malaysia dewan rakyat aturan urusan … .pdf · gejala buli dalam kalangan pelajar. 26. pr -1352...

36
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 2 OGOS 2017, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 27 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1352-L01641 Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tahap keberangkalian Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 setelah mengambil kira unjuran BNM bahawa ekonomi negara akan kembali kukuh pada tahun ini dan unjuran IMF pula bahawa ekonomi dunia juga kembali mantap. 2. PR-1352-L02621 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan insiden penyakit berjangkit di Malaysia. Apakah strategi untuk mencegahnya. 3. PR-1352-L02247 Dato' Hajah Normala Binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah kriteria yang menyebabkan suatu projek perumahan dikategorikan sebagai projek terbengkalai dan berapakah jumlah projek dan jumlah dana yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian bagi menyiapkan projek-projek perumahan yang terbengkalai ini. 4. PR-1352-L02588 Ust. Dato' Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sebab-sebab tidak menambak Pantai Mengabang Telipot di Kuala Nerus dengan pasir sebaliknya menggunakan struktur lapis lindung batu (rock revetment) sehingga telah menyebabkan hakisan lebih teruk berlaku di pantai seterusnya di sebelah utara.

Upload: vuhanh

Post on 07-Feb-2018

305 views

Category:

Documents


28 download

TRANSCRIPT

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 2 OGOS 2017, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

27

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1352-L01641

Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tahap keberangkalian Malaysia mencapai status

negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 setelah mengambil kira unjuran BNM bahawa ekonomi negara akan kembali kukuh pada tahun ini dan unjuran IMF pula bahawa ekonomi dunia juga kembali mantap.

2. PR-1352-L02621

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

insiden penyakit berjangkit di Malaysia. Apakah strategi untuk mencegahnya.

3. PR-1352-L02247

Dato' Hajah Normala Binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah kriteria yang menyebabkan suatu projek perumahan dikategorikan sebagai projek terbengkalai dan berapakah jumlah projek dan jumlah dana yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian bagi menyiapkan projek-projek perumahan yang terbengkalai ini.

4. PR-1352-L02588

Ust. Dato' Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sebab-sebab

tidak menambak Pantai Mengabang Telipot di Kuala Nerus dengan pasir sebaliknya menggunakan struktur lapis lindung batu (rock revetment) sehingga telah menyebabkan hakisan lebih teruk berlaku di pantai seterusnya di sebelah utara.

2 AUM DR 2/8/2017

5. PR-1352-L01499

Datuk Jumat Bin Idris [ Sepanggar ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah status tahap keselamatan khususnya di kawasan berhampiran sempadan Filipina ekoran pergolakan di Bandar Marawi Filipina Selatan.

6. PR-1352-L01810

Dato' Abdullah Sani Bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah-langkah Kementerian sekiranya syarikat luar mengambil alih syarikat tempatan dan mereka tidak mahu mengambil pekerja tempatan.

7. PR-1352-L01630

Dato' Sri Hasan Bin Malek [ Kuala Pilah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah pelaksanaan "pin & pay" membantu urusan pembayaran dalam kalangan rakyat Malaysia dan bagaimanakah Kerajaan menangani masalah menggunakan kata laluan dalam kalangan orang kurang upaya penglihatan dan warga emas.

8. PR-1352-L02600

Puan Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah ditutup di seluruh negara dan penyelesaiannya serta kesan jangka pendek dan jangka panjang .

9. PR-1352-L01792

Dato' Sri Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah keberkesanan program #YouCanDuit dalam kadar pengambilan, jumlah kerja yang berjaya dijana dan jumlah transaksi pendapatan yang telah terkumpul sejak program ini dilaksanakan.

10. PR-1352-L02435

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan usaha bagi memperbaiki laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan KL-Klang terutama bersebelahan kawasan Petaling Jaya akibat permasalahan yang berpunca daripada banjir di terowong laluan motosikal dan sering berlaku kes rompakan di laluan gelap.

AUM DR 2/8/2017 3

11. PR-1352-L01996

Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan apakah perancangan terbaru KSM dalam usaha untuk memperbanyakkan pusat-pusat kerjaya (one-stop centre) untuk golongan muda terutamanya dikawasan luar bandar untuk mencari pekerjaan.

12. PR-1352-L01599

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan pelaburan, perdagangan dan industri dua hala antara Malaysia dan China dan apakah hasil dan faedah yang negara peroleh dari kerjasama ini.

13. PR-1352-L01682

Dato' Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah

matlamat Dasar Baharu Luar Bandar yang akan dibentangkan Ogos ini dan apakah kesan kepada rakyat luar bandar.

14. PR-1352-L01985

Tuan Gooi Hsiao Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jaminan bahawa Kementeriannya akan memberi kelulusan kepada permohonan sekolah SMJK Sin Min Sungai Petani untuk membina sekolah SMJK Sin Min (2) tanpa sebarang kelewatan lagi kerana penderma tanah untuk tapak sekolah kedua telah mengenakan syarat bahawa sekolah tersebut mesti dibina dalam tempoh 2 tahun dari April 2017.

15. PR-1352-L01708

Datuk Dr. Ewon Bin Ebin [ Ranau ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sama ada pihak Kerajaan berhasrat

untuk menaiktaraf jalan raya kampung Miruru dan kampung Mangkadait Ranau, Sabah .

16. PR-1352-L02190

Datuk Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tempoh masa bagi pelaksanaan pengecualian Dasar Kabotaj (Cabotage Policy) untuk Sabah dan Sarawak.

17. PR-1352-L02045

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pendirian berkenaan Bitcoin sebagai mata wang.

4 AUM DR 2/8/2017

18. PR-1352-L01850

Tuan Che Mohamad Zulkifly Bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kementerian berhasrat untuk mengguna pakai teknologi seperti "cyber knife" yang dikatakan mampu membunuh sel kanser secara bersasar.

19. PR-1352-L02076

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan jumlah pelajar di setiap IPTA dan politeknik mengikut kaum. Berapakah bilangan gerai makanan Islam dan bukan Islam di setiap institusi tersebut.

20. PR-1352-L02384

Datuk Mohd Idris Bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kedudukan mutakhir industri

kelapa negara daripada segi keluasan hektar, jumlah keluarga tani yang bergantung kepadanya dan nilai ringgit yang disumbangkan kepada ekonomi negara. Apakah cabaran-cabaran utama yang perlu ditangani untuk menjadikan industri kelapa keempat terbesar selepas sawit, getah dan padi.

21. PR-1352-L01423

Dato' Haji Mohd Fasiah Bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan setakat manakah Program Kejiranan Indah telah

dilaksanakan di kawasan kediaman dan perumahan serta langkah Kerajaan bagi memantau aktiviti negatif di kawasan kediaman berisiko tinggi terutama Projek Perumahan Rakyat (PPR).

22. PR-1352-L02661

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada sekolah agama di negara ini termasuk dalam bidang kuasa Kementerian Pendidikan dan sama ada dasar-dasar pendidikan Kerajaan juga terpakai kepada sekolah-sekolah tersebut agar mengelakkan kejadian-kejadian seperti yang menimpa seorang pelajar sekolah tahfiz, Mohd Thaqif Amin baru-baru ini. Sekiranya tidak, nyatakan sebabnya .

23. PR-1352-L01880

Dato' Haji Mohd Zaim Bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian berhasrat untuk menubuhkan jawatankuasa khas untuk memantau penggunaan Bahasa Melayu bagi memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu di setiap Kementerian serta agensi-agensi Kerajaan.

AUM DR 2/8/2017 5

24. PR-1352-L02227

Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan adakah rakyat Malaysia telah menerima baik GST, nyatakan sebab dan keputusan kaji selidik Kerajaan.

25. PR-1352-L02160

Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan statistik terkini (2013 - kini) kes buli mengikut

tahap persekolahan, jantina dan keturunan, dan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian (selain daripada kaunseling) dalam membanteras gejala buli dalam kalangan pelajar.

26. PR-1352-L01951

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-

(a) jumlah peruntukan yang diluluskan untuk membina Balai Bomba baru di Sibu Jaya dan bilakah ia akan dibina; dan

(b) sama ada Kementerian akan menambahbaikkan jentera dan peralatan di Balai Bomba Sibu.

27. PR-1352-L02416

Dato' Ir. Nawawi Bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan perkongsian dan penyebaran maklumat geospatial daripada pelbagai agensi sedang dilaksanakan bagi mengelakkan pertindihan dan pembaziran dalam usaha pengutipan dan penyenggaraan maklumat geospatial. Sejauh manakah perkongsian maklumat geospatial membantu Kementerian dalam usaha perbelanjaan secara berhemah dan sekali gus dapat menjimatkan wang negara.

28. PR-1352-L02277

Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timur ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah-langkah dan usaha yang telah diambil untuk membendung kegiatan 'Money Game' secara online dan Skim Cepat Kaya di Malaysia. Nyatakan jumlah kes dakwaan yang telah dan sedang dijalankan terhadap individu-individu yang terbabit.

29. PR-1352-L01449

Dato' Seri Haji Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah [ Tambun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha Kerajaan dalam mewujudkan negara Malaysia berbilang kaum yang bersatu padu dan bekerjasama antara satu sama lain serta tiada jurang perkauman 'racist'.

6 AUM DR 2/8/2017

30. PR-1352-L01860

Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan :-

(a) langkah-langkah yang akan diambil dengan segera oleh Kerajaan untuk membanteras gejala buli; dan

(b) bilakah Kerajaan akan membentangkan undang-undang baru berkaitan isu ini.

31. PR-1352-L01650

Datuk Hajah Norah Binti Abd. Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sama ada terdapat perancangan Kerajaan untuk melibatkan golongan belia luar bandar terutama belia di kawasan Parlimen Tanjung Manis ke dalam inisiatif Transformasi Nasional 2050 (TN50) melalui "road show" agar mereka tidak ketinggalan untuk memberikan sumbangan kepada TN50.

32. PR-1352-L02223

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan kenapa tiada sebarang langkah diambil untuk memperbaiki kedudukan Malaysia dalam Government Defense Anti-Corruption Index oleh Transparency International yang mengkategorikan Malaysia sebagai berisiko tinggi rasuah dalam hal pertahanan dan keselamatan..

33. PR-1352-L01523

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa [ Ketereh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan terkini berhubung

penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing dialami Bank Negara Malaysia antara tahun 1980-an dan 1990-an.

34. PR-1352-L01511

Dato' Mansor Bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perincikan kes-kes buli di kalangan pelajar-pelajar sekolah semenjak tahun 2010 sehingga kini dan jelaskan perancangan Kementerian bagi tangani gejala buli di kalangan pelajar-pelajar sekolah.

AUM DR 2/8/2017 7

35. PR-1352-L01547

Dato' Dr. Noraini Binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pendirian Kerajaan terhadap cadangan untuk meletakkan syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) di bawah Jawatankuasa Pengawasan Parlimen di dalam usaha Kerajaan untuk meningkatkan amalan ketelusan (transparency) di Malaysia.

36. PR-1352-L02711

Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan projek PR1MA yang akan dibina di Sibu dan nyatakan jumlah unit akan dibina, harga dan lokasinya. Siapakah pemaju projek itu. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan supaya rumah yang dibina ini bermutu tinggi.

37. PR-1352-L01756

Dato' Abd Aziz Bin Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah rancangan

Kerajaan yang dilihat masih gagal dalam usaha membendung jenayah dadah dalam negara yang dilaporkan semakin meningkat pada tahun 2016 iaitu 30,844 orang berbanding tahun sebelumnya dan apakah pelan Kerajaan dalam melibatkan kerjasama masyarakat awam bagi membantu pihak berkuasa dalam menangani isu dadah seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara bebas dadah.

38. PR-1352-L01672

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) kedudukan siasatan kes penipuan Laporan Polis No. Repot TG MINYAK /006757/16 Melaka dan berapa orang telah disyaki terlibat dalam kes ini dan berikan nama dan latar belakang mereka; dan

(b) berapa tangkapan telah dibuat dan bilakah kes ini akan dibawa ke mahkamah.

39. PR-1352-L01698

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah masalah dan perbalahan utama yang dihadapi oleh parapengusaha teksi dengan para pengusaha Uber / Grabcar di negara ini ; dan

8 AUM DR 2/8/2017

(b) apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak Kementerian serta jalan penyelesaian bagi mengatasi kemelut ini yang boleh dilihat sebagai "usaha menang-menang" .

40. PR-1352-L02747

Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah permit kerja dikeluarkan untuk warga Korea Utara mengikut jantina dan negeri di mana mereka bekerja. Warganegara mana yang dilarang bekerja di Malaysia dan alasannya.

41. PR-1352-L02245

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan

status terkini mengenai permohonan kewarganegaraan subjek-subjek berikut iaitu Chong Pei Ni, Chong Zhen Ni dan Chong Zhi An di bawah nombor rujukan JPN.WN:163/1/790/3/1 klt.97(56).

42. PR-1352-L01827

Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan mekanisme yang dilakukan pihak Kementerian dalam mengawal industri Francais dalam negara agar tidak menjejaskan perniagaan usahawan tempatan atau Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

43. PR-1352-L02632

Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah pindaan kepada Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang memberikan kuasa kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman selain daripada hukuman gantung mandatori serta nyatakan bilangan warganegara Malaysia yang masih menjalani hukuman gantung di negara lain dan di Malaysia dan jenis sabitan kesalahan mereka.

44. PR-1352-L02690

Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada 1MDB telah menerima deposit RM786 juta daripada konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH) untuk membeli Bandar Malaysia dan apakah kegunaan wang tersebut. Adakah 1MDB atau Kementerian Kewangan yang membayar balik deposit tersebut selepas perjanjian pembelian dibatalkan.

AUM DR 2/8/2017 9

45. PR-1352-L01609

Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah jalan akses dari Nanga Mujong ke Empangan Baleh (Jalan SCORE) siap sepenuhnya.

46. PR-1352-L02219

Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) tarikh dan jumlah peruntukan tahun 2016 untuk SJKC dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) disalurkan mengikut negeri; dan

(b) jumlah peruntukan tahun 2017 untuk SJKC dan SMJK, dan setakat ini berapa peruntukan telah disampaikan.

47. PR-1352-L01574

Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi [ Sungai Besar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah keberkesanan program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) dan Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNita) dan berapakah jumlah usahawan wanita yang telah berjaya dilahirkan menerusi program ini.

48. PR-1352-L02063

Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan :-

(a) apakah usaha pihak polis untuk menangani kes-kes rompak di Seremban dan Nilai yang semakin meningkat; dan

(b) statistik Jenayah di Seremban dan Nilai sejak tahun 2013 - 2017 berdasarkan jenis jenayah.

49. PR-1352-L02207

Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan setiap pejabat pelancongan dalam atau di luar

Malaysia yang telah ditutup dan kos yang telah dijimatkan daripadanya serta impak-impak positif dan negatif terhadap usaha-usaha promosi pelancongan negara kita.

10 AUM DR 2/8/2017

50. PR-1352-L02714

Datuk Haji Shabudin Bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah pelan tindakan Kerajaan dalam menangani masalah penarikan diri Amerika Syarikat daripada menyertai Perjanjian Iklim Paris 2015 serta apakah kesan kepada ekologi negara khususnya isu pemanasan global dan peningkatan paras air laut sekiranya perjanjian ini gagal.

51. PR-1352-L01538

Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah "Top 10" aspirasi yang telah disampaikan hasil daripada pelbagai siri TN50 yang telah diadakan dan bagaimanakah Kementerian akan memastikan "aspirasi 10 tertinggi" ini dapat diterapkan dalam rancangan pembangunan negara.

52. PR-1352-L01459

Datuk Abd Rahim Bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilakah Kerajaan bercadang untuk membina loji rawatan air yang baru di Daerah Pitas memandangkan loji sedia ada sering rosak dan tidak mampu menampung keperluan semasa air penduduk Daerah Pitas.

53. PR-1352-L02119

Dr. Mansor Bin Abdul Rahman [ Sik ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah sebab pegawai perubatan kontrak diberi kelonggaran syarat lulus Bahasa Malaysia, memandangkan polisi baru yang diluluskan oleh JPA akan melemahkan Bahasa Melayu dan secara tidak langsung juga mengurangkan keyakinan terhadap kepentingan bahasa kebangsaan ini.

54. PR-1352-L02043

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta PERDANA MENTERI menyatakan

kerugian yang diiktiraf oleh Koperasi Permodalan FELDA akibat pelaburan dalam saham Felda Global Ventures.

55. PR-1352-L02521

Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk menghalang pemindahan pengundi ke lot rumah yang tidak wujud dan apakah alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyekat pembekalan cakera padat RDPT kepada parti politik.

AUM DR 2/8/2017 11

56. PR-1352-L02148

Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan dengan terperinci jumlah peruntukan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan ke Parlimen Penampang untuk tujuan perlaksanaan projek-projek kecil (tidak termasuk Lebuh Raya Pan Borneo dan Pelan Mitigasi Sungai Moyog) daripada tempoh Jun 2008 hingga ke Mei 2013 dan Jun 2013 hingga hari ini.

57. PR-1352-L01687

Dato' Dr. Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah perancangan Kementerian dalam menambah kapasiti pusat tahanan imigresen sedia ada yang memuatkan sebanyak 36,300 pesalah imigresen berbanding 1.1 juta pendatang asing tanpa izin yang gagal mendapatkan Enforcement Card (E-Kad) bagi mengelakkan depot tahanan mengalami kesesakan teruk.

58. PR-1352-L02154

Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dengan terperinci lima (5) projek utama yang telah dilaksanakan (sama ada siap ataupun tidak) oleh Kerajaan Persekutuan di Daerah Penampang antara tempoh Jun 2008 hingga ke Mei 2013 dan Jun 2013 hingga ke hari ini.

59. PR-1352-L02618

Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh

Kementerian dalam pengawalan dan penguatkuasaan terhadap caj-caj yang dikenakan di dalam industri berasaskan perkhidmatan.

60. PR-1352-L01412

Dato' Wira Othman Bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menggalakkan pemaju untuk menanam pokok di bangunan tinggi seperti di Negara China.

12 AUM DR 2/8/2017

61. PR-1352-L02372

Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap kejadian yang melibatkan sebuah kapal terbang komersial A380 dengan sebuah jet peribadi Challenger 604 di Oman pada 7 Januari 2017. Di dalam kejadian tersebut, jet Challenger 604 hilang kawalan dan hampir musnah akibat daripada "wake turbulence" yang terjana daripada A380. Perkara ini berlaku walaupun kedua-dua kapal terbang tersebut terbang mengikuti piawaian antarabangsa dalam mengekalkan 'minimum separation distance', iaitu ketinggian satu ribu kaki.

62. PR-1352-L01814

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) berapakah jumlah bayi yang telah dilahirkan dengan kecacatan kronik dari tahun 2000 hingga 2017 dan nyatakan dengan terperinci dengan mengasingkan kategori-kategori kecacatan yang terdapat di hospital-hospital Kerajaan di negara ini; dan

(b) apakah jenis kes kecuaian perubatan yang telah difailkan terhadap Kementerian Kesihatan bagi tahun 2000 hingga 2017.

63. PR-1352-L01564

Puan Zuraida Binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan kesan atau pengaruh terhadap sektor pelancongan di Malaysia sehubungan dengan pemutusan hubungan diplomatik negara Arab dengan negara Qatar yang menyebabkan pembatalan penerbangan Qatar Airways. Adakah masalah ini menjejaskan kedatangan pelancong Arab ke Malaysia.

64. PR-1352-L01721

Dato' Ahmad Fauzi Bin Zahari [ Setiawangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasional Kerajaan menetapkan tempoh 15 tahun ini sebagai tanda aras untuk menyerap jawatan tetap bagi kakitangan kontrak kerajaan dan adakah kerajaan bercadang untuk mengurangkan tempoh penyerapan tetap automatik ini hanya kepada tempoh yang lebih rendah lagi.

65. PR-1352-L01642

Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah [ Jasin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha-usaha berkesan untuk menangani masalah 'kembar siam' yang kini menghimpit rakyat iaitu kenaikan kos sara hidup dan pengangguran.

AUM DR 2/8/2017 13

66. PR-1352-L02564

Dr. Izani Bin Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status projek menaik taraf infrastruktur Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang telah diumumkan peruntukannya dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11.

67. PR-1352-L01581

Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan senarai projek-projek pelabuhan yang sedang dirancang dan sedang dijalankan dengan penglibatan syarikat pelabur China, nilai projek yang terbabit, serta syarat-syarat yang ditetapkan terhadap pelabur China tersebut .

68. PR-1352-L02497

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah status Kementerian dalam menambah

dan menaik taraf jentera bomba baru yang dilengkapi kemudahan dan peralatan moden termasuk tangga yang mampu melakukan kerja menyelamat di kawasan tinggi di Balai Bomba Bintulu.

69. PR-1352-L01916

Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah kerajaan merombak semula kriteria minima terhadap perhotelan di Malaysia bagi menentukan kedudukan dan penarafan bintang yang lebih ketat dan juga bagi penentuan yang lebih baik ketika mengenakan cukai berdasarkan kepada bintang.

70. PR-1352-L02721

Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian menyedari bahawa klinik-klinik pergigian swasta lazimnya mengamalkan pengambilan doktor gigi sambilan ataupun 'Dental locum' tanpa sebarang kontrak bertulis formal yang menjadikan mereka terdedah kepada eksploitasi dan apakah telah dilakukan untuk membendung isu ini.

71. PR-1352-L01903

Tuan Anuar Bin Abd Manap [ Sekijang ] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan apakah inisiatif yang diambil pihak Kementerian menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) melibatkan agensi Kerajaan berkaitan dalam mengatasi masalah penglibatan pelajar sekolah dalam aktiviti kongsi gelap yang secara tidak langsung menyebabkan jenayah buli terus menular di peringkat sekolah.

14 AUM DR 2/8/2017

72. PR-1352-L02551

Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah sukarelawan Program Khidmat Bantu di Rumah (Home Help) di negeri Sarawak dan apakah langkah Kementerian untuk membolehkan lebih ramai sukarelawan dari Sarawak menjalani kursus penjagaan orang tua dan khidmat bantu dirumah.

73. PR-1352-L02644

Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah penyelesaian terhadap sebilangan rakyat yang biasa menerima BR1M sebelum ini tetapi telah dinafikan haknya pada tahun 2017.

74. PR-1352-L01453

Datuk Sapawi Bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh mana keberhasilan pelan penstrukturan

Malaysia Airlines (MAS) sejak dimulakan pada 2014 untuk tempoh lima tahun, selepas diberi suntikan dana RM6 bilion. Apakah ia diyakini mampu memulihkan keyakinan dan memperoleh keuntungan.

75. PR-1352-L02532

Tuan Ahmad Baihaki Bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci berkaitan prestasi kutipan GST untuk tahun ini dan adakah Kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar cukainya daripada 6% serta meluaskan cukai ini kepada barang-barang lain yang belum dikenakan.

76. PR-1352-L01740

Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian melaksanakan pemantauan dan

penguatkuasaan secara berkala agar aktiviti perjudian atas talian dan juga kedai mesin judi ini dapat dibanteras terutama di Daerah Jerantut.

77. PR-1352-L02582

Tuan Haji Nasrudin Bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah Kementerian telah melengkapkan post-mortem mengenai kejatuhan prestasi keputusan UPSR 2016 berikutan perlaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam silibus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

AUM DR 2/8/2017 15

78. PR-1352-L01440

Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan keperluan membina ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) yang baharu sama ada di Putrajaya atau Cyberjaya memandangkan ibu pejabat sedia ada tidak lagi sesuai akibat pembangunan setempat yang pesat di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur..

79. PR-1352-L02681

Dato' Sri Hasan Arifin [ Rompin ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

menyatakan terdapat banyak kolej-kolej swasta yang ditubuhkan yang menganjurkan kursus-kursus yang tidak penting dan sekadar untuk mendapat keuntungan sahaja. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengawal dan mengurangkan kelulusan kolej-kolej swasta ini.

80. PR-1352-L01479

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Bin Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) adakah Kementerian sedar dan memberi kelulusan untuk Air Asia meminta pembayaran (excess baggage) sebanyak RM200.00 sewaktu penumpang sudah berada didalam kapal terbang; dan

(b) jika sedar mengapa Air Asia diberi kelulusan dan jika tidak mengapa Air Asia membuat keputusan sesuka hati mereka.

81. PR-1352-L02086

Dato' Takiyuddin Bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan perancangan strategik Kerajaan untuk membimbing golongan belia dari Generasi Y dan millennium terutama dalam bidang kreatif dan inovasi bagi menghadapi masa depan ekonomi yang semakin mencabar.

82. PR-1352-L02321

Tuan Khalid Bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tujuan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkenaan Kes Forex 1992-1994 dan Term of Referrence RCI tersebut .

83. PR-1352-L01663

Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan berikutan kejadian

rompakan Duta Besar Malaysia ke Chile.

16 AUM DR 2/8/2017

84. PR-1352-L02555

Tuan Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian melaksanakan Analisis Kos Manfaat terhadap perlaksanaan AES bagi mengurangi kecelakaan jalan raya.

85. PR-1352-L01787

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran Bin Abdul Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bantuan untuk mengatasi masalah serangan lalat di Daerah Manjung, Parlimen Lumut.

86. PR-1352-L02306

Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI PENDIDIKAN

menyatakan apakah kelayakan untuk memohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi pemegang-pemegang Unified Examination Certificate (PISMP-UEC).

87. PR-1352-L02191

Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan isu-isu nelayan dan pesawah padi yang masih belum dapat diselesaikan oleh Kerajaan.

88. PR-1352-L01984

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan punca-punca terhempasnya pesawat terbang Hawk dari tahun 1995 hingga 2017, dan apakah langkah-langkah mengatasinya.

89. PR-1352-L02096

Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan

apakah perancangan kerajaan mengatasi masalah kemiskinan di kalangan komuniti nelayan-nelayan di Malaysia hari ini..

90. PR-1352-L02252

Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

menyatakan pendirian dan pelan tindakan terperinci Kerajaan Persekutuan untuk menghadapi isu dan realiti perdagangan dan pelaburan antarabangsa abad ke-21 bagi Malaysia terutama dalam konteks rantau Asia-Pasifik berikutan penarikan diri Amerika Syarikat dari TPPA.

AUM DR 2/8/2017 17

91. PR-1352-L02052

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan status pemindahan Batu Sumpah dan bagaimana peruntukan RM1.025 juta untuk projek pemindahan Batu Sumpah ini digunakan.

92. PR-1352-L01920

Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah-langkah serta tindakan yang telah

diambil oleh Kerajaan bagi melaksanakan pelan strategik mengenai pengurusan pembaziran makanan (food waste management) yang diumumkan pada tahun 2014 .

93. PR-1352-L01932

Dr. Azman Bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pendirian Malaysia terhadap sekatan beberapa buah negara Arab ke atas Qatar. Mengapakah Malaysia tidak memainkan peranan secara aktif mencari penyelesaian melalui OIC .

94. PR-1352-L02539

Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapa peruntukan perbelanjaan bekalan dan

perbelanjaan pembangunan diperuntukkan untuk Kementerian Pendidikan dalam tahun 2015, 2016 dan juga 2017 adalah untuk dibelanjakan di Negeri Sarawak. Apakah peratusan peruntukan tersebut terdiri daripada peruntukan keseluruhan Kementerian Pendidikan.

95. PR-1352-L02366

Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah Kementerian bagi mengurangkan jurang

gaji lelaki dan perempuan seperti dalam Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh 2016.

96. PR-1352-L01964

Tuan Sivarasa A/L K. Rasiah [ Subang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengapa kementerian masih tidak membentang pindaan kepada undang-undang imigresen yang akan membolehkan kanak-kanak di pusat tahanan imigresen diserahkan kepada pusat-pusat jagaan untuk kanak-kanak demi kesejahteraan mereka.

18 AUM DR 2/8/2017

97. PR-1352-L02112

Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan

'speaker fees' yang dibayarkan kepada Usain Bolt, David Coulthard dan Richard Branson untuk berucap di 'Global Transformation Forum' 2017.

98. PR-1352-L02025

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) kadar pengangguran terkini mengikut pecahan negeri, umur dan kelulusan (Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf, lulusan diploma, dan lulusan ijazah pertama); dan

(b) apakah pelan jangka panjang mengurangkan pengangguran belia berumur 25 tahun hingga 29 tahun, khususnya yang berkelulusan diploma dan ijazah.

99. PR-1352-L01864

Dato' Dr. Nik Mazian Bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kedudukan dan

kejayaan pengezonan (zoning) dalam lima tahun 2011 ke 2016, iaitu sebagai pendekatan pembangunan pertanian berasaskan produk, pembangunan secara sektoral melalui pengezonan kawasan pengeluaran pertanian yang telah dilaksanakan. Bagaimana perkembangan dan kejayaan pengezonan ini kepada pertanian di negeri Kelantan, khususnya di Parlimen Pasir Puteh.

100. PR-1352-L01729

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai semua pemegang hutang syarikat FGV

khususnya agensi Kerajaan memandangkan FGV mengalami kerugian teruk sejak pasaran umum di Bursa Malaysia.

101. PR-1352-L02765

Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapakah stesen minyak yang telah memberhentikan operasi mereka serta lokasinya (sekiranya ada) sejak sistem harga petrol mingguan dilaksanakan.

AUM DR 2/8/2017 19

102. PR-1352-L(5)00005

Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin [ Pagoh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan dari sumber manakah 1MDB akan memperolehi dana untuk membayar USD1.2 bilion kepada IPIC sebagai penyelesaian hutangnya kepada syarikat itu sebelum akhir tahun ini. Adakah Perdana Menteri boleh memberi jaminan bahawa dana Kerajaan tidak akan digunakan untuk membayar hutang 1MDB kepada IPIC.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

AUM DR 2/8/2017 20

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. ( D.R.18/2017 ) Rang Undang-undang Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2017 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”(1 Ogos, 2017)

[ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan ]

2. ( D.R.19/2017 ) Rang Undang-undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2017 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan ]

Bacaan Kali Yang Kedua

3. ( D.R.25/2017 ) Rang Undang-Undang Bantuan Guaman (Pindaan) 2017 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

4. ( D.R.26/2017 ) Rang Undang-undang Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2017 [ Menteri Kewangan ]

5. ( D.R.27/2017 ) Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan 2017 [ Menteri Sumber Manusia ]

6. ( D.R.20/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Pindaan) 2017 [ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

7. ( D.R.23/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pindaan) 2017 [ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

21 AUM DR 2/8/2017

8. ( D.R.21/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pindaan) 2017 [ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

Bacaan Kali Yang Kedua

9. ( D.R.22/2017 ) Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Pindaan) 2017 [ Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah ]

10. 7. ( D.R.13/2017 ) Rang Undang-Undang Agensi Kawalan

Sempadan Malaysia 2017 [ Menteri Dalam Negeri ]

11. ( D.R.17/2017 ) Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 [ Menteri Dalam Negeri ]

12. . ( D.R.20/2016 ) Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

13. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 11(1) dan subseksyen 11(2), Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan majlis ini sebagai kertas statut, bilangan ST.43/2017, ST.44/2017, ST.48/2017, ST.49/2017, ST.50/2017 dan ST. 51/2017 disahkan."

14. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 6(1), Akta Eksais 1976 supaya Perintah Duti Eksais yang dibentangkan di hadapan majlis ini sebagai kertas statut, bilangan ST.45/2017, ST.46/2017 dan ST.47/2017 disahkan."

AUM DR 2/8/2017 22

15. Menteri Kewangan akan mencadangkan :- "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 17(5) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 supaya Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bilangan ST.42/2017 disahkan."

16. PR-1352-U(27)038 Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang [ Marang ] akan mencadangkan :- "Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1) kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Marang untuk mencadangkan suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 seperti berikut: Pindaan Seksyen 2

Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [ Akta 355 ] dipinda dalam proviso kepada seksyen 2 dengan menggantikan perkataan "penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali" dengan perkataan "penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah Syariah."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

17. PR-1352-U(27)039

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan akan mencadangkan supaya Kerajaan mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun negara telah menjadi negara merdeka dan berdaulat sejak 60 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan antara satu sama lain dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi negara secara bersama dan merealisasikan Impian Malaysia." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

23 AUM DR 2/8/2017

18. PR-1352-U(27)040

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan akan mencadangkan supaya Kerajaan memulihkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan seluruh negara supaya urus tadbir Kerajaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat."

[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

19. PR-1352-U(27)041

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memberikan semua rakyatnya kebebasan beragama. Dan mengambil maklum juga bahawa Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjamin kesamarataan hak untuk warganya bagi menjalani kehidupan harian mereka. Dan mengambil maklum juga bahawa, Malaysia sebagai negara peneraju gerakan kesederhanaan global dibawah pimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia, telah berjaya memahat nama di persada antarabangsa dimana Malaysia menjadi model penerimaan kepelbagaian agama dan kaum sebagai sumber kekuatannya. Dan mengambil maklum juga bahawa, konsep penerimaan kepelbagaian agama dan bangsa melalui Gagasan 1Malaysia adalah model yang terbaik dalam mewujudkan keharmonian, kemakmuran dan perpaduan kaum dan agama di negara ini. Dan mengambil maklum juga bahawa, sejak akhir-akhir ini, perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum dan agama semakin terhakis memandangkan terdapat segelintir rakyat yang tidak lagi peka kepada kepentingan untuk mengekalkan perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum dan agama semata-mata untuk kepentingan politik atau kepentingan individu mereka. Dan mengambil maklum juga bahawa, insiden-insiden yang boleh menyebabkan keruntuhan perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum dan agama di negara ini kian menular dan yang terkini adalah dimana Azril Mohd Amin telah dengan lantang menggesa Kerajaan untuk mengharamkan "Christian Evangelicalism" dengan tanpa mengambil kira apa yang termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Malaysia. Maka, bagi menangani perkara-perkara yang boleh menggangu-gugat perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum dan agama yang negara ini kecapi oleh negara sekian lama, maka Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, pihak Kerajaan hendaklah dengan segera mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang bertanggungjawab agar tidak menjadi teladan di masa akan datang demi untuk kepentingan negara."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

AUM DR 2/8/2017 24

20. PR-1352-U(27)042 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid dan graduan dinegara ini adalah pada tahap yang amat minima dan keadaan ini telah menjadikan sumber tenaga manusia negara ini kurang berdaya saing di luar negara. Dan mengambil maklum juga bahawa, kebanyakan bahan-bahan rujukan untuk pengajian yang terdapat diatas talian dan buku-buku rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris. Mengambil maklum juga bahawa oleh kerana tidak dapat bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik, sumber tenaga manusia dan para graduan dari negara Malaysia tidak berpeluang untuk berkerja dan bersaing di peringkat global.

Dan mengambil maklum juga bahawa sumber tenaga manusia daripada negara-negara yang membenarkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam sistem pembelajaran mereka, misalnya negara Filipina, adalah lebih mendapat pasaran tenaga kerja di peringkat antarabangsa. Mengambil maklum juga bahawa Sekolah Menengah La Salle Tanjung Aru Sabah telah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sejak penubuhannya pada tahun 1903 sehinggahlah dimansuhkan pada lewat tahun 1970an. Maka, bagi menangani masalah ini, Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan haruslah dengan segera meluluskan penubuhan sekolah menengah aliran Bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya satu sekolah menengah disetiap kawasan Parlimen sebagai permulaan dan bagi kawasan Parlimen P.173 Putatan, Sekolah Menengah La Salle Tanjung Aru sebagai perintis."

[ Menteri Pendidikan ]

21. PR-1352-U(27)043

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, masalah setinggan dibandar adalah masalah yang saban hari saban meningkat kerana migrasi dari luar bandar ke bandar, terutama sekali untuk tujuan mencari pekerjaan. Dewan ini hendaklah juga mengambil maklum bahawa migran ekonomi yang berpindah daripada luar bandar ke bandar ini adalah dari golongan yang kurang berkemampuan / berpendapatan rendah dan mereka tidak mampu untuk membeli atau memiliki rumah-rumah yang dibina oleh pihak pemaju atau prima yang ada pada ketika ini, dimana kebanyakkan mereka ini hanya mampu untuk membayar kadar sewaan dibawah RM350.00 sebulan. Dan mengambil maklum juga bahawa, matlamat Kerajaan mensasarkan sifar setinggan terutama sekali dikawasan bandar adalah agak sukar untuk dicapai selagi masalah perumahan bagi migran yang dimaksudkan diatas tidak ditangani secara tuntas, Dan mengambil maklum juga bahawa, Program Perumahan Pakyat (PPR) yang dahulunya untuk sewaan tanpa had masa dilihat sebagai satu langkah alternatif bagi mengatasi masalah setinggan

25 AUM DR 2/8/2017

dibandar dan sekaligus memberikan kumpulan sasar untuk menduduki rumah yang agak selesa. Tetapi malangnya, status PPR tersebut telah dipinda kepada status rumah transit untuk pendudukan untuk tempoh tidak melebihi lima (5) tahun. Dan mengambil maklum juga bahawa Program Perumahan Pakyat atau PPR yang ada sekarang ini merupakan sumber alternatif bagi mengatasi masalah setinggan dibandar dimana rumah-rumah PPR ini diubah syarat daripada sewaan kepada sewa beli bagi membolehkan mereka yang dimaksudkan diatas untuk akhirnya memiliki rumah mereka sendiri. Maka, bagi menangani masalah setinggan bandar dan kekurangan perumahan untuk golongan kurang mampu, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan hendaklah meminda syarat pendudukan rumah PPR diseluruh negara daripada syarat sewaan bulanan kepada syarat sewa-beli." [ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

22. PR-1352-U(27)044

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Chinese Independent School di Malaysia menjalankan taksiran peperiksaan persekolahan mereka melalui sijil yang dikenali sebagai Unified Examination Certificate (UEC) yang mana dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Unified Examination Certificate -Junior Middle (UEC-JM), Unified Examination Certificate Vocational (UEC-V) dan Unified Examination Certificate Senior Middle (UEC-SML). Dan mengambil maklum juga bahawa, persijilan UEC telah pun diguna pakai dalam persekolahan oleh United Chinese School Committees Association Of Malaysia sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1975. Dan mengambil maklum juga bahawa sijil UEC yang diperkenalkan oleh UCSCAM ini telah diikiraf oleh universiti diserata negara seperti di United Kingdom, United States of America, Taiwan, Hong Kong, China, Australia, Canada, Singapore dan lain-lain negara. Dan mengambil maklum juga bahawa malangnya, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia atau secara khususnya, Lembaga Akreditasi Negara tidak mengiktiraf sijil UEC ini terutama sekali bagi kemasukkan ke universiti awam Malaysia, walaupun National University Of Singapore yang berkedudukan tempat keempat universiti terbaik di dunia mengiktiraf sijil UEC ini. Dan mengambil maklum juga bahawa dengan ketiadaan pengiktirafan yang dimaksudkan diatas, negara Malaysia secara tidak langsung mengalami kerugian yang besar dimana pemegang sijil UEC ini terpaksa meneruskan pendidikan tinggi mereka di luar negara dimana aliran wang keluar daripada negara ini dan juga kecenderungan lepasan sijil UEC ini untuk terus berkerja di luar negara adalah tinggi, di mana dalam hal ini negara Malaysia akan kerugian "aliran keluar" tenaga mahir ke luar negara. Maka, bagi menangani masalah ini, dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan haruslah dengan segera mengiktiraf Sijil Unified Examination Certificate bagi manfaat negara."

[ Menteri Pendidikan ]

AUM DR 2/8/2017 26

23. PR-1352-U(27)045

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kesan pemanasan global dan perubahan cuaca kini menjadi topik perbualan harian diseluruh pelusuk dunia dimana ianya bukan lagi satu fenomena tetapi telah menjadi realiti yang mana setiap warga dunia mempunyai tanggungjawab untuk sama-sama melaksanakan langkah-langkah mitigasi bagi mengurangkan impaknya keatas kehidupan manusia. Dan mengambil maklum juga bahawa salah satu penyebab utama kedua-dua masalah diatas adalah akibat daripada kesan penebangan pokok-pokok disebabkan aktiviti ekonomi seperti pembukaan ladang dan sebagainya. Dan mengambil maklum juga bahawa pihak berkuasa tempatan berperanan untuk mengambil bahagian dalam usaha untuk langkah mitigasi bagi mengatasi kedua-dua masalah diatas walaupun dalam bentuk kecil, dengan menanam lebih banyak pokok-pokok diseluruh kawasan seliaan mereka. Maka, bagi menangani masalah ini, Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan Malaysia hendaklah meminta pihak berkuasa tempatan untuk segera menanam lebih banyak pokok-pokok dikawasan dibawah seliaan mereka disamping memperbanyakkan kempen menanam pokok untuk menyemai budaya menanam pokok di kalangan rakyat setempat."

[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

24. PR-1352-U(27)046

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini mengambil maklum bahawa Kabinet Malaysia pada 19 Mac 2011 telah bersetuju untuk menjadikan Malaysia ahli Mahkamah Jenayah Antarabangsa Statut Rom "Rome Statute of the International Court (ICC)" Namun, sebarang tindakan kesertaan tidak dilakukan sehingga kini. Diharapkan Dewan ini akan mengambil keputusan dengan mengarahkan Kementerian Luar Negeri dan Peguam Negara untuk menfailkan kertas kerja yang diperlukan tanpa melengahkan masa lagi."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

25. PR-1352-U(27)047

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini membahaskan keadaan bon Kerajaan Malaysia."

[ Menteri Kewangan ]

27 AUM DR 2/8/2017

26. PR-1352-U(27)048

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menggesa bahawa Laporan penuh Jawatankuasa Siasatan Bebas mengenai kejadian kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 25 Oktober 2016 hendaklah diumumkan untuk makluman dan pengetahuan rakyat tentang punca-punca berlakunya kebakaran tersebut. Kerajaan juga didesak untuk menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk mencegah dan mengelakkan tragedi kebakaran berulang lagi di mana-mana hospital atau pusat perubatan." [ Menteri Kesihatan ]

27. PR-1352-U(27)049

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi 100 juta oleh Kementerian Pertahanan, mesti dibawa ke Parlimen dibahas dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara supaya untuk syarat meneruskan pembelian ini. Ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan pembelian sistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian Kapal Selam Scorpene telah menimbulkan banyak persepsi negatif terhadap negara." [ Menteri Pertahanan ]

28. PR-1352-U(27)050

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini bersetuju mengurangkan peruntukan untuk JPM dan menyalurkan kepada peruntukan bagi hal ehwal pendidikan, pengangkutan awam, kesihatan dan kebajikan rakyat. Peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri telah dihadkan tahapnya pada tahun 2008 iaitu masing-masing sebanyak RM3.4 bilion bagi peruntukan pengurusan dan RM3.5 bilion untuk pembangunan. Ini membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak RM6.9 bilion. Berbanding 2017, anggaran peruntukan pengurusan dan pembangunan telah melepasi tahap ditetapkan pada 2008 tersebut iaitu masing-masing sebanyak RM4.92 bilion dan RM11.02 bilion yang membawa kepada jumlah keseluruhan RM15.94 bilion." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

AUM DR 2/8/2017 28

29. PR-1352-U(27)051

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini memuatkan semua Jawapan-Jawapan Pertanyaan Jawab Lisan Harian Yang Tidak Dapat Dijawab, Jawapan-Jawapan Pertanyaan Bertulis, serta Undi-Undi dan Perjalanan Mesyuarat (Votes and Proceedings) bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara ke dalam portal rasmi Parlimen Malaysia untuk memastikan ketelusan Parlimen." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

30. PR-1352-U(27)052

Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan menyedari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru mengeluarkan kenyataan bahawa "ketupat segera" yang dimasak di dalam plastik yang popular sebagai hidangan Hari Raya atau oleh penjual-penjual satay boleh mengakibatkan kemandulan dan kanser. Ini kerana beg plastik yang mengandungi bahan polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) digunakan untuk merebus ketupat dalam masa yang lama akan merembeskan bahan kimia beracun lain iaitu organik mudah terpeluwap (VOC) yang membawa kesan buruk kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Kementerian Kesihatan mesti mengambil tindakan segera menyiasat dan mengambil tindakan bagi menasihati pengguna dengan kadar segera. "

[ Menteri Kesihatan ]

31. PR-1352-U(27)055

Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan menyedari masyarakat umum berpendapat terdapat kecelaruan Kementerian Dalam Negeri mentadbir dan mengendalikan pendaftaran pekerja dan pendatang asing di negara ini. Adalah dicadangkan setiap warga asing yang menetap di negara ini sama ada sebagai pekerja, pelajar, pengajar, atau investors jika tinggal lebih lama dari satu masa yang layak seperti yang diberikan dalam visa, mereka mestilah memohon Kad Izin Tinggal Terbatas (KITT). Di dalam kad ini akan tersimpan nama, negara asal pemegang kad, tempuh tinggal yang dibenarkan, no. pasport, nama majikan, alamat dan no. telefon majikan, maklumat kesihatan dan lain-lain . KITT ini, seperti Mycard, diwarna dengan berbagai warga bagi memisahkan kategori mereka. Dengan mempunyai KITT ini, mereka tidak perlu lagi membawa pasport mereka. Juga amat mudah bagi pihak berkuasa mengesan mereka jika mereka tidak berada di tempat yang diluluskan untuk bekerja, atau mereka menghilangkan diri dari majikan mereka " [ Menteri Dalam Negeri ]

29 AUM DR 2/8/2017

32. PR-1352-U(27)057 Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] akan mencadangkan :-

"Bahawasanya Dewan yang mulia ini meluluskan satu ketetapan supaya YAB Perdana Menteri dan seluruh anggota Menteri Kabinet mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Dewan Rakyat tiap-tiap tahun pada bulan Disember." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

33. PR-1352-U(27)059

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] akan mencadangkan :-

"Bahawasanya Dewan yang mulia ini meluluskan satu ketetapan selaras dengan titah Majlis Raja-Raja Melayu di mana Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 dibentang dan dikaji semula di Dewan Rakyat dengan kadar segera." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

34. PR-1352-U(27)060

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini mengambil maklum bahawa cukai pelancongan perlu dimansuhkan memandangkan industri pelancongan terutama pengusaha hotel tempatan bakal berhadapan dengan risiko kemerosotan jumlah pelancong dan seterusnya akan menjejaskan peluang pekerjaan. Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil maklum bahawa pengenalan cukai ini juga berisiko melembapkan aktiviti ekonomi dan menjejaskan pendapatan rakyat yang terlibat secara langsung dengan industri pelancongan." [ Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan ]

35. PR-1352-U(27)061

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini mengambil maklum bahawa banyak pengusaha teksi persendirian mahu pun berdaftar di bawah syarikat swasta menghadapi kesukaran dan ada yang terpaksa menutup operasi mereka. Salah satu punca permasalahan ini adalah dengan kewujudan Uber dan GrabCar yang jauh lebih efisien daripada operasi mereka melalui penggunaan teknologi aplikasi dengan menggunakan telefon pintar. Maka dengan menyedari hakikat ini, Dewan yang mulia ini hendaklah membahaskan langkah-langkah strategik bagi menyelamatkan pengusaha teksi yang ada dalam menghadapi persaingan daripada Uber dan GrabCar ini." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

AUM DR 2/8/2017 30

36. PR-1352-U(27)063

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan menggesa Kerajaan untuk menghentikan pembinaan pusat penyembelihan ayam di pasar borong Selayang sehingga kajian kesesakan lalu lintas dan alam sekitar dapat dilakukan." [ Menteri Wilayah Persekutuan ]

37. PR-1352-U(27)065

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Malaysia untuk membawa isu ketegangan Saudi dan Qatar ke OIC dan mewujudkan satu mekanisme pendamaian." [ Menteri Luar Negeri ]

38. PR-1352-U(27)067 Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk menghalang dan mengharamkan penjualan arak murahan (cheap liquor) secara mudah dan murah yang semakin berleluasa. Gegaja pengambilan arak murahan ini menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti keganasan rumah tangga dan gengsterisme serta merosakkan organ dalaman. Di samping itu, kawalan dan penyeliaan terhadap kedai - kedai menjual arak perlu diketatkan. Masa penjualan arak dan lokasi minum arak perlu dikaji. Kawasan tempat awam seperti di taman awam dan taman permainan kanak-kanak, minum arak wajib diharamkan. Dewan ini juga wajib mempertimbangkan penubuhan Pusat Pemulihan Arak (PPA) di setiap negeri di Malaysia untuk membendung masalah minum arak yang semakin berleluasa di kalangan anak muda merentasi sempadan bangsa dan agama. " [ Menteri Kewangan ]

39. PR-1352-U(27)068

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk kes kematian di bawah tahanan Polis DiRaja Malaysia, keluarga simati diberi kebenaran sepenuhnya untuk memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi mewakili pihak keluarga simati semasa bedah siasat dijalankan." [ Menteri Dalam Negeri ]

31 AUM DR 2/8/2017

40. PR-1352-U(27)069

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai -nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam bagi menangani gegala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia." [ Menteri Pendidikan ]

41. Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] akan mencadangkan :- “Bahawa pada 24.07.2017, saya telahpun menerima surat pemberitahuan

bertarikh 21.07.2017 dimana 3 soalan pertanyaan jawab lisan saya ditolak di bawah Peraturan Mesyuarat 23(1)(h) dan Peraturan Mesyuarat 23 (1)(g). Saya kepilkan di sini sesalinan surat-surat berkenaan untuk rujukan mudah Tan Sri

Dengan segala hormatnya, saya usulkan supaya keputusan tersebut dikaji semula menurut Peraturan 43 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat di atas alasan-alasan berikut: 1. Pertanyaan PR1352-LO2403 berkaitan status siasatan kes 1MDB dan SRC bukan dikeluarkan dengan tujuan mendapat buah fikiran atau hendak mendapat penyelesaian berkenaan perkara undang-undang dan yang belum jadi masalah sepertimana dinyatakan.

(i) Kes 1MDB dan SRC sedang disiasat oleh PDRM pada 12.04.2017,

Ketua Polis Negara telahpun menyatakan bahawa kertas siasatan telahpun dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan seterusnya. (Sila lihat laporan Malay Mail Online yang dilampirkan di sini bertarikh 12.04.2017 yang jelas kandungannya.)

(ii) Oleh yang demikian, sebab soalan PR1352-LO2403 ditolak iaitu

dengan tujuan mendapat buah fikiran atau hendak mendapat penyelesaian berkenaan perkara undang-undang yang belum jadi

tidak betul dan perlu diketepikan.

(iii) Adalah jelas bahawa soalan tersebut tidak melanggar mana-mana peraturan mesyuarat dan seharusnya dijawab.

AUM DR 2/8/2017 32

2. Pertanyaan PR1352-LO2404 berkenaan dengan langkah-langkah yang akan diambil oleh negara kita, Malaysia dalam saman DOJ di

Amerika Syarikat khususnya di mana ianya melibatkan wang berbilion ringgit: (i) Ini tidak sama sekali melencungkan perkara yang sedang dibicarakan

oleh Mahkamah.

(ii) Tindakan mesti diambil oleh Malaysia untuk melindungi hak-hak kami dalam kes itu dan juga pastikan bahawa usaha dijalankan untuk menuntut semula wang yang boleh dituntut untuk negara kita khususnya di mana ianya melibatkan satu jumlah wang yang cukup besar.

(iii) Tindakan yang dicadangkan perlu dinyatakan dengan terperinci dan

oleh itu, keputusan Tuan Speaker untuk menolaknya seharusnya diketepikan dan soalan tersebut perlu dijawab.

3. Pertanyaan PR1352-LO2412 berkenaan dengan sama ada ataupun tidak mana-mana Kerajaan lain telahpun meminta bantuan bersama dalam siasatan kes 1MBD atau SRC: (i) Perkara ini bukan dengan tujuan hendak mendapat buah fikiran atau

hendak mendapat penyelesaian berkenaan perkara undang-undang yang belum menjadi masalah.

(ii) Pada 14.04.2017, pihak berkuasa Switzerland telahpun dilaporkan menyatakan bahawa mereka bersedia untuk bekerjasama sekiranya apa-apa bantuan diminta oleh Malaysia berkenaan siasatan SRC dan 1MDB. (Sila lihat petikan daripada Malaysiakini bertarikh 14.04.2017.)

(iii) Pada 16.06.2017, Peguam Negara kita, Tan Sri Apandi Ali pula

dilaporkan berkata bahawa tiada mana-mana negara yang meminta bantuan Malaysia dalam siasatan kes 1MDB. (Sila lihat petikan daripada NST bertarikh 16.06.2017.)

(iv) Jadi cukup jelas bahawa soalan PR1354-LO2412 adalah berkenaan

perkara undang-undang yang sudah terjadi dan oleh itu sebab atas mana soalan itu ditolak tidak berasas sama sekali. Ianya seharusnya dijawab.

Saya dengan segala hormatnya ingin menegaskan sekali lagi bahawa soalan-soalan yang ditanya itu adalah relevan dan perlu dijawab oleh Menteri-Menteri berkenaan. Saya juga difahamkan bahawa banyak soalan-soalan berkenaan 1MDB dan/ atau perkara yang berhubungkait dengannya telahpun ditolak.

33 AUM DR 2/8/2017

Soalan-soalan ini adalah penting dan berkaitan dengan perkara-perkara yang sedang berlaku dan diketahui umum sepertimana dinyatakan dan oleh yang demikian, adalah tugas dan tanggungjawab saya selaku Ahli Parlimen untuk membangkitkannya dalam Dewan Rakyat. Saya dengan itu merayu supaya usul saya dibenarkan dibahaskan dan keputusan Tuan Speaker itu dikaji semula dan diketepikan dengan serta-merta.” [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

AUM DR 2/8/2017 34

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN 2017

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

DR.4

Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara - Pengurusan Projek Pembinaan Hospital

Shah Alam

Kementerian Kesihatan

2 Ogos 2017

ST.42 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) 2017 P.U(A) 159/2017 yang telah diwartakan pada 31 Mei 2017.

2 Ogos 2017

ST.43 Akta Kastam 1967 [ Seksyen 11(1)] Perintah Duti Kastam (Pindaan) 2017 P.U(A) 101/2017 yang telah diwartakan pada 31 Mac 2017

2 Ogos 2017

ST.44 Akta Kastam 1967 [ Seksyen 11(1)]

Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.2) 2017 P.U(A) 118/2017 yang telah diwartakan pada 12 April 2017

2 Ogos 2017

ST.45 Akta Eksais 1976 [Seksyen 6(1)] Perintah Duti Eksais 2017 P.U(A) 92/2017 yang telah diwartakan pada 31 Mac 2017.

2 Ogos 2017

ST.46 Akta Eksais 1976 [Seksyen 6(1)]

Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2017 P.U(A) 120/2017 yang telah diwartakan pada 12 April 2017.

2 Ogos 2017

ST.47 Akta Eksais 1976 [Seksyen 6(1)] Perintah Duti Eksais (Kenderaan Bermotor) (Bayaran) 2017 P.U(A) 93/2017 yang telah diwartakan pada 31 Mac 2017.

2 Ogos 2017

ST.48 Akta Pelindung 2006 (Akta 657) dan Akta Kastam 1967 (Akta 235)

Perintah Kastam (Duti Pelindung Muktamad) 2017 P.U(A) 122/2017 yang diwartakan pada 13 April 2017.

2 Ogos 2017

35 AUM DR 2/8/2017

TAHUN 2017

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

ST.49 Akta Pelindung 2006 (Akta 657) dan Akta Kastam 1967 (Akta 235)

Perintah Kastam (Duti Pelindung Muktamad) (No.2) 2017 P.U(A) 123/2017 yang diwartakan pada 14 April 2017.

2 Ogos 2017

ST.50 Akta Pelindung 2006 (Akta 657) dan Akta Kastam 1967 (Akta 235)

Perintah Kastam (Duti Pelindung Muktamad) (Pindaan) 2017 P.U(A) 155/2017 yang diwartakan pada 30 Mei 2017.

2 Ogos 2017

ST.51 Akta Kastam 1967 [Seksyen 11 Subseksyen 2]

Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.3) 2017 P.U(A) 196/2017 yang diwartakan pada 14 Julai 2017.

2 Ogos 2017

ST.56 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Tabung Haji Bagi Tahun 2016

2 Ogos 2017

AUM DR 2/8/2017 36

**UCAPAN-UCAPAN ( PERATURAN MESYUARAT 17 BAHARU )

( KAMAR KHAS )

Tarikh

Ucapan

Ahli Yang Berucap

Tajuk Ucapan

Menteri Yang

Bertanggungjawab

1. 2.8.2017 (Rabu)

1. YB Dr. Ong Kian Ming

(Serdang)

1. Sekolah Kebangsaan Di Taman Sutera, Kajang

1. YB Menteri Pendidikan

2. 2.8.2017 (Rabu)

2. YB Tuan Hee Loy Sian

(Petaling Jaya Selatan)

2. Permasalahan Perumahan Anggota Bomba Dan Penyelamat Di Petaling Jaya Selatan

2. YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

** Ucapan-ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17 Baharu)