geologi kedah utara dan perlis

21
STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Geologi Kedah Utara - Perlis

Upload: ngotuyen

Post on 18-Dec-2016

309 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Geologi Kedah Utara dan Perlis

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

Stratigrafi Semenanjung Malaysia

Geologi Kedah Utara - Perlis

Page 2: Geologi Kedah Utara dan Perlis

Kambrias AkhirFormasi Machinchang

Ordovisi-Devon AwalFormasi Setul

Devon, Karbon & Perm Awal (mungkin sampaiTrias di Kedah Utara)

Formasi Kubang Pasu

Perm Tengah – Trias AwalFormasi Chuping (Formasi Kodiang) Formasi Semanggol

Jura-Kapur ?Lapisan Saiong

Tertiar (?Miosen)Lapisan Arang Bukit Arang

Resen-PleistosenAlluvium

UsiaNama unitStratigrafi

Page 3: Geologi Kedah Utara dan Perlis

Pengenalan

Formasi Setul merupakan formasi batuan karbonat yang tertua di SemenanjungMalaysia.

Formasi batuan yang berusia Ordovisi hingga Devoni Awal ni terdiri daripada batukapur tidak tulen yang bercampur dengan lumpur dalam amaun yang agak tinggi, batukapur berdolomit dan dua ahli gersik yang terdiri daripada perlapisan syal, batu lumpurkaya silika, batu lodak dan sedikit rijang.

Pemendapan sedimen telah berlaku di dalam sekitaran pelantar laut cetek di dalamkeadaan iklim yang lebih dingin daripada sekarang yang ditunjukkan oleh kehadiranfosil-fosil yang mirip kepada fauna beriklim sedemikian.

FORMASI SETUL

Pengenalan

Formasi Kubang Pasu tersingkap di kawasan Kedah, danterdiri daripada selang lapis batuan syal, batu lodak dan jugabatu pasir. Selain itu terdapat juga sedikit lapisan rijang yang berpelapisan nipis, terutamanya di bahagian bawah jujukan.

Bahagian atas jujukan formasi ini terdapat suatu fasiesperantaraan yang terdiri daripada lapisan klastik dan lapisanberkapur (termasuk batu kapur nipis).

Formasi Kubang Pasu adalah setara dengan Formasi Singa yang tersingkap di Kepulauan Langkawi.

Perlapisan batu pasir yang dominan dan terdiri daripada batupasir kuarza dan batu pasir kaya feldsfar yang terdapat dalamFormasi Kubang Pasu merupakan perbezaan yang agak nyataantara Formasi Kubang Pasu dengan Formasi Singa.

FORMASI KUBANG PASU

Page 4: Geologi Kedah Utara dan Perlis

Taburan

FORMASI KUBANG PASU

Litologi

Formasi Kubang Pasu terdiri daripada syal, batu lodak dan batu pasir. Terdapat jugasedikit lapisan nipis rijang. Batuan arenit kebanyakannya mempunyai isihan burukseperti batuan grewak dan juga boleh terdiri daripada arkos dan sub-arkos (Yap, 1991). Batuan berargilit terdiri daripada syal yang mempunyai pelbagai warna, daripadakelabu gelap, kelabu, kemerahan hingga keperangan. Laminasi dalam syal adalah jelas. Selain syal, terdapat juga batu lodak.

Di bahagian timur laut Perlis, Yap (1991) membahagikan jujukan Formasi KubangPasu kepada tiga fasies;3 - Fasies perantaraan (“passage beds”)2 - Fasies batu pasir dominan1 - Fasies batuan argilit

FORMASI KUBANG PASU

Page 5: Geologi Kedah Utara dan Perlis

Stratigrafi

Formasi Kubang Pasu menindih batuan Formasi Setul di Perlis, dan menindih Formasi Mahang di bahagian selatan (Kedah).

Formasi Kubang Pasu menindih Formasi Setul secara selaras (Zaiton & Basir, 1999).Sempadan bawah Formasi Kubang Pasu ini boleh dijumpai di Gunung Utan Aji, danjuga di Wang Tangga, Perlis.

Jones (1981) juga mencadangkan sempadan tidak selaras antara Formasi Setul danFormasi Kubang Pasu.

Formasi Kubang Pasu menindih Formasi Mahang secara selaras (Hutchison, 1989). Hubungan antara Formasi Mahang dan Formasi Kubang Pasu ini boleh diperhatikan diBukit Jabi, Bukit Kerangan, Ladang Cheong Chong Kaw dan Kampong Panchor. Kedua-dua formasi ini dipisahkan oleh sesar sungkup sehinggakan dapat dicerapjujukan batuan Formasi Mahang menindih Formasi Kubang Pasu (Zaiton & Basir(1999).

FORMASI KUBANG PASU

FORMASI KUBANG PASU

Stratigrafi

Page 6: Geologi Kedah Utara dan Perlis

Stratigrafi

Di Perlis, Formasi Kubang Pasuditindih secara selaras oleh Batu Kapur Chuping yang terdiri daripada jujukanbatuan karbonat, manakala di Kedahpula Formasi Kubang Pasu ditindihsecara selaras oleh Formasi Semanggol (Basir Jasin, 1999).

FORMASI KUBANG PASU

Usia

Bahagian dasar atau bawah jujukan batuan Formasi Kubang Pasu di Gunung Utan Ajiterdiri daripada batu lumpur kelabu dan kemerahan, batu di dalamnya mengandungifosil Posidonia perlisensis dan tribobit Cyrtosymbole yang mencadangkan usia Devon atas atau Awal Karbon.

Kekanta rijang yang terdapat di bahagian tengah Perlis mengandungi fusulina konnoiyang berusia Moscovian (Karbon Tengah) (Scrivenor, 1926). Basir Jasin (1995) menemui fosil radiolaria dalam lapisan rijang di Bukit Beringin dan Bukit Telaga Jatohberhampiran pekan Pokok Sena. Lapisan rijang ini terletak di bahagian bawah jujukan Formasi Kubang Pasu, iaitu terletak di atas lapisan syal yang kaya dengan Posidonia. Fosil radiolari Entactinia variospina dan Callella sp. mencadangkan usia Karbon Awaluntuk Formasi Kubang Pasu.

Bahagian atas jujukan formasi ini terdiri daripada lapisan perantaraan (“passage beds”) yang terdiri daripada perlapisan nipis batu kapur dan batuan klastik. Dalam lapisanperantaraan ini terdapat banyak fosil fusulinid, karang, brakiopod dan briozoa. Fosil brachiopoda Cancrinella sp. dan Micraphella sp., bivalvia Schizodus sp. danEoschizodus sp., briozoa Fistulipora sp. dan Fenestella sp. Serta fosil mikri sepertiMonodiexodina sp. dan Lunucammina sp. Yang ditemui dalam fasies perantaraan(“passage beds”) mencadangkan usia atas untuk Formasi Kubang Pasu ialah akhirPerm Awal (Arkinskian) (Yap, 1991).

FORMASI KUBANG PASU

Page 7: Geologi Kedah Utara dan Perlis

Sekitaran endapan

Formasi Kubang Pasu yang terdapat di Perlis telah terbentuk atau terendap di sekitaranlautan. Fasies batuan argilit yang terdiri daripada selang lapis batu lodak dominandengan batu lumpur, serta sedikit batu pasir ditafsirkan diendapkan dalam pelantarbenua bahagian luar berhampiran dengan cerun benua.

Lapisan rijang banyak terdapat di bahagian bawah jujukan Formasi Kubang Pasu ini, dan menurut Basir Jasin (1999), rijang ini terbentuk atau terendap di sekitaran tepianbenua (continental margin).

Kemudian, fasies kedua, iaitu batu pasir dominan, berlapis dengan syal serta lodakditafsirkan terendap di sekitaran pelantar benua bahagian dalam berhampiran zonneritik, yang secara relatifnya lebih cetek berbanding fasies pertama tadi.

Fasies atau lapisan perantaraan (passage beds) pula ditafsirkan mewakilipengendapan yang berlaku di kawasan lebih cetek, iaitu di antara zon pasang-surutdengan zon neritik.

Turun naik kadar pemendapan sedimen detrital ini menyebabkan terbentuknya fasiesperantaraan, dan apabila tiada lagi sedimen detrital, maka terbentuklah batu kapurFormasi Chuping.

Secara keseluruhannya, proses maraan atau regresi yang berlaku semasapengendapan Formasi Kubang Pasu menyebabkan terbentuknya jujukan mengkasar dan mencetek ke atas.

FORMASI KUBANG PASU

Page 8: Geologi Kedah Utara dan Perlis

Pengenalan

Nama Formasi Semanggol digunakan sempena dengan nama Gunung Semanggolyang terdapat di kawaasan Taiping, Perak. Nama ini mula digunakan sejak 1959 olehAlexander, dan Burton (1965) mengkorelasikan jujukan di kawasan Gunung Semanggolini dengan jujukan yang terdapat di selatan dan tengah Kedah.

Lokaliti tip untuk formasi ini tidak diberikan dengan jelas, tetapi Burton (1973) mencadangkan lokaliti tip ini di Bukit Merah, yang terletak di utara Gunung Semanggol.

FORMASI SEMANGGOL

Taburan

Formasi Semanggol pada mulanyadiperkenalkan untuk batuan klastik yang berusia Trias Tengah-Akhir, yang terdapatdi kawasan barat laut SemenanjungMalaysia. Formasi Semanggol tersebar ditiga kawasan utama, iaitu;

- kawasan utara Perak, di sekitar Gunung Semanggol, dimana Formasi Semanggol ini mula diperkenalkan

- kawasan selatan Kedah, di sekitar Kuala Ketil – Tawar

- kawasan utara-tengah Kedah iaitu di kawasan Kuala Nerang hingga Pedu.

FORMASI SEMANGGOL

Page 9: Geologi Kedah Utara dan Perlis

Taburan

Sesar dipercayai telah menyebabkanbatuan lembangan pengendapanSemanggol menjadi tiga bahagian.

Litologi

Formasi Semanggol terdiri daripada jujukan batuan klastik yang berusia Trias semasaianya mula diperkenalkan. Jujukan yang seusia dengannya tetapi terdiri daripadabatuan karbonat dikenali sebagai Batu Kapur Kodiang.

Batuan utama yang terdapat dalam Formasi Semanggol boleh dibahagikan kepada tigaunit atau fasies;

-Fasies rijang - yang terdiri daripada batuan rijang berlapis. Di antara lapisan rijang ini, terdapat lapisan

nipis beberapa mm batuan syal.

-Fasies berirama yang merupakan selang lapis antara lapisan batu pasir, batu lodak dan syal. Dalam

fasies ini terdapat juga lapisan konglomerat.

-Fasies konglomerat yang terdiri daripada batu konglomerat yang dominan, berlapis dengan lapisan batu

pasir serta syal.

Sejak akhir-akhir ini, ditemui unit atau fasies batu kapur dalam jujukan Formasi Semanggol.

FORMASI SEMANGGOL

Page 10: Geologi Kedah Utara dan Perlis

FORMASI SEMANGGOL

FORMASI SEMANGGOL

Page 11: Geologi Kedah Utara dan Perlis

FORMASI SEMANGGOL

FORMASI SEMANGGOL

Page 12: Geologi Kedah Utara dan Perlis

Usia

Formasi Semanggol mengandungi banyak fosil. Kebanyakan fosil ditemui dalam fasiesberirama, dan juga rijang.

Pada peringkat awal (tahun-tahun 1970 dan 1980’an), fosil yang ditemui menunjukanusia Trias Tengah-Akhir. Antara fosil yang banyak ditemui ialah daripada jenis Halobia, Posidonia, Daonella serta ammonid. Kesemua fosil ini mencadangkan usia TriasTengah-Akhir.

Sekarang ini, dalam batuan rijang ditemui banyak fosil radiolaria. Selain daripadaradiolaria Trias, dilaporkan juga terdapat fosil radiolaria yang berusia Perm.

Jadi sekarang ini, usia Formasi Semanggol bermula daripada Perm hingga TriasAkhir, iaitu setara dengan usia Formasi Chuping.

FORMASI SEMANGGOL

Stratigrafi

FORMASI SEMANGGOL

Page 13: Geologi Kedah Utara dan Perlis

Sekitaran endapan

Pengendapan berlaku di bawah pengaruh graviti, antaranya dengan cara aliran debris dan aliran turbidit. Aliran graviti ini menyebabkan terbentuknya sedimen atau fasiesyang mempunyai asingan buruk, dan lapisan yang menunjukkan lapisan bergred(jujukan Bouma).

Fasies sebegini selalunya terbentuk di sekitaran yang bercerun, biasanya di kipas lautdalam. Fasies rijang yang mengandungi radiolaria jelas mencadangkan pengendapanberlaku di sekitaran laut dalam.

FORMASI SEMANGGOL

Fosil yang ditemui dalamFormasi Semanggol turutmencadangkan pengendapanberlaku di sekitaran laut, dantiada bukti fosil, fasies ataustruktur sedimen yang mencadangkan pengendapanberlaku di sekitaran laut cetek.

Pengenalan

Formasi Chuping banyak tertabur di bahagian tengah Perlis.

Keseluruhan Formasi Chuping terdiri daripada batu kapur warna cerah berlapisan tebalhingga masif.

Pada awal tahun 1960an, semua batu kapur yang terdapat di kawasan Kodiangdikatakan berusia Perm, dan dimasukkan dalam Formasi Chuping oleh Jones (1962).

Kemudian batu kapur ini telah dikaji oleh beberapa pengkaji berikutnya. Ishii danNogami (1966), Igo dan Koike (1975), dan Koike (1973, 1982) menemui fosil konodonberusia Trias Awal hingga Trias Akhir. Gazdzicki dan Smit (1977) menemui fosilforaminifera Trias.

Penemuan fosil Trias ini telah mengubah stratigrafi kawasan baratlaut SemenanjungMalaysia.

Formasi Chuping dan Formasi Kodiang mempunyai banyak kesamaan dari segi litologi dan juga fosil serta usia dan patut dijadikan satu formasi yang sama.

FORMASI CHUPING / FORMASI KODIANG

Page 14: Geologi Kedah Utara dan Perlis

Taburan

Di Perlis, batuan Formasi Batu Kapur Chuping ini tersingkap di bahagian tengahPerlis, iaitu membentuk perbukitanbermorfologi karst batu kapur, bermuladaripada Bukit Mata Air (berhampiranPadang Besar di utara), Bukit Chabang, Gua Sami, Bukit Chondong, Bukit TungkuLembu, Bukit Keteri, Bukit Chuping, hinggalah Bukit Ngolang berhampirandengan pekan Arau.

Bukit-bukit batu kapur yang terdapat disekitar pekan Kodiang, dan juga GunungKeriang, Kedah juga kepunyaan Formasi Chuping. Bukit-bukit ini pernah di kenalidengan nama Batu Kapur Kodiang olehdeCoo & Smit (1975).

FORMASI CHUPING / FORMASI KODIANG

FORMASI CHUPING / FORMASI KODIANG

Litofasies

Terdapat sepuluh litofasies batu kapur yang ditemui di dalam Formasi Batu Kapur Kodiang. Litofasies-litofasies tersebut ialah;

1) Selang lapis nipis batu kapur-rijang

2) Batu kapur biosparit

3) Batu Kapur mikrit

4) Batu kapur breksi

5) Batu kapur hitam

6) Batu kapur berlamisan bergelombang

7) Batu lumpur dan batu pasir berkapur

8) Batu kapur konglomerat

9) Unit nedatan

10) Dolomit dan batu kapur masif terhablur semula

Page 15: Geologi Kedah Utara dan Perlis

FORMASI CHUPING / FORMASI KODIANG

Litofasies

FORMASI CHUPING / FORMASI KODIANG

Litofasies

Page 16: Geologi Kedah Utara dan Perlis

FORMASI CHUPING / FORMASI KODIANG

Litofasies

Sekitaran endapan

Pembentukkannya berlaku dalam lembangan pengendapan karbonat dan terdapatbeberapa sub-sekitaran di dalamnya. Di kawasan berdekatan dengan pantai, iaitukawasan pasang-surut, terbentuk batu kapur stromatolites dan juga batu kapur hitam.

Makin ke arah lautan terdapat suatu lagun dan di sini, keadaan airnya yang cetek dantenang menggalakkan bivalvia hidup di kawasan yang bermikrit.

FORMASI CHUPING / FORMASI KODIANG

Page 17: Geologi Kedah Utara dan Perlis

Sekitaran endapan

Dalam lagun ini juga terdapat satu alur yang besar, dan dalam alur ini terbentuk batukapur konglomerat, yang mana klastanya juga berasal dari lembangan yang sama.

Di kawasan bekalang dan dataran terumbu, keadaan airnya lebih bertenagaberbanding dalam lagun, dan segala mikrit yang ada diangkut ke kawasan lain. Inimenyebabkan organisma yang hidup di sini seperti Bivalvia, bryozoa, foraminifera danlain-lain apabila mati membentuk batu kapur biosparit.

FORMASI CHUPING / FORMASI KODIANG

Sekitaran endapan

Di kawasan hadapan terumbu dan juga cerun, terjadi proses nendatan menyebabkanfasies nendatan dan juga batu kapur breksi terbentuk. Di kawasan yang lebih dalam, selang lapis batu kapur-rijang pula terbentuk.

Semasa pembentukkan Batu Kapur Kodiang ini berlaku, terdapat fasa dimana bekalanbahan klastik bersilika dibawa masuk ke dalam lembangan karbonat. Keadaan in menghasilkan fasies batu lumpur dan batu pasir berkalka di kawasan air yang agakdalam.

FORMASI CHUPING / FORMASI KODIANG

Page 18: Geologi Kedah Utara dan Perlis

Nama dan taburan

Diberikan oleh Ong (1968) untukunit batuan kemerahan yang dipercayai endapan benua terrdiridaripada konglomerat sokongnklas dengan kehadiran kekanta atau lapisan batu pasir dan syal. Nama diambil sempena denganBukit Saiong (504m).

Unit ini tertabur di timurlaut Kedah, berhampiran dengan tasik Pedudan Tasik Muda. Ong (1968) melaporkan bahawa Lapisan Saiong menindih tak selaras unit batuan Trias (Formasi Semanggol).

LAPISAN SAIONG

Usia

Tiada fosil yang ditemui, tetapi berdasarkan kedudukan atau hubungan dengan batuansekeliling dan juga litofasies endapan daratan, dipercayau batuan Lapisan Saoingberusia Jura-Kapur.

LAPISAN SAIONG

Page 19: Geologi Kedah Utara dan Perlis

Litologi utama

Secara keseluruhan terbentuk olehkonglomerat sokongan butiran dengan kekanta dan lapisan batupasir serta syal dan batu lumpur. Kesemua unit batuan ini berwarnakemerahan.

Konglomerat paling dominan, dibentuk oleh klasta batu pasirsubsudut hingga subbulat, pelbagai saiz (berjulat dari 1cm hingga 50cm). Selain klasta batupasir, terdapat juga klas batulumpur, syal, rijang dan kuarza.

Matriknya terdiri daripda pasirberlodak yang juga berwarnakemerahan.

LAPISAN SAIONG

Sekitaran endapan

Terendap di alur sungai yang terjadidisebabkan adanya blok sesar yang jatuh.

Sesar yang sama ditafsir aktifsemula selepas pembentukanLapisan Saiong, akhirnyamenyebabkan Lapisan Saiongmembentuk permatang tinggi.

LAPISAN SAIONG

Page 20: Geologi Kedah Utara dan Perlis

LAPISAN ARANG BUKIT ARANG

Nama dan singkapan

Nama unit ini diambil sempenadengan nama tempat, iaitu Bukit Arang, perhampiran dengansempadan Malaysia-Thailand, dimana lapisan ini terdapat.

Lapisan ini mula dilaporkan olehScrivenor (1913) dan dikorelasikandengan Lapisan Arang Batu Arangyang terdapat di Selangor.

Lapisan Arang Bukit Arang initerdapat di bahagian utara Perlis dantiada singkapan permukaan yang elok.

Cerapan litologi terperinci dilakukandaripada data dan sampel lubanggerudi. Lapisan arang ini mempunyaitopografi rendah dan beralun.

LAPISAN ARANG BUKIT ARANG

Litologi

Strata Lapisan Arang Bukit Arangumumnya mempunyai sifat longgar dankonsolidasi separa.

Komposisi atau litologi utamanya terdiridaripada sedimen kelikir, pasir, syallembut yang kebanyakannya berkarbon, lapisan nipis arang bermutu rendah(lignit), sedikir syal berkapur dan pebel berkapur.

Semuanya mengalami konsolidasisepara. Lapisan lembut arangberwarna perang kehitaman wujudberselerak dengan ketebalan sekitar 15-20cm dan kadang-kadang mencapai50cm.

Syal berbitumin dan syal berminyakjuga ada dilaporkan.

Page 21: Geologi Kedah Utara dan Perlis

LAPISAN ARANG BUKIT ARANG

Usia dan stratigrafi

Fosil tumbuhan, terutamnya daun dan akar banyak ditemui dalam Lapisan Arang Bukit Arang. Walau bagaimanapun, tidak sesuai untuk penentuan usia.

Mengikut Jones (1966), usia Lapisan Arang Bukit Arang di Perlis ini adalah lebih kurangsama dengan Lapisan Arang Batu Arang yang terdapat di Selangor, iaitu ditafsirkanberusia Miosen.

Lapisan Arang Bukit Arang terletak di atas batuan Karbon-Perm Formasi Kubang Pasusecara tidak selaras.

Ketebalan Lapisan Arang Bukit Arang ini tidak diketahui kerana penggerudian yang dilakukan tidak sampai ke batuan dasar.

Sekitaran endapan

Lapisan arang adalah satu ciri sedimen yang terendap di sekitaran daratan. Kehadiranfosil tumbuhan dan kesan akar menguatkan lagi tafsiran ini. Jujukan sedimen kelikir, pasir dan kehadiran bahan lumpur yang banyak, terutamanya di bahagian bawahjujukan ditafsirkan oleh Yap (1991) sebagai endapan eustarin atau lacustrine.

Sekian…