newsletter edisi 1 - 2015 ada isteri sebagai teman, menghiburkan hati, menenangkan fikiran dan...

4
Sekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 1: 1—16 Januari 2015 MENARIK DI DALAM Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1436H/2015M ............. 2 Misi Bantuan Kemanusiaan JPA4U: Kempen Derma Darah .............. 2 Majlis Perpisahan ...... 3 Semurni Hati, Seindah Budi .............. 3 KEMAMAN, TERENGGANU, 9 JANUARI 2015 Program Misi Bantuan Kemanusiaan JPA4U merupakan hasil keprihatinan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada negeri yang terlibat dengan bencana banjir baru-baru ini. Antara aktiviti dilaksanakan oleh Sukarelawan JPA4U adalah seperti pemberian sumbangan bantuan kewangan, bantuan barangan keperluan dan bantuan khidmat sosial untuk membantu mangsa-mangsa ketika banjir dan kerja-kerja pembersihan pasca banjir. Selain itu, JPA juga menerusi Malaysian Crisis Intervention Team (MCIT) turut menyediakan pegawai- pegawai psikologi untuk memberi khidmat kaunseling di kalangan mangsa, keluarga dan petugas yang menghadapi bencana banjir. Manakala misi pada hari ini bertujuan untuk menziarahi keluarga penjawat awam yang menjadi mangsa nahas banjir seterusnya menyampaikan sumbangan dan Cek Faedah Terbitan kepada keluarga Allahyarham seramai 3 gemulah penjawat awam iaitu Allahyarham Puan Norhayati Binti Sulong; Allahyarham Encik Mohmad Yusof Bin Awang Noh dan Allahyarham Encik Mat Zaik Bin Mohd Yusof. Di samping itu, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersama Sukarelawan JPA4U menghadiri Majlis Penyampaian sumbangan kepada warga INTIM yang menghadapi bencana banjir di INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) bagi menghulurkan sumbangan berupa bantuan kewangan dan barangan keperluan. Tan Sri KPPA melayan kerenah seorang kanak-kanak mangsa banjir LAWATAN KERJA KPPA BERTEMU WARIS KELUARGA MANGSA BANJIR DI TERENGGANU

Upload: doandan

Post on 27-Apr-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Newsletter Edisi 1 - 2015 ada isteri sebagai teman, menghiburkan hati, menenangkan fikiran dan memberikan ungkapan-ungkapan semangat juang tiada hentian. Persis bintik-bintik hujan

Sekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 1: 1—16 Januari 2015

MENARIK DI DALAM

Sambutan Maulidur Rasul

Peringkat Kebangsaan

1436H/2015M ............. 2

Misi Bantuan Kemanusiaan

JPA4U: Kempen

Derma Darah .............. 2

Majlis Perpisahan ...... 3

Semurni Hati,

Seindah Budi .............. 3

KEMAMAN, TERENGGANU, 9

JANUARI 2015 – Program Misi

Bantuan Kemanusiaan JPA4U

merupakan hasil keprihatinan Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) kepada

negeri yang terlibat dengan bencana

banjir baru-baru ini . Antara

a k t i v i t i d i l a k s a n a k a n o l e h

Sukarelawan JPA4U adalah seperti

pemberian sumbangan bantuan

kewangan, bantuan barangan

keperluan dan bantuan khidmat sosial

untuk membantu mangsa-mangsa

ketika banjir dan kerja -kerja

pembersihan pasca banjir.

Selain itu, JPA juga menerusi

Malaysian Crisis Intervention Team

(MCIT) turut menyediakan pegawai-

pegawai psikologi untuk memberi

khidmat kaunseling di kalangan

mangsa, keluarga dan petugas yang

menghadapi bencana banjir.

Manakala misi pada hari ini bertujuan

untuk menziarahi keluarga penjawat

awam yang menjadi mangsa nahas

banjir seterusnya menyampaikan

sumbangan dan Cek Faedah Terbitan

kepada keluarga Allahyarham

seramai 3 gemulah penjawat awam

iaitu Allahyarham Puan Norhayati

Binti Sulong; Allahyarham Encik

Mohmad Yusof Bin Awang Noh dan

Allahyarham Encik Mat Zaik Bin

Mohd Yusof.

Di samping itu, Tan Sri

Mohamad Zabidi Zainal, Ketua

Pengarah Perkhidmatan Awam

bersama Sukare lawan JPA4U

menghadiri Majlis Penyampaian

sumbangan kepada warga INTIM

yang menghadapi bencana banjir di

INTAN Kampus Wilayah Timur

( I N TI M ) bag i m en g hu lu rka n

s u m b a n g a n b e r u p a b a n t u a n

kewangan dan barangan keperluan.

Tan Sri KPPA melayan kerenah seorang kanak-kanak mangsa banjir

LAWATAN KERJA KPPA BERTEMU WARIS KELUARGA MANGSA

BANJIR DI TERENGGANU

Page 2: Newsletter Edisi 1 - 2015 ada isteri sebagai teman, menghiburkan hati, menenangkan fikiran dan memberikan ungkapan-ungkapan semangat juang tiada hentian. Persis bintik-bintik hujan

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya dengan tindakannya dengan tindakannya --- ConfuciusConfuciusConfucius

Pada 13 Januari 2015, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengadakan

Kempen Derma Darah sempena Misi Bantuan Kemanusiaan JPA4U yang

sedang rancak dijalankan. Para kakitangan daripada Tabung Darah Negara

telah datang ke JPA seawal jam 7.00 pagi untuk memasang peralatan dan

menyediakan tempat bagi tujuan derma darah.

Kempen yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang ini

turut diserikan dengan kehadiran Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua

Pengarah Perkhidmatan Awam yang mengambil peluang untuk turun ke Lobi

dan memberi sokongan terhadap program yang sedang berjalan.

Sebanyak 94 beg bekalan darah telah diperoleh hasil kempen yang ber-

langsung selama sehari ini. Tabung Darah Negara akan menghantar bekalan

darah yang diperoleh ini kepada pihak hospital di Negeri yang dilanda banjir

dengan kadar segera. Bantuan dan sifat keprihatinan warga JPA menyahut se-

ruan menderma darah ini harus dicontohi!

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN JPA4U: KEMPEN DERMA DARAH

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

PERINGKAT KEBANGSAAN 1436H/2015M

PUTRAJAYA 3 Jan 2015 - Sebanyak 140 kontinjen yang disertai 12,325 peserta

telah menyertai perarakan bersempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat

kebangsaan di Putrajaya. Kontinjen terlibat terdiri daripada 68 agensi kerajaan,

33 badan berkanun, 10 badan beruniform, 13 swasta, enam badan bukan

kerajaan, enam institusi pengajian tinggi dan empat sekolah. Kontinjen JPA

seramai 30 orang dari kalangan Pengurusan Tertinggi serta warga turut me-

nyertai perarakan berjalan sambil berselawat sejauh 1.8km bermula dari hada-

pan bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan melalui Persiaran Perdana menuju ke Masjid Putra.

Acara yang bermula seawal jam 7.45 pagi dan berakhir pada jam 8.30 pagi

ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat

Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini ialah

'Perpaduan Nadi Transformasi Negara.' Pemilihan tema ini amat bertepatan

dengan usaha kerajaan yang mahukan rakyat negara ini bersatu-padu, beker-

jasama, saling hormat menghormati dan menerima satu sama lain.

3 TIPS GAYA HIDUP

SIHAT

Minum air secukupnya

Pemakanan yang sihat

Bersenam 3 kali seminggu

Page 3: Newsletter Edisi 1 - 2015 ada isteri sebagai teman, menghiburkan hati, menenangkan fikiran dan memberikan ungkapan-ungkapan semangat juang tiada hentian. Persis bintik-bintik hujan

MAJLIS PERPISAHAN DATO’ SRI DR. SHARIFAH ZARAH

SYED AHMAD & DATO’ SERI ZAINAL RAHIM SEMAN

Pada tahun ini, JPA kehilangan dua orang pegawai kanan yang telah banyak berbakti dan meletakkan JPA di persada gemilang Perkhidmatan Awam. Dua pegawai kanan berkenaan ialah Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Dato’ Seri Zainal Rahim Seman. JPA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih atas jasa dan khidmat bakti yang telah disumbangkan oleh Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah dan Dato’ Seri Zainal Rahim selama berkhidmat walaupun seketika di JPA. Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah telah ditukarkan ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebagai Ketua Setiausaha, manakala Dato’ Seri Zainal Rahim ditukarkan ke Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sebagai Ketua Pengarah.

Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah telah menerajui pelbagai program Transformasi Perkhidmatan Awam antaranya seperti Program Semarakkan Transformasi Perkhidmatan Awam dan Lab Transformasi Perkhidmatan Awam dengan semua Kementerian. Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah juga telah membantu saya untuk menggilap berlian Transformasi Perkhidmatan Awam dengan terhasilnya Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam yang lengkap dengan Pohon dan Kapal Transformasinya.

10 Ways To Become

Incredibly Charismatic

We can all be more charismatic, because charis-ma isn't about our level of success, or our presentation skills, or how we dress or the image we project — charisma is about what we do.

Here are ways you can be more charismatic:

1.Listen way more than you talk.

2.Don't practice selective hearing.

3.Always put your stuff away; focus!

4.Always give before you receive — knowing you may never receive.

5.Don't act self-important…

6.…Since you know other people are more important.

7. Shine the spotlight on others.

8.Choose your attitude — and your words.

9.Don't discuss the failings of others…

10. …But readily admit your own failings.

Source: Business Insider

Dato’ Seri Zainal Rahim pula telah banyak memberikan sumbangan khususnya dalam penyelarasan gerak kerja yang seamless dan coordinated antara pelbagai agensi Kerajaan. Antara sumbangan Dato’ Seri Zainal Rahim semestinya 1 Malaysia Civil Service Retirement Support atau kini dikenali sebagai 1Pesara, menyelaras Kontinjen Penjawat Awam dalam Perbarisan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan dan khususnya sumbangan Dato’ Seri Zainal Rahim sebagai Presiden Kelab JPA. Yang terkini, Dato’ Seri Zainal Rahim juga telah menyelaras Misi Bantuan Kemanusiaan JPA4U untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Perak dan Kelantan serta yang akan datang di Terengganu, Kedah dan Perlis.

Yang pastinya sumbangan-khidmat bakti Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah dan Dato’ Seri Zainal Rahim telah meninggalkan impak yang mendalam kepada seluruh Warga JPA.

Selamat Maju Jaya di tempat baharu Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah dan Dato’ Seri Zainal Rahim!

“Individually we are one drop, but together we are

an ocean.” - Ryunosuke Satoro

Page 4: Newsletter Edisi 1 - 2015 ada isteri sebagai teman, menghiburkan hati, menenangkan fikiran dan memberikan ungkapan-ungkapan semangat juang tiada hentian. Persis bintik-bintik hujan

Jika diukur kepada budi yang ditabur, tiadalah besar ertinya yang dihambur, sekadar menghelakan lurus jendela-jendela amanat yang kendur dan tiadalah melebar raih yang dikembur dalam tempoh kurang 4 hari genap setahun. Namun begitu, ibarat samudera yang luas, percikan-percikan keikhlasan untuk melunaskan tugas, digalas dengan penuh tuntas, biarpun banyak unggas yang berupa krikil dan tuas di sepanjang perjalanan perkhidmatan yang luas.

Jika diimbau semasa silam, di waktu-waktu baru sahaja mula bertatih dalam perkhidmatan di awal 80an sehinggalah kini, penuh dengan percikan benang-benang pembelajaran, tidak kurang ranjau, onak dan duri dalam liku-liku perjalanan, banyak yang diraih pengalaman dari teman senior yang berusia dan juga rakan taulan bawahan, mereka adalah rakan sepasukan, mengharung, merentas, menghambat dugaan, biarpun mudah kelihatan tetapi sebenarnya siur perjalanan penuh liku gigitan.

Ada seketika dijelma bukit-bukit kejayaan, dibaluti bunga-bunga kegembiraaan bilamana diberikan pangkat dalam perkhidmatan dan tidak kurang pula penuh dengan curaman bingitan unggas bertaburan, digigit kaki berdarah meniti krikil pertemuan. Ketika itu terasa sunyi dan terasa bersendirian, tapi ada isteri sebagai teman, menghiburkan hati, menenangkan fikiran dan memberikan ungkapan-ungkapan semangat juang tiada hentian. Persis bintik-bintik hujan yang turun bak mutiara bertaburan, ditaut cinta kasih, dihela dari lautan kasih sayang sememangnya melegakan perasaan.

Rupa-rupanya sepanjang perjalanan perjuangan dan perpisahan adakalanya tawa bersama rakan dan adakalanya tangisan bersendirian. Yang mengetahui, lantas faham akan isi kandungan dan memahami pengorbanan, yang tidak mengetahui bermacam-macam ramalan diungkapkan mahu dilihat jika ada kesalahan yang dilakukan. Biarpun begitu kehendaknya ombak liputan dalam perkhidmatan, ianya tetap membawa ikatan semangat setiakawan, antara rakan-rakan sekalian dan diri ini, dilestarikan amanat dengan penuh harapan sehingga menemui nokhtah perhentian.

Bersandarkan kepada kepercayaan, maka nasihat yang boleh dikongsikan, janganlah adanya retorik atau khayalan yang diwar-warkan, janganlah ada kepura-puraan yang dipersadakan, malahan sangatlah indah jika didengar bisikan kebersamaan berterusan dalam apa jua tindakan, jangan ada terdengar di hujung kampung halaman kata-kata sinis dan sindiran yang dilontarkan tanpa tuan, jangan sesekali ada apa-apa lagi persengkitaan, kalau dibiarkan berlaku keadaan sedemikian, maka tersebar kelonggaran saf-saf kebenaran. Waspadalah, masih jauh lagi perjalanan menuju kejayaan.

Justeru itu, kepada rakan-rakan sekelian, sebelum lidah membentuk ungkapan, percayalah bahawa ungkapan itu akan boleh membawa goresan luka yang boleh nantinya diabadikan. Janganlah ada sekelumit di hati merasa sedemikian, kerana kelaknya rugi semasa pendayuhan. Saya percaya bahawasanya, mantra yang digagaskan diantaranya berbunyi sepunya, mendaya upaya dan perekayasaan, bukan bersifat milik keperibadian, mestilah kata-kata itu dijadikan milik perkongsian. Wajarnya, perlu diadun dengan prinsip-prinsip yang serupa tapi berlainan seperti Keterbukaan, Insaniah dan Kekitaan supaya lekas nanti JPA meraih kejayaan.

“Dari Daik Pulang Ke Daik,

Sehari-Hari Berkebun Pisang,

Budi Baik Dibalas Baik,

Dalam Hati DiKenang Orang”.

“Tanam Lenggun Tumbuh Kelapa,

Terbit Bunga Pucuk Mati,

Budi Tuan Saya Tak Lupa,

Sudah Terpaku Dalam Hati”.

“KU KUNJUNGI PERPISAHAN”

GORESAN PENA PERPISAHAN OLEH DATO’ SERI ZAINAL RAHIM SEMAN

www.jpa.gov.my Jabatan Perkhidmatan Awam Paskom Jabatan Perkhidmatan Awam

@jpagov @jpa2day jpa2day

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Blok C1-C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P. Putrajaya, Malaysia | Telefon: 603 8000 8000

Sumbangan Berita: Warga JPA | Penerbitan: Pasukan Komunikasi | Percetakan: Unit Dokumentasi, JPA