guru tiada semangat mengajar

17
Guru tiada semangat mengajar Oleh WAN NAJIB WAN DAUD [email protected] KUALA LUMPUR 10 Sept. - Ramai guru lepasan institusi pengajian tinggi atau institut pendidikan guru (IPG) tidak memiliki semangat untuk mengajar, ekoran profesion itu adalah jalan terakhir untuk mengelak daripada menjadi penganggur. Disebabkan itu, boleh dikatakan ramai guru tidak mampu menjadikan profesion perguruan sebagai kerjaya pilihan utama. Pernyataan itu adalah salah satu resolusi yang dibangkitkan dalam Forum Konsep Baharu Pendidikan Abad Ke-21 yang diadakan di Universiti Malaya hari ini. "Jika perkara ini tidak ditangani dengan betul akan memberi kesan kepada anak-anak kita terutamanya yang baharu memasuki sekolah rendah kerana tiada guru yang betul-betul bersemangat tentang kerjayanya," kata peserta forum tersebut, Datuk Naim Mohamad yang menyertai forum tersebut. Forum anjuran Global Peace Festival Malaysia dan Institut Pengurusan Penyelidikan dan Pemantauan Universiti Malaya itu turut dihadiri panel-panel yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Mereka ialah Timbalan Pengarah Kementerian Pendidikan, Dr. Azian Syed Abdullah; Pengasas dan Pengarah Eksekutif LeadIn Amerika Syarikat, Dr. Tony Devine; Ketua Pegawai Eksekutif Mindvalley Engage and Mindvalley Publishing, Veena Sidhu dan Ahli Jawatankuasa Majlis Pengetua-pengetua Sekolah Menengah, Datin Noorul Aini Ambak. Selain itu, resolusi itu turut menyatakan bahawa persekitaran di IPG-IPG mempengaruhi kesan psikologi kepada bakal-bakal guru yang mana ada di antaranya masih berada di takuk lama sama ada dari segi peralatan, kemudahan dan lain-lain. Berbanding dengan sekolah, perubahan berlaku setiap masa selari dengan kehendak sistem pendidikan rendah dan menengah yang dikehendaki kerajaan. Begitu juga, didapati bakal-bakal guru yang terpilih mestilah dilengkapi ilmu pengetahuan yang terbaik kerana ada di sesetengah sekolah, pelajar lebih bijak daripada guru. Sementara itu, Noorul Aini tidak menafikan kualiti sesetengah guru tidak begitu membanggakan kerana ada yang masuk menggunakan 'pintu belakang'. "Risiko inilah yang menyebabkan ramai guru tidak bersemangat atau ala kadar menjalankan tugas masing-masing kerana mereka tidak berminat sebenarnya," katanya. Tambah beliau, kerajaan perlu melihat pelbagai faktor yang menyelubungi masalah guru dan menanganinya dengan baik berbanding dibebani dengan pelbagai kerja-kerja sampingan lain yang boleh menjejaskan fokus guru.

Upload: ku-yan

Post on 27-Nov-2015

88 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pembacaan untuk interview SPP

TRANSCRIPT

Page 1: Guru Tiada Semangat Mengajar

Guru tiada semangat mengajarOleh WAN NAJIB WAN [email protected]

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Ramai guru lepasan institusi pengajian tinggi atau institut pendidikan guru (IPG) tidak memiliki semangat untuk mengajar, ekoran profesion itu adalah jalan terakhir untuk mengelak daripada menjadi penganggur.

Disebabkan itu, boleh dikatakan ramai guru tidak mampu menjadikan profesion perguruan sebagai kerjaya pilihan utama.

Pernyataan itu adalah salah satu resolusi yang dibangkitkan dalam Forum Konsep Baharu Pendidikan Abad Ke-21 yang diadakan di Universiti Malaya hari ini.

"Jika perkara ini tidak ditangani dengan betul akan memberi kesan kepada anak-anak kita terutamanya yang baharu memasuki sekolah rendah kerana tiada guru yang betul-betul bersemangat tentang kerjayanya," kata peserta forum tersebut, Datuk Naim Mohamad yang menyertai forum tersebut.

Forum anjuran Global Peace Festival Malaysia dan Institut Pengurusan Penyelidikan dan Pemantauan Universiti Malaya itu turut dihadiri panel-panel yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Mereka ialah Timbalan Pengarah Kementerian Pendidikan, Dr. Azian Syed Abdullah; Pengasas dan Pengarah Eksekutif LeadIn Amerika Syarikat, Dr. Tony Devine; Ketua Pegawai Eksekutif Mindvalley Engage and Mindvalley Publishing, Veena Sidhu dan Ahli Jawatankuasa Majlis Pengetua-pengetua Sekolah Menengah, Datin Noorul Aini Ambak.

Selain itu, resolusi itu turut menyatakan bahawa persekitaran di IPG-IPG mempengaruhi kesan psikologi kepada bakal-bakal guru yang mana ada di antaranya masih berada di takuk lama sama ada dari segi peralatan, kemudahan dan lain-lain.

Berbanding dengan sekolah, perubahan berlaku setiap masa selari dengan kehendak sistem pendidikan rendah dan menengah yang dikehendaki kerajaan.

Begitu juga, didapati bakal-bakal guru yang terpilih mestilah dilengkapi ilmu pengetahuan yang terbaik kerana ada di sesetengah sekolah, pelajar lebih bijak daripada guru.

Sementara itu, Noorul Aini tidak menafikan kualiti sesetengah guru tidak begitu membanggakan kerana ada yang masuk menggunakan 'pintu belakang'.

"Risiko inilah yang menyebabkan ramai guru tidak bersemangat atau ala kadar menjalankan tugas masing-masing kerana mereka tidak berminat sebenarnya," katanya.

Tambah beliau, kerajaan perlu melihat pelbagai faktor yang menyelubungi masalah guru dan menanganinya dengan baik berbanding dibebani dengan pelbagai kerja-kerja sampingan lain yang boleh menjejaskan fokus guru.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130911/dn_17/Guru-tiada-semangat-mengajar#ixzz2eZeJdaQI © Utusan Melayu (M) Bhd 

Page 2: Guru Tiada Semangat Mengajar

11 Anjakan dalam PPPMBy Damia Noraini, Anne Selvam and 3 others in DPLI-GSTT (IPG..2012-2013) (Files) · Edit Doc

Anjakan 1

MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA

PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF ANTARABANGSA

 

▪ Menanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca,matematik dan sains dengan standard

antarabangsa

▪ Melancarkan kurikulum baru sekolah menengah (KSSM) dan semakan semula

kurikulum sekolah rendah (KSSR) pada 2017

▪ Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras

tinggi pada 2016

▪ Meningkatkan kualiti prasekolah dan

meningkatkan enrolmen kepada 100% menjelang 2020

▪ Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula

pada umur 6+ tahun, disokong dengan program pengekalan yang disasarkan dan latihan vokasional sebagi persediaan

untuk pekerjaan

▪ Meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid

dengan keperluan khusus

 

 

Anjakan 2:

MEMASTIKAN SETIAP MURID PROFISIEN DALAM BAHASA MALAYSIA DANBAHASA INGGERIS

 

▪ Memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah, dengan sokongan pemulihan intensif

untuk murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas Peralihan

▪ Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris

▪ Meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap Bahasa Inggeris

▪ Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa

tambahan menjelang 2025

 

 

Anjakan 3:

MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN

PENGHAYATAN NILAI

 

▪ Memperkukuh pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan

menjelang 2017

▪ Memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan falsafah agama utama

menjelang 2017

▪ Memperkembangan murid secara holistik dengan

mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform

▪ Mengukuhkan danmemperluas RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah,kumpulan etnik

dan sosio ekonomi

 

 

Anjakan 4:

TRANFORMASI KEGURUAN SEBAGAI PROFESION PILIHAN

 

Page 3: Guru Tiada Semangat Mengajar

▪ Mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan 30% teratas

▪ Meningkatkan kualiti CPD mulai 2013, dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah

▪ Memastikan guru memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan mengurangkan beban pentadbiran

▪ Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai 2016

▪ Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang 2016

▪ Membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan mulai 2025

 

 

Anjakan 5:

MEMASTIKA KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI

DI TEMPATKAN SETIAP SEKOLAH

 

▪ Memperkenalkan kriteria pemilihan berasaskan

kompetensi dan memperkukuhkan proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013

▪ Melaksanakan pakej kerjaya baharu bagi pengetua guru besar mulai 2013, dengan lebih sokongan, lebih fleksibiliti

pengoperasian

bagi menambah baik sekolah, kurikulum dan

kokurikulum, serta lebih akauntabiliti terhadap

meningkatkan keberhasilan murid

 

Anjakan 6 :

MENGUPAYA JPN, PPD DAN SEKOLAH

UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN

KHUSUS BERASASKAN KEPERLUAN

 

▪ Mempercepatkan penambahbaikan prestasi

sekolah melalui program yang sistematik dan

dipimpin PPD di semua negeri menjelang 2014

▪ Meningkatkan autonomi pengurusan berasaskan sekolah, termasuk lebih fleksibiliti pengoperasian ke atas pengagihan

bajet

dan pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan

sekolah yang mencapai prestasi tinggi dan

menunjukkan peningkatan prestasi besar

▪ Memastikan 100% sekolah memenuhi

keperluan infrastruktur asas menjelang 2015,

bermula dengan Sabah dan Sarawak

 

 

 

Anjakan 7:

MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN DI MALAYSIA

 

▪ Meningkatkan akses internet dan persekitaran

pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi

semua 10,000 sekolah menjelang 2013

▪ Menambahkan kandungan atas talian untuk

perkongsian amalan terbaik bermula dengan

perpustakaan video guru terbaik menyampaikan

pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013

▪ Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri

untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran

lebih khusus

 

 

 

Anjakan 8:

MENTRANFORMASI KEBOLEHUPAYAAN DAN KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

 

Page 4: Guru Tiada Semangat Mengajar

▪ Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan terhadap bajet dan

personel, serta meningkatkan akuantabiliti bagi KPI mulai 2013

▪ Sekurang-kurangnya 2,500 lagi personel ditempatkan daripada KPM dan JPN kepada PPD untuk menyokong sekolah

menjelang 2014

▪ Memperkukuh kebolehupayaan

kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013

▪ Memperkukuh fungsi utama dan merasionalisasi struktur Kementerian mulai 2016

 

 

Anjakan 9:

BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA,

KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA SECARA MELUAS

 

▪ Melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana

penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah (SAPS)

▪ Mendapatkan maklum balas daripada setiap

PIBG mengenaipelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016

▪ 1,000 biasiswa daripada sektor swasta untuk murid berbakat daripada komuniti miskin untuk belajar di sekolah swasta

dan antarabangsa

▪ Memperluas model Sekolah Amanah kepada 500 buahmenjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGOs

yang berpotensi sebagai penganjur

 

 

Anjakan 10:

MEMAKSIMUMKAN\ KEBERHASILAN MURID BAGI SETIAP RINGGIT

 

▪ Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasionalisasi program berimpak rendah pada

setiap tahun, selaras

dengan anjakan keseluruhan kerajaan ke arah Buget Berasaskan Keberhasilan (OBB)

▪ Memanfaatkan peluang meningkatkan efisiensi,

dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang

paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru

 

 

Anjakan 11:

MENINGKATKAN KETELUSAN UNTUK AKAUNTABILITI AWAM SECARA LANGSUNG

 

▪ Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan mulai 2013

▪ Melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan Pelan Pembangunan

Pendidikan kekal relevan dengan memasukkan maklumbalas daripada pihak

berkepentingan dan mengambilkira perkembangan persekitaranny

HANYA 30% GRADUAN PERGURUAN DAN PENDIDIKAN AKAN MENDAPAT KERJA!

KUALA LUMPUR - Profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elit apabila pengambilan dibuat hanya dalam kalangan graduan 30 peratus terbaik dalam negara dalam usaha mentransformasi profesion itu menjadi profesion pilihan.

Ini bermakna Kementerian Pendidikan akan meninggikan syarat kelayakan kemasukan ke profesion keguruan bagi memastikan semua guru yang mengikuti setiap latihan perguruan memenuhi syarat minimum kelayakan akademik.

Kementerian turut berhasrat untuk mengubah Institut Pendidikan Guru (IPG) kepada universiti latihan guru bertaraf dunia

Page 5: Guru Tiada Semangat Mengajar

menjelang 2020 dan menilai semula kurikulum latihan praperkhidmatan semasa bagi memastikan guru bersedia untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi yang diperlukan murid.

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, mulai tahun ini, guru akan menerima program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) bagi membantu guru mencapai potensi penuh.

Program CPD itu termasuk latihan komponen teras dan elektif mengikut keperluan pembangunan diri yang akan diberi latihan secara individu daripada penyelia masing-masing.

Pelan itu turut menyebut, guru boleh memilih laluan kerjaya yang menarik berdasarkan prestasi, potensi dan minat mereka, sama ada memilih untuk menjalankan tugas kepimpinan atau menjadi guru pakar.

Selain itu, guru juga akan dinilai secara tahunan oleh pengetua atau guru besar dengan menggunakan input yang mungkin diberikan oleh rakan sejawat dan menggunakan instrumen penilaian baharu yang memberi tumpuan kepada keupayaan guru menyampaikan pengajaran secara berkesan di dalam dan luar bilik darjah.

Dalam memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah, kementerian akan menukar kriteria pemilihan pengetua dan guru besar daripada pemilihan berasaskan tempoh perkhidmatan kepada pemilihan yang berfokuskan kecekapan kepimpinan.

Setiap pengetua atau guru besar juga dikehendaki mendapatkan sijil Kelayakan Profesional Kebangsaan bagi Kepimpinan Pendidikan (NPQEL) daripada Institut Aminuddin Baki sebelum boleh dilantik.

Pengetua dan guru besar yang bakal dilantik juga akan mengikuti program pementoran selama satu bulan di bawah bimbingan pengetua dan guru besar yang akan berpindah dan bersara.

Dalam pada itu, kementerian akan memastikan 100 peratus sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, bersih dan kondusif.

Kementerian juga akan melaksanakan prinsip asas yang telus dan saksama dalam pengagihan kewangan dan sokongan lain kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

Bagi memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam meningkatkan kualiti pembelajaran, kementerian menyediakan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui iBestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah menjelang tahun ini.

Perpustakaan video pengajaran oleh guru cemerlang akan diwujudkan supaya guru boleh menggunakan sumber ini bagi mendapatkan idea dan murid pula dapat menjadikannya sebagai alat ulang kaji. - BERNAMA

Assalamualaikum..

Hye! Dalam entry ni sy nak share apa yg patut dalam temuduga yg telah dilakukan terhadap rakan-rakan. Temuduga bermula dr 19 Feb - 27 Mac 2013. Temuduga yg dilakukan berbeza tempat dan masa. Sy copy dan paste semula post serta komen2 rakan-rakan sy semasa ditemuduga. Harap membantu adik-adik yg akan ditemuduga kelak. 

Temuduga utk pengesahan jawatan - PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DG41

Satu kumpulan dalam 5-6 org. Masuk berkumpulan, ditanya seorang demi seorang. Ada yg blh beri pendapat, tolak ansur bg jwpn dgn rakan2. Tolong rakan2 dlm sesi temuduga tu. Bergantung kepada setiap panel. Setiap panel berbeza cara, jadi pastikan persiapan tu ada.

------

Page 6: Guru Tiada Semangat Mengajar

NUROL FATINIPG KSAH PRASEKOLAH

Salam rakan2...sekadar ingin mberi sedikit info ttg soalan yg ditanya semasa temuduga tadi...alhamdulillah selesai sudah...saya sempat bertanya tiap rakan kita yg ditemuduga...soalannya lain2...fokus byk ttg PPPM, NKRA, PBS, dan FPK dan beberapa isu semasa...yang ditanyapon xbyk...penemuduga akan tya apa yg dh kita baca...soalan 2 yg akan ditanya...soalan yg ditanya ikut pada penemuduga...klu ok mmg dorg akan tya soalan KBKK...dan yg paling seronok untuk dijawab adalah soalan ikut bidang tugas masing2...semoga rakan2 yg akan ditemuduga nanti akan dpt mjawab dgn baik...insyaallah...amin... 

jgn risau ok...soalan yg fakta dia xakan tya byk...dia lebih fokus pada subjek yg kita ajar...tp mgkin ikut penemuduga jugak...jd baca skadar tahu...insyaallah dpt jawab semua

SOAP MACTAVISH

Pesanan buat rakan2 yg belum SPP lagi, berdasarkan pengalaman pagi tadi di IPSAH:

1) Sediakan segala dokumen secukupnya, Susun ikut turutan senarai semak.2) Pakaian kemas dan ikut kod pakaian guru. Blazer tu optional, Kita bukan penemuduga,tapi ditemuduga.3) BAnyakkan tau isu semasa di Malaysia, dan pengetahuan am. Nanti penemuduga SPP akan tanya, kena tau mendalam isu semasa yg kita pilih. Nanti kena query.4) Kena jawab secara aras tinggi isu semasa dan bidang opsyen kita, jangan gugup dan bg jawapan negatif.5) Tegur sapa penemuduga yang keluar utk berehat.6) Sarapan dulu,proses temuduga utk setiap kumpulan sekitar sejam hingga sejam setengah.7) Buku RPH sunat muakkad saja, tak check sangat pun. Porffolio praktikum tak perlu bawa dan tak diminta langsung pun.

pesanan tambahan : penemuduga adalah org besar SPP dan KPM, mostly Dato, Datin. Jangan ambik jalan maut pilih isu semasa yg kita sendiri pon tak pasti.kelak memerangkap diri saja

ada kes dera anak, BRIM.pilih ja apa2 pon asalkan kita dpt hurai dgn yakin dan tepat.lagi rumit isu lagi baik,menampakkan HOTS,high order thinking skills yg diinginkan SPP

MUHAMMAD ADI ASRAFFIPG PERLISPENDIDIKAN JASMANI

Dalam 30 minit ja... Datuk Dangiran Timbalan Pengarah SPP

Dokumen ikut senarai semak saja.. dan 3 sijil.. buku rph.. tu je..

Rph dia check.. Soalan aplikasi je.. xbaca nota pun leh jwb.. kbkk..

Die ckp jgn risau pasal IV.. IV ni bukan tujuan untuk digagalkan.. Kecuali kita sndiri nak buat bg gagal..

Antara soalan y ditanya:1.Apa beza pendidik dgn pengajar?2.Cara tingkat kecermelangan sek.3.Cara bawa murid ke pdg semasa sesi PJK4.Cara tarik minat murid belajar PK5.Apa itu "pendidikan berterusan"

HAIDA ABDULLAH

Tips utk kwan2 nk bakal dtmdga esok n strusnya: pnmudga berbeza2. Ada y relax je. Siap buat lawak lg. N xkurang juga ada y sruh buat micro teaching. Ada y tya teori. Ada pulak y tya kbkk shja. Apa2 pn.. kwn2 bersedia mental dan fizikal. Good luck ye..

Owh.. sume atas pnmdga. Y sy punya. Berkumpulan. Die bg topik. Ckp srg2. Klaw semua syap. Die tunjuk atau pggil nma. Ada y pnmdga pgil nma siap2.pastu tya. Semua aras pnmduga. Ada y pnmdga mrah kita bntu kwn..mcm2

Boleh rasanya nk jwb lg. Tp salu sy dan rakan2 td dh pkat jwb pendek. 1 atau 2 point je. Bg peluang utk kwn2 lain ckp jugak sbb klaw kite bntang byk sgt. Nt kwn xda point.. sian die...

Page 7: Guru Tiada Semangat Mengajar

ZAFIRAH MAHADZIRTESL - NZIPG KSAH

1) nama timbalan YDP agong yang ke-3 (kriiiik kriiik.semua tak boleh jawab.hahaha)2) majlis raja2 bersidang berapa kali setahun? (kriiik kriiik jugak)3) golongan manakah yang paling banyak kena mental illness? (of course la cikgu. why? dari soklan ni dia akan derive ke soklan lain2 berdasarkan jawapan yg korang bagi)4) how can you incorporate effective TnL in the classroom?5) how do you do your reflection?6) how do you evaluate your students' achievement?7) berapa bilangan cikgu kat malaysia?dalam setahun, berapa ramai cikgu yang bersara? (kena guna thinking skill sikit la soklan macam ni.ikut logik)

ANAS AKMALPENDIDIKAN JASMANIIPG KSAH

Dh lepas!!! Kena gebang sal pppm haa.. Jenuh peluh cerau!!! Tp yg penting!!! Dh abis!!!! Gudluck semua rakan2 lain...

pekeliling 5 bdk terlibat politik tu jana idea cmna nk halang budak terlibat politik... Cmna nk jga keselamatan bdk kat skulah kat pdg.. Smbutan kemerdekaan kat sekolah cmna... 

Yang lain.. Dia tnya sal jana idea.. Kenapa nk jd cikgu pj.. N cmna nk jga keselamatan bdk.. Hahahaha...

CIK BEBETIPG PERLIS

sbg pkongsian utk iv.smlm kump sy dtanya- ape rasional pnulisan rfleksi atau impak slpas mngaja-ape yg anda boleh jlaskn mngenai fpk-ape tndakan guru pra jika ppm bcuti tnpa memaklumkn pd anda.bgaimana pnydiaan mknn tnpa ppm? 

CIK SUEIPG PERLIS

Alhamdulillah kami dh selesai...kmpln kmi kne wt microteaching n tnye psl unsur seni n prinsip rekaan..ikut opsyen..kptsn iv akn thu 2 bln pas iv.

SHERIL AMIZAH OTHAMANIPG KSAHPRASEKOLAH

tnya rukun negara dgn knsep 1 mlysia jaa..pastu pasai pra. Ikut panel gak tp time aku xdelah susah sgt

YASMIN IDAYU OTHMANIPG KSAHPENDIDIKAN JASMANI

Dia tanya apa maksud jadual anjal, mcm2 la dia tnya, pasal bilangan pendudukan semua, protokol jumpa sultan. Ada juga dia tnye ttg renang, apa alternatif nk buat kalau sekolah tu xde kolam renang...

*nak diingatkan di sini. kita berjumpa panel lain2, so soalan dia pun berbeza. siap sedia. soalan yg tak dijangka akan ditnya oleh panel2.

AKMAL RABBANIIPG KSAHREKA BENTUK TEKNOLOGI

td kos Rbt kat ipsah... tnya psal kos kte,, cam pe mksud rbt bagai.. pstu kssr.. isu2 smasa.. amalan refleksi... bca je sume.. sbb nasib tngok org yg tmuduga tu.. haha

HUSNA KAMARUDIN

Page 8: Guru Tiada Semangat Mengajar

IPG PERLISPENDIDIKAN JASMANI

kmi hr tu panel tnya--- kan skrg ni kt skolah org smakan cikgu pj ni mcm tkang kebun je... so apa nak buat, nk bg org nmpak kualiti cikgu pj?... lgi... apa beza kurikulum n kokurikulum... dlm fpk... apa yg dimaksudkan dgn seimbang tu... lbih kurang cm tu la... 

SHAIFUL RIZALIPG KBBAHASA MELAYU

Knp nk jd cikgu bm. Yg tu doa nak mbmmbi.. Pastu lgkah mmrtbatkan bhasa mlayu..dia suh bt micro teaching skli.. 

Kdg2 soalan nk tnya mdah ja.. Tp aras soalan dpa nmpak cm pyh.. Hehe

tp yg pasti cara nak bg murid kreatif. pastu pernan guru bm, pastu pencapaian ko. kurikulum akademik kita

JEJUPINGU (USTAZAH)SAINS

Pengalaman di-interview tadi...antara soalan-soalan yang ditanya ialah:Perkenalkan diri masing2Apa beza pendidik dan pengajar?Kenapa dulu kementerian pendidikan tapi kini kementerian pelajaran?Apa beza seni dan sains?Boleh kamu petik apa yang dikatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan?Apa itu PBS?Pada pendapat kamu, semua murid perlu diberi band 6 ka?Apa pendapat kamu, kalau ada murid yang langsung tiada band? Guru tak buat penaksiran ka?Pada pendapat kamu, apa peranan panitia di sekolah? adakah diwujudkan kerana suka-suka saja?Kalaulah kelas kamu mengajar itu, murid mendapat pencapaian yang teruk, adakah soalan tu susah? Apa peranan panitia?Apa yang kamu akan lakukan kalau murid kelas kamu tak dapat menjawab soalan ujian?Berikan satu pendekatan semasa kamu mengajar.Apa yang kamu faham tentang 'hands-on'. Berikan satu ayat untuk menerangkannya.Bagaimana guru boleh meningkatkan profesionalismenya di sekolah?Berapakah kapasiti penduduk Malaysia? Berapa nisbah lelaki dan perempuan? Berikan alasan kamu kenapa?Dimanakah kamu perlu merujuk untuk mengetahui kapisiti penduduk di Malaysia?

MOHD ADHAM NORDINIPG KSAHPENDIDIKAN JASMANI

asalamualaikum.. ini untuk y x hadapi temuduga lagi..mgkin blh prepare molep.. meh a.am kongsi u kwn y akan tmuduga.. a.am msk 6 org satu kumpulan..a.am sore jah dr ipg ksah.. msuk dgn syum n confident.. penampilan pnting...sb kita dh msk golongan profesional. pstikan pki kot n tag nama.. susun file kemas2.. jgn susun last2 minit..die dh prepare soalan dah sbnrnya.. y cek file kt luar pun sbnrnya sdg psiko kita.. die nk tgok lyk x jd cikgu.. mmg diorg ni akan ckp kasar.. tp sbrlah yer...jwb molep..ikut mcm Rasulullah ajar..beradap sopan.. umpama dibaling dgn batu dibalas dgn buah..

soalan:1.mcmna nk kira nisbah guru n murid disekolah(u masa sekarang,bkn kssr.. sb ada jwp 1 nisbah 16 kna gelak jer..)?

2.brp byk pekeliling pj? n sebutkan salah satu pekeliling beserta tarikh dikeluarkan dan isi2 pekeliling tersebut?

3.apakah ujian y dijalankan di sekolah untuk menilai kcrgasan? sebutkan secara penuh akronim SEGAK tersebut? sebutkan kompenen2 tersebut? bila dilaksanakan SEGAK tersebut?

4.syarat kemasukan ke asrama pnuh telah dipinda, sebutkan apakah syarat tersebut dan pada tarikh bila ianya dipinda?

5. bagaimanakah nk atasi masalah obes dikalangan pelajar ketika anda sedang mengajar pj di padang?

6.macamna nk eja gunting dalam bahasa inggeris?

ini ringkasan jer soalan2 yang ditnykan kpd kump a.am.. nampak mcm ssh.. tp apa yang korang xleh jawb 2, i2 jgklah y berlaku pada a.am.. just senyum n ckp jelah y sy xbrp arif..hehehe.. 

Page 9: Guru Tiada Semangat Mengajar

AWATIF AMNI

IPSAH 20/2/2013

1. Apakah yang perlu dilakukan oleh Msia utk capai Wawasan 20202. Sebab Malaysia mahu capai Wawasan 2020.3. Apa yang dimaksudkan dengan negara Berpendapatan Tinggi.4. Dalam PPPM, apa yang berkaitan dengan LINUS?5. KBKK - Jika murid tak reti KV.KVK,KVKV, apa tindakan anda sebagai guru untuk menarik minat murid belajar.

SYAKIRAH RIDZUAN

IPGKPM 25/2/20131. Sudah brapa kali mjlis raja2 bersidang?2. Bil. Timbalan di bawah Tun Mahathir.3. Kandungan dlm pekeliling tahun dahulu kala tentang keselamatan di sekolah.4. Tindakn susuln anda jika MBMMBI dimansuhkan.5. KBKK tentang pemulihan khas

AMIROL HAFIZI ZAINOL

25/2/2013IPG Perempuan Melayu MelakaMajor : Pemulihan

Soalan1. prosedur buat surat nak jemput sultan @ menteri majlis di sekolah.2. Kalau ada kes keracunan makanan nak buat ape?3. Mengapa yuran pibg dipanggil sumbangan?4. Jenis instrumen pemulihan.5. Kalau murid lmh igtan cne,6 .Mengapa perlu guru kaunseling sepenuh masa ?7. Waktu persediaan gune untuk ape?8. Pengalaman praktikal dpt apa?

ASYRAF AHNAF

PESANAN BUAT RAKAN-RAKAN YANG BELUM TEMUDUGA LAGI. SILA PASTIKAN DIRI ANDA DILENGKAPI DENGAN ISU-ISU DIBAWAH TERUTAMANYA MEREKA YANG BAKAL DITEMUDUGA OLEH DATUK NORMAH (Pegawai SPP x silap)

- 11 Anjakan PPPM beserta usaha kerajaan merealisasikan anjakan tersebut. (pastikan fakta anda betul)- 5 prinsip Rukun Negara beserta huraiannya.- Nama-nama Menteri beserta portfolio kementerian mereka.- pembentukan sesebuah kerajaan negeri ataupun pusat, (DUN dan Parlimen)- GTP- NKRA (sub NKRA pendidikan)- Tugas-tugas GB, Pen. Kanan, Ketua Panitia.- Kaedah mengajar subjek major anda (Pastikan korang kaitkan dengan Teori-Teori Pembelajaran)

p/s Datuk tu akan cuba sedaya yang mampu untuk bantu kita. Tapi pastikan kita tahu tentang isu-isu yang ditanya....All the Best untuk korang semua...

NURUL ATIKAH

25/2/2013 IPG IPOH

Assalamualaikum...Sedikit perkongsian iv di ipg ipoh hari ini:

#tiada gelak ketawa di bilik 1.soalan serius bertubi2# ketawa dlm hati je..sebb ske goreng sampai jawapan jd mcm merba..- nkra

Page 10: Guru Tiada Semangat Mengajar

-ppsmi-ujian formatif-aspirasi ngara-pppm-Integriti-linus-kemahiran kbkk dlm math,aktiviti,-soalan yg kena cop xbersdia- pbs-nama fail2..

ARUNIA AYUNIAgroup 4 (last) ipg kpmkos : prasekolah

1- Kenapa stesen KTM Tanjung Pagar ditutup?2- Stesen kereta api yg pertama, dibina dari mana ke mana?3- dlm byk sultan,sultan johor ada lesen bawak keretapi.. berapa kali sultan johor bawak keretapi?4- berapa harga (RM) naik River Cruise kat melaka?5- Berapa ramai pelancong datang melawat melaka dalam setahun..6- nilai2 murni ada 16, cukupkah/memadaikah 16 nilai shj..(pppm)7- situasi : suatu hari, ibu bapa murid pra datang ke sekolah mengadu anak dia, ada lebam di bahagian telinga. dia mengugut utk melaporkan kpd polis. apa tindakan anda?

ZAFIRAH ZAKARIA

iv spp ipgkpm group 3en.gurdev:1-apa tajuk berita utama mlm td (isnin mlm selasa)2-berapa kali mjlis raja2 bersidang..3-berapa bil tpm dibwh pimpinan Tun Dr. M4-bnci penduduk pda disember 20105-aspek keselamatan yg perlu disekolah6-prosedur jemput Ketua Menteri Melaka hadiri msyurat PIBG

soalan pra:kbkk- anda dg41.. gB dg32. GB bg arahan... semasa pnp anda kena bawak budak pi pertndgn netball.. tindakan anda??? arahan kedua... GB surh anda latih budak netball petang2... tndakan?

MU'AZ ABD RAHMANPENDIDIKAN JASMANI

27/3/2013 - IPG IPOH (group 1)

1)apa tujuan dtg ke sini?2)sebutkan prinsip rukun negara3)apa itu FPK?4)apa yang anda tahu ttg 1M1S?5)tujuan 1m1s6)apa itu penilaian sumatif?7)16 mei adalah hri guru..apa signifikan pemilihan tarikh 16 mei itu?8)guru korban masa hjg mggu utk latih murid..pendapat anda?9)perbalahan persatuan taekwondo malaysia menyebabkan ada atlet xdpt beraksi di sukan sea..beri komen ttg isu ini10)nama beberapa persatuan taekwondo di msia..11)sukan pling popular di msia?12)spa pemain bola sepak msia yg terkenal?13)siapa lagi pemain badminton msia yg dikenali selain LCW?14)isu kesihatan..LGBT..setuju atau tidak lelaki & pmpuan yg blom kahwin tggl serumah?15)guru persatuan sukan di sklh xda kemahiran..apa yg prlu dilaksana utk bg mereka ada pengetahuan ttg sukan?16)jurulatih bola tampar msia sgt hebat & di iktiraf oleh prsatuan VB dunia..namun knapa team msia x hebat?17)kekurangan fasiliti VB di sklh..stuju atau tidak..bri komen..18)senaraikan kemahiran asas VB19)senaraikn kemahiran asas ping pong20)pemain bola sepak msia yg tlah dilamar kelab luar negara kembali ke tanah air semula..knpa ini berlaku?21)guru ada msa free nk latih murid sabtu & ahad,,tetapi murid ada tuisyen..so apa penyelesaian??23)asal taekwondo dri negara mna?

Page 11: Guru Tiada Semangat Mengajar

24)asal karate dri negara mna?25)senaraikn kemudahan VB yg ada disekolah..

RUZIDAN SENAWI, NUR SHUALI SHUKRI, NORZULIA, SAFWAN NUDINPENDIDIKAN JASMANI

27/2/2013 -IPG IPOH (group 3)

Perkongsian soalan umum yang ditnya ttg temuduga di ipg ipoh bagi kumpulan saya...1) 5 teras pppm2) sebut 11 anjakan pppm3) bgaimana nk jd guru cemerlang4) sebut 5 rukun negara5) bgmana nk memartabatkan bahasa melayu (mbmmbi)6) konsep 1 malaysia7) apa yang anda faham dengan 1 murid 1 sukan# penemuduga yang sorang lagi dia tanya berkaitan major kita je..

SYARIFAH AMIRAH, WAN NABILAH, ZAKIAHPENDIDIKAN JASMANI

27/2/2013 - IPG IPOH (group 4)

HYE! ni soklan yg diajukan kpd kumpulan kami..1. Visi Malaysia -jwpn dia Wawasan 20202. mbmbi3. 1m 1s4. Gagasan 1 Malaysia5. Aspirasi negara (5 pppm)6. Pendidikan seks dalam PKesihatan7. LGBT (lesbian gay biseksual transgender)8. Kemahiran dalam olahraga (fasa2) - dia tnye sorg2 kemahiran yg mahir, tp mira tibai kemahiran dlm permainan. HAHA.9. Maksud olahraga- jwpn dia, mengolah jasmani(raga)10. Kenapa PENDIDIKAN JASMANI penting utk negara?11. Steroid - kenapa dilarang dlm sukan?12. FPK - hafal naaa

*panel suka menerangkan kembali apa yg ditnya, kami senyum dan rasa bahagia. pastu dia tunjuk paper STAR xsilap ttg remaja sekolah yg mengandung.

SYARIFAH AZREEN (cousin sy, hee)BAHASA MELAYU

28/02/2013 IPG IPOH

1. Apakah teknologi hijau?2. Maksud teknologi? jwpn dia proses3. Cadangkan tindakan yg perlu dibuat utk meluaskan peranan kantin?4. FPK? Bagaimana mengawal emosi murid? rohani pula bgaimana?5. Pengurusan kelas - peranan guru?6. Beza 'kita' dengan 'kami'?

HAQITA TARU

soalan spp sesi kumpulan 1 1/3/2013IPG Kampus Ipoh

soalan:1) maksud budaya ilmu2) maksud mengajar3) pemikiran luar kotak4) taksomi bloom5) soalan terbuka tentang botol...6) pendidikan khas

Page 12: Guru Tiada Semangat Mengajar

-ciri2 budak pk..-kategori budak pk-perbezaan antara slow learner, sindrom down, austisme, terencat akal..- bagaimana mengendalikan budak pk yang tak tahu uruskan diri

NI NA (name fb)

Tahniah kpd yg telah selesai iv..kpd yg akan ditemu duga, mohon pastikan anda baca ckit mengenai:

1. Beza antara 'kita' dengan 'kami'2. Beza antara 'bidalan' dengan 'pepatah'3. Kemahiran berfikir yang perlu ada pada seorang4. Apakah yang ada di tengah 'sawah' (luar kotak fikiran)5. Ayat pertama FPK6. Funny riddle.

*Tambah-tambah lagi kalau penemuduga nama Haji Jayus. Prepare benda2 di atas. Tidak lupa juga bca dasar2 kerajaan, dll.. In sha Allah kalau penemuduga bernama di atas, dia tak tanya lgsg psal dasar2 kerajaan yg merapu2 ni. Ilmu keguruan yg akan ditembak. Selamat berjaya mengkome semua ~~ (^_^)v

NURHISYAM BELANG

5/3/2013

Ramai yg tanya, apa soalan temuduga td. Berikut ialah jawapan sy, harapan sy, semoga ia membantu:

Soalan umum:- apa itu pppm- 11 anjakan pppm- kssr, dan huraian- pbs, dan huraian

Soalan pedagogi:- apa itu kaedah koperatif- apa yg menarik dlm p & p

Soalan major(psv):- surelism- diskusi ttg aliran surelism

Tugasan:- kena lukis 3 objek yg pamer pencahayaan dan ton

Tips:- lelaki WAJIB pakai blazer- jgn temberang/goreng fakta- pakai kemas dan sopan- relax urself, be calm

Trivia:- ramai calon yg cantik, mata lelaki jgn nak melilau sgt. Nnt ilmu hilang.

FATIN OMAR

Putrajaya 5/3/2013 (kos Pendidikan seni visual)

soalan 1 : apakah kaedah yg anda akn gunakan dalam pnp pendidikan seni visual??soalan 2 : apa yg anda tahu tentang aliran kiubisme?? siapa pengasas pd aliran trsebut??sebutkan karya yg trkenal pd aliran itu?soalan 3 : anda kenal abdullah ariff?? ceritakan serba sedikit tentang dia.soalan 4 : siapa kartunis yang anda kenal?? soalan 5 : beri tiga nama pelukis terkenal di Malaysia.

ZAHIAH ZAHARI

Page 13: Guru Tiada Semangat Mengajar

Putrajaya 7/3/2013 (kos pendidikan khas-mslh pembelajaran)

hafal fpk sebijik2 die soh recite....gtp...6 komponen tue, then nkra pend 4 komponen tue pe...ciri2 fizikal tiap2 kategori pk n npe plh pk

pastu literasi n numerasi tue cmne nk tnjuk kan tercapai nye nkra tue dlm pgjran kite

SAHRUL LAIL

soalan senang je..... ni dia... Alhamdulillah..interview dah setel..antara soalan2 ditanya-berapa ramaikah tentera malaysia yg dhantar di lahad datu 'pagi ini'..huhu..-bilakah tun dr mahathir dilantik menjadi PM?-apakah matlamat 1Malaysia..-nkra yg ke2(memerangi rasuah)-apakah matlamat kpm?pastu misi kpm?-apa beza ujian sumatif n formatif..-apakah surelisme n kubisme?-apakah pbezaan saiz karya kubisme n surelisme?-cara untuk menilai murid?(pemerhatian,hasil kerja,ujian

KHUZAIMAH

Alhamdulillah..da selesai iv..thanks to my dad sbb tunggu sy abes iv..Utk kwn2 yg kena iv esok kt IPG KTB..kot2 la sapa yg dpat ngn penemuduga En singh tu..tp dia baik n ok la..soalan yg dia tnya kpd kami di blik 3 yg sy ingat la.. 1. Siapa YDPA yg ke 6? Mata juling2 naik ats..bt pkir..kih3..2.Dasar pandang ke Timur..knapa wujudnya dasar ni? 3. Mcmna nak lahirkan masyarakat yg taat setia berdasarkan matlamat KPM..bg pndangan.4.Knapa masih ada jurang antara kaum? Lebey kurang mcmni soalannya..5. Kalau ada murid pra menangis,apa yang akan anda lakukan?Utk subjek major,kami kena tnya kt puan apa nth nama dia,pasal1.peruntukan masa utk modul teras dan bertema,brapa minit semua dlm seminggu?2.peruntukan masa rutin dalam seminggu.3.ada berapa tema dalam setahun?4.RPT,RPM,RPH..terangkan apa yg kita faham..

CHEN JINGMIN SAMUEL

Soalan yg telah kumpulan saya dpt:~ apakah itu ujian?~ apakah itu meter kereta?~ Dlm FPK terdpt JERIS, Apakah bukti yg menunjukkan emosi telah dikbgkan seperti yg dinyatakan dlm FPK?~JPU terdiri daripada pelbagai aras kesukaran, nytkan aras tersebut n buktikan murid telah capainya.

Soalan major:~Nyanyikan skala pentatonik dlm solfa...~Apakah muzik/tarian/lagu/alat mzk negeri anda? (nyanyikan, tunjukkan)

Hrp membantu kpd mrk yg blm iv n all the best.p/s: sijil2 yg tiga keping tu.... dia tak minta pun... dia keluarkan n bg i balik, tapi, better just bawa sekali lah... mana tau....

NURFARAHANA SHAMSUDIN

alhamdulillah dah selesai intview di bilik 2...kumpulan ke 3 di IPG KBsoalan2 yg dtanyaa)apakah mksud intgriti2)apakah mksud murid berisiko3)tujuan motivasi dijalankan ke atas murid pemulihan4)ciri-ciri guru pemulihan5)mksud LINUS6)MBMMBIpanel baik dan banyak bg nasihat dan tunjuk ajar=)

Page 14: Guru Tiada Semangat Mengajar

AIN MOHAMED

nie soalan dr panel 1 (lelaki):

1. apakah maksud pengajaran?2. apakah ayat pertama Fpk?..(die nk ayat dlm dlm buku tau)3. dlm fpk kn, ada ayat 'untuk mewujudkan insan yg seimbang dan harmonis dr segi JERI' ..soalan dia, apa yg dimaksudkan dgn " SEIMBANG " tu?solan dr panel 2 ( wanita)..nie soalan brkaitan dn kos major..1. apa maksud OBJEKTIF yg kita tulis dlm rph tu? (pastu bg la 1 contoh)2. adakah seorang guru prasekolah boleh menjadi atau terlibat dgn jawatan panitia di sekolah?..(jwpan dari puan tu- boleh dan wajib...kerana semua guru wajib melibatkan diri dlm setiap aktiviti di sekolah..lbh kurang mcm tu la)...3. apakah maksud refleksi dlm buku rph?..pastu cara penulisan refleksi (dlm bentuk angka, kebaikan, kelemahan dn penambahbaikan...)

NURAIN ALI

Bilik 1 IPGKRMSesi : 7.30pg (tapi kami kumpulan 4 masuk pukul 11.30pg)

Panel 1 ( Puan Rahmah rasenye )1- perkenalkan diri (nama, asal, anak ke berapa, ipg mane, status, buat ape sementara menunggu posting)2- kenapa nak jadi cikgu

Panel 2 (tak ingat name)1- ape perubahan yang berlaku pada pendidikan kita sekarang? (secara terbuka)

2- ape itu pengurusan bilikdarjah (calon 1)-ape kaedah yang awak guna untuk ajar KT (calon 2)- Berapa jam guru perlukan untuk ajar kokurikulum dalam seminggu (calon 3)- apa peranan guru dalam PIBG (calon 4)- apa itu budaya sekolah (calon 5)

*iv dalam setengah jam, panel psiko tp dalam mase yg same die banyak nasihat.

Beza pengajar ngan pendidik

Pengajar ialah orang yang mengajar adalah suatu tindakan untuk membuat orang lain mengerti, atau paham akan sesuatu....dan pendidik ialah seseorang yang melaksanakan proses mengubah sikap dan tata laku seseorang atau kelompok orang dalam usaha mendewasakan manusia melalui upaya pengajaran dan pembelajaran ilmu.

pengajar ini lebih tertumpu pengajaran di dalam kelas semata-mata, manakala peranan yang dimainkan oleh seorang pendidik ini lebih daripada itu. Pendidik lebih merujuk kepada mendidik seseorang supaya menjadi insan kamil dan membentuk peribadi yang mulia. Hal ini menunjukkan bahawa pendidik ini bukan sahaja membentuk insan yang berilmu

Page 15: Guru Tiada Semangat Mengajar

pengetahuan tinggi, bahkan dapat melahirkan individu atau masyarakat yang bersahsiah tinggi

Huraian Tema Hari Guru 2013 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA1ASPIRASI Maksud dan Huraian Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional. 1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

1AGENDA Maksud dan Huraian Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara