gelanggang tuk wali

21
Oleh Ismail Kassan

Upload: moinah-pakusiam

Post on 04-Jul-2015

21.368 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gelanggang tuk wali

Oleh Ismail Kassan

Page 2: Gelanggang tuk wali

SINOPSIS

BABAK 3

BABAK 4BABAK 2

BABAK 1 BABAK 5

Page 3: Gelanggang tuk wali

BABAK 1

Ripin berkunjung ke rumah Tuk Wali untuk memberitahu tentang jemputan bersilat di rumah Haji Kodri. Tuk Wali walaupun demam, dia manyanggupi jemputan tersebut.

Page 4: Gelanggang tuk wali

BABAK 2 Tuk Wali membonceng motosikal yang ditunggang

oleh Ripin ke rumah Haji Kodri. Sejurus mereka pergi, Imam dan Siak kampung datang ke rumah Tuk Wali. Kedatangan mereka disambut oleh isteri Tuk Wali, Mak Umi. Siak meluahkan rasa tidak setujunya akan akiviti bersilat yang dilakukan oleh Tuk Wali, sedangkan usianya sudah tua, tetapi masih bergumpal-gumpal dengan orang muda. Bagi Siak, sepatutnya masa yang ada diisi dengan beramal di masjid. Mak Umi menyanggah kata-kata itu kerana suaminya tidak pernah tinggal bersolat jemaah di masjid. Bagi Imam pula, dia bimbang usia Tuk Wali berakhir di gelanggang silat.

Page 5: Gelanggang tuk wali

BABAK 3 Tuk Wali meluahkan rasa marahnya akan sikap cucu

tirinya, Piee yang membuat kecoh di rumah Haji Kodri. Selepas itu, Mak Umi meluahkan kata-kata Siak dan Imam kepada suaminya. Bagi Tuk Wali, dia boleh berzikir sampai mati, tetapi jika ada orang patah kaki, terkehel atau terkena histeria, dia juga yang akan dipanggil. Tuk Wali menjelaskan lagi, ketika dia muda dahulu, ketika zaman darurat, semua orang menghargai akan usahanya mengetuai orang kampung mengawal kampung. Bagi Mak Umi, tanggapan berubah kerana suaminya telah tua.

Beberapa detik selepas itu, Ripin dan Mariam, anak murid kepercayaan Tuk Wali datang. Tuk Wali mahu Ripin dan Mariam menggantikan tempatnya tetapi mereka berdua menolak kerana mereka masih memerlukan bimbingan.

Page 6: Gelanggang tuk wali

Kemudian Tuk Wali menyerahan Keris Ganja Seiras Naga Berjuang kepada Ripin, tetapi Ripin menolaknya kerana menganggap dia belum layak menerimanya. Perbualan mereka terputus apabila dua orang wartawan, Halim dan Jamil berkunjung ke rumah Tuk Wali.

Tuk Wali menceritakan pengalamannya kepada wartawan itu ketika berhadapan dengan empat orang perompak di kedai emas. Tidak berapa lama kemudian Piee pulang. Tuk Wali memarahi Piee kerana masuk ke biliknya dengan tujuan mahu mencuri. Sesudah Tuk Wali dan Mak Umi masuk ke dalam rumah, datang empat pemuda mahu belajar silat daripada Tuk Wali. Tuk Wali menampar pemuda tersebut kerana membuat bising di halaman rumahnya.

Page 7: Gelanggang tuk wali

BABAK 4 Siak datang bertemu Tuk Wali dan memarahi Tuk

Wali kerana menampar cucunya. Pertengkaran mulut berakhir dengan pergelutan. Mak Umi yang bimbang akan peristiwa tersebut bergegas ke rumah Ripin. Ripin datang sejurus selepas itu dan berjaya memulas tangan Siak. Mak Umi dan Ripin mahu mereka berdua berdamai, tetapi mereka tetap mahu bergaduh. Mak Umi segera meminta Ripin menghantarnya ke rumah anaknya, Berahim.

Page 8: Gelanggang tuk wali

BABAK 5 Piee datang ke rumah Tuk Wali dan mencuri keris

pusaka kepunyaan Tuk Wali. Perbuatan itu disedari oleh Tuk Wali menyebabkan berlakunya pergelutan. Dalam pergelutan tersebut, Piee terikam perut Tuk Wali, kemudian Piee melarikan diri. Ketika Tuk Wali mengerang kesakitan, Ripin datang. Ripin bersumpah mahu menuntut bela atas kematian Tuk Wali. Apabila Imam dan Siak muncul, mereka menuduh Ripin membunuh Tuk Wali sebaliknya Ripin menganggap Siak yang membunuh Tuk Wali.

Page 9: Gelanggang tuk wali

PEMIKIRAN DAN PERSOALAN Pemikiran – kegigihan seorang lelaki tua dalam memperjuangkan seni silat tradisional. Persoalan - sikap anak muda yang berminat memperjuangkan seni silat tradisional. - keprihatinan masyarakat untuk menegur rakan sebaya. - tutur kata tanpa dikawal boleh mencetuskan pergelutan.

Page 10: Gelanggang tuk wali

WATAK & PERWATAKAN

Tuk Wali

Ripin dan Mariam

Imam dan Siak

Mak Umi

Page 11: Gelanggang tuk wali

TuK WALI Seorang tua yang banyak mengabdikan hidupnya

dalam seni mempertahankan diri Mempunyai isteri bernama Mak Umi Bekerja sebagai pencari akar kayu untuk dibuat ubat-

ubatan, meracik, mengurut, mengubati penyakit yang tidak diterima oleh doktor.

Seorang yang mudah hilang sabar apabila dituduh yang bukan-bukan menyebabkan dia berkelahi dengan Siak

Dia mati dibunuh oleh cucu tirinya, Piee ketika menghalang Piee daripada mencuri keris pusaka

Page 12: Gelanggang tuk wali

MAK uMI Isteri Tuk Wali Bakas tunang Siak Ketika muda, seorang ahli silat yang hebat Sering menegur sikap suaminya yang berterusan

bersilat sedangkan usia sudah tua

Page 13: Gelanggang tuk wali

RIPIN DAN MARIAM Dua orang anak murid Tuk Wali yang berpotensi

dalam seni silat tradisional Diberi kepercayaan oleh Tuk Wali untuk meneruskan

melatih anak muda kampung, tetapi mereka menolak kerana menganggap belum layak

Page 14: Gelanggang tuk wali

IMAM DAN SIAK

Hampir sebaya dengan Tuk Wali Mereka menasihati Tuk Wali agar banyak

menghabiskan masa di masjid

Page 15: Gelanggang tuk wali

LATAR

Page 16: Gelanggang tuk wali

LATAR MASyARAKAT Masyarakat menghargai seni silat tradisional

Cthnya; Tuk Wali menghabiskan sebahagian daripada usianya dalam seni silat tradisional

Masyarakat kampung yang suka saling menasihatiCthnya; Imam dan Siak menasihati Tuk Wali agar lebih

banyak menghabiskan masa di masjid

Page 17: Gelanggang tuk wali

LATAR TEMPAT Di gelanggang silat

Cthya;Tuk Wali bersilat di gelanggang di depan rumahnya dan berkelahi dengan Siak di tempat tersebut

Di dalam rumahCthnya; Tuk Wali dan Mak Wali bertengkar di dalam

rumah itu dan di rumah itu juga Tuk Wali ditikam oleh cucu tirinya Piee

Page 18: Gelanggang tuk wali

LATAR MASA Pada waktu pagi

Cthnya; ketika Ripin datang ke rumah Tuk Wali untuk memberitahu tentang jemputan bersilat di rumah Haji Kodri.

Pada waktu petang Cthnya; Imam dan Siak datang ke rumah Tuk Wali untuk

menasihati Tuk Wali ( melalui isterinya ) agar meninggalkan seni mempertahankan diri disebabkan usinya telah tua

Pada waktu malam Cthya; ketika Tuk Wali mahu menyerahkan keris pusaka

kepada Ripin agar meneruskan usahanya melatih anak muda dalam seni mempertahankan diri

Page 19: Gelanggang tuk wali

NILAI MuRNI Keberanian

Cth; Tuk Wali berani berrhadapan dengan perompak dalam kejadian kecurian di kedai emas

Semangat bermasyarakat Cth; Tuk Wali menerima jemputan Haji Kodri untuk

menghadiri majlis perkhawinan anak kawannya itu. Kerajinan

Cth; Tuk Wali mengisi masa dengan aktiviti berfaedah seperti mengajar bersilat, pencari akar kayu ,meracik, mengurut dan mengubati penyakit yang tidak diterima oleh doktor

Patriotik Cth; Tuk Wali mengetuai orang kampung mengawal

kampung ketika Perang Dunia Kedua

Page 20: Gelanggang tuk wali

PEGAJARAN

PENGAJARAN

Page 21: Gelanggang tuk wali

SEKIAN, TERIMA KASIH