geologi terengganu

19
Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM STAG2022 Stratigrafi Malaysia Stratigrafi Semenanjung Malaysia Geologi Terengganu Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM GEOLOGI TERENGGANU Keseluruhan negeri Terengganu terletak dalam Jalur Timur. Batuan yang paling dominan ialah batuan sedimen (termasuk metasedimen) berusia Karbon (paling banyak) dan Perm serta batuan granit.

Upload: donguyet

Post on 17-Jan-2017

420 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Geologi terengganu

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

Stratigrafi Semenanjung Malaysia

Geologi Terengganu

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

GEOLOGI TERENGGANU

Keseluruhan negeri Terengganu terletakdalam Jalur Timur.

Batuan yang paling dominan ialah batuansedimen (termasuk metasedimen) berusiaKarbon (paling banyak) dan Perm sertabatuan granit.

Page 2: Geologi terengganu

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

GEOLOGI TERENGGANU

Pengkaji dahulu memetakan kesemuabatuan metasedimen Palaeozoik(terutamanya Karbon) sebagaiKumpulan Kuantan.

Sebahagian besarnya dipanggilLapisan Sungai Perlis.

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

GEOLOGI TERENGGANU

A – Hulu Paka

B – Hulu Terengganu

C – Terengganu Selatan

D – Bukit Keluang

E – Pulau Redang

F – Pulau Kapas

F

E

D

C

B

A

Page 3: Geologi terengganu

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

KAWASAN ULU PAKA

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

Chand (1978) memperkenalkan nama Lapisan Sungai Perlis untuk jujukan batuan sedimen yang terdapat di kawasan Hulu Paka.

Nama formasi batuan ini diambil sempena denganSungai Perlis yang mana jujukan batuan inibanyak tersingkap di sepanjang sungai.

Lapisan Sungai Perlis didefinisikan sebagaijujukan batuan yang dominan dengan batuanargilit, terutamanya syal, sabak, filit, serta syisbersama-sama dengan sedikit kuarzit, meta-konglomerat dan hornfels.

Rohimi (1983) dan Mohd. Zukeri et al. (1985) telahdibahagikan Lapisan Sungai Perlis kepada unit unit batuan, iaitu fasies pelitit dan fasies psamitit.

Di singkapan jalan ke Kampong Pasir Raja, jujukan sedimen terdiri daripada selang lapis batupasir, syal dan batu lodak. Dalam lapisan syalboleh ditemui serpihan halus tumbuhan.

KAWASAN HULU PAKA

Page 4: Geologi terengganu

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

KAWASAN HULU PAKA

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

KAWASAN ULU PAKA

Di bahagian selatan Terengganu dan utaraPahang, lapisan yang serupa dikenalidengan nama Formasi Charu. Formasi Charu (dan Lapisan Sungai Perlis) berusiaKarbon Bawah berdasarkan penemuanfosil.

Page 5: Geologi terengganu

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

KAWASAN HULU TERENGGANU

Kawasan Hulu Terengganu dipetakansebagai batuan sedimen berusia Karbon, Perm dan Jura/Kapur, serta batuanigneus, termasuk batuan volkanik .

Batuan sedimen (kebanyakannya telahtermetamorf) yang dominan ialah batuanklastik berusia Karbon-Perm dan jugaJura-Kapur, manakala batuan karbonat(batu kapur) pula berusia Perm (JabatanPenyiasatan Kajibumi Malaysia, 1985).

Tiada penamaan khas yang diberikankepada jujukan batuan Karbon-Perm ini, tetapi jujukan sedimen Jura-Kapur yang terdapat di bahagian barat dikenalidengan nama Kumpulan Gagau olehRishworth (1974).

Dua bukit batu kapur (Bukit Biwah & Bukit Taat) terdiri daripada batu kapur danumumnya dipanggil Batu Kapur Biwah.

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

Batu kapur Biwah yang membentuk Bukit Biwah dan Bukit Taat terdiri daripada mineral kalsit dan juga dolomit. Batuan ini terdiridaripada beberapa fasies, antara yang dominan ialah fasies biomikrit dan biosparitserta mikrit.

Batuan klastik yang terdapat di sekelilingbatu kapur terdiri daripada batu pasir, batulodak dan syal serta rijang.

Kesemua unit batuan klastik ini berselanglapis antara satu sama lain, dan secaraumumnya, batu kapur yang ada juga terletakdi dalam unit klastik.

KAWASAN HULU TERENGGANU

Batu kapur Bukit Biwah dan Bukit Taatmerupakan kekanta dalam unit klastik.

Terdapat daik igneusdalam batu kapur.

Page 6: Geologi terengganu

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

Banyak fosil di laporkan dalam Batu Kapur Biwah.

Jones (1966) dan Gobbett (1973) ada melaporkanpenemuan fosil Parafusulina yang berusia Perm Awal.

Foraminifera jenis Pseudofusulina, Pseudodoliolina, Parafusulina, Globivalvulina dan karang Yatsengiamencadangkan Bukit Biwah berusia pertengahan Perm Tengah (Fontaine & Khoo, 1990).

Di Bukit Taat pula, pernah dilaporkan penemuan fosilkarang jenis Lithostrotian sp. dan Amygdalophyllum? yang dikatakan lebih tua daripada usia batu kapur Bukit Biwah, iaitu berusia Karbon Awal (Jones et.al. 1966).

Kajian lanjut oleh Fontaine & Khoo (1990) menemui fosilforaminifera dan juga karang jenis Yatsengia di Bukit Taat, serupa dengan yang terdapat di Bukit Biwah.

Jadi keseluruhan batu kapur di Bukit Biwah dan Bukit Taatadalah berusia pertengahan Perm Tengah (sekitar 270 jutatahun dahulu).

KAWASAN HULU TERENGGANU

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

KAWASAN TERENGGANU SELATAN

Kawasan Terengganu selatan bersempadandengan Pahang utara dan batuan di keduatempat ini bersambungan.

Batuan yang terdapat di sini terdiri daripadajujukan batuan klastik yang dibahagikankepada dua formasi;

- Formasi Charu (Formasi Cherol)

- Formasi Taweh

Page 7: Geologi terengganu

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

KAWASAN TERENGGANU SELATAN

Formasi Charu

Formasi Charu diperkenalkan di sebelah Pahang, tetapiberterusan ke Terengganu.

Di kawasan Cherul dan Cheneh, jujukan batuan formasiini terdiri daripada selang lapis syal, batu lodak danbatu pasir. Batu pasir tuf juga dilaporkan ada dalamjujukan.

Juga diguna pakai nama Formasi Cherul.

Berbagai struktur sedimen ditemui termasuk lapisansilang dan ‘rip-up clast’ dalam lapisan batu pasir, laminasi selari dalm syal serta lapisan nendatan.

Dalam syal (warna hitam) terdapat fosil tumbuhan danbrakiopod. Usia formasi ini ialah Karbon Awal –Tengah.

Formasi Charu terendap di sekitaran laut cetak.

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

KAWASAN TERENGGANU SELATAN

Formasi Taweh

Formasi Taweh secara relatifnya terletak di atasFormasi Charu secara selaras.

Jujukan formasi ini terdiri daripada selang lapis konglomerat, batu pasir (setengahnya berpebel), danjuga syal. Secara umumnya, Formasi Taweh berbutirlebih kasar daripada Formasi Charu.

Fosil tumbuhan ada ditemui.

Berdasarkan kedudukannya di atas Formasi Charu, maka usia Formasi Taweh ialah Karbon Tengah –Akhir, dan terendp di sekitaran delta hingga lautcetek.

Page 8: Geologi terengganu

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

KAWASAN TERENGGANU SELATAN

Perubahan daripada Formasi Charukepada Formasi Taweh adalah disebabkan berlaku anjakan atauproses maraan sekitaran endapan.

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

KAWASAN BUKIT KELUANG

Di kawasan Bukit Keluang terdapat tigabuah bukit, iaitu Bukit Keluang di bahagianpaling utara, Bukit Bubus dan Bukit Dengong di selatan.

Bukit Keluang dan Bukit Bubus memanjanghampir utara-baratlaut (330o), manakalaBukit Dendong pula hampir timur-barat(90o).

Secara umumnya, bahagianyang mengadap lautanmempunyai tebing yang curam, berbanding denganyang satu lagi.

Jujukan batu ini dikenalisebagai Formasi Bukit Keluang.

Page 9: Geologi terengganu

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

Formasi Bukit Keluang - Litologi

Terdiri daripada konglomerat masif danberlapisan tebal, batu pasir, batu lodak dan jugasyal atau batu lumpur, dan kesemua litologi yang ada ini boleh ditemui berselang lapis antara satu sama lain. Konglomerat banyak dibahagian utara dan batu pasir di bahagianselatan.

Jurus lapisan hampir selari dengan permatangBukit Keluang dab Bukit Bubus (NNW-SSE) danmiring ke SSW, manakala untuk Bukit Dendongmiring ke selatan.

Terdapat banyak sesar danbeberapa lipatan.

Terletak di atassatah ketakselarasan

KAWASAN BUKIT KELUANG

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

Konglomerat dominan

Konglomerat & batu pasir dominan

Batu pasir & lodakBatu pasirdominan

Batu pasir& argilit

Lodak-syal

Konglomerat banyak diutara Bukti Keluang.

Makin ke selatan, konglomerat berkurangandan batu pasir makinbertambah.

KAWASAN BUKIT KELUANG

Page 10: Geologi terengganu

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

Formasi Bukit Keluang - Jujukan menegat

Kesimpulan umum yang boleh dibuat berkenaandengan taburan fasies-fasies yang ada dalamFormasi Bukit Keluang ialah jujukan menegak untukkeseluruhan formasi ialah jujukan menghalus keatas, dan secara mendatar pula, fasies sedimennyamakin halus ke arah selatan.

��

��

��

��

���

���

���

��

��

��

��

KAWASAN BUKIT KELUANG

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

Formasi Bukit Keluang - Usia

MacDonald (1968) - batuan berusia Karbon.Koopmans (1968) - sebahagian daripada Formasi Tembeling. Gobbett (1973) - jujukan endapan daratan Mesozoik.Peta Geologi Semenanjung Malaysia 1973 - Trias-Jura.Peta Geologi Semenanjung Malaysia 1985 - Karbon. Kamal Roslan Mohamed & Ibrahim Abdullah (1994) - Jura-Kapur.Mohd Shafeea Leman et.al (1999) - telah dipastikan sebagai Perm Akhir.

Lobatannularia sp., Pecopteris sp., ?Calamites sp., ?Tingia sp., ?Cordaited sp. sertaTaeniopteris sp. mencadangkan usia Perm Akhir. Sebahagian daripada fosil iniserupa dengan fosil tumbuhan yang ditemui di Pulau Redang.

KAWASAN BUKIT KELUANG

Page 11: Geologi terengganu

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

Formasi Bukit Keluang - Sekitaran endapan

Model pengendapan yang dicadangkan di sini ialah sebuah kipas alluvium yang mengadap ke arah timur.

Sesar normal mungkin penyebab utama terbentuknya kipas alluvium ini. Di bahagianhujung kipas terdapat sistem sungai berliku dan sungai ini berterusan hingga kekawasan yang sekarang ini terletaknya Pulau Redang.

Apabila pengendapan berlaku untuk jangka masa yang lama, lembangan makindipenuhi oleh sedimen dan kecerunan kipas alluvium makin berkuranganmenyebabkan sistem sungai berburai berubah menjadi sistem sungai berliku.

Keadaan ini berlaku disebabkan sesar normal penyebab terbentuknya kipas alluvium bukanlah satu sesar yang aktif.

KAWASAN BUKIT KELUANG

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

KAWASAN PULAU REDANG

Kepulauan Redang terletak di luar pantaiTerengganu, dan terdiri daripada beberapapulau-pulau kecil.

Pulau utama berpenghunidikenali sebagai Pulau Redang dan Pulau Pinang, manakala pulau kecil lain yang tidak berpenghuni ialahPulau Ling, Pulau Ekor Tebu, Pulau Lima, Pulau Kerengga, dan Pulau Kerengga Kecil.

Page 12: Geologi terengganu

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

KAWASAN PULAU REDANG

Dari segi geologi, Kepulauan Redangini terdiri daripada beberapa jenisbatuan.

Batuan yang paling banyak terdapatdi sini ialah granit yang merangkumihampir 75% keluasan kawasan, dandiikuti oleh batuan sedimen yang kebanyakannya telah termetamorf

Batuan sedimen (metasedimen) yang terdapat di Kepulauan Redang bolehdibahagikan kepada 3 unit;- Formasi Pinang- Formasi Redang- Konglomerat Tumbu Kili

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

KAWASAN PULAU REDANG

Page 13: Geologi terengganu

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

Formasi Pinang

Formasi Pinang tersingkap di Pulau Pinang, dan sebelumini dikenali sebagai Lapisan Pinang oleh Yaw (1977) danZaidi Daud (1992).

Formasi Pinang terdiri daripada selang lapis batu pasirdan syal hitam. Jujukan ini telah mengalami canggaanyang hebat menyebabkan terbentuknya lipatan ketat danjuga sesar.

KAWASAN PULAU REDANG

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

Formasi Pinang

Kajian geologi struktur yang lakukanmenunjukan formasi ini telahmengalami tiga kali canggaan.

Formasi ini telah dipotong oleh teleranggranit, dan telah termetamorf akibatrejahan igneus.

Formasi Pinang ini dipercayai terbentuklebih dahulu berbanding denganrejahan granit, berdasarkan granit yang merejahnya.

KAWASAN PULAU REDANG

Page 14: Geologi terengganu

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

Formasi Redang

Formasi Redang tersingkap di bahagian baratdaya Pulau Redang. Formasi ini terdiri daripadaselang lapis konglomerat, syal, lodak dan batupasir.

Terdapat struktur laminasi silang, struktur palungdan kekanta. Fosil tumbuhan yang dikenalisebagai Flora Redang yang ditafsirkan berusiaKarbon-Perm ditemui dalam unit syal dan lodak(Khoo et.al (1988).

KAWASAN PULAU REDANG

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

Formasi Redang

Berdasarkan kepada canggaantektonik yang dialami oleh Formasi Redang, dipercayai Formasi Redangini lebih muda daripada Formasi Pinang.

Ini kerana Formasi Redang cumamengalami dua fasa canggaan yang membentuk lipatan terbuka denganpaksi yang mengarah hampir utara-selatan.

Formasi Redang ini dipercayaimenindih Formasi Pinang secara tidakselaras. Formasi Redang ini jugalebih muda daripada rejahan granitkerana jujukan Formasi redang telahmengalami metamorfisme habadisempadan dengan granit.

KAWASAN PULAU REDANG

Page 15: Geologi terengganu

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

KAWASAN PULAU REDANG

Usia Formasi Redang

Fosil tumbuhan yang terdiridaripada spesis Pecopteris, Calamites, Taenopteris danCordaites yang dikenali sebagaiFlora Redang berusia Karbon-Perm ditemui oleh Khoo et.al(1988) dalam Lapisan Redang.

Kajian selanjutnya menunjukkanFormasi Redang berusia Perm Awal hingga Akhir?.

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

Konglomerat Tumbu Kili

Unit ini tersingkap di bahagian selatan Pulau Pinang iaitu di Tanjung Tumbu Kili. lapisan ini terdiri daripada konglomerat yang masif atau berpelapisan tebal iaitu kira-kira 5 meter untuk setiap lapisan.

Unit konglomerat ini mempunyai klas yang bersegi dan berbagai saiz daripada pebel hingga bolder.

KAWASAN PULAU REDANG

Page 16: Geologi terengganu

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

KAWASAN PULAU KAPAS

Pulau Kapas terletak di timur pekanMarang. Pulau ini terdiri daripada dua buahpulau, iaitu Pulau Kapas yang besar danPulau Gemia yang lebih kecil di hujungutara Pulau Kapas.

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

KAWASAN PULAU KAPAS

Dari segi geologi, batuan yang ada diPulau Kapas boleh dibahagikan kepada beberapa unit batuan, iaitu;- Batuan Perm-Karbon- Konglomerat Kapas- Batuan Intrusif

Page 17: Geologi terengganu

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

KAWASAN PULAU KAPAS

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

KAWASAN PULAU KAPAS

Batuan Karbon-Perm

Jujukan ini merupakan unit batuan tertua dan tersebardengan meluas di Pulau Kapas. Unit ini terdapat di Pulau Gemia, dan bahagian tengan dan utara Pulau Kapas.

Secara umumnya, batuan ini telah termetamorf, dan telahmengalami canggaan yang hebat. Perlapisannyamempunyai jurus sekitar 70 hingga 180o, dan miring kearah barat atau timur.

Jujukannya mempunyai perlipatan yang rencam. Terdapat lipatan yang ketat, dan juga lipatan kerdut dalansyal yang berlaminasi selari.

Page 18: Geologi terengganu

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

KAWASAN PULAU KAPAS

Konglomerat Kapas

Konglomerat Kapas terdapat di bahagian selatanpulau, dan boleh ditemui di beberapa lokaliti. Secaraumumnya, jujukan konglomerat ini mempunyai warnakemerahan, tetapi batuan yang segar memunjukkanwarna kelabu.

Jujukan konglomerat ini terdiri daripada lapisankonglomerat yang dominan, disamping lapisan syal, dan juga batu pasir.

Syal dan batu pasir cuma ditemui dalam jumlah yang kecil, terutama di bahagian bawah jujukan. Kebanyakkan syal yang ada mencirikan batuan tuf.

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

KAWASAN PULAU KAPAS

Konglomerat Kapas

Sekitaran Pengendapan

Konglomerat yang dominan, dan lapisan batuan yang secara umumnya berwarna kemerahanmencadangkan jujukan Konglomerat Kapas initerbentuk dalam suatu sekitaran daratan.

Kehadiran klas yang menunjukkan adanyapenyusunan yang agak baik, dan struktur imbrikasi mencadangkan pengendapan berlaku oleh air yang mengalir. Pengendapan mungkin berlaku disekitaran tasik atau sungai.

Jujukan yang terdapat di sini ada kesamaan denganyang terdapat di Formasi Konglomerat Murau.

Page 19: Geologi terengganu

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

Sekian…