gastritis / gastrik

40
FOLIO BIOLOGI NAMA : WAN NAWAL JAMEELAH TAJUK : GASTRITIS KELAS : 5 C NAMA GURU : TAHUN : 2015 KAD PENGENALAN :

Upload: nawal-wan

Post on 07-Oct-2015

127 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Folio biologi form 5

TRANSCRIPT

FOLIO BIOLOGI

NAMA : WAN NAWAL JAMEELAH TAJUK : GASTRITIS

KELAS : 5 C

NAMA GURU :

TAHUN : 2015

KAD PENGENALAN :

PENDAHULUANPenyakit gastrik atau gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semula jadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

Penyakit gastrik merupakan penyakit yang kian berleluasa. Namun penyakit ini boleh dirawat dan pesakit tidak seharusnya membiarkan sahaja penyakit ini tanpa diubati. Walaupun begitu, sebelum rawatan dimulakan, punca penyakit gastrik harus disiasat supaya kita dapat mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan kehilangan lapisan mukus pelindung perut.

Gastrik selalunya disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan tertentu secara berlebihan. Selain itu, penyalahgunaan alkohol dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori di dalam perut juga boleh menyebabkan proses keradangan dinding perut. Gastrik juga boleh disebabkan oleh anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, stres ekstrem dan jangkitan virus tertentu.

Bagi menyembuhkan penyakit ini, selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang.

Saya memilih mengenai penyakit gastrik atau gastritis bagi menyiapkan folio ini kerana penyakit ini sudah lumrah di kalangan masyarakat Malaysia. Malah saya sendiri turut mengidap penyakit ini selama bertahun-tahun sebelum benar-benar faham mengenainya dan berusaha mengatasinya terutama dalam aspek penjagaan pemakanan.PENGENALAN Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Gastritis merupakan keradangan atau kerengsaan pada dinding perut, yang mana lapisan kulit dalaman perut dihakis oleh asid yang dikeluarkan oleh sel-sel yang terdapat pada lapisan luar perut untuk mencernakan makanan. Pada peringkat ini lapisan perut akan kelihatan kemerahan seperti melecet tetapi belum lagi luka (ulcer).

Jenis-Jenis Gastritis:

Gastritis boleh berlaku secara tiba-tiba (dalam jangka masa yang pendek) ataupun secara berperingkat (dalam jangka masa yang panjang).

1. Gastritis yang berlaku secara tiba-tiba dinamakan grastritis akut. Ia adalah peradangan berat yang terjadi secara tiba-tiba pada lapisan dalaman perut. Keradangan yang berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen atau ulu hati.

2. Gastritis yang mengambil masa yang panjang dan berperingkat dipanggil gastritis kronik. Gastritis kronik adalah peradangan yang berlaku selama bertahun-tahun atau seumur hidup sekiranya dibiarkan tidak dirawat. Gastritis jenis ini cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit. Sekiranya gastritis kronik tidak dirawat, hal ini dapat menyebabkan terjadinya gastritis atrofikans. Gastritis atrofikans memusnahkan sel-sel pada lapisan dalaman yang menghasilkan asid HCL dan enzim pencernaan.

Gastritis juga boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut tetapi ia jarang berlaku melainkan jika terdapat ulser. Pendarahan di dalam perut akan menyebabkan pesakit muntah darah atau membuang najis hitam seakan-akan tar (dipanggil melena) di mana ia memerlukan penjagaan perubatan dengan segera.

Sebenarnya, gastritis bukanlah sejenis penyakit. Ia merupakan satu keadaan di mana berlaku inflamasi dalam lapisan perut. Gastritis merupakan tanda-tanda awal kanser perut. Sekiranya seseorang itu mengalami sakit perut yang berlarutan atau kerap mengalaminya, kemungkinan ia adalah salah satu tanda yang menjurus ke arah kanser perut yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.

Etiologi Gastritis:

Pelbagai sebab yang boleh mengakibatkan gastritis.

1. Pengambilan alkohol berlebihan, penggunaan non-steroid anti-inflammatory drugs (NSAID). Gastritis juga boleh terjadi selepas pembedahan besar, kecederaan yang mengakibatkan trauma, kulit terbakar atau jangkitan yang teruk.

2. Disebabkan oleh bakteria atau kuman yang dikenali sebagai Helicobacter Pylori iaitu sejenis bakteria yang boleh dirawat dengan antibiotik. Sekiranya masalah ini tidak dirawat segera, ia boleh membawa maut yang mana bakteria tersebut akan bertukar menjadi sel-sel kanser.

3. Gastritis boleh berlaku akibat refluks hempedu (aliran balik hempedu ke perut), tekanan emosi atau fizikal, gangguan autoimun (penyakit dimana sistem kekebalan tubuh seseorang itu menyerang imunisasi badannya sendiri).

GASTRITIS

ANALISIS PENYAKIT

1. Gaya hidup dan sikap. a. Menurut Perunding Pembedahan Gastroenterologi, Dr Abdul Hamid Mat Sain, sikap tunggu dan lihat sebenarnya boleh menyebabkan masalah ini (gastritis) bertambah berat kerana ramai yang menganggap ia bukanlah perkara membimbangkan apabila pendarahan berhenti selepas beberapa ketika tanpa mendapatkan sebarang rawatan. b. Kebiasaannya, gastritis menyerang golongan yang berkerjaya. Ini kerana, terdapat sebilangan golongan ini yang mengabaikan waktu makannya dan lebih menumpukan kerjanya. Kadangkala, waktu makan tanpa sengaja atau sengaja dilewatkan kerana kerja yang menuntut masa yang lebih seperti mesyuarat dan sebagainya. c. Terdapat pesakit gastritis yang melengah-lengahkan rawatan. Mereka membuat andaian, itu sekadar sakit perut biasa lalu membuat keputusan untuk tidak menerima rawatan. Ini membuatkan gastritis menjadi lebih teruk.

d. Ramai pesakit yang salah sangka dengan gastritis dan sakit perut biasa. Apabila gastritis menyerang, ia dianggap sakit perut biasa. Lalu tanpa mengambil ubat, terus sahaja makan bagi menghilangkan rasa sakit. Sepatutnya, mereka mendapatkan rawatan daripada doktor dahulu. e. Sikap beremosi akan membuatkan tekanan terjadi. Tidak kiralah sama ada tekanan kerja, sosial dan emosi, ia akan mengganggu badan seseorang itu. Tekanan mampu membantu keaktifan kuman dan bakteria dalam badan. 2. Bakteria Helicobacter Pylori.a. Pada tahun 1982, dua orang saintis, Warren dan Marshall telah mengaitkan bakteria Helicobacter Pylori dengan ulser. Didapati sehingga 80% ulser gastrik disebabkan oleh bakteria ini. Bakteria ini boleh hidup dalam keadaan yang berasid tinggi kerana ia boleh mengeluarkan sejenis enzim yang meneutralkan asid tersebut. b. Gastritis disebabkan oleh H. Pylori adalah lebih biasa di kalangan induvidu yang lebih tua. Jika asid banyak seperti dalam keadaan emotional stress, maka lagi banyak kuman H. Pylori. Kuman ini suka hidup dalam keadaan berasid. Namun, kuman ini tetap boleh melekat pada lapisan mukosa dan menembusi lapisan ini dan hidup di kawasan yang kurang berasid. Jangkitan kuman ini adalah paling biasa kepada individu Afrika-Amerika, Hispanik, Asia-Amerika dan Amerika Asli.c. Sebanyak 50 peratus daripada penduduk dunia sememangnya dijangkiti dengan bakteria H. Pylori dan 90 peratus masyarakat setempat akan mengalami sakit perut atau angin.

d. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, antara 1997 hingga 2007, di negara ini terdapat 13,539 kes dan setiap tahun lebih daripada 100 orang meninggal. Terdapat 800 kes baru yang dikesan beberapa tahun kebelakangan ini (2008-2010). 3. Kekerapan gastritis meningkat dengan usia.

a. Menurut Pakar Perubatan Gastroenterologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Aminuddin Ahmad, lebih 60 peratus kes-kes kanser yang ditemui pada pesakit yang berumur 65 tahun ke atas.

b. Orang yang lebih tua, berusia 50 tahun ke atas. Ini mungkin kerana mereka lebih kerap mengambil ubat tahan sakit untuk penyakit arthritis (sakit sendi), atau sebab-sebab lain.4. Pemakanan.a. Masyarakat Jepun merupakan negara yang mempunyai kadar pesakit gastritis dan kanser perut yang tertinggi di dunia. Ini mungkin kerana, masyarakat Jepun mempunyai makanan tertentu yang dimakan mentah mentah. Contohnya, ikan maguro (ikan tuna), yakiniku (daging lembu mentah), steak tartare (daging lembu mentah), beef carpaccio (hirisan daging lembu mentah) dan sashimi (hirisan ikan mentah). 5. Individu dan negara yang berisiko. Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa dan dimana sahaja.a. Menurut data dari World Health Organization (WHO), Indonesia menempati urutan ke empat dengan jumlah penderita gastritis terbanyak setelah negara Amerika, Inggris dan Bangladesh iaitu berjumlah 430 juta pesakit gastritis. b. Pakar Perubatan Gastroenterologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Aminuddin Ahmad berkata, negara Jepun dan Finland adalah antara negara yang mempunyai kadar pesakit kanser perut yang tertinggi di dunia. Sebaliknya, Amerika Syarikat menunjukkan bilangan kanser perut semakin menurun tanpa sebab yang jelas.

c. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ini adalah kerana, kaum lelaki lebih ramai yang mempunyai tabiat yang tidak sihat seperti merokok dan mengambil minuman beralkohol. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa). d. Menurut Pakar Perubatan Gastroenterologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Aminuddin Ahmad, faktor baka dan individu yang dikategori dalam kumpulan darah jenis A, berisiko tinggi mendapat kanser perut anemia pernisiosa iaitu kelainan pada sel-sel perut yang bersifat autoimun boleh meningkatkan risiko kejadian kanser. e. Lebih daripada 50 peratus daripada populasi dunia (lebih daripada tiga bilion orang) sudahpun dijangkiti sekaligus menjadikannya satu daripada jangkitan yang merebak dengan meluas di dunia. Lazimnya, jangkitan ini terjadi pada zaman kanak-kanak.6. Bangsa. a. Pakar Perubatan Gastroenterologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Aminuddin Ahmad menyatakan, peratusan di kalangan bangsa pula menunjukkan, Cina mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 68.0 peratus, India 16.5 peratus dan Melayu 15.5 peratus. FAKTOR RISIKO

Lapisan permukaan perut mempunyai sel yang berfungsi untuk mengeluarkan asid hidroklorik (HCL) yang kuat (pH 1-2) dan enzim yang penting untuk pencernaan makanan. Ia juga mengeluarkan mukus yang berperanan sebagai pelindung kepada permukaan perut tersebut.

Asid HCL yang kuat ini, sekiranya terkena kulit walaupun dalam kuantiti yang kecil, akan menyebabkan kulit terhakis. Sekiranya terkena mata, mata akan menjadi buta. Asid HCL juga mampu menghancurkan kertas dan kain dengan senang. Dengan demikian, asid ini berperanan penting dalam menghancurkan makanan kepada yang paling halus supaya penghadaman boleh berlaku dengan berkesan.

Sekiranya berlaku keradangan pada lapisan perut, hanya sedikit asid, enzim dan mukus yang akan dirembeskan. Dalam situasi ini, lapisan permukaan perut akan lebih mudah terhakis kerana kekurangan mukus yang bertindak sebagai pelindung. Akibatnya luka kecil akan berlaku. Apabila luka berlaku, tahap ini dipanggil ulser peptik.Terdapat beberapa faktor yang boleh meberi risiko kepada gastritis atau menyebabkan gastritis menjadi semakit teruk dan melarat. Antaranya ialah:

1. Jangkitan bakteria Helicobakter Pylori (H. Pylori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

a. Bakteria H. Pylori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan pada lapisan perut.

b. Bakteria H. Pylori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini.

2. Individu yang mengabaikan diet hidup seharian.

a. Makanan. Makanan yang bergoreng dan mengandungi kandungan garam yang tinggi boleh mengganggu kulit dalaman perut. Makanan yang pedas atau masam tidak merosakkan kulit dalaman perut tetapi membuatkan gastritis yang sedia ada bertambah sakit. Makanan yang berangin seperti kobis dan cempedak boleh menyebabkan perut berangin. Perut yang berangin boleh memburukkan lagi keadaan gastritis seseorang. Makanan yang mentah seperti ikan mentah (Jepun) boleh mengakibatkan pelbagai bakteria menyerang. Tidak mustahil jika bakteria H. Pylori masuk ke dalam tubuh badan seseorang itu. b. Minuman. Minuman berkafein atau tidak, boleh mengganggu kulit dalam perut. Kopi merangsang asid gastrik (HCL) keluar lagi banyak. Ini menyebabkan perut terhakis dan kerengsaan atau keradangan berlaku. Kafein juga terdapat dalam coklat, coca-cola, nescafe dan koko. Minuman beralkohol dan bergas boleh mengganggu lapisan perut yang sedia nipis (akibat gastritis). Minuman ini boleh membantu mempercepatkan lagi hakisan terhadap lapisan dalaman perut dalaman seseorang dan menjadikan lapisan dalaman itu luka. c. Makan berulamkan minum. Makan yang diselangselikan dengan minum boleh menyebabkan perut rasa sebu, tidak selesa dan sakit. Proses penghadaman akan menjadi lambat dan ini menyebabkan gastritis semakin teruk kerana perut berhadapan dengan asid HCL dalam jangka masa yang lama.

d. Minum air sejuk selepas makanan berat. Apabila seseorang itu selesai makan dan minum air sejuk, ia akan melambatkan proses penghadaman. Dalam tempoh menunggu perut kembali ke suhu optimum, makanan akan menapai. Ini akan mengeluarkan buih-buih dan menyebabkan angin didalam perut.

3. Individu yang mempunyai penyakit yang boleh mengganggu proses-proses dalam perut.

a. Pesakit Autoimmune. Ia menyebabkan sistem imunisasi yang sepatutnya berperanan sebagai ketahanan badan terhadap penyakit telah menyerang sel-sel di permukaan dinding perut dan menyebabkan sedikit sahaja asid, enzim dan mukus yang dihasilkan oleh sel tersebut. b. Pesakit Refluks Hempedu (Bile Reflux). Refluks hempedu atau aliran balik hempedu ke dalam perut boleh menyebabkan keradangan pada dinding perut. c. Pesakit Pernucious Anaemia. Satu penyakit kekurangan darah merah di mana perut tidak dapat menyerap vitamin B12. d. Pesakit Crohn. Penyakit inflamasi usus seumur hidup dimana bahagian dari sistem pencernaan dapat membengkak dan luka yang dalam (ulcer).

e. Pesakit Zollinger-Ellison. Peningkatan kadar hormon gastrik yang dihasilkan sehingga menyebabkan lapisan perut menghasilkan asid HCL yang berlebihan. Kebiasaannya, penyebabnya adalah tumor pankreas yang menghasilkan hormon gastrik.4. Individu yang mengambil ubat-ubatan tertentu secara berlebihan.

a. Ubat steroid seperti Prednisolone. Ubat steroid dikenali sebagai ubat yang mempunyai potensi memberi kesan sampingan yang merbahaya terutamanya jika digunakan dengan berlebihan. b. Ubat tambahan (suppliment) yang mengandungi bahan besi (Iron Tablets). Ia boleh menyebabkan sakit perut dan membuatkan najis berwarna hitam. Ubat ini boleh menyebabkan gastritis bertambah teruk.

c. Non-steroid anti-inflammatory drugs (NSAID). Ubat tahan sakit (NSAID) seperti Ponstan, Voltaren, Brufen, Synflex, Ibuprofen, Aspirin, Naproxen dan lain lain boleh mengakibatkan Gastritis Akut. Aspirin merupakan ubat yang sungguh berkesan untuk menurunkan demam seseorang pesakit. Tetapi ia boleh menyebabkan sakit perut akibat gastritis sehingga boleh membawa kepada pendarahan di dalam perut. Jika ini berlaku, najis pesakit itu kelihatan hitam akibat darah yang telah bercampur dengan asid di dalam perut dan pesakit boleh memuntahkan kandungan perutnya yang kelihatan seperti kopi. 5. Wanita dan ibu mengandung.

a. Kajian menjelaskan bahawa ibu-ibu yang dijangkiti merupakan sumber utama bagi jangkitan dalam kalangan kanak-kanak. Jangkitan H. Pylori mungkin disalurkan melalui makanan, air tercemar, sentuhan pada material linen atau barang permainan. b. Pengambilan ubat tambahan (suppliment) seperti Iron tablet yang selalu digunakan oleh ibu mengandung. Ia boleh menyebabkan sakit perut dan membuatkan najis berwarna hitam. Ubat ini boleh menyebabkan gastritis bertambah teruk. 6. Umur.

a. Golongan yang kerap mengalami gastritis ialah golongan yang berumur antara 18-30 tahun. b. Bakteria Helicobacter Pylori boleh menjangkiti perut seawal usia kanak-kanak (4-5 tahun). c. Menurut Pakar Perubatan Gastroenterologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Aminuddin Ahmad, lebih 60 peratus kes-kes kanser yang ditemui pada pesakit yang berumur 65 tahun ke atas. 7. Jantina.a. Kajian yang dijalankan oleh UKM dari 1983 hingga 1989 mendapati, kanser perut ini berlaku lebih kerap di kalangan lelaki iaitu 64.9 peratus berbanding wanita iaitu 35.1 peratus. 8. Faktor lain yang boleh menyebabkan gastritis.

a. Merokok.

b. Lambat makan.

c. Makan tidak tetap.

d. Radiasi dan kemoterapi.

e. Rembesan asid gastrik (HCL) yang berlebihan.

f. Makan makanan yang dikeringkan, disalai atau dijeruk.

g. Mendapat jangkitan kuman yang teruk.

h. Mengalami tekanan emosi. Contohnya, tekanan kerja, peribadi, sosial.

i. Mempunyai masalah perubatan seperti HIV atau AIDS dan penyakit buah pinggang.j. Mengalami tekanan fizikal. Contohnya, seseorang yang mengalami kecedaraan luka, menjalani pembedahan dan kulit badan yag melecur atau terbakar.

k. Pengambilan ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab. SIMPTOM PENYAKIT

1. Susut berat badan.

2. Badan terasa lemah.

3. Hilang selera makan.

4. Sesak nafas atau mengah.

5. Sendawa. Bila sendawa, ianya tidak menghilangkan rasa sakit.

6. Rasa kenyang walaupun hanya makan dalam kuantiti yang sedikit.

7. Bila sakit yang amat sangat, mungkin seseorang itu akan kelihatan pucat.

8. Sakit pedih atau menyucuk di ulu hati (stomach pit). Kadang- kadang terasa hingga ke belakang. Bertambah sakit bila termakan makanan pedas atau masam.9. Rasa pedih di perut hingga ke dada (heart burn). Ini disebabkak oleh asid gastrik tertolak dari bahagian perut ke atas (esophagus). Seringkali boleh terbatuk.10. Sakit kepala di bahagian kanan kepala apabila perut kosong atau lewat makan. Sakit kepala ini kadangkala diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut. Simptom ini kadangkala dialami tanpa sakit kepala.11. Loya atau muntah. Ini disebabkan pergerakan (Peristaltic action) saluran permakanan yang tidak normal juga disebabkan angin yang berkumpul dalam usus. Isi kandungan muntah mungkin jernih, kuning atau kehijauan.12. Kembung perut. Juga disebabkan oleh tindak balas saluran pemakanan yang tidak normal juga disebabkan angin yang berkumpul dalam usus. Tinja yang tidak normal. Bila buang air besar kadang-kadang cirit dan kadang-kadang tidak lawas.

CARA RAWATAN

Umumnya, rawatan gastritis adalah untuk memulihkan semua kulit dalaman perut (mukosa) yang telah melecet atau rosak. Oleh itu, bagi mencegah dan memulihkan penyakit gastritis, seseorang itu perlulah melakukan perkara berikut:1. Uruskan tekanan hidup.

2. Minum air suam selepas makan.

3. Sentiasa pastikan perut tidak kosong.

4. Pengambilan probiotik (bakteria baik).

5. Kunyah makanan dengan secukupnya.

6. Mengambil sarapan dan waktu makan yang tetap.

7. Tambahkan zink dalam permakanan untuk proses penyembuhan.

8. Makan makanan yang dipanggang lebih baik daripada yang digoreng.9. Meminum air kelapa yang banyak mineral dan vitamin dipercayai boleh memulihkan kulit dalaman perut (mukosa).10. Pengambilan sulfur seperti bawang putih dalam makanan. Sulfur membentuk glutathione yang melindungi lapisan perut.

11. Pesakit gastritis perlulah menjauhi perkara atau makan yang boleh menyebabkan gastritis seperti:

Merokok. Makanan dalam tin.

Makanan yang manis.

Kerisauan yang melampau.

Makan berulamkan minum.

Makanan pedas dan bercili.

Makan sehingga perut penuh.

Makanan bergoreng dan berminyak.

Memakan makanan jeruk dan masak.

Makanan berunsurkan daging dan ayam.

Minum minuman berais atau sejuk selepas makan berat.

Mengambil ubat steroid tanpa kawalan seperti Prednisolone. Makan makanan yang tak berkhasiat seperti junkfood dan maggie.

Meminum kopi atau minuman mengandungi caffien seperti coca-cola, pepsi, nescafe, koko dan coklat.

Mengambil ubat tahan sakit (NSAID) berlebihan seperti Ponstan, Voltaren, Brufen, Synflex, Ibuprofen dan lain lain.

Minum susu, boleh tetapi susu juga boleh merangsang pengeluaran lebih asid HCL. Ini kerana protein dan calcium dalam susu merangsang rembesan asid HCL.

Makanan yang boleh menyebabkan angin atau kembung perut seperti kobis, bunga kobis, kekacang, broccoli dan sesetengah buah-buahan seperti pisang nangka, ubi dan cempedak.

12. Kebiasaannya, doktor di klinik akan membekalkan pesakit beberapa jenis ubat yang akan membantu kulit dalaman (mukosa) untuk tumbuh dan sembuh semula seperti: Antacid. Ubat jenis ini biasanya dibuat oleh garam karbonat atau hidroksida yang berfungsi sebagai penebat asid gastrik sementara yang menghalang asid refluks daripada mengalir ke dalam tiub esofagus yang menyebabkan rasa hati terbakar (heart burn). untuk meneutralkan kembali acid HCL yang berlebihan dalam perut sekaligus mengurangkan kesakitan itu dengan cepat. Namun, penggunaan ubat jenis ini juga mungkin menimbulkan kesan sampingan masalah pencernaan seperti sembelit atau cirit-birit kerana ia mengandungi macam-macambahan kimia sintetik yang susah untuk dihadam oleh badan kita.. Contohnya, Zellox, Macgel, Magnesium Trisilicate dan Alucil. Histamin (H-2) Blocker, untuk mengurangkan pengeluaran asid HCL. Ubat ini juga mengurangkan rasa sakit gastritis dan menggalakkan penyembuhan. Contohnya, Cemetidine (Tagamet), Nizatidine (Axid) Ranitidine (Zantac) dan Famotidine Pepcid). Proton-pump inhibitor, bagi mengurangkan pengeluaran asid HCL. Contohnya, Esomeprazole (Nexium), Rabeprazole (Aciphex), Ansoprazole (Prevacid), Pantoprazole (Photonix) dan Omeprazole (Losec, Prilosec).

Antibiotik, untuk menghilangkan jangkitan Helicobacter Pylori. Contohnya, Metronidazol, Amoxicillin, Tetrasiklin dan Clarithromycin. 10. Selain daripada ubat-ubatan yang dibekalkan doktor, pesakit gastritis juga boleh mencuba beberapa produk herba dan makanan tambahan seperti: Produk herba HPA. Produk yang baik untuk diamalkan ialah Herba Tuju Angin, Pelawas dan Mengkudu. Ketiga-tiga herba ini bertujuan untuk membersihkan semua sistem pencernaan, termasuk usus yang bermasalah atau sembelit. Produk herba HPA. Spirulina dan Teh Herba Kedua-dua herba ini bermanfaat untuk meningkatkan aktiviti antivirus, kuman dan bakteria yang berada di dalam tubuh, sekaligus mempercepat penyembuhan luka yang mungkin terjadi di usus. Serta meningkatkan daya tahan tubuh. Halia. Halia ialah sejenis tumbuhan anti-radang dan antibakteria. Ia mengurangkan loya, merangsang penghadaman lemak dan ia satu antibiotik asli. Akar manis. Ia boleh menyembuhkan saluran pencernaan Herba ini juga guna boleh digunakan untuk merawat ulser. Akar manis sangat efektif seperti Tagement (Histamin (H-2) Blocker).

Goldenseal atau dipanggil akar jinga. Ia mampu membinasakan bakteria yang meyebabkan gastritis, keradangan perut dan ulser.

Marshmallow. Marshmallow dapat menghilangkan loya, ketakcernaan, gastritis dan ulser. Pudina mengandungi minyak meruap seperti mentol, memulihkan kembali ketakcernaan, gastritis dan ulser perut. Biji benih betik. Biji benih ini dapat membantu penghadaman. Biji benih ini dimakan setelah ia sedikit masak. Betik kaya di enzim pencernaan. Air aktif Ionik Beralkali. Air ini boleh meneutralkan toksik asid di dalam badan dan menyingkirkannya melalui air kencing. Selain itu, kekerapan asid gastrik juga dapat dikurangkan, malah seseorang itu akan nampak lebih segar dan cergas selepas tabiat meminum air ini dijadikan amalan seharian.

Vitamin C 100mg. Vitamin ini untuk mengurangkan kandungan nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser perut. Energizing Soy Protein (ESP). Sumber protein unggul daripada kacang soya dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan. B-COMPLEX. B-Complex pula bertindak sebagai penenang sekali gus dapat mengatasi tekanan yang dihadapi oleh pesakit gastrik. B-Complex lengkap dengan vitamin B yang diperlukan oleh tubuh dengan sistem saraf. Berlainan sifat dengan pain killer yang hanya bersifat menghilangkan kesakitan yang sementara. OSTEMATRIX. Mengandungi kalsium, magnesium dan Vitamin D yang dapat membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus yang menyebabkan pedih ulu hati.

KAJIAN TERKINI

KAJIAN 1Hasil kajian terkini yang dikeluarkan dari Universiti Moscow, menyatakan madu ternyata juga mengandungi logam aluminium, boron, krom, tembaga, timbal, titanium, zink, asid organik, asetilkolin, hormon, antibiotik, bahan antiracun serta zat anti-kanser. Zat-zat ini sangat penting untuk melancarkan proses biokimia tubuh dan proses penyembuhan bermacam penyakit. Sementara kandungan enzim dalam madu dilaporkan paling tinggi jika dibandingkan dengan makanan lain.

Kajian ini juga menyebutkan madu diyakini dapat menyembuhkan ulser perut (gastrik), radang usus, serta kesulitan buang air besar (sembelit). Jadi sangat baik memang untuk mengambil madu dalam kehidupan seharian kita.

KAJIAN 2Satu kajian berhubung air zamzam dilakukan oleh empat orang pakar dari Suruhanjaya Kuasa Atom Bangladesh (Bangladesh Atomic Energy Commission) iaitu M. A. Khan, A. K. M. Sheriff, K. M. Idris dan M. Alamgir. Mereka mengkaji kandungan air zamzam dibandingkan dengan air paip dan air yang dikeluarkan menggunakan alat pengepam berkuasa solar (solar pump water). Pakar-pakar ini mendapati air zamzam wujud secara tabii dalam bentuk alkali justeru keadaan ini dapat mengawal kesan sampingan yang disebabkan oleh lebihan asid dalam perut sekali gus mampu mencegah penyakit gastrik.

Tambahan daripada itu, kadar iodin, magnesium, natrium (sodium) dan kalium (potassium) didapati tinggi dalam air zamzam. Mereka merumuskan khasiat air zamzam di sudut kesihatan adalah lebih baik berbanding air mineral yang lain. Hal ini dilaporkan di dalam Sunday Observer, Sri Lanka, pada 30 Januari 2005, di bawah tajuk The Miracle of ZamZam oleh S. H. A. Careem.KAJIAN 3Kajian terbaru dalam sains mengesyaki sakit gastrik mungkin disebabkan oleh bakteria Hpylori. Namun begitu sebelum diberi antibakteria untuk menghapuskan H pylori, doktor perlu mengambil sedikit ujian spesimen dari dalam perut. Kesakitan terjadi kerana perut terlebih asid dan menipiskan dinding perut. Pesakit gastrik juga boleh bertambah parah jika mengambil aspirin ketika perut kosong, peminum kopi dan stress.KAJIAN 4Bakteria atau kuman yang dikenali sebagai Helicobacter Pylori (H. Pylori) itu menjadi penyebab utama gastritis dan ulser peptik.

Menurut Pakar Gastroenterologi terkemuka, Dr. Vagif Soultanov yang merupakan pengamal terapi semula jadi dari Australia, H. Pylori merupakan musuh utama bagi kanser perut.

"Kebiasaannya, jangkitan H. Pylori adalah sama dalam kalangan lelaki dan wanita. Kajian menjelaskan bahawa ibu-ibu yang dijangkiti merupakan sumber utama bagi jangkitan dalam kalangan kanak-kanak.

"Jangkitan H. Pylori mungkin disalurkan melalui makanan, air yang tercemar, sentuhan pada material linen atau barang permainan," ujarnya.

Katanya lagi, keadaan di negara membangun seperti Malaysia membentuk sentuhan yang lebih rapat antara ibu-ibu, anak-anak dan dalam kalangan adik-beradik.

"Ini mungkin merupakan sebab utama kepada kadar jangkitan pada tahap tinggi dilaporkan.

Tambahan pula, di negara membangun, kaum bapa merupakan sumber pencari nafkah utama keluarga, menjadikan mereka kurang bersentuhan dengan anak-anak. Ini menguatkan lagi pendapat bahawa jangkitan H. Pylori dikaitkan dengan kaum ibu," jelasnya.

Soultanov menjelaskan, kanser perut bukanlah sesuatu yang berkembang semalaman. Mengenal pasti isyarat-isyarat yang membimbangkan dari perut sangat penting bagi mengelakkan masalah kesihatan serius pada kemudian hari.

Keadaan pada dinding perut yang diserang bakteria H. PyloriJangkitan H. Pylori menyebabkan gastritis kronik, sejenis keradangan pada lapisan perut yang berlarutan serta boleh membawa kepada gastritis atrofi (luka prakanser), permulaan kepada kanser perut.Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa wanita merupakan sumber utama penyebaran utama sejenis bakteria yang dilabel sebagai karsinogenik (cenderung menyebabkan berlakunya kanser) tahap pertama iaitu H. Pylori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).KAJIAN 5Menurut Pakar Bedah dan Runding Gastrointestinal, Pusat Perubatan Sunway, Dr. Ramesh Gurunathan, sekiranya mereka yang mengalami sakit perut berlarutan atau kerap mengalaminya, dinasihatkan agar mendapatkan rawatan doktor atau melakukan ujian endoskopi.

''Keadaan ini (angin) disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Helicobacter Pylori iaitu sejenis bakteria yang boleh dirawat dengan antibiotik.

''Tetapi sekiranya ia (bakteria tersebut) tidak dirawat dengan segera, ia boleh membawa maut di mana bakteria tersebut akan bertukar menjadi sel-sel kanser.Jelas beliau lagi, di Malaysia, kanser perut merupakan penyakit yang ketujuh tertinggi di kalangan kaum lelaki manakala bagi wanita pula ia merupakan penyakit yang ke-10.

Sebanyak 50 peratus daripada penduduk dunia sememangnya dijangkiti dengan bakteria Helicobacter Pylori dan 90 peratus masyarakat setempat akan mengalami sakit perut atau angin.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, antara tahun 1997 hingga 2007, di Malaysia terdapat 13,539 kes dan setiap tahun lebih daripada 100 orang akan meninggal. Selain itu, terdapat 800 kes baru yang dikesan tetapi bermula daripada tahun 2000 jumlah tersebut telah meningkat sehingga 1,000 kes (2008-20010). Berbicara dengan lebih lanjut mengenai kanser perut, jelas Dr. Ramesh lagi, secara amnya, inflamasi terjadi akibat jangkitan bakterium yang sama dengan ulser perut dan faktor-faktor lain yang menyumbang kepada gastritis termasuklah kecederaan traumatik dan penggunaan pil penahan sakit secara kerap.

Bagaimanapun ujar beliau lagi, gastritis juga boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut tetapi ia jarang berlaku melainkan jika terdapat ulser.

Pendarahan di dalam perut akan menyebabkan pesakit muntah darah atau membuang najis yang hitam seakan tar (dipanggil melena) di mana ia memerlukan penjagaan perubatan dengan segera.

''Gaya hidup yang sihat dan amalan melakukan pemeriksaan usus dan perut sekali setahun merupakan langkah pencegahan yang paling efektif bagi mengelakkan nyawa daripada diragut penyakit itu,'' katanya. KAJIAN 6 Pakar Perunding Bedah Pengkhususan Gastrousus dan Laporososkopik Lanjutan, Dr Abdul Fahmi A Karim, berkata masyarakat masih kurang memahami petanda gastrik sebaliknya memberi tanggapan sebarang kesakitan pada perut terutama ketika berpuasa adalah gejala awal penyakit ini. Katanya, gastrik atau nama perubatannya, gastrisis merujuk kepada inflamasi (radang) pada bahagian lapisan perut (mukosa) tetapi masalah lazim ini turut digunakan bagi menerangkan pelbagai gejala yang disebabkan inflamasi itu termasuk pedih ulu hati atau ketidakselesaan perut.

"Sebelum menganggap diri diserang gastrik, individu harus mendapatkan pemeriksaan dan nasihat pakar bagi mengelakkan kemungkinan mereka menghidap penyakit lain yang lebih serius," katanya.

Walaupun lapisan mukosa sentiasa beralkali dan melindungi bahagian terbabit daripada dirosakkan bahan memudaratkan seperti alkohol, ubat aspirin, makanan berasid dan pedas serta asap rokok. Apabila lapisan ini semakin terhakis, ia tidak mampu menjalankan tugas dengan baik hingga menimbulkan radang.

"Sakit lebih dirasai apabila berpuasa disebabkan peningkatan tahap asid dalam perut berikutan ketiadaan makanan. Asid sedia ada yang membantu mencerna makanan berkumpul pada bahagian terbabit bersama asid yang terhasil secara semula jadi berdasarkan tindak balas kimia.

"Apabila keadaan itu berlaku ditambah ketiadaan pelindung mukosa, radang boleh berlaku tanpa mengira waktu. Selain pengambilan ubat dan kemestian makan sahur bagi sumber tenaga, pesakit tidak digalakkan membayangkan keenakan makanan kerana imaginasi atau faktor psikologi ini mampu meningkatkan lagi keasidan perut," katanya.

Penghasilan asid secara semula jadi boleh berlaku menerusi tiga fasa iaitu tindak balas kimia pada otak sebaik terbayang makanan, apabila makanan di dalam mulut serta ketika proses penghadaman.

Sementara itu, jangkitan bakteria dikenali sebagai Helicobacter Pylori (H. Pylori) juga antara penyebab gastrik. Ia mampu bertahan dalam keadaan perut berasid, malah jangka hayatnya juga panjang. Dianggarkan sejumlah 74 peratus pesakit yang mengalami ulser gastrik mempunyai jangkitan H. Pylori. KAJIAN 7 Menurut Pakar Perunding Umum Pembedahan Laparoskopi, Dr. Mohd. Faisal Jabar, gastrik adalah masalah sangat lazim dan dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

"Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

"Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH1 hingga pH2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik," katanya yang ditemui di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Tambah Dr. Mohd. Faisal, pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah).

Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

"Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Secara umumnya, tanda gastrik mudah dikesan kerana gastrik menyebabkan ketidakselesaan pada perut.

"Antara tanda utama adalah sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen), senak, berangin atau pedih, tidak selesa, kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan, rasa mual (loya) dan muntah, hilang selera makan dan berat badan turun (pada peringkat teruk)," katanya.

Tambah Dr. Mohd Faisal, pada peringkat gastrik kronik, pesakit boleh mengalami ulser perut yang menyebabkan pendarahan dan boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu najis menjadi hitam seperti tar (dipanggil melena) serta muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi.

Punca

Ada beberapa pemakanan dan minuman yang boleh menyebabkan atau merangsang penghasilan jus usus untuk dirembeskan dengan banyak. Jus itu melebihi jumlah makanan yang perlu dicerna menyebabkan jus ini menghakis dinding lapisan dalam perut.

Dr. Mohd Faisal menjelaskan, makanan mengandungi kafein seperti kopi, minuman berkarbonat, makanan pedas, berlemak, kari dan minuman keras antara stimulus untuk jus usus dirembeskan dengan banyak.

"Asap rokok sama ada perokok atau perokok pasif dan stres boleh juga menjadi penyebab selain ubat tahan sakit. Adalah amat penting untuk merawat gastrik ini ketika masih di peringkat awal," ujarnya.

Siapa berisiko

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah ini dengan nisbah 1.5 hingga dua kali ganda berbanding wanita. Kebiasaannya individu-individu berikut berisiko menghidap gastrik.

Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama non-steroid anti-inflammatory drugs (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah). Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa). Jangkitan bakteria Helicobakter Pylori (H. Pylori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui dua cara iaitu :

a. Bakteria H. Pylori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan.b. Bakteria H. Pylori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini Individu yang banyak mengalami tekanan atau stres sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik.

RawatanLazimnya, boleh dikawal dengan ubat gastrik terutama ubat yang boleh mengurangkan rembesan jus usus selain ubat yang boleh meneutralkan jus usus yang sedia ada dalam perut.

Masalahnya, ramai pesakit yang salah anggap kerana tidak mengambil ubat tetapi menggantikannya dengan makanan.

Pesakit seperti ini menganggap apabila mereka tiba-tiba diserang gastrik, mereka perlu makan. Seharusnya, mereka mendapatkan rawatan termasuk pengambilan ubat gastrik seperti yang disarankan oleh pakar.

Oleh itu, Dr. Mohd. Faisal menasihatkan, jika simptom terutamanya sakit menjadi teruk atau muntah semakin kerap, adalah lebih baik jika rawatan lanjut diberikan di wad kecemasan dan seterusnya dirujuk kepada pakar.

"Beberapa ujian pemeriksaan perlu dijalankan seperti OGDS (esophagogastroduodendoscopy) atau endoskopi. Prosedur ini dilakukan dengan memasukkan satu kamera kecil melalui mulut dan melalui kamera itu dinding usus dapat diperhatikan dengan jelas dan mengenal pasti berapa banyak kawasan yang terjejas," ujarnya. KAJIAN 8 Pakar Bedah Am dan Gastro Intestinal, KPJ Tawakkal Specialist Hospital, Dr Sukumar Nadesan berkata, jika radang perut dibiarkan berlarutan, ia boleh menjadi bentuk gastritis yang lebih serius iaitu ulser.Keadaan ini boleh menjejaskan perut dan deodenum (usus kecil). Ada beberapa terminologi lain seperti gastritis, gastrodeodonitis dan juga reflux (jeluak). Apapun, ia masih berada dalam satu lingkungan spektrum penyakit. Masalah utama penyakit ini adalah asid. Keduanya kadangkala ada banyak asid dalam perut dan ia dilindungi oleh satu lapisan membran.

Apabila terlalu banyak asid dan lapisan pelindung mula terhakis, pesakit akan mula mendapat gastritis, katanya ketika ditemui Sihat baru-baru ini.Lazimnya, kebanyakan mengalami gastrik akibat jangkitan bakteria (Helicobacter Pylori). Keduanya, amalan pemakanan seperti terlalu kerap makan di luar, masa makan yang tidak teratur, jenis makanan seperti pedas, berempah, makan terlalu banyak dan tabiat buruk seperti minum arak atau merokok.

Mengamalkan pengambilan ubat penahan sakit untuk merawat demam, sakit tulang, sakit belakang selain tekanan hidup dan tempat kerja turut menyumbang kepada penyakit gastrik.

Antara gejala lazim yang dialami adalah sakit pada bahagian hulu hati dan pedih hingga naik ke bahagian dada, loya, muntah, kadangkala sembelit dan cirit birit. Ramai juga pesakit gastrik yang mengaitkannya dengan banyak angin dan kembung serta hilang selera makan.

Sikap suka melengah-lengahkan rawatan kerana takut menyebabkan keadaan menjadi bertambah serius dan akhirnya pesakit terpaksa menerima rawatan kecemasan iaitu pembedahan. Kes ini biasanya membabitkan pesakit yang mendapat serangan gastrik waktu malam selepas parti atau tidak dapat tidur akibat jeluak asid.

Komplikasi gastrik yang melarat sehingga menjadi ulser antaranya muntah, muntah darah atau buang air besar berwarna gelap akibat pendarahan yang keluar melalui najis. Ada juga kes yang serius sehingga dinding perut bocor akibat ulser dan memerlukan pembedahan segera.

Dr Sukumar menjelaskan, ulser yang dibiar terlalu lama boleh menyekat saluran perut. Ini kerana apabila ulser menjadi kronik, ia akan menyempitkan saluran dekat bahagian pylorus. Bgaimanapun dengan teknologi perubatan yang semakin moden, peringkat akhir ulser dan gastrik masih boleh disembuhkan tanpa pembedahan.

Ketika ini, jika pesakit datang dengan pendarahan, pakar akan melakukan skop, menyuntik ubat dan terus memberhentikan pendarahan. Jika ia diakibatkan bakteria, antibiotik diberikan untuk membunuh bakteria. Ini kerana satu sifat semula jadi perut yang menakjubkan ialah ia mampu membina semula sel selepas berlaku hakisan pada lapisan perut dengan bantuan ubat tanpa meninggalkan parut.

Ujian pula boleh dijalankan iaitu dengan mengetahui latar belakang pesakit di mana ia boleh disahkan secara diagnosis termasuk endoskop, ujian darah, ujian pernafasan, ujian keasidan dan imbasan sinar-x.

Berbanding gastrik kronik, jenis gastrik akut iaitu mereka yang sakit disebabkan oleh bakteria Helicobacter Pylori atau berpunca dari pengambilan ubat tahan sakit lebih mudah dirawat. Ini kerana pengamal perubatan boleh mengesan punca serangan itu. Ini bermakna doktor akan merawat gastrik dan mengelak punca penyebab gastrik berkenaan.

Pesakit gastrik kronik, (kerap mendapat serangan gastrik seperti setiap dua bulan) sukar untuk dirawat. Lazimnya sebagai rawatan peringkat pertama pesakit akan dirawat dengan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat kapur yang berfungsi untuk melemahkan asid.

Rawatan seterusnya jika langkah pertama kurang berkesan ialah pengambilan H2 Blocker untuk mengurangkan asid sehingga 50 peratus. Kaedah ini popular lima tahun lalu sebelum Proton Pump Inhibitors (PPI) yang lebih kuat dosnya diperkenalkan. Hanya dengan sebiji PPI setiap hari, sehingga 90 peratus asid mampu dikurangkan.

Biarpun kini PPI dianggap sebagai ubatan utama, kadar tersebar luas, penyakit gastrik yang semakin meningkat terutama dengan pembangunan dan arus pemodenan yang pesat seharusnya membimbangkan semua. Banyak perkara yang perlu diubah terutama di kalangan pesakit gastrik kronik kerana ia membabitkan gaya hidup yang sekian lama diamalkan.

Perubahan gaya hidup adalah kunci utama kepada kehidupan yang sihat dan bebas dari tekanan. Makan pada waktunya, memilih diet yang seimbang, berhenti merokok dan minum arak serta bersenam adalah cara terbaik untuk kekal cergas dan sihat.

Pesanan saya kepada pesakit yang mengalami penyakit ini, janganlah terlalu tertekan dan merasa terdesak untuk mendapatkan penawar secara serta merta. Kadangkala agak sukar untuk sembuh secara serta merta, namun anda perlu bersabar, makan ubat dan ikutlah saranan doktor, kata Dr Sukumar. PENUTUP

Ekoran daripada cara hidup moden yang penuh dengan makanan segera yang kurang berkhasiat dan macam-macam tekanan hidup, pelbagai-bagai penyakit moden telahpun semakin mengancam kesihatan kita. Masalah Gastrik sudah menjadi satu masalah kesihatan yang semakin popular di antara warganegara kota.

Masalah gastrik itu sebenarnya merupakan satu tanda amaran bahawa badan anda sudah menjadi semakin berasid. Ubat-ubat gastrik itu cuma hanya menipu badan anda dengan menutup gejala gastrik ini. Akar umbi masalah gastrik ini adalah pengumpulan sisa-sisa toksik berasid yang terlalu banyak sejak bertahun-tahun dahuluSebenarnya, masalah gastrik asid berlebihan ini adalah susah untuk ditangani. Ini adalah kerana masalah ini adalah seperti hantu, ia boleh menyerang anda minggu ini dan kemudian hilang untuk beberapa minggu dan datang kembali secara tiba-tiba.

Terdapat pelbagi faktor yang menyebabkan masalah gastrik asid, ada yang mengatakan bahawa ia adalah berpunca daripada cara permakanan, ada pula yang mengatakan ia berpunca daripada jangkitan bakteria.

Mungkin ramai mendakwa gastrik hanya hadir apabila seseorang itu mengamalkan diet yang terlalu ekstrim atau selalu tidak mengambil makanan. Hakikatnya itu tidak benar sama sekali. Gastrik boleh hadir disebabkan oleh banyak faktor.