guru poteng

9
Sunday, 2 September 2012 GURU PONTENG ISU SERIUS ANALISIS ISU: Guru Ponteng Isu Serius Guru adalah pendidik dan pembimbing kepada para pelajar yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan bangsa dan negara pada masa hadapan. Menurut dari laman web Wikipedia Bahasa Melayu Ensiklopedia Bebas menyatakan bahawa, guru (dari bahasa Sanskrit गगगग) ataupun dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tuisyen (kelas bimbingan). Dalam zaman moden ini, guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran. Sememangnya guru memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan negara. Selain menyebar ilmu segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada pelajar selain mereka dapat membina masyarakat yang mempunyai budaya yang bertamadun tinggi. Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, pandai berjenaka, sabar,bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat kepimpinan (Mok Soon Sang, 1988). Golongan ini amat penting dalam usaha menjana modal insan yang berpendidikan tinggi serta berakhlak mulia. Modal insan yang berkualiti amat diperlukan oleh negara bagi membangunkan Malaysia dalam pelbagai sektor kritikal terutamanya teknologi maklumat, perindustrian, perubatan, perbankan, perdagangan dan sebagainya yang selama ini kita masih berada dalam serba kekurangan Oleh itu, amatlah mustahak untuk kerajaan menumpukan kepada usaha melahirkan modal-modal insan yang cemerlang dalam kalangan rakyat tempatan bagi menjana pertumbuhan negara ke arah yang lebih progresif dan mapan. Bagi mencapai matlamat ini, bidang pendidikan perlu diperkasakan dariperingkat rendah bagi mendidik dan seterusnya melahirkan warganegara yang dapat bersaing dalam suasana yang amat kompetitif dan mencabar di peringkat antarabangsa. Justeru, apabila kita melihat situasi ini,

Upload: zahari-zabri

Post on 15-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

ipg

TRANSCRIPT

Page 1: Guru Poteng

S u n d a y , 2 S e p t e m b e r 2 0 1 2

GURU PONTENG ISU SERIUS

ANALISIS ISU: Guru Ponteng Isu Serius

Guru adalah pendidik dan pembimbing kepada para pelajar yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan bangsa dan negara pada masa hadapan. Menurut dari laman web Wikipedia Bahasa Melayu Ensiklopedia Bebas menyatakan bahawa, guru (dari bahasa Sanskrit गु�रू) ataupun dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tuisyen (kelas bimbingan). Dalam zaman moden ini, guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya “management guru” merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.

Sememangnya guru memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan negara. Selain menyebar ilmu segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada pelajar selain mereka dapat membina masyarakat yang mempunyai budaya yang bertamadun tinggi. Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, pandai berjenaka, sabar,bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat kepimpinan (Mok Soon Sang, 1988). Golongan ini amat penting dalam usaha menjana modal insan yang berpendidikan tinggi serta berakhlak mulia. Modal insan yang berkualiti amat diperlukan oleh negara bagi membangunkan Malaysia dalam pelbagai sektor kritikal terutamanya teknologi maklumat, perindustrian, perubatan, perbankan, perdagangan dan sebagainya yang selama ini kita masih berada dalam serba kekurangan Oleh itu, amatlah mustahak untuk kerajaan menumpukan kepada usaha melahirkan modal-modal insan yang cemerlang dalam kalangan rakyat tempatan bagi menjana pertumbuhan negara ke arah yang lebih progresif dan mapan.

Bagi mencapai matlamat ini, bidang pendidikan perlu diperkasakan dariperingkat rendah bagi mendidik dan seterusnya melahirkan warganegara yang dapat bersaing dalam suasana yang amat kompetitif dan mencabar di peringkat antarabangsa. Justeru, apabila kita melihat situasi ini, tanggungjawab serta amanah bagi memikul profesion sebagai seorang guru kini berada dalam keadaan genting kerana objektif untuk melahirkan modal insan yang cemerlang secepat mungkin terletak sepenuhnya di bahu mereka.  Justeru itu, guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik dengan baik. Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadzir Mohd. Khir memberitahu bahawa daripada

Page 2: Guru Poteng

tahun 1995 hingga tahun 2008, sebanyak 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia, 18 September 2008). Antara kes keruntuhan moral disebutkan beliau adalah perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. Media juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid, guru besar menyembunyikan kes-kes disiplin, dan sebagainya yang telah menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan.

Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan profesion keguruan tergugat pada pandangan umum. Salah satu contoh isu yang serius melanda profesion ini ialah isu guru ponteng tugas. Menurut laporan dari akhbar The Borneo Post, melaporkan bahawa hasil pemantauan dan pemeriksaan pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada 22 Februari 2010, mendapati seramai 117 guru dari 11 sekolah tidak hadir bertugas, manakala pada 25 Mei 2010 pula seramai 157 guru dari 14 sekolah juga tidak hadir bertugas. Hal ini amat bertentangan dengan peranan dan tatasusila perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan negara.

Kita biasa mendengar isu ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Pelbagai pihak telah pun mengambil inisiatif bagi menagani masalah ponteng dalam kalangan pelajar. Namun isu ponteng dalam kalangan guru merupakan suatu perkara yang jarang dan tidak patut didengar memandangkan ia sebenarnya melibat suatu ancaman serius terhadap etika dan profesion perguruan itu sendiri. Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Berdasarkan definisi ini, apa yang kita dapat fahami ialah, seseorang guru yang ponteng adalah guru yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang guru kepada pelajar-pelajarnya di sekolah. Justeru, dalam menilai isu ini, kita perlu melihat apakah punca-punca dan kesan-kesan guru ponteng dari tugasnya.

Salah satu punca masalah guru ponteng yang dilihat antara punca utama yang menyumbang kepada masalah ini ialah bebanan dan cabaran kerja yang dihadapi oleh guru itu sendiri. Bebanan dan cabaran kerjaya guru pada masa kini menuntut individu yang menceburi profesion ini untuk menjadi individu serba boleh dan multi-disiplin. Bermula dari seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan tugas-tugas pengurusan murid, kelas, rekod, dan seumpamanya. Oleh sebab itu, sepanjang seorang guru berkhidmat di sesebuah sekolah, guru perlu bersedia dari segala aspek terutamanya sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran, atau dengan makna lain , ia bermaksud bahawa seseorang guru pada masa kini mesti tahap kesediaan yang tinggi sebelum melakukan apa-apa jua tugas yang melibatkan bidangnya. Sebagai contoh, dari aspek pengurusan pengajaran dan pembelajaran, boleh dikatakan penyediaan bahan-bahan untuk mengajar dan tugas mengajar pelajar sekolah boleh menyebabkan guru mula merasakan tekanan kerana tugas tersebut perlu dilakukan setiap hari (lima hari seminggu). Tambahan pula, guru perlu memastikan kualiti bahan-bahan

Page 3: Guru Poteng

pengajaran sentiasa tinggi dan selalu dikemaskinikan bagi membantu mempermudah pemahaman pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Selain daripada perkara di atas, guru juga tidak terlepas daripada berhadapan dengan masalah-masalah disiplin pelajar yang menyebabkan tekanan emosi terhadap guru yang seterusnya menyebabkan guru mula meninggalkan amanah yang dipikul mereka atau dengan istilah yang lebih tepat, ponteng. Ponteng kerja semestinya menjadi jalan paling mudah untuk guru melepaskan rasa tekanan mereka biarpun perkara ini bukanlah sesuatu yang baik untuk dilakukan. Tekanan yang berpunca daripada disiplin pelajar dan beban kerja menjadi antara sebab utama memaksa guru “melarikan diri” daripada tugas buat sementara waktu untuk menenangkan minda mereka. Tekanan akibat perlakuan pelajar yang di luar kawalan guru dan tindakan dari sesetengah mereka yang sanggup melawan arahan yang diberikan guru menambahkan lagi tekanan yang seterusnya menyebabkan guru mula meninggalkan tanggungjawab mereka atau diistilahkan sebagai ponteng. Namun dari satu aspek, kita boleh menganggap guru terpaksa berbuat begitu kerana tidak mahu terlepas cakap atau bertindak di luar dugaan terhadap pelajar-pelajar yang akhirnya akan membawa keadaan ini menjadi semakin teruk sebagaimana kes guru mendera murid atau seumpamanya.

Kita juga boleh melihat aspek-aspek lain apabila membincangkan isu guru ponteng ini. Antara salah satu faktor yang menjadi salah punca guru ponteng ialah ketidakserasian hubungan antara guru dengan pihak pentadbiran sekolah. Masalah ini merupakan masalah yang melibatkan organisasi yang menguruskan sekolah di mana seseorang guru itu bertugas. Masalah ini biasanya wujud apabila pihak pentadbiran mengamalkan gaya pentadbiran yang bersifat autokratik. Hal ini bermaksud sebarang keputusan yang ditetapkan untuk aktiviti dan pengurusan sekolah hanya dibuat oleh pihak pentadbir sahaja tanpa mengira pendapat guru-guru yang sebenarnya menjadi sebahagian organisasi dalam  sesebuah sekolah. Kesan gaya kepimpinan pihak pentadbir sebegini sebenarnya akan memburukkan hubungan sosial antara guru dan pihak pentadbir. Situasi ini boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati dan memberontak dalam kalangan guru disebabkan pandangan dan luahan hati mereka tidak didengar oleh pihak pentadbir. Justeru, pernyataan ini boleh dibuktikan di mana ada guru yang ponteng ketika mesyuarat  dan sesi perbincangan bersama pentadbir sekolah kerana mereka beranggapan pandangan dan pendapat mereka tidak akan diambil peduli oleh pihak pentadbiran sekolah.

Namun, dari aspek yang lain apabila kita menyentuh peranan pihak pentadbiran sekolah dalam membicarakan isu guru ponteng ini, sebenarnya kita akan dapat melihat suatu lagi peranan yang amat penting oleh pihak pentabiran sekolah dalm isu ini, iaitu aspek pemantauan terhadap disiplin dan sahsiah guru itu sendiri. Akibat kurangannya pemantauan dan tindakan tegas yang diambil oleh pentadbir sekolah terhadap guru yang sering ponteng ini boleh menjadi salah satu faktor utama menyumbang kepada isu

Page 4: Guru Poteng

ini berlaku. Ketegasan pihak pentadbir di sini bukan bermaksud membuat keputusan mereka sendiri untuk menghukum atau membebankan guru terbabit dengan arahan yang dikeluarkan pihak pentadbir, tetapi lebih untuk menjaga etika dan sahsiah keguruan seseorang guru tersebut. Keprihatinan pihak pentadbir terhadap masalah ini wajar dititikberatkan selaras dengan usaha Kementerian Pelajaran melaksanakan Program AKUN bermula pada tahun ini sehingga 2016. Program ini bertujuan meningkatkan peratusan kehadiran guru di sekolah selain memantapkan lagi keberkesanan penyampaian serta penyebaran maklumat pekeliling dan peraturan di semua peringkat, menerusi empat strategi pelaksanaan iaitu e-Cerap, Pemantauan Silang, Pemantauan Bersepadu dan e-Hadir,” katanya. Elemen e-Hadir dan e-Cerap dalam program ini membolehkan pemantauan kehadiran guru dan anggota kakitangan sokongan serta pelaksanaan proses pencerapan dilakukan secara online. Justeru, pihak pentadbiran sekolah tidak mempunyai alasan lagi dalam menangani isu ponteng dan masalah ketidahadiran guru ke sekolah.

Masalah ketidakhadiran guru sekolah atau isu guru ponteng juga boleh dikaitkan persekitaran kerja seorang guru itu sendiri. Ketiadaan suasana yang kondusif yang mampu menjana prestasi dalam kerjaya seorang guru juga merupakan antara faktor yang menyebabkan isu ponteng dalam kalangan guru ini berlaku. Suasana kondusif di sini merujuk kepada persekitaran fizikal yang meliputi infrastruktur dan kemudahan asas, kecekapan pengurusan organisasi ( pentadbiran sekolah ) dan perhubungan dengan rakan sekerja. Persekitaran fizikal merupakan salah satu aspek yang boleh meransang potensi guru dalam melaksanakan tanggungjawabnya di sekolah. Penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas seperti elektrik, air dan jaringan talian komunikasi yang baik akan memudahkan seseorang guru dalam melaksanakan tugasannya. Namun begitu, hal ini amat lain khususnya apabila seseorang guru itu (terutamanya guru-baru) apabila ditempatkan di kawasan luar bandar dan pedalaman. Kemudahan-kemudahan ini agak sukar diperolehi dan perkara ini boleh menyebabkan banyak kerja guru tertangguh. Situasi ini seterusnya boleh menyebabkan guru hilang semangat dalam melaksanakan tanggungjawabnya yang seterusnya akan menyumbangkan berlakunya kes ponteng dalam kalangan guru. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika terdapat laporan di dada-dada akhbar yang mengatakan kebanyakkan isu guru ponteng berlaku di kawasan-kawasan pedalaman sebagaimana laporan akhbar The Borneo Post yang telah nyatakan pada awal tadi. Selain itu, pengurusan organisasi yang lemah juga dilihat antara sebab guru kehilangan minat untuk melaksanakan tugas mereka dengan lebih efisien. Tekanan pihak pentadbir yang sentiasa mahukan setiap guru menerima jawatan-jawatan (yang tidak berkaitan dengan kepakaran sebagai seorang guru) yang diberikan kepada mereka merupakan suatu lagi bentuk paksaan yang terpaksa dihadapi oleh para guru. Ada juga guru tertekan kerana gaji dan kemudahan dinikmati tidak setimpal dengan tanggungjawab yang perlu dipikul. Ini kerana, kebelakangan ini banyak aktiviti atau program yang harus mereka selia dan hadiri di sekolah, sedangkan pada masa sama mereka juga harus menunaikan tanggungjawab lain, terutamanya menguruskan keluarga sendiri.

Page 5: Guru Poteng

Punca-punca yang dinyatakan di atas sememangnya menyumbang kepada berlakunya masalah ketidakhadiran kerja atau isu ponteng dalam kalangan guru. Terdapat banyak implikasi atau kesan yang negatif kepada pelbagai pihak apabila isu ini sering berlaku terutamanya apabila ia tidak dikawal dan ditangani dengan baik. Sebagai contoh, ketiadaan guru ketika khidmat mereka ditagihkan menjadikan pelajar hilang punca kerana kebergantungan mereka terhadap guru untuk mendapatkan ilmu. Banyak masa yang sepatutnya digunakan pelajar untuk menimba daripada guru berkenaan akan berlalu begitu sahaja. Malah apa yang lebih membimbangkan, perkara negatif juga boleh turut menyumbang kepada gejala ponteng dalam kalangan pelajar memandangkan mereka mempunyai peluang untuk melakukan demikian hasil sikap guru mereka sendiri sebagaimana pepatah Melayu mengatakan, “ guru kencing berdiri, murid kencing berlari-lari ”. Apa yang lebih membimbangkan ialah, prestasi pelajar dalam peperiksaan juga akan menurun apabila guru gagal untuk menghabiskan silibus pengajaran seperti yang terkandung dalam rancangan pengajaran mereka. Perkara yang sama juga turut berlaku kepada aktiviti-aktiviti kokurikulum di mana aktiviti-aktiviti ini juga tidak akan berjalan dengan lancar tanpa kehadiran guru untuk memberi khidmat nasihat dan panduan berguna kepada persatuan dan kelab. Sememangnya ketidakhadiran guru atau masalah isu guru ponteng ini akan meninggalkan impak yang amat ketara kepada pelajar, bahkan lebih teruk lagi ia juga boleh menjadi sebab utama menyumbang kepada masalah disiplin dan akhlak pelajar itu sendiri.

Kesan dari isu guru ponteng ini juga tidak terhenti di situ sahaja, dari aspek pengurusan organisasi, pentadbiran sekolah juga turut bergerak perlahan kerana tidak mendapat kerjasama penuh daripada guru yang bertindak “melarikan diri”  dalam memastikan segala laporan, kertas kerja dan data pelajar dihantar tepat pada waktunya untuk memudahkan pihak sekolah membuat perancangan tahunan. Keadaan ini akan menyebabkan banyak aktiviti, program dan hal-hal yang melibatkan pengurusan dan pentadbiran sekolah yang melibatkan pelbagai pihak tertangguh kesan sikap guru yang suka ponteng ini. Kita sedia maklum bahawa sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah melibat banyak pihak, bermula dari murid, rakan sejawat, ibu bapa, pentadbir sekolah dan sehinggalah kepada pihak kementerian. Setiap pihak tersebut mempunyai karenah dan masalah yang tersendiri dari pelbagai aspek. Oleh sebab itu, kesemua perkara tersebut memerlukan masa bagi menyelesaikannya. Jika guru tidak berada di sekolah bagi menguruskan perkara-perkara seumpama ini, maka ia memberikan kesan yang negatif kepada elemen pengurusan dan pentadbiran sekolah.

Fungsi sekolah sebagai tempat menimba ilmu juga akan turut terjejas hasil dari sikap guru yang selalu ponteng dari tugas mereka yang sepatutnya mendidik dan memberi ilmu kepada murid. Impak yang paling besar yang akan diterima oleh pihak sekolah ialah kemerosotan prestasi sekolah. Penurunan prestasi ini bukan hanya melibatkan elemen pencapaian akademik, malah elemen pencapaian akhlak dan sahsiah dalam kalangan murid yang belajar di sekolah berkenaan. Imej sekolah

Page 6: Guru Poteng

berkenaan akan tercalar bukan sahaja akibat isu guru ponteng, malah kemerosotan prestasi akademik dan sahsiah murid, kesan sikap guru yang tidak melaksanakan tanggungjawab mereka. Perkara ini juga sekaligus merencatkan fungsi sekolah itu sendiri sebagai pusat pendidikan di mana seorang guru itu melaksanakan tanggungjawab mendidik anak muridnya sehingga menjadi modal insan yang dapat memberi sumbangan kepada agama, negara dan bangsa. Selain itu, disebalik kesan ini sebenarnya ia akan menambahkan bebanan dan tanggungjawab guru di sekolah berkenaan memandangkan pihak jabatan pelajaran atau kementerian akan melaksanakan pelbagai program untuk membaiki dan memulihkan kembali prestasi dan imej sekolah.

Profesion perguruan juga turut tidak akan terkecuali menerima kesan negatif disebabkan tindakan segelintir guru yang suka ponteng. Sudah tentunya imej profesion perguruan akan menerima kritikan dan cemuhan dari pelbagai pihak terutamanya dari pihak masyarakat. Umumnya masyarakat akan lebih cenderung untuk melihat perkara negatif berbanding perkara positif. Keadaan ini diburukkan lagi dengan peranan media massa yang sejak akhir-akhir ini dilihat begitu aktif memaparkan isu-isu negatif yang melibatkan profesion perguruan. Apa yang dilaporkan oleh media massa berkenaan kadangkala tidak sama dengan situasi yang benar-benar belaku. Walaubagaimanapun, justifikasi dan penilaian yang tidak adil oleh masyarakat dan media sewajarnya tidak boleh dipersalahkan kerana apabila kita menilai kembali isu guru ponteng ini, ia sememangnya bermula dari guru itu sendiri. Apa yang pasti kini, masyarakat mula berani untuk mempersoalkan bidang tugas dan kepakaran guru dalam mendidik anak-anak mereka. Keadaan ini merupakan tamparan hebat kepada profesion perguruan yang dianggap suatu bidang yang profesional. Kesan daripada ini juga menyebabkan majoriti pelajar-pelajar yang cemerlang lepasan sekolah menengah mula beralih arah ke bidang lain yang lebih dipandang tinggi oleh masyarakat seperti jurutera, doktor atau peguam dan bukannya bidang perguruan.

Secara keseluruhannya, apa konklusi yang boleh dibuat daripada isu ini ialah kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang cukup mencabar. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk memberi yang terbaik kepada para pelajar. Hasil analisis isu ini juga telah mendapati terdapat pelbagai punca yang membawa kepada berlakunya isu guru ponteng sekolah. Sebenarnya,  suatu penilaian dan justifikasi yang adil sewajarnya perlu dilakukan oleh  pelbagai pihak khususnya Kementerian Pelajaran dalam membendung isu ini. Namun apabila kita merujuk kepada situasi kini, kesan-kesan yang berpunca dari guru ponteng kerja masih lagi pada tahap yang tidak membimbangkan memandangkan ia masih lagi diklasifikasikan sebagai kes yang terpencil berbanding kes-kes disiplin lain seperti kes guru memukul murid, berniaga pada waktu persekolahan dan seumpamanya. Namun, sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh pihak atasan sekolah dan juga guru itu sendiri bagi mengelakkan punca-punca yang menyumbang kepada berlakunya isu guru ponteng yang boleh membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan.

Page 7: Guru Poteng

Apa yang pasti, kerjaya sebagai seorang guru atau pendidik pada era globalisasi ini menuntut individu yang ingin menceburi bidang ini mempunyai tahap kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi agar individu tersebut dapat melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya nanti dapat dilaksanakannya dengan penuh dedikasi dan komitmen.

BIBLIOGRAFIAbu Bakar (2000) Kepemimpinan Transformasi : Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja Dan Motivasi Guru. Universiti Utara Malaysia.

http://ajinbgagah.blogspot.com/2011/12/guru-ponteng-isu-serius-di-sabah.html. Diakses pada 25 Ogos 2012

http://ms.wikipedia.org/wiki/Guru. Diakses pada 25 Ogos 2012

http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2008/05/guru-ponteng-tindakan-tegas-akan.html. Diakses pada 25 Ogos 2012

http://sarjana.tripod.com/guru.htm.Diakses pada 25 Ogos 2012

http://www.namaberita.com/2010/06/amaran-keras-kepada-guru-ponteng.html. Diakses pada 25 Ogos 2012

http://www.nikhmedia.com/2011/12/guru-ponteng-vs-murid-ponteng.html. Diakses pada 25 Ogos 2012

http://www.theborneopost.com/2011/12/24/guru-ponteng-isu-serius/. Diakses pada 25 Ogos 2012

http://myhemsmti.blogspot.com/2011/01/73-motivasi-guru-perlu-ada-motivasi.html. Diakses pada 25 Ogos 2012

Mok Soon Sang, (2008) Murid dan Alam Belajar. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood, Tatabahasa Dewan Jilid 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pus Abdul Kudus,

Page 8: Guru Poteng

Wan Noraini Wan Razab, Nooraini Othman (2011), Tahap Motivasi dan Tekanan Guru yang Melanjutkan Pengajian. Jurnal Kemanusiaan bil. 17. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia

REFLEKSI

Assalamualaikumwarahmatullah. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Taala di atas limpah rahmat serta izin-Nya akhirnya dapat saya menyelesaikan tugasan yang telah diamanahkan. Selawat serta salam juga kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W , kaum keluarga serta para sahabat Baginda sekalian.

Tugasan yang diberikan pada kali ini sememangnya mencabar pemikiran saya untuk melaksanakannya, memandangkan ia berkaitan dengan isu-isu semasa yang banyak menguji pemikiran dan pengetahuan saya dalam isu yang dikaji. Ia merupakan tugasan yang memerlukan banyak kajian, penelitian dan analisis yang kritikal. Walaubagaimanapun, tugasan ini telah memberi saya banyak maklumat dan panduan yang berguna terutamanya mengenai teknik dan kaedah dalam menganalisis, menafsir serta mengintrepretasi sesuatu isu yang menjadi kajian saya

Selain itu, ia juga telah membuka minda dan pandangan saya terhadap tugasan ini di mana ia sebenarnya mengajak kita untuk lebih bersifat akademik dalam meneliti dan membuat justifikasi yang adil dan rasional terhadap sesuatu isu terutamanya isu-isu pendidikan semasa yang kini sentiasa bersifat dinamik yang memerlukan banyak maklumat serta penelitian kritikal. Justeru, tugasan ini merupakan suatu input baru kepada saya yang boleh dijadikan panduan untuk menjadi seorang guru yang lebih fleksibel dan berdaya pada masa hadapan.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya dalam menyempurnakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jasa mereka amat saya hargai, dan moga Allah sentiasa merahmati mereka. Insya-Allah.

Sekian, terima kasih.

27 OGOS 2012                                      MUHAMMAD NOH HILMI BIN CHE HUSSIN