fungsi otot skeletal

Upload: cikaifa

Post on 15-Jul-2015

391 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FUNGSI OTOT SKELETAL Menghasilkan pergerakan penguncupan otot menarik tendon dan menggerakkan tulang. Mengekalkan postur dan posisi tubuh badan penguncupan otot yang berterusan mengekalkan postur. Menyokong tisu-tisu lembut dinding abdominal dan lantai kaviti pelvik terdiri daripada lapisan otot skeletal yang menyokong organ visceral Mengawal pintu masuk dan keluar daripada tubuh otot skeletal mengelilingi pembukaan trak penghadaman dan unirari Mengawal suhu tubuh badan penguncupan otot menghasilkan haba.

Di dalam fasikle ini, endomisium mengelilingi setiap fiber otot skeletal dan mengikat kesemua fiber. Sel-sel stem yang bertaburan di dalam fiber membantu membaiki tisu otot yang rosak. Di hujung otot, ketiga-tiga lapisan fiber kolagen ini bersatu untuk membentuk tendon atau aponeurosis. SALURAN DARAH DAN SARAF Tisu pengikat pada epimisium dan perimisium mengandungi saluran darah dan saraf kerana penguncupan otot memerlukan tenaga yang banyak. Otot skeletal adalah dipanggil otot voluntari

ANATOMI OTOT SKELETAL SARKOLEMMA & TUBUL TRANSVERSE Otot skeletal mengandungi tisu-tisu pengikat, saluran darah, saraf dan tisu otot skeletal. Setiap sel dalam tisu otot skeletal adalah satu fiber otot. Organisasi Tisu Pengikat Terdapat tiga (3) lapisan tisu pengikat pada setiap otot iaitu: Epimisium luar Perimisium tengah dan Endomisium dalaman Liang-liang yang bertaburan dapa permukaan sarkolemma membina terusan-terusan sempit yang dipanggil tubul transverse atau tubul T. Tubul T ini mengandungi cecair ekstraselular dan membentuk laluan melalui fiber otot. Tubul T mainkan peranan penting dalam mengkordinasikan penguncupan otot. Penguncupan otot berlaku berdasarkan peristiwa kimia dan elektrikal. MIOFIBRIL Di dalam fiber otot, cabang-cabang tubul T mengelilingi struktur silindrikal yang dipanggil MIOFIBRIL. Membran sel otot atau SARKOLEMMA mengelilingi sarkoplasma (sitoplasma).

Keseluruhan otot dikelilingi oleh epimisium iaitu satu lapisan fiber kolagen. Fiber tisu pengikat perimisium membahagikan otot skeletal ke dalam ruang-ruang yang mana setiap satu mengandungi berkat fiber yang dipanggil FASIKLE

Miofibril adalah silinder dengan diameter 1 hingga 2 mikromikron dan sepanjang fiber otot. Miofibril adalah berkat miofilamen yang terdiri daripada protein miosin dan aktin Molekul aktin terdapat di dalam filamen nipis dan miosin pada filamen tebal. Miofibril bertanggungjawab bagi penguncupan otot. Oleh kerana ia dicantumkan kepada sarkolemma di kedua hujung, penguncupan otot mengakibatkan miofibril memendek keseluruhannya. Bertaburan di sekitar miofibril adalah mitokondria dan karung glikogen SARKOPLASMIK REKTIKULUM Di mana sahaja tubul T mengelilngi miofibril ia bersentuhan dengan membran sarkoplasmik rektikulum. SR membentuk satu jaringan tabular di sekeliling setiap miofibril.

Sarkomer adalah unit funsional terkecil dalam fiber otot. Interaksi di antara filamen tebal dan nipis mengakibatkan penguncupan otot. Filamen tebal terletak di tengah dan filamen nipis di kedua hujung sarkomer yang dicantum oleh protein yang membentuk garisan Z. Garisan M pula adalah protein yang mencantumkan protein tebal dengan yang satu lagi di sisinya. Band A adalah kawasan yang mengandungi filamen tebal dan Band I pula mengandungi protein nipis Setiap filamen nipis mengandungi jalur ,olekul aktin yang diputarkan. Setiap molekul aktin mengandungi kawasan aktif yang mampu berinteraksi dengan miosin. Dalam keadaan rehat, kawasan aktif pada aktin ditutupi oleh protein tropomiosin. Tropomiosin dikekalkan pada kedudukannya oleh troponin

Di kedua-dua belah tubul T terletak ruang SR yang membesar yang dipanggil CISTERNAE Cisternae mengandungi ion kalsium Penguncupan otot bermula apabila ion kalsium yang tersimpan dirembeskan oleh cisternae SARKOMER Miofilamen disusun dalam unit-unit funsional yang berulang-ulang yang dipanggil SARKOMER. Setiap miofibril terdiri daripada lebih kurang 10,000 sarkomer yang disusun hujung ke hujun.

Filamen tebal terdiri daripada miosin. Filamen tebal ini mempunyai satu ekor dan kepala globular Molekul miosin diorientasika jauh daripada pusat sarkomer dengan kepala dihala keluar. Semasa penguncupan otot torponin menukat bentuk apabila ia bercantum dengan kalsium dan menarik tropomiosin serta dedahkan kawasn aktif.