group assignment_mpu3113_hubungan etnik_sem 1, 2015

11
Hubungan Etnik MPU 3113 Tugasan Kumpulan – 30 % Semester 1, 2015 Tugasan yang perlu disediakan dan dikemukakan kepada tutor untuk dinilai: Tugasan bertulis (hard copy) hendaklah dikemukakan kepada tutor anda semasa kelas tutorial Minggu ke-9 (27 April 2015 – 1 Mei 2015) Salinan slaid pembentangan dalam perisian PowerPoint Presentation hendaklah dibuat ke dalam Cakera Padat (CD) (setiap kumpulan - sekeping CD) - untuk dikemukakan pada hari pembentangan secara lisan. Objektif tugasan kumpulan dan pembentangan: Untuk menilai tahap kreativiti pelajar dalam tugasan dan pembentangan. Untuk meningkatkan keyakinan pelajar ketika berkomunikasi, menyampaikan maklumat dan pidato umum. Tajuk Tugasan Pantang Larang (Taboo) 1. Ketika Mengandung 2. Selepas Kelahiran 3. Perkahwinan 4. Kematian 5. Musim Perayaan 6. Amalan Seharian

Upload: eric-tan

Post on 13-Nov-2015

49 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Group Assignment_MPU3113_Hubungan Etnik_Sem 1, 2015

TRANSCRIPT

Hubungan Etnik MPU 3113Tugasan Kumpulan 30 % Semester 1, 2015

Tugasan yang perlu disediakan dan dikemukakan kepada tutor untuk dinilai:

Tugasan bertulis (hard copy) hendaklah dikemukakan kepada tutor anda semasa kelas tutorial Minggu ke-9 (27 April 2015 1 Mei 2015) Salinan slaid pembentangan dalam perisian PowerPoint Presentation hendaklah dibuat ke dalam Cakera Padat (CD) (setiap kumpulan - sekeping CD) - untuk dikemukakan pada hari pembentangan secara lisan.

Objektif tugasan kumpulan dan pembentangan: Untuk menilai tahap kreativiti pelajar dalam tugasan dan pembentangan. Untuk meningkatkan keyakinan pelajar ketika berkomunikasi, menyampaikan maklumat dan pidato umum.

Tajuk TugasanPantang Larang (Taboo)

1. Ketika Mengandung

2. Selepas Kelahiran

3. Perkahwinan

4. Kematian

5. Musim Perayaan

6. Amalan Seharian

Garis Panduan Penulisan Tugasan:

1. Tugasan ini merupakan projek kumpulan. Tugasan ini membawa wajaran sebanyak 30% daripada markah keseluruhan kursus ini.

2. Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan sendiri. Setiap kumpulan haruslah terdiri daripada sekurang-kurangnya empat (4) orang dan tidak melebihi lima (5) orang ahli. Tajuk tugasan bagi setiap kumpulan akan ditentukan oleh tutor(melalui undian)di dalam kelas.

3. Kandungan Tugasan harus:

a. Menerangkan peranan pluraliti budaya, masyarakat dan kumpulan etnik dalam pemupukan perpaduan

b. Mengenal pasti cabaran pluralisasi dan perlaksanaannya dalam konteks permuafakatan sosial di Malaysia

c. Mengapilikasi kemahiran sosial dalam kalangan pelajar untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu

d. Menganalisis isu-isu dan cabaran dalam konteks hubungan etnik di Malaysia

4. Proses Penulisan:

a. Bahagian Pertama:Harus memberi pembaca gambaran yang baik tentang tajuk: contohnya memberi definisi dan konsep pantang larang (Taboo)

b. Bahagian Kedua:Menjelaskan sekurang-kurangnya lima contoh pantang larang yang pernah atau masih diamalkan dalam masyarakat MalaysiaMembanding beza (persamaan dan perbezaan) pantang larang antara kaum Melayu, Cina, India dan kaum kaum di Sabah & Sarawak (sekurang-kurangnya dua kaum).

c. Bahagian Ketiga:Peranan pantang larang dalam menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia

d. Bahagian Keempat:Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pengamalan pantang larang dalam masyarakat masa kinie. Bahagian Kelima:Langkah-langkah untuk mengekalsuburkan pantang larang dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia f. Penutup Refleksi

5. Plagiarisme (Plagiat) adalah dilarang sama sekali dalam penyediaan tugasan.

6. Tugasan hendaklah ditaip menggunakan tulisan jenisTimes New Roman atau Arial, bersaiz 12.

7. Tugasan bertulis tangan tidak akan diterima.

8. Panjang tugasan yang dikehendaki adalah sebanyak 1,500 hingga 2,000 patah perkataan.

9. Tugasan hendaklah disediakandengan jarak antara baris pada 1.5 (spacing). Sila nyatakan jumlah patah perkataan pada akhir tugasan. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan markah dipotong.

10. Tugasan mestilah menggunakan sekurang-kurangnya 5 bahan rujukan daripada sumber-sumber yang berbeza. Setiap kumpulan dikehendaki untuk mencetak dan menghantar bahan-bahan yang telah dirujuk sebagai bahan lampiran dalam tugasan. (Bahan-bahan yang tidak boleh dijadikan sumber rujukan : Blog, Wikipedia, yahoo)

11. Setiap kumpulan dikehendaki melengkapkan lampiran "Halaman Hadapan Tugasan" sebagai muka hadapan tugasan kumpulan apabila diserahkan kepada tutor.

12. Skema Permarkahan Tugasan hendaklah dilampirkan sebagai muka suratyang kedua.

13. Tugasan mesti dihantar dalam folder A4 atau sampul surat.

14. Sistem rujukan dalam teks tugasan hendaklah menggunakan gayaHarvard. Bibliografi (senarai bahan rujukan) perlu disertakan pada akhir tugasan sebelum bahagian lampiran.

15. Pelajar perlu menyimpan salinan tugasan (hard copy dan soft copy) sebagai bahan persediaan / ganti dalam kes pertikaian berkenaan tugasan yang hilang.

16. Ahli-ahli kumpulan dikehendakimengisi butiran masing-masing dan menandatangani Halaman Hadapan Tugasanuntuk membuktikan penglibatan dan sumbangan masing-masing dalam penyediaan tugasan kumpulan.

17. Tarikh akhir untuk menghantar tugasan adalah pada Minggu ke-9. Anda perlu menyerahkannya kepada tutor semasa kelas tutorial.

18. Dalam kes-kes keraguan atau pertikaian, ahli-ahli dalam kumpulan itu mungkin dikehendaki menjalani ujian lisan sebagai pengesahan sumbangannya dalam penyediaan tugasan.

19. Tugasan yang dikemukakan selepas tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikenakan penalti sebanyak 10% daripada jumlah markah yang diperoleh.Penghantaran lewat hanya dibenarkan dalam tempoh maksimum 5 (lima) hari bekerja. Tugasan yang dihantar selepas 5 (lima) hari bekerja tidak akan dinilai.

20. Kebenaran untuk menghantar tugasan lewat hanya akan diberikan dalam keadaan tertentu sahaja dan atas budi bicara penyelaras kursus.

21. Pelajar perlu menghubungi penyelaras kursus melalui telefon atau berjumpa dengan penyelaras kursus secara peribadi untuk memohon tempoh lanjutan. Sijil perubatan atau bukti yang boleh dipercayai adalah diperlukan. Penyelaras kursus mesti menandatangani bahagian bawah Halaman Hadapan Tugasan.

Peringatan: Tugasan Kumpulan

a) Tugasan kumpulan adalah tanggungjawab kumpulan secara kolektif.

b) Ketua kumpulan harus memastikan ahli-ahli kumpulan terlibat dalam penyediaan tugasan. Tanggungjawab menyediakan tugasan haruslah diagihkan secara adil antara ahli-ahli kumpulan bagi memastikan tugasan dapat dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan.

Definisi Plagiarisme University of Technology Swinburne

1. Plagiarisme ialah tindakan atau amalan mengambil dan mengemukakan atau menyampaikan pemikiran, tulisan atau kerja orang lain seolah-olah wacana itu ialah hasil kerjanya sendiri.

2. Plagiarisme termasuklah mana-mana perkara yang dinyatakan berikut ini, tanpa pengakuan penuh dan sewajarnya kepada sumber asal:

i. penggunaan keseluruhan atau sebahagian daripada suatu program komputer ditulis oleh orang lain;ii. penggunaan, dalam karangan atau kerja lain yang ditaksir, keseluruhan atau sebahagian daripada kerja-kerja bertulis daripada mana-mana sumber yang dimasukkan tetapi tidak terhad kepada buku, jurnal, artikel akhbar, nota kuliah, kerja pelajar semasa atau yang terdahulu, mana-mana kerja orang lain, laman web atau pangkalan data;iii. membuat parafrasa kerja orang lain;iv. penggunaan gubahan muzik, model audio, visual, grafik dan fotografi;v. Penggunaan realia, iaitu objek, artifak, pakaian, model dan sebagainya.

3. Plagiarisme juga termasuklah penyediaan atau pengeluaran dan penyerahan atau pembentangan tugasan atau kerja orang lain bersama-sama dengan orang lain atau orang lain apabila kerja-kerja yang sepatutnya kerja anda sendiri.

4. Hasil kerja seperti ini masih ditafsir sebagai plagiarisme sama ada atau tidak wacana itu diketahui atau mendapat persetujuan orang atau orang lain.

5. Anda hendaklah faham bahawa Swinburne menggalakkan pelajar untuk berbincang dengan kakitangan, rakan-rakan pelajar dan orang lain yang mungkin boleh menyumbang kepada kerja-kerja akademik pelajar tetapi apabila tugasan yang bebas diperlukan, kerja-kerja yang dikemukakan atau dikemukakan mestilah hasil kerja pelajar sendiri.

6. Membolehkan plagiarisme menyumbang kepada plagiarisme dan oleh itu akan dianggap sebagai satu bentuk plagiarisme oleh Universiti.

7. Membolehkan plagiarisme bermakna membenarkan atau membantu pelajar lain untuk menyalin atau memplagiat kerja, sebagai contoh, membolehkan akses kepada draf atau tugasan lain yang telah siap atau kerja yang lain.

8. Maklumat yang digariskan dalam seksyen ini dibincangkan dengan lebih terperinci dalam Dasar dan Prosedur Plagiarisme Swinburne Sarawak. Pelajar mesti membiasakan diri dengan Dasar dan Prosedur, yang dapat dilayari di http://www.swinburne.edu.my/ppd/docs/student_information/Plagiarism.pdf?recnum=POL/2007/36

Garis Panduan Pembentangan Lisan (Markah: 20%)

1. Slaid pembentangan hendaklah disediakan sebelum hari pembentangan.

2. Slaid pembentangan perlu mempunyai ilustrasi yang secukupnya untuk memudahkan pemahaman tentang tajuk yang dibentangkan.

3. Peruntukan masa sebanyak 30 minit akan diberikan kepada setiap pembentangan kumpulan.

4. Setiap pembentangankumpulan harus mengandungi tidak kurang daripada 5 gambar yang berkaitan dengan tajuk yang dibentangkan.

5. Slaid pembentangan yang disediakan haruslah jelas dari segi pemilihan saiz tulisan dan latar belakang slaid termasuk pilihan warna. Saiz tulisan yang dicadangkan untuk slaid pembentanganadalah 32 atau lebih.

6. Audio visual boleh digunakan tetapi tertakluk kepada tujuan penggunaannya.

7. Ahli-ahli kumpulan hendaklah berpakaian formal semasa sesi pembentangan.

8. Pembentanganakan dinilai berdasarkan skema pemarkahan pembentangan. Ia adalah berdasarkan panduan yang terdapat di laman sesawang Blackboard unit kursus.

9. Setiap ahli kumpulan wajib hadir pada hari pembentangan. Pelajar-pelajar lain jugawajib untuk menghadirkan diri.

Selamat Menyediakan Tugasan

Hubungan EtnikMPU 3113Skema Permarkahan Tugasan 30% Jumlah Markah Keseluruhan

KriteriaHuraian TugasanLemahMemuaskanCemerlangKomen

Reka Letak Memenuhi garis panduan?1.0

1.5

2.0

Kandungan Semua objektif tercapai? Isi kandungannya mencukupi? Fakta sosial, hubungan etnik dan perpaduan kaum diintegrasikan? Tersusunkah kandungan tugasan?1.01.52.02.53.03.54.04.55.05.56.06.57.07.58.08.59.09.510.010.511.011.512.012.513.013.514.014.515.0

Kesimpulan Sama ada menyebut / pautan hubungan etnik dan perpaduan kaum atau tidak? Keseluruhannya menepati tajuk atau sebaliknya?1.01.52.02.53

Gambar dan Bahan Bukti Lain Sesuaikah? Kapsyen sesuai / kreatif? Gambar mengisahkan kandungan tugasan dan menjadi bukti?1.01.52.02.53

Bahasa Perenggan pendahuluan mempunyai kesinambungan yang sesuai? Maklumat tersusun dari yang paling penting dan seterusnya? Ada kohesi dan koheren? Laras bahasa esei sesuai? Esei mempunyai pelbagai perbendaharaan kata yang sesuai dan menarik? Tanda baca digunakan dengan betul?1.01.52.02.53.03.54.04.55.0

Citation / Rujukan Gaya Harvard diikuti sepenuhnya Petikan dilakukan secara betul1.01.52.0

Skor Keseluruhan:_______ / 30 %Nota:1. Pelajar yang menciplak akan diminta membentangkan hasil kerja secara lisan sekali lagi untuk menjawab soalan dugaan.2. Jika pelajar tidak hadir untuk membentangkan hasil kerja secara lisan sekali lagi dan untuk menjawab soalan dugaan, dia akan diberi markah 0.3. Tugasan yang dibuat semula, secara automatik akan menerima separuh daripada markah yang diperuntukkan.

Swinburne University of TechnologyHALAMAN HADAPAN TUGASANKod Unit & Nama Unit: MPU 3113 Hubungan Etnik

Tajuk Tugasan:

: ___________________________________________________

Nama Tutor: _________________________ Tarikh Akhir Menghantar Tugasan:____________________________________________________________________________________

Nama:_____ No ID Pelajar:___

Untuk diisi kerana ini merupakan tugasan kumpulanKami mengaku bahawa tugasan ini adalah satu tugasan kumpulan dan bahawa tiada bahagian yang diserahkan ini yang telah disalin daripada kerja mana-mana pelajar lain atau daripada mana-mana sumber kecuali jika nyatakan sumbernya atau yang dinyatakan dengan jelas di dalam teks, tidak juga mana-mana bahagian tugasan ini yang telah ditulis oleh orang lain untuk kumpulan kami.

Nombor IDNamaTandatangan

1

2

3

4

5

Komen Pemeriksa:

Jumlah Markah:

Pengesahan Pelanjutan:

Tugasan ini telah diberikan tempoh lanjutan penghantaran dan perlu diserahkan selewat-lewatnya pada _____________________.

_______________________________________________ Tandatangan Penyelaras Tarikh