dimensi sikap sosioekonomi keluarga & prestasi akademik pmr

25
PUMS 99 : 1 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BOR NG PENGES H N ST TUS TESIS JUDUL : Tinjauan Dimensi Sikap , Status Sosioekonomi Keluarga , dan Prestasi Akademik PMR di Semporna, Sabah . IJAZAH : Sarjana Pendidikan Pengurusan Pendidikan ) SESI PENGAJ IAN : 2002 - 2005 Saya , ELiNA BT. KAHAR @ MOHD ABD . KAHAR mengaku membenarkan tesis a ~ a n a ini disimpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dengan syarat syarat kegunaan seperti berikut: - 1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Sabah . 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja . 3 . Perpustakaan dibenarkan memuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4 . TIDAK TERHAD. Disahkan Oleh : 7 Penulis : ELiNA ST . KAHAR) Alamat Tetap : Taman Sempol , No. 85, Lorong 4 91308 SEMPORNA, SABAH. Tarikh : 9 Mei 2006 DR. SABARIAH BT. SHARIF) Penyelia. . Tarikh: ;tq q 6 CATATAN: @ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan a ~ a n a secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Mu da LPSM) .

Upload: julio-goodwin

Post on 12-Oct-2015

73 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PUMS 99:1

    UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS @

    JUDUL : Tinjauan Dimensi Sikap, Status Sosioekonomi Keluarga, dan Prestasi Akademik PMR di Semporna, Sabah.

    IJAZAH : Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) SESI PENGAJIAN : 2002 - 2005

    Saya, ELiNA BT. KAHAR @ MOHD ABD. KAHAR mengaku membenarkan tesis Sa~ana ini disimpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:-

    1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Sabah. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk

    tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan memuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

    antara institusi pengajian tinggi. 4. TIDAK TERHAD.

    Disahkan Oleh: y 7' (Penulis: ELiNA ST. KAHAR)

    Alamat Tetap: Taman Sempol, No. 85, Lorong 4, 91308 SEMPORNA, SABAH.

    Tarikh: 9 Mei 2006

    (DR. SABARIAH BT. SHARIF) Penyelia. .

    Tarikh: :;tq (q /6 b , CATATAN: @ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan

    Sa~ana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (LPSM).

  • t'5Tlb 400000BOS9

    HADIAH

    TINJAUAN DIMENSI SIKAP, STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA, OAN

    PRESTASI AKAOEMIK PMR 01 SEMPORNA,

    SABAH

    ELINA BT. KAHAR @ MOHO ABO. KAHAR

    Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan Sosial 2005

    PERPUSTAKAAN OMS

    1400009069

  • ii

    PENGAKUAN

    Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil karya saya sendiri kecuali nukilan-nukilan dan ringkasan-ringkasan yang setiap satunya telah dijelaskan sumbernya.

    Elina Bt. Kahar @ Mohd Abd. Kahar PS 2002 - 006(K) - 248

    15 Disember 2005

  • iii

    PENGHARGAAN

    Syukur ke had rat lIahi kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya, saya dapat menyempurnakan disertasi ini bagi memenuhi sebahagian daripada syarat Ijazah Sarjana Pendidikan.

    Pada ruangan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr. Sabariah Sharif, selaku penyelia saya yang telah banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar, dan dorongan kepada saya sepanjang menjalankan kajian ini.

    Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Pengetua, SMK. Oatuk Pang lima Abdullah, SMK. Bugaya, SMK. Tagasan, dan SMK. Kabogan , Semporna Sabah kerana memberi kebenaran menjalankan kajian ini di sekolah mereka. Tidak ketinggalan juga kepada rakan-rakan guru dan semua pelajar Tingkatan Empat 2005 yang telah memberi kerjasama padu dalam menjayakan kajian ini.

    Penghargaan juga ditujukan khas kepada En. Ishak Haji Abdul Kadir, suami yang penyabar, sentiasa memberi perangsang, dan amat banyak berkorban demi merealisasikan cita-cita saya. Tidak lupa kepada ibu dan ayah tercinta yang sentiasa mendoakan kejayaan saya. Kepada adik-adik, anak-anak saudara, dan anak-anak didik saya yang menjadi sumber inspirasi, ribuan terima kasih atas bantuan kalian .

    Akhir sekali, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memberi bantuan dan galakan sepanjang kajian ini dijalankan. Ketinggian hati budi kalian akan abadi dalam ingatan saya. Semoga apa yang diusahakan mendapat berkat serta keredaan-Nya. Diharapkan disertasi ini juga akan mendorong anak-anak didik tercinta ke arah kejayaan .

    Sekian, terima kasih .

    ELINA BT. KAHAR @ MOHD ABO. KAHAR

    2005

  • ABSTRAK

    TINJAUAN OIMENSI SIKAP, STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA, DAN PENCAPAIAN AKAOEMIK

    PENILAIAN MENENGAH RENOAH (PMR) 01 SEMPORNA, SABAH

    iv

    Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meninjau dimensi sikap, status sosioekonomi keluarga, dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar-pelajar Tingkatan Empat di beberapa buah sekolah menengah di daerah Semporna, Sabah. Untuk tujuan itu, sejumlah 367 orang pelajar yang telah menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2004 telah dipilih secara rawak mudah sebagai sampel kajian . Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian kuantitatif, iaitu melalui soal selidik. Data yang dikutip telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferensi. Sebanyak tiga (3) hipotesis utama dibentuk dan diuji menggunakan Korelasi Pearson. Hasil kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa dimensi sikap keluarga dalam aspek bantuan material, sokongan moral atau motivasi, dan galakan atau aspirasi adalah tidak signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Dapatan daripada kajian ini bolehlah dijadikan sebagai landasan untuk meninjau serta menelah dimensi sikap keluarga bukan faktor penentu , manakala status sosioekonomi keluarga sebagai salah satu faktor dalam menentukan peningkatan atau penurunan prestasi akademik pelajar. 8eberapa cadangan turut digariskan dan dikemukakan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi pencapaian pelajar.

  • v

    ABSTRACT

    A STUDY CASE ON FA MIL Y SOCIO-ECONOMY STA TUS FOR THE ACADEMIC ACHIEVEMENTS OF THE LOWER

    SECONDARY SCHOOL ASSESSMENT (PMR)

    The objective of this study was to investigate attitude dimension, family socio-economy status, and the achievements of the Form Four students found in several schools in Semporna District. A total of 367 students who had sat for the PMR Examinations (Lower Secondary School Assessment) in year 2004 were selected randomly as samples for this study. A Quantitative methodology, that is Questionnaire was used for this research. The information collected was analysed by using descriptive and inference statistics. Three main hypotheses were formed and tested using Pearson Correlation. As a whole, it is found that family attitude dimension such as material aid, morale support, or motivation, and aspiration were not significant with the students' academic attainments. From the finding, there could be used as a basis to investigate and anticipate that family attitude dimension is not a deciding factor, whereas family socio-economy as one of the deciding factors that shows the increase or decline of the students' academic attainments. A few suggestions are being proposed as guidelines to improve the students' academic performance.

  • KANDUNGAN

    Muka Surat

    PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH DAFTAR SINGKATAN

    BAB 1:

    1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8

    1.9

    BAB2 :

    2.1 2.2

    2.3

    2.4

    2.5

    2.6

    BAB3 :

    3.1 3.2 3.3 3.4

    PENDAHULUAN

    Pengenalan Penyataan Masalah Persoalan Kajian Objektif Kajian Hipotesis Kajian Kepentingan Kajian Batasan Kajian Definisi Konsep 1.8.1 Dimensi Sikap 1.8.2 Status Sosioekonomi 1.8.3 Keluarga 1.8.4 Prestasi Akademik Rumusan

    SOROTAN LlTERATUR

    Pengenalan Dimensi Sikap Ibu Bapa atau Penjaga dan Prestasi Akademik Pelajar Pendapatan Ibu Bapa atau Penjaga dan Prestasi Akademik Pelajar Pekerjaan Ibu Bapa atau Penjaga dan Prestasi Akademik Pelajar Pendidikan Ibu Bapa atau Penjaga dan Prestasi Akademik Pelajar Rumusan

    METODOLOGI KAJIAN

    Pengenalan Reka Bentuk Kajian Populasi Kajian Sam pel kajian

    iii iv v vi ix xi xii

    1 5 9 10 10 11 12

    13 14 14 15 15

    16

    18

    24

    28

    30 33

    35 35 36 36

    vi

  • vii

    3.5 Instrumen Kajian 37 3.6 Kajian Rintis 39 3.7 Prosedur

    3.7.1 Cara Pemarkatan Skor Kajian 41 3.8 Penganalisaan Data

    3.8.1 Ujian Korelasi 41 3.9 Peringkat Kajian

    3.9.1 Peringkat I 43 3.9.2 Peringkat II 43 3.9.3 Peringkat III 44

    3.10 Rumusan 46

    BAB4: DAPATAN KAJIAN

    4.1 Pengenalan 47 4.2 Analisis Kebolehpercayaan 48 4.3 Data Demografi Responden

    4.3.1 Taburan Responden berdasarkan Jantina Pelajar 48 4.3.2 T aburan Responden berdasarkan Bangsa Pelajar 49 4.3.3 Taburan Responden berdasarkan Tempat Tinggal 50 4.3.4 Taburan Responden dan Tingkat Pendapatan

    Ibu bapa atau Penjaga 51 4.3.5 Taburan Responden dan Jenis Pekerjaan Ibu bapa 52 4.3.6 Taburan Responden dan Tahap Pendidikan Ibu bapa 53 4.3.7 Taburan Responden berdasarkan Pencapaian

    Akademik PMR 2004 54 4.4 Analisis Kajian

    4.4.1 Analisis Sikap Ibu Bapa atau Penjaga dan Pencapaian Akademik PMR 2004 di daerah Semporna, Sabah 55

    4.4.2 Dimensi Sikap Keluarga Terhadap Pembelajaran Anak 56 4.4.2.1 Sikap Keluarga dalam Aspek Bantuan Material 56 4.4.2.2 Sikap Keluarga dalam Aspek Sokongan Moral

    atau Motivasi 58 4.4.2.3 Sikap Keluarga dalam Aspek Galakan atau

    Aspirasi 62 4.4.3 Status Sosioekonomi Keluarga dan Prestasi Akademik

    PMR 65 4.4.3.1 Analisis Perbezaan Tingkat Pendapatan Ibu 8apa

    atau Penjaga dan Pencapaian Akademik PMR di daerah Semporna, Sabah 65

    4.4.3.2 Analisis Perbezaan Jenis Pekerjaan Bapa dan Pencapaian Akademik PMR 2004 di daerah Semporna, Sabah 67

    4.4.3.3 Analisis Perbezaan Jenis Pekerjaan Ibu dan Pencapaian Akademik PMR 2004 di daerah Semporna, Sabah 68

    4.4.3.4 Analisis Perbezaan Tahap Pendidikan Bapa dan Pencapaian Akademik PMR 2004 di daerah Semporna, Sabah 70

    4.4.3.5 Analisis Perbezaan Tahap Pendidikan Ibu dan Pencapaian Akademik PMR 2004 di daerah Semporna, Sabah 71

    4.4.4 Analisis Cadangan Responden 72 4.5 Rumusan 75

  • BABS: PERBINCANGAN

    5.1 Pengenalan 5.2 Penemuan Isu dan Masalah

    5.2.1 Sikap Ibu Bapa dalam Aspek Bantuan Material Pembelajaran Anak-Anak Masih Kurang Merangsang Prestasi Akademik Pelajar

    5.2.2 Sikap Ibu Bapa dalam Aspek Sokongan Moral atau Motivasi Pembelajaran Anak-Anak Masih Kurang Merangsang Prestasi Akademik Pelajar

    5.2.3 Sikap Ibu Bapa dalam Aspek Galakan atau Aspirasi Pembelajaran Anak-Anak Masih Kurang Merangsang Prestasi Akademik Pelajar

    5.2.4 Status Sosioekonomi Keluarga Salah Satu Faktor dalam Menentukan Peningkatan atau Penurunan Prestasi Akademik Pelajar 5.2.4 .1 Tingkat Pendapatan Ibu Bapa atau Penjaga dan

    Prestasi Akademik Pelajar 5.2.4.2 Jenis Pekerjaan yang dilakukan Ibu Bapa dan

    Prestasi Akademik Pelajar 5.2.4 .3 Tahap Pendidikan Ibu Bapa atau Penjaga dan

    Prestasi Akademik Pelajar 5.3 Oapatan Kajian 5.4 Cadangan Penyelidik

    5.4.1 Cadangan Penyelidik Kepada Pelajar 5.4.2 Cadangan Penyelidik Kepada Ibu Bapa 5.4.3 Cadangan Penyelidik Kepada Sekolah 5.4 .4 Cadangan Penyelidik Kepada Pihak-pihak Lain

    5.5 Kajian Masa Oepan 5.6 Rumusan

    B/BLIOGRAF/

    LAMP/RAN

    LAMPIRAN A LAMPIRAN B LAMPIRAN C LAMPIRAN 0

    Borang Soal Selidik Ujian SPSS Analisis Keputusan PMR Surat LPM - Pelaporan Keputusan PMR 2004 Surat-surat Kebenaran

    LAMPIRAN E Peta Daerah Semporna

    viii

    77

    77

    79

    81

    84

    84

    86

    87 88

    90 91 93 94 94 95

  • SENARAI JADUAL

    Jadual 3.1 : Taburan Sampel Mengikut Sekolah

    Jadual 3.2 : Anggaran Kekuatan Hubungan Antara Dua Pemboleh ubah

    JaduaI4.1 : Taburan Responden Berdasarkan Jantina

    JaduaI4.2 : Taburan Responden Berdasarkan Bangsa Pelajar JaduaI4.3 : Taburan Responden Berdasarkan Tempat Tinggal

    Jadual4.4 : Taburan Responden dan Tingkat Pendapatan Ibu Bapa atau Penjaga JaduaI4.5 : Taburan Responden dan Jenis Pekerjaan Ibu Bapa JaduaI4.6 : Taburan Responden dan Tahap Pendidikan Ibu 8apa

    JaduaI4.7 : Taburan Responden Berdasarkan Pencapaian Akademik PMR 2004

    ix

    JaduaI4.8 : Analisis Hubungan Sikap Ibu Bapa atau Penjaga Terhadap Prestasi Akademik PMR 2004 di daerah Semporna, Sabah

    JaduaI4.9 : Sikap Keluarga Dalam Aspek Bantuan Material

    JaduaI4.10: Analisis Korelasi Pearson Sikap Keluarga Dalam Aspek Bantuan Material dan Prestasi Akademik Pelajar

    Jadual 4.11 : Sikap Keluarga Dalam Aspek Sokongan Moral atau Motivasi

    JaduaI4.12 : Analisis Korelasi Pearson Sikap Keluarga Dalam Aspek Sokongan Moral atau Motivasi dan Prestasi Akademik Pelajar

    Jadual 4.13 : Sikap Keluarga Dalam Aspek Galakan atau Aspirasi

    JaduaI4.14 : Analisis Korelasi Pearson Sikap Keluarga Dalam Aspek Galakan atau Aspirasi dan Prestasi Akademik Pelajar

    Jadual 4.15 : Analisis Perbezaan Tingkat Pendapatan Ibu Bapa atau Penjaga dan Pencapaian Akademik Calon PMR 2004 di daerah Semporna, Sabah

    JaduaI4.16 : Analisis Perbezaan Jenis Pekerjaan Bapa dan Pencapaian Akademik PMR 2004 di daerah Semporna, Sabah

    Jadual 4.17 : Analisis Perbezaan Jenis Pekerjaan Ibu dan Pencapaian Akademik PMR 2004 di daerah Semporna, Sabah

    Jadual 4.18 : Analisis Perbezaan Tahap Pendidikan Bapa dan Pencapaian Akademik PMR 2004 di daerah Semporna, Sabah

  • x

    JaduaJ 4.19 : AnaJisis Perbezaan Tahap Pendidikan Jbu dan Pencapaian Akademik PMR 2004

    JaduaI4.20: Dapatan dan Keputusan Kajian

  • xi

    SENARAIRAJAH

    Rajah 2.1 : Jaringan Pemboleh ubah Kajian

    Rajah 3.2 : Carta Alir Peringkat Menjalankan Kajian

  • FAMA

    FPK IPTA IT JPIM KEMAS LPM PIBG PMR PPD SSE SMKB SMKDPA SMKK SMKT SPM SPSS STPM UPSR

    DAFTAR SINGKATAN

    Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan Institusi Pengajian Tinggi Awam Teknologi Maklumat Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Kemajuan Masyarakat Lembaga Peperiksaan Malaysia Persatuan Ibu Bapa dan Guru Penilaian Menengah Rendah Pejabat Pelajaran Daerah Status Sosioekonomi Sekolah Menengah Kebangsaan Bugaya Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Pang lima Abdullah Sekolah Menengah Kebangsaan Kabogan Sekolah Menengah Kebangsaan T agasan Sijil Pelajaran Malaysia Statistical Package For The Social Sciences Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Ujian Penilaian Sekolah Rendah

    xii

  • BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Reformasi pendidikan kini, menuntut setiap individu turut serta dalam pelbagai

    arus perubahan, sekali gus menjadi suatu cabaran baru dalam perhubungan dan kehidupan berkeluarga. Tidak dapat dinafikan kepentingan dalam penguasaan

    ilmu yang efektif mampu memberi impak terhadap prestasi akademik yang tinggi.

    Desakan modenisasi serta kehendak pelbagai pihak untuk menyaksikan kejayaan anak-anak dalam bidang akademik memberi ruang melakukan pelbagai langkah

    positif dan proaktif bagi memastikan anak-anak berjaya dengan cemerlang. Namun begitu, pelbagai kekangan yang dihadapi dalam merealisasikan hasrat

    murni tersebut.

    Kemajuan material dan ekonomi yang dicapai oleh negara perlu merintis perubahan yang lebih dinamis ke arah melahirkan masyarakat berfikir untuk

    membina diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Ketandusan ciri-ciri masyarakat

    berfikir turut mempengaruhi kelemahan sosial, moral, ekonomi, dan politik yang

    melemahkan pencapaian sesuatu masyarakat. Masyarakat berfikir adalah asas

    penting mencorakkan perubahan masyarakat maju menjelang abad ke-21 . Pencapaian yang baik dalam bidang akademik dalam kalangan anak-anak

    sebenarnya mampu merubah status atau taraf sosioekonomi sesebuah keluarga

    dalam lingkungan hidup bermasyarakat. Apabila anak-anak mereka berjaya serta memiliki kerjaya sendiri, secara tidak langsung mereka boleh mengurangkan bebanan dan membantu ibu bapa atau penjaga yang hidup miskin dari segi

  • 2

    kewangan. bimbingan serta tunjuk ajar terhadap anak-anak yang lain atau adik-

    beradik.

    Abd. Rahim Abd. Rashid (2000) menjelaskan bahawa peranan utama pendidikan menjelang abad ke-21 ialah merintis transformasi sosial dengan melahirkan 'masyarakat berfikiran' (thinking society). Peranan bagi melahirkan

    masyarakat berfikir perlu dijadikan satu landasan perubahan sosial bagi menghadapi kemajuan dan cabaran gelombang perubahan global abad ke-21 . Sejajar itu. bidang pendidikan merupakan salah satu agenda penting dalam pembangunan negara.

    Matlamat Pembangunan Pendidikan 2001 -2010 adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). iaitu bertujuan untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar, meningkatkan budaya ilmu. membudayakan sains dan teknologi, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat. menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap. berkesan. dan bertaraf

    dunia, dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Senario ini diperkukuh lagi dengan peruntukan 8ajet 2006 terhadap sektor

    pendidikan. iaitu sebanyak RM29 bilion atau satu per lima daripada peruntukan

    bajet disediakan khusus untuk pendidikan. Negara kita amat menitikberatkan sektor pendidikan sebagai aset utama untuk melahirkan insan yang mampu

    menyumbang ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Justeru. kecemerlangan pendidikan adalah prasyarat penting yang perlu dicapai demi

    merealisasikan matlamat tersebut.

    Perbelanjaan dalam pendidikan merupakan pelaburan kepada sumber manusia terlatih di negara-negara maju dan membangun. khususnya Malaysia. Oleh itu. negara ini telah melabur banyak wang dalam sektor pendidikan kerana

    sektor pendidikan memberi keuntungan serta faedah kepada negara. masyarakat.

    dan individu (Sufean Hussin, 2002).

  • 3

    Pembangunan Pendidikan yang dirancang dan akan dilaksanakan adalah

    berdasarkan empat teras, iaitu meningkatkan akses kepada pendidikan,

    meningkatkan ekuiti dalam pendidikan, meningkatkan kualiti pendidikan, dan

    meningkatkan tahap kecekapan serta keberkesanan pengurusan pendidikan.

    Agihan input pendidikan akan terus dibuat secara adil kepada semua institusi

    pendidikan bagi membolehkan semua pelajar menikmati pembelajaran sebenar pada tahap optimum.

    Peningkatan kualiti pendidikan menengah akan dilakukan melalui

    pemantapan kurikulum sekolah menengah yang berfokus kepada kemah iran

    akademik terutama dalam menguasai kemahiran belajar, berkomunikasi , berfikir secara kritis dan kreatif, pengurusan kendiri , memiliki nilai-nilai positif, dan asas

    industri. Langkah tersebut menjadi pemangkin ke arah melahirkan generasi yang lebih kompetitif dan bersaing pad a peringkat global.

    Sejajar itu, anggota perkhidmatan awam, khususnya golongan pendidik wajar menunjukkan komitmen berterusan dalam meningkatkan pencapaian mutu kerja seperti seruan Tan Sri Samsudin Osman, Ketua Setiausaha Negara, iaitu:

    "Pelaksanaan tanggungjawab perlu seiring dengan perubahan dalam sistem dan prosedur kerja, iaitu dengan menggunakan peralatan canggih . Perkhidmatan awam boleh memilih sistem kerja terbaik, sentiasa membantu menyelesaikan urusan yang melibatkan pelanggan, dan berusaha memperbaiki segala kelemahan".

    (Tan Sri Sam sud in Osman, Harian Ekspres, 3 Disember 2005)

    Ibrahim Abu Shah (1992) menyatakan bahawa pendidik atau guru secara tradisional, dalam konteks negara kita terutama di kawasan luar bandar atau

    pedalaman, mereka dijangka memainkan peranan sebagai kaunselor, penasihat, akauntan serta penterjemah, dan juga menjadi pemimpin komuniti. Guru menyemaikan dan membangunkan para pelajar sejak sekian lama untuk menjadi pemimpin-pemimpin agung dunia hari ini dan mereka akan terus menyediakan

  • 4

    para pelajar masa kini untuk menghadapi masa hadapan. Peranan mereka

    sebagai penyampai ilmu dan membina kemahiran sumber manusia akan menjadi

    aset bernilai untuk negara.

    Pihak kerajaan amat mengambil perhatian serius dalam mengurangkan

    jurang pendidikan luar bandar dan bandar dengan melaksanakan beberapa

    langkah, strategi, dan program berkesan. 8ajet 2005 misalnya telah

    memperuntukkan RM16.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran dan RM5.2 bilion

    untuk Kementerian Pengajian Tinggi bertujuan untuk membangunkan masyarakat

    berpengetahuan, menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia, sekali gus bagi memenuhi hasrat penyusunan semula ekonomi negara untuk mewujudkan

    keseimbangan sosioekonomi antara kaum.

    Dalam Laporan Ekonomi 2004/2005, menetapkan anggaran kemiskinan

    adalah berdasarkan pendapatan garis kemiskinan seperti berikut:

    RM529 setiap isi rumah di Semenanjung Malaysia RM690 setiap isi rumah di Sabah

    RM600 setiap isi rumah di Sarawak

    Strategi dan program dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001 - 2005)

    juga memberi penekanan kepada penyediaan asas sumber manusia yang kukuh

    untuk menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan serta

    mempertingkat produktiviti dan daya saing. Usaha akan diambil untuk membangun

    satu sistem pendidikan dan latihan yang cekap dan responsif bagi memenuhi

    keperluan tenaga buruh yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta

    dilengkapi dengan nilai-nilai positif. Selain itu, mantan Perdana Menteri juga menggariskan langkah-Iangkah berikut:

    "Kerajaan akan memastikan setiap lapisan masyarakat terutamanya masyarakat luar bandar menikmati dan mendapat faedah daripada peluang yang disediakan termasuk pendidikan, pekerjaan, dan perkhidmatan sosial. Pelbagai usaha akan diambil untuk memastikan kemudahan sosial

  • 1.2

    disediakan dengan lebih meluas dan berkualiti termasuk suasana kerja, tahap kesihatan, dan alam sekitar yang lebih baik. Program pembasmian kemiskinan akan memberi penekanan khusus ke arah mengatasi kelompok kecil miskin di kawasan bandar dan luar bandar untuk membangunkan sebuah masyarakat yang saksama".

    (Mahathir Mohamad , 23 April 2001)

    5

    Kajian yang dibuat oleh Jomo K.S. (1991) mendapati bahawa seorang anak golongan miskin yang bersekolah menghadapi kehidupan yang berbeza

    daripada seorang anak yang kava. Selepas balik ke rumah, anak keluarga miskin

    terutamanya anak perempuan terpaksa membuat kerja rumah dan tugas-tugas lain. Sebaliknya, kebanyakan anak keluarga kava menghadiri kelas bimbingan

    khas. Kebanyakan ibu bapa yang kaya juga berpelajaran tinggi. Buku serta kemudahan pelajaran lain amat berbeza berbanding dengan keadaan keluarga miskin yang serba kekurangan.

    Penyataan Masalah

    Lokasi kajian ini terletak di daerah Semporna yang terbahagi kepada dua kawasan, iaitu Tanah Besar Semporna dan Kawasan Pulau yang dikenali sebagai

    Pulau Bum-Bum dan pulau-pulau sekitarnya. Daerah Semporna juga berhampiran dengan sempadan perairan antarabangsa, iaitu Filipina dan Indonesia. Kegiatan

    ekonomi daerah ini banyak bergantung kepada tiga sumber utama, iaitu pertanian

    65 peratus, nelayan 30 peratus, dan perniagaan 5 peratus. (Regatta Lepa XII, 2005)

    Apabila ditinjau tahap pencapaian akademik pelajar-pelajar dalam peperiksaan PMR 2004 di daerah Semporna, Sabah menunjukkan pencapaian yang kurang memberangsangkan (Ruj. Lampiran C). Daripada 1379 orang calon, terdapat sebanyak 394 orang calon atau 28.6 peratus sahaja yang lulus. Senario ini menunjukkan bahawa wujud kepincangan yang perlu dirungkai bersama demi

    y'

  • 6

    memartabatkan profesion pendidikan tanpa mengenal batasan tempat dalam

    zaman serba canggih kini.

    Perkembangan ini tidak wajar dibiarkan berlarutan kerana boleh menjejaskan pencapaian matlamat masa depan pelajar, ibu bapa, sekolah, dan negara. Langkah bersepadu dan komprehensif pelbagai pihak perlu dilaksanakan

    dan memerlukan kajian untuk mengenal pasti permasalahan pembelajaran yang dihadapi oleh para pelajar. Oleh itu, dalam rangka penyelidikan yang agak terbatas ini, penyelidik akan memberi tumpuan terhadap status sosioekonomi

    keluarga dan prestasi akademik PMR. Pihak yang berminat dalam kajian ini sekurang-kurangnya akan mendapat maklumat dan sedikit gambaran tentang

    pencapaian PMR di daerah ini.

    Peperiksaan awam yang wajib diduduki oleh para pelajar seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menjadi tumpuan penilaian pelbagai pihak, khususnya semasa keputusan diumumkan pada setiap tahun.

    Berdasarkan keputusan Peperiksaan PMR tahun 2004 yang diumumkan

    pada 29 Disember 2004, (Rabu) telah mencatatkan 25 orang pelajar mencapai keputusan memenuhi kriteria cemerlang peringkat kebangsaan yang ditetapkan

    pada peringkat nasional. Manakala pencapaian peperiksaan PMR peringkat negeri

    Sabah, iaitu daripada jumlah calon 31 ,997 orang terdapat sebanyak 17,262 calon atau 53.9 peratus yang lulus.

    Sementara itu, prestasi PMR 2004 pada peringkat bahagian Tawau

    termasuk daerah Semporna, iaitu daripada 7,383 orang calon, terdapat sebanyak

    3,689 calon atau 50 peratus lulus. Terdapat dua orang calon memperoleh 9A, 48

    orang calon memperoleh 8A, dan sembilan orang calon memperoleh 7 A. Secara

  • 7

    keseluruhannya, terdapat 59 orang atau 0.8% yang mencapai keputusan yang

    boleh dibanggakan.

    Kajian-kajian yang lepas telah membuktikan bahawa kejayaan yang dikecapi dalam bidang akademik adalah hasH daripada usaha dan perancangan

    yang rapi oleh semua pihak yang terlibat seperti ibu bapa, pelajar, guru-guru, pentadbir sekolah, komuniti , dan pihak Kementerian Pelajaran. Pennuafakatan dan komitmen padu semua pihak sesungguhnya telah terbukti menyumbang

    kepada kecemerlangan.

    Justeru, masyarakat yang berwibawa, produktif, optimistik kepada

    perubahan, berfikiran jauh, bersifat futuristik, akan dapat mempengaruhi proses membuat keputusan, mempunyai idealisme dan cita rasa yang tinggi. Mereka juga memiliki nilai intelektual dan moral yang unggul, bersifat demokratik, serta dapat

    membina dan mempertahankan nilai-nilai hidup yang menjamin kesejahteraan dan kebajikan ahli masyarakat. Perubahan dengan membaik pulih sistem pendidikan sewajarnya ditekankan terhadap kanak-kanak sejak peringkat awal.

    Pendidik atau guru khususnya mempunyai akauntabiliti terhadap taraf

    prestasi, kemajuan, dan kelakuan anak-anak didik yang diajarnya. Hal ini selaras dengan kod etika profesion keguruan di Malaysia, iaitu:

    "Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan, dan prinsip-prinsip Rukun Negara".

    (Mok Soon Sang, 2003 : 178)

    Pendekatan kreatif dan inovatif dalam pembelajaran antaranya boleh mendorong kejayaan cemerlang pelajar-pelajar bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang lain. Pelajar yang kreatif dan inovatif

  • 8

    menunjukkan pencapaian yang tinggi dan mempunyai motivasi yang mendorong mereka ke arah kejayaan. Usaha kreatif dan inovatif yang dilakukan oleh guru dan pihak sekolah boleh mencorakkan dimensi baru dalam pembelajaraan dan pencapaian pelajar-pelajar di sekolah.

    Kreativiti dan inovasi boleh dicetuskan dalam organisasi sekolah sekiranya

    pengurus organisasi sedar dan bersedia melakukan perubahan dengan

    meningkatkan motivasi, memberi ganjaran dan menunjukkan penghargaan terhadap usaha-usaha kreatif dan inovatif oleh guru-guru dan murid-murid.

    Motivasi amat penting untuk mendorong kejayaan dan kemajuan sekolah. Kajian oleh Joharah Abdullah (1999) mendapati bahawa tingkah laku

    bermasalah dalam kalangan pelajar bukan sahaja menjejaskan pencapaian akademik pelajar tetapi juga boleh menjejaskan usaha melahirkan insan yang dinamik dan seimbang. Tingkah laku kurang disiplin , tingkah laku kurang tumpuan

    dan kemahiran belajar, tingkah laku akibat pengaruh luar, tingkah laku emosi dan kendiri serta penampilan merupakan penanda pencapaian akademik yang kurang

    memuaskan. Oleh itu, tingkah laku bermasalah perlu ditangani secara bersepadu

    dan komprehensif untuk menghasilkan generasi cemerlang.

    Sebaliknya, menurut Oh Kong Lum (1970) mendapati bahawa pelajar yang bersikap positif akan memberi harapan yang tinggi terhadap pendidikan. Mereka

    bersifat optimistik terhadap sistem pendidikan sebagai satu mobiliti dalam

    mencapai kepuasan usaha. Oleh itu, mereka meluangkan masa yang banyak

    untuk kerja-kerja sekolah dan mengutamakan kestabilan mental serta emosi. Kajian yang dibuat oleh Adnan Kamis (1980) terhadap pelajar-pelajar Tingkatan Tiga di SM. Kg. Batu, Kuala Lumpur juga mendapati bahawa sikap pelajar terhadap mata pelajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik mereka.

  • 9

    Awang Had Salleh menyatakan bahawa prestasi akademik dalam kalangan

    pelajar-pelajar bumiputera adalah berbeza dan pada umumnya sederhana dan rendah, bilangan pelajar-pelajar bumiputera yang mencapai kecemerlangan akademik adalah keeil (Abdul Razak Habib, et ai, 1994).

    Persoalannya, sejauh manakah dimensi sikap keluarga ada hubungan dengan prestasi akademik? Adakah dalam kalangan pelajar yang memperoleh prestasi PMR pada tahap cemerlang, kepujian, baik, lulus minimum, atau gagal itu berhubung kait dengan dimensi sikap keluarga dalam aspek bantuan material,

    sokongan moral atau motivasi, dan dalam aspek galakan atau aspirasi?

    Justeru, kajian ini diperlukan dalam meninjau hubungan dimensi sikap keluarga, status sosioekonomi ibu bapa atau penjaga, dan prestasi PMR di beberapa buah sekolah menengah di daerah ini bagi mengenal pasti isu yang

    berlaku. Oi samping itu, kajian ini adalah diharapkan boleh membantu dalam usaha memperbaik dan mempertingkat prestasi akademik pelajar, khususnya di lokasi kajian pada masa akan datang.

    1.3 Persoalan Kajian

    Sebelum menjalankan sesuatu kajian. seseorang pengkaji perlu mengetahui perkara yang hendak dikaji. Oleh itu, arah atau hala kajian mesti ditetapkan terlebih dahulu . Untuk menjalankan kajian ini, beberapa soalan kajian telah dibentuk. iaitu:

    i. Adakah terdapat hubungan antara dimensi sikap keluarga dalam aspek

    bantuan material dan prestasi akademik pelajar? ii. Adakah terdapat hubungan antara dimensi sikap keluarga dalam aspek

    sokongan moral atau motivasi dan prestasi akademik pelajar? iii. Adakah terdapat hubungan antara dimensi sikap keluarga dalam aspek

    galakan atau aspirasi dan prestasi akademik pelajar?

  • 10

    iv. Adakah terdapat hubungan antara faktor sosioekonomi keluarga dan

    prestasi akademik pelajar?

    1.4 Objektif Kajian Pad a umumnya objektif kajian ini adalah untuk meninjau dimensi sikap, status sosioekonomi keluarga, dan prestasi akademik pelajar PMR 2004 yang belajar di beberapa buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Semporna, Sabah.

    Objektif kajian secara khususnya adalah seperti berikut: i. Mengenal pasti hubungan antara dimensi sikap keluarga dalam aspek

    bantuan material dan prestasi akademik pelajar. ii. Mengenal pasti hubungan antara dimensi sikap keluarga dalam aspek

    sokongan moral atau motivasi dan prestasi akademik pelajar. iii. Mengenal pasti hubungan antara dimensi sikap keluarga dalam aspek

    galakan atau aspirasi dan prestasi akademik pelajar. iv. Mengenal pasti hubungan antara faktor sosioekonomi keluarga dan

    prestasi akademik pelajar.

    1.5 Hipotesis Kajian

    Hipotesis ialah suatu ramalan atau pernyataan tentang keputusan atau hasil

    dapatan yang dijangka akan diperoleh (Jack & Norman, 1996). Hipotesis kajian ini adalah seperti berikut:

    Ho 1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi sikap keluarga

    dalam aspek bantuan material dan prestasi akademik pelajar. HA 1 Terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi sikap keluarga dalam

    aspek bantuan material dan prestasi akademik pelajar. Ho2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi sikap keluarga

    dalam aspek sokongan moral atau motivasi dan prestasi akademik pelajar.

  • 11

    HA2 T erdapat hubungan yang signifikan antara dimensi sikap keluarga dalam

    aspek sokongan moral atau motivasi dan prestasi akademik pelajar. Ho3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi sikap keluarga

    dalam aspek galakan atau aspirasi dan prestasi akademik pelajar. HA3 Terdapat hubungan yang signifikan antara sikap keluarga dalam aspek

    galakan atau aspirasi dan prestasi akademik pelajar.

    1.6 Kepentingan Kajian

    Hasil kajian ini adalah diharapkan dapat memberi sumbangan yang bernilai kepada ibu bapa, guru-guru, kaunselor, pihak pentadbir, pelajar-pelajar, komuniti , dan semua pihak yang terlibat dalam menangani masalah pencapaian akademik

    dalam kalangan anak-anak. Hal ini selaras dengan apa yang diperkatakan oleh

    Parsons, Frydenberg, dan Poole (1996) yang menyatakan bahawa sokongan sosial yang positif adalah penting untuk pencapaian akademik yang lebih baik.

    Permasalahan sikap dan sosioekonomi keluarga yang wujud diharapkan dapat ditangani atau dikurangkan memandangkan matlamat kecemerlangan akademik

    menjadi hala tuju penting dalam bidang pendidikan. Faedah-faedah lain yang diperoleh adalah seperti berikut:

    i. Membantu ibu bapa atau penjaga dan guru-guru mengenal pasti sejauh manakah dimensi sikap dan status sosioekonomi keluarga mempunyai

    hubungan dengan pencapaian akademik.

    ii. Membantu dalam mengenal pasti faktor-faktor yang mempunyai hubungan

    dengan masalah prestasi akademik pelajar, sekali gus membantu meningkatkan prestasi sekolah.

    iii. Menjadi panduan kepada pihak pentadbir, guru-guru, dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam merancang serta melaksanakan program

    Image00025Image00026Image00027Image00028Image00029Image00030Image00031Image00032Image00033Image00034Image00035Image00036Image00037Image00038Image00039Image00040Image00041Image00042Image00043Image00044Image00045Image00046Image00047Image00048