gaya renang

15
[INSTITUT PERGURUAN GAYA] 2008 Pengenalan i. Gaya renang (Gaya Kuak Rangkak) Gaya kuak rangkak adalah gaya berenang yang paling cepat dibandingkan gaya-gaya renang yang lain. Gaya ini merupakan salah satu cara berenang yang diajar kepada individu yang baru mula belajar berenang. Kuak rangkak melibatkan pergerakan tangan kehadapan secara berselang seli dengan pergerakan kaki yang beritma dan berterusan. Badan perenang mestilah sentiasa selari dengan permukaan air dengan kepala mendongak ke sisi untuk bernafas selepas satu kuak atau putaran tangan penuh dilakukan. 1

Upload: mark-ross

Post on 21-Jun-2015

715 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gaya renang

[INSTITUT PERGURUAN GAYA] 2008

Pengenalan

i. Gaya renang (Gaya Kuak Rangkak)

Gaya kuak rangkak adalah gaya berenang yang paling cepat

dibandingkan gaya-gaya renang yang lain. Gaya ini merupakan salah satu cara

berenang yang diajar kepada individu yang baru mula belajar berenang. Kuak

rangkak melibatkan pergerakan tangan kehadapan secara berselang seli dengan

pergerakan kaki yang beritma dan berterusan. Badan perenang mestilah

sentiasa selari dengan permukaan air dengan kepala mendongak ke sisi untuk

bernafas selepas satu kuak atau putaran tangan penuh dilakukan.

1

Page 2: Gaya renang

[INSTITUT PERGURUAN GAYA] 2008

ii. Butir-butir mengajar

Bil Aspek pergerakan Butir-butir mengajar1 Pergerakan tangan

Pergerakan tangan dimulakan daripada salah satu tangan samaada tangan kiri ataupun tangan kanan

Contohnya, apabila tangan kiri mula memasuki air, tangan kanan akan mula menarik air

Tangan kiri menguak ke hadapan, tangan kanan mula menolak air dan kepala memulakan dongakan ke sisi.

Apabila tangan kiri telah menguak penuh, kepala di dongakan ke sisi untuk menarik nafas dan tangan kanan akan menghabiskan tolakan terhadap air sehingga melepasi paha.

Tangan kiri mula menguak, muka memasuki air, tangan kanan melakukan pemulihan.

Tangan kiri mula menarik air manakala tangan kanan mula memasuki air.

Apabila tangan kiri mula menolak, tangan kanan muncul ataupun menguak kehadapan.

Apabila tangan kiri telah melakukan tolakan penuh ke belakang, tangan kanan pula menguak penuh.

Tangan kiri melakukan pemulihan , tangan kanan mula menguak ke hadapan .

2 Pergerakan kaki Pergerakan kaki dimulakan dari bahagian pangkal paha.

Pergerakan kaki yang berselang-seli hendaklah dilakukan.

Melakukan tendangan dengan tapak kaki ke arah permukaan air tanpa percikan air

Pergelangan kaki berkeadaan rehat untuk membolehkan hujung tapak kaki mendapat pergerakan kesan semulajdi.

Tapak kaki berkeadaan lurus dan menghala keatas (pointing toe)

Jumlah pergerakan ataupun tendangan kaki mungkin melebihi jumlah pergerakan ataupun kuak tangan yang dilakukan.

Bil Aspek pergerakan Butir-butir mengajar

2

Page 3: Gaya renang

[INSTITUT PERGURUAN GAYA] 2008

3 Teknik pernafasan Pusingkan badan sedikit ketika kepala pusing ke sisi untuk menarik nafas.

kepala mestilah mendatar apabila dipusingkan tanpa diangkat.

Tarikan nafas dilakukan setelah kuak penuh selesai dilakukan.

tangan memasuki air setelah nafas diambil Kepala ataupun muka kembali ke permukaan air

dengan pergerakan yang lancar setelah nafas diambil.

Nafas di hembus di dalam air secara beransur-ansur sebelum melakukan tarikan nafas yang seterusnya .

Pernafasan dilakukan setiap 2 tarikan air dilakukan(satu pusingan /kuak penuh).ia juga boleh dilakukan selepas setiap 3 pusingan ataupun kuak penuh dilakukan.(1.5 kuak penuh)

3

Page 4: Gaya renang

[INSTITUT PERGURUAN GAYA] 2008

iii. Penerangan tentang analisis lakuan-lakuan yang salah serta kesannya dan

penjelasan secara terperinci cara-cara mengatasi masalah tersebut.

Gaya Kuak Rangkak

Bil Kesalahan Kesan Cara mengatasi

1 muka berada diatas air

Bahagian bawah badan akan cenderung untuk turun ke bawah, sehingga rintangan air akan bertambah.

kecepatan ataupun kelajuan pergerakan ke hadapan akan berkurang.

Masukan muka/kepala kedalam air, dengan wajah menghadap ke bawah agak ke depan (kira-kira bersudut 45 darjah)

2 kepala terangkat dari permukaan air ketika mengambil nafas

Mengganggu keseimbangan dan ritma pergerakan tangan semasa berenang

Tolehkan kepala ke sisi dengan telinga tetap berada di permukaan air ataupun sentiasa tercelup di dalam air.

Iringankan badan ke sisi semasa mengambil nafas, secara tidak langsung kepala juga akan turut menoleh ke sisi.

4

Page 5: Gaya renang

[INSTITUT PERGURUAN GAYA] 2008

Bil Kesalahan Kesan Cara mengatasi

3 Lutut terlalu bengkok ketika kedua kaki menghayun

Badan menjadi tidak selari dengan permukaan air dan akan tenggelam ke dalam air.

kecepatan ataupun kelajuan pergerakan ke hadapan akan berkurang.

Hayunkan kaki bermula dari pangkal paha.

Jangan bengkokkan lutut

4 Gerakan tangan Tangan

tidak menguak penuh

Tangan tidak melepasi paha semasa menguak

Siku tidak terangkat semasa melakukan kuakan

Pergerakan badan ke hadapan akan menjadi sukar dan perlahan kerana tangan tidak dapat mengatasi rintangan air yang banyak.

Tangan mestilah menguak penuh dengan pergerakan tangan secara berselang seli.

Semasa menguak, tangan hendaklah hampir cecah telinga dan melepasi bahagian paha.

Angkat siku semasa melakukan kuakan

Masukkan hujung jari terlebih dahulu kemudiannya siku ke dalam air dan tangan terus melunjur kehadapan lalu melakukan tarikan terhadap air

Tarikan terhadap air hendaklah dibawa ke dada dan melepasi paha seakan-akan bentuk huruf ‘S’.

iv. Penyediaan, penyususnan dan penjelasan gambar-gambar mengikut turutan/rangkaian gaya renang (kuak rangkak).

5

Page 6: Gaya renang

[INSTITUT PERGURUAN GAYA] 2008

Bil Gambar Penjelasan

1 Apabila tangan kiri mula memasuki air, tangan kanan akan mula menarik air (berselang-seli)

Pergerakan kaki daripada pangkal paha

Pergerakan kaki secara berselang – seli sehingga tamat berenang

2 Tangan kiri menguak ke hadapan, tangan kanan mula menolak air

Tapak berkeadaan lurus dan menghala ke atas (pointing toe)

3

Lakuan semasa mengambil atau menarik nafas

Tangan kiri menguak ke hadapan, kepala memulakan dongakkan ke sisi.

Badan juga mengiring untuk memudahkan tolehan ke sisi

kepala di dongakan ke sisi untuk menarik nafas dan tangan kanan akan menghabiskan tolakan terhadap air sehingga melepasi paha.

4 Tangan kiri mula menguak, muka memasuki air dan menghembus nafas, tangan kanan melakukan pemulihan.

5 Tangan kiri mula menarik air manakala tangan kanan mula memasuki air.

Bil Gambar Penjelasan

6 Apabila tangan kiri mula menolak

6

Page 7: Gaya renang

[INSTITUT PERGURUAN GAYA] 2008

air, tangan kanan muncul ataupun menguak kehadapan

7

Apabila tangan kiri telah melakukan tolakan penuh ke belakang, tangan kanan menguak penuh.

8 Tangan kiri melakukan pemulihan , tangan kanan mula menguak ke hadapan secara berterusan sehinggalah selesai berenang.

Gambar menunjukkan Urutan pergerakan bagi gaya kuak rangkak

Langkah pertama langkah kedua

7

Page 8: Gaya renang

[INSTITUT PERGURUAN GAYA] 2008

keseluruhan badan berdada diatas permukaan air. bengkokkan sedikit lutut dan tapak kaki membuat sedikit salah satu tangan memasuki air untuk memulakan kuakan percikan

Langkah keempat langkah ketiga

Angkat siku daripada permukaan air semasa masukkan tangan kedalam air malalui bahagian melakukan kuakan seterusnya hapadapan kepala dan tangan membujur kehadapan

Langkah kelima

Bernafas seperti biasa. muka berada di dalam air dan mestilah memusingkan kepala untuk mengambil nafas yang seterusnya

Bibliografi

Internet

8

Page 10: Gaya renang

[INSTITUT PERGURUAN GAYA] 2008

Lampiran

Refleksi kendiri

10

Page 11: Gaya renang

[INSTITUT PERGURUAN GAYA] 2008

Bersyukur kepada Tuhan, kerana atas berkatnya, saya berjaya menyiapkan

tugasan yang sebelumnya dianggap susah atupun sukar untuk disiapkan ini sebelum

tempoh penyerahannya kepada pensyarah. Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini,

sememangnya banyak orang yang menjadi ‘Tulang Belakang’ untuk memberi tunjuk

ajar berkaitan dengan kehendak tugasan serta format-format tugasan ini.

Perkara yang paling membangggakan diri saya setelah membuat tugasan ini

ialah, saya dapat menimbah pengetahuan tentang “Renang” yang sebelum ini tidak

saya ketahui dari segi teori dan juga praktikalnya.Pengajaran Renang merupakan

perkara yang baru bagi diri saya. Tugasan yang diberikan ini juga telah menyedarkan

diri saya bahawa betapa pentingnya mempelajari renang iaitu bukan hanya untuk

pengetahuan maka juga untuk diaplikasikan pada masa-masa tertentu ataupun pada

masa ia diperlukan.

Melalui tugasan ini, saya juga dapat membiasakan diri saya untuk mencari

maklumat dengan menggunakan sumber-sumber atau kemudahan yang ada. Segala

masalah yang saya hadapi sepanjang melaksanakan tugasan ini pula telah mengajar

saya bagaimana untuk menghadapi segala masalah yang timbul dan cara untuk

mengatasinya.

saya sungguh berbangga kerana dapat membuktikan kepada diri saya sendiri

bahawa saya mampu untuk melaksanakan tugasan ini walaupun pada mulanya berasa

risau seakan-akan tidak mampu untuk menyiapkannya. Saya berharap agar apa yang

saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini dapat saya praktikkan kelak.

Oleh itu, saya mengucapkan setingi-tinggi ucapan terima kasih kepada

Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani yang juga merupakan pensyarah bagi

matapelajaran renang , iaitu Encik Richard Kajim kerana telah memberikan tugasan

yang banyak memberi pengajaran dan berfaedah kepada saya.

sekian .

11