garis panduan keberhasilan penilaian...
TRANSCRIPT
Muka Surat 1/25
GARIS PANDUAN KEBERHASILAN
PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1. Garis panduan ini ialah panduan bagi Pegawai Penilai (PP) dan Pegawai Yang
Dinilai (PYD) dalam penilaian keberhasilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP).
2. Penilaian Keberhasilan merupakan salah satu daripada komponen Penilaian
Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Penilaian ini perlu
dilaksanakan sebanyak dua kali setahun.
3. Instrumen Keberhasilan ini akan digunakan kepada semua PPP berasaskan
perkembangan modal insan dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
4. Instrumen keberhasilan bertujuan untuk mengukur peningkatan dan bukannya
pencapaian. Peningkatan bermaksud sebarang bentuk perkembangan
pengetahuan / kemahiran / hasil kerja / tingkah laku.
5. Instrumen keberhasilan ini adalah merujuk kepada sasaran peningkatan
berasaskan konsep ‘Job-Based and Work Place’ dan bukannya sasaran
pencapaian yang ditetapkan oleh pihak JPN dan PPD.
+
Penilaian
Kompetensi dan
Potensi
Penilaian
Keberhasilan
Penilaian Bersepadu
Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan =
Muka Surat 2/25
6. Instrumen ini dibahagikan kepada 5 kumpulan penilaian berdasarkan kluster
fungsional fungsi tugas PPP iaitu:
PdP – Kumpulan Pengajaran dan Pembelajaran iaitu Guru dan Pensyarah.
PTA – Kumpulan Pengajaran dan Pengurusan iaitu Pengetua, Guru Besar,
Penolong Kanan, Ketua Jabatan / Ketua Pusat di Institusi Pendidikan.
PTB – Kumpulan Pengurusan dan Pentadbiran iaitu bagi pegawai yang
berkhidmat di Bahagian KPM, Jabatan Pendidikan Negeri , Pejabat
Pendidkan Daerah, BTPN, PKG, Pusat Kokurikulum dan sebagainya.
JL – Kumpulan Jurulatih di Sekolah Seni dan Sekolah Sukan.
FASI – Kumpulan Fasilitator terdiri daripada SISC+, SIPartners+, FasiLINUS,
Kaunselor Organisasi, dan Guru Bimbingan Kaunseling.
7. PP perlu membuat Persetujuan Bersama dengan PYD. Persetujuan Bersama ialah
persetujuan bersama antara PP dengan PYD berkaitan sasaran yang
dicadangkan untuk dicapai oleh PYD. Keberhasilan sasaran merupakan
keberhasilan bidang tugas utama (subjek major bagi guru). Persetujuan
Bersama ini perlu disemak semula pada pertengahan tahun dan penetapan
skor akhir penilaian adalah pada akhir tahun.
8. Pegawai Penilai 1 (PP1) dan Pegawai Penilai 2 (PP2) perlu membuat
perbincangan dengan Pegawai Yang Dinilai (PYD) bagi mana-mana perkara
yang boleh menunjukkan peningkatan keberhasilan berdasarkan contoh
semakan yang diberi seperti:
TOV = Take off Value
ETR = Estimated Target Result
AR = Actual Result
GPMP = Gred Purata Mata Pelajaran
BAND = Band berdasarkan DSP (Dokumen Standard Pentaksiran)
BRM = Buku Rekod Mengajar
BK9 = Borang penilaian bagi pensyarah IAB
GPS = Gred Purata Sekolah
CGPA = Cumulative Grade Point Average
SKT = Sasaran Kerja Tahunan
Kemahiran
Pingat pencapaian
Penyertaan
Laporan
Sebarang pembuktian berkaitan peningkatan
Muka Surat 3/25
9. Catatan peningkatan keberhasilan perlu dicatat pada dokumen rujukan utama.
Dokumen rujukan utama adalah seperti berikut:
i) Guru = BRM / Folio Pengajaran (Tingkatan 6)
ii) PTA = SKT
iii) PTB = SKT
iv) JL = BRM/ Borang Semakan Prestasi Murid (Sekolah Seni)/ Buku Rekod
Latihan Jurulatih (Sekolah Sukan)
v) FASI = Buku Rekod Perkhidmatan (GBK)
10. Ukuran peningkatan adalah berdasarkan 4 aras pencapaian iaitu:
i) 4 = Cemerlang
ii) 3 = Baik
iii) 2 = Sederhana
iv) 1 = Lemah
11. Setiap aras peningkatan dibezakan berdasar pernyataan kualiti bagi setiap aras
penilaian seperti berikut:
i) Skor 4....... peningkatan melebihi10%
ii) Skor 3...... peningkatan antara 5-9.99%
iii) Skor 2....... peningkatan antara 1-4.99%
iv) Skor 1....... antara negatif – 0.99%
12. PP perlu berbincang dengan PYD sebelum penilaian, semasa penilaian, dan
selepas penilaian.
13. Skor penilaian yang telah dipersetujui bersama oleh PYD dengan PP1 dan PP2
hendaklah dicatat pada ruang instrumen yang disediakan dan ditandatangani
oleh ketiga-tiga pihak serta dokumen ini perlu difailkan.
14. Skor yang telah dipersetujui bersama ini perlulah dimasukkan ke dalam sistem
SMG Modul e-Prestasi oleh PP1 sahaja.
Muka Surat 4/25
CARTA ALIR PENILAIAN KEBERHASILAN
MULA
PENILAIAN PERTENGAHAN TAHUN / PENGGAL
PERSETUJUAN BERSAMA
MASUKKAN MARKAH KE
DALAM SISTEM SMG MODUL e-
PRESTASI
PENILAIAN AKHIR
TAHUN / PENGGAL
SEMAKAN
SEMULA
PERSETUJUAN
BERSAMA
PERBINCANGAN PENENTUAN SKOR KEBERHASILAN
Setuju
Tidak setuju
Muka Surat 5/25
INSTRUMEN KEBERHASILAN
BIL KUMPULAN
PENILAIAN PENINGKATAN
MARKAH 4 3 2 1
RUJUKAN Cemerlang Baik Sederhana Lemah
1
PdP
PENINGKATAN ILMU/
KEMAHIRAN
GPS
BK9
TOV
ETR
CGPA
AR
GPMP
GP Sekolah
BRM
SKT
Kemahiran
Pencerapan
Pemerhatian
Pingat
Penyertaan
Band
Laporan
Sebarang
pembuktian
berkaitan
peningkatan
Terdapat peningkatan ilmu/ kemahiran melibatkan sebahagian besar sasaran
Terdapat peningkatan ilmu/ kemahiran melibatkan sebahagian sasaran
Terdapat peningkatan ilmu/ kemahiran melibatkan sebahagian kecil sasaran
Tiada peningkatan ilmu/ kemahiran
2 PTA
PENINGKATAN
PENCAPAIAN
SASARAN
Terdapat peningkatan pencapaian
melibatkan sebahagian besar
sasaran
Terdapat peningkatan pencapaian melibatkan sebahagian sasaran
Terdapat peningkatan pencapaian melibatkan sebahagian kecil sasaran
Tiada peningkatan pencapaian sasaran
3 PTB
PENINGKATAN HASIL
KERJA/ PENCAPAIAN
HASIL KERJA
Terdapat peningkatan hasil kerja /
pencapaian hasil kerja melibatkan
sebahagian besar sasaran
Terdapat peningkatan hasil
kerja / pencapaian hasil kerja
melibatkan sebahagian
sasaran
Terdapat peningkatan hasil
kerja/ pencapaian hasil kerja
melibatkan sebahagian kecil
sasaran
Tiada peningkatan hasil
kerja / pencapaian hasil
kerja
4 JL
PENINGKATAN
PENCAPAIAN/
KEMAHIRAN DALAM
BIDANG
Terdapat peningkatan pencapaian/
kemahiran dalam bidang
melibatkan sebahagian besar
sasaran
Terdapat peningkatan pencapaian / kemahiran dalam bidang melibatkan sebahagian sasaran
Terdapat peningkatan pencapaian / kemahiran dalam bidang melibatkan sebahagian kecil sasaran
Tiada peningkatan pencapaian / kemahiran dalam bidang
5 FASI
PENINGKATAN/
PERUBAHAN KLIEN
Terdapat peningkatan / perubahan
klien melibatkan sebahagian
besar sasaran
Terdapat peningkatan / perubahan klien melibatkan sebahagian sasaran
Terdapat peningkatan / perubahan klien melibatkan sebahagian kecil sasaran
Tiada peningkatan / perubahan klien
T/TANGAN PYD T/TANGAN PP1 T/TANGAN PP2
NAMA NAMA NAMA
TARIKH TARIKH TARIKH
MARKAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Muka Surat 6/25
CONTOH PENILAIAN
1. GRED PURATA MATA PELAJARAN (GPMP)
• Penilaian keberhasilan ini diukur dengan melihat peningkatan yang berlaku dalam aspek sama ada peratus kelulusan, peratus kecermerlangan (semua A) dan GPMP kelas yang diajar oleh seseorang guru mata pelajaran.
PENYATAAN UMUM
• Pegawai Yang Dinilai (PYD) membuat persetujuan bersama dengan Pegawai Penilai (PP) berkaitan sasaran (ETR) mata pelajaran kelas yang diajar oleh PYD.
PERSETUJUAN BERSAMA AWAL TAHUN
• Pegawai Yang Dinilai (PYD) membuat membuat semakan semula sasaran persetujuan bersama dengan Pegawai Penilai (PP) berkaitan sasaran (ETR) mata pelajaran kelas yang diajar oleh PYD.
PENYATAAN KEBERHASILAN PERTENGAHAN TAHUN
• PP membandingkan keputusan PAT (Pernyataan Akhir Tahun) dengan ETR mata pelajaran kelas yang diajar oleh PYD bagi melihat sama ada berlaku peningkatan atau sebaliknya.
PENYATAAN KEBERHASILAN AKHIR TAHUN
• PP akan memberikan aras pencapaian kepada PYD KEPUTUSAN
Muka Surat 7/25
Senario 1
BIL PERKARA TINDAKAN
1 Persetujuan
Bersama
Persetujuan Bersama Cikgu Ali dengan PP dan sekolah bahawa
peningkatan peratus lulus kelas yang beliau ajar seperti berikut:-
2
Semakan semula
Penilaian
Keberhasilan
Pertengahan
Tahun
Tidak ada sebarang perubahan dalam Persetujuan Bersama
3
Keputusan
Penilaian
Keberhasilan
Akhir Tahun
SEKOLAH : SK XYZ MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU
PERSETUJUAN BERSAMA AWAL TAHUN BERDASARKAN ETR
KELAS BIL.
CALON %
LULUS
T5A 34 96
T4C 35 80
T5F 35 40
SEKOLAH : SK XYZ MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU
PENCAPAIAN AKHIR TAHUN
KELAS BIL.
CALON
% LULUS
T5A 34 100
T4C 35 78
T5F 35 50
SEKOLAH : SK XYZ MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU
PERSETUJUAN BERSAMA AWAL TAHUN BERDASARKAN ETR
KELAS BIL.
CALON %
LULUS
T5A 34 96
T4C 35 80
T5F 35 40
SEKOLAH : SK XYZ MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU PENCAPAIAN PERTENGAHAN TAHUN
KELAS BIL.
CALON %
LULUS
T5A 34 90
T4C 35 70
T5F 35 30
Muka Surat 8/25
4 Keputusan
Peningkatan 4.17% + 25% = 26.17%
Ini menunjukkan Cikgu Ali layak mendapat skor 4 dalam penilaian
keberhasilan berdasarkan peratus peningkatan melebihi10%
Kelas ETR
% Kelulusan
Akhir Tahun
Kiraan
Peningkatan /
Penurunan Peratus
Kelulusan
T5A 96 100 100-96/96x100= Peningkatan 4.17% T4C 80 78 78-80/80x100= Penurunan -2.25 % T5F 40 50 50-40/40x100= Peningkatan 25%
Muka Surat 9/25
Senario 2
BIL PERKARA TINDAKAN
1 Persetujuan
Bersama
Persetujuan Bersama Cikgu Ali dengan PP dan sekolah bahawa
peningkatan peratus lulus kelas yang beliau ajar seperti berikut:-
2
Semakan semula
Penilaian
Keberhasilan
Pertengahan
Tahun
Tidak ada sebarang perubahan dalam Persetujuan Bersama
3
Keputusan
Penilaian
Keberhasilan
Akhir Tahun
SEKOLAH : SK XYZ MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU
PERSETUJUAN BERSAMA YANG
DIPERBAIKI PADA PERTENGAHAN TAHUN
KELAS BIL.
CALON
%
LULUS
T5A 34 40
T4C 35 30
T5F 35 10
SEKOLAH : SK XYZ MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU
PENCAPAIAN AKHIR TAHUN
KELAS BIL.
CALON
% LULUS
T5A 34 52
T4C 35 32
T5F 35 10
SEKOLAH : SK XYZ MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU
PERSETUJUAN BERSAMA AWAL TAHUN BERDASARKAN ETR
KELAS BIL.
CALON %
LULUS
T5A 34 80
T4C 35 60
T5F 35 40
SEKOLAH : SK XYZ MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU PENCAPAIAN PERTENGAHAN TAHUN
KELAS BIL.
CALON
%
LULUS
T5A 34 50
T4C 35 40
T5F 35 20
Muka Surat 10/25
4
Keputusan
Peningkatan hanya = 4 %
i) Ini menunjukkan Cikgu Ali layak mendapat skor 2 dalam
penilaian keberhasilan berdasarkan peratus peningkatan
antara 1- 4.99%
Kelas Persetujuan Bersama
% Kelulusan Akhir Tahun
Kiraan
Peningkatan/
Penurunan Peratus
Kelulusan
T5A 50 52 52-50/50x100= Peningkatan 4% T4C 40 32 32-40/40x100= Penurunan -20% T5F 20 10 10-20/20x100= Penurunan -50%
Muka Surat 11/25
2. Pendidikan Khas
•Keberhasilan bagi murid Pendidikan Khas boleh dilihat dari instrumen penilaian sedia ada seperti:
•a. RPI -Rancangan Pengajaran Individu
•b. Senarai Semak
•c. Peperiksaan
•d. Pemerhatian
•e. Eviden
•f. Tafsiran item dalam penilaian JJ
PERNYATAAN UMUM
•a. RPI - 70% murid boleh mencapai perubahan perlakuan bagi satu pergerakan motor halus
•b. Senarai Semak - 70 % murid dapat melakukan aktiviti yang diarahkan oleh guru
•c. Peperiksaan - 70% murid lulus dalam mata pelajaran yang diambil
•d.Tafsiran item dalam penilaian JJ - 70% murid dapat menguasai tafsiran item
PERSETUJUAN BERSAMA AWAL TAHUN
•a. RPI - 40 % murid boleh mencapai perubahan perlakuan bagi satu pergerakan motor halus
•b. Senarai Semak - 35 % murid dapat melakukan aktiviti yang diarahkan oleh guru
•c. Peperiksaan - 35% murid lulus dalam mata pelajaran yang diambil
•d.Tafsiran item dalam penilaian JJ - 35% murid dapat menguasai tafsiran item
PERNYATAAN KEBERHASILAN PERTENGAHAN TAHUN
•a. RPI - 57 % murid boleh mencapai perubahan perlakuan bagi satu pergerakan motor halus
•b. Senarai Semak - 57 % murid dapat melakukan aktiviti yang diarahkan oleh guru
•c. Peperiksaan - 57 % murid lulus dalam mata pelajaran yang diambil
•d.Tafsiran item dalam penilaian JJ - 35% murid dapat menguasai tafsiran item.
PERNYATAAN KEBERHASILAN AKHIR TAHUN
•PYD layak mendapat skor 3 berdasarkan rubrik sebahagian yang mencapai sasaran.
KEPUTUSAN
Muka Surat 12/25
3. Headcount (TOV/ ETR/ AR)
•Pengukuran Keberhasilan Guru adalah berasaskan kepada Headcount murid yang mengandungi maklumat seperti TOV,ETR dan AR
•Fokus diberikan terhadap peningkatan murid dalam ujian atau peperiksaan.
• Penilaian Keberhasilan Guru juga dapat dinilai dengan melihat kepada peratus kecemerlangan kelulusan dalam peperiksaan
PERNYATAAN UMUM
•100% murid lulus dalam peperiksaan .
•30 % murid mendapat A dalam peperiksaan akhir tahun bagi Bahasa Melayu Pemahaman.
•8 daripada 26 murid mendapat A dalam peperiksaan Bahasa Melayu Pemahaman.
PERSETUJUAN BERSAMA AWAL TAHUN
•100% murid lulus dalam peperiksaan
•20 % murid mencapai sasaran A dalam peperiksaan Pertengahan Tahun.
•6 daripada 26 murid mendapat sasaran A dalam peperiksaan Bahasa Melayu Pemahaman.
PERNYATAAN KEBERHASILAN PERTENGAHAN TAHUN
•100 % lulus dalam Peperiksaan Akhir Tahun.
•35 % murid mendapat A dalam pencapaian peperiksaan Akhir Tahun dalam aspek Bahasa Melayu Pemahaman
•10 daripada 26 murid mendapat sasaran A dalam peperiksaan Bahasa Melayu Akhir
PERNYATAAN KEBERHASILAN AKHIR TAHUN
•Pegawai yang dinilai mendapat skor 4 kerana mencapai sasaran. KEPUTUSAN
Muka Surat 13/25
4. Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
•Penilaian keberhasilan ini diukur dengan melihat peningkatan dari aspek tahap penguasaan. Penetapan peningkatan adalah berdasarkan tahap penguasaan yang ditetapkan.
PERNYATAAN UMUM
•75% murid mencapai objektif yang digariskan berdasarkan tahap penguasaan yang ditetapkan mengikut topik.
•20% murid mencapai satu tahap lebih tinggi daripada tahap penguasaan yang ditetapkan berdasarkan topik.
PERSETUJUAN BERSAMA AWAL TAHUN
•Sebahagian murid mencapai objektif yang digariskan berdasarkan tahap penguasaan yang ditetapkan mengikut topik. Penambahbaikan persetujuan bersama boleh dibuat berdasarkan peningkatan persetujuan bersama awal tahun.
PERNYATAAN KEBERHASILAN PERTENGAHAN TAHUN
•75% murid mencapai objektif seperti yang ditetapkan setelah dibuat penambahbaikan selepas pernyataan keberhasilan pertengahan tahun.
PERNYATAAN KEBERHASILAN AKHIR TAHUN
•75% murid mencapai objektif seperti yang ditetapkan setelah dibuat penambahbaikan selepas pernyataan keberhasilan pertengahan tahun.
•15% murid mencapai satu tahap lebih tinggi daripada tahap penguasaan yang ditetapkan berdasarkan topik.
•keputusan ini telah melayakkan PYD mendapat skor 4 berdasarkan rubrik.
KEPUTUSAN
Muka Surat 14/25
5. Pra Sekolah
•Keberhasilan ( Kemahiran Membaca ) bagi murid prasekolah dapat dilihat dari instrumen penilaian sedia ada seperti :
•a. Pemerhatian - tingkah laku, perbualan atau interaksi dan hasil kerja
•b. Merekod - Senarai Semak , Rekod Anekdot ( catatan ringkas) dan Rekod Berterusan ( catatan terperinci )
PERNYATAAN UMUM
•a. Pemerhatian
•Hasil kerja - 20 daripada 25 orang murid telah menguasai hasil kerja dengan sempurna
•b. Merekod
•Senarai Semak - 20 daripada 25 orang murid telah menguasai kemahiran membatangkan sukukata menjadi perkataan, membaca frasa dan ayat mudah
• Rekod Anekdot - 80 % dapat mengenal pasti dan penyelesaian masalah tingkah laku atau kemahiran murid
PERSETUJUAN BERSAMA AWAL TAHUN
•a. Pemerhatian
•Hasil Kerja - 18 daripada 25 orang murid telah menguasai dengan sempurna
•b. Merekod
•Senarai Semak - 20 daripada 25 orang murid menguasai kemahiran mengenal huruf a-z 18 daripada 25 orang murid menguasai kemahiran membatang suku kata kv, kvk. vkv, kvk, kvkv Rekod Anekdot - 40 % dapat mengenal pasti masalah murid
PERNYATAAN KEBERHASILAN PERTENGAHAN TAHUN
•a. Pemerhatian
•Hasil Kerja - 21 daripada 25 orang telah menguasai hasil kerja dengan sempurna
•b. Merekod
•Senarai Semak - 21 daripada 25 orang murid telah menguasai kemahiran membaca perkataan, frasa dan ayat yang mudah Rekod Berterusan - 84% mengenal pasti dan penyelesaian masalah tingkah laku atau sikap dan kemahiran murid
PERNYATAAN KEBERHASILAN AKHIR TAHUN
•Secara keseluruhannya, penguasaan murid dalam aspek kemahiran membaca ada peningkatan sebanyak 84 % kerana seramai 21 daripada 25 orang murid telah menguasai kemahiran membaca. Maka PYD layak mendapat aras 4 kerana peratus peningkatan melebihi 10%
KEPUTUSAN
Muka Surat 15/25
6. Cumulative Grade Point Average (CGPA)
• Pengukuran Keberhasilan Guru adalah berasaskan kepada Headcount murid yang mengandungi maklumat seperti TOV,ETR dan AR
• Fokus diberikan terhadap peningkatan murid dalam ujian atau peperiksaan.
• Penilaian Keberhasilan Guru juga dapat dinilai dengan melihat kepada peratus kecemerlangan kelulusan dalam peperiksaan
PERNYATAAN UMUM
• Pegawai yang menilai dan dinilai harus berbincang dan mendapat persetujuan bersama.
• 100% murid lulus dalam peperiksaan .
• 30 % murid mendapat A dalam peperiksaan akhir tahun bagi Bahasa Melayu Pemahaman.
• 8 daripada 26 murid mendapat A dalam peperiksaan Bahasa Melayu Pemahaman.
PERSETUJUAN BERSAMA AWAL TAHUN
• 100% murid lulus dalam peperiksaan
• 20 % murid mencapai sasaran A dalam peperiksaan Pertengahan Tahun.
• 6 daripada 26 murid mendapat sasaran A dalam peperiksaan Bahasa Melayu Pemahaman.
PERNYATAAN KEBERHASILAN PERTENGAHAN TAHUN
• 100 % lulus dalam Peperiksaan Akhir Tahiun.
• 35 % murid mendapat A dalam pencapaian peperiksaan Akhir Tahun dalam Bahasa Melayu Pemahaman
• 10 daripada 26 murid mendapat sasaran A dalam peperiksaan Bahasa Melayu Akhir
PERNYATAAN KEBERHASILAN AKHIR TAHUN
• Pegawai yang dinilai mendapat skor 4 kerana mencapai sasaran. KEPUTUSAN
Muka Surat 16/25
7. Jurulatih Sukan
• Pasukan Bola Tampar SSTMI terdiri daripada 18 atlet lelaki yang berumur antara 13 hingga 17 tahun.
PERNYATAAN UMUM
• a)Menyasarkan 10 orang atlet (55.56%) bola tampar mewakili negeri masing-masing di Kejohanan Bola Tampar MSSM 2014.
• b)Menyasarkan 3 orang atlet (16.67%) bola tampar mewakili pasukan MSSM ke ASG ke-6 di Manila Filipina.
PERSETUJUAN BERSAMA AWAL TAHUN
• a)Seramai 12orang atlet (66.67%) terpilih mewakili negeri masing-masing di Kejohanan Bola Tampar MSSM 2014-melebihi sasaran.
• b)Hanya 2 orang atlet (11.11%) terpilih mewakili pasukan MSSM ke ASG di Manila, Filipina - tidak mencapai sasaran.
• Memandang pasukan tidak menyerlah secara tidak langsung pemain SSTMI tidak terpilih ke ASG.
PERNYATAAN KEBERHASILAN PERTENGAHAN TAHUN
• 12 orang atlet berjaya mewakili negeri masing-masing melebihi sasaran 10 orang atlet.
• 2 orang atlet berjaya mewakili MSSM , tidak mencapai sasaran iaitu kekurangan seorang atlet.
PERNYATAAN KEBERHASILAN AKHIR TAHUN
• Calon mendapat 4 kerana sebahagian besar atlet yang disasarkan berjaya.
KEPUTUSAN
Muka Surat 17/25
8. Jurulatih Seni (Senario 1)
•Keberhasilan bagi subjek kesenian berdasarkan peningkatan deskriptor Dokumen Standard Pentaksiran (DSP) yang terkandung dalam band.
•Proses pendokumentasian dicatat dalam borang semakan prestasi murid berdasakan format yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan
•Perkembangan peningkatan dilihat hanya pada satu saja deskriptor daripada standard A, B dan C ( Pengetahuan dan kemahiran). Rujuk lampiran
•Penilaian keberhasilan merujuk pada satu kelas saja.
PERNYATAAN UMUM
• Persetujuan Bersama Cikgu Sabaruddin dengan PP dan sekolah bahawa Tingkatan 1 Seni Visual adalah sebanyak 60% murid meningkat pengetahuan dan kemahiran bagi standard A, B dan C
PERSETUJUAN BERSAMA AWAL TAHUN
•26% murid Tingkatan 1 Seni Visual mencapai peningkatan pada standard A, B dan C.
PERNYATAAN KEBERHASILAN PERTENGAHAN TAHUN
•Pada akhir tahun, murid Tingkatan 1 Seni Visual telah mencapai 50% peningkatan pengetahuan dan kemahiran pada standard A, B dan C
PERNYATAAN KEBERHASILAN AKHIR TAHUN
•Secara keseluruhan Cikgu Sabarudin telah menunjukkan peningkatan pencapaian murid yang disasarkan berdasarkan persetujuan bersama
•Oleh itu beliau layak untuk mendapat aras 4 bagi keberhasilan kerana pencapaian keberhasilan beliau melebihi 10%.
KEPUTUSAN
Muka Surat 18/25
1. Contoh : DSP Seni Visual Band 1
Standard Desktiptor Catatan
A. Mengetahui bahasa, unsur dan prinsip rekaan seni visual secara asas
A1 Menyatakan bahasa seni visual secara asas
/
A2
A3
B. Mengetahui sejarah dan tokoh seni visual tanah air dan antarabangsa
B1 Menyatakan tokoh seni visual tanah air
/
B2
B3
C. Mengetahui alat, bahan dan media dalam penghasilan karya mudah
C1 Mengenali alat, bahan dan media asas Seni Visual
/
C2
C3
C4
C5
2. Contoh Pengiraan Pencapaian
Situasi 1 Kelas
TINGKATAN JUMLAH
MURID
SASARAN
(%)
SETENGAH
TAHUN (%)
AKHIR
TAHUN
(%)
CATATAN
1 Seni Visual 19 60 25 50 50-60/60x100 =
-16.67%
v) Penentuan pencapaian keberhasilan adalah 1 kerana skor peningkatan antara negatif –
0.99%
Muka Surat 19/25
9. Jurulatih Seni (Senario 2)
1. Pernyataan Umum
Keberhasilan bagi subjek kesenian berdasarkan peningkatan deskriptor Dokumen Standard Pentaksiran (DSP) yang terkandung dalam band.
Proses pendokumentasian dicatat dalam Borang Semakan Prestasi Murid berdasarkan format yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan
Perkembangan peningkatan dilihat hanya pada satu saja deskriptor daripada standard A, B dan C (Pengetahuan dan kemahiran) – Rujuk Lampiran
Penilaian keberhasilan merujuk pada empat kelas
1. Persetujuan Bersama
Awal Tahun
Persetujuan Bersama Cikgu Sabaruddin dengan PP dan sekolah bahawa Tingkatan 1 mata pelajaran Seni Visual murid meningkat pengetahuan dan kemahiran bagi standard A, B dan C.
Tingkatan Sasaran
1 Seni Visual 60
1 Seni Teater 50
1 Seni Muzik 50
1 Seni Tari 50
2. Pernyataan Keberhasilan Pertengahan Tahun
Semua murid tingkatan 1 mata pelajaran Seni Visual l berlaku peningkatan pada standard A, B dan C.
Tingkatan Sasaran (%) Pencapaian
½ tahun (%)
1 Seni Visual 60 26
1 Seni Teater 50 25
1 Seni Muzik 50 20
1 Seni Tari 50 26
Muka Surat 20/25
3. Pernyataan Keberhasilan Akhir Tahun
Pada akhir tahun, murid Tingkatan 1 mata pelajaran Seni Visual telah mencapai peningkatan pengetahuan dan kemahiran pada standard A, B dan C tetapi ada yang tidak mencapai sasaran.
Tingkatan Sasaran
(%)
Pencapaian ½ tahun
(%)
Pencapaian Akhir
tahun (%) Kiraan
1 Seni
Visual 60 26 50 50-60/60x100=-16.67
1 Seni
Teater 50 25 44 44-50/50x100=-12
1 Seni
Muzik 50 20 52 52-50/50x100=4
1 Seni
Tari 50 26 60 60-50/50x100=24
4. Keputusan Pernyataan Keberhasilan
Secara keseluruhan Cikgu Sabarudin telah menunjukkan peningkatan sebanyak 28% dan skor keberhasilan beliau adalah 4 berdasarkan peningkatan melebihi 10%
Muka Surat 21/25
1. Contoh: DSP Seni Visual Band 1
Standard Desktiptor Catatan
D. Mengetahui bahasa, unsur dan prinsip rekaan seni visual secara asas
A1 Menyatakan bahasa seni visual secara asas
/
A2
A3
E. Mengetahui sejarah dan tokoh seni visual tanah air dan antarabangsa
B1 Menyatakan tokoh seni visual tanah air
/
B2
B3
F. Mengetahui alat, bahan dan media dalam penghasilan karya mudah
C1 Mengenali alat, bahan dan media asas Seni Visual
/
C2
C3
C4
C5
2. Situasi 4 Kelas
TINGKATAN JUMLAH
MURID
SASARAN
(%)
SETENGAH
TAHUN (%)
AKHIR
TAHUN
(%) Kiraan
1 Seni Visual 19 60 26 50 50-60/60x100=-16.67
1 Seni Teater 15 50 25 44 44-50/50x100=-12
1 Seni Muzik 17 50 20 52 52-50/50x100=4
1 Seni Tari 19 50 26 60 60-50/50x100=24
Secara keseluruhan Cikgu Sabarudin telah menunjukkan peningkatan sebanyak 28% dan skor keberhasilan beliau adalah 4 berdasarkan peningkatan melebihi 10%
Muka Surat 22/25
10. Kolej Vokasional
•Penilaian keberhasilan ini diukur dengan melihat peningkatan yang berlaku dalam aspek bilangan murid yang mendapat A dalam sesuatu modul/ mencapai kompetensi yang diharapkan.
• Bilangan murid kompeten dalam suatu modul/ lulus dalam mata pelajaran akademik
•Bilangan murid mendapat A
PERNYATAAN UMUM
• Semua murid kompeten/ lulus dalam modul / mata pelajaran akademik yang dipelajari
•10 % murid mendapat A dalam pencapaian keseluruhan modul dipelajari pada akhir tahun.
PERSETUJUAN BERSAMA AWAL TAHUN
• Semua murid kompeten/ lulus dalam modul/ mata pelajaran akademik yang dipelajari dalam tempoh yang ditetapkan.
PERNYATAAN KEBERHASILAN PERTENGAHAN TAHUN
• Semua murid kompeten/ lulus dalam modul/ mata pelajaran akademik yang dipelajari
•8% murid mendapat A dalam pencapaian keseluruhan modul / akademik
PERNYATAAN KEBERHASILAN AKHIR TAHUN
•Calon mendapat 4 kerana sebahagian besar murid mendapat A dalam modul tersebut dan semua murid kompeten / lulus dalam modul / mata pelajaran akademik yang dipelajari.
KEPUTUSAN
Muka Surat 23/25
11. Guru Bimbingan dan Kaunseling
• Keberhasilan bagi Guru Bimbingan dan Kaunseling berdasarkan kepada jumlah sesi kaunseling yang ditetapkan melalui SKT (150 sesi individu dan 40 sesi kaunseling kelompok).
• Fokus utama sesi kaunseling ialah peningkatan sahsiah.
PERNYATAAN UMUM
• 50 orang murid yang mengikuti sesi kaunseling individu sebanyak 150 sesi dan 200 orang murid yang mengikuti sesi kaunseling kelompok sebanyak 40 sesi dapat menurunkan kes sebanyak 50% setelah melalui sesi kaunseling yang beretika.
PERSETUJUAN BERSAMA AWAL TAHUN
• Sebahagian daripada murid yang telah melalui sesi kaunseling individu dan kelompok dapat menurunkan kes salah laku.
PERNYATAAN KEBERHASILAN PERTENGAHAN TAHUN
• 75% murid yang telah melalui sesi kaunseling individu dan kelompok dapat menurunkan kes salah laku selepas pernyataan keberhasilan pertengahan tahun.
PER NYATAAN KEBERHASILAN AKHIR TAHUN
• Oleh itu PYD layak mendapat skor 4 berdasarkan pencapaian melebihi 10% KEPUTUSAN
Muka Surat 24/25
KEBERHASILAN BAGI GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. Fokus utama sesi kaunseling ialah peningkatan sahsiah. a. Contoh Kes Kaunseling Individu
Jenis Kes Jumlah Murid Jumlah Sesi
Ponteng 10 30
Merokok 10 30
Buli 10 30
Kekemasan Diri 10 30
Vandalisme 10 30
Jumlah 50 150
b. Contoh Kes Kaunseling Kelompok
Jenis Kes Jumlah Murid Jumlah Kumpulan
Jumlah Sesi
Ponteng 50 5 10
Merokok 50 5 10
Buli 50 5 10
Vandalisme 50 5 10
Jumlah 200 20 40
Catatan : o Jenis kes berdasarkan kepada pemberatan kes sekolah berkenaan
2. Berlakunya penurunan kes murid (Satu Sahaja) yang mengikuti sesi kaunseling merupakan kejayaan keberhasilan murid.
a. Contoh Murid yang mengikuti Kaunseling Individu
Jenis Kes Jumlah Murid Jumlah Kes Sebelum Sesi
Jumlah Kes Selepas Sesi
Ponteng 10 100 hari 50 hari
Merokok 10 5 btg sehari 2 btg sehari
Buli 10 50 20
Kekemasan Diri 10 100 50
Vandalisme 10 50 20
Jumlah 50
b. Contoh Murid yang mengikuti Kaunseling Kelompok
Jenis Kes Jumlah Murid Jumlah Kes Sebelum Sesi
Jumlah Kes Selepas Sesi
Ponteng 50 100 hari 50 hari
Merokok 50 5 btg sehari 2 btg sehari
Buli 50 50 25
Vandalisme 50 50 25
Jumlah 200
Muka Surat 25/25
12. PT(A)
• Keberhasilan PT(A) adalah:
• i) GPS
• ii) SKT
• iii) Laporan
PERNYATAAN UMUM
• PYD dan PP bersetuju bahawa pencapaian SKT mencapai 80% daripada sasaran.
PERSETUJUAN BERSAMA AWAL TAHUN
• Semakan SKT pertengahan tahun ialah pencapaian SKT sebanyak 50%.
PERNYATAAN KEBERHASILAN PERTENGAHAN TAHUN
• Pencapaian SKT pada akhir tahun adalah 90% PERNYATAAN KEBERHASILAN AKHIR
TAHUN
• Oleh itu PYD layak mendapat skor 4 berdasarkan pencapaian melebihi 10% KEPUTUSAN