gmf report

Upload: neahana

Post on 10-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sce

TRANSCRIPT

Dasawarsa ini, sains dan teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Dalam setiap aspek kehidupan masyarakat tidak boleh lari daripada kecanggihan sains dan teknogi yang semakin meningkat sekarang. Isu mengenai makanan ubah suai genetik (GMF) semakin hangat diperkatakan dari hari ke hari. Sebagai seorang pengguna, kita perlu tahu apa yang diambil sebagai diet harian, adakah selamat dan memberi kesan baik dan buruk terhadap kesihatan kita untuk jangka masa yang panjang. Dalam mengejar arus kemodenan sekarang dan persaingan dalam bidang ekonomi khususnya bidang pertanian, pengusaha sekarang ada yang menggunakan bioteknologi dalam menghasilkan tanaman yang sudah menjalani pengubahsuaian genetic (GMF) bagi menghasilkan tanaman yang mampu memberikan hasil tuaian berlipat kali ganda. Bioteknologi merujuk kepada teknologi berasaskan biologi, terutama apabila digunakan dalam bidang pertanian dan sains makanan. Biotekonologi merupakan asas kepada makanan ubah suai genetic (GMF) ini yang merujuk kepada penggabungan semula DNA atau proses penkulturan tisu. Teknik yang digunakan dalam GMF adalah untuk memanipulasi organik bagi memenuhi kehendak manusia. GMF adalah satu bentuk pengubahsuaian genetik bagi tujuan menambahbaik kualiti dan meningkat mutu makanan. Apa yang dilakukan adalah dengan menggabungkan DNA daripada spesis yang berbeza dan menghasilkan gabungan tumbuhan , haiwan, bakteria yang tidak seimbang di mana ianya tidak boleh berlaku secara semulajadi semasa kacukan. DNA yang ditambah itu akan memberikan ciri ciri yang istimewa seperti lebih tahan penyakit , haiwan perosak dan juga musim kemarau. Sebagai contoh, tomato FLAVRSVRTM dengan ciri-ciri lambat ranum telah dihasilkan melalui kejuruteraan genetik dan diluluskan untuk dikomersilkan pada tahun 1994. Manakala, kacang soya yang diubahsuai secara genetik pula mempunyai ciri tahan racun rumpai (herbicide resistance). Tanaman ini mula ditanam di Amerika Syarikat pada tahun 1996. Selain tomato dan kacang soya, makanan ubahsuai genetik lain yang sudahpun berada di pasaran adalah jagung dan kentang. Tanaman kacang soya telah ditanam di sembilan buah negara hanya selepas 10 tahun diperkenalkan. Malah, pada tahun 2007 sahaja, separuh dari tanaman kacang soya di seluruh dunia adalah dari jenis kacang soya yang diubah suai secara genetik.Secara saintifiknya, ialah adalah untuk memilih gen yang akan dimasukkan ke dalam DNA sasaran. Teknik cut and paste digunakan bagi mengubahsuai DNA asal tumbuhan yang terpilih. Teknik ini menggunakan sejenis bakteria yang dikenali sebagi Agrobacterium Tumefaciens yang mempunyai keupayaan semula jadi untuk memindahkan DNA ke dalam sel nukleas tumbuhan. Seterusnya tumbuhan ini dibiakkan dengan membawa gen baru yang telah diubah di mana gen ini membawa ciri ciri yang lebih baik daripada yang asalnya. Namun demikian , dengan pengubahsuaian ini dipercayai boleh mendatangkan keburukan masa panjang kepada manusia yang mengambil GMF ini sebagai diet harian mereka. Hal ini adalah kerana masih tidak terdapat kajian yang dilakukan untuk memastikan keselamatan makanan atau tanaman GMF. GMF ini dilihat semakin tidak terkawal kerana ianya boleh berpindah daripada satu organisma ke organisma yang lain. Gen yang telah dipotong dan dimasukkan ke dalam DNA berkemungkinan mengakibatkan tindak balas dan kesan yang tidak disengajakan. Jurutera genetik yang mementingkan keuntungan dengan mempatenkan benih tanaman ubah suai genetik juga boleh mengancam sistem makanan. Serangga, burung dan angin boleh membawa benih yang telah diubah suai genetik ini ke ladang yang berhampiran. Apabila serbuk GMF hinggap pada tanaman yang lain, ia menyebabkan serbuk GMF dan serbuk tanaman yang asal akan bercampur baur. Semua jenis tanaman, organik dan bukan organik mudah diserang oleh gen yang baru ini.GMF dikatakan boleh memudaratkan kesihatan kerana kandungan genetik yang terkandung dalam biji benih tanaman ini boleh menghasilkan toksik kerana mutasi dalam sesuatu organisma yang boleh menjadi racun tanpa kita sedari. Selain itu, GMF turut boleh membawa kesan alergi. Contohnya telah berlaku sejenis sindrom yang dikesan berkaitan L-Tryptophan iaitu sejenis tambahan makanan yang dihasilkan oleh bakteria GMF dimana ianya kebal kepada antibiotik. Mengikut dalam laporan Utusan yang bertarikh o1 JUlai 20112 telah menyatakan Di Amerika Syarikat, bakteria yang menjalani GM bagi penghasilan sejumlah besar suplemen makanan L-trytophan telah mengeluarkan bahan pencemar toksik yang meragut 30 nyawa. Selain daripada itu, GMF juga didapati mempunyai kurang zat makanan. Tomato yang merah dan besar mungkin telah berusia beberapa minggu tetapi masih lagi boleh mengekalkan ciri fizikalnya yang menarik akan tetapi mempunyai kandungan zat yang rendah. Tambahan lagi tanama yang kebal dan tahan haiwan perosak ini boleh menghasilkan racun makhluk perosaknya yang tersendiri hasil daripada ubah suai gen. Pastinya ianya akan membawa kesan yang buruk kepada manusia apabila memakannya.