fpk ans

18
1. Peranan pihak pengurusan dalam memperkembangkan aspek intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial murid-murid Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Ketua Panitia dan Guru bilik darjah memainkan peranan yang penting bagi menjadikan sesebuah sekolah itu menjadi sebuah sekolah yang berprestasi tinggi dari segi kurikulum dan kokurikulum berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara iaitu jasmani, emosi, rohani dan sosial murid-murid. Keempat-empat jawatan ini adalah amat penting dan dihargai supaya melicinkan pentadbiran sesebuah sekolah. Mereka sama-sama bersedia untuk berubah, bersedia untuk menerima cabaran-cabaran baru di peringkat akar umbi iaitu sekolah agar kualiti dan kecemerlangan pendidikan yang menyeluruh dapat dicapai dengan berkesan. Guru besar di sekolah ini adalah Pn.Kogilavany. Beliau adalah tunjang utama di sekolah ini kerana beliaulah menjalankan sekolah ini dengan amat bersistematik dengan bantuan Guru Penolong Kanan, Ketua Panitia dan juga guru bilik darjah. Setiap individu adalah anggota organisasi. Tingkah- laku individu merupakan tingkah-laku organisasi. Dari segi aspek sosial, jika setiap individu di dalam sesuatu kumpulan bekerja dengan baik maka prestasi kumpulan itu menjadi baik. Jika setiap kumpulan dalam bahagian unit dapat bekerja dengan baik, seluruh prestasi bahagian unit itu juga akan jadi baik. Begitulah seterusnya jika setiap bahagian unit dalam sesuatu organisasi bekerja dengan baik, percaya organisasi akan mencapai kecemerlangan, menjadi lebih kompetetif dan makmur. Jadi, Guru Besar mestilah memainkan

Upload: santhekumar

Post on 02-Oct-2015

222 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

fpk

TRANSCRIPT

1. Peranan pihak pengurusan dalam memperkembangkan aspek intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial murid-murid

Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Ketua Panitia dan Guru bilik darjah memainkan peranan yang penting bagi menjadikan sesebuah sekolah itu menjadi sebuah sekolah yang berprestasi tinggi dari segi kurikulum dan kokurikulum berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara iaitu jasmani, emosi, rohani dan sosial murid-murid. Keempat-empat jawatan ini adalah amat penting dan dihargai supaya melicinkan pentadbiran sesebuah sekolah. Mereka sama-sama bersedia untuk berubah, bersedia untuk menerima cabaran-cabaran baru di peringkat akar umbi iaitu sekolah agar kualiti dan kecemerlangan pendidikan yang menyeluruh dapat dicapai dengan berkesan. Guru besar di sekolah ini adalah Pn.Kogilavany. Beliau adalah tunjang utama di sekolah ini kerana beliaulah menjalankan sekolah ini dengan amat bersistematik dengan bantuan Guru Penolong Kanan, Ketua Panitia dan juga guru bilik darjah. Setiap individu adalah anggota organisasi. Tingkah-laku individu merupakan tingkah-laku organisasi. Dari segi aspek sosial, jika setiap individu di dalam sesuatu kumpulan bekerja dengan baik maka prestasi kumpulan itu menjadi baik. Jika setiap kumpulan dalam bahagian unit dapat bekerja dengan baik, seluruh prestasi bahagian unit itu juga akan jadi baik. Begitulah seterusnya jika setiap bahagian unit dalam sesuatu organisasi bekerja dengan baik, percaya organisasi akan mencapai kecemerlangan, menjadi lebih kompetetif dan makmur. Jadi, Guru Besar mestilah memainkan peranan pemimpin yang berketrampilan (competent leadet} berdasarkan konsep JERIS. Contohnya:-

1. Pemimpin Teknikal: Tumpukan kepada teknik pengurusan yang cekap dan mahir memanipulasi strategi dan keadaan bagi jamin keberkesanan yang maksimum. 2. Pemimpin Manusia: Mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia, perhubungan individu dan manusia rnenggerakkan (motivate} stafnya, membina dan mengekalkan moral yang tinggi, galakkan inovasi dan kreativiti di samping beri sokongan yang perlu.

3. Pemimin Pendidikan:Main peranan sebagai 'clinical practitioner iaitu sumbangkan kepakaran dalam pendidikan dan persekolahan. Mahir dalam aspek kurikulum, diagnosis keperiuan pelajar, penilaian dan penyeliaan atau pencerapan yang berkesan.

4. Pemimpin Simbolik: Mainkan peranan sebagai penghulu (chief) yang member) isyarat tentang nilai, kepentingan atau tujuan sesuatu yang hendak dicapai. Periu punyai wawasan yang disampaikan kepada staf dan pelajar di sekolahnya.

5. Pemimpin Budaya: Main peranan sebagai 'high priest' - dilihat dari usaha-usahanya mencari, mentafsir dan memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadikan sebuah sekolah yang unik. Kepemimpinan ini selalunya memperlihatkan usaha bagi mengekal imej dan prestasi sekolah.

Peranan-peranan berikut sebagai menyumbang kepada kejayaan, kecemerlangan dan kualiti sekolah ini. a. mempunyai wawasan tentang sekolahnya; b. menetapkan falsafah, misi (mission) dan matlamat serta objektif c. sekolahnya; d. menjelaskan wawasannya kepada semua staf dan pelajar termasuk ibu bapa dan, masyarakat sekitar;e. menetapkan objektif dan strategi pengajaran dan kurikulum;f. menyelia, mengesan dan menilai kurikulum dan program pengajaran; g. menyelaras program pengajaran dan aktiviti kurikulum sekolah; h. mengawasi waktu pembelajaran murid; i. menggalak dan memberikan sokongan perkembangan profesional kepada guru; j. membantu dan memberi sokongan kepada guru dalam pengajaran serta menyediakan intensif dan sumber; k. mengawal mutu pengajaran di sekolah; dan l. mewujudkan iklim sekolah yang kondusrf bagj meningkatkan proses m. pembelajaran

Seterusnya, peranan Guru Penolong Kanan di sekolah ini amat diharapkan.GPK ini terbahagi kepada tiga iaitu Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Peranan merekanya adalah amat penting untuk menjayakan sesebuah sekolah dengan betul. Peranan mereka di sekolah ini mengikut JERIS seperti berikut.

1. Melaksana dan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab Guru Besar semasa ketiadaannya di sekolah. 2. Mengajar sebilangan daripada waktu mengikut arahan Guru Besar yang ditetapkan dan semasa ke semasa. 3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal yang berhubung kait dengan kurikulum, pentadbiran dan pengurusan sekolah, hubungan dengan masyarakat dan juga keselamatan. 4. Membantu Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang. 5. Memberi segala bantuan kepada Guru Besar dalam tugas menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 6. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan program dan projek sekolah.

Selain daripada ini, guru panitia pula memainkan peranan yang penting untuk melahirkan generasi yang berilmu atau berintelektual. Panitia mata pelajaran adalah subunit dalam sekolah (organisasi) ini dan melaksana fungsinya untuk membantu sekolah mencapai objektif, misi dan visi. Tujuan Panitia di sekoah ini adalah memperbaiki dan meningkatan mutu p&p, berikhtiar dan berusaha mendapatkan strategi pengajaran yang inovatif dan memotivasikan pembelajaran para pelajar, memperbaiki prestasi pelajar dalam peperiksaan sekolah dan awam dalam mata pelajaran berkenaan berpandu sasaran yang ditunjkkan dalam rancangan akademik sekolah dan mewujudkan kerjasama antara panitia mata pelajaran dengan persatuan atau kelab akademik.Peranannya untuk menjaga kewangan, sukatan pelajaran, rancangan pelajaran, buku teks, buku rujukan, fail dan sebagainya. .

Kemudian, guru bilik darjah juga memainkan peranan untuk melahirkan modal insan yang berketrampilan, berilmu pengetahuan, berkernahiran yang berdasarkan dengan prinsip JERIS. Beliaulah mengawal tingkah laku pelajar dan menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar. Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan. Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara perorangan (interpersonal) yang baik. Jadi.guru bersikap empati dalam memahami tingkahlaku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan. Guru kelas perlu memuji dan memberi ganjaran kepada pelajar dan & memainkan peranan untuk memodelkan tingkah laku yang diingini yang bertandaskan dengan prinsip JERIS.

2. Prasarana Dan Kemudahan Sekolah KANTINKantin sekolah ini mempunyai tempat yang luas dan muat untuk semua murid sekolah. Alatan seperti meja dan kerusi juga cukup bagi semua pelajar. Walaupun terdapat ramai murid, semua pelajar dapat menggunakan kantin ini sepenuhnya tanpa sesak. Pihak sekolah juga memberi sarapan ( RMT ) kepada murid dari keluarga miskin. Jawatankuasa RMT sekolah ini sentiasa memberikan menu makanan yang berkhasiat kepada pengusaha kantin. Selain itu, pihak kantin diberi arahan untuk menjual makanan yang berkhasiat sahaja. Jenis-jenis makanan yang dijual di kantin juga gemar dimakan oleh pelajar kerana rasanya enak. Pihak kantin juga menjual buah-buahan semasa waktu rehat. Lebih lagi, makanan ringan telah dibantah penuh oleh pengurus sekolah untuk dijual dalam kawasan sekolah.Makanan yang seimbang juga memainkan peranan penting dalam membina insan yang sihat sejahtera dan tanpa sebarang masalah kesihatan. Makanan yang dibekalkan di kantin sekolah berkhasiat bagi murid-murid sekolah. Makanan ini akan membekalkan tenaga yang cukup untuk melakukan aktiviti di sekolah. Mereka juga dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran mereka.

Tapak perhimpunan Tapak perhimpunan merupakan tempat komunikasi yang formal antara guru dengan murid. Daripada pemerhatian saya, setiap hari Ahad, perhimpunan sekolah ini berlangsung dari pukul 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Pengawas-pengawas sekolah juga pandai mengurus sekolah dan menjaga disiplin pelajar. Selain itu, tapak perhimpunan ini menjadi tempat bagi para guru menyampaikan maklumat secara langsung dan rasmi kepada murid-murid sekolah tersebut. MAKMAL SAINS Terdapat 1 makmal sains di sekolah ini. Pihak pengurus telah membuka ruang agar semua pelajar dapat mengikuti pembelajaran matapelajaran sains di makmal juga. Keperluan sumber pengajaran matapelajaran sains dan bahan eksperimen yang begitu banyak dan ramai murid dapat membuat sesuatu eksperimen pada satu masa. Guru-guru di sekolah ini juga mampu berfikir secara kreatif dan inovatif bagi menjalani sesuatu kajian tanpa sebarang alasan perungutan berkaitan ketiadaan alat eksperimen. Tetapi, jumlah LCD bagi makmal-makmal ini masih tidak mencukupi. Para guru dikehendaki meminjam LCD dari makmal komputer bagi mengajar murid-murid.Perpustakaan Perpustakkan sekolah memang kondusif bagi pelajar. Terdapat pelbagai buku dari pelbagai subjek. Selain buku, banyak informasi dipamerkan di dinding pusat sumber sekolah. Sudut pameran di sini menjadi daya tarikan pemerhatian yang dilengkapi dengan pelbagai barangan tradisi. Sijil sijil juga menjadi hiasan dinding sudut pameran. Dalam pada itu juga, melalui pemerhatian saya walaupun buku-buku di perpustakaan tidak banyak pilihan namun pelajar memberi sambutan yang baik dengan membaca buku di perpustakaan. Selain daripada itu, perpustakaan sekolah ini kecil tetapi ada kemudahan-kemudahan yang memberi suasana yang lebih selesa kepada para pelajar.Maklumat-maklumat dalam perpustakaan dapat mengembangkan pengetahuan para pelajar. Dengan ini, mereka tidak sahaja mahir dalam akademik tetapi mereka dapat mengelakkan dari menjadi katak dibawah tempurung.

Makmal komputer Makmal komputer sekolah ini dilengkapi dengan lebih kurang 50 komputer yang lengkap. Semua komputer ini berfungsi dan pelajar dapat menggunakannya semasa P&P. Penyelaras makmal komputer Pn. Sumathy mengurus makmal tersebut dengan baik. Setiap pelajar juga dibenarkan untuk menggunakan komputer di sana.Kemudahan makmal komputer ini dapat mewujudkan insan yang mahir dalam teknologi dan maklumat. Mereka akan mempelajari teknik-teknik yang betul menggunakan komputer. Mereka juga boleh meneruskan pendidikan tinggi dalam bidang teknologi. STOR SIMPANAN BARANG Stor ini terletak di bangunan lama sekolah ini. Stor ini digunakan untuk menyimpan alatan aktiviti barangan sukan seperti bola, kayu hoki, dan lain lain lagi. Tempat ini menyumbang untuk penyimpanan barang sukan dan menjaga barangan ini dengan keadaan baik. Keadaan stor ini amat selamat untuk kegunaan para pelajar. Pelajar juga dibenarkan untuk menggunakan barang-barang di sini semasa mereka ingin bermain sesuatu permainan dengan kebenaran guru masing-masing.

MURAL DAN KATA-KATA HIKMAH DI SEKOLAHMelalui pemerhatian, saya dapat melihat kata-kata hikmah dan mural dipaparkan di seluruh dinding sekolah. Pihak pengurusan sekolah juga telah menyediakan peluang bagi murid - murid agar mereka dapat menghayati mural dan poster tentang alam sekitar. Selain itu, terdapat juga mural mengenai konsep satu Malaysia di bangunan baru sekolah tersebut. Dalam mural tersebut, terdapat rakyat Malaysia dari pelbagai kaum berdiri bersama-sama. Ini dapat melahirkan sikap perpaduan dalam diri pelajar-pelajar di sana. Melaui pemerhatian saya juga, kata- kata hikmah juga dapat dilihat di semua dinding sekitar sekolah ini. Ia ditulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Tamil. Tulisan-tulisan yang bernas ini sudah tentu membawa perubahan terhadap diri murid.Semasa saya menemubual guru sekolah dan bertanya mengenai mural-mural ini, beliau berkata dengan melakarkan mural-mural ini pastinya murid-murid di sekolah dapat diberi pendedahan mengenainya. Ini juga dapat memupuk nilai estetika dalam diri murid serta mewujudkan satu keadaan yang ceria di sekolah.NILAI-NILAI MURNI MURID-MURID SEKOLAH Semua murid sekolah ini rajin memberi salam kepada sesiapa sahaja yang lebih umur daripada mereka. Mereka juga mengucapkan salam kepada pembersih-pembersih sekolah ini. Selain itu, budaya beratur semasa membeli makanan, sebelum pulang ke rumah merupakan etika yang baik yang saya dapat lihat melalui pemerhatian saya. Ini merupakan sahsiah yang baik yang telah diajar dalam sekolah ini. Seterusnya, murid-murid sekolah ini kerap mengamalkan sikap membaca. Pihak sekolah memperkenalkan satu program membaca semasa waktu pagi . Dalam program ini, pelajar akan membaca satu petikan dengan guru dan mereka akan dapatkan tandatangan selepas membaca petikan tertentu. Ini dapat melahirkan budaya membaca dan membantu pelajar dalam pelajaran mereka.

KEBERSIHAN KAWASAN SEKOLAHPengurus Sekolah sentiasa menasihati murid agar menjaga kebersihan sekolah. Selain pembersih sekolah, guru-guru dan murid sekolah juga peka terhadap kebersihan sekolah. Program Sifar Sampah selalu ditekankan dalam perhimpunan pagi. Oleh itu murid-murid sentiasa bersih dan mengambil berat tentang kebersihan. Kesedaran tentang kebersihan juga mewujudkan suasana yang tenang dan aman di dalam bilik darjah. Pekerja kebun sekolah ini juga menjaga kebersihan sekolah dengan baik. Pengusaha kantin sekolah sentiasa menjaga kebersihan kawasan kantin sekolah juga. Kantin ini sentiasa dibersihkan oleh pembantu-pembantu kantin.Kebersihan juga penting untuk kesejahteraan pelajar. Keadaan sekolah yang tidak bersih akan mengganggu kesihatan murid. Murid tidak dapat menumpukan perhatian mereka jika mereka sakit. Kawasan sekolah yang tidak bersih akan membawa banyak penyakit. Dalam hal ini, SJK(T) Simpang Lima sangat berhati-hati dalam penjagaan kebersihan sekolah. Pembersih sekolah ini menjaga suasana sekolah ini dalam keadaan yang baik. Ini membantu pelajar supaya dapat mengelak daripada penyakit-penyakit serius dan mereka dapat menumpukan perhatian kepada matapelajaran mereka. Tandas sekolah juga senantiasa dibersihakan dan tidak berbau busuk.

KECERIAAN SEKOLAHSJK(T) Simpang Lima mempunyai pemandangan yang baik dan cantik. Ini menarik perhatian orang luar. Ia dapat dilihat daripada keadaan sekolah kerana sekolah ini sentiasa dalam keadaan ceria dan menarik. Pokok-pokok yang ditanam sekitar bangunan sekolah menambahkan keceriaan sekolah. Papan kenyataan ditempatkan di dinding sepanjang koridor sekolah juga menambahkan kecantikan sekolah ini. Semua guru rajin menghias papan kenyataan ini dengan kertas yang warna warni.

3.Program dan aktiviti

Pendidikan berfungsi mengembangkan keupayaan seseorang diri dari segi fizikal dan mental; membolehkan seseorang individu menghayati Prinsip Rukun Negara bagi melahirkan rakyat yang sempurna dan baik dari pelbagai aspek. Oleh itu, rakyat berpendidikan adalah rakyat yang taat setia, progresif, patriotik, bertoleransi dan bermoral tinggi. Proses pendidikan dapat melengkapi seseorang itu dengan kemahiran berkomunikasi untuk meningkatkan kefahaman yang positif dan mengeratkan perhubungan antara satu sama lain. Selain itu, pendidikan dapat menghasilkan tenaga pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi mempertingkatkan produktiviti untuk kestabilan politik, sosioekonomi dan budaya. Kurikulum yang dibentuk dalam pendidikan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai murni selaras dengan objektif pendidikan.Pelajar yang seimbang dan harmonis sentiasa berasa bersyukur, bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup dengan mempunyai ketahanan serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan fikiran yang sihat, tenang serta rasional. Saya dapat mengatakan bahawa Simpang Lima banyak berusaha untuk melahirkan generasi yang mempunyai tahap kognitif yang baik. Program-program yang dianjurkan di sekolah tersebut adalah seimbang dari segi semua aspek. Ini boleh dikatakan salah satu unsur untuk pencapaian pelajar yang baik. SJK(T) Simpang Lima sangat terkenal untuk prestasi yang baik bukan sahaja dalam kurikulum malah dalam aktiviti kokurikulum juga sekolah tersebut mengambil nama baik antara sekolah-sekolah di kawasan Kulim.Kurikulum sekolah ini boleh dikatakan lebih efektif. Guru-guru sekolah ini mengajar murid-murid kelas mereka dengan bersungguh-sungguh. Mereka mengamalkan kaedah-kaedah baharu semasa mengajar dalam kelas mereka. Guru-guru juga menggunakan alat bantu mengajar semasa pengajaran. Selain itu, LCD juga digunakan di setengah-tengah kelas. Dengan ini, murid-murid dapat didedahkan dengan teknologi dan mereka dapat menguasai kemahiran bagaimana menggunakan alatan-alatan teknologi seperti ini pada masa hadapan. Semasa guru mengajar dalam sesuatu kelas, mereka menggunakan bahasa yang baik dan lancar untuk kefahaman murid-murid. Jika murid-murid tidak faham akan sesuatu mereka menggunakan bahasa ibunda bagi menerangkan kepada murid-murid.Seseorang pelajar yang masuk ke sekolah harus menguasai kemahiran 4M iaitu, membaca, menulis, mengira dan menaakul. Dengan adanya kemahiran asas ini, pelajar akan berusaha untuk memperoleh dan mengembangkan ilmu. Bagi meningkatkan tahap kognitif murid, SJK(T) Simpang Lima mengadakan ujian bulanan setiap bulan. Dengan ini, mereka boleh mengenal pasti masalah murid dalam pembelajaran. Selepas ujian ini, guru-guru akan membuat satu analisis mengenai pencapaian murid. Selepas itu, guru-guru akan memberi latihan kepada murid-murid yang mendapat pencapaian rendah dalam ujian tersebut. Mereka juga memberi latihan tambahan kepada murid yang mendapat pencapaian tinggi bagi pemberkembangkan lagi tahap mereka. Dengan ini, mereka dapat meningkatkan prestasi murid dalam ujian seterusnya dana murid-murid akan mengambil markah yang tinggi dalam peperiksaan akhir tahun. Di SJK(T) Simpang Lima, pelbagai program yang dapat memantapkan pelajar dijalankan. Sebagai contohnya, Program Bacaan Bahasa Tamil, Program Bacaan Bahasa Malaysia, Program Bacaan Bahasa Inggeris, Program Menghafal Sifir dan banyak lagi dijalankan. Program- program seperti ini, dilaksanakan setiap minggu. Dalam program menghafal sifir, pelajar akan menghafal sesuatu sifir dan akan memberitahu kepada guru pada waktu rehat di kantin. Pelajar harus berbuat demikian dan mendapatkan tandatangan daripada guru sebanyak lima kali. Ini membantu pelajar untuk mengingat sifir tersebut pada bila-bila masa. Cara ini dapat mempertingkatkan kognitif pelajar. Selain itu, bahasa mereka juga akan menjadi fasih dan boleh bercakap tanpa rasa takut.Guru-guru sekolah juga sentiasa mengikut dengan perkembangan dalam kurikulum. Mereka menggunakan kaedah-kaedah baru yang telah diperkenalkan oleh kementerian pelajaran kita bagi mengajar murid-murid. Mulai tahun lepas, sekolah ini menggunakan KSSR bagi Tahun 1 & Tahun 2. Bagi tahun lain, guru-guru menggunakan KBSR. Mereka mengajar mengikut kandungan kedua-dua kurikulum ini bagi membina murid yang mahir dalam pelajaran dan mempunyai kognitif yang baik.Selain itu, pertandingan seperti syarahan, bercerita, mendeklamasi sajak, pidato, forum dan lain-lain yang berkaitan dengan mempertingkatkan bahasa murid juga diadakan di SJK(T) Simpang Lima. Setiap tahun sekolah ini mengadakan pertandingan seperti ini dapat meningkatkan bahasa pelajar. Bahasa adalah penting untuk berkomunikasi dengan orang lain. Menguasai bahasa yang betul adalah penting kepada semua murid kerana pada masa hadapan mereka akan berjumpa dengan ramai orang dari pelbagai kaum. Di samping itu, persatuan, kelab dan badan beruniform di sekolah merupakan salah satu cara untuk melahirkan budaya yang sihat. Terutamanya di sekolah. persatuan dan kelab merupakan salah satu bidang dalam kokurikulum di sekolah. Matlamat utama persatuan dan kelab ini ditubuhkan adalah untuk melatih murid dalam aktiviti luar daripada kurikulum. Selain itu, dengan mengadakan kokurikulum ini, pelajar juga dapat meluangkan masa mereka secara berfaedah. Setiap hari Rabu, sekolah ini mengadakan aktiviti kokurikulum bagi semua murid Tahap 2.

Selain itu, matlamat gerak kerja kokurikulum yang dijalankan adalah untuk mewujudkan keseimbangan perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sosial, jasmani, dan rohani murid-murid . Murid-murid juga dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah serta dapat melahirkan kesejahteraan diri dengan penglibatan mereka di dalam aktiviti ini. Pada masa kini, sekolah sangat mengutamakan kesihatan pelajar dan mengadakan pelbagai aktiviti bagi pelajar. Selain itu, pelajar dapat mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial. Pelajar boleh mengeluarkan bakat yang tersembunyi dalam diri mereka dan mencapai pencapaian yang baik dan mengharumkan nama sekolah dan ibu bapa mereka. Misalnya, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Simpang Lima, sering mengadakan aktiviti jasmani untuk semua pelajar. Terdapat Kelab Badminton, Kelab Hoki, Kelab Bola Sepak, dan lain-lain. Setiap hari Selasa, sekolah ini mengadakan aktiviti Kelab dan Permainan. Pihak sekolah telah melantik guru-guru yang mahir untuk melatih pelajar. Latihan yang diberi amat memanfaatkan semua pelajar dan dengan ini pelajar dapat mengembangkan kemahiran mereka dalam sesuatu aktiviti. Penglibatan pelajar juga amat memuaskan. Terdapat juga pelajar yang telah mendapat hadiah sampai di peringkat negeri.Emosi merupakan perasaan dalam seseorang individu. Setiap pelajar harus mempunyai emosi yang matang dan stabil untuk meneruskan kehidupan mereka. Pelajar juga harus memiliki perasaan sayang, sifat kekitaan dan perpaduan. Perasaan kasih sayang perlu dimiliki, dipupuk dan diamalkan oleh setiap individu supaya mengelakan pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain. Di samping itu, semangat kekitaan dan perpaduan perlu dimiliki, dipupuk dan dikembangkan di Malaysia agar semua warganegara dapat menjalinkan hubungan yang baik dan harmonis antara satu sama lain. Emosi yang bersifat positif dapat memenuhi semua sifat baik. Maka, semua orang perlu berusaha untuk memiliki sifat baik ini serta mengamalkan dalam kehidupannya. SJK(T) Simpang Lima melaksanakan banyak aktiviti untuk memperbaikan emosi para pelajar. Contohnya, pentadbiran sekolah menganjurkan Program Penyampaian Hadiah untuk memotivasikan pelajar yang telah mencapai mengambil keputusan yang baik. Ini memberi inspirasi kepada pelajar yang telah mengambil keputusan yang baik dan mereka akan meneruskan pencapaian mereka. Selain itu, pelajar yang tidak mendapat pencapaian baik akan berusaha belajar untuk mendapatkan hadiah. Di samping itu, SJK(T) Simpang Lima juga mengadakan konsep Satu Malaysia untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar dan ini akan mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham dengan kaum lain. Seterusnya, SJK(T) Simpang Lima juga memberi keutamaan kepada unsur rohani. Murid-murid perlu mematuhi nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama mereka. Sekolah harus menerapkan nilai-nilai murni tersebut untuk membentuk insan yang berakhlak mulia dan berhemah tinggi. Nilai-nilai murni dapat membentuk generasi yang mempunyai sahsiah yang baik. Misalnya, di SJK(T) Simpang Lima pihak sekolah mengadakan program-program berkaitan agama bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi rohani. Mereka telah mengadakan kelas Agama dan motivasi. Kelas seperti ini dapat menerapkan nilai positif kepada pelajar kerana semua agama hanya mengajar sikap dan nilai yang baik. Pelajar akan mengikut ajaran agama masing-masing dan mereka dapat mempertimbangkan baik buruk. Ini dapat mengurangkan masalah sosial dalam negara kita.Pelajar merupakan satu aset yang sangat penting kepada negara kerana mereka merupakan pemimpin pada masa akan datang. Oleh itu, semua pihak bukan sahaja sekolah, haruslah berganding bahu untuk mempertingkatkan tahap perkembangan pelajar.