full assignment sejarah sosioekonomi tanah melayu

Upload: baharuddinbidin

Post on 08-Oct-2015

196 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

sejarah sosioekonomi tanah melayu

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN

Samuelson, seorang ahli ekonomi, apabila memperkatakan secara ringkas mengenai Zaman Kemelesetan yang berlaku pada awal tahun 1930an itu mengatakan after 1929 the stock market crushed , foreign loans becomes worthless, new foreight lending ceased and in every country there was much unemployment and unrest.[footnoteRef:1] Kesan daripada itu, import eksport tidak lagi dapat dijalnkan dengan seimbang. Oleh kerana berlakunya kemelesetan ekonomi sepertimana yang telah dinyatakan oleh Samuelson, Tanah Melayu tidak terlepas daripada menerima kesannya, khususnya kepada kaum-kaum utama di Tanah Melayu pada ketika itu. Oleh itu, dalam perbincangan ini, konsep dan peristiwa tentang kemelesetan agung ekonomi dunia akan dibincangkan secara ringkasnya dengan melihat bagaimana peristiwa ini mampu membawa kepada berlakunya kemelesetan di Tanah Melayu. Seterusnya, masalah ekonomi yang dihadapi oleh setiap kaum di Tanah Melayu dan langkah-langkah penyelesaian akan turut dibincangkan dengan lebih mendalam. [1: Paul A. Samuelson, Economic: An Introduction Analysis, Tokyo, 1967, hlm 682. ]

2.0 KEADAAN SEBELUM KEMELESETAN EKONOMI

2.1 Perusahaan Getah

Getah yang ditanan di tanah melayu merupakan antara getah yang dieksport dari Brasil. Kualiti pokok getah yang dibawa dari brazil merupakan antara kualiti pokok getah yang menghasilkan getah susu yang terbaik di dunia pada ketika itu. Tokoh penting yang membawa biji benih getah ke tanah melayu ialah Sir HAnry Wickham. Beliau membawa mask hamper 70000biji getah untuk ditanan. Sebelum kejatuhan ekonomi dunia, getah merupakan antara barangan eksport yang paling mendapat sambutan terutamanya di America yang menjadi pengeluar utama kereta. Terdapat beberapa faktor perkembangan dan kejayaan getah pada masa itu. Antara faktor perkembangan getah ialah usaha yang dilakukan oleh H.N. Ridley. Beliau telah melakukan beberapa inovasi dan cadangan terhadap perusahaan getah ini menjadi maju di tanah melayu. Beliau telah mengatahui potensi getah di pasaran dunia dan getah akan menjadikan tanah melayu sebagai negeri yang kaya dengan penekspotan getah. Usaha pertama yang dilakukan beliau ialah dengan memujuk masyarakat melayu untuk menanam getah. Dengan usahanya jugalah banyak penyelidikan telah dijalankan tentang cara penanaman getah yang betul, kesesuaian tanah dan pembekuan getah. Seterusnya pada tahun 1897, sisitem torehan ibedem telah diperkenalkan. Sisitem ini mampu untuk memperbanyakkan hasil pengeluaran susu getah dan juga mengurangkan kerosakan pada pokok getah seterusnya dapat melanjutkan usia pokok ini.

Kegemilangan getah di tanah melayu menjadi bertambah maju apabila permintaan getah di dunia telah meningkat. Berikutan revolusi perindustrian di eropah dan amreka syarikat telah menyebabkan permintaan getah meningkat. Sebagai contoh, J.B Dunlop di Amerika Syarikat telah mencipta tayar getah angin sebagai tayar kereta. Pada tahun 1910, Amerika Syarikat telah menghasilkan 500,000 buah kenderaan. Hal ini menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat khususnya dari Amerika Syarikat. Pada tahun 1907, Amerika Syarikat telah membeli 37% daripada getah dunia dan telah meningkat kepada 77% pada tahun 1917.Penemuan beberapa kaedah saintifik juga dalam menambahbaikkan getah ini menjadikan permintaan getah dunia tel;ah meningkat. Ini secara tidak langsung dipengaruhi oleh permintaan getah yang tinggi di tanah melayu. Harga getah yang tinggi dalam pasaran dunia juga telah menjadikan pihak perusahaan getah ini semakin berlumba-lumba untuk meningkatkan penghasilan getah mereka. 1890 harga getah $1.30 sepaun telah meningkat kepada $2.50 sepaun pada tahun 1906. Harga getah tertinggi pernah dicapai ialah $ 5.50 sepaun pada tahun 1910. Peningkatan terhadap harga getah telah menggalakkan pelabur Eropah dan Cina menanam getah secara ladang. Antara ladang yang dibuka oleh pelabur Eropah ialah Guthrie, Harrison and Crossfield (Golden Hope), Socfin, Sime Darby dan Syarikat Getah Dunlop. Sementara itu, orang mula menggantikan tanaman kopi dengan tanaman getah. Perluasan tanaman getah telah menyebabkan pengeluaran getah Tanah Melayu meningkat. Contohnya pada tahun 1905 Tanah Melayu mengeluarkan 400 tan getah dan telah meningkat kepada 11,000 tan pada tahun 1911. Pada tahun 1922 Tanah Melayu mengeluarkan sebanyak 212,000 tan getah.

2.2 Perusahaan Bijih Timah

Bijih timah merupakan antara salah satu faktor penyumbang kepada ekonomi tanah melayu pada ketika itu. Bermulanya kegiatan perlombongan secara kecil-kecilan yang dijalankan oleh orang melayu, sehinggakan perlombongan bijih timah yang lebih besar dilakukan oleh orang cina dengan menggunakan kapal korek. Faktor perkembangan perusahaan bijih timah ini ialah sama seperti perusahaan getah, iaitu akibat dariada revolusi perindustrian di eropah dan amerika syarikat. Bijih timah digunakan dalam proses mengetin makanan. Teknologi makanan ini telah dicipta oleh Peter Durrar dan Nicholes Appotpada tahun 1810. Dalam perang saudara Amerika yang berlangsung pada tahun 1860 turut menymbang kepada peningkatan permintaan getah. Hal ini kerana bekalan makanan yang diperlukan oleh tentera Amereka telah ditinkan supaya makanan tersebut lebih tahan lama dan selamat digunakan. Permintaan yang bertambah menyebabkan harga bijih timah meningkat kepada 7 paun 12 sherling 9 pence pada tahun 1872. Harga yang meningkat telah menggalakkan pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu. Permintaan terhadap bijih timah juga meningkat kerana bijih timah mempunyai kualiti-kualiti tertentu yang tidak terdapat pada logam-logam lain. Apabila bijih timah dicampurkan dengan logam lain, ianya akan menambahkan kegunaan logam tersebut.

Perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu berkait rapat dengan kejayaan orang Cina yang berpunca dengan sistem ekonomi mereka. Dalam sistem ekonomi orang Cina terdapat 4 aspek penting yang memberi sumbangan kepada perkembangan perusahaan bijih timah, iaitu tenaga buruh, teknik peleburan, modal dan pengusaha.Tenaga buruh didapati dengan mudah dan murah hasil daripada usaha-usaha mereka untuk membawa imigran-imigran Cina dari Selatan Cina terutama dari Kwantung, Kwangsi, Fukkien. Terdapat di antara buruh-buruh ini yang sudah mempunyai pengalaman dalam kegiatan perlombongan di negeri mereka. Merekalah yang kemudiannya menjadi tenaga mahir dan separuh mahir dalam perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.

Orang-orang Cina juga telah memperkenalkan teknik-teknik melombong yang lebih baik dari orang Melayu. Antara teknik-teknik tersebut ialah lombong dedah, enjin wap, pam berantai dan lain-lain. Orang-orang Cina juga telah memperkenalkan teknik roda air yang dapat mengelakkan banjir di kawasan perlombongan. Saudagar-saudagar Cina di Negeri-negeri Selat pula telah memberi sumbangan modal bagi menjalankan perusahaan bijih timah di Negeri-negeri Melayu. Selain itu, terdapat pengusaha-pengusaha yang berkebolehan dalam menjalankan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.

3.0 KEADAAN SELEPAS KEMELESETAN EKONOMI

3.1 Sosio-Ekonomi Melayu Selepas 1945

selepas kemelesetan ekonomi dunia berlaku, orang melayu masih lagi ketinggalan zaman dalam aspek ekonomi seperti masalah kemiskinan, penganguran, kemunduran sector desa, buta huruf, pelajaran dan kebanyakan para pengkaji menyatakan bahawa kemiskinan masyarakat melayu menjadi antara punca berlakunya kemunduran. Umno telah berusaha memajukan orang-orang melayu iaitu dengan menubuhkan Jabatan Ikhtisas pada 28 Julai 1946[footnoteRef:2] dengan focus utama iaitu menyelidik dan memperbaiki industry kecil di kampong seperti barang kesenian, kraf tangan, pemilihan biji benih padi, getah dan kelapa. Selainti itu pengubahsuaian kedai runcitdan kedai kopi di kampong-kampung. Mereka juga menawarkan perkhidmatan awam kepada masyarakat melayu seperti teksi, bas dab lain-lain. [2: Fungsi Jabatan Ini meliputi berbagai bidang yang mengarahkan kepada agrarian moden dan orientasi peniagaan kecil]

3.2 Ekonomi semasa pendudukan Jepun

Ekonomi Tanah Melayu merosot semasa pendudukan Jepun akibat taktik Bumi Hangus yang diamalkan oleh British. Banyak kemudahan awam seperti infrastruktur telah diletupkan oleh British. Kemusnahan terhadap ekonomi terutama ladang getah dan lombong bijih timah telah berlaku dengan teruk.Taraf hidup penduduk merosot Tanah Melayu terputus daripada pasaran-pasaran antarabangsa. Perusahaan tempatan diambil alih oleh syarikat besar Jepun iaitu Mitsui dan Mitsubishi. Inflasi berlaku dengan kadar yang tinggi berikutan kekurangan barang keperluan utama, peningkatan harga barangan dan pengeluaran mata wang pokok pisang yang tidak terkawal. Tanah Melayu mengalami kekurangan makanan seperti beras.Penduduk terpaksa menanam ubi kayu, keladi dan keledek. Perusahaan tempatan didirikan yang menghasilkan barangan seperti minyak masakan, sabun, gula, kertas, tali dan benang.

3.3 Dasar Ekonomi.

Sistem ekonomi bebas ditukar kepada sistem ekonomi kawalan. Perdagangan dengan dunia luar terputus.Jepun tidak menggalakan sebarang urusan perdagangan.Perdagangan singapura dan Pulau Pinang dengan dunia Barat terputus. Perniagaan dan perdagangan dalam negeri dikuasai oleh pihak Jepun.Jepun hanya berminat mengeksplotasi sumber alam negara kita bagi kepentingan negaranya. Galian besi dan bauksit dieksplotasi bagi kegunaan industri dan membuat senjata perang. Oleh sebab pengeluaran barangan makanan seperti beras tidak mencukupi maka Jepun telah memperkenalkan catuan beras pada tahun 1943. Penduduk Tanah Melayu perlu mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan Makanan untuk ditukarkan dengan beras. Setiap keluarga hanya dihadkan dua gantang beras sebulan. Untuk mengatasi kekurangan beras dalam negara Jepun telah bertindak memperkenalkan rancangan ekonomi pertanian iaitu rancangan tiga tahun sara diri. Selain itu Jepun memperkenalkan padi Taiwan yang membolehkan penanaman padi dua kali setahun. Pihak Jepun juga menggalakkan supaya masyarakat tempatan menanam makanan yang lain seperti ubi kayu, keledek, jagung, sagu dan lada hitam. Pihak Jepun telah menebang ladang getah dan hutan bagi tujuan penanaman makanan seperti ubi kayu, sagu dan jagung. Jepun telah mencetak mata wang Jepun yang dikenal sebagai Wang Pokok Pisang untuk menambahkan penggunaan mata wang baru.

ANALISIS PERMASALAHAN EKONOMI KAUM DI TANAH MELAYU PADA 1930-an

MASYARAKATMASALAH EKONOMI

MELAYU1. BEBAN HUTANG YANG BESAR2. Masalah harga hasil beras yang rendah3. Pengangguran (bidang-bidang lain selain pertanian)

CINA1. PENGANGGURAN2. Tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi3. Tiada peluang pekerjaan yang baik4. Masalah Gaji yang rendah

INDIA1. PENGANGGURAN2. Bekalan Makanan yang tidak mencukupi3. Kadar Simpanan Wang Berkurangan4. Peluang Pekerjaan yang kurang

4. 4.0 Masalah Ekonomi yang dihadapi oleh setiap kaum di Tanah Melayu pada 1930an

4.1 Kaum Melayu

Semasa berlakunya kemelesetan ekonomi 1930, kesan awal yang dirasai di Tanah Melayu adalah kekurangan sumber makanan.[footnoteRef:3] Masyarakat Melayu yang bergiat aktif dalam bidang pertanian menghadapi kesukaran kerana dasar yang dijalankan ke atas Tanah Melayu adalah hanya memberi fokus terhadap aktiviti Penorehan Getah dan Perlombongan bijih timah. Dasar yang dijalankan adalah kerana British pada masa tersebut lebih mementingkan dasar eksploitasi ekonomi di Tanah Melayu, perkara ini telah menyebabkan kebanyakan tanah-tanah digunakan untuk penanaman Getah khususnya, manakala kawasan-kawasan perlombongan pula telah banyak diberikan tumpuan. Melihat dari aspek pembangunan pula, British turut menjalankan dasar pembangunan adalah bertujuan bagi meningkatkan kemajuan ekonomi seperti jalan-jalan perhubungan (kereta api, jalan raya, dan lain-lain), bank, pelabuhan, dan lain-lain. Perkara ini menyebabkan di Tanah Melayu kekurangan kawasan penghasilan makanan. Situasi bertambah teruk apabila pada 1920, kadar penghasilan makanan untuk keperluan domestik menurun. Perkara ini membawa kepada kebergantungan makanan daripada luar khususnya Burma.[footnoteRef:4] [3: Paul H.Kratoska, Ends That We Cannot Forsee : Malay Reservatins in British Malaya, Journal of Southeast Asian Studies, 14 (1), 1983, hlm.160.] [4: Ibid ]

Seterusnya, masalah yang dihadapi oleh masyarakat melayu termasuklah masalah beban hutang yang tinggi. Kemelesetan ekonomi pada 1930 telah menyebabkan dasar British telah mula memberi perhatian kepada aktiviti pertanian. Oleh itu, Persatuan Penanam Padi pada 1931 telah mengusulkan cadangan agar para petani diberi pinjaman bagi mengusahakan (galakan) penanaman padi.[footnoteRef:5] Walaupun dilihat Perkara ini sebagai salah satu kelebihan kepada kaum Melayu, namun pertikaian mula muncul apabila pada 1930-1932, harga beras merundum dan ini memberikan tekanan kepada pengusaha kecil-kecilan kerana tidak mampu membayar wang pinjaman.[footnoteRef:6] Perkara ini menyebabkan banyak tanah-tanah rizab yang diperuntukkan untuk kegiatan pertanian secara komersial, dipajakkan kepada kaum bukan melayu khususnya kaum Cina.[footnoteRef:7] Walaupun galakan diberikan kepada para pertanian diberikan, namun apa yang berlaku adalah para petani tidak mampu membiayai kos untuk pemprosesan tanaman kerana ia memerlukan kos yang tinggi. Kesannya, masyarakat petani tidak mampu untuk memperbesarkan skala pertanian. Permasalah hutang yang dihadapi oleh masyarakat melayu semakin meruncing sekitar tahun 1920 hingga 1930, perkara ini dicatatkan oleh H.W.Jack dalam buletin pertanian FMS.[footnoteRef:8] Selain masalah kekurangan bekalan makanan, kaum melayu turut mengalami masalah pengangguran. Masalah pengangguran yang dihadapi oleh kaum melayu adalah bertumpu dalam sektor selain pertanian, perkara ini adalah impak daripada kejatuhan harga komoditi getah dan timah di pasaran dunia pada 1929 dan atas dasar British yang meggalakkan pertanian. [5: Paul H.Kratoska, Op.cit.,hlm 161] [6: Ibid] [7: Ibid.,hlm 162-164] [8: H.W.Jack, Rice in Malaya, Agricultural Bulletin No.35, Department of Agriculture, FMS, 1923, hlm.44-45.]

4.2 Kaum Cina

Kejatuhan harga pasaran bahan mentah dalam pasaran dunia menyebabkan kesan yang mendalam terhadap kaum cina kerana kebergantungan terhadap industri perlombongan di Tanah Melayu. Perkara ini telah menyebabkan masalah pengangguran yang tinggi terhadap kaum cina kerana kebanyakan pekerja lombong mula dibuang kerja dan terdapat beberapa syarikat perlombongan yang jatuh muflis.[footnoteRef:9] Antara contoh permasalah yang dihadapi adalah seperti Pada tahun 1929 hingga 1933, NNMB mengalami penurunan tenaga kerja di kawasan lombong iaitu daripada 104,468 kepada 41,740. Majoriti kaum yang mendapat kesan yang mendalam adalah kaum cina iaitu separuh daripada jumlah tersebut.[footnoteRef:10] Perkara ini bertambah buruk apabila hak masyarakat bukan melayu mula dikurangkan terutamanya dalam pemilikan tanah.[footnoteRef:11] Pemilikan tanah yang tidak diberikan keistimewaan menyebabkan sumber makanan bagi masyarakat cina di Tanah Melayu kekurangan bekalan makanan. Perkara ini berlaku disebabkan pengenalan kepada Malay Land Reservation Enactment (1913). Pengenalan kepada akta tersebut telah menyebabkan para pelombong tidak mempunyai peluang yang baik untuk memiliki tanah dan perkara ini menyebabkan kesengsaraan kerana kaum cina tidak dapat melakukan kegiatan pertanian untuk tujuan menghasilkan makanan secara sara diri. Berlaku banyak migrasi dalaman oleh kaum cina di Tanah Melayu yang bertujuan bagi mendapatkan peluang yang baik di sektor pekerjaan, sebagai contoh, berlaku peningkatan populasi masyarakat cina dan india yang hidup secara haram di Selangor, terutamanya di kawasan Klang dan Ulu Langat.[footnoteRef:12] [9: W. G. Huff, Entitlements, Destitution, and Emigration in the 1930s Singapore Great Depression, The Economic History Review, New Series, 54 (2), hlm. 308] [10: Lim Teck Ghee, Peasants and their agricultural economy in colonial Malaya, 1874-1941, KualaLumpur : Oxford University Press , 1977, hlm.201-202] [11: Sandhu, K. S., Indians in Malaya: some aspects of their immigration and settlement, 1786-1957 ,Cambridge : Cambridge University Press, 1969, hlm 226-228. (Labour Code of Malaya, hanya menghadkan pemilikan tanah kepada kaum bukan melayu hanya 1-6 ekar sahaja.)] [12: Paul H.Kratoska, Op.cit.,hlm 157]

Tekanan yang berlaku telah menyebabkan kaum cina semasa krisis ekonomi 1930-an berada dalam keadaan tertekan. Kekurangan bekalan makanan menyebabkan ramai yang melakukan penghijrahan semula ke tanah air. Perkara ini membawa masalah kepada migrasi berskala besar ke Singapura. Pada Ogos 1930, masyarakat cina mula melakukan migrasi secara besar-besaran ke Singapura, Singapura telah menjadi kawasan tumpuan utama adalah disebabkan oleh status kawasan perdagangan bebas yang maju. Oleh itu, kaum cina yang beranggapan bahawa jika mereka melakukan migrasi ke Singapura mereka dapat memperolehi peluang kerja yang baik dan mempunyai saluran yang terjamin untuk berhijrah semula ke tanah air.[footnoteRef:13] Hasrat migrasi ke Singapura yang bertujuan bagi mencari peluang pekerjaan yang baik menyebabkan masyarakat cina di Singapura bertumpu kepada pekerjaan sebagai penjaja dan penarik beca.[footnoteRef:14] Namun apa yang berlaku adalah kepesatan dalam aktiviti penjaja haram tanpa lesen berniaga, sebagai contoh pada tahun 1930, Badan penguatkuasa polis telah melaporkan hampir 22,000 kes penjaja tidak mempunyai lesen perniagaan.[footnoteRef:15] [13: W. G. Huff, Op.cit.,hlm.314.] [14: Ibid] [15: laporan daripada SS Police Force dan jenayah dalam negeri , SSAR 1930, hlm.498. ]

4.3 KAUM INDIA

Situasi kaum India juga sama seperti kaum cina, namun permasalah ekonomi yang dihadapi kaum India tidaklah seteruk yang dihadapi oleh masyarakat cina. Permasalah yang wujud dalam ekonomi kaum india adalah disebabkan penurunan harga komoditi getah di pasaran dunia. Kesan pertama yang dirasai oleh masyarakat india adalah berlakunya penurunan nilai upah yang dibayar oleh pengusaha-pengusaha ladang-ladang getah. Kadar upah yang diberikan telah jatuh secara mendadak antara tahun 1929 hingga pertengahan tahun 1932 iaitu daripada 55 sen kepada 20 sen sehari. Pada 1932, zaman kemelesetan ekonomi dunia yang berada pada tahap kemuncak telah membawa kepada penurunan kadar upah 25 hingga 30 peratus berbanding kadar gaji yang diberikan pada 1914.[footnoteRef:16] Keadaan ini telah menyebabkan ramai pekerja estet getah di berhentikan dan mula menganggur. Kemelesetan ekonomi juga telah membawa kepada kurangnya kadar simpanan wang kaum india di band simpanan pejabat pos. Situasi ini berlaku disebabkan kadar pengeluaran wang yang banyak pada 1930-an bagi tujuan menanggung jumlah ahli keluarga yang wamai dari segi keperluan makanan. Sebagai contoh, pada 1931, simpanan wang di bank simpanan pejabat pos telah menurun sebanyak $216,487.00 iaitu 8.62 peratus berbanding tahun sebelumnya.[footnoteRef:17] Perkara ini bertambah teruk apabila kadar harga makanan turut meningkat dan pendapatan rendah hingga tidak mencukupi jika hanya bergantung kepada nilai upah yang diberi memaksa mereka mengeluarkan simpanan tersebut. [16: Abdul Aziz Salleh, Kesan Zaman Meleset Ke atas Masyarakat India di Tanah Melayu, Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia, 1972. Jebat, Bil.2.1972/73. hlm. 52] [17: Editorial, dalam The Malay Weekly Mail, Kuala Lumpur, 1930. hlm.8.]

Selain masalah kadar upah yang rendah, kaum india juga turut mengalami permasalah dalam tanggungan kos untuk pulang ke tanah air mereka. Semasa kegawatan ekonomi 1930, British telah menjalankan tindakan bagi mengurangkan populasi di Tanah Melayu bagi menangani masalah sosial yang mungkin akan wujud daripada kemelesetan ekonomi pada 1930. Oleh itu, British dan beberapa golongan kelas menengah India telah mengumpulkan dana untuk menanggung kos penghantaran semula masyarakat India kembali ke tanah air mereka. Namun usaha yang dijalankan tidak berhasil kerana kemelesetan ekonomi turut menjejaskan golongan kelas menengah yang terdiri daripada golongan peniaga dan pedagang.[footnoteRef:18] [18: Muzafar Resmend Tale, The Malaysian Indians History,Problem and Future Selangor: Strategic Information & Research Development Centre, 2008. hlm.48.]

Selain itu, golongan peniaga India yang terjejas teruk adalah golongan ceti-ceti yang memberi kesan meluas kepada Tanah Melayu disebabkan oleh keadaan dan aktiviti mereka. kegiatan yang mereka jalankan ialah meminjamkan wang kepada petani-petani Melayu dan tuan-tuan tanah dengan mengenakan cagaran-cagaran ke atas harta petani-petani dan tuan-tuan tanah tersebut. Keadaan ini menyebabkan banyak tanah orang Melayu tergadai dan disebabkan oleh orang Melayu tidak mampu membayar hutang ceti itu, mereka menjualkan tanah tersebut. Orang Melayu akhirnya sedar dan Sultan Perak menggesa kerajaan British mencari jalan penyelesaiannya pada bulan Oktober 1930. Hasilnya, pada tahun 1931, The Small Holdings (Restriction of Sale) Bill telah dikeluarkan. Pengenalan undang-undang ini menyebabkan ceti-ceti India mengalami kerugian kerana mereka tidak boleh bertindak ke atas tuan-tuan tanah yang telah menggadaikan tanah mereka. Di samping itu, kerajaan British juga memperkenalkan Malay Reservation Act untuk menyelamatkan tanah-tanah orang Melayu. Akta ini menyatakan bahawa tidak ada tanah-tanah orang Melayu yang boleh ditukarkan, digadaikan, disewakan atau dipindahkan kepada orang bukan Melayu.[footnoteRef:19] Hal ini seterusnya menjejaskan kegiatan ekonomi golongan ceti-ceti India ketika zaman kemelesetan tersebut. [19: Abdul Aziz Salleh, op.cit.,. hlm. 63]

5. 5.0 Langkah-langkah Mengatasi Masalah Ekonomi

Pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan British untuk mengatasi masalah ekonomi yang dihadapi oleh setiap kaum di Tanah Melayu semasa berlakunya zaman kemelesetan tersebut. Antaranya adalah seperti Perlaksanaan Polisi Penanaman Padi Yang Baru. Permintaan daripada golongan elit Melayu untuk melaksanakan polisi baru berkaitan penanaman padi disebabkan Tanah Melayu pada ketika itu terlalu bergantung dengan import padi dari luar.[footnoteRef:20] Hasilnya, semasa kemelesetan ekonomi kesannya amat dirasa oleh penduduk Tanah Melyu dengan kenaikan harga barangan makanan terutamanya beras yang diimport dari luar. Permintaan yang dibuat oleh golongan elit melayu sejajar dengan aktiviti pertanian pada ketika itu hanya dijalankan oleh kaum melayu. Oleh itu Pengarah Pertanian ketika itu iaitu H.A Tempany menyediakan memorandum untuk berbincang tentang halatuju aktiviti pertanian di Tanah melayu.[footnoteRef:21] Tempany melawat kawasan penanaman padi dan mendapatkan maklumat untuk mempertingkatkan lagi hasil pengeluaran padi terutamnya pada 1930-an harga getah dan bijih timah merudum. Justeru pada tahun 1932 satu jabatan dicadangkan iaitu Department of Drainage and Irrigation telah ditubuhkan untuk mengawal aktiviti pertanian dan menstabilkannya selain mengawal aspek lain seperti kepentingan kawalan air yang mencukupi terhadap padi.[footnoteRef:22] Dengan langkah pelaksanaan polisi baru terhadap padi ini, maka ekonomi di Tanah Melayu turut dapat distabilkan secara beransur-ansur. [20: Ibid. Hlm. 181] [21: Ibid. Hlm. 182] [22: Ibid.]

Seterusnya Mempelbagaikan Jenis Tanaman. Kejatuhan harga getah telah menyebabkan kerajaan sedar bahawa terdapat risiko dan bahayanya kebergantungan kepada satu jenis tanaman sahaja. Justeru, kerajaan telah menggalakkan penduduk Tanah Melayu untuk mula menanam tanaman seperti koko, nanas dan sebagainya selain dari menanam getah. Selain itu, penduduk Tanah Melayu juga digalakkan menceburi bidang ekonomi lain selain dari bertani. Perangkaan rancangan sekatan Stevenson turut dijalankan. Pada tahun 1921, kerajaan British telah menubuhkan jawatankuasa Stevenson untuk mengkaji langkah-langkah mengawal kemerosotan perusahaan getah. Pada tahun 1922, Rancangan Sekatan Stevenson mula dilaksanakan hasil daripada kaji selidik jawatankuasa ini. Mengikut rancangan ini, pengeluaran getah dihadkan kepada lebih kurang 60 peratus sahaja daripada jumlah pengeluaran tahun 1920. Bagi menjayakan rancangan ini, Tanah Melayu telah mengurangkan pengeluarannya daripada 50 peratus kepada 38 peratus. Hasilnya pada tahun 1925, harga getah telah meningkat kepada $2 sepaun. Walaubagaimanapun, rancangan ini telah gagal kerana pengeluaran getah dari negara lain tidak dapat dikawal. Sebagai contoh, Hindia Timur Belanda (Indonesia) telah menambahkan pengeluarannya daripada 24 peratus kepada 38 peratus, manakala syarikat-syarikat Amerika Syarikat telah membuka ladang getah baru seperti Syarikat For di Brazil dan Syarikat Firestone di Liberia. Akhirnya, rancangan ini ditamatkan pada tahun 1928. Selain itu, Antara langkah yang turut dilaksanakan ialah mengadakan satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Antarabangsa mengenai Peraturan Getah (International Rubber Regulation Agreement) yang telah ditandatangani oleh negara-negara pengeluar getah di Asia Tenggara. Tujuan perjanjian ini diadakan adalah untuk mengehadkan pengeluaran dengan kuota yang ditetapkan bagi setiap negara untuk tempoh permulaan selama empat tahun.[footnoteRef:23] Oleh itu, pengenalan perjanjian ini akan dapat mengurangkan masalah pengeluaran getah secara berlebihan hingga menyebabkan berlakunya lebihan penawaran berbanding permintaan di pasaran dunia. Menjelang tahun 1934, harga getah telah bertambah pulih dengan adanya perjanjian tersebut.[footnoteRef:24] [23: Barbara W. Andaya & Leonard Y. Andaya, A History of Malaysia, London: Macmillan Press Ltd.1982, hlm. 250] [24: P. Sivarajan & S. Malar Arasi, Sejarah Sosio Ekonomi Malaysia Sehingga Tahun 1970, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd, 2012. Hlm. 28]

Selain daripada pengenalan perjanjian Getah Antarabangsa tersebut, masalah ekonomi ini juga mampu diatasi dengan melaksanakan pelbagai cara seperti pelaksanaan Skim Pembukaan Tanah khususnya kepada kaum India. Dalam hal ini, semasa berlakunya kemelesetan ekonomi, ramai buruh India telah dihantar pulang oleh kerajaan British melalui Indian Immigration Funds. Namun bukan semua buruh India yang menganggur ini pulang ke kampung asal. Oleh itu, bagi membolehkan keadaan penganggur-penganggur tersebut tidak membebankan kerajaan dan mereka sendiri, kerajaan British telah menubuhkan Skim Pembukaan Tanah (Schemes of Land Settlement). Skim ini dapat dilihat melalui pembukaan tanah di Kampung Cuah, dalam daerah Port Dickson, Negeri Sembilan iaitu sebanyak 243 ekar tanah telah diberikan kepada orang-orang India.[footnoteRef:25] Objektif skim ini ditubuhkan adalah untuk menempatkan sebilangan pekerja-pekerja estet India yang menganggur di atas tanah-tanah tersebut. Rancangan tanah ini juga terdapat di Morib, seluas 63 ekar, yang dipecahkan kepada setiap satu ekar bagi seorang atau sebuah keluarga.[footnoteRef:26] Sebagai salah satu langkah penyelesaian, Majlis Pengeluar-pengeluar Bijih Timah (Tin Producers Council) telah mencadangkan satu skim untuk mengawal harga dan pengeluaran bijih timah pada tahun 1929. Skim tersebut seterusnya dikenali sebagai Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa ataupun Tin Control Scheme yang bertujuan untuk mengehadkan pengeksportan dengan mengenakan kuota. Perjanjian ini dipersetujui oleh negara-negara pengeluar bijih timah yang utama, iaitu Nigeria, Bolivia, Hindia Timur Belanda (Indonesia) dan termasuklah Tanah Melayu.[footnoteRef:27] Maka pada Mac 1931, perjanjian ini telah ditandatangani buat pertama kali dan diperbaharui seterusnya pada tahun 1932 dan 1937. Perjanjian ini juga dikatakan telah berjaya mengukuhkan harga bijih timah.[footnoteRef:28] [25: Abdul Aziz Salleh, op.cit., hlm. 64.] [26: Ibid.] [27: K. G. Tregonning, op.cit., hlm. 152] [28: Barbara W. Andaya & Leonard Y. Andaya, op.cit., hlm. 211]

6.0 ANALISISTanah Melayu pada awal abad ke-20, merupakan kawasan ekonomi kapitalis yang memainkan peranan penting dalam penghasilan barangan komoditi utama iaitu getah dan timah. J.N.Parmer (1960), Paul H.Kratoska (1983) dan Lim Teck Ghee (1977 telah merungkaikan bahawa kemelesetan ekonomi yang teruk pada 1930-an merupakan satu titik tolak kepada perubahan dasar ekonomi British terhadap Tanah Melayu. Paul H.Kratoska menjelaskan bahawa, pada 1930-an kerajaan British mula terlibat secara agresif dalam melakukan perancangan terhadap aktiviti ekonomi dan satu perkara yang nyata dalam perubahan tersebut adalah keperluan tanah sebagai punca bagi menjamin keperluan ekonomi utama. Perkara ini dapat dilihat apabila berlakunya kekurangan makanan, British telah telah mengubah dasar penanaman getah di kawasan-kawasan baru bagi memberi ruang kepada penanaman padi untuk menjamin keperluan makanan. Pengenalan kepada Malay Reservations Enactment 1933 pada awalnya mempunyai matlamat untuk memberikan tanah rizab untuk masyarakat melayu pada masa hadapan dan mengurangkan beban hutang masyarakat tempatan. Namun apa yang berlaku adalah, pengurangan harga tanah sebaliknya telah menarik minat masyarakat bukan melayu, yakni cina. Perkara ini telah menyebabkan berlaku pertukaran hak milik tanah daripada orang melayu kepada orang bukan melayu serta beban hutang yang meningkat. Namun begitu, kadar pengangguran masyarakat petani pada 1930-an adalah kurang, perkara ini adalah disebabkan galakan kepada penanaman padi oleh british melalui persatuan penanam padi malaya 1931. Bagi masyarakat Cina pula, kemelesetan ekonomi merupakan satu tamparan hebat kepada mereka. H.R.Cowell menerangkan bahawa, nasib masyakarat cina setelah jatuhnya harga timah adalah amat teruk di tanah melayu. Masyarakat cina yang menjadi pekerja pelombong mengalami kadar pengangguran yang teruk, kekurangan bekalan makanan, dan tertekan dengan dasar yang dilakukan oleh British. Dasar yang dilakukan telah meminggirkan orang-orang cina dan menyebabkan ramai melakukan migrasi keluar untuk kembali ke tanah air mereka kerana merasakan nasib mereka lebih terjamin di sana. Bagi masyarakat india pula, kejatuhan harga getah pada awalnya turut memberikan kesan yang mendalam, namun menurut Paul H. Kratoska masyarakat India lebih bertahan dalam krisis yang berlaku kerana keperluan tenaga mereka diperlukan oleh pemilik-pemilik eropah khususnya di Tanah Melayu. Perkara ini sekaligus menjamin serba sedikit keperluan masyarakat india di Tanah Melayu.

7.0 KESIMPULAN

Kemelesetan ekonomi dunia pada 1930-an merupakan salah satu kesan yang mendalam terhadap perubahan ekonomi di Tanah Melayu. Perkara ini telah membawa kepada perubahan dasar-dasar kerajaan British terhadap masyarakat yakni Melayu, Cina dan India. Walaupun pada asasnya, kemelesetan ekonomi dilihat sebagai satu perkara yang negatif, namun di Tanah Melayu, kesan dapat dinilai dari aspek positif dan negatif, terutamanya dalam pelaksanaan sesuatu dasar baru tehadap ekonomi.

Rujukan

Abdul Aziz Salleh. 1972. Kesan Zaman Meleset Ke atas Masyarakat India di Tanah Melayu. Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia. Jebat. 2.(73)

Barbara W. Andaya & Leonard Y. Andaya. A History of Malaysia. London: Macmillan Press Ltd. 1982.

H.W.Jack. 1923. Rice in Malaya. Agricultural Bulletin. No.35. Department of Agriculture. FMS..44-45.

Harry Miller. 1965. The Story of Malaysia. London : Faber & Faber Limited.

J. M. Gullick. 1969. Malaysia. London : Ernest Benn Limited.

K. G. Tregonning. 1972. A History of Modern Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur: Eastern Universites

Lim Teck Ghee. 1977. Peasants and their agricultural economy in colonial Malaya (1874-1941) . Kuala Lumpur : Oxford University Press.

Laporan daripada SS Police Force dan jenayah dalam negeri. SSAR 1930

Muzafar Resmend Tale. 2008. The Malaysian Indians History,Problem and Future. Selangor : Strategic Information & Research Development Centre.

Paul H.Kratoska. 1983. Ends That We Cannot Forsee : Malay Reservatins in British Malaya, Journal of Southeast Asian Studies. 14 (1).

Paul A. Samuelson. 1967. Economic: An Introduction Analysis. Tokyo, 1967.

P. Sivarajan & S. Malar Arasi. 2012. Sejarah Sosio Ekonomi Malaysia Sehingga Tahun 1970. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Sandhu, K. S. 1969. Indians in Malaya : some aspects of their immigration and settlement, 1786-1957 . Cambridge : Cambridge University Press.

W. G. Huff. 2001. Entitlements, Destitution, and Emigration in the 1930s Singapore Great Depression. The Economic History Review. New Series. 54 (2).

Zainal Abidin bin Abd. Wahid. 1979. Sejarah Malaysia Sepintas Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.