guru sebagai agen sosialisasi

20
PENGENALAN Proses sosialisasi mempunyai hubungkait yang erat dengan proses pendidikan. Pendidikan ialah satu usaha sistematik yang dibuat oleh masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya. Ia merupakan satu proses untuk memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia . Al-Farabi pula menggunakan pelbagai istilah untuk menerangkan konsep pendidikan yang secara tak langsung merupakan peranan seorang guru. Baginya tujuan pendidikan ialah untuk mendisiplin (ta‟dib), melatih (tahdhib), membimbing (tasdid), mengajar (ta‟lim), mengasuh (tarbiya), dan menaksir (taqwim). Tugas guru ialah untuk mendidik pelajar ke arah mencapai kebahagiaan dan keseumpurnaan (bermoral tinggi) kerana manusia dicipta untuk tujuan ini. Sosialisasi adalah satu konsep umum yang boleh ditakrifkan sebagai satu proses dimana kita belajar melalui interaksi dengan orang lain tentang cara berfikir, merasakan dan bertindak . Menurut Kamus Dewan Edisi keempat sosialisasi membawa maksud usaha untuk memindahkan hak milik seseorang menjadi milik negara atau proses mendidik seseorang untuk menyesuaikan diri dengan suasana, sikap, nilai dan norma yang dapat diterima dalam masyarakat . Manakala Mohd. Salleh Lebar (1998) mentakrifkan sosialisasi ialah proses interaksi sosial yang membolehkan manusia memperolehi personaliti atau sakhsiah dan belajar cara 1

Upload: siti-aminah-salleh

Post on 21-Dec-2015

8.284 views

Category:

Documents


798 download

DESCRIPTION

wwd

TRANSCRIPT

Page 1: Guru Sebagai Agen Sosialisasi

PENGENALAN

Proses sosialisasi mempunyai hubungkait yang erat dengan proses pendidikan.

Pendidikan ialah  satu usaha sistematik yang dibuat oleh masyarakat untuk

menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya. Ia merupakan

satu proses untuk memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku

dalam diri manusia . Al-Farabi pula menggunakan pelbagai istilah untuk menerangkan

konsep pendidikan yang secara tak langsung merupakan peranan seorang guru.

Baginya tujuan pendidikan ialah untuk mendisiplin (ta‟dib), melatih (tahdhib),

membimbing (tasdid), mengajar (ta‟lim), mengasuh (tarbiya), dan menaksir (taqwim).

Tugas guru ialah untuk mendidik pelajar ke arah mencapai kebahagiaan dan

keseumpurnaan (bermoral tinggi) kerana manusia dicipta untuk tujuan ini.

Sosialisasi adalah satu konsep umum yang boleh ditakrifkan sebagai satu proses

dimana kita belajar melalui interaksi dengan orang lain tentang cara berfikir, merasakan

dan bertindak . Menurut Kamus Dewan Edisi keempat sosialisasi membawa maksud

usaha untuk memindahkan hak milik seseorang menjadi milik negara atau proses

mendidik seseorang untuk menyesuaikan diri dengan suasana, sikap, nilai dan norma

yang dapat diterima dalam masyarakat . Manakala Mohd. Salleh Lebar (1998)

mentakrifkan sosialisasi ialah proses interaksi sosial yang membolehkan manusia

memperolehi personaliti atau sakhsiah dan belajar cara hidup masyarakatnya. Proses

ini berlaku secara berterusan dan banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran

personaliti merangkumi pemikiran, tahap emosi, daya kesedaran diri, konsepsi dan lain-

lain lagi. Selain itu, sosialisasi boleh didefinisikan sebagai interaksi antara manusia

sama ada verbal atau non verbal. Apabila manusia melakukan tugasan bersama,

sekalipun tanpa interaksi, ia juga dianggap sebagai proses sosialisasi. 

Menurut Ishak Ramly (2005), pemasyarakatan atau sosialiasi adalah proses

kanak-kanak diajar dengan nilai sosial yang baik dan sempurna seperti penerapan nilai-

nilai murni masyarakat Malaysia pada semua kanak-kanak sekolah. Ini dilakukan

secara formal dan terancang melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

1

Page 2: Guru Sebagai Agen Sosialisasi

Sosialisasi bertujuan untuk mengembangkan kemampuan seorang anak dalam

kehidupan untuk berkomunikasi secara efektif. Selain itu, ia juga memberikan

keterampilan yang diperlukan  seseorang yang mempunyai tugas dalam masyarakat.

Proses sosialisasi ini dapat menanamkan nilai-nilai kepercayaan kepada seseorang

yang mempunyai tugas  dalam masyarakat. Sosialisasi yang betul dapat membentuk

keperibadian yang unggul dalam diri seseorang.

Agen sosialisasi adalah pihak-pihak yang melaksanakan sosialisasi . Agen

sosialisasi merupakan individu , kumpulan atau organisasi yang mempengaruhi tingkah

laku dan diri seseorang. Kanak-kanak sejak kecil lagi telah dikelilingi oleh agen-

agen sosialisasi termasuklah ibu bapa, pengasuh dari tadika dan juga dari keluarga

yang terdekat. Apabila mereka di bangku sekolah, agen sosialisasi telah bertambah

banyak seperti guru dan warga sekolah, rakan sebaya dan persatuan yang mereka

ceburi.

Guru sebagai agen sosialisasi akan berfungsi dimana kewujudan sekolah

sebagai medium sosialisasi antara lain adalah untuk mengenali dan mengembangkan

karakteristik diri (bakat, minat dan kemampuan), melestarikan kebudayaan,

merangsang peranan demokrasi melalui pengajaran ketrampilan berbicara dan

pengembangan kemampuan berfikir kritis, kreatif, rasional dan objektif, dan untuk

mengembangkan kemampuan menyesuaikan diri anak-anak.

Aspirasi pula mengikut kamus dewan edisi ke empat membawa maksud

keinginan atau kehendak yang kuat untuk mencapai sesuatu . Aspirasi negara

sepertimana yang dizahirkan dalam wawasan 2020 dan falsafah pendidikan

kebangsaan adalah seiring untuk membentuk warganegara yang menguasai ilmu dan

kemahiran tinggi,menjunjung nilai budaya bangsa ,memiliki semangat patriotisme utuh

dan mempunyai daya saing yang tinggi . Dengan itu semua guru disekolah harus sedar

mereka sebenarnya memikul satu akuantabiliti yang besar untuk merealisasikan

aspirasi negara sebagai pembina insan berprestasi tinggi.

2

Page 3: Guru Sebagai Agen Sosialisasi

2. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI

Guru yang berkualiti merupakan tonggak kepada kemajuan dan kegemilangan

pendidikan.Berdasarkan PIPP melalui teras keduanya yang bertujuan membangunkan modal

insan dan berpengetahuan serta berkemahiran dalam menghayati nilai – nilai murni , bermoral

serta bersikap positif .Sehubungan dengan itu tugas guru dewasa ini bukan sahaja mengajar

tulis baca sepertimana persepsi sesetengah masyarakat tetapi tugas guru adalah lebih besar

daripada itu .Peranan dan tanggungjawab guru antara lain sebagai agen sosialisasi dimana

ianya adalah seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan yang menjurus ke arah mencirikan

insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri – ciri seperti percaya dan patuh

kepada tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bersikap penyayang,bertanggungjawab

kepada diri, masyarakat, agama dan Negara.

Guru adalah antara agen sosialisasi yang paling berpengaruh dimana guru turut

memainkan peranan utama dalam membentuk konsep kendiri , personaliti dan sahsiah

murid – murid yang sempurna selaras dengan kehendak masyarakat. Ini kerana

sekolah merupakan agen untuk menyampaikan kebudayaan dan sebahagian daripada

fungsi pengajaran adalah untuk melahirkan nilai – nilai kebudayaan . Dengan itu

proses sosialisasi murid merupakan satu tugas yang perlu dilaksanakan sekolah

dengan rasa penuh tanggungjawab. Guru memainkan beberapa peranan penting

selaku agen social semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.Antaranya guru

bertanggungjawab untuk:

2.1 Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif

Guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif disebabkan

cara murid berinteraksi dengan guru atau sesama rakan adalah tidak sama dan meluas.

Sehubungan itu ,sebagai agen sosialisasi guru berupaya menggalakkan pergaulan

yang mesra dalam kalangan pelajarnya. Pengurusan interaksi social yang dikendalikan

guru adalah sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran. Ini dapat dilakukan

melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kerja kumpulan yang diadakan

akan menggalakkan interaksi antara pelajarnya.

3

Page 4: Guru Sebagai Agen Sosialisasi

Ketika P&P, murid akan digalakkan untuk membincangkan tajuk yang diajar

bersama rakan-rakannya dan membuat refleksi dan rumusan daripada apa yang

difahami dan dipelajarinya. Daripada perbincangan kumpulan tersebut, proses

sosialisasi akan terbentuk dan murid akan berkomunikasi antara satu sama lain.

Komunikasi dua hala ini dapat membantu pelajar mengembangkan perhubungan yang

sihat yang akan membaiki sikap terhadap sekolah dan pembelajarannya. Ringkasnya,

interaksi dan hubungan social yang bersifat perkembangan ini akan membolehkan

murid bekerjasama sebagai satu pasukan melalui pembelajaran koperatif dan

kolaboratif. Jika guru itu memilih untuk menyampaikan maklumat sahaja, maka

kemahiran berkomunikasi tidak dikembangkan. Kemahiran berkomunikasi adalah

penting untuk sosialisasi.

2.2 Membentuk hubungan sosial yang mesra

Usaha untuk melahirkan masyarakat penyayang dan dapat memberikan

sumbangan kepada kesejahteraan komuniti dan negara amat perlu dititik beratkan dan

diberikan penekanan. Kehadiran guru sebagai agen sosialisasi amat diperlukan dengan

tujuan membentuk insan yang mempunyai emosi yang matang dan stabil. Dengan itu

dapat memupuk perasaan kasih sayang dan kekitaan. Masyarakat penyayang dan

budaya penyayang adalah masyarakat yang hidup bermuafakat dengan anggotanya

yang mesra dan bertimbangrasa. Setiap orang saling memahami dan hormat

menghormati .Yang muda menghormati yang tua dan yang tua mengasihi yang muda.

Situasi seperti ini sememangnya wujud dipersekitaran murid disekolah sebagai sebuah

komuniti .

Guru sebagai Agen social yang utama disekolah perlu untuk membentuk

hubungan social yang mesra dan penyayang . Didalam hubungan social yang mesra

dan penyayang ini setiap individu memainkan peranan untuk mengawasi, menasihati

dan membetulkan tingkahlaku anak –anak murid yang berada dihadapan mereka.

Dalam mewujudkan hubungan social yang mesra guru dapat memberikan motovasi

kepada anak didiknya untuk belajar dengan cemerlang , serta galakkan untuk belajar

4

Page 5: Guru Sebagai Agen Sosialisasi

secara aktif didalam kelas . Sokongan daripada guru merupakan satu factor yang kuat

dalam membentuk hubungan social yang cemerlang khususnya kepada kanak – kanak

disekolah rendah .kesannya lahirlah Individu di dalam masyarakat penyayang yang

tidak hanya mementingkan diri sendiri dan melakukan sesuatu perkara yang jelas akan

membawa bencana kepada orang – orang disekelilingnya. Sifat inilah yang diperlukan

bagi melahirkan sebuah negara maju yang berperibadi dan seimbang dengan

pembangunan negara sepertimana yang dizahirkan dalam wawasan 2020.

2.3 Mengembangkan penguasaan ilmu dan kemahiran

Ilmu menjadi asset maknawi dalam kehidupan setiap insan . dengan adanya ilmu

sebagai bekalan hidup , barulah seseorang itu dapat mengeksploitasi ilmu yang dimiliki

itu kearah kemajuan diri, pembangunan nusa dan pemartaban bangsa . sebagai agen

social ,seorang guru itu tidak boleh merasa jemu untuk menimba ilmu baharu serta

mempelajari kemahiran terkini yang sesuai dengan perkembangan diri dan masyarakat.

Hal ini kerana dalam konteks masyarakat sarwajagat ini ilmu dan kemahiran yang

dimiliki oleh seseorang itu menjadi tunjang kehidupan seharian. Semua ini amat

diperlukan bagi seorang agen social untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing

dan menjadi tanggungjawab pendidik untuk melahirkan murid yang menguasai

kemahiran yang tinggi bagi merealisasikan aspirasi kerajaan. Guru yang menguasai

ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan,menjalankankan

tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Penguasaan ilmu pengetahuan bagi setiap guru juga amat penting dalam

menjayakan hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran

berfikir aras tinggi (KBAT). Oleh hal yang demikian adalah menjadi tanggungjawab

pendidik untuk mempersiapkan diri terlebih dahulu dengan pengetahuan dan kemahiran

bagi memastikan produk yang dilahirkan kelak memenuhi ciri kemenjadian murid

sebagaimana yang diimpikan . Dengan itu guru perlu menganjak paradigma dengan

melakukan tranformasi minda agar dapat merealisasikan hasrat yang disebut.

5

Page 6: Guru Sebagai Agen Sosialisasi

2.4 Penyebar budaya ilmu

Guru sebagai pengamal ilmu seharusnya mempraktikkan budaya ilmu seperti

membaca , berfikir , memerhati dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru.

Guru perlu menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan nilai – nilai murni dan juga

disiplin ilmu melalui penyampaian isi kandungan pendidikan yang lebih berkesan.

Secara tidak langsung akan mebolehkan guru untuk memindahkan ilmu yang baik,

meninggikan adab murid sebagai seorang pengamal ilmu dan dapat membawa kepada

kelahiran generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras

dan tunjang dalam amalan pendidikan sepanjang hayat.

2.5 Memastikan perkembangan tingkahlaku positif

Peranan seorang guru sebagai seorang agen social ibarat doctor dan jururawat

yang bertindak merawat muridnya. Guru bertanggungjawab dalam memupuk sikap, nilai

dan sahsiah murid yang sempuna supaya selaras dengan kehendak masyarakat.

Dalam hal ini guru memainkan peranannya dengan memupuk nilai-nilai murni seperti

belas- kasihan, bertolak ansur, bertimbang rasa dan bekerjasama. Pelajar yang muda

amat memerlukan keperluan-keperluan psikologi tersebut dan ini dapat dipenuhi oleh

seorang guru yang baik hati serta ada perasaan belas kasihan. Kesemua nilai ini amat

dihargai dalam sosialisasi. Dengan adanya penekanan nilai-nilai tersebut, suasana

yang kondusif telah wujud untuk sosialisasi.

Guru perlu berusaha untuk membimbing dan membentuk tingkahlaku murid yang

positif dan menghentikan tingkahlaku negetif mengikut nilai, norma dan kehendak

masyarakat . Asas penting dalam pembentukan tingkahlaku murid adalah dengan

membina hubungan yang positif antara guru dan murid didalam sekolah atau bilik

darjah.Guru perlu mempunyai kemahiran strategi tertentu untuk membolehkan murid

membuat pilihan tingkahlaku yang dapat meningkatkan peluang pembelajaran untuk diri

sendiri. Usaha dapt dilaksanakan dengan cara penyerapan nilai murni samada secara

langsung atau secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran dibilik darjah ataupun

ketika perlaksanaan aktiviti kelab dan persatuan.

6

Page 7: Guru Sebagai Agen Sosialisasi

Selain itu, dalam membentuk nilai , norma ,sahsiah dan tingkahlaku positif guru

boleh mengendalikan projek gotong- royong untuk membersihkan kawasan sekolah,

balai raya, pusat warga tua, rumah anak yatim sebagai usaha untuk menyediakan

peluang untuk pelajar berinteraksi sesama mereka atau dengan penghuni-penghuni di

pusat-pusat tersebut. Ini juga merupakan peluang untuk pelajar bersosialisasi secara

aktif dan sihat.

Guru juga perlu untuk mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat dan

menggunakan statusnya untuk menyebarkan nilai – nilai positif kepada ahli masyarakat.

Dengan ini akan terdapat kesinambungan dalam memupuk dan membentuk nilai – nilai

murni kepada kanak – kanak kerana ahli masyarakat terdiri daripada ahli keluarga

pelajar yang juga menjadi agen sosialisasi.

2.6 Memelihara keperibadian

Ketinggian kualiti peribadi guru juga boleh menjadi pemangkin kecemerlangan

sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan

masa depan. Pembinaan modal insan adalah teras kepada kejayaan bangsa dan

negara. Ia merangkumi proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu,

berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. Selari dengan aspirasi

Negara ,tingkah laku guru merupakan salah satu pengaruh sosialisasi dalam kalangan

pelajarnya. Ini kerana guru berdiri di hadapan beratus-ratus orang pelajar. Segala

percakapan, tindakan dan tingkah laku guru diperhatikan dengan rapi oleh para pelajar.

Ini membawa implikasi bahawa perwatakan guru sering diteliti oleh pelajar .

Sebagaimana yang kita ketahui, tugas seorang guru tidaklah terhad kepada

proses mengajar atau menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata.  Namun,

tanggungjawab guru juga adalah untuk memastikan pembentukan sahsiah pelajar

termasuk pembentukan dan perkembangan dalam aspek jasmani, rohani, intelek dan

emosi supaya para pelajar berupaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan,

bermoral tinggi, harmonis dan juga seimbang. Dalam hal ini, guru perlu berusaha

7

Page 8: Guru Sebagai Agen Sosialisasi

memastikan adab dan budi pekertinya adalah ditahap yang cemerlang. Ini adalah

kerana guru merupakan model kepada murid-murid dan masyarakat sekelilingnya. Guru

tidak seharusnya umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul. Guru bukan sahaja

perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut.

Dalam isu ini, mesej untuk menolak sebarang perbuatan yang bercanggah dengan

norma masyarakat dan undang-undang negara wajar ditonjolkan  dalam kalangan

pelajar melalui penggemblengan usaha bersama bagi membentuk generasi Malaysia

yang bertanggungjawab dan berwawasan.

Sekiranya guru itu memiliki sahsiah yang mesra dan sentiasa menyapa pelajar-

pelajar dengan baik, maka pelajar itu juga berasa lebih selesa. Sahsiah guru itu akan

dicontohi oleh para pelajarnya. Justeru, pelajar akan membesar menjadi individu yang

lebih peramah, mesra dan mudah untuk berdampingan dengan orang lain. Lantaran itu,

guru hendaklah memainkan peranan sebagai contoh teladan kepada pelajar-pelajarnya

dan pastinya masyarakat kita akan memandang tinggi kerjaya seorang guru

terutamanya sebagai agen sosialisasi.

2.7 Menyatukan bangsa Malaysia

Dasar pendidikan kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan satu masyarakat

yang bersatu padu dan berdisplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih

bagi pembangunan Negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan sehingga kini adalah

sebagai salah satu usaha kerajaan untuk  merealisasikan aspirasi negara bagi

mewujudkan dan meningkatkan perpaduan kaum dan integrasi nasional dalam

kalangan masyarakat di negara ini. Pendidikan adalah tunjang kepada perpaduan

negara, maka tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan

peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan negara.

Dalam konteks Malaysia,  pendidikan adalah tonggak utama dalam membina

perpaduan kaum dalam kalangan generasi muda. peranan dan tanggungjawab guru

sebagai agen sosialisasi amat diperlu . kelestarian, kemajuan dan kemakmuran negara

8

Page 9: Guru Sebagai Agen Sosialisasi

juga terletak pada keupayaan guru untuk memupuk perpaduan dan keharmonian kaum

yang berkekalan. Kehadiran guru berperanan untuk mendidik murid agar menghargai

nilai keinsanan , menghormati perbezaan adat dan budaya serta memperkukuhkan

perpaduan dan jati diri . Dengan ini akan dapat mewujudkan suasana yang kondusif

bagi membolehkan murid daripada pelbagai latar kaum dan agama bergaul sesama mereka

dengan lebih mesra dan akrab.

Peranan guru perlu untuk meruntuhkan tembok prejudis yang tebal dengan

menggalakkan interaksi yang harmonis antara murid pelbagai kaum. Guru itu sendiri

mestilah tidak mengamalkan sikap pilih kasih sesama kaum dan agama mengikut

keselesaannya. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap

semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan

politik, tempat asal dan keturunan, ini membawa maksud guru mesti melayan dan

menyempurnakan tugasnya sama rata.

Pada masa yang sama, guru mesti meneruskan usaha memperkasa sekolah

kebangsaan sebagai sekolah perpaduan dan memartabatkan bahasa kebangsaan

sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan rakyat. Bagi meningkatkan lagi

penghayatan murid pelbagai kaum terhadap nilai patriotisme, guru perlu melaksanakan

pelbagai program yang menjurus ke arah penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Dengan ini akan dapat melahirkan warga negara Malaysia yang patriotik dan

berakhlak mulia, yang memahami sejarah asal usul negara bangsa, yang mengormati

perlembagaan dan undang-undang negara, yang menjunjung sistem demokrasi

berperlembagaan, dan menghayati semangat serta prinsip rukunegara. Jelas sekali

tugas guru di negara kita bukanlah semata-mata untuk melahirkan modal insan yang

berjaya memacu kemajuan negara, tetapi juga melahirkan insan mulia dalam sebuah

masyarakat majmuk yang menghayati sejarah, menghormati perbezaan agama, adat

dan budaya serta menghargai nilai-nilai kemanusiaan sejagat.

9

Page 10: Guru Sebagai Agen Sosialisasi

2.8 Menerapkan nilai kerohanian dalam diri pelajar

Salah satu tanggungjawab yang dominan bagi setiap guru adalah melahirkan

golongan yang memiliki mentaliti kelas pertama kepada tanah air kita. Hal yang

demikian ini terjadi kerana guru bukan sahaja memberikan ilmu dunia tetapi juga perlu

menyampaikan ilmu akhirat kepada anak buahnya. Guru sebagai agen sosialisasi perlu

memainkan peranannya untuk menerapkan nilai kerohanian dalam setiap diri

pelajarnya.

Nilai kerohanian  ini ialah seseorang indvidu itu perlu percaya kepada Tuhan,

bersyukur dengan pemberian Tuhan dan berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-

nilai murni. kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan . Seseorang individu itu perlulah

mengakui tentang kewujudan Tuhan, mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia dan

alam. Selain itu, setiap insan perlu sedar bahawa hukum dan fenomena alam

merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan. Menyedari bahawa individu

bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya.  Tambahan

pula, insan tersebut perlulah mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti. Manusia

hendaklah memikul amanah dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam mentadbir

dan memakmurkan alam.

Pendidikan kerohanian sangat mustahak kepada setiap insan. Guru perlu

sentiasa menyuntikkan nilai-nilai murni ini kepada pelajar supaya mereka dapat menuju

ke arah hakiki dan tidak mudah terpengaruh oleh unsur – unsur negetif . Dengan

bimbingan, prihatin, asuhan dan kasih sayang guru, insan yang bersikap penyayang,

bersemangat kental serta berfikiran terbuka akan bercambah dan nilai jati diri sebagai

penggerak wawasan akan turut berkembang dengan sendirinya. Atas sumbangan guru,

pelajar yang memiliki jati diri dan bersahsiah mulia dapat menjanakan pembangunan

negara.

Penekanan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau dengan kata lain pendekatan

dari segi agama haruslah menjadi perkara yang ‘first and foremost’ dalam diri seorang

individu yang bergelar guru. Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat

10

Page 11: Guru Sebagai Agen Sosialisasi

meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam diri pelajar. Perkara ini menjadi lebih

penting dan kritikal dalam kehidupan pada era globalisasi kini. Maksudnya, kehidupan

yang terlalu bersifat materialistik, teknologi , kemewahan dan hiburan boleh

menjejaskan keinginan manusia kepada Tuhan dan boleh menjejaskan nilai –nilai

kehidupan sejagat.

Penutup

Di sini dapatlah kita fahami apakah yang dimaksudkan dengan sosialisasi ialah

proses belajar seseorang anggota masyarakat untuk mengenal dan menghayati norma-

norma serta nilai-nilai masyarakat tempat ia menjadi anggota sehingga terjadi

pembentukan sikap untuk berprilaku sesuai dengan tuntunan atau perilaku

masyarakatnya, dimana sosilisasi bukan sahaja memainkan peranan penting kepada

masyarakat tetapi dapat juga dilihat dari segi peranannya kepada bidang pendidikan

yang melibatkan golongan guru (orang yang mengajar) dan pelajar. 

Guru seharusnya terlebih dahulu perlu memahami dan menghayati tentang

pengertian setiap pernyataan yang terkandung di dalam wawasan 2020 dan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan supaya mereka berkeupayaan untuk mendidik pelajar-pelajar

ke arah merealisasikan aspirasi Negara . Ini kerana kejayaan hasrat murni ini banyak

bergantung kepada sejauh mana guru memahami konsep-konsepnya dan bagaimana

mereka menerapkannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasrat ini tidak dapat

direalisasikan dan tidak bermakna jika ianya tidak dapat difahami dan dihayati serta

dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh oleh semua pihak yang terlibat dalam

bidang pendidikan. Tanggungjawab dalam merealisasikan hasrat ini terletak dibahu

guru dimana mereka merupakan sebahagian daripada agen sosialisasi.

Kesemua jenis  ilmu sama ada akademik ataupun kerohanian, emosi dan

jasmani dapat memanfaatkan pelajar-pelajarnya. Guru merupakan agen sosialisasi

yang penting yang perlu memastikan kelangsungan proses sosialisasi pelajar-pelajar di

sekolah adalah mengikut acuan nilai, budaya dan aspirasi masyarakat kita.

11

Page 12: Guru Sebagai Agen Sosialisasi

Selain itu guru perlu lengkapkan diri dengan akhlak dan peribadi mulia yang

akan menjadi role model kepada anak didiknya. Guru seharusnya menjadi teladan

kepada pelajar bukan sahaja dari aspek ketrampilan tetapi juga dari aspek pendidikan

dan profesionalisme dalam pembinaan generasi masa hadapan.

Justeru, peranan guru sebagai agen sosialisasi merupakan peranan yang

penting dalam usaha kearah mewujudkan sebuah masyarakat penyayang dan ikram

gurulah yang akan membentuk anggota-anggota masyarakat yang memiliki sifat-sifat

yang dihasratkan. Para pendidik sentiasa mengorbankan masa dan tenaga untuk

memulihkan pelajar yang tersesat di hujung jalan supaya mereka dapat balik ke

pangkal jalan. Ringkasnya disini , guru pembentuk masyarakat madani dan sakinat.

12

Page 13: Guru Sebagai Agen Sosialisasi

Rujukan :

Abd. Fatah Hasan ( 2001) . Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Publication and

Distributors Sdn Bhd.

Abd Rahim Abd Rashid (2004 ) . Nilai-nilai Murni dalam Pendidikan: Menghadapi

Perubahan dan Cabaran Alaf Baru . Kuala Lumpur : Utusan Publication &

Distributor Sdn Bhd.

Akhtiar Pardi , Shamsina Shamsudin & Muhamad Kushairi Jusoh ( 2012 ) . Asas

Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru . Kuala Lumpur : Freemind

Horizons Sdn Bhd.

Ee Ah Meng (2003) .  Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas

(Semester 1). Shah Alam Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Hussein Ahmad (1993) . Pendidikan dan Masyarakat : Antara Dasar , Reformasi dan

Wawasan . Dewan Bahasa dan Pustaka : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Idris Zakaria ( 1986 ) .Teori Kenegaraan Al-Farabi . Bangi ,Selangor : Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ishak Ramly ( 2005 ) . Inilah Kurikulum Sekolah . Kuala Lumpur : Utusan Publication &

Distributor Sdn Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 ) . Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala lumpur

Mohd Salleh Lebar (1998 ). Sosiologi Sekolah dan Pendidikan. Selangor : Thinker’s

Library.

13

Page 14: Guru Sebagai Agen Sosialisasi

Sharifah Alawiyah Al-Sagoff (1992).  Falsafah Pendidikan. Petaling Jaya, Selangor :

Longman Malaysia Sdn Bhd,

Zulhilmi Paidi dan Rohani Abbdul Ghani (2003) . Pendidikan Negara Bangsa. Bentong,

Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

14