program seperti ini melatih saya agar berfikir secara kreatif dan kritis.Hal ini kerana jika dilihat aktiviti yang telah dijalakan , kami diberi situasi dan kami perlu mencari jalan bagi menyelesaikan masalah tersebut.Selain itu , program ini turut melatih saya agar megambil kira pelbagai aspek apabila membuat keputusan.Kita harus melihat kepada kesan yang perlu dihadapi jika kita membuat keputusan.Sebagai contoh , apabila kita menghadapi masalah ditempat kerja iaitu ganguan seksual.Adakah kita perlu berdiam diri , melaporkan pada pihak tertentu atau letak jawatan dan diamkan diri ? Oleh itu , sebelum mengambil sesuatu keputusan kita perlu berfikir secara baik.