gangster is me

4
1.0 Pengenalan Menurut Haslina Hassan (2000), mengatakan gangsterisme boleh dirujukan sebagai aktivitivi yang bersifat jenayah atau sosial yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan individu. Mereka ini sanggup melakukan sesuatu tindakan yang salah di sisi undang undang demi mencapai kepuasan dan matlamat bagi dirinya. Kemunculan masalah gangsterisme di peringat sekolah akan menyebabkan pelajar mudah terbabit dalam kegiatan lain seperti membuli, peras ugut, ketagihan rokok atau dadah, poteng kelas , vandalisme ,pengaduhan kongsi gelap dan sebagainya. 2.0 Punca-Punca Antara punca yang menyebabkan berlaku kegiatan gangsterisme ialah pengaruh rakan sebaya. Rakan sebaya menpunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan seseorang individu kerana kesilapan bergaul dengan rakan yang buruk boleh mengakibatkan remaja tersebut juga menjadi jahat (Kementerian Pendidikan Malaysia,1999). Pada zaman sekarang, golongan remaja dikatakan lebih suka bergaul rapat dengan rakannya dan menganggap mereka sebagai rakan sebenar jika berbanding dengan ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka kepada anaknya. Jadi, tidak hairanlah remaja zaman ini kerap membentuk sekumpulan geng atau samseng yang mempunyai budaya dan peraturan masing masing. Contohnya di sekolah,aktiviti yang lazim dilakukan oleh golongan gangster ialah membuli pelajar yang lemah,mengutip yuran perlindungan daripada kalangan pelajar, peras ugut, ponteng sekolah, merosakkan harta benda sekolah, ketagihan rokok dan lain lain . Di samping itu, faktor seterusnya ialah kekurangan kasih sayang dan perhatian ibubapa terhadap anak mereka. Hal ini kerana kecenderungan ibubapa mengejar kekayaan semata-matanya sehinggalah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anaknya. Keadaan ini telah menyebabkan golongan remaja ini hidup dalam keadaan yang terbiar. Ibubapa tidak mengetahui tentang kegiatan yang dilakukan anaknya semasa di luar rumah. Jadi, terdapat segenlintir remaja melibatkan diri dalam kegiatan gangsterisme misalnya peras ugut supaya menarik perhatian daripada ibu bapa. Terdapat juga remaja menyertai kegiataan gangsterisme disebabkan mengalami tekanan perasaan terutamanya bagi keluarga ibu tunggal. Dengan itu,mereka memilih tindakan yang drastik seperti ,menghisap

Upload: andy-moltar

Post on 27-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

..

TRANSCRIPT

Page 1: Gangster is Me

1.0 Pengenalan

Menurut Haslina Hassan (2000), mengatakan gangsterisme boleh dirujukan sebagai aktivitivi

yang bersifat jenayah atau sosial yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan individu.

Mereka ini sanggup melakukan sesuatu tindakan yang salah di sisi undang undang demi

mencapai kepuasan dan matlamat bagi dirinya. Kemunculan masalah gangsterisme di peringat

sekolah akan menyebabkan pelajar mudah terbabit dalam kegiatan lain seperti membuli, peras

ugut, ketagihan rokok atau dadah, poteng kelas , vandalisme ,pengaduhan kongsi gelap dan

sebagainya.

2.0 Punca-Punca

Antara punca yang menyebabkan berlaku kegiatan gangsterisme ialah pengaruh rakan sebaya.

Rakan sebaya menpunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan seseorang individu kerana

kesilapan bergaul dengan rakan yang buruk boleh mengakibatkan remaja tersebut juga menjadi

jahat (Kementerian Pendidikan Malaysia,1999). Pada zaman sekarang, golongan remaja

dikatakan lebih suka bergaul rapat dengan rakannya dan menganggap mereka sebagai rakan

sebenar jika berbanding dengan ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka

kepada anaknya. Jadi, tidak hairanlah remaja zaman ini kerap membentuk sekumpulan geng

atau samseng yang mempunyai budaya dan peraturan masing masing. Contohnya di

sekolah,aktiviti yang lazim dilakukan oleh golongan gangster ialah membuli pelajar yang

lemah,mengutip yuran perlindungan daripada kalangan pelajar, peras ugut, ponteng sekolah,

merosakkan harta benda sekolah, ketagihan rokok dan lain lain .

Di samping itu, faktor seterusnya ialah kekurangan kasih sayang dan perhatian ibubapa

terhadap anak mereka. Hal ini kerana kecenderungan ibubapa mengejar kekayaan semata-

matanya sehinggalah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anaknya. Keadaan ini

telah menyebabkan golongan remaja ini hidup dalam keadaan yang terbiar. Ibubapa tidak

mengetahui tentang kegiatan yang dilakukan anaknya semasa di luar rumah. Jadi, terdapat

segenlintir remaja melibatkan diri dalam kegiatan gangsterisme misalnya peras ugut supaya

menarik perhatian daripada ibu bapa. Terdapat juga remaja menyertai kegiataan gangsterisme

disebabkan mengalami tekanan perasaan terutamanya bagi keluarga ibu tunggal. Dengan

Page 2: Gangster is Me

itu,mereka memilih tindakan yang drastik seperti ,menghisap gum, merokok memberontak,

melawan dan akhirnya menjadi samseng yang suka menimbulkan masalah sosioal.

Tambahan lagi, pengaruh media massa juga menjadi punca yang mendorong masalah

gangsterisme ini terus berleluasa.Dalam era globalisasi ini, media massa yang berbentuk

bercetak dan eletronik yang bersifat negatif semakin sukar dikawal oleh pihak kerajaaan.

Justeru, tindaklaku remaja senang dipengaruhi dengan filem yang tidak bermoral dan beretika

yang dibawa dari negara barat.Contohnya, aksi, tindaklaku, perwatakan yang bersifat negatif,

keganasan yang ditayangkan dalam filem akan menjadi ikutan kepada remaja kini sehinggalah

ia menjadi role model bagi remaja. Dengan kata lain, pembentukan personaliti, sikap dan sifat

seseorang remaja melalui saluran media massa telah menjadi kebiasaan bagi zaman remaja

sekarang untuk mencontohi apa yang dilakukan oleh pelakon dalam filem yang ditontoni. Oleh

kerana kegiatan gangsterisme telah menjejaskan keselamatan dan ketenteraman dalam

kalangan masyarakat, maka pelbagai langkah yang proaktif perlu diambil dengan segera.

3.0 Langkah Mengatasi Gengsterlisme

Antara langkah untuk mengatasi gelaja gengsterlisme ini ialah individu perlu berhati hati

memilih rakan sebaya dalam pengaulan seharian. Menurut Amir (1999), remaja lebih suka

menghabiskan masanya bersama rakan sebaya semata-mata untuk menyeronokkan. Jadi

mereka mudah terperangkap dalam kegiatan gangsterisme kerana rakannya merupakan

seorang gangster dan akhirnya juga diambil sebagai ahli kumpulan gangster tersebut.

Selain itu, ibubapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha membanteras

kegiatan gangsterisme yang semakin beleluasa pada hari kini. Mereka perlu mengambil

perhatian tindaklaku dan memantau aktiviti yang dilakukan oleh anaknya dalam pengaulan

seharian. Misalnya, ibubapa boleh terlibat dalam Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) di peringat

sekolah supaya dapat mengawal dan mengetahui tindaklaku,gerak geri anaknya dengan lebih

berkesan dengan melalui perjumpaan pihak guru kauseling dan pentadbiran sekolah. Ibubapa

juga mendedahkan didikan agama untuk menyedari para remaja tentang tindakan yang

dilakukan adalah salah ataupun betul.

Page 3: Gangster is Me

Masalah gangasterisme turut boleh diatasi jika media massa memaiankan peranan yang

lebih proaktif. Contohnya, pihak media massa sepatutnya menghentikan menyiarkan filem yang

mengandungi isu negatif seperti keganasan dan bersifat jenayah. Hal ini kerana remaja mudah

dipengaruhi dengan tindakan yang dilakukan oleh pelakon yang diminati tanpa mengira ia

merupakan sesuatu yang salah di sisi undang undang.

Pihak kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang undang seperti Akta Pencegahan

Jenayah supaya menbendung gejala ini dalam kalangan remaja. Hukuman keras wajib

diberikan kepada pesalah tanpa mengira umur yang masih kecil. Tujuannya ialah menimbulkan

perasaan ketakutan dalam kalangan remaja yang nakal. Pihak polis turut boleh bekerjasama

dengan pihak sekolah dengan mengadakan kempen atau ceramah yang berkaitan dengan

gangsterisme. Tujuannya ialah memberitahu tentang keburukkan gangsterisme kepada para

pelajar.

4.0 Penutup

Kesimpulannya, golongan remaja ditakrifkan sebagai aset yang paling bernilai bagi sesebuah

negara yang sedang membangun. Maka pelbagai langkah yang berkesan perlu dilaksanakan

supaya membantu mereka menghindari gejala gangsterisme yang membawa impak negatif

kepada masyarakat.

Page 4: Gangster is Me

Senarai Rujukan

Amir Hasan Dawi. 1999. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Edisi Ketiga. Tanjong Malim:

Quantum Books.

Haslina Hassan (2000). “Gejala Gangsterisme dalam Kalangan Pelajar: Fenomena yang

Meresahkan”. Dewan Masyarakat. Jun 2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. Halaman 14-16.

Kementerian Pendidikan Malaysia,(1999). Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah Harian.

Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.