sosioekonomi dalam kalangan penternak rumpai laut

99
BAB 1 1.0 Pengenalan Pembangunan dan kemiskinan di Malaysia telah menjadi dua isu negara yang tidak dapat dipisahkan. Kemiskinan merupakan satu keadaan hidup yang daif mengikut ukuran- ukuran tertentu manakala pembangunan pula adalah usaha untuk meningkatkan taraf hidup. Pembangunan ini dikaitkan sebagai satu usaha membanteras kemiskinan. Walaupun tanda- tanda peningkatan taraf hidup terus kelihatan namun tidak dapat dinafikan bahawa masalah kemiskinan masih wujud khususnya di luar bandar. Ketidakseimbangan pendapatan 1

Upload: hadzlindah

Post on 16-Jun-2015

1.111 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

BAB 1

1.0 Pengenalan

Pembangunan dan kemiskinan di Malaysia telah menjadi dua isu negara yang

tidak dapat dipisahkan. Kemiskinan merupakan satu keadaan hidup yang daif mengikut

ukuran-ukuran tertentu manakala pembangunan pula adalah usaha untuk meningkatkan

taraf hidup. Pembangunan ini dikaitkan sebagai satu usaha membanteras kemiskinan.

Walaupun tanda-tanda peningkatan taraf hidup terus kelihatan namun tidak dapat

dinafikan bahawa masalah kemiskinan masih wujud khususnya di luar bandar.

Ketidakseimbangan pendapatan serta jurang pendapatan di antara golongan miskin dan

kaya terus wujud dalam masyarakat di negara ini.

Lantaran itu kerajaan telah melipatgandakan usaha untuk merangka dan

melaksanakan pelbagai dasar, strategi dan rancangan untuk mengekalkan pertumbuhan

sihat ekonomi. Dalam masa yang sama usaha memerangi kemiskinan diperhebatkan

1

Page 2: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

kerana menyedari bahawa kemiskinan masyarakat merupakan penghambat utama

kemajuan.

Kepekaan kerajaan mengenai masalah kemiskinan ini akhirnya membawa

kepada penggubalan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970. Penggubalan ini

menyaksikan satu perubahan radikal dalam perancangan pembangunan Malaysia.

Matlamat serampang dua mata iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula

masyarakat telah direka bagi merapatkan jurang dan golongan berada dengan tidak

berada di luar bandar mahupun dibandar.

Diantara langkah yang telah diambil oleh kerajaan khususnya dalam tempoh

Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) ialah pelaksanaan program-program membasmi

kemiskinan secara lebih berfokus kepada kelompok-kelompok miskin dan miskin tegar

terutamanya di kawasan pedalaman dan kumpulan-kumpulan yang masih belum

menerima faedah daripada pembangunan negara. Selaras dengan usaha ini, skim

pembangunan kesejahteraan (SPKR) dilaksanakan dan diperkukuhkan dengan

merangkumi bukan sahaja program-program ekonomi yang dapat menjana pendapatan

tetapi juga projek sosial dan fizikal termasuk latihan dan penyediaan kemudahan-

kemudahan asas.

Dibawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) pelaksanaan program

pembasmian kemiskinan ditumpukan kepada pelaksanaan program pembangunan

masyarakat setempat. Program-program ekonomi bagi meningkatkan pendapatan

2

Page 3: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

golongan petani dan nelayan, program-program kredit mikro dan usahawan mikro bagi

membantu isi rumah miskin menjalankan aktiviti ekonomi yang dapat menjana

pendapatan.

Baru-baru ini Belanjawan 2008 telah diumumkan oleh Perdana Menteri.

Peruntukkan belanjawan ini sebanyak RM207.9 billion. Sebanyak RM300 juta adalah

peruntukkan untuk nelayan. Peruntukkan bagi menampung sara hidup dan pemilik bot

perikanan kepada nelayan sebanyak RM180 juta dan selebihnya untuk insentif

tangkapan ikan (Belanjawan 2008).

Menurut rekod penduduk negeri Sabah sehingga tahun 2002, seramai 20,843

orang adalah nelayan. Nelayan-nelayan di seluruh negeri Sabah ini adalah terdiri

daripada golongan yang berbeza-beza. Bermula daripada nelayan peringkat bawahan

yang daif sehinggalah kepada nelayan kapal-kapal besar. Seramai 19,328 orang

daripada jumlah nelayan di Sabah adalah nelayan tradisional yang tergolong dalam

kategori miskin.

Salah satu program pembangunan yang telah diperkenalkan di Semporna Sabah

adalah penternakan rumpai laut. Kumpulan sasaran kerajaan tertumpu kepada para

nelayan yang ingin membantu mereka untuk meningkatkan ekonomi mereka sekaligus

membasmi kemiskinan nelayan. Projek ini telah dilaksanakan sejak tahun 1987 yang

telah diperkenalkan oleh Lembaga Perikanan Malaysia dengan kerjasama Jabatan

Perikanan. (Jabatan Perikanan)

3

Page 4: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

Daerah Semporna mempunyai keluasan 442 batu persegi atau 113,412 hektar

(282,880 ekar) dan terbahagi kepada dua kawasan iaitu Tanah Besar Semporna dan

Kawasan Pulau yang dikenali sebagai Pulau Bum-Bum dan pulau-pulau sekitarnya.

Daerah Semporna berhampiran dengan sempadan perairan antarabangsa iaitu Filipina

dan Indonesia. Semporna mempunyai kedudukan strategik 'ladang' penanaman terbaik

rumpai laut di dunia.

1.1 Kenyataan Masalah

Kemiskinan nelayan bukan lagi satu fenomena baru di negara kita. Golongan ini

jauh ketinggalan dalam pemodenan. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dalam

membasmi kemiskinan mereka. Dalam masa yang sama kerajaan telah memperkenalkan

penternakan rumpai laut untuk membasmi kemiskinan nelayan. Oleh itu kajian ini

dilakukan untuk melihat sejauh mana pengkulturan rumpai laut dapat mengubah tahap

sosioekonomi penternak rumpai laut di Semporna. Ini termasuklah latar belakang

penternak seperti umur, bangsa, agama, jantina, bilangan tanggungan, jumlah

pendapatan dan tempoh mengikuti aktiviti penternakan rumpai laut.

Kehidupan nelayan selalu dikaitkan dengan perumpamaan seperti kais pagi

makan pagi kais petang makan petang. Mereka menjalankan aktiviti menangkap ikan

sekadar untuk memenuhi keperluan kehidupan mereka. Oleh itu kerajaan membantu

mereka untuk mengurangkan beban yang mereka pikul sebelum ini dengan memberi

4

Page 5: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

program bantuan subsidi. Subsidi yang diberikan oleh kerajaan seperti minyak, bot dan

lain-lain. Kini sumber pendapatan nelayan tidak lagi bergantung kepada hasil tangkapan

ikan. Rumpai laut juga merupakan sumber hidup mereka. Ada yang menjalankan secara

sepenuh masa dan ada secara sambilan. Justeru itu pengkaji ingin melihat adakah

terdapat perubahan sosial yang dialami (pemakanan, pemakaian, hiburan dan kesihatan)

oleh penternak rumpai laut setelah mengikuti aktiviti ini.

Pada kebiasaannya program menternak rumpai laut ini mendapat sambutan

yang hangat dikalangan nelayan. Mereka menceburkan diri dalam program ini untuk

meningkatkan tahap sosioekonomi mereka. Bagi mereka mencari rezeki dengan

menangkap ikan tidak memberi hasil yang memuaskan. Mereka mencari alternatif lain

dengan menyertai penternakan rumpai laut yang dianggap dapat menjamin kehidupan

mereka. Kemungkinan dengan menyertai ternakan ini mereka mendapat hasil

pendapatan yang mengizinkan mereka memiliki harta. Justeru itu kajian ini meninjau

sejauh mana pemilikan harta yang dimiliki oleh nelayan setelah menjalankan aktiviti

penternakan rumpai laut ini.

Sesuatu program pembangunan yang dilaksanakan perlulah dilihat impaknya.

Kajian cuba membandingkan penternak yang aktif dan tidak aktif dari segi aspek

pendapatan, pemilikan harta dan perubahan sosial yang telah mereka alami selepas

mengikuti projek penternakan rumpai laut

5

Page 6: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

1.2 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini dijangkakan dapat memberikan maklumat dengan lebih

terperinci tentang pengetahuan kegiatan penternakan rumpai laut sebagai sumber

alternatif kepada nelayan. Justeru itu dengan adanya kajian ini komuniti samaada

mempunyai pekerjaan tetap atau pun nelayan agar dapat membuka mata mereka untuk

menambahkan hasil pendapatan mereka dengan menceburkan diri dengan penternakan

rumpai laut.

Selain daripada itu, hasil kajian ini juga dijangkakan memberi maklumat tentang

perubahan sosioekonomi yang telah dialami penternak rumpai laut selepas menyertai

projek penternakan rumpai laut.

Akhir sekali kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada pengkaji pada

masa akan datang. Selain daripada menambah ilmu pengetahuan dalam bidang

pembangunan komuniti nelayan di Sabah khususnya Malaysia amnya.

6

Page 7: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

1.3 Objektif

Objektif Am

Objektif am kajian ini adalah untuk mengenalpasti perubahan taraf sosioekonomi dalam

kalangan penternak rumpai laut di Semporna Sabah

Objektif Khusus

i. Mengenalpasti latar belakang penternak rumpai laut

ii. Mengenalpasti pendapatan hasil ternakan rumpai laut

iii. Menentukan perubahan sosial yang dialami oleh penternak rumpai laut

iv. Mengenalpasti pemilikan harta mudah alih dan bukan mudah alih dikalangan

penternak rumpai laut

v. Membandingkan hasil pendapatan, perubahan sosial dan pemilikan harta antara

penternak aktif dan tidak aktif.

7

Page 8: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

1.4 Definisi Istilah

Sosio Ekonomi

Konsepsual

Hubungan antara aktiviti ekonomi dengan kehidupan sosial. Ia lebih

menumpukan kepada kesan sosial yang mempengaruhi perubahan

ekonomi.

Operasional

Merujuk kepada tahap ekonomi dimana diukur berdasarkan jumlah

pendapatan yang diperolehi dan jumlah pendapatan responden.

Perubahan Sosial (Gaya Hidup)

Konsepsual

Satu cara kehidupan seseorang. Gaya hidup juga merupakan satu cara

kelakuan yang biasanya dapat merubah kehidupan seseorang itu yang

mana merangkumi perhubungan sosial, pengguna, hiburan dan juga cara

pemakaian. Kelakuan dan amalan dalam gaya hidup juga adalah satu

campuran tabiat ataupun gelagat di mana dapat menjalankan benda

konvensional serta tindakan berdasarkan logik akal. Lazimnya satu gaya

hidup juga menggambarkan sikap, nilai dan persepsi seseorang.

8

Page 9: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

Operasional

Merujuk kepada perubahan gaya hidup penternak rumpai laut yang

meliputi aspek dari segi pemakaian, pemakanan, hiburan dan rawatan

kesihatan akibat daripada perubahan ekonomi mereka (pendapatan).

Pemilikan Harta

Konsepsual

Ia adalah keadaan tentang hak ekslusif dan kuasa ke atas harta yang

berbentuk objek, tanah, harta intelektual atau jenis harta-harta yang lain.

Ianya terkandung dalam suatu hak untuk memiliki yang juga dikenali

sebagai "title". (hak yang sah disisi undang-undang dalam memiliki

sesuatu harta)

Operasional

Merujuk kepada pemilikan harta mudah alih dan harta bukan mudah alih

dalam kalangan penternak rumpai laut.

1.5 Limitasi Kajian

Kajian ini ini adalah terhad kepada masyarakat nelayan di daerah Semporna

yang terlibat dalam penternakan rumpai laut.

9

Page 10: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

1.6 Kerangka Kerja

Penternak Rumpai Laut

Rajah 1 : Kerangka Kerja Konsepsual Kajian Sosioekonomi Penternak Rumpai Laut Di Semporna Sabah.

Latar belakang

PendapatanPerubahan sosioekonomiPemakananPemakaian HiburanKesihatan

Pemilikan Harta

Projek ternakan rumpai laut

10

Page 11: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

BAB 2

TINJAUAN KAJIAN LEPAS

2.0 Pengenalan

Bab ini membincangkan dan mengulas beberapa karya dan kajian lepas

mengenai masyarakat nelayan yang pernah di kaji oleh pengkaji Barat mahu pun

pengkaji tempatan. Antara aspek yang biasa di kaji iaitu kemunduran, kemiskinan,

profil dan perubahan sosioekonomi, aktiviti penangkapan, konflik dan keberkesanan

pembasmian kemiskinan dalam komuniti nelayan. Namun begitu aspek taraf

sosioekonomi, perubahan sosial dan pemilikan harta masyarakat nelayan amat jarang

diketengahkan. Selain itu juga pengkaji ingin mengkaji di tempat sendiri

memandangkan tiada lagi yang mengkaji perubahan taraf sosioekonomi dan perubahan

sosial masyarakat nelayan di Semporna selepas mengikuti projek penternakan rumpai

11

Page 12: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

laut. Situasi inilah yang mendorong pengkaji untuk mengkaji aspek perubahan sosio

ekonomi, pemilikan harta serta perubahan sosial yang di alami oleh masyarakat

nelayan.

Kemiskinan

Kemiskinan merupakan satu “sindrom situasi” yang meliputi unsur-unsur

kekurangan makanan dan taraf kesihatan yang rendah, pendapatan rendah,

pengangguran, keadaan perumahan yang tidak selamat, taraf pendidikan yang rendah,

tidak menikmati keperluan moden, pekerjaan yang tidak terjamin, sikap hidup yang

negatif dan fikiran yang kolot.

Masalah kemiskinan terus menjadi isu dan persoalan yang utama dalam

pembangunan negara. Apa yang membimbangkan masalah ini bukan setakat di tahap

kebangsaan malah ia telah menjadi satu masalah dunia. Menurut Mohd Zyadi (1994),

kemiskinan berpunca dari hasil pengeluaran yang rendah, pengangguran, system

memberi modal dan pemasaran hasil yang tidak cekap atau sempurna dan sebagainya.

Sasaran utama masalah kemiskinan adalah golongan nelayan yang menghadapi kadar

kemiskinan yang tinggi. Oleh itu pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa

rancangan program yang berkaitan. Namun demikian menurut Nik Hashim rancangan

program yang telah dilaksanakan didapati secara keseluruhannya kurang berjaya. (Nik

Hashim et.al., Chamhuri dan Nor Aini, 1996).

12

Page 13: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

Menurut Kamal (1983), kemiskinan adalah golongan yang tidak mempunyai

keupayaan pendapatan (inadequancy of income), tidak mempunyai “access” kepada

sumber-sumber kuasa sosial (kuasa politik, kuasa bersuara dan punca-punca

pengeluaran) yang tidak menikmati keperluan-keperluan asas (perlindungan, makanan,

tempat tinggal, pekerjaan, pendidikan dan sebagainya).

Sementara itu Ishak Shaari (1996) pula medefinasikan kemiskinan sebagai satu

keadaan apabila sesebuah isirumah tidak memperoleh pendapatan yang cukup bagi

menampung sejumlah perbelanjaan untuk keperluan asas yang minimum seperti

makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan asas bukan makanan.

Selain itu, kemiskinan juga dilihat dari sudut biologi, iaitu keperluan asas yang

mencukupi untuk meneruskan hidup dan ini dilihat dari segi pendapatan seseorang.

Sekiranya seseorang itu tidak memperolehi pendapatan yang dapat memenuhi keperluan

asas yang utama, atau tidak dapat makanan yang mempunyai zat yang diperlukan untuk

kesihatan badan dan tidak dapat memenuhi dan mengekalkan kecekapan fizikal maka ia

dianggap miskin (Ungku Aziz, 1964).

Namun demikian, ahli-ahli sosiologi berpendapat kemiskinan seharusnya bukan

dilihat semata-mata berdasarkan pendapatan yang diterima oleh seseorang. Mereka

berpendapat bahawa faktor-faktor lain seperti pengagihan pendapatan, peluang sosial

dan ekonomi juga perlu dilihat dalam menperjelaskan tentang kemiskinan. Kebanyakan

13

Page 14: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

ahli sosiologi meninjau kemiskinan dalam rangka kerja masalah sosial (C.I. Waxman

1968). Gunnar Myrdal (1970) mengatakan kemiskinan melibatkan dua aspek iaitu aspek

ekonomi dan aspek sosial. Akibat ketidakseimbangan sosial ia telah menjadi sebab

kepada kepincangan ekonomi sementara kepincangan ekonomi pula mebantu kea rah

mewujudkan ketidaksamaan sosial. Akhirnya kedua-dua faktor ini menjadi sebab

penting kepada persoalan kemiskinan.

Sementara itu Syed Husin (1983) melihat bahawa kemiskinan adalah disebabkan

oleh kekurangan teknologi moden dan modal. Ia juga melibatkan struktur

ketidaksamaan ekonomi dan sosial. Selain itu kemiskinan tidak hanya terbatas kepada

kegagalan memenuhi keperluan kebendaan tetapi juga keperluan psikologi dan politik.

(Hammarsksjold Report, 1975).

Atkinson (1980), menjelaskan bahawa kemiskinan adalah berpunca daripada

ketidakmampuan untuk memenuhi keperluan asas manusia pada tahap yang paling

minimum. Keperluan asas ini merujuk kepada makanan dan perlindungan seperti

perumahan dan pakaian. Oleh itu, kebuluran merupakan fenomena kemiskinan yang

jelas (Sen A.,1981). Namun begitu keperluan asas ini adalah berbagai-bagai disebabkan

oleh perbezaan keadaan fizikal, keadaan cuaca, pekerjaan, pemakanan oleh komuniti

dan negara (Townsend, 1974).

14

Page 15: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

Ukuran Kemiskinan

Townsend (1970), mencadangkan agar ukuran kemiskinan bukan sahaja dilihat

daripada pendapatan wang semasa tetapi meliputi faedah keselamatan sosial, harta, nilai

pendapatan bukan wang dan faedah sampingan daripada pekerjaan, nilai perkhidmatan

sosial awam yang diterima, pengeluaran untuk kegunaan sendiri, hadiah-hadiah dan

bantuan yang diterima.

Altimir (1982) merumuskan bahawa konsep kemiskinan yang bersifat normatif

itu membuatkannya amat bergantung kepada sistem nilai dan tujuan politik yang

digunakan ketika meneliti masalah kemiskinan. Secara umumnya konsep kemiskinan

boleh dibahagikan kepada dua iaitu kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif.

Kemiskinan mutlak di Malaysia diukur dengan menggunakan perbandingan

antara pendapatan kumpulan isirumah dengan satu tahap yang dipanggil pendapatan

garis kemiskinan (PGK). PGK ini ditentukan berasaskan kepada taraf hidup penduduk

negara ini. PGK merupakan satu jumlah pendapatan minimum untuk membolehkan

sesebuah isirumah, secara purata, menampung keperluan makanan, pakaianan dan

perbelanjaan asas seperti sewa, bahan api dan tenaga, pengangkutan dan perhubungan ,

kesihatan dan rekreasi. Sementara darjah kemiskinan pula dibahagikan berdasarkan

tingkat pendapatan yang diterima dengan PGK. Pendapatan di bawah dari PGK

dikatakan sebagai miskin sementara individu yang menerima pendapatan kurang

15

Page 16: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

separuh dari PGK dikatakan sebagai termiskin atau miskin tegar. Pendekatan ini telah

digunakan oleh Ungku Aziz (1958) yang melihat kemiskinan berdasarkan pendapatan

minimum sesebuah keluarga. Sesiapa yang berpendapatan kurang dari garis kemiskinan

yang telah ditetapkan adalah dianggap miskin dan perlu diberi perhatian dalam

pembangunan.

Berbeza dengan konsep kemiskinan relatif pula ia mempunyai hubungkait

dengan ketaksamaan dalam agihan pendapatan di mana penilaian terhadap kebajikan

seseorang adalah juga bergantung kepada kebajikan orang lain yang dijadikan sebagai

perbandingan. Namun begitu ini tidak semestinya bermakna bahawa ketidaksamaan

pasti akan membawa kemiskinan kerana konsep kemiskinan di tentukan oleh satu

sempadan normatif pada kesinambungan ketaksamaan yang menyebabkan timbulnya

‘ketaksamaan’ berbanding sehingga seolah-olah dapat membahagikan masyarakat itu

kepada golongan miskin dan kaya (Chamhuri Siwar dan Mohd. Haflah Piei, 1988).

Kedua-dua konsep kemiskinan ini mempunyai implikasi politik yang tersendiri.

Kemiskinan mutlak mempunyai hubungan dengan konsep keperluan asasi, manakala

kemiskinan relatif mempunyai hubungan dengan agihan pendapatan. Dengan kata lain,

konsep kemiskinan relatif mempunyai kebaikan dari segi rujukan terhadap ketaksamaan

ekonomi dan sosial dalam masyarakat (Abu Sufian 1998).

16

Page 17: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

Sosioekonomi

Salah seorang pengkaji Barat yang terkenal dengan kajiannya mengenai nelayan

iaitu Raymond Firth pada tahun 1939. Melalui kajiannya yang bertajuk ‘Malay

Fishermen : Their Peasant Economy’, ia membincangkan mengenai kaum nelayan di

Perupok. Melalui kajian ini beliau telah membuat analisis yang mendalam tentang

kemiskinan orang Melayu yang meliputi aspek-aspek organisasi kegiatan menangkap

ikan, hak milik peralatan, pengurusan modal, sistem kredit, pembiayaan pengeluaran,

organisasi pemasaran, sistem agihan pendapatan dan paras pendapatan serta nilai-nilai

komuniti tersebut. Penggunaan dalam rumahtangga nelayan telah di perkatakan oleh

Rosemary Firth dalam kajiannya terhadap komuniti nelayan di Kelantan.

Swift (1965) telah mengkaji komuniti petani di Jelebu, Negeri Sembilan. Beliau

menumpukan perhatian ke atas keadaan sosioekonomi masyarakat yang di kaji.

Sementara itu Wilson (1968) juga turut mengkaji komuniti petani menitikberatkan

aspek sosioekonomi komuniti tersebut. Beliau juga telah menyentuh sepintas lalu

mengenai aspek pendapatan, penggunaan dan simpanan.

Selain itu terdapat juga kajian yang diusahakan oleh Wan Abdul Kadir (1974)

iaitu Kajian Sosioekonomi Komuniti Nelayan dan Petani :Satu Kajian Perbandingan

Pekerjaan, Pendapatan, Penggunaan dan Simpanan di Kedai Buluh dan Kampung Dal

Kelantan. Kajian ini membincangkan aspek-aspek menangkap ikan, sistem dan

17

Page 18: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

organisasi pekerjaan golongan nelayan dan petani. Di samping itu juga beliau turut

membincangkan pola-pola pendapatan, penggunaan dan simpanan wang kaum nelayan

dan petani.

Ishak Shari (1990) pula tidak ketinggalan dalam mengkaji masyarakat nelayan.

Beliau telah menghasilkan buku yang bertajuk Ekonomi Nelayan : Pengumpulan

Modal, Perubahan Teknologi dan Perbezaan Ekonomi pada tahun 1990. Tumpuan

kajian beliau berkisar kepada pentingnya perusahaan perikanan dalam ekonomi

Malaysia serta perkembangannya sejak penghujung abad ke 19 sehingga awal tahun

1980 an. Beliau turut menyentuh masalah kemiskinan yang di alami oleh masyarakat

nelayan dan menggariskan perubahan teknologi yang berlaku dalam perusahaan

perikanan di Kelantan dan Terengganu. Selain itu, ia juga membincangkan proses

perubahan dan aspek-aspek penting dalam ekonomi masyarakat nelayan di Perupok.

Seorang lagi pengkaji yang mengkaji mengenai sosio ekonomi nelayan iaitu

Suzana Yusoff (1955) “Profil Sosio Ekonomi Nelayan Melayu : Satu Kajian Kes Di

Kampung Sungai Haji Dorani Sabak Bernam Selangor”. Tesis ini membincangkan

mengenai sifat-sifat sosio ekonomi nelayan. Aspek-aspek yang dikaji meliputi sosio

demografi, pendapatan perbelanjaan, pemasaran kredit, pinjaman dan bantuan kerajaan,

pemilikan peralatan, kemahiran infrastruktur, pemilikan tanah dan pemilikan rumah.

Selain itu, beliau juga telah menghuraikan sifat pergantungan dengan badan-badan

kerajaan di kalangan nelayan terbabit dan kesannya kepada pendapatan nelayan, sifat

18

Page 19: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

kewujudan dan sifat demografi yang berperanan merendahkan dan meningkatkan taraf

sosio ekonomi setiap keluarga nelayan.

Perubahan sosioekonomi masyarakat nelayan turut di kaji oleh Shamsul Salim

(1994) yang bertajuk Perubahan Sosio Ekonomi Masyarakat Nelayan Kampung

Kemaman Terengganu telah memfokuskan kepada status sosioekonomi masyarakat

nelayan sebelum merdeka dengan meneliti kepada organisasi sosial masyarakat yang

meliputi institusi kekeluargaan, kepercayaan dan amalan magis serta organisasi

ekonomi masyarakat nelayan yang meliputi aktiviti perikanan, pemasaran ikan dan

pertubuhan nelayan. Kajian ini juga membincangkan perubahan sosial dan ekonomi

yang meliputi aspek pentadbiran, kesihatan, pendidikan dan sikap serta kepercayaan

masyarakat. Sementara perubahan ekonomi, ia melibatkan perubahan di dalam aspek

sektor perikanan dan industri cottage.

19

Page 20: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

BAB 3

METODOLOGI

3.0 Pengenalan

Bab ini membincangkan mengenai kaedah kajian yang dijalankan di lokasi yang

terpilih. Disamping membincangkan mengenai kaedah kajian, bab ini juga turut

dibincangkan mengenai lokasi kajian, rekabentuk kajian, sampel kajian dan kaedah

pengumpulan data.

20

Page 21: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

3.1 Lokasi Kajian

Kajian ini telah dijalankan di empat buah pulau nelayan di Semporna Sabah iaitu

Pulau Omadal, Pulau Menampilik, Pulau Denawan dan Pulau Selakan. Keputusan yang

telah diperolehi daripada hasil kajian yang dijalankan ini hanya mewakili saiz sampel

pengusaha rumpai laut yang terpilih sahaja. Selain daripada itu, daerah ini dipilih kerana

adanya program pembasmian kemiskinan di kalangan nelayan bertujuan untuk

meningkatkan taraf hidup mereka.

3.2 Pemilihan Sampel

Populasi kajian ini adalah pengusaha rumpai laut di daerah Semporna Sabah.

Seramai 100 orang nelayan terlibat dalam kajian ini. Pemilihan mereka berdasarkan

senarai nama yang diperolehi daripada Jabatan Perikanan Semporna. Ia terdiri daripada

dua senarai iaitu senarai yang aktif seramai 40 orang dan senarai tidak aktif seramai 60

orang yang terpilih. Pemilihan sampel ini dimulakan dengan senarai nama yang aktif

dan diikuti dengan tidak aktif. Teknik persampelan yang digunakan adalah persampelan

rawak dengan menggunakan panduan “random table”.

21

Page 22: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

3.3 Instrumen

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik. Borang

soal selidik ini mengandungi 4 bahagian. Borang soal selidik tersebut akan dibentuk

khas untuk mendapatkan maklumat penting yang diperlukan berdasarkan objektif

kajian. Borang soal selidik tersebut mengandungi bahagian-bahagian seperti :-

Bahagian A Latar Belakang Responden

Bahagian B Hasil Pendapatan

Bahagian C Perubahan Sosioekonomi

Bahagian D Pemilikan Harta

3.4 Pengumpulan Data

Data yang diambil melibatkan dua data iaitu data primer dan data sekunder.

Data primer diperolehi daripada responden melalui borang soal selidik. Sebanyak 250

borang soal selidik telah diedarkan kepada empat buah pulau di Semporna. Penyelidik

membenarkan borang soal-selidik dibawa pulang ke rumah dan boleh menghantar

borang soal-selidik tersebut pada minggu berikutnya.

22

Page 23: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

Data sekunder pula maklumat yang diambil melalui jurnal-jurnal yang sedia ada,

sama ada melalui internet, buku-buku, majalah perniagaan dan surat khabar. Jurnal-

jurnal yang terpilih adalah berkaitan atau mempunyai persamaan dengan kajian ini.

3.5 Analisis Data

Maklumat yang dikumpulkan telah dianalisis dengan menggunakan “Statistical

Package For The Social Science For Window” (SPSS). Angkubah-angkubah yang

berkaitan dianalisis dengan menggunakan penganalisisan berbentuk diskriptif iaitu

dalam bentuk peratus, min, frekuensi dan median.

23

Page 24: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

BAB 4

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.0 Pengenalan

Bab ini memperihalkan dapatan kajian berasaskan kepada borang soal selidik

yang telah dijawab oleh responden. Terdapat lima bahagian iaitu latar belakang

responden, penglibatan awal dalam projek, hasil pendapatan, perubahan sosioekonomi

dan perbandingan di antara penternak aktif dan penternak tidak aktif.

4.1 Latar Belakang Responden

Seramai 100 orang penternak rumpai laut telah disoal selidik. Responden

terbahagi kepada dua kumpulan iaitu penternak aktif seramai 40 orang dan penternak

tidak aktif seramai 60 orang. Jumlah ini meliputi keluarga penternak rumpai laut yang

menetap di sekitar Pulau Omadal (30 orang), Pulau Selakan (26 orang), Pulau Denawan

(17 orang) dan Pulau Menampilik (27 orang).

24

Page 25: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

Berdasarkan Jadual 1 , kebanyakan penternak rumpai laut berada di lingkungan

berusia di antara 46 hingga 55 tahun. Majoriti responden adalah golongan lelaki iaitu

seramai 85 orang (85.0 %) responden dan 15 orang (15.0%) responden merupakan

wanita. Bagi status perkahwinan, majoriti responden telah berkahwin (92 orang

92.0%) responden. 3 orang (3.0%) pula berstatus janda. Tiga orang ini menggantikan

tempat suami (sama ada meninggal dunia atau diceraikan) mengusaha ternakan rumpai

laut untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Sementara itu terdapat juga

sebilangan kecil (5 orang;5.0%) responden yang masih bujang menyertai projek

penternakan rumpai laut ini.

Sementara itu, bagi bilangan tanggungan, sejumlah 60 orang (60.0%)

mempunyai bilangan ahli keluarga seramai 1 hingga 5 orang. Bilangan responden yang

mempunyai tanggungan seramai 6 hingga 10 adalah seramai 37 orang (37.0%) dan

hanya 3 orang (3.0%) responden mempunyai bilangan tanggungan lebih daripada 11

orang.

Keseluruhan responden di kawasan kajian adalah beragama Islam. Sementara itu

suku kaum responden yang mengikuti projek ini terdiri daripada tiga suku kaum iaitu

Bajau, Suluk dan Bugis. Rata-rata responden adalah berbangsa Bajau iaitu seramai 65

orang (65.0%). (Lihat Jadual)

Jadual 1 : Taburan Responden Mengikut Aspek Demografi – Jantina, Agama, Kaum, Bilangan Ahli Keluarga dan Tahap Pendidikan

Latar Belakang Bil. Responden (n = 100) Peratus (%)

25

Page 26: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

Responden Aktif Tidak Aktif

4060

40.0060.00

Umur 25 – 35 36 – 45 46 – 55 56 – 65 < 65

Min : 25 Max : 68 Purata : 45.73

192441142

19.024.041.014.02.0

Jantina Lelaki Perempuan

8515

85.015.0

Agama Islam 100 100.0

Suku Kaum Bajau Suluk Bugis

652510

65.025.010.0

Status Perkahwinan Bujang Berkahwin Duda / Janda

5923

5.092.03.0

Bilangan Tanggungan 1 – 5 6 – 10 11 – 15

60373

60.037.03.0

Min : 1 Max : 15 Purata : 5.53Tahap Pendidikan

Tidak Sekolah Lulus Darjah 6 Lulus Tingkatan 3 Lulus Tingkatan 5

711892

71.018.09.02.0

Tempat Tinggal Pulau Omadal Pulau Denawan Pulau Selakan Pulau Menampilik

30172627

30.017.026.027.0

Data menunjukkan mengenai tahap pendidikan, majoriti responden adalah tidak

bersekolah yang meliputi seramai 70 orang responden (70.0%) dan seramai 18 orang

26

Page 27: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

responden (18.0%) adalah lulus darjah enam. Rata-rata responden memberi kenyataan

yang sama iaitu ibubapa mereka tidak mampu menyara persekolahan mereka.

Kemiskinan adalah penyebab utama kepada pencapaian pendidikan yang rendah.

Menurut kajian Awang Had (1983), beliau menyatakan kemiskinan yang berlaku telah

menyebabkan pencapaian pendidikan yang rendah dan perlanjutan kemiskinan daripada

ibu bapa kepada anak-anak mereka. Selain itu faktor kawasan tempat tinggal jauh

daripada sekolah. Sementara itu terdapat responden yang mempunyai tahap pendidikan

sehingga lulus tingkatan 3 iaitu seramai 9 orang responden (9.0%) dan hanya 2 orang

responden (2.0%) lagi lulus tingkatan 5.

Hasil kajian mendapati, hampir separuh responden yang ditemui berpendapatan

bulanan dalam RM100 hingga RM500 sebulan (51 orang;51.0%). Majoriti mereka

adalah penternak yang tidak aktif dalam mengusahakan menternak rumpai laut.

Jadual 2 : Pendapatan Responden

Pendapatan (RM) Bil. Responden Peratus (%)

100 – 500 51 51.0 600 – 1000 34 34.0 1100 – 1500 11 11.0 1600 – 2000 3 3.0 2100 – 2500 1 1.0

Jumlah n=100 100.00

Seramai 34 orang (34.0%) mempunyai pendapatan bulanan diantara RM600 – RM1000

dan ini menunjukkan responden mempunyai kesedaran dan keinginan untuk

meningkatkan pendapatan mereka. Sementara itu terdapat 3 orang (3.0%) responden

27

Page 28: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

mempunyai pendapatan dalam lingkungan RM1600- RM2000 sebulan. Peningkatan

pendapatan mereka semakin meningkat hasil daripada mengikuti projek ini.

4.2 Penglibatan Awal Dalam Projek

Dari segi aspek penglibatan awal dalam projek, rata-rata responden memberi

alasan menyertai projek ini adalah untuk menampung kehidupan keluarga mereka.

Seramai 67 orang responden (67. 0%) memilih sebab ini untuk mengikuti projek

ternakan rumpai laut. Kesan daripada ekonomi yang tidak stabil juga ia telah memberi

sedikit sebanyak impak terhadap pendapatan responden. Justeru itu beberapa responden

mencari alternatif dengan mengikuti projek penternakan rumpai laut untuk menambah

pendapatan mereka iaitu seramai 16 orang responden (16.0%). Hanya sebilangan kecil

sahaja iaitu seramai 15 orang responden (15.0%) yang melibatkan diri dalam pekerjaan

ini sebagai warisan keluarga.

Faktor utama pendorong responden menyertai projek ini, majoriti adalah diri

sendiri. Majoriti (92 orang;92.0%) berkata demikian. Ini menunjukkan responden

mempunyai semangat untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Manakala, terdapat juga

responden yang memilih suami atau isteri sebagai faktor pendorong mereka dalam

menyertai projek ternakan rumpai laut.

Daripada hasil kajian yang telah dijalankan, kebanyakan (76 orang; 76.0%)

responden telah menyertai projek ini selama 1 hingga 5 tahun. Sekiranya seseorang

28

Page 29: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

individu yang terlibat dalam sesuatu program bagi jangkamasa yang panjang ini

menggambarkan kepada bahawa penglibatannya dalam sesuatu projek adalah aktif.

Menurut Wan Azmi Ramli (1992), penglibatan individu dalam komuniti ialah untuk

mengenalpasti keperluan mereka sendiri, merancang program, bertindak untuk

memenuhi keperluan-keperluan individu oleh masyarakat, membuat keputusan

mengenai pelaksanaan program yang sesuai dan menilai serta menganalisa kemajuan

program oleh anggota masyarakat. Bukti kepada penglibatan aktif responden dalam

meningkatkan taraf hidup mereka ialah melalui jangka masa penglibatan responden

dalam projek ini di mana terdapat responden yang telah lama berkecimpung dalam

projek ini dalam masa 6 hingga 10 tahun iaitu seramai 24 orang responden (24.0%).

Berdasarkan Jadual 2 menunjukkan bahawa pekerjaan penternakan rumpai laut

ini ada yang dilakukan secara sepenuh masa dan pendapatan bulanan bergantung

sepenuhnya terhadap penternakan rumpai laut. Hanya 22 orang responden (22.0%)

sahaja yang mengusahakan ternakan rumpai laut ini sebagai pekerjaan sepenuh masa.

Rata-rata responden (67 orang; 67.0%) menyatakan mereka melakukan pekerjaan ini

secara bermusim. Ini adalah kerana keadaan cuaca yang tidak baik dan laut yang

bergelora boleh merosakkan hasil tanaman dan penyakit yang melanda rumpai laut.

Jadual 3 : Penglibatan Awal Dalam Penternakan Rumpai Laut

Pernyataan Bil. Responden ( n = 100) Peratus (%)Sebab menyertai

29

Page 30: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

Menampung kehidupan keluarga

Mencari wang tambahan Pekerjaan warisan

67

1815

67.0

18.015.0

Faktor mendorong sertai projek Diri sendiri Suami / Isteri

928

92.08.0

Lama sertai projek 1 – 5 6 – 10

7624

76.024.0

Pekerjaan dilakukan secara Sepenuh masa Bermusim Kerja tambahan

226711

22.067.011.0

Pekerjaan lain Tiada Buruh Penjaja Lain-lain

219763

21.09.07.063.0

Seminggu turun tapak 2 hari 3 hari 4 hari 5 hari 6 hari 7 hari

183193633

18.031.09.03.06.033.0

Pelanggan hasil ternakan

LKIM 100 100.0

Status pemilikan tapak menternak rumpai laut

Memiliki sepenuhnya Berkongsi dengan rakan

lain

8614

86.014.0

Di samping itu, terdapat juga responden yang mempunyai pekerjaan lain selain

menternak rumpai laut. Kebanyakan responden masih lagi dengan pekerjaan asal

mereka iaitu nelayan dengan jumlah sebanyak 53 orang responden (53.0%). Kemudian

diikuti dengan sebilangan kecil sahaja bekerja sebagai buruh (9 orang; 9.0%) dan 7

orang responden (7.0%) adalah penjaja.

30

Page 31: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) adalah pelanggan tetap membeli

hasil ternakan rumpai laut. Ini adalah kerana pihak LKIM yang mengendalikan

sepenuhnya aktiviti jual beli ini bagi membantu responden. Di samping itu, pihak LKIM

juga turut menyediakan tapak kepada penternak-penternak untuk menternak rumpai

laut. Mereka diberi pilihan sama ada ingin memiliki tapak sepenuhnya atau berkongsi

dengan rakan lain. Hampir sebilangan responden memiliki tapak menternak rumpai laut

(86 orang; 86.0%). Ini adalah kerana responden mudah mengusahakan ternakan mereka

sendiri dan pendapatan yang diperolehi untuk mereka sahaja.

Aktiviti harian yang dibuat oleh responden di tapak projek ditunjukkan dalam

Jadual 4 . Aktiviti tersebut meliputi kerja-kerja menabur benih, membersihkan kawasan

projek, membaiki kerosakan sangkar, memungut hasil ternakan dan menjual. Aktiviti

ini terbahagi kepada dua sesi iaitu pagi dan petang. Majoriti responden melakukan

aktiviti harian pada sebelah pagi. Ini adalah kerana keadaan cuaca yang tidak panas

serta keadaan laut yang tenang menyebabkan ramai responden memilih untuk

menjalankan aktiviti harian ini pada sebelah pagi. Manakala pada sebelah petang

Jadual 4 : Aktiviti Harian Di tapak Projek

Aktiviti Harian Pagi

Bil. (%) Bil.

Petang

Bil. (%) Bil.

31

Page 32: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

(%) Ada Tiada

%) Ada Tiada

Menabur benih 92 92.0 8 8.0 41 41.0 59 59.0

Membersihkan kawasan projek

74 74.0 26 26.0 59 59.0 41 41.0

Membaiki kerosakan sangkar

78 78.0 22 22.0 45 45.0 55 55.0

Memungut hasil ternakan

87 87.0 13 13.0 55 55.0 45 45.0

Menjual 72 72.0 28 28.0 54 54.0 46 46.0

hanya segelintir sahaja melakukan aktiviti harian ini. Contohnya, majoriti responden (92

orang;92.0%) terlibat dalam aktiviti menabur benih pada sebelah pagi. Pada sesi petang

pula bilangan mereka yang terlibat semakin berkurangan kepada 40 orang responden

(41.0%) sahaja yang ada menabur benih dan 59 orang responden (59.0%) tidak menabur

benih.

4.3 Pendapatan Hasil Ternakan

Sumber pendapatan (keuntungan) responden diperolehi daripada hasil ternakan

rumpai laut yang mereka usahakan. Majoriti keuntungan yang diperolehi oleh

responden setelah menyertai projek ini dalam lingkungan RM100 - RM250 seramai 68

orang (68.0%). Hanya beberapa orang responden memperolehi antara RM500 – RM750

(21 orang;21.0%). Namun demikian hasil daripada tinjauan, ramai responden masih lagi

tidak berpuas hati dengan pencapaian hasil ternakan mereka. Ini adalah kerana hasil

keuntungan yang mereka perolehi masih lagi tidak mencukupi ekoran daripada sara

hidup yang semakin meningkat.

32

Page 33: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

Jadual 5 : Hasil Pendapatan

Pertambahan Pendapatan (Keuntungan)

Bil. Responden (n = 100) Peratus (%)

> 250 500 – 750 1000 – 1250 1500 – 1750 2000

6821821

68.021.08.02.01.0

Sementara itu, terdapat hanya 1 orang responden (1.0%) yang mempunyai keuntungan

sehingga mencecah RM2000 sebulan. Menurut Encik Saiful (Jabatan Sosioekonomi)

yang telah ditemubual, responden ini adalah salah seorang penternak rumpai laut yang

berjaya.

Dari segi penyimpanan atau tabungan pula, majoriti seramai 80 orang responden

(80.0%) menyatakan gagal untuk membuat simpanan. Mereka tidak membuat simpanan

kerana pendapatan yang mereka perolehi banyak digunakan untuk menampung

tanggungan yang ramai. Lebih-lebih lagi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Hanya sebilangan kecil sahaja, responden yang membuat simpanan sebanyak RM50

iaitu sebanyak 5 orang responden (5.0%). Sementara itu, seramai 14 orang (14.0%)

dapat membuat simpanan sebanyak RM250 – RM500 sebulan. Terdapat juga responden

yang menyimpan sebanyak RM750 – RM1000 iaitu hanya 1 orang responden (1.0%).

Jadual 6 : Simpanan

33

Page 34: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

Pernyataan Bil. Responden (n = 100) Peratus (%)

Simpanan

Dapat buat simpanan Ya Tidak

2080

20.080.0

Simpanan sebanyak > 50 250 – 500 750 – 1000

5141

5.014.01.0

Simpanan Tabung Haji Amanah Saham

Bumiputera

515

5.015.0

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan tumpuan utama responden

menyimpan wang selain daripada Tabung Haji. Rata-rata responden menyatakan sebab

mereka menyimpan duit adalah untuk sebarang kecemasan dan menunaikan haji. Walau

bagaimana pun terdapat segelintir responden tidak membuat sebarang simpanan namun

hasil pendapatan tersebut digunakan untuk membeli emas. Responden ini menyatakan

dengan membeli emas mereka merasakan kegunaannya lebih terjamin berbanding

dengan menyimpan duit di bank jika berlaku sebarang kecemasan.

4.4 Pemilikan Harta

34

Page 35: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

Dari segi aspek pemilikan harta ia terbahagi kepada dua komponen iaitu

pemilikan harta mudah alih (pemilikan peralatan elektrik dan pemilikan kenderaan) dan

harta bukan mudah alih (rumah).

Hasil kajian menunjukkan, keseluruhan pemilikan rumah responden sebelum

dan selepas menyertai projek penternakan rumpai laut adalah rumah papan yang

meliputi 100 orang responden (100.0%).

Jadual 7 : Pemilikan Rumah

Jenis Kediaman Menyertai Projek Penternakan Rumpai Laut

Sebelum Selepas

Bil. (%) Bil. (%)Rumah Papan 100 100.0 100 100.0

Jenis Pemilikan

Milik sendiri –Pusaka / Warisan

80 80.0 80.0 80.0

Tumpang 20 20.0 20.0 20.0

Sementara itu jenis pemilikan rumah, majoriti memiliki secara pusaka (80 orang;

80.0%) dan seramai 20 orang responden (20.0%) tidak mempunyai rumah dan terpaksa

menumpang di rumah sanak saudara mereka. Jumlah ini adalah penternak rumpai laut

yang tidak aktif. Ini adalah disebabkan tidak mempunyai pendapatan yang tidak

mencukupi dan ia sekadar untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

35

Page 36: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

Lebih separuh responden (69 orang; 69.0%) memiliki sampan dan seramai 35

orang responden (35.0%) memiliki bot sebelum menyertai projek penternakan rumpai

laut. Namun jumlah ini meningkat selepas mereka mengikuti penternakan rumpai laut

Jadual 8 : Pemilikan Kenderaan

Pemilikan Cara PemilikanPemilikan Kenderaan

SebelumBil. (%)

SelepasBil. (%)

BeliBil. (%)

HadiahBil. (%)

PinjamBil. (%)

Sampan 69 69.0 92 92.0 71 71.0 29 29.0 0 0Bot 35 35.0 46 46.0 41 41.0 5 5.0 0 0

dimana 92 orang (92.0%) responden mempunyai sampan dan 46 orang responden

(46.0%) memiliki bot. Kebanyakkan peningkatan perubahan ini berlaku ke atas

golongan penternak yang aktif.

Dari aspek cara pemilikan pula, majoriti responden (71 orang;71.0%) memiliki

sampan dengan membeli sendiri hasil daripada keuntungan yang diperolehi daripada

penternakan rumpai laut. Namun bagi mereka yang kurang mampu iaitu seramai 29

orang responden (29.0%), mereka memiliki sampan dengan pemberian oleh Jabatan

Perikanan.

Kajian ini juga berusaha mendapatkan maklumat tentang pemilikan peralatan

elektrik oleh responden sebelum dan selepas menyertai projek ternakan rumpai laut.

Namun kajian mendapati setelah mengikuti projek tersebut sedikit sebanyak peralatan

dapat diperolehi. Ini dapat dilihat dengan pemilikan televisyen sebelum menyertai

hanya 61 orang (61.0%) yang mempunyai televisyen. Dan bilangan ini meningkat

36

Page 37: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

selepas mereka menyertai projek ini (82 orang; 82.0%). Rata-rata responden memiliki

televisyen dengan membeli sendiri (61 orang; 61.0%) dan seramai 12 orang responden

(12.0%) memiliki televisyen dengan pemberian orang atau hadiah. Hanya beberapa

orang responden yang masih lagi meminjam televisyen (9 orang; 9.0%). Ini adalah

kerana faktor ekonomi yang menghalang mereka untuk memiliki televisyen dengan

sendiri.

Sementara bagi pemilikan radio, majoriti responden telah memilikinya sebelum

menyertai projek penternakan rumpai laut lagi. Bagi mereka pemilikan radio adalah satu

kewajipan dan ia adalah sumber maklumat mereka sebelum memiliki televisyen sendiri

disamping menjimatkan. Hal ini kerana majoriti kawasan perkampungan masih

bergantung kepada generator. Dari segi pemilikan majoriti responden membeli sendiri

(98 orang ; 98.0%).

Selain itu, terdapat beberapa orang sahaja sebelum mengikuti projek ini yang

memiliki peti sejuk iaitu seramai 5 orang responden (5.0%). Berlaku sedikit

peningkatan bilangan orang yang memiliki peti sejuk selepas mengikuti projek ini iaitu

seramai 19 orang responden (19.0%). Pemilikan ini kebanyakannya terdiri daripada

penternak yang aktif. Mereka membeli sendiri peti sejuk hasil daripada pendapatan

yang diperolehi dari projek ternakan rumpai laut.

Jadual 9 : Pemilikan Alat Elektrik

37

Page 38: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

PemilikanAlat Elektrik

Menyertai Projek Penternakan Rumpai Laut

Cara pemilikan

Sebelum Selepas Beli Hadiah PinjamBil. (%) Bil. (%) Bil. (%) Bil. (%) Bil. (%)

Televisyen 61 61.0 82 82.0 61 61.0 12 12.0 9 9.0Peti Sejuk 5 5.0 19 19.0 19 19.0 0 0 0 0Radio 92 92.0 99 99.0 98 98.0 1 1.0 0 0Telefon 11 11.5 55 55.5 55 55.0 0 0 0 0Kipas angin

42 42.0 69 69.0 66 66.0 1 1.0 2 2.0

Seramai 11 orang responden (11.0%) mempunyai telefon bimbit sebelum

menyertai projek ini. Bilangan ini meningkat kepada 55 orang responden (55.0%)

selepas menyertai projek ini. Pertambahan ini disebabkan faktor peredaran masa yang

mempengaruhi responden untuk memiliki telefon bimbit selain menggunakannya untuk

kemudahan berkomunikasi. Mereka memiliki telefon bimbit dengan membeli sendiri

yang meliputi seramai 55 orang (55.0%).

Sebelum menyertai menternak rumpai laut terdapat seramai 42 orang responden

(42.0%) memiliki kipas angin. Namun selepas menyertai berlaku peningkatan sebanyak

27 orang dan ini menjadikan 69 orang responden (69.0%) memiliki kipas angin.

Seramai 66 orang responden (66.0%) memiliki kipas angin dengan membeli sendiri. .

38

Page 39: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

4.5 Perubahan Sosial

Untuk bahagian perubahan sosial, kajian meneliti empat aspek iaitu perubahan

pemakanan, perubahan pemakaian, perubahan hiburan dan rawatan kesihatan. Setiap

aspek mempunyai item-item tertentu yang dijawab oleh responden berdasarkan skala

Likert.

Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan responden telah mengalami

perubahan dalam aspek pemakanan mereka setelah menyertai projek ini. Hal ini jelas

dapat dibuktikan, melalui pernyataan ‘mampu makan di restoran bersama keluarga

(KFC)’ yang mempunyai nilai min yang tinggi (nilai min= 2.84) didalam perubahan

pemakanan. Namun, terdapat juga responden yang masih lagi tidak mampu untuk

Jadual 10 : Perubahan Pemakanan

Item Darjah KesetujuanSangat setuju

Setuju Tidak setuju

Sangat tidak setuju

Purata

a. Mampu makan di restoran bersama keluarga (seperti KFC) 1 29 55 15 2.84

b. Masih membeli bahan masakan seperti sayuran dari peruncit

70 28 2.35

c. Mampu membeli makanan yang telah diproses atau makanan dalam tin

70 30 2.30

d. Membeli barang runcit/ dapur di kedai runcit atau pasar malam di kampung, tidak ke pasaraya di bandar

3 73 24 2.21

e. Masih makan di rumah, tidak mampu di luar 19 64 17 2 1.98

Purata Keseluruhan 2.336

39

Page 40: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

makan di luar memandangkan hasil pendapatan yang mereka perolehi tidak mencukupi.

Situasi ini dapat dibuktikan dengan kelakuan responden yang masih mengamalkan

pemakanan di rumah ekoran kedudukan kewangan yang tidak ukuh dengan kadar

sangat setuju sebanyak 19.0% dan setuju 64.0% orang terhadap pernyataan ‘masih

makan di rumah tidak mampu makan diluar’

Sementara itu, kajian juga mendapati bahawa responden turut mengalami

perubahan dari segi aspek pemakaian. Pernyataan ‘mampu membeli baju di pusat

membeli-belah di bandar’ (nilai min= 2.55) dan ‘ mampu membelikan baju untuk ahli

keluarga setahun sekali’ (nilai min= 2.53) mempunyai nilai min yang tertinggi dalam

pernyataan ini. Ini menggambarkan bahawa responden mampu membelanjakan wang

mereka untuk keperluan asas. Namun, sedikit mengecewakan bagi beberapa orang

Jadual 11 : Perubahan Pemakaian

Item Darjah KesetujuanSangat setuju

Setuju Tidak setuju

Sangat tidak setuju

Purata

a. Mampu membeli baju di pusat membeli belah di bandar

2 49 41 8 2.55

b. Mampu membelikan baju untuk ahli keluarga setahun sekali

1 48 48 3 2.53

c. Membeli baju di pasar malan atau kedai kecil

71 29 2.29

d. Membeli baju terpakai saja (bundle) 13 66 21 2.08Purata Keseluruhan 2.3625

responden yang hanya mampu membeli pakaian terpakai dan juga di pasar-pasar

malam, dimana situasi ini turut didorong oleh faktor kewangan yang tidak ukuh. Hal

40

Page 41: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

ini kerana bagi mereka wang yang terhad harus digunakan dengan sejimat yang

mungkin. Senario ini dapat dibuktikn dengan kadar peratusan, seramai 71.0% orang

responden memilih setuju terhadap pernyataan ‘membeli baju di pasar malam atau

kedai kecil’ dan ‘membeli baju terpakai (66.0%)’.

Hiburan merupakan salah satu elemen yang penting dalam sesebuah institusi

keluarga. Elemen ini mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama keluarga.

Berkaitan dengan hiburan, kajian mendapati bahawa majoriti responden menganggap

hiburan tidak penting bagi mereka (lihat Jadual 12). Ini dapat dibuktikan dengan

pernyataan ‘membuat peruntukkan sejumlah wang setiap bulan untuk aktiviti luar’

Jadual 12 : Perubahan Hiburan

Item Darjah KesetujuanSangat setuju

Setuju Tidak setuju

Sangat tidak setuju

Purata

a. Membuat peruntukkan sejumlah wang setiap bulan untuk aktiviti luar

1 11 83 5 2.92

b. Memasang astro di rumah 1 17 77 5 2.86c. Mampu membawa ahli keluarga

saya melancong ke negeri-negeri atau daerah lain.

1 23 71 5 2.80

Purata Keseluruhan 2.86

seramai 83 orang (83.0%) memilih tidak setuju terhadap pernyataan ini. Pernyataan ini

mencatatkan nilai min= 2.80 yang tertinggi antara 3 pernyataan yang disenaraikan.

Kebanyakan responden menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai kedudukan

41

Page 42: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

kewangan yang stabil untuk berbuat demikian. Ini adalah kerana keuntungan yang

mereka perolehi hasil daripada menternak rumpai laut adalah terbatas untuk

menampung kos perbelanjaan mereka sekeluarga.

Hasil analisis kajian, pengkaji juga ingin melihat sejauh mana perubahan dari

segi rawatan kesihatan yang dialami oleh penternak rumpai laut selepas mengikuti

projek ini. Hanya segelintir (27.0%) penternak rumpai laut yang mengalami masalah

kesihatan. Penyakit-penyakit yang dihidapi oleh oleh responden iaitu kencing manis dan

sakit sendi, masing-masing seramai 9 orang responden (9.0%), darah tinggi (5.0%),

lelah atau asma(2.0%), sakit jantung dan batuk kering masing-masing 1 orang

responden (1.0%). Seramai 25 orang (25.0%) daripada mereka yang mengalami

masalah ini pernah mendapat rawatan untuk memulihkan penyakit mereka. Daripada

jadual dibawah kita dapat lihat bahawa sebelum ini mereka hanya pergi ke klinik desa

dan juga mengambil perubatan alternatif seperti bomoh atau pun singseh untuk

mengubati mereka. Tetapi selepas melibatkan diri dalam projek penternakan rumpai

Jadual 13 : Rawatan Kesihatan

Kesihatan Bil. Responden (n = 100)

Peratus (%)

42

Page 43: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

Alami masalah kesihatan

Ya 27 27.0

Jenis-jenis penyakit Sakit Jantung Kencing Manis Darah Tinggi Batuk Kering Lelah / Asma Sakit Sendi

195129

1.09.05.01.02.09.0

Pernah dapat rawatan Ya 25 25.0

2.0Di mana

Sebelum

Selepas

Klinik / Hospital Kerajaan

Perubatan Alternatif

Klinik / Hospital Kerajaan

17

8

25

17.0

8.0

25.0

Sebab Tidak mampu /

daif Tidak percaya

dengan perubatan moden

1

1

3.0

1.0

laut ini mereka telah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan ataupun di klinik

swasta. Seramai 51 orang (51.0%) bersetuju dengan kenyataan yang mereka mampu

untuk membawa ahli keluarga ke klinik swasta jika ahli keluarga mengalami masalah

kesihatan dan seramai 51 orang (51.0%) menyokong iaitu bersetuju bahawa mereka

Jadual 14 : Perubahan Kesihatan

PernyataanKekerapan peratus

SS S TS STS

43

Page 44: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

Jika sakit (anak, isteri, adik) saya memilih untuk membawa mereka ke klinik swasta 1.0 51.0 43.0 5.0Saya mampu membeli vitamin atau makanan kesihatan untuk keluarga dan diri sendiri 51.0 44.0 5.0

mampu atau boleh membeli sendiri vitamin atau makanan kesihatan untuk ahli keluarga

yang memerlukan. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka mampu meningkatkan tahap

kesihatan mereka dan tidak hanya bergantung kepada perubatan tradisional semata-

mata.

4 : 6 Penternak Aktif Dan Penternak Tidak Aktif : Satu Perbandingan

44

Page 45: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

Bahagian ini membincangkan perbandingan antara penternak aktif dengan

penternak tidak aktif dari sudut pendapatan, sosioekonomi dan juga pemilikan kesan

daripada menyertai projek penternakan rumpai laut.

Hasil kajian, mendapati banyak perubahan yang ketara telah dialami oleh

responden selepas menyertai projek ini terutamanya penternak yang aktif. Dari segi

pendapatan bagi penternak yang aktif, tahap pendapatan mereka berada pada paras yang

memuaskan. Ini dapat dilihat melalui Jadual 4:6:1 Perubahan pendapatan penternak

aktif mampu memperolehi pendapatan sehingga mencecah RM2000–RM2500 sebulan

seperti yang diperakui oleh 3 orang responden.

Carta 2 : Perubahan Pendapatan

45

Page 46: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

Sementara itu, seramai 16 orang pula memperolehi pendapatan antara RM1000-

RM1500 sebulan. Manakala bagi penternak yang tidak aktif majoriti mereka beroleh

pendapatan pada paras RM100 – RM500 sebulan.

Seterusnya pertambahan pendapatan adalah hasil keuntungan yang diperolehi

oleh responden daripada ternakan rumpai laut. Majoriti keuntungan yang diperolehi

Carta 3 : Pertambahan Pendapatan (Keuntungan)

oleh penternak rumpai laut sebanyak RM500 – RM750 sebulan dialami oleh iaitu

seramai 21 orang penternak aktif. Lebih separuh penternak tidak aktif memperolehi

keuntungan sebanyak RM50-RM250 sebulan.

Pemilikan harta terbahagi kepada dua iaitu pemilikan harta mudah alih dan

pemilikan harta bukan mudah alih. Pemilikan harta mudah alih meliputi kenderaan dan

peralatan elektrik manakala pemilikan harta bukan mudah alih pula iaitu simpanan dan

rumah. Melalui carta perubahan pemilikan harta mudah alih, ia menunjukkan kenderaan

46

Page 47: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

responden terbahagi kepada dua iaitu bot dan sampan. Majoriti penternak aktif memiliki

bot (35 orang; 87.5%) selepas mengikuti projek penternakan rumpai laut berbanding

penternak yang tidak aktif bilangannya semakin berkurang iaitu sebanyak 11 orang

responden (18.3%) sahaja. Seterusnya pemilikan sampan pula, majoriti penternak yang

aktif memiliki sampan iaitu sebanyak 40 orang responden (100.0%). Diikuti dengan

penternak yang tidak aktif hanya sebilangan kecil sahaja yang tidak memiliki sampan

sendiri selebihnya, 52 orang (86.7%) memiliki sampan sendiri.

Carta 4 : Perubahan Pemilikan Harta Mudah Alih

Majoriti penternak yang aktif memiliki alatan elektrik seperti televisyen

(100.0%), radio (100.0%), telefon (95.0%) dan kipas angin (95.0%). Manakala

penternak yang tidak aktif, majoriti pemilikan alat elektrik yang mereka miliki hanya

radio sahaja (98.3%). Diikuti dengan pemilikan televisyen (70.0%) dan telefon (28.3%).

Selain itu kajian juga mendapati bahawa majoriti penternak yang aktif

mempunyai simpanan sendiri (100 orang; 100.0%). Simpanan yang ada ini

47

Page 48: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

menggambarkan bahawa responden mempunyai perancangan masa hadapan dan

sebagai persiapan menghadapi masa kecemasan seperti kemalangan, kerosakan,

kesakitan, kematian. Manakala bagi penternak tidak aktif, hanya 3 orang sahaja yang

berbuat demikian dan selebihnya tidak mampu membuat simpanan akibat pendapatn

yang tidak mencukupi.

Dari segi aspek pemilikan harta bukan mudah alih pula, majoriti penternak aktif

memiliki rumah sendiri (92.5%) dan selebihnya adalah menumpang. Pemilikan rumah

Carta 5 : Pemilikan Harta Bukan Mudah Alih

sendiri sebenarnya telah menunjukkan bahawa seseorang itu telah memenuhi daripada

keperluan asas manusia ( Bochel, Bochel & Page, 1999). Diikuti dengan penternak yang

tidak aktif, kebanyakan (71.0%) responden memiliki rumah sendiri .

Perubahan sosioekonomi merupakan perubahan yang telah dialami oleh

responden selepas mengikuti projek menternak rumpai laut merangkumi perubahan dari

segi pemakanan, pemakaian, hiburan dan kesihatan. Jadual 19 perubahan pemakanan

48

Page 49: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

menunjukkan nilai min yang diperolehi daripada penternak aktif dan penternak tidak

aktif. Pernyataan ‘masih makan di rumah, tidak mampu diluar’ (nilai min= 3.73)

merupakan pernyataan yang terendah antara lima pernyataan yang disenaraikan bagi

penternak tidak aktif. Seramai 42 orang penternak tidak aktif memilih tidak setuju bagi

kenyataan ini. Ini menunjukkan bahawa penternak tidak aktif masih lagi tidak mampu

Jadual 15 : Perbandingan - Perubahan Pemakanan

Perubahan Sosial SS S TS STS Mean SS S TS STS Mean

Pemakanan Aktif Tidak Aktif

•Mampu makan di restoran bersama keluarga (seperti KFC dan lain-lain)

1 26 13 2.30 3 42 15 3.20

•Masih lagi makan di rumah, tidak mampu di luar

26 14 2.35 19 38 3 3.73

•Masih membeli bahan masakan seperti sayuran dari peruncit yang datang ke rumah

29 14 2.28 41 17 2 2.35

•Membeli barang runcit/dapur di kedai runcit atau pasar malam di kampung ini, tidak ke pasaraya di Bandar

25 15 2.08 3 48 9 2.53

•Mampu membeli makanan yang telah di proses atau makanan dalam tin (ikan sardin, ayam)

37 3 2.38 33 7 2.10

Mean Keseluruhan 2.278 2.782

untuk makan diluar bersama keluarga akibat kedudukan kewangan mereka yang tidak

stabil. Kebanyakan penternak aktif (nilai min= 2.28) dan penternak tidak aktif (nilai

min= 2.35) menyatakan setuju bagi pernyataan ‘masih membeli bahan masakan seperti

sayuran dari peruncit’. Faktor tempat tinggal yang jauh telah menyebabkan responden

49

Page 50: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

memilih untuk membeli bahan masakan di kedai runcit di kawasan perkampungan

mereka sahaja.

Manakala dari segi perubahan pemakaian, hasil kajian mendapati berlaku

perbezaan yang amat ketara diantara penternak aktif dan penternak tidak aktif. Ini dapat

dibuktikan melalui pernyataan ‘mampu membeli baju di pusat membeli belah di bandar’

(nilai min= 1.95) adalah min yang tertinggi dalam pernyataan ini. Majoriti penternak

aktif (38 orang;95%) memilih setuju terhadap pernyataan ini. Mereka mengakui bahawa

Jadual 16 : Perbandingan-Perubahan Pemakaian

Perubahan Sosial SS S TS STS Mean SS S TS STS Mean

Pemakaian Aktif Tidak Aktif

•Mampu membeli baju di pusat membeli belah di bandar

2 38 1.95 11 41 8 2.95

•Membeli baju terpakai (bundle) 24 16 2.40 13 47 5 1.87•Membeli baju di pasar malam atau kedai kecil

38 2 2.05 33 22 5 2.45

•Mampu membelikan baju untuk ahli keluarga setahun sekali

1 34 4 2.13 14 44 2 2.80

Mean Keseluruhan 2.1325 2.5175

akibat daripada perlaksanaan projek penternakan rumpai laut ini, ia telah menyebabkan

para penternak aktif berkeupayaan untuk membeli pakaian baru. Berbanding dengan

mereka yang tidak aktif dalam mengusahakan ternakan rumpai laut, mereka hanya

mampu membeli baju terpakai (nilai min= 3.87) dan baju di pasar malam (nilai min=

3.45). Ini adalah kerana tahap kemampuan mereka terbatas dari segi pendapatan.

50

Page 51: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

Secara keseluruhannya dari segi aspek hiburan, ia tidak menunjukkan perubahan

yang ketara. Hal ini dapat dibuktikan dengan jumlah setiap pernyataan hiburan adalah

sama (nilai min=3.0) dalam kalangan penternak tidak aktif. Ini jelas memberi gambaran

bahawa responden tidak menitikberatkan hiburan dalam kehidupan mereka. Selain

daripada itu, situasi ini juga berlaku disebabkan oleh kedudukan kediaman mereka yang

jauh dari bandar dan berada di komuniti yang kecil, sekaligus menyebabkan kurang

Jadual 17 : Perbandingan -Perubahan Hiburan

Perubahan Sosial SS S TS STS Mean SS S TS STS Mean

Hiburan Aktif Tidak Aktif

•Mampu membawa ahli keluarga saya melancong ke negeri-negeri atau daerah lain

1 20 19 2.45 3 52 5 3.03

•Membuat peruntukkan sejumlah wang setiap bulan untuk aktiviti luar

1 8 31 2.75 3 52 5 3.03

•Memasang astro di rumah 1 14 25 2.60 3 55 2 3.03

Mean Keseluruhan 2.6 3.03

pendedahan terhadap hiburan. Sementara itu, pernyataan ‘membuat peruntukkan

sejumlah wang setiap bulan untuk aktiviti luar’ (nilai min=2.75) dan ‘memasang astro

di rumah’ (min=2.60) memperolehi nilai min yang tertinggi. Kedua-dua pernyataan ini

menunjukkan bahawa penternak aktif mempunyai kemampuan untuk menyumbangkan

wang terhadap aktiviti hiburan keluarga mereka.

Kesihatan yang baik merupakan faktor yang penting di dalam kehidupan kita

seharian. Dari aspek kesihatan, mereka yang berpendapatan tinggi dan pertengahan

lebih mampu untuk memperolehi kemudahan kesihatan yang lebih baik berbanding

51

Page 52: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

dengan golongan yang berpendapatan rendah. Terdapat kajian yang menunjukkan

mereka yang berpendapatan rendah lebih mudah mendapat penyakit. Hasil kajian

menunjukkan, penternak aktif tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan rawatan

Jadual 18 : Perbandingan- Rawatan Kesihatan

Perubahan Sosial SS S TS STS Mean SS S TS STS Mean

Rawatan Kesihatan Aktif Tidak Aktif

• Jika sakit (anak,isteri,adik) saya memilih untuk membawa mereka ke klinik swasta

1 39 1.98 12 43 5 2.88

• Saya mampu membeli vitamin atau makanan kesihatan untuk keluarga dan diri sendiri

40 2.0 11 44 5 2.90

Mean Keseluruhan 1.99 2.89

sama ada di klinik atau hospital kerana mereka berkemampuan untuk membayar bil

rawatan. Ini dapat dibuktikan seramai 98.0% responden setuju bagi pernyataan ‘Jika

sakit (anak, isteri, adik) saya memilih untuk membawa mereka ke klinik swasta’.

Pernyataan ini mencatatkan nilai min yang tertinggi (nilai min= 1.98).

52

Page 53: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

BAB 5

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan

Bahagian ini mengandungi dua aspek utama iaitu rumusan kajian dan cadangan.

Dalam bahagian rumusan dibincangkan secara ringkas hasil kajian yang telah

diperolehi. Manakala bahagian cadangan mengandungi beberapa idea yang boleh

dimanfaatkan oleh pelbagai pihak untuk memajukan lagi perkumpulan-perkumpulan

seumpamanya bagi tujuan membangunkan komuniti dalam meningkatkan taraf hidup

masyarakat.

5.1 Rumusan

53

Page 54: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

Secara keseluruhan, projek penternakan rumpai laut yang telah dilaksanakan

sejak tahun 1987 oleh kerajaan menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia telah

berjaya mengubah sosioekonomi penternak rumpai laut di Semporna, Sabah.

Perubahan-perubahan ini dapat dilihat melalui beberapa aspek seperti perubahan

pendapatan, simpanan bulanan, pemilikan kenderaan dan alat elektrik bertambah,

manakala pemilikan rumah tidak menunjukkan perubahan. Ini menunjukkan penternak

tidak banyak mengubah struktur rumah walaupun perubahan pendapatan adalah ketara.

Apabila perbandingan antara hasil pendapatan, perubahan sosial dan pemilikan

harta diteliti, kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan antara penternak aktif

dan penternak tidak aktif. Perbezaan yang amat ketara adalah dari segi hasil pendapatan

mereka di mana penternak yang aktif dalam mengusahakan menternak rumpai laut

dapat meningkatkan hasil pendapatan mereka sekaligus dapat mengubah taraf

sosioekonomi mereka.

Kajian ini juga membuktikan, pembangunan jenis tajaan kerajaan seperti projek

penternakan rumpai laut ini merupakan instrumen yang telah membawa perubahan

sosioekonomi yang baik dan menguntungkan kepada penduduk atau isi rumah yang

terlibat secara langsung dengan penanaman rumpai laut ini.Sekiranya pihak kerajaan

tempatan berterusan membantu penduduk dengan menawarkan khidmat nasihat,

bantuan teknikal ataupun peralatan yang lebih canggih, sudah pasti kadar kemiskinan

dapat dikurangkan ke paras yang lebih rendah, seterusnya mencapai kemiskinan sifar.

54

Page 55: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

5.2 Cadangan Kajian

Mengubah kehidupan rakyat adalah satu perkara yang perlu dipikul bersama,

samada oleh pihak kerajaan atau rakyat itu sendiri. Oleh itu, mencipta mekanisme yang

tepat adalah penting bagi mengubah taraf kehidupan penduduk miskin kepada

kehidupan yang lebih baik dan terjamin. Kajian ini menyarankan beberapa cadangan

dalam membantu pihak bertanggunjawab dalam melaksanakan perubahan kehidupan

penduduk, bukan sahaja di Semporna Sabah, tetapi penduduk Malaysia keseluruhannya.

5.2.1 Peranan Kerajaan

Sudah semestinya peranan kerajaan adalah yang terpenting dalam

memastikan kehidupan rakyat terjamin dari masa ke semasa. Berdasarkan hasil kajian,

sekiranya projek seperti ini yang telah berjaya dilaksanakan maka projek ini seharusnya

diteruskan malah diperkenalkan dan diperluaskan lagi ke tempat-tempat lain. Dengan

ini kadar kemiskinan nelayan dapat dperbaiki sekaligus mengubah taraf hidup nelayan.

5.2.2 Peranan Agensi

Peranan agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

(LKIM) dan Jabatan Perikanan adalah penting dalam memastikan proses pelaksanaan

program perikanan atau aktiviti laut yang lain dapat dikawal dengan baik. Ini bagi

memastikan nelayan atau penternak dapat diberikan maklumat terkini mengenai aktiviti

laut serta menambah baik kaedah penternakan yang boleh menghasilkan keluaran yang

lebih berkualiti. Seterusnya membawa keuntungan yang lebih kepada penternak.

Selain itu, pemberian intensif kepada penternak atau nelayan juga dilihat dapat

55

Page 56: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

membantu serba sedikit dalam memperkembangkan aktiviti laut mereka dan tidak

terlalu bergantung kepada pinjaman bank yang mungkin memerlukan kadar

pembayaran yang lebih tinggi.

5.2.3 Peranan Persatuan Nelayan (Ko-Nelayan)

Melalui projek penternakan rumpai laut ini, persatuan-persatuan nelayan

boleh mengambil iktibar dan menjadikannya sebagai model ke atas kejayaan nelayan

yang telah berkecimpung dalam projek ini dengan menceburkan diri dalam projek-

projek seperti ini.

5.2.4 Menggalakkan Penglibatan Golongan Muda

Penglibatan golongan muda pula perlu diambil perhatian dengan serius.

Golongan ini adalah golongan yang paling cepat dalam mengumpul maklumat serta

mudah menerima perubahan teknologi terkini, dengan kelebihan ini pihak ibu bapa atau

pihak kerajaan perlu berusaha untuk menggalakkan mereka menceburi bidang pertanian

serta aktiviti laut yang boleh membawa keuntungan. Golongan muda sudah semestinya

boleh mengubah kehidupan sekeluarga sekiranya pihak ibu bapa memberikan dorongan

untuk anak-anak mereka meneruskan kerja-kerja mereka, serta dengan bantuan kerajaan

dari segi pendidikan,golongan muda akan dapat memajukan lagi bidang pertanian ini.

Selain itu, anak-anak yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah dan tidak

mendapat pekerjaan, bidang pertanian aquakultur seperti projek ternakan rumpai ini

56

Page 57: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

berpotensi mengubah taraf kehidupan sekeluarga. Seterusnya membantu pihak kerajaan

dalam menurunkan kadar kemiskinan tegar di negara kita.

5.2.5 Kajian Lanjut

Kajian yang lebih meluas serta melibatkan responden yang lebih ramai

perlu dilaksanakan dalam melihat perubahan sosio ekonomi penduduk di Malaysia.Ini

penting bagi mengenalpasti mekanisma-mekanisma yang sesuai dalam membendung

kemiskinan di negara kita. Kajian terhadap bidang selain bidang pertanian perlu

dilaksanakan dengan penglibatan pihak swasta, agar hasil kajian yang diperolehi lebih

relevan dan dipercayai.

Bibliografi

57

Page 58: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

Awang Had Salleh. (1983). “Aspek Pendidikan dalam Kemiskinan” kertas kerja

dibentangkan di seminar Kemiskinan Luar Bandar, anjuran bersama KEDA

dan AIM, Alor Setar, Kedah.

Atkinson A (1980). Wealth Income and Inequality, Oxford : Clarendon Press.

A Sen (1981). Poverty and Famines : An Essay on Entitlement and Deprication,

Oxford : Clarendon Press

Bochel, C, (1999). Housing : The Foundation of Community Care. Health and Social

Care in The Community. 7(6) : 492-504

Chamhuri Siwar dan Nor Aini Hj. Idris. (1996). Kemiskinan Dalam Arus Pembangunan

Ekonomi Malaysia. Bangi : Penerbitan UKM.

Chamhuri Siwar dan Mohd Haflah Piei. (1988). Isu, Konsep dan Dimensi Kemiskinan.

Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Fergusson, ( 1981). The Measurement of The Family Well-Being. Journal of Marriage

and The Family. 43 : 715 - 725

Firth, Raymond William. (1966). Malay Fishermen : Their Peasant Economy. London.

Routledge and Kegan Paul.

Hairi Abdullah. (1984). Kemiskinan dan Kehidupan Golongan Berpendapatan Rendah,

Bangi : Penerbit UKM.

58

Page 59: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

Ishak Shaari. (1990). Ekonomi Nelayan : Pengumpulan Modal, Perubahan Teknologi

dan Perbezaan Ekonomi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jabatan Perikanan Sabah (2006). Kertas Taklimat Projek Pengkulturan Rumpai Laut

Pulau Omadal Semporna

Jabatan Perikanan Semporna, Negeri Sabah (2008). Jabatan Sosioekonomi.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Negeri Sabah. (2007). Pengenalan Industri

Pengkulturan Rumpai Laut.

Malaysia. (1996). Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000. Kuala Lumpur : Jabatan

Percetakan Negara.

Malaysia. (1996). Rancangan Malaysia Kelapan, 1996-2000. Kuala Lumpur : Jabatan

Percetakan Negara.

Malaysia. (1996). Rancangan Malaysia Kesembilan, 1996-2000. Kuala Lumpur :

Jabatan Pecetakan Negara

Mohd Taib Haji Dora. (1993). Agihan Pembangunan : Teori dan Perlaksanaan. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yusof Kasim dan Md Zyadi Md Tahir (sunt.). 1994. Ekonomi Malaysia:

Beberapa Isu Utama. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Myrdal, Gunnar (1976). Bangsa-bangsa Kaya dan Miskin (terjemahan) Paul Sitohang,

Indonesia

59

Page 60: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

Rosemary Firth. (1966). Housekeeping Among Malay Peasants. London : The Athlone

Press.

Suzana Yusoff. (1995). Profil Sosio Ekonomi Nelayan Melayu : Satu Kajian Kes

Di Kampung Sungai Haji Dorani Sabak Bernam Selangor .

Swift, M. (1965). The Capital, Saving and Credit in Malay Peasant Economy. Chicago :

Adline Publishing Co.

Townsend, P, (1970). The Concept of Poverty. New York : American Elsevier

Publishing Co.

Ungku A. Aziz. (1964). “ Poverty and Rural Development in Malaysis” dlm. Kajian

Ekonomi Malaysia, Vol. 1, No.1, Jun.

Ungku Aziz. (1958). The Causes of Poverty in Malayan Agriculture, Singapore :

Pustaka Melayu

Wan Abdul Kadir Wan Yusoff. (1974). Kajian Sosioekonomi Komuniti Nelayan dan

Petani : Satu Kajian Perbandingan Pekerjaan, Pendapatan, Penggunaan dan

Simpanan di KAmpung Kedai Buluh dan Kampung Dal, Kelantan, tesis M.A,

Universiti Malaya

Wan Azmi Ramli. (1992). Pembangunan Masyarakat : Dari Perspektif Kebajikan.

Kuala Lumpur.

Wan Hasyim Wan Teh. (1986). Komuniti Nelayan di Pulau Pangkor : Beberapa Aspek

Ekonomi dan Sosial. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

60

Page 61: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

Waxman, Chaim I. (1968). Poverty : Power and Politics, New York : The Universal

Library.

Wilson, Peter J. (1968). A Malay Village and Malaysia, Social Value and Rural

Development. Hart Press, New Haven.

61

Page 62: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

62

Page 63: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BORANG SOAL SELIDIK

SOSIOEKONOMI DALAM KALANGAN PENTERNAK RUMPAI LAUT DI

SEMPORNA SABAH

Disediakan Oleh

HADZLINDAHWATHY ALIAKBAR

Bacelor Sains (Pembangunan Manusia)Fakulti Ekologi Manusia

Universiti Putra Malaysia

Sila jawab soalan yang terdapat di dalam borang ini. Kejujuran tuan/puan dalam menjawab setiap soalan sangat diharapkan. Segala maklumat adalah dirahsiakan.

Kerjasama tuan/puan saya ucapkan ribuan terima kasih

No.Responden

Aktif

Tidak Aktif

63

Page 64: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

BAHAGIAN A : LATARBELAKANG RESPONDEN

Arahan : Tandakan (/) pada ruangan yang telah disediakan. Jawapan hanya boleh ditandakan sekali sahaja bagi setiap soalan.

1. Umur : ______ tahun (pada 1 jan 2008)

2. Jantina :

a. Lelakib. Perempuan

3. Agama :

a. Islamb. Kristianc. Lain-lain

4. Suku Kaum :

a) Bajaub) Sulukc) Bugisd) Cina

5. Status perkahwinan :

a. Bujangb. Berkahwinc. Duda/ Jandad. Balu

6. Bilangan Tanggungan : _____ orang

7. Tahap Pendidikan :

Tidak SekolahLulus Darjah 6/UPSRLulus Tingkatan 3/SRP/PMRLulus Tingkatan 5/MCE/SPMLulus Tingkatan 6/STPM

64

Page 65: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

8. Berapa jauh dari rumah (kediaman) ke tapak projek rumpai laut ?------------- km

Tempat tinggal :a) Pulau Omadalb) Pulau Denawanc) Pulau Selakand) Pulau Menampilik

9. Berapakah pendapatan anda sebulan? (Dari semua jenis pekerjaan)

RM _________ sebulan -========================================================

BAHAGIAN B: MAKLUMAT PROGRAM TERNAKAN RUMPAI LAUTArahan: Tandakan (/) pada ruangan yang telah disediakan.

1. Mengapa anda bekerja sebagai penternak rumpai laut? a) Menampung kehidupan keluarga      b) Tidak ada peluang pekerjaan lain      c) Mencari wang tambahan      d) Mengisi masa lapang      e) Pekerjaan warisan (turun-temurun)      f) Ikut-ikut jiran (orang)      

2. Siapakah yang mendorong anda menyertai projek ini?a) diri sendirib) rakan-rakanc) suami/isterid) saudara-mara

3. Pada tahun berapakah anda mula menyertai program penternakan rumpai laut ini? _________ tahun

4. Apakah pekerjaan sebagai penternakan rumpai laut ini adalah anda lakukan secara ___________

a) Sepenuh masa      b) Sementara      c) Bermusim      d) Ikut Masa lapang      e) Kerja tambahan      

65

Page 66: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

5. Apakah pekerjaan anda selain penternak rumpai laut:a) Tiadab) Petani      c) Buruh      d) Penjaja      e) Pembantu kedai      f) Lain-lain (nyatakan)…………………………………..

6. Berapa harikah dalam seminggu ada turun ke tapak projek rumpai laut?a) Sehari      b) 2 hari      c) 3 hari      d) 4 hari      e) 5 hari      f) 6 hari      g) 7 hari      

7. Siapakah pelanggan atau pembeli hasil tetap ternakan anda? a) Famab) Peraih tempatanc) Pemborong dari luard) Penduduk tempatane) Jual kepada sesiapaf) Lain-lain (nyatakan) ______________________

8. Apakah status pemilikan tempat/tapak menternak rumpai laut ini?

a) Memiliki sepenuhnya      b) Menyewa (jawab soalan 9)      c) Membayar secara ansuran      d) Berkongsi dengan rakan lain      

9. Aktiviti harian semasa menternak rumpai laut. (Tandakan / dan jawapan boleh lebih dari 1)

Pagi PetangAktiviti Aktiviti

Menabur benih Menabur benihMenabur makanan Menabur makananMembersihkan kawasan projek Membersihkan kawasan projekMembaiki kerosakan sangkar Membaiki kerosakan sangkarMemungut hasil ternakan Memungut hasil ternakanMenjual Menjual

============================================================

66

Page 67: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

BAHAGIAN C : PERUBAHAN SOSIO EKONOMI Arahan : Sila jawab soalan-soalan berikut dan tandakan (/) bagi ruangan yang telah disediakan.

1. Berapakah jumlah pendapatan anda (jumlah keseluruhan pendapatan yg diterima).............

a) Sebelum menyertai projek RM _______

b) Selepas menyertai projek RM ________ (termasuk hasil dari ternakan rumpai)

c) Pendapatan yg diperolehi dari ternakan rumpai laut RM __________

2. Setelah menyertai program penternakan rumpai laut dapatkah anda membuat simpanan?

a. Ya (kesoalan 3)

b. Tidak (kesoalan 5)

3. Berapa banyak dapat simpanan sebulan RM _____________

4. Dimana simpanan dibuat?

Tabung HajiAmanah Saham Bumiputera (ASB)Bank Perdagangan

5. Apakah jenis kediaman yang anda miliki .....

a) Sebelum menyertai projek (_____)

b) Selepas menyertai projek (____)

Pilih jawapan di bawaha. Rumah Papanb. Separuh batu separuh papanc. Rumah Batud. Rumah Pangsae. Rumah Rakit

6. Siapakah yg memliki tanah tapak rumah yg anda diami...

67

Page 68: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

a. sebelum menyertai projek (____)

b. selepas menyertai projek (____)

Pilih jawapan di bawah

a) sewab) Milik sendiri/Beli sendiric) Milik sendiri- pusaka /warisand) tumpange) setingganf) Lain-lain nyatakan ________________

7. Pernahkah anda memiliki barang atau kemudahan yang disenaraikan di bawah sebelum dan selepas menyertai projek ini?

Alatan Elektrik Jika ada (/)Pemilikan barangan/kemudahan

selepas menyertai projekCara Pemilikan (*)

Sebelum selepasA. TelevisyenB. Peti sejukC. Radio D. ComputerE. TelefonF. Kipas angin

Pemilikan barangan/kemudahan selepas menyertai projek

Kenderaan Jika ada (/)Cara Pemilikan (*)

Sebelum selepasA. KeretaB. MotosikalC. SampanD. Bot

Nota (*) pilihan jawapan

68

Page 69: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

a. Beli sendirib. Hadiah/ orang bagic. Sewad. Pinjame. Lain-lain (nyatakan)_________

=============================================================

BAHAGIAN D – PERUBAHAN GAYA HIDUP

Di bawah ini terdapat senarai kenyataan yang mungkin berkaitan dengan hidup anda sekarang. Anda diminta memberi jawapan mengikut darjah kesetujuan anda terhadap setiap kenyataan tersebut. Terdapat 4 skala kesetujuan iaitu 4- ‘sangat setuju’; 3 –‘ setuju’; 2-‘tidak setju’; 1 – ‘sangat tidak setuju’

PEMAKANAN DAN PEMAKAIAN

1. Setelah menyertai program penternakan rumpai laut saya :

No Item kesetujuana. mampu makan di restoran bersana keluarga (seperti

KFC McDonald dll)b. masih lagi makan di rumah, tidak mampu di luarc. masih membeli bahan masakan seperti sayuran) dari

peruncit yang datang ke rumahd. mampu membeli bahan-bahan masakan di pasar yang

terletak di bandare. Membeli barang runcit/dapor di kedai runcit atau pasar

malam di kampung ini, tidak ke shoping mall di bandarf. mampu membeli makanan yang telah di proses atau

makanan dalam tin ( ikan sardin, ayam )

2. Setelah menyertai program penternakan rumpai laut saya :

No Item kesetujuana. mampu membeli baju di pusat membeli belah di bandarb. Membeli baju terpakai saja (bundle)c. Membeli baju di pasar malan atau kedai kecild. mampu membelikan baju untuk ahli keluarga setahun

sekali

69

Page 70: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

3. Setelah menyertai program penternakan rumpai laut saya :

No Item kesetujuana. Mudah bagi saya membelikan peralatan sekolah b. Mudah bagi saya memberi wang saku untuk anak sayac. Boleh (mampu) menghantar anak saya ke kelas

tambahan (tuisyen)d. Yakin boleh memberikan peluang pendidikan yang lebih

kepada anak pada masa depan

HIBURAN

Setelah menyertai projek penternakan rumpai laut saya ;

No Item Kesetujuana. mampu membawa ahli keluarga saya melancong ke

negeri-negeri atau daerah lainb. membuat peruntukkan sejumlah wang setiap bulan

untuk aktiviti luarc. Memasang astro di rumah

KESIHATAN

1. Adakah anda mengalami masalah kesihatan?

Ya (ke soalan 2)      Tidak (ke soalan 6)      

2. Jenis-jenis penyakit yang dialami/dihidapi? b) Sakit jantung      c) Kencing manis      d) Darah tinggi      e) Batuk kering      f) Lelah/asma      g) Sakit sendi      h) Kanser

70

Page 71: Sosioekonomi Dalam Kalangan Penternak Rumpai Laut

3. Pernahkah anda mendapatkan rawatan berkaitan dengan penyakit yang dihidapi?

a) Ya (jawab soalan 4)      b) Tidak ( jawab soalan 5)      

4. Dimanakah anda mendapatan rawatan bagi penyakit tersebut....a) Sebelum menyertai projek ini (_____)b) Selepas menyertai projek ini (_____)

Pilih jawapan di bawah

1) Klinik/hospital kerajaan2) Klinik/ hospital swasta3) Perubatan alternatif (tradisional, singseh, bomoh siam)

5. Jika tidak, mengapa?

a) Tidak mampu/daif      b) Tidak mengambil kisah untuk mendapatkan rawatan      c) Takut dengan perubatan moden      d) Tidak percaya dengan perubatan moden      e) Anak tidak ambil pedulii      

6. Di bawah ini terdapat senarai kenyataan yang mungkin berkaitan dengan hidup anda sekarang. Anda diminta memberi jawapan mengikut darjah kesetujuan anda terhadap setiap kenyataan tersebut.

Terdapat 4 skala kesetujuan iaitu 4- ‘sangat setuju’; 3 –‘ setuju’; 2-‘tidak setju’; 1 – ‘sangat tidak setuju’

item kesetujuanjika sakit (anak, isteri, adik) saya akan memilih untuk membawa mereka ke klinik swastaSaya mampu membeli vitamin atau makanan kesihatan untuk keluarga dan diri sendiri

71