futsal tugasan-pengadil-powerpoint

15
FUTSAL TUGASAN PENGADIL

Upload: wan-azmi

Post on 07-Aug-2015

61 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Futsal tugasan-pengadil-powerpoint

FUTSAL

TUGASAN PENGADIL

Page 2: Futsal tugasan-pengadil-powerpoint

PENGADIL

KUASA PENGADIL

• Setiap perlawanan di kawal oleh seorang pengadil yang mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang permainan berkaitan dengan perlawanan yang dia ditugaskan itu, dari mula dia masuk ke persekitaran di mana gelanggang itu ditetapkan sehingga dia keluar.

Page 3: Futsal tugasan-pengadil-powerpoint

KUASA DAN TUGAS PENGADIL

• Menguatkuasakan undang-undang

• Meneruskan permainan apabila pasukan yang dikasari beruntung dari advantej ini dan menghukumkan kesalahan yang asal jika advantej yang di jangkakan itu tidak berhasil

• Membuat cacatan tentang perlawanan dan menyediakan kepada pihak berkuasa laporan perlawanan yang mengandungi semua keterangan tentang sebarang tindakan disiplin terhadap pemain-pemain dan pegawai pasukan dan sebarang kejadian yang berlaku sebelum,semasa, selepas permainan itu.

Page 4: Futsal tugasan-pengadil-powerpoint

• Bertindak sebagai penjaga masa sekiranya pegawai berkenaan tidak hadir.

• Memberhentikan, menangguhkan atau menamatkan permainan bagi sebarang kesalahan undang-undang atau disebabkan oleh sebarang gangguan yang tidak sepatutnya.

• Mengambil tindakan disiplin terhadap pemain yang bersalah untuk kesalahan-kesalahan diberi amaran atau perintah keluar.

• Memastikan bahawa hanya orang lain tidak dibenarkan masuk ke padang.

Page 5: Futsal tugasan-pengadil-powerpoint

• Berhentikan permainan jika, pada pendapatnya; seorang pemain cedera parah dan pastikan pemain itu dikeluarkan dari gelanggang secepat mungkin.

• Teruskan permainan sehingga bola di luar permainan jika seorang pemain, pada pendapatnya tercedera ringan.

• Menentukan bahawa bola yang di sediakan memenuhi kehendak undang-undang II.

Page 6: Futsal tugasan-pengadil-powerpoint

KEPUTUSAN-KEPUTUSAN PENGADIL

• Keputusan-keputusan pengadil terhadap sebarang fakta berkaitan dengan permainan adalah muktamad.

. Pengadil hanya boleh menukar sesuatu keputusan apabila menyedari kesilapannya atau, mengikut budi bicaranya, di atas nasihat Penolong-penolong Pengadil dengan syarat permainan belum dimulakan semula atau menamatkan perlawanan itu.

Page 7: Futsal tugasan-pengadil-powerpoint

KEPUTUSAN 1:

• Jika pengadil dan pengadil kedua mengisyaratkan kesalahan serentak dan terdapat perselisihan pendapat pasukan yang sepatutnya dihukumnya, keputusan pengadil diutamakan.

KEPUTUSAN 2

• Kedua-dua pengadil dan pengadil kedua berhak untuk memberikan amaran atau perintah keluar seseorang pemain, tetapi jika terdapat perselisihan pendapat, keputusan pengadil diutamakan.

Page 8: Futsal tugasan-pengadil-powerpoint

PENGADIL KEDUATUGAS-TUGAS:

• Seorang pengadil kedua hendaklah dilantik untuk bertugas di sebelah gelanggang yang bertentangan dengan pengadil. Dia dibenarkan menggunakan wisel.

• Pengadil kedua membantu pengadil untuk mengawal mengikut undang-undang permainan.

• Mempunyai kuasa budibicara untuk memberhentikan permainan jika berlaku perlanggaran undang-undang.

Page 9: Futsal tugasan-pengadil-powerpoint

• Memastikan penggantian dilakukan dengan betul.

• Jika berlaku gangguan yang tidak sewajarnya, pengadil akan menamatkan tugas pengadil kedua dan mendapatkan penggantinya serta melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab.

• KEPUTUSAN-KEPUTUSAN:

Untuk perlawanan antarabangsa penggunaan pengadil kedua adalah diwajibkan.

Page 10: Futsal tugasan-pengadil-powerpoint

PENCATAT WAKTU DAN PENGADIL KETIGA

KUASA DAN TUGAS- Berada di sisi luar pertengahan lapangan,

sama dengan zon pergantian pemain.- Dilengkapi dengan jam/ pencatat waktu yang

sesuai serta peralatan yang sesuai untuk mengakumulasi jumlah pelanggaran yang dilakukan.

Page 11: Futsal tugasan-pengadil-powerpoint

PENCATAT WAKTU (THE TIME KEEPER)

Memastikan tempoh perlawanan bersesuaian dengan peraturan 8 iaitu:- Memulakan jam penghitung setelah tendangan permulaan dilakukan.- Menghentikan jam ketika bola tiada dalam permainan.- Memulakan kembali permainan setelah tendangan

kedalam, gol (bola masuk gawang), tendangan sudut, tendangan bebas, tendangan dari titik penalti atau titik penalti kedua, waktu time-out.

Page 12: Futsal tugasan-pengadil-powerpoint

- Memeriksa waktu time-out (waktu sela) satu minit. - Memeriksa tepat dua minit waktu menghukum ketika pemain telah

dikeluarkan (send-off).

- Menunjukkan berakhirnya separuh masa pertama permainan, berakhirnya pertandingan, berakhirnya waktu tambahan serta berakhirnya waktu time out.

- Memberitahu kepada pengadil dan pasukan dengan benar serta memberikan izin untuk time-out ketika diminta oleh pelatih kedua pasukan (Peraturan No.8)

- Mencatat lima kesalahan pertama yang dilakukan oleh pasukan, memberi isyarat ketika kesalahan kelima sudah dilakukan oleh salah

satu pasukan.

Page 13: Futsal tugasan-pengadil-powerpoint

PENGADIL KETIGAPengadil ketiga membantu mencatat waktu:

- Mencatat lima kesalahan pertama yang dilakukan oleh setiap pemain, memberi isyarat jika kesalahan kelima sudah dilakukan oleh salah satu pasukan.

- Mencatat penghentian permainan dan alasan-alasannya.

- Mencatat nombor pemain yang menjaringkan gol.

Page 14: Futsal tugasan-pengadil-powerpoint

- Mencatat nama serta nombor pemain yang mendapat amaran dan dibuang padang.

- Memberikan/ menyediakan informasi yang relevan mengenai permainan.

- Jika berlaku gangguan yang tidak sewajarnya yang dilakukan oleh pencatat waktu atau pengadil ketiga, maka pengadil akan menamatkan tugas mereka, mengatur penggantinya serta melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

- Dalam hal cedera, pengadil ketiga dapat menggantikan pengadil atau pengadil kedua.

Page 15: Futsal tugasan-pengadil-powerpoint

KEPUTUSAN 1

- Untuk perlawanan Antarabangsa, penggunaan pencatat waktu dan pengadil ketiga adalah diwajibkan.

KEPUTUSAN 2

- Untuk perlawanan antarabangsa, jam pencatat waktu (chronometer) yang digunakan harus bersesuaian dengan seluruh fungsi-fungsi yang diperlukan (pencatatan waktu yang tepat, alat untuk mencatat waktu menghukum dua minit ,

serta memantau pengumpulan kesalahan oleh setiap pasukan).