grafik

70
1.0 PENGENALAN Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah merupakan subjek yang memperjelasdan memfokuskan teknik-teknik dalam mengaplikasikan pengertian dan konsep pentaksiran,pengujianan dan penilaian. Disamping itu, pembelajaran subjek ini juga menekankan tentang taksonomi Bloomdan juga domain Krathwohl dalam pembinaan jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian bagimata pelajaran Bahasa Melayu secara khusus. Selain itu, cara penilaian dan pemilihan jenis dan kaedah penilaian kemahiranbahasa dan sistem Bahasa Melayu dalam melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayuturut ditekankan secara terperinci. Penjelasan konsep dan prinsip pengujianan, penilaian dan pengukuran serta teori-teori kognitif, afektif dan psikomotor turut terkandung sebagaiagenda utama dalam pembelajaran subjek ini. Untuk merealisasikan hasil pembelajaran subjek ini, satu tugasan berkaitan pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dilaksanakan dengan berpandukan pada soalankefahaman dan penulisan Bahasa Melayu bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah,Lembaga Peperiksaan Malaysia. Oleh yang demikian, kefahaman mengenai definisi dankonsep pembinaan JSU ini dapat diperjelaskan dengan lebih lanjut lagi. Di samping itu,huraian ciri-ciri JSU yang berkualiti dan sejauh mana keberkesanan JSU yang dibina turutditekankan dalam penghasilan tugasan ini bagi 1

Upload: nik-nurhanani

Post on 08-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

garfik

TRANSCRIPT

Page 1: Grafik

1.0 PENGENALAN

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah merupakan subjek yang

memperjelasdan memfokuskan teknik-teknik dalam mengaplikasikan pengertian dan

konsep pentaksiran,pengujianan dan penilaian.

Disamping itu, pembelajaran subjek ini juga menekankan tentang taksonomi

Bloomdan juga domain Krathwohl dalam pembinaan jadual spesifikasi ujian dan soalan

ujian bagimata pelajaran Bahasa Melayu secara khusus.

Selain itu, cara penilaian dan pemilihan jenis dan kaedah penilaian

kemahiranbahasa dan sistem Bahasa Melayu dalam melaksanakan pemarkahan ujian

Bahasa Melayuturut ditekankan secara terperinci. Penjelasan konsep dan prinsip

pengujianan, penilaian dan pengukuran serta teori-teori kognitif, afektif dan psikomotor

turut terkandung sebagaiagenda utama dalam pembelajaran subjek ini.

Untuk merealisasikan hasil pembelajaran subjek ini, satu tugasan berkaitan

pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dilaksanakan dengan berpandukan pada

soalankefahaman dan penulisan Bahasa Melayu bagi Ujian Pencapaian Sekolah

Rendah,Lembaga Peperiksaan Malaysia. Oleh yang demikian, kefahaman mengenai

definisi dankonsep pembinaan JSU ini dapat diperjelaskan dengan lebih lanjut lagi. Di

samping itu,huraian ciri-ciri JSU yang berkualiti dan sejauh mana keberkesanan JSU

yang dibina turutditekankan dalam penghasilan tugasan ini bagi membantu

meningkatkan prestasipengajaran Bahasa Melayu di sekolah.

Semoga, hasil tugasan ini dapat memberi manfaat kepada semua yang

berkenaandalam menjayakan usaha memartabatkan Bahasa Melayu dalam pengajaran

kepadaseorang pendidik.

1

Page 2: Grafik

2.0 PENGURUSAN GRAFIK

2.1 Konsep Pentaksiran, Pengujian, Penilaian

2

Konsep Pentaksiran, Pengujian, Penilaian

Pentaksiran

Dalam konteks pendidikan pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000).

Pengujian

proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Penilaian

satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap

Aspek utama pentaksiran

- instrumen

-kumpulan yang ditaksir

- respon

-kumpulan pentaksir

skor

Tujuan pengujian

-Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai.

-Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain.

-Ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pelajar sebelum pengajaran

-Ujian diagnostik dapat menentukan punca masalah pembelajaran pelajar.

Prosedur penilaian

1) Peringkat persediaan ujian

2) Peringkat pentadbiran ujian

3) Peringkat pemeriksaan dan pengukuran

4) Peringkat analisis5) Peringkat

interpretasi dan tindakan

Page 3: Grafik

Perbandingan antara pentaksiran,pengujian dan penilaian

Perbandingan Pentaksiran Pengujian Penilaian

Definisi Sebuah proses yang

menentukan

peringkat

pencapaian dan

prestasi seseorang

individu atau murid

Satu alat yang

sistematik untuk

menilai dan mengukur

perubahan dalam

sesuatu aspek tingkah

laku.

Sebuah proses

menentukan

perubahan tingkah

laku dan membuat

pertimbangan nilai.

tujuan Bagi membuat

pengelasan

terhadap

pencapaian dan

kedudukan dalam

pembelajaran

Untuk menentukan

pencapaian terhadap

sesuatu pembelajaran

Memberi maklumat

tentang pencapaian

objektif pembelajaran.

Kaedah mengajar dan

kurikulum.

Bentuk 1. Set ujian bertulis

dengan markah dan

gred

1. Pemerhatian

2. Ujian lisan

3. Ujian bertulis

1. Jadual

2. Gred berdasarkan

teknik perangkaan

Proses

perlaksanaan

- Proses pengujian

- Merekod

markah/gred

- Persediaan ujian

- Pentadbiran

- Pemeriksaan

- Proses pengukuran

- Proses

penganalisian

- Proses intepretasi

- Melapor

- Tindakan

Masa Selepas sesi

pembelajaran

Selepas sesi

pembelajaran

Boleh dijalankan

sebelum, semasa

atau selepas sesi

pembelajaran

3

Page 4: Grafik

4

Definisi: satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan

3 domain utama

Domain kognitif

Domain afektif

Domain psikomotor

membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran

- melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

- dikaitkan dengan tulisan tangan dan pertuturan dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

konsep dan aras Taksonomi Bloom

Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.

- Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).

- Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.

melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar

aras taksonomi bloom

domain kratwohl (domain afektif)

Taksonomi Bloom dan domain krathwohl

Perwatakan Organisasi Penilaian Gerak balas Penerimaan

2.2 Taksonomi Bloom, Dan Domain Krathwohl

Page 5: Grafik

Aras Taksonomi Bloom

Tahap Istilah Contoh soalan

Pengetahuan

- Ingat kembali, mengenal

idea, fakta asas, definisi

teori, hukum, tarikh,

peristiwa dll daripada

pembelajaran yang lepas.

Nyatakan, terangkan,

namakan, labelkan

Pelancong Barat lebih

suka……………..di bawah

matahari.

A. dijemur

B. berjemur

C. berjemur

D. menjemur

Kefahaman

- Mengubah kefahaman

daripada satu bentuk

kepada satu bentuk yang

lain, menyatakan idea-

idea utama dalam ayat

sendiri, menterjemah,

memberi contoh kepada

konsep, menterjemah draf.

Pilih, terangkan,

tulis semula.

Pilih ayat yang paling sesuai

sebagai soalan kepada

penyataan di bawah :

- “ Fahrin pergi ke hospital

kerana melawat datuknya

yang sedang sakit.”

A. Ke manakah Fahrin pergi?

B. Apakah tujuan Fahrin pergi

ke hospital?

C. Siapakah yang pergi ke

hospital?

D. Fahrin berada di hospital?

Aplikasi

- Menggunakan maklumat

dalam situasi yang baru,

termasuk menyelesaikan

masalah menggunakan

prinsip, kaedah, hukum,

teori, formula. Bina graf

daripada data, dll.

selesaikan, ramalkan,

cari, kesilapan, bina alat.

“ Azah menyidai pakaian yang

telah dibasuh di ampaian.”

Manakah antara yang berikut

membantu mempercepatkan

pengeringan

pakaian itu?

i. Sejuk iii. mendung

ii. Berangin iv. Panas

A. i dan ii sahaja

B. i dan iii sahaja

C. ii dan iv sahaja

5

Page 6: Grafik

D. iii dan iv sahaja

Analisis

- Sesuatu yang kompleks

dipecahkan kepada yang

kecil, bezakan fakta

daripada pendapat, kaitan

kenal di antara bahagian,

kenali struktur organisasi.

Bezakan, pasti, pilih. (a) Bezakan maksud ‘bersama’

dengan ‘bersama-sama’.

(b) Bandingkan kelebihan

belajar di dalam negara

dengan luar negara.

Sintesis

- Menyepadu, mencantum

idea menjadi satu, usaha

tersendiri, menyelesaikan

masalah, membuat

ramalan, membuat

klasifikasi.

Bina, hasilkan, susun,

kembangkan.

Gubahkan serangkap pantun

yang berunsurkan nasihat.

…………………………………

……………………………

……………………………...

Penilaian

- Membuat pertimbangan

termasuk memberi

rasional atas alasan

dalaman atau luaran,

menafsir dan mengkritik

Pilih, berikan alasan,

kritikan, buktikan.

Berikan pendapat anda

tentang kepentingan menjaga

alam sekitar.

…………………………………

……………………………

………………………………

6

Page 7: Grafik

Jadual spesifikasi ujian

Definisi

Kepentingan

Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.

Memberikan panduan untuk membentuk format ujian. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.

Kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20% - 80%.

Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.

Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.

Aras kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.

Kandungan ujian tentang topik-topik pelajaran.

2.3 Jadual Spesifikasi Ujian

7

Seseorang mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

Page 8: Grafik

Contoh Jadual Spesifikasi Ujian

Bil Bentuk Soalan Objektif

Kemahiran Aras Kognitif

Bidang/ topik/ topik kecil Jam 1 2 3 4 5 6 Jumlah item

1.1 Sejarah perkembangan Bahasa

Melayu

5 4

Asal usul BM, BM

sebelum dan selepas

merdeka

2 2

1.2 Linguistik BM 15 12

Pengenalan linguistik

Definisi, Sejarah,

Linguistik Diskriptif

1 5 4 1 1

1.3 Fonologi 20 16

Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan

3 2 1 1

Fonem segmental 2 2 1 1 1

Fonem suprasegmental 1 1

Jumlah 40 32

8

Page 9: Grafik

Langkah-langkah membina JSU

Langkah II :Tentukan soalan yang akan dibina ituSoalan objektif (30 soalan)1 markah bagi 1 item jumlah soalan bagi setiap topik dikira := Jumlah masa X Jumlah soalan Jumalah masa keseluruhan

Langkah VI :Nyatakan mata pelajaran.Nyatakan tingkatan.Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

Langkah IV : Apakah jenis ujian yang akan diuji?Ujian objektifUjian strukturUjian esei dan lain-lain

Langkah III : - Tentukan model aras kesukaran item - Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom- 3 domain : kognitif, afektif dan psikomotor

Domain Kognitif 6. PenilaianSukar5. Sistesis4. Analisis3. Penggunaan2. Kefahaman1. PengetahuanMudah

Langkah V : - Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll).- Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah-soalan sukar).- Pemarkahan

Langkah I : Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.

9

Page 10: Grafik

Perbezaan antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif

Ujian Formatif Perbezaan Ujian Sumatif1. Maklum balas kepada pelajar dan guru : kemajuan dan kelemahan.

Fungsi 1. Pensijilan atau penggredan

2. Sepanjang pengajaran Masa 2. Pada akhir unit/kursus3. Kognitif , psikomotor dan afektif

Penekanan 3. Kognitif

4. Terhad kepada tugas Sifat 4. Beraneka jenis5. Berubah-ubah Kesukaran 5. Senang – sukar6. Dibentuk khas Alat 6. Peperiksaan akhir tahun7. Rujukan kriteria Jenis ujian 7. Rujukan norma

10

JENIS PENILAIAN BAHASA

Ujian Formatif

- Bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran

atau subkemahiran bahasa yang diajar.

- Skop PdP ujian agak terhad dan tidak luas.

- Tujuan : untuk memperbaiki lagi mutu proses PdP.

- Dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta.

- Dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang

pendek.

Ujian Sumatif

- Proses penilaian yang dijalankan secara

menyeluruh pada akhir satu peringkat

pembelajaran untuk menentukan tahap

pembelajaran dalam kalangan murid.

- Skop PdP dibina secara luas dan

melibatkan kesemua kemahiran dan aspek

bahasa.

2.4 Jenis Penilaian Bahasa

Page 11: Grafik

11

JENIS PENILAIAN BAHASA

Ujian BakatBertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing.

Ujian PencapaianBertujuan untuk menentukan setakat manakah murid-murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari.

Ujian KefasihanUntuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.

Ujian KemajuanUntuk menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka.

Page 12: Grafik

Pembinaan Ujian

Pembinaan item objektif

Pembinaan item subjektif

Pembinaan Item Beraneka Pilihan

Pembinaan Item Betul-Salah

Pembinaan Item Mengisi Ruang Kosong

Pembinaan Item Padanan

Pembinaan Item Esei Berjawapan Terbuka

Pembinaan Item Esei Berjawapan Pendek

Kata Tugas Item Subjektif

Prinsip Am Penyediaan Item Subjektif

2.5 Pembinaan Ujian

12

Page 13: Grafik

Pembinaan item objektif

Pembinaan item beraneka piihan-soalan yang sering digunakan dalam ujian pencapaian; di

peringkat sekolah-terdiri daripada tiga (3) bahagian, iaitu stimulus, stem/badan

soalan dan jawapan pilihan

- rendah,

sekolah menengah atau institut pengajian tinggi

Pembinaan item betul salah- sesuai digunakan untuk menguji fakta yang

menghendaki pelajarmenentukan sama ada pernyataan yang diberikan adalah betul atau salah/palsu

Pembinaan item isi ruang kosong- amat sesuai digunakan untukmenguji fakta yang menghendaki pelajar memberi jawapan pendek yang tepat

Pembinaan item padanan- terdiri daripada dua (2) set maklumat yang perlu

dipadankan oleh pelajar.- sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan pelajar

mengaitkan fakta dan konsep.

13

Page 14: Grafik

Pembinaan item subjektif

Prinsip Am Penyediaan Item subjektifItem subjektif ini biasa berbentuk esei, sama ada berjawapan pendek, sederhana atau panjangKata tugas item subjektif-fungsinya ialah untuk menyatakan tugas yang perlu dibuat oleh pelajar semasa menjawab sesuatu item/soalan- Contohnya kata tugasapakah untuk Memberi maklumat yang khusus atau spesifik.

3) Pembinaan item esei berjawapan pendek- memerlukan pelajar memberi jawapan pendek (biasanya satu perenggan) yang memberi peluang kepada mereka menyampaikan pendapat, hujah atau idea sendiri.4) Pembinaan item esei berjawapan terbuka- membenarkan pelajar merancang dan memberi jawapan secara bebas,justeru, mengundang pelbagai kemungkinan jawapan daripada mereka.

14

Page 15: Grafik

2.6 Kaedah Penilaian Bahasa

15

Kaedah penilaian bahasa

Penilaian melalui projek

Penilaian melalui soal jawab

Penilaian melalui portfolio

Penilaian melalui kontrak

pembelajaran

Penilaian melalui pemerhatian

Penilaian melalui kertas kerja

Page 16: Grafik

Penilaian melalui portfolio

Definisi: satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul danmerekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujuibersama.

Kegunaan Portfolio- menilai perkembangan dalam satu tempoh - menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.- digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.- menilai secara sumatif pembelajaran- menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar

Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.- Portfolio Kerja Harian- Portfolio Hasil Terbaik- Portfolio Dokumen

Tujuan portfolio - Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan. Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik. Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi

langkah penyediaan portfolio Tentukan tujuan.Nyatakan kandungan dan kemahiran yang akan ditaksir atau diberi perhatian.Tentukan sasaran yang akan dinilai dan peringkatnya.Nyatakan bahan-bahan yang perlu dikutip.Tetapkan kaedah pengumpulan bahan dan tempoh bagi sesuatu aktiviti itu dijalankan.Pastikan pelajar terlibat sama dalam pengumpulan bahan.Perjelaskan kaedah pengredan untuk menaksir tugasan portfolio.Sediakan satu ruang yang mencukupi untuk menyimpan portfolio.

16

Page 17: Grafik

Pelaksanaan Proses Pemerhatian:-Kualiti Pemerhatian- Bentuk Perancangan- Jenis-jenis Pemerhatian

Strategi Pemerhatian- Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.- Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru.- Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan dan persekitaran.- Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan.

Jenis Pemerhatian- Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.- Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’.- Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang

dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P.

17

Penilaian melalui pemerhatian

Page 18: Grafik

Penilaian melalui kontrak pembelajaran

18

definisi: perjanjian pembelajaran kontrak yang dibuat antara guru dan

pelajar

Format / bentuk kontrak

- dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan

pihak yang terlibat.

- Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan

dengan jelas dan rapi.

- Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.

Fungsi kontrak pembelajaran

-Pelajar mengenalpasti dan merekod.

-Menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri.

-Mengenalpasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut.

-Menetapkan jangka masa pelaksanaan untuk penghasilannya.

-Menentukan bagaimana dan pada tahap mana pencapaian matlamat pembelajaran /

tugasan akan dinilai.

kriteria-kriteria

- Bentuk akhir tugasan dihasilkan - tahap manakah tugasan itu perlu disiapkan.

- Bagaimana tugasan itu akan dilaksanakan – (secara individu / kumpulan).

- Jika berkumpulan, bagaimanakah input yang diharapkan dari setiap individu yang terlibat.

- Berapa lama dan bilakah tugasan tersebut perlu disiapkan.

- Konsikuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi/mematuhi kontrak

tersebut.

Page 19: Grafik

19

Penilaian melaui soal

jawab

membawa maksud seorang guru akan dapat menilai murid-muridnya

melalui soal jawab yang dilaksanakan di dalam

kelas.

bertujuan untuk mengetahui sejauh

manakah kefahaman murid 

tentang pelajaran yang telah diajar

membolehkan guru mengetahui

kelemahan murid dalam 

sesuatu topik / tajuk pelajaran

Melalui aktiviti soal jawab, guru dapat mengetahui sama

ada muridnya dapat mengetahui setiap

topik yang guru tersebut ajarkan.

Page 20: Grafik

Penilaian Melalui Kertas Kerja

tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk

mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan atau kelulusan bagi

menjalankan sesuatu projek dan sebagainya

perkara dalam kertas kerjaa) Pengenalan dan Latar Belakangb) Tinjauan Bacaanc) Penerangan yang terperinci tentang tujuan kertas kerja d) Implikasi Kewangan e) Proses Pelaksanaan f) Implikasi Pelaksanaan g) Keputusan dan Perbincangan h) Penutup i) Bibliografi/Rujukan j) Lampiran/Apendiks (Appendix)

20

Penilaian melaui projek

- Dalam konteks kurikulum sekolah,projek bermaksud secara amali.

- Tugasan ini boleh dijalankan secaraindividu atau secara berkumpulan dan

dilaksanakan dalam satu jangkamasa yang munasabah

?ujuan pembelajaran Projek

galak pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.

beri kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.

Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yangterdapat di luar bilik darjah.

Ciri-ciri Penilaian Projek

- Jangka masa yang panjang

- Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif.

- Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.

- Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah

Jenis-jenis penilaian Projek- Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk

pelajar meneroka secara lisanatau bertulis.

- Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan

menerangkan keputusan ujikaji, membina model.

- Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.

- Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model

Page 21: Grafik

21

Page 22: Grafik

PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA

Kemahiran Lisan

Kemahiran Mendengar

Konsep : Gabungan segala yang didengar, difahami dan diingat. Peringkat kemahiran

mendengar :1. Mendengar deretan bunyi 2. Memahami bunyi-bunyi yang didengar3. Menilai bunyi-bunyi yang didengar4. Bertindak terhadap bunyi

Jenis-jenis mendengar :1. Mendengar pasif2. Mendengar secara bertelau-telau3. Mendengar tanpa tindak balas4. Mendengar secara menebuk-nebuk5. Mendengar secara beremosi6. Mendengar secara berhati-hati7. Mendengar secara kritikal

Kemahiran Bertutur

Konsep : Pertuturan dikuasai dengan

menumpukan aspek fonologi, struktur,

intonasi dan penguasaan sistem bunyi.

Aspek-aspek pertuturan :1. Sebutan2. Tekanan3. Panjang-pendek4. Kefasihan5. Laras bahasa6. Tatabahasa7. Jeda8. Intonasi9. Nada10. Kelancaran

Faktor yang mempengaruhi pertuturan :1. Kecerdasan2. Kesihatan3. Fizikal4. Alam sekeliling5. Jantina

2.7 Penilaian kemahiran Bahasa

22

Page 23: Grafik

23

Kemahiran Membaca

Konsep : Proses seseorang mendapat maklumat dari

bahan yang dibaca. Ia adalah kebolehan memahami simbol-

simbol atau tulisan yang dilihat.

Tujuan : - Mengetahui isi-isi penting.- Menentukan apakah fakta, konsep dan contoh penting yang perlu difahami dan diingati.

Peringkat bacaan :1. Kesediaan membaca2. Prabacaan3. Membaca mekanis4. Membaca mentalis5. Bacaan intensif6. Bacaan ekstensif

Kemahiran Menulis

Konsep : Penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan

hasil penulisan murid .

Kemahiran menulis :1. Menyusun idea2. Penggunaan tanda baca3. Perbendaharaan kata4. Mengaplikasi5. Mentafsir6. Menilai

Tujuan :- Mengesan serta merta- Mengesan kemajuan- Mengesan pencapaian

Bentuk item soalan :1. Bentuk item objektif2. Bentuk item subjektif

Page 24: Grafik

2.8 Penilaian Aktiviti Bahasa

24

Penilaian berasaskan

projek

Microsoft power point

pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional

Sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk.

FORUM

Pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.

DEBAT

Huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.PIDATO

Satu bentuk puisi tradisional bersifat pribumi.PANTUN

Satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair.

SAJAK

Pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang pakar. CERAMAH

Aktiviti jenis ini berformat khusus. Mempunyai kata-kata aluan, kata-kata penghadapan, isi dan penutup.SYARAHAN

PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

Peringkat Kemahiran

1) Persediaan - Memahami tajuk dan

kehendak soalan- Mengumpulkan idea /

isi-isi penting - Menyusun idea-idea dan membuat rangka

2) Penulisan- Menulis perenggan

pendahuluan- Mengembangkan isi-

isi secara tersusun- Menyatakan kesimpulan 3) Penyemakan

- Menyemak ejaan dan tanda baca

- Menyemak tatabahasa

- Menyemak jumlah perkataan

2.9 Penilaian Berasaskan Projek

Page 25: Grafik

25

Risalah1. Persembahan yang menarik2. Pemilihan isi yang menarik3. Topik yang menarik4. Penggunaan laras bahasa yang sesuai5. Ringkas dan padat6. Mempunyai ransangan yang lain (gambar, maklumat tambahan)7. Menarik perhatian8. Rekaan yang sesuai9. Mengetahui golongan sasar yang difokus

Halaman sesawang (web)1. Persembahan rekaan2. Penggunaan teknologi maklumat yang efektif3. Pemilihan latar, warna, jenis tulisan dan saiz, dan juga rekaan halaman4. Pemilihan topik yang sesuai dan tidak menyentuh isu-isu yang negatif dan sensitif5. Mengetahui golongan sasar yang dikehendaki6. Penggunaan laras bahasa yang sesuai.7. Mempunyai maklumat tambahan8. Mempunyai jaringan yang luas

Aspek Penilaian1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti2. Keberkesanan kesinambungan persembahan3. Ketepatan isi kandungan4. Kelengkapan laporan5. Cara penyampaian maklumat6. Keistimewaan persembahan7. Hasil ciptaan persembahan multimedia yang terpilih akan direkodkan dalam cd8. Masa terhad untuk persembahan.

Page 26: Grafik

3.0 Penilaian Berasaskan Sekolah

26

Penilaian Berasaskan sekolah

Rasional PBS

i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.

ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.

iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.

iv. Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya.

v. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta - merta.

Ciri PBS

- kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu:

1) Kerja kursus / PEKA

- Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran

2) Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.

Aspek PBS

1) Daya kreatif – contoh; mereka cipta, melukis.

2) ii. Kemahiran proses sains – contoh; memerhati, membuat inferens.

3) iii. Perlakuan dan amalan nilai – contoh; membantu, berdikari.

4) Sikap – contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.

5) • Kesihatan dan kecergasan – contoh; sihat, cergas dan aktif.

6) • Kemahiran kinestetik – contoh; bersukan, bergerak secara kreatif.

7) • Bakat dan minat – contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang.

Page 27: Grafik

PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Definisi :- Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan pembelajaran murid dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan.- Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh murid melalui program kegiatan belajar.

Ciri-ciri penilaian pengalaman pembelajaran PdP berkesan :1. Kaedah Jigsaw2. Kritikan terbuka3. Penilaian rakan kumpulan

Pelaksanaan Penilaian Pembelajaran i. Kompetensi Dasar

ii. Indikator

iv. Teknik, Sumber dan Media pembelajaran

v. Penilaian- Lisan- Bertulis- Perbuatan- Portfolio

iii. Langkah-langkah pembelajaran :- Kegiatan awal- Kegiatan inti- Kegiatan akhir

3.1 Penilaian Pengalaman Pembelajaran

27

Page 28: Grafik

stem terbuka

pilihan jawapan

item aneka pilihan

4.0 ANALISIS SOALAN OBJEKTIF TAHUN 5

Disediakan oleh : Siti Nur Aishah bt Abdullah

1. Ampunkan __________ tuanku, sembah patik harap diampun. Patik

membawa perkhabaran buruk daripada Panglima Tamin,” kata Tun Nila Sakti.

A. beta C. patik

B. hamba D. tuan hamba

Soalan jenis ini dikategorikan di bawah item respon tetap yang mana memerlukan

pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Senarai jawapan kepada soalan ini

merupakan item aneka pilihan iaitu item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas

terbatas.

Aras soalan ini diukur dengan berpandukan kepada Aras Taksonomi Bloom

yang terbahagi kepada 3 domain utama iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Soalan ini berfokuskan kepada domain kognitif iaitu pada aras pengetahuan. Aras ini

berasaskan kemampuan murid untuk mengenali dan mengingati peristilahan,

definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar dan

sebagainya. Murid akan lebih mudah untuk menjawab soalan ini jika mempunyai

pengetahuan tentang kata ganti diri nama pertama.

Bagi komponen soalan, hanya terdapat stem, pilihan jawapan dan

pengganggu. Stem bagi soalan ini jenis stem terbuka iaitu ( Ampunkan __________

tuanku, sembah patik harap diampun. Patik membawa perkhabaran buruk daripada

Panglima Tamin,” kata Tun Nila Sakti ). Bagi pilihan jawapan ialah C iaitu patik

manakala A, B dan D merupakan pengganggu.

Soalan ini tidak perlu dibuat penambahbaikan kerana sudah baik dari segi

susunan ayat dan penggunaan kata.

28

Page 29: Grafik

stimulus

stem terbuka

pilihan jawapan

2. Pak Nordin - __________ beberapa biji kelapa untuk membuat kenduri.

A. memarut C. memotong

B. mencincang D. mengopek

Soalan jenis ini dikategorikan di bawah item respon tetap yang mana memerlukan

pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Senarai jawapan kepada soalan ini

merupakan item aneka pilihan iaitu item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas

terbatas.

Aras soalan ini diukur dengan berpandukan kepada Aras Taksonomi Bloom

yang terbahagi kepada 3 domain utama iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Soalan ini berfokuskan kepada domain kognitif iaitu pada aras pengetahuan. Aras ini

berasaskan kemampuan murid untuk mengenali dan mengingati peristilahan,

definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar dan

sebagainya. Murid akan lebih mudah untuk menjawab soalan ini jika mempunyai

pengetahuan tentang kata kerja.

Bagi komponen soalan, terdapat stimulus, stem, pilihan jawapan dan

pengganggu. Stimulus soalan ini ialah gambar 1 yang merupakan rangsangan

berbentuk gambar. Stem pula jenis stem terbuka iaitu (Pak Nordin __________

beberapa biji kelapa untuk membuat kenduri). Pilihan jawapan ialah D iaitu

mengopek manakala A, B dan C merupakan pengganggu.

29

item aneka pilihan

Page 30: Grafik

Cadangan penambahbaikan untuk soalan ini ialah stimulus yang disediakan

dalam bentuk gambar rajah itu perlu lebih jelas bagi membantu murid lebih mudah

memahami bayangan senarai jawapan kepada soalan.

30

Page 31: Grafik

stem terbuka

item aneka pilihan

pilihan jawapan

3. Puan Salmah menjahit ________ baju kebaya dengan menggunakan _______

benang.

A. sehelai …. segulung

B. sekeping ….seurat

C. selonggok …. seutas

Soalan di atas merupakan jenis soalan item respon tetap yang mana memerlukan

pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Senarai jawapan kepada soalan ini

merupakan item aneka pilihan iaitu item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas

terbatas.

Aras soalan ini diukur berpandukan kepada Aras Taksonomi Bloom yang

terbahagi kepada 3 domain utama iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Soalan ini berfokuskan kepada domain kognitif iaitu pada aras analogi iaitu soalan

dalam bentuk pasangan perkataan diikuti dengan empat atau lebih pasangan

perkataan sebagai pilihan jawapan. Murid akan lebih mudah untuk menjawab soalan

dalam bentuk pasangan perkataan apabila sudah mempunyai kefahaman tentang

penjodoh bilangan.

Komponen soalan ini terdiri daripada stem, pilihan jawapan dan pengganggu.

Soalan ini berbentuk stem terbuka iaitu (Puan Salmah menjahit ________ baju

kebaya dengan menggunakan _______ benang). Pilihan jawapan pula ialah A iaitu

sehelai … segulung manakala jawapan B dan C ialah pengganggu.

Soalan ini perlu dibuat penambahbaikan yang mana bentuk ayat yang

menggunakan penjodoh bilangan ini perlu lebih tinggi aras kesukarannya bagi

melatih murid untuk berfikir dengan lebih kreatif dan kritis.

31

Page 32: Grafik

stem terbuka

item aneka pilihan

pilihan jawapan

4. Kami saling __________ pada hari raya untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan.

A. mengunjungi

B. dikunjungi

C. kunjungan

D. kunjung- mengunjung

Soalan ini merupakan jenis item respon tetap. Bermaksud memerlukan pelajar

memilih jawapan betul atau paling tepat. Senarai jawapan kepada soalan ini

merupakan item aneka pilihan iaitu item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas

terbatas.

Soalan ini berada pada aras analisis dengan merujuk kepada Aras Taksonomi

Bloom mengikut domain kognitif. Aras analisis ini adalah untuk menguji kebolehan

murid membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan

perhubungan di antara satu sama lain. Kefahaman murid untuk mentafsirkan

penggunaan imbuhan pada kata dasar memudahkan mereka untuk memilih kata

kerja yang sesuai dengan bentuk soalan tersebut.

Terdapat komponen stem, pilihan jawapan dan pengganggu pada soalan ini.

Stem bagi soalan ini adalah dalam jenis stem terbuka iaitu (Kami saling __________

pada hari raya untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan). Pilihan jawapan ialah D

iaitu kunjung-mengunjung manakala A, B dan C merupakan pengganggu.

Cadangan untuk menambahbaik soalan ini ialah dengan menyertakan

stimulus dalam bentuk gambar rajah sebagai rangsangan yang boleh membantu

murid menyesuaikan pilihan jawapan dengan bentuk soalan yang diberi.

32

Page 33: Grafik

item aneka pilihan

5. Pemuda itu dengan __________ mendermakan buah pinggang kepada pesakit

itu.

A. rendah hati C. besar hati

B. iri hati D. murah hati

Soalan ini berbentuk item respon tetap di mana memerlukan pelajar memilih jawapan

betul atau paling tepat. Senarai jawapan kepada soalan ini merupakan item aneka

pilihan iaitu item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas.

Berpandukan Aras Taksonomi Bloom, soalan ini dikategorikan pada aras

analisis mengikut domain kognitif. Aras analisis ini adalah untuk menguji kebolehan

murid membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan

perhubungan di antara satu sama lain. Pengetahuan murid dalam mentafsir maksud

simpulan bahasa ini memudahkan mereka untuk memilih simpulan bahasa yang

sesuai dengan bentuk soalan tersebut.

Komponen yang terdapat pada soalan ini ialah stem, pilihan jawapan dan

pengganggu. Stem bagi soalan ini adalah dalam jenis stem terbuka iaitu (Pemuda itu

dengan __________ mendermakan buah pinggang kepada pesakit itu). Pilihan

jawapan ialah D iaitu murah hati dan pengganggu pula ialah A, B dan C.

Tiada cadangan penambahbaikan untuk soalan ini kerana senarai pilihan

jawapan yang disediakan tidak terlalu mengelirukan murid untuk melengkapkan

soalan tersebut.

33

stem terbuka

pilihan jawapan

Page 34: Grafik

stem tertutup

pilihan jawapan item aneka pilihan

6. Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

A. Kakak tidak suka memakai baju yang ketat itu.

B. Makanan yang ketat itu telah basi.

C. Rumah yang ketat itu telah dijual.

D. Beg yang ketat itu telah penuh diisi dengan pakaian.

Soalan ini berbentuk item respon tetap di mana memerlukan pelajar memilih jawapan

betul atau paling tepat. Senarai jawapan kepada soalan ini merupakan item aneka

pilihan iaitu item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas.

Berpandukan Aras Taksonomi Bloom, soalan ini dikategorikan pada aras

kefahaman mengikut domain kognitif. Aras kefahaman ini adalah untuk menguji

kebolehan murid memahami, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip,

hukum, teori dan rumus yang dipelajari. Pengetahuan murid dalam mentafsir maksud

kata adjektif ini memudahkan mereka untuk memilih jawapan yang betul dan terbaik.

Komponen soalan terdiri daripada stem, pilihan jawapan dan pengganggu.

Stem bagi soalan ini jenis stem tertutup iaitu (pilih ayat yang menggunakan

perkataan bergaris dengan betul). Di mana stem tertutup ini membawa maksud

mengemukakan pertanyaan atau masalah dalam ayat yang lengkap. Pilihan jawapan

ialah A iaitu (kakak tidak suka memakai baju yang ketat itu) manakala B, C dan D

merupakan pengganggu.

Soalan ini perlu dibuat sedikit penambahbaikan yang mana bentuk ayat pada

item aneka pilihan itu boleh ditingkatkan lagi aras kesukarannya. Hal ini bagi melatih

murid untuk berfikir dengan lebih kritis.

34

Page 35: Grafik

stem tertutup

stem terbuka

pilihan jawapan

item aneka pilihan

7. Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan yang bergaris.

Budak yang gemuk itu aktif bermain bola sepak dengan kawannya.

A. pasif C. ligat

B. liar D. kaku

Soalan jenis ini dikategorikan di bawah item respon bebas dalam kategori jenis

soalan iaitu antonim. Senarai jawapan kepada soalan ini merupakan item respon

tetap iaitu aneka pilihan yang mana memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau

paling tepat.

Soalan ini berada pada aras pengetahuan mengikut Aras Taksonomi Bloom

yang terbahagi kepada 3 domain utama iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Aras ini berasaskan kemampuan murid untuk mengenali dan mengingati peristilahan,

definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar dan

sebagainya. Murid akan lebih mudah untuk menjawab soalan ini jika mempunyai

pengetahuan yang jelas tentang kata adjektif.

Komponen soalan terdiri daripada stem, pilihan jawapan dan pengganggu.

Terdapat dua jenis stem dalam soalan ini iaitu stem terbuka dan stem tertutup. Stem

terbuka ialah (budak yang gemuk itu aktif bermain bola sepak dengan kawannya).

Yang mana stem tertutupnya pula ialah (pilih perkataan berlawanan bagi perkataan

yang bergaris). Pilihan jawapan ialah A iaitu pasif manakala B, C dan D merupakan

pengganggu.

Soalan ini tidak perlu dibuat penambahbaikan kerana sudah lengkap dari segi

kejelasan arahan, susunan ayat dan kesesuaian kata adjektif.

35

Page 36: Grafik

stem tertutup

pilihan jawapan

8. Pilih ayat yang betul.

A. Abang masih berada di kampung sejak hari ini.

B. Naim dipanggil oleh guru kelasnya kerana tidak hadir ke sekolah semalam.

C. Kamal pintar membaca buku pada masa lapang

D. Kambing di kandang itu menjerit kerana lapang.

Soalan di atas merupakan jenis soalan item respon tetap yang mana memerlukan

pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Senarai jawapan kepada soalan ini

merupakan item aneka pilihan iaitu item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas

terbatas.

Soalan ini berada pada aras aplikasi mengikut Aras Taksonomi Bloom yang

terbahagi kepada 3 domain utama iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor. Aras

ini bagi menguji kebolehan murid menggunakan fakta, konsep, teori, rumus,

pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan. Murid

akan lebih mudah untuk menjawab soalan ini jika mempunyai kebolehan untuk

mentafsir maksud perkataan dalam ayat dengan betul.

Komponen yang terdapat pada soalan ini ialah stem, pilihan jawapan dan

pengganggu. Stem bagi soalan ini adalah dalam jenis stem tertutup iaitu (Pilih ayat

yang betul). Pilihan jawapan ialah B iaitu (Naim dipanggil oleh guru kelasnya kerana

tidak hadir ke sekolah semalam) dan pengganggu pula ialah A, C dan D.

Penambahbaikan yang boleh dibuat pada soalan ini ialah senarai jawapan

yang diberi harus menggunakan perkataan yang sesuai dalam pembinaan ayat.

36

item aneka pilihan

Page 37: Grafik

pilihan jawapan

9. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Buah nangka yang masak itu sudah gugur.

II Matanya makin gugur kerana sudah mengantuk.

III Dua orang tentera Jepun telah gugur dalam pertempuran itu.

IV Ibu bapa Wai Leong telah gugur dalam kemalangan.

A. I dan II C. II dan III

B. I dan III D. III dan IV

Soalan ini berbentuk item respon tetap di mana memerlukan pelajar memilih jawapan

betul atau paling tepat. Senarai jawapan kepada soalan ini merupakan item aneka

pilihan iaitu item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas.

Berpandukan Aras Taksonomi Bloom, soalan ini dikategorikan pada aras

kefahaman mengikut domain kognitif. Aras kefahaman ini adalah untuk menguji

kebolehan murid memahami, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip,

hukum, teori dan rumus yang dipelajari. Kefahaman murid dalam mentafsir maksud

kata kerja ini memudahkan mereka untuk memilih jawapan yang betul dan terbaik.

Komponen soalan terdiri daripada stem, pilihan jawapan dan pengganggu.

Stem bagi soalan ini jenis stem tertutup iaitu (pilih ayat-ayat yang menggunakan

perkataan bergaris dengan betul). Di mana stem tertutup ini membawa maksud

mengemukakan pertanyaan atau masalah dalam ayat yang lengkap. Pilihan jawapan

ialah B iaitu I dan III manakala A, C dan D merupakan pengganggu.

Penambahbaikan yang boleh dibuat pada soalan ini ialah bentuk ayat pada

item aneka pilihan itu boleh ditingkatkan lagi aras kesukarannya bagi melatih murid

untuk berfikir dengan lebih kritis.

37

stem tertutup

item aneka pilihan

Page 38: Grafik

stem tertutup

pilihan jawapan

10. Pilih ayat yang betul.

I Wah, pedihnya mata ini !

II Eh, kamu ini anak Encik Tan rupanya!

III Amboi, lazatnya masakan ayam ini!

IV Nah, pulangkan buku saya!

A. II dan III C. I, II dan IV

B. II dan IV D. II, III dan IV

Soalan jenis ini dikategorikan di bawah item respon tetap yang mana memerlukan

pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Senarai jawapan kepada soalan ini

merupakan item aneka pilihan iaitu item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas

terbatas.

Aras soalan ini diukur dengan berpandukan kepada Aras Taksonomi Bloom

yang terbahagi kepada 3 domain utama iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Soalan ini berfokuskan kepada domain kognitif iaitu pada aras kefahaman. Aras ini

bertujuan untuk menguji kebolehan murid memahami, menukar dan menjelaskan

fakta, konsep, prinsip, hukum, teori dan rumus yang dipelajari. Murid akan lebih

mudah untuk menjawab soalan ini jika mempunyai pengetahuan tentang kata seru.

Komponen yang terdapat pada soalan ini ialah stem, pilihan jawapan dan

pengganggu. Stem bagi soalan ini adalah dalam jenis stem tertutup iaitu (pilih ayat

yang betul). Pilihan jawapan ialah A iaitu II dan III manakala pengganggu pula ialah

B, C dan D.

Tiada cadangan penambahbaikan untuk soalan ini kerana senarai pilihan

jawapan yang disediakan tidak terlalu mengelirukan murid untuk mencari jawapan

yang terbaik.

38

item aneka pilihan

Page 39: Grafik

Stmulus

Stem

Penganggu

Disediakan oleh : Nik Nurhanani binti Nik Daud

1. Puan Syarifah Mardhiah Guru besar Sekolah Kebangsaan Laman

Bestari.________ menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan

bertanggungjawab.

A Dia C. Mereka

B. Beliau D. Baginda

Soalan ini adalah jenis soalan Item jenis respon tetap yang mana tergolong

dalam item aneka pilihan bentuk soalan. Malah, soalan ini juga merupakan

soalan berbentuk kata ganti.

Manakala, bagi aras soalan pula, soalan ini terletak dalam aras 1 iaitu

pengetahuan. Bagi menjawab soalan ini, murid perlu mempunyai pengetahuan

yang baik dalam proses pembentukan tersebut sebelum menjawab soalan ini

agar memudahkan murid untuk memilih jawapan paling tepat.

Seterusnya ialah komponen soalan yang merangkumi stimulus, stem, pilihan

jawapan dan penganggu. Stimulus dalam soalan ini ialah Guru Besar Sekolah

Kebangsaan Laman Bestari. Manakala stem pula ialah menjalankan tugasnya

dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Seterusnya pilihan jawapan

ialah 4 pilihan jawapan yang diberikan iaitu A, B, C dan D. Bagi penggangu pula

dalam soalan ini ialah adanya kata ganti nama kedua iaitu dia.

Kemudian, cadangan penambaikan dalam soalan ini ialah sepatutnya terdapat

tanda baca (,) selepas ayat Puan Syarifah Mardhiah supaya murid tidak keliru

dengan soalan yang ingin dikemukan.

39

Page 40: Grafik

Stimulus

Stem

Penganggu

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

.

2. Pak Cik Mail __________ lantai simen yang kotor itu dengan beberapa baldi air bersih.

A. menimba C. menyiramB. menuang D. menyimbah

Soalan 2 ini adalah jenis soalan item respon bebas yang mana tergolong

dalam item melengkapkan ayat. Malah, soalan ini juga berbentuk kata kerja yang

mana sangat sesuai untuk menguji kefahaman murid tentang sesuatu kata kerja.

Manakala, bagi aras soalan pula, soalan 2 ini terletak pada aras 2 iaitu aras

kefahaman. Bagi menjawab soalan ini, murid perlu mempunyai pengetahuan dan

penguasaan yang baik terhadap topik – topik tersebut sebelum menjawab soalan ini.

Seterusnya ialah komponen soalan yang merangkumi stimulus, stem, pilihan

jawapan dan penganggu. Stimulus dalam soalan ini ialah gambar rajah yang

diberikan Manakala, stem pula ialah lantai simen yang kotor itu dengan beberapa

baldi air bersih. Kemudian, pilihan jawapan ialah 4 pilihan jawapan yang diberikan

iaitu A, B, C dan D. Bagi penggangu pula, jawapan C dan D yang diberikan seakan –

akan sama yang mana mengelirukan murid untuk memilih jawapan yang betul.

Cadangan penambaikkan untuk soalan ini ialah supaya stimulus yang

disediakan hendaklah jelas supaya memudahkan murid untuk mencari jawapan.

40

Page 41: Grafik

Stem

Penganggu

3. ___________ saat ini, kami langsung tidak mendapat khabar daripadanya

A.Selama C. SehinggaB. Apabila D. Semenjak

Soalan 3 ini adalah jenis soalan item respon tetap yang mana tergolong dalam

item melengkapkan ayat. Malah, soalan ini juga berbentuk kata hubung

Manakala, bagi aras soalan pula, soalan 2 ini terletak pada aras 2 iaitu aras

kefahaman. Bagi menjawab soalan ini, murid perlu mempunyai pengetahuan dan

penguasaan yang baik terhadap topik – topik tersebut sebelum menjawab soalan ini.

Seterusnya ialah komponen soalan yang merangkumi stimulus, stem, pilihan

jawapan dan penganggu. Dalam soalan ini tidak terdapat stimulus. Manakala, stem

pula ialah. langsung tidak mendapat khabar Kemudian, pilihan jawapan ialah 4

pilihan jawapan yang diberikan iaitu A, B, C dan D. Bagi penggangu pula, jawapan A

dan C yang diberikan seakan –akan sama yang mana mengelirukan murid untuk

memilih jawapan yang betul.

Cadangan penambaikkan untuk soalan ini ialah setiap soalan seharusnya ada

stimulus. Hal ini kerana, stimulus merupakan bahagian soalan mengandungi

maklumat khusus di mana soalan itu didasarkan. Malah, dengan adanya stimulus,

murid dapat mengesan jawapan untuk soalan tersebut.

41

Page 42: Grafik

Stimulus

Stem

Penggangu

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Nenek sedang_________ kuih koci untuk hidangan minum petang

A.merebus C. mengukusB. menanak D. menjerang

Soalan 4 ini adalah jenis soalan item respon bebas yang mana tergolong

dalam item melengkapkan ayat. Malah, soalan ini juga berbentuk kata kerja yang

mana sangat sesuai untuk menguji kefahaman murid tentang sesuatu kata kerja.

Manakala, bagi aras soalan pula, soalan 4 ini terletak pada aras 2 iaitu aras

kefahaman. Bagi menjawab soalan ini, murid perlu mempunyai pengetahuan dan

penguasaan yang baik terhadap topik – topik tersebut sebelum menjawab soalan ini.

Seterusnya ialah komponen soalan yang merangkumi stimulus, stem, pilihan

jawapan dan penganggu. Stimulus dalam soalan ini ialah gambar rajah yang

diberikan Manakala, stem pula ialah kuih koci untuk hidangan minum petang

Kemudian, pilihan jawapan ialah 4 pilihan jawapan yang diberikan iaitu A, B, C dan

D. Bagi penggangu pula, jawapan A dan C yang diberikan seakan –akan sama yang

mana mengelirukan murid untuk memilih jawapan yang betul.

Cadangan penambaikkan untuk soalan ini ialah stimulus iaitu gambar rajah

yang disediakan mestilah jelas yang mana murid-murid boleh melihat dengan jelas

gambar kuih koci dan memudahkan murid untuk mencari jawapan.

42

Page 43: Grafik

Stimulus

penggangu

Pilih ayat yang betul

5. A. Puan Anita tertarik oleh sikap Nelydia yang sopanB. Dalamnya perigi lapuk ini lebih kurang dua meterC. Cuaca yang panas dan garing ini menyebabkan dia cepat haus.D. Air sungai di kampung itu menjadi nipis semasa musim kemarau

Soalan 5 ini adalah jenis soalan item respon tetap yang mana tergolong dalam

item aneka pilihan jenis jawapan terbaik. Malah soalan ini juga menguji murid –murid

dalam mencari kata adjektif yang betul dalam ayat tersebut.

Manakala, bagi aras soalan pula, soalan 5 ini terletak pada aras 2 iaitu aras

kefahaman. Bagi menjawab soalan ini, murid perlu mempunyai pengetahuan dan

penguasaan yang baik terhadap topik – topik tersebut sebelum menjawab soalan ini.

Seterusnya ialah komponen soalan yang merangkumi stimulus, stem, pilihan

jawapan dan penganggu. Stimulus dalam soalan ini ialah pilih ayat yang betul

Manakala, stem pula tidak ada dalam soalan ini Kemudian, pilihan jawapan ialah 4

pilihan jawapan yang diberikan iaitu A, B, C dan D. Bagi penggangu pula, jawapan

yang disediakan seolah –olah tidak ada satu pun jawapan yang betul kerana

penggunaan ayat yang agak sedikit sukar.

Cadangan penambaikkan untuk soalan ini ialah penggunaan kata adjektif

yang ingin diketetengahkan mestilah sesuai dengan tahap seseorang murid tahun 5.

43

Page 44: Grafik

stimulus

stem

penggangu

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

6. Rama memimpin wanita –wanita yang buta itu melintas jalan.

A. meredah C. merangkakB. menyeberang D. memotong

Soalan 6 ini adalah jenis soalan item respon tetap yang mana tergolong dalam

item aneka pilihan jenis antonim. Malah soalan ini juga menguji murid –murid dalam

mencari antonim yang betul dalam ayat tersebut.

Manakala, bagi aras soalan pula, soalan 5 ini terletak pada aras 2 iaitu aras

kefahaman. Bagi menjawab soalan ini, murid perlu mempunyai pengetahuan dan

penguasaan yang baik terhadap topik – topik tersebut sebelum menjawab soalan ini.

Seterusnya ialah komponen soalan yang merangkumi stimulus, stem, pilihan

jawapan dan penganggu. Stimulus dalam soalan ini ialah pilih perkataan seerti

bagi perkataan yang bergaris. Manakala, stem pula ialah jalan. Kemudian, pilihan

jawapan ialah 4 pilihan jawapan yang diberikan iaitu A, B, C dan D. Bagi penggangu

pula, ialah jawapan A dan B.

Kemudian, cadangan penambaikan untuk soalan ini ialah penggunaan kata

nama Rama yang mana boleh mengelirukan murid – murid yang lemah dalam

membezakan Rama sebenarnya kata nama khas bukannya kata nama am.

44

Page 45: Grafik

stimulus

stem

Pilih ayat –ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul.

7. I Pinggan mangkuk itu disusun rapi oleh pembantu rumah.

II Bangunan itu disusun antara buku –buku bank.

III Buku- buku itu telah disusun oleh pustakawan sekolah.

IV Murid – murid disusun sebelum pulang ke rumah.

A. I dan II sahaja

B. II dan III sahaja

C. III dan IV sahaja

D. I dan III sahaja

Soalan 7 ini adalah jenis soalan item respon tetap yang mana tergolong dalam

item aneka pilihan item cantuman. Malah soalan ini juga menguji murid –murid dalam

mencari sama ada perkataan yang digunakan sesuai untuk sesuatu ayat tersebut

ataupun tidak.

Manakala, bagi aras soalan pula, soalan 5 ini terletak pada aras 2 iaitu aras

kefahaman. Bagi menjawab soalan ini, murid perlu mempunyai pengetahuan dan

penguasaan yang baik terhadap topik – topik tersebut sebelum menjawab soalan ini.

Seterusnya ialah komponen soalan yang merangkumi stimulus, stem, pilihan

jawapan dan penganggu. Stimulus dalam soalan ini ialah pilih ayat –ayat yang

menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul . Manakala, stem pula ialah

perkataan bergaris iaitu disusun. Kemudian, pilihan jawapan ialah 4 pilihan jawapan

yang diberikan iaitu A, B, C dan D. Bagi penggangu pula, ialah pilihan jawapan I dan

II kerana boleh menyebabkan murid menghabiskan masa untuk mengenal pasi sama

ada perkataan yang digunakan sesuai atau tidak dengan ayat.

Kemudian, penambaikan untuk soalan 7 ini ialah penggunaan stem boleh

dipelbagaikan lagi dengan menggunakan stem yang mampu menjana pemikiran

murid –murid tentang penggunaan kosa kata yang sesuai dalam sesuatu ayat.

45

Page 46: Grafik

Soalan 8 hingga soalan 10

Baca syarahan di bawah ini, kemudian jawab soalan – soalan yang berikutnya.

46

stimulus

Page 47: Grafik

stem

8. Apakah kegiatan yang berfaedah untuk mengisi masa lapang?

A. Tidur

B. Bermain

C. Membaca

D. Bersyarah

Soalan 8 ini adalah jenis soalan item respon tetap yang mana tergolong

dalam item aneka pilihan item interpretif. Malah soalan ini juga menguji murid –murid

dalam memahami syarahan yang diberikan supaya dapat menjawab soalan yang

dikemukakan.

Manakala, bagi aras soalan pula, soalan 5 ini terletak pada aras 2 iaitu aras

kefahaman. Bagi menjawab soalan ini, murid perlu mempunyai pengetahuan dan

penguasaan yang baik terhadap topik – topik tersebut sebelum menjawab soalan ini.

Seterusnya ialah komponen soalan yang merangkumi stimulus, stem, pilihan

jawapan dan penganggu. Stimulus dalam soalan ini teks syarahan. Manakala, stem

pula ialah mengisi masa lapang. Kemudian, pilihan jawapan ialah 4 pilihan jawapan

yang diberikan iaitu A, B, C dan D. Bagi penggangu pula, dalam soalan ini tidak ada

penganggu yang mana memudahkan murid untuk mmilih jawapan yang tepat.

Manakala. dari segi cadangan penambaikkan pula, guru seharusnya menukar

ayat soalan kepada bentuk yang lain tetapi maksudnya tetap sama. Hal ini kerana,

soalan ini mudah kerana jawapannya sudah terang lagi bersuluh terdapat dalam teks

syarahan yang dikemukakan.

47

Page 48: Grafik

stem

9. Mengapakah amalan membaca dikatakan dapat menjamin kejayaan?

A. Melalui amalan membaca, seseorang itu dapat menjawab semua soalan.

B. Melalui amalan membaca, seseorang itu dapat menjana pemikiran.

C. Melalui amalan membaca, seseorang itu dapat pelbagai informasi

D. Melalui amalan membaca, seseorang itu mendapat pelbagai maklumat

dan informasi untuk menjana pemikiran.

Soalan 9 ini adalah jenis soalan item respon tetap yang mana tergolong

dalam item aneka pilihan item interpretif. Malah soalan ini juga menguji murid –murid

dalam memahami syarahan yang diberikan supaya dapat menjawab soalan yang

dikemukakan.

Manakala, bagi aras soalan pula, soalan 5 ini terletak pada aras 2 iaitu aras

kefahaman. Bagi menjawab soalan ini, murid perlu mempunyai pengetahuan dan

penguasaan yang baik terhadap topik – topik tersebut sebelum menjawab soalan ini.

Seterusnya ialah komponen soalan yang merangkumi stimulus, stem, pilihan

jawapan dan penganggu. Stimulus dalam soalan ini teks syarahan. Manakala, stem

pula ialah dapat menjamin kejayaan. Kemudian, pilihan jawapan ialah 4 pilihan

jawapan yang diberikan iaitu A, B, C dan D. Bagi penggangu pula, dalam soalan ini

tidak ada penganggu yang mana memudahkan murid untuk memilih jawapan yang

tepat.

Manakala. dari segi cadangan penambaikkan pula, guru seharusnya menukar

ayat soalan kepada bentuk yang lain tetapi maksudnya tetap sama. Hal ini kerana,

soalan ini mudah kerana jawapannya sudah terang lagi bersuluh terdapat dalam teks

syarahan yang dikemukakan.

48

Page 49: Grafik

penganggu

stem

10. Mengapakah pameran buku hendaklah sentiasa diadakan?

A. Memudahkan ibu bapa membeli buku

B. Memudahkan masyarakat mendapat bahan bacaan

C. Memudahkan golongan remaja mendapatkan majalah hiburan

D. Memudahkan murid sekolah mendapat buku latihan tambahan.

Soalan 10 ini adalah jenis soalan item respon tetap yang mana tergolong

dalam item aneka pilihan item interpretif. Malah soalan ini juga menguji murid –murid

dalam memahami syarahan yang diberikan supaya dapat menjawab soalan yang

dikemukakan.

Manakala, bagi aras soalan pula, soalan 5 ini terletak pada aras 2 iaitu aras

kefahaman. Bagi menjawab soalan ini, murid perlu mempunyai pengetahuan dan

penguasaan yang baik terhadap topik – topik tersebut sebelum menjawab soalan ini.

Seterusnya ialah komponen soalan yang merangkumi stimulus, stem, pilihan

jawapan dan penganggu. Stimulus dalam soalan ini ialah teks syarahan. Manakala,

stem pula ialah pameran buku. Kemudian, pilihan jawapan ialah 4 pilihan jawapan

yang diberikan iaitu A, B, C dan D. Bagi penggangu pula, pilihan jawapan C dan D

akan membuatkan murid teragak –agak untuk memilih jawapan yang betul.

Manakala. dari segi cadangan penambaikkan pula, guru seharusnya menukar

ayat soalan kepada bentuk yang lain tetapi maksudnya tetap sama. Hal ini kerana,

soalan ini mudah kerana jawapannya sudah terang lagi bersuluh terdapat dalam teks

syarahan yang dikemukakan.

49

stem

Page 50: Grafik

5.0 RUMUSAN

Dalam penilaian, ujian Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) memainkan peranan

yang penting kerana dapat menguji tahap kebolehan seseorang pelajar dengan

betul. Justeru itu, JSU wajar diguna pakai oleh guru bagi mengadakan ujian dan

soalan yang digubal perlu berdasarkan pada JSU yang telah ditetapkan

agar keputusan markah yang diperolehi adalah rasional dan mampu dijadikan nilai

kesahan yang tinggi.

Selain daripada menjadikan kerja pentaksiran yang ingin dilaksanakan

menjadi mudah, ia juga membantu memudahkan lagi pembinaan item-item soalan

yang dikendaki mengikut ketetapan yang telah dibuat melalui pembinaan JSU. Hal ini

secara tidak langsung memudahkan kerja guru memberi markah mengikut sistem

permarkahan standard dalam pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

khususnya.

Dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan

berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam

membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama

pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu dapat membantu guru dalam

memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar.

50

Page 51: Grafik

REFLEKSI

Syukur Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dalam

tempoh yang ditetapkan. Dalam proses menyiapkan kerja kursus ini, saya tidak

merasa terlalu tertekan dan semuanya dapat dikendalikan dengan baik. Tambahan

lagi, perbincangan dengan rakan pasangan iaitu Nik Nurhanani amat membantu

saya dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Dia tidak lokek untuk berkongsi idea

atau memberi pandangan berkenaan bahan yang diperlukan dalam kerja kursus

tersebut. Yang paling utama ialah dengan kesungguhan pensyarah memberikan

penerangan dan tunjuk ajar yang terperinci membantu saya dan rakan untuk

menyiapkan tugasan ini dengan lebih lengkap dan sempurna.

Sepanjang proses penghasilan kerja kursus ini, saya mengalami sedikit

kesukaran untuk menyiapkan tugasan kedua kerana kurangnya kefahaman tentang

keperluan soalan tersebut. Namun, semuanya dapat dikendalikan dengan baik

malah banyak input dan kandungan ilmu baru yang dapat saya pelajari.

Terutamanya ialah berkenaan pentaksiran, pengujian dan penilaian. Konsep

pentaksiran ini sangat penting dan perlu difahami oleh semua guru bagi

memudahkan mereka untuk mengadakan proses pengumpulan maklumat bagi

membuat penghakiman dalam proses pendidikan. Penghakiman yang dibuat

melibatkan pencapaian murid dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Tahap

pencapaian murid ini penting dalam pengetahuan guru bagi mengenalpasti segala

kelemahan mereka untuk diberikan intervensi awal sebagai langkah menuju

perubahan yang lebih cemerlang. Di sini, saya belajar bahawa guru perlu

mempunyai pengetahuan yang menyeluruh tentang pentaksiran bagi memudahkan

urusan menilai segala kekuatan dan kelemahan pada diri murid.

Seterusnya, konsep pengujian juga perlu difahami dan dikuasai oleh guru

sedalam-dalamnya. Hal ini disebabkan pengujian merupakan kaedah pengukuran

yang sistematik untuk mengukur tingkah laku murid. Pengukuran ini penting untuk

dibuat sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran dengan tujuan untuk

mengumpul maklumat tentang tahap kemajuan yang dicapai oleh murid serta

pemahaman mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalani.

Dengan ini, saya peroleh pengetahuan yang lebih jelas bahawa ujian itu merupakan

satu alat yang boleh dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu pengetahuan dan

kemahiran yang dikuasai oleh seorang murid.

51

Page 52: Grafik

Selain itu, penilaian juga merupakan aspek yang perlu dititikberatkan oleh

seorang guru. Yang mana ia merupakan satu proses untuk membantu guru

memperolehi maklumat secara kuantitatif. Proses menilai ini merangkumi maklumat

tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan

keberkesanan sesebuah kurikulum. Penilaian yang dibuat bukan sekadar untuk

mengukur tahap kemajuan murid malah juga perlu dibuat penilaian dari aspek guru.

Segala kelemahan dan kekurangan guru dari segi strategi, pendekatan, teknik dan

kaedah pengajaran dalam kelas amat mempengaruhi keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Oleh itu, guru perlu menguasai

konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian bagi memastikan segala penilaian yang

dibuat dapat membantu meningkatkan tahap kemajuan dan pencapaian murid serta

boleh dijadikan rujukan kepada guru untuk meningkatkan tahap keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran yang dibuat.

Tambahan lagi, saya diberi peluang untuk menganalisis secara kritis soalan-

soalan objektif Bahasa Melayu sekolah rendah. Di sini saya mendapat pengetahuan

dan maklumat yang sangat jelas mengenai jenis, aras dan komponen soalan dalam

pembinaan item ujian yang betul. Seorang guru itu perlu mempunyai pengetahuan

yang jelas tentang pembinaan item ujian bagi memastikan soalan yang dirangka

mengikut spesifikasi yang betul. Malah memudahkan murid untuk mendapatkan

pilihan jawapan jika struktur soalannya betul dan jelas. Melalui tugasan ini, saya

dapat membuat penganalisian yang lebih terperinci mengenai soalan-soalan objektif

tersebut serta boleh menggunakan kefahaman ini dalam pembinaan item ujian di

sekolah nanti.

Seterusnya, berkaitan pembinaan pengurusan grafik tentang maklumat-

maklumat yang berkaitan dengan pentaksiran Bahasa Melayu. Penggunaan grafik ini

memudahkan saya untuk memahami maklumat tersebut disamping membantu saya

untuk lebih mudah mengingati nota-nota berkaitan. Tambahan lagi, pengumpulan

maklumat menggunakan pengurusan grafik ini sangat menarik dan merupakan salah

satu kaedah mempelajaran yang sangat berkesan.

Berkat kesungguhan dan kesabaran yang tinggi, akhirnya saya dapat

menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Dalam proses menyiapkan tugasan ini,

52

Page 53: Grafik

saya memperolehi banyak pengalaman dan secara tidak langsung dapat menambah

lagi ilmu pengetahuan saya terutamanya mengenai konsep pentaksiran, pengujian

dan penilaian. Akhir sekali, saya berharap tugasan ini memberi kepuasan kepada

pensyarah dan memberikan markah yang sebaiknya kepada saya. InsyaAllah.

DISEDIAKAN OLEH : SITI NUR AISHAH BT ABDULLAH

53

Page 54: Grafik

REFLEKSI

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja khusus Pentaksiran

Bahasa Melayu Sekolah rendah pada waktu yang ditetapkan. Kerja khusus ini

memerlukan kami membina pengurusan grafik mengenai tajuk –tajuk yang terdapat

dalam matapelajaran ini. Malah, kami juga dikehendaki membuat ulasan secara kritis

10 soalan objektif Bahasa Melayu tahun 5 yang diterbitkan oleh mana – mana

syarikat penerbitan buku.

Dalam menyiapkan tugasan ini, saya mengalami masalah dalam

menghasilkan pengurusan grafik yang menarik. Hal ini kerana, pengurusan garfik

yang dihasilkan hendaklah menarik dan bermaklumat keranan dengan adanya

pengurusan grafik yang bermaklumat ini, ianya dapat membantu pemahaman

tentang sesuatu topik. Tapi, masalah ini dapat diatasi dengan mencari sumber di

internet dan modul Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Bukan itu sahaja,

saya juga mengalami masalah dalam mencari kunci bagi setiap topik untuk

dimasukkan ke dalam pengurusan grafik. Namun, masalah ini dapat diatasi apabila

saya dan rakan menelaah dan mengubah ayat yang kompleks di dalam nota dengan

menterjermahkan dalam ayat yang pendek dan mudah difahami. Selain itu, saya

juga mengalami masalah dalam menganalisis soalan objektif tahun 5. Namun, hal ini

dapat diatasi apabila saya diberi penerangan daripada pensyarah. Malah, saya juga

mencari sumber di internet dan berbincang dengan rakan tentang setiap aspek yang

harus dinilai.

Melalui tugasan ini, saya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang

topik dalam Pentaksiran Bahasa Melayu ini. Hal ini demikian, kesemua topik ini

merupakan elemen penting yang seharusnya dikuasai oleh kami supaya kami

mengetahui cara pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), bentuk –bentuk

penilaian yang boleh dilaksanakan dan lain – lain topik yang membantu dalam

pentaskiran ini. Hal ini penting untuk membolehkan seseorang guru menyediakan

JSU supaya soalan –soalan yang dibina mencakupi apa yang seharusnya dikuasai

oleh murid. Bukan itu sahaja, saya juga berpeluang untuk menganalisis soalan

objektif tahun 5. Analisis ini memerlukan saya menganalisis 3 aspek iaitu jenis

soalan, aras soalan dan komponen soalan yang merangkumi stimulus, stem, pilihan

54

Page 55: Grafik

jawapan dan penganggu dalam setiap soalan yang dikemukakan. Hal ini kerana,

soalan yang baik ialah soalan yang sesuai dengan tahap murid dan dapat menguji

kefahaman setiap murid melalai soalan ujian. Malah, saya juga mengetahui tentang

pembinaan ujian objektif yang mana terdiri daripada 2 jenis iaitu item respons bebas

dan items respons segera. Bukan itu sahaja, saya juga mengatahu anatara

kepentingan penilaian dan ujian ini iaitu mengetahui keupayaan, kemahiran atau

pengetahuan asas yang sedia ada pada murid-murid dalam perkara-perkara yang

hendak diajar, membantu guru mengetahui sejauh manakah murid-murid mereka

telah dapat menguasai atau mempelajari akan apa yang telah disampai, bertujuan

untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman

sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Ini penting untuk

penilaian perpektif pencapaian atau prestasi seseorang individu serta

membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam suatu bidang subjek dengan

bidang lain.

Kesimpulannya,tugasan ini amat membantu saya dalam pelbagai aspek.Hal

ini kerana,saya bukan sahaja menyiapkan tugasan yang diberi,malah saya dapat

menimba pelbagai pengetahuan serta menambah pengalaman yang telah sedia ada

dalam diri kami untuk dikongsi bersama dengan yang lain.

DISEDIAKAN OLEH: NIK NURHANANI BINTI NIK DAUD

55

Page 56: Grafik

BIBLIOGRAFI

Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan Penilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Suzana Abd. Mutalib & Jamil Ahmad. (2012). Penggunaan Teknik Pentaksiran Formatif

dalam Subjek Bahasa Melayu Darjah Satu : Kajian Kes. UKM, Selangor.Syed Ismail & Ahmad Subki. (2010). Guru dan cabaran semasa Selangor.

Multimedia Sdn Bhd.Syed Ismail & Ahmad Subki. (2010). Asas Kepimpinan & Perkembangan Professional.

Selangor :Multimedia Sdn Bhd.Hale, G. et al. (1980). “Effects of Item Disclosure on TOEFL Performance,” Research

Report No. 8, Educational Testing Service, Princeton, NJ.Notar, Charles et al. (2004). The table of specifications: insuring accountability in

teacher made tests. Journal of Instructional Psychology

https://www.academia.edu/6639806/Pentaksiran_Bahasa_Melayu_Sekolah_Rendah dilawati pada 17 Mac 2015

http://www.slideshare.net/cikgusuepkhas/kepentingan-pentaksiran dilawati pada 17 Mac 2015

http://missizzaticikgucikgi.blogspot.com/2013/02/modul-bmm3103.html dilawati pada 17 Mac 2015

56

Page 57: Grafik

57