semangat patriotik 1

Download SEMANGAT PATRIOTIK 1

Post on 13-Aug-2015

807 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

SEMANGAT PATRIOTIK Pada zaman atom ini, sifat mementingkan kebendaan dan diri sendiri telah biasa diamalkan dalam kalangan masyarakat. Tidak kurang sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing terutama di kawasan bandar. Generasi muda kini pula kurang bersikap patriotik. Budaya barat diagung-agungkan manakala nilai cinta akan tanah air sendiri diketepikan. Semangat patriotik memang harus diamalkan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanakkanak lagi.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak harus didedahkan kepada nilai cinta akan negara dan sifat-sifat patriotik. Mereka perlu disedarkan bahawa kepentingan semangat patriotisme. Ibu bapa harus mendidik mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal yang berjuang demi tanah air. Kanak-kanak akan ingat pada pengajaran dan ikut kata ibu bapa. Sikap yang diamalkan semasa kecil biasanya akan kekal hingga dewasa. Semangat patrotik yang disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara turut akan diingati dan dipraktikkan oleh mereka pada masa hadapan.

Bapa borek anak rintik. Ibu bapa wajar menjadi teladan kepada kanak-kanak. Mereka harus menerapkan semangat patriotik dalam kehidupan. Kanak-kanak yang cepat belajar daripada ibu bapa akan mengikut jejak mereka dengan mengamalkan semangat patriotik . Secara tidak langsung, perbuatan membelot negara akan dikeji dan lahirlah keinginan rakyat untuk memberi sumbangan untuk kepada negara. Dengan semangat itu, negara kita dapat membangun dengan pesat dan menjadi negara maju.

Selain itu, pengaruh guru turut beperanan penting dalam usaha menyemai semangat patriotik dalam jiwa rakyat negara ini semenjak kanak-kanak. guru-guru yang mengajar di sekolah patut menekankan unsur-unsur patriotik terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral. Mereka perlu mendorong kanak-kanak lahir perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan negara. Mereka perlu mendedahkan amalan yang mengandungi unsur patriotisme kepada kanak-kanak. Maka wujud patriotisme dalam pembentukan sahsiah insaninsan mulia.

Pihak berkuasa juga boleh mengambil beberapa langkah untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan kanak-kanak. Pelbagai pertandingan boleh dianjurkan sempena bulan penghayatan merdeka. Misalnya, pertandingan menulis esei

berkaitan dengan tokoh yang mempertahankan negara, pertandingan kolaj dengan topik merdeka atau sejarah, pertandingan kolaj dengan bertemakan topik merdeka atau sejarah, pertandingan melukis dengan bertemakan "negaraku" dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung semangat patriotik dapat disemaikan dalam jiwa kanakkanak semasa mereka mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan.

Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kitaSemangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan. Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara. Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, muridmurid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi. Jika semangat patriotik tidak disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak, kemungkinan mereka akan kurang perhatian terhadap isu-isu

negara dan tidak mempunyai sifat-sifat patriotik. Mereka akan mengagungagungkan budaya luar negara serta kurang kesedaran untuk mempertahankan maruah negara. Sebaliknya, mereka akan terpikat oleh dunia di luar dan meninggalkan tanah air demi kepentingan negara sendiri dan tidak mahu melakukan perbuatan tidak setia kepada negara seperti mambakar bendera negara. Kesimpulannya, semangat patriotik mesti disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak. Demikianlah perbuatan derhaka dapat dicegahkan dan kukuh semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Maka wawasan 2020 dapat dicapai dan Malaysia akan menjadi negara gemilang. Rasa bangga sebagai warganegara Malaysia semasa Jalur Gemilang dikibarkan.

PEMUPUKAN PATRIOTISME MELALUI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH

pemupukan patriotisme hanyalah berkisar tentang semangat perjuangan menentang penjajah. lebih mudah dilaksanakan dalam tajuk-tajuk seperti perluasan pengaruh dan penapakan kuasa British di Negara kita , perjuangan tokoh-tokoh tempatan menentang penjajahan British dan tindak balas untuk menebus maruah bangsa dan negara yang jelas berkaitan langsung dengan konsep menentang penjajah sebagai satu perkara asas untuk menimbulkan , mengaitkan dan menanam semangat patriotik kepada Negara. konsep menentang penjajah sebagai satu elemen patriotisme sudah tidak lagi dominan dalam permikiran pelajar kita.

SUKATAN PELAJARAN Patriotisme adalah perasaan yang kuat terhadap tanah air . Perasaan ini perlu wujud di hati setiap individu rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Sehubungan itu , semangat patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu dan harmoni. Justeru , berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah

negara, murid dibimbing untuk menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional. Natijah daripada pemahaman dan penghayatan sejarah negara , para pelajar dapat membina kekuatan semangat cinta akan negara. ( PPK , 2000 , 4 )

5 UNSUR PATRIOTISME bangga sebagai rakyat Malaysia bersemangat setia Negara semangat kekitaan berdisiplin berusaha dan produktif Pemupukan semangat patriotisme mestilah mengakibatkan perubahan paradigma pelajar dalam pemikiran dan perasaan mereka terhadap Negara. pemupukan semangat patriotisme harus ditekankan kepada perubahan sifat dalaman pelajar itu sendiri. Maklumat yang disampaikan haruslah menjadi satu agen yang mampu mengubah pemikiran pelajar PEMIKIRAN SEJARAH Patriotisme bukan sekadar semangat perjuangan menentang penjajah tetapi lebih luas daripada itu dan lebih besar lagi jika kita berusaha untuk memajukan Negara dan berfikir bagaimana untuk menjaga , memerlihara dan mengekalkan kemerdekaan bukan sekadar kefahaman guru bahawa untuk menjadikan seseorang itu patriotik ia mestilah menyanyikan dan menghormati lagu-lagu patriotik atau lagu kebangsaan , menaikkan bendera serta menyertai dan menyambut bulan kemerdekaan sematamata KAJIAN MASA DEPAN

guru perlu menjurus kepada tahap pemikiran tinggi supaya pelajar yang kita hasilkan mampu membuat analisis dan tafsiran tentang unsur patriotisme secara mendalam , rasional dan prakmatik. Guru juga membuat andaian bahawa pelajar faham apakah unsur patriotisme yang kita hendak pupukkan Mereka sendiri boleh faham dan mentafsirkan daripada contoh yang kita berikan . Adakah semua pelajar kita berkemampuan membuat sedemikian? Kalaupun mampu di tahap pemikiran mana mereka berada? Adakah hanya sekadar di aras pengetahuan atau kefahaman sahaja. peranan penting seorang guru sejarah ialah untuk membentuk , mengasah dan menajamkan pemikiran pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran sejarah. Sejarah sebenarnya membantu kita membentuk dan membina satu kerangka pemikiran dan menanam ingatan bersama berkaitan sesuatu peristiwa yang telah berlaku dan menjadikannya satu pengajaran dan pengalaman berguna di masa hadapan bukan sekadar maklumat semasa sahaja tetapi juga sejarah masa hadapan.

PENDIDIKAN PLKNBagi menanam semangat perpaduan dan patriotik di kalangan belia, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dilaksanakan pada tahun 2003. Program selama tiga bulan ini juga bertujuan untuk membentuk belia negara daripada pelbagai bangsa menjadi pemimpin generasi masa hadapan dengan nilai yang sempurna dan keperibadian yang utuh. Modul latihan meliputi bidang seperti kecergasan fizikal dan ketahanan diri, peranan dan tanggungjawab mereka dalam membina nusa dan bangsa, asas untuk menjadi warganegara yang baik dan mengamalkan sikap bertanggungjawab dengan penekanan terhadap membina sahsiah diri. Pada akhir tempoh Rancangan, seramai 135,700 belia telah dilatih di 76 kem latihan yang ditubuhkan di seluruh negara.

Suntikan semangat patriotikMenanam / membangkitkan semangat patriotisme / semangat cinta akan

Recommended

View more >