tutorial ans

133
Tutorial Week 3 Tajuk 1: Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Upload: ngu-tunghong

Post on 14-Jul-2016

100 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial ANS

Tutorial Week 3Tajuk 1: Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

Page 2: Tutorial ANS

• 1. Apakah maksud perpaduan? Proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta memiliki perasaan cinta dan bangga kepada tanah air.

Page 3: Tutorial ANS

• 2. Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan “perpaduan dalam kepelbagaian” (Unity in Diversity)?

• Kemampuan kelompok manusia yang berbeza-beza hidup dalam sebuah masyarakat.

• Manusia sejak zaman-berzaman sedar bahawa mereka tidak ada pilihan, tetapi mesti hidup bersama-sama dengan manusia dan kelompok sosial yang berbeza-beza.

• Oleh yang demikian, mereka mesti mencari jalan dan mengatur berbagai-bagai cara supaya perbezaan ini tidak menjadi halangan untuk mereka terus hidup aman damai dan produktif.

Page 4: Tutorial ANS

• 3. Apakah maksud kesepaduan?

• Kesepaduan merupakan proses yang dinamik sesuatu kumpulan untuk bersatu dan bersama mencapai matlamat dan objektif kumpulan tersebut.

• Walaupun terdapat perbezaan sosial yang sedia ada dalam kalangan masyarakat majmuk seperti unsur agama, etnik, budaya, bahasa, wilayah dan sebagainya, namun manusia sedar bahawa mereka perlu mengurus dan menyusun perbezaan antara mereka atas keinginan untuk mewujudkan keadaan aman dan stabil dalam meraihkan kesenangan dan mungkin juga kemewahan material.

Page 5: Tutorial ANS

4. Nyatakan 3 kebaikan keadaan yang aman damai di Malaysia.

• Kestabilan politik membawa kepada pertumbuhan/kemajuan ekonomi. Malaysia boleh terus membangun dengan pesat• Kestabilan politik membawa keamanan yang seterusnya kesejahteraan rakyat• Membolehkan rakyat pelbagai etnik hidup bersama dalam suasana aman• Rakyat bebas daripada pelbagai ancaman• Rakyat dari etnik minoriti bebas daripada ketakutan mereka ditindas oleh etnik dominan• Keupayaan Malaysia mengekalkan kestabilan politik dan social telah diiktirafkan oleh Global Peace Index (2011) - Malaysia disenaraikan di tangga ke 19 sebagai negara paling aman dan stabil di dunia.

Page 6: Tutorial ANS

WEEK 4 Tutorial

Page 7: Tutorial ANS

• 6. Selepas tamat Perang Dunia Kedua pada 1945 sehingga sekarang, hubungan etnik di Negara ini memaparkan tiga era penting (berdasarkan pola konflik, keamanan dan kestabilan): Terangkan setiap peristiwa atau langkah pada era tersebut.

• i. Era Konflik (1945 – 1960)• ii. Era stabil Tapi Tegang (1961 – 1970)• iii. Era Kepaduan Sosial (1971 – 2011)

• Jawapan:• i. Era Konflik (1945 – 1960): Ada tiga peristiwa penting yang

berlaku pada masa ini:• • Selepas Perang Dunia Kedua/Kegiatan Bintang Tiga• • Malayan Union• • Mogok dan rusuhan (Darurat 1948 – 1960)

Page 8: Tutorial ANS

• 1. Selepas Perang Dunia Kedua/Kegiatan Bintang Tiga• Hubungan etnik antara kaum Melayu dengan Cina amat

tegang selepas perang dunia kedua. Pada masa pemerintahan Jepun, Jepun telah mendera orang orang Cina di Malaya. Mereka di dera kerana pihak Jepun sememangnya sudah ada perasaan dengki terhadap orang Cina sejak berkurun lama nya. Contohnya, Jepun telah menakluki Manchuria pada awal abad ke 20 dan menyerang Nangking di Cina dan merogol semua gadis yang di temui mereka.

• Jepun telah membawa perasaan dengki ini pada masa penjajahannya di Tanah Melayu. Mereka telah mendera dan mengkhianati orang orang Cina. Ramai orang Cina lari ke hutan dan menyerang-hendap Jepun. Mereka telah menubuhkan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA).

Page 9: Tutorial ANS

• Namum, Jepun tidak mengkhianati orang Melayu kerana mereka memerlukan sokongan orang Melayu untuk mengekalkan pemerintahan mereka di TM.

• Ini telah membawa perasaan iri hati orang Cina terhadap orang Melayu.

• Maka sebaik sahaja pihak Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua, anggota MPAJA yang menamakan kumpulan mereka sebagai Bintang Tiga, telah keluar dari hutan dan menguasai beberapa negeri, daerah dan bandar. Kawasan-kawasan ini telah dikuasai oleh Bintang Tiga selama empat belas hari.

Page 10: Tutorial ANS

• Ribuan rakyat khasnya orang Melayu telah menjadi mangsa keganasan dan kekejaman pengganas komunis. Tanpa bukti yang nyata serta memakai ‘Law Of The Jungle’ hukuman rimba, pengganas komunis Bintang Tiga di bawah kuasa Chin Peng, telah menyeksa mangsa dengan kejam sebelum mereka dibunuh samada ditembak atau ditikam dengan pisau atau benet. Mayat mereka rata-rata dibuang dalam sungai atau ditinggalkan dalam hutan dimakan binatang buas dan ramai mangsa yang diculik tidak dijumpai hingga hari ini.

Page 11: Tutorial ANS

• 2. Malayan Union • Pengenalan MU pada bulan April 1946 telah mendapat tentangan

yang hebat daripada orang Melayu.• Ada tiga prinsip Malayan Union yang menjadi punca orang orang

Melayu menentang MU. Satu daripadanya ialah, Raja raja Melayu kehilangan kuasa kerana menurut perlembagaan MU, kuasa raja raja Melayu hanya agama Islam dan adat istiadat orang Melayu. Kedua, semua warganegara Malaya akan mendapat keistimewaan yang sama dan orang India dan Cina boleh mendapatkan wargakenegaraan dengan mudah.

• Orang Melayu telah mementang MU dengan menunjuk perasaan (demonstrasi) di sekitar Malaya. Ini telah menwujukan sebuah parti orang Melayu, ia itu UMNO.

• British terpaksa membubar MU dan menggantikan nya dengan Perlembagaan Persekututan TM 1948.

Page 12: Tutorial ANS

• 3. Mogok dan Rusuhan (Darurat 1948 – 1960)• Pada bulan September 1945 British telah kembali semula ke

Tanah Melayu (TM) dan berusaha mengawal keadaan dengan memerangi kumpulan berideologi komunis. British telah mengisytiharkan Darurat apabila kekacauan semakin ketara. Pada 16 Jun 1948, tiga orang peladang Eropah dibunuh oleh anggota Parti Komunis Malaya (PKM) di Perak dan British terus mengisytiharkan Darurat pada hari keesokannya, ia itu 17 Jun 1948. Darurat hanya berakir hanya pada 1960.

• Anggota PKM cuba mengambil alih kuasa di TM secara kekerasan. Mereka membunuh anggota tentera, polis dan orang ramai dalam perjuangan mereka merampas kuasa dari pihak British.

• Mereka telah merosakkan ladang getah, peralatan dan jentera perlombongan serta membakar kenderaan awam.

Page 13: Tutorial ANS

• ii. Era stabil Tapi Tegang (1961 – 1970) Ada tiga peristiwa penting yang berlaku pada masa ini:

• • Terbentuknya Malaysia, 1963 • • Konfrontasi atau mengganyang Malaysia

(1963 – 1965) • • Rusuhan etnik (Peristiwa 13 Mei 1969)

Page 14: Tutorial ANS

• 1. Terbentuknya Malaysia, 1963• Rancangan menubuhkan Persekutuan

Malaysia yang merangkumi TM, Singapore, Sabah dan Sarawak berjaya dilaksanakan pada 16 September 1963. Namun, Singapore telah keluar daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Page 15: Tutorial ANS

• Brunei:• Pada peringkat awal Sultan Brunei bersetuju dengan

kemasukan Brunei ke dalam Pembentukan Malaysia, namum akhirnya baginda telah membatalkan rancangan menyertai Pembentukan Malaysia atas beberapa perkara yang tidak dapat di setujui oleh kedua-dua pihak, ia itu antara pemerintah TM dan baginda.

• Perkara-perkara tersebut termasuk penguasaan hasil minyak Brunei, pelaburan Brunei dan masa pemerintahan Sultan Brunei, Omar Ali Saffuddin dalam Majlis Raja-raja. Masa pemerintahan baginda tidak akan dikira daripada tarikh baginda menjadi sultan tetapi dari tarikh kemasukan Brunei ke dalam Pembentukan Malaysia.

Page 16: Tutorial ANS

• Singapore:• Lee Kuan Yew, pemimpin parti politik Parti Tindakan Rakyat

(People”s Action Party: PAP) telah cuba hendak bertanding dengan Parti Perikatan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. PAP cuba menarik perhatian orang Cina bahawa MCA tidak mampu menjaga kepentingan orang Cina.

• Kempen ini telah dijalankan oleh PAP sehingga pergerakan PAP telah memperkecilkan MCA dalam kalangan orang Cina. Ia juga dianggap sebagai satu pencerobohan ke atas hak istimewa orang Melayu. Keadaan ini telah mencetuskan rusuhan pada 21 Julai 1964. Keadaan bertambah buruk apabila Singapore memperjuangkan persamaan hak dan kempen “Malaysia untuk Orang Malaysia” yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew.

Page 17: Tutorial ANS

• Untuk merealisasikan cita-cita ini, Singapore telah membentuk ‘United Opposition Front” yang kuat memperjuangkan persamman hak. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Tunku Abdul Rahman untuk meredakan keadaan ini, tetapi tidak berjaya. Akhirnya pada bulan Ogos 1965, Singapore telah di minta keluar daripada Malaysia.

Page 18: Tutorial ANS

• ii. Mengganyang Malaysia oleh Indonesia• Salah satu cabaran mengenai pembentukan Malaysia ia lah

negara jiran seperti Philippines dan Indonesia menentang penubuhan Malaysia. Pada peringkat awal, Indonesia pernah menyatakan bahawa mereka tiada apa-apa halangan terhadap pembentukan Malaysia. Namun, ini hanya sementara kerana Indonesia, di bawah pimpinan Presiden Sukarno telah menentang pembentukan Malaysia dengan dasar ‘Mengganyang Malaysia” pada Januari 1963.

• Presiden Sukarno mendakwa tujuan pembentukan Malaysia adalah untuk memastikan penguasaan penjajah (British) ke atas getah, timah dan minyak di wilayah-wilayah terbabit terus kekal. Seterusnya Presiden Sukarno telah mengumumkan dasar konfrontasinya terhadap pembentukan Malaysia dengan slogan “Ganyang Malaysia” dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaya.

Page 19: Tutorial ANS

• Ramai pengkaji mendakwa ada beberapa faktor Presiden Sukarno menentang pembentukan Malaysia. Faktor utama ialah pembentukan Malaysia menggagalkan rancangan Sukarno menubuhkan empayar Indonesia Raya.

• Konfrontasi yang dilaungkan Indonesia merebak dan memuncak sehingga mengakibatkan penglibatan tentera. Tentera Indonesia bertindak menyerang wilayah-wilayah sempadan Sabah dan Sarawak. Malahan, sekumpulan tentera juga dihantar ke pantai barat Johor atas tujuan pengintipan. Tentangan daripada Indonesia terus wujud selepas Malaysia ditubuhkan.

• Penentangan Indonesia berakhir pada tahun 1965 apabila Sukarno digulingkan dan tempatnya diambil alih oleh Jeneral Suharto. Pada bulan Ogos 1965, Indonesia mengakhiri dasar konfrotasi terhadap Malaysia.

Page 20: Tutorial ANS

• iii. Rusuhan Etnik• Rusuhan etnik telah berlaku pada 13 Mei 1969. Peristiwa

ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Rusuhan kaum yang berlaku ini adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda.

• Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

Page 21: Tutorial ANS

• Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang itu dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman, walaubagaimana pun, segelintir pengikut perarakan telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

• UMNO juga turut mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969.

• Perarakan penyokong parti pembangkang dan parti UMNO telah menyemarakkan api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Apabila rusuhan besar terjadi, kerajaan Malaysia mengisytiharkan Perintah Darurat pada malam 16 Mei 1969. Semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer telah dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Page 22: Tutorial ANS

• Pemimpin-pemimpin Negara telah sedar dan mula meneliti isu perpaduan dengan lebih seius. Hal ini kerana, keganasan yang berlaku meninggalkan kesan yang sungguh mengerikan.

• Pada peringkat awal, tindak balas serta-merta diambil bagi memberhentikan keganasan seperti menangkap tokoh-tokoh ahli parti pembangkang dan mengenakan perintah berkurung, mengawal berita-berita radio dan televisyen, menapis penerbitan akhbar-akhbar dan mengaharamkan kempen pilihan raya.

Page 23: Tutorial ANS

• Berikutan itu, Perlembagaan Persekutuan dan Parlimen telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah dibentuk.

• Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak.

• Sepanjang tempoh darurat, MAGERAN telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. MAGERAN juga berfungsi sebagai penggembali keamanan dan undang-undang Negara dan Berjaya menggembalikan keamanan kepada Negara. Kerajaan berparlimen dikembalikan semula pada 23 Februari 1971.

Page 24: Tutorial ANS

• Tindakan lain yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.

Page 25: Tutorial ANS

• iii. Era Kesepaduan Sosial (1971 – 2011) Terdapat beberapa langkah dalam era ini:

• • Penubuhan Majlis Perundingan Negara • • Jabatan Perpaduan Negara • • Rukun Negara • • Dasar Ekonomi Baru

Page 26: Tutorial ANS

• Penubuhan Majlis Perundingan Negara (MAPPEN) ditubuhkan pada 29 Jan 1970

• Bertujuan mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi social untuk memupuk identity kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

• Dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat (wakil dari kumpulan agama, badan parti politik, badan professional dan perkhidmatan awam, kesatuan sekerja dan majikan, akhbar, guru-guru dan kelompok minority) bagi membolehkan mereka membuat perbincangan secara berterus-terang.

• Bertanggungjawab terhadap pembentukan ideologi Negara, Rukun Negara.

Page 27: Tutorial ANS

• Jabatan Perpaduan Negara

• Ditubuhkan pada tahun 1969 untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan Negara.

• Diketuai oleh Tan Sri Mohd Ghazali Shafie.• Tujuan JPN antaranya:• • Memulihkan kepercayaaan dan keyakinan antara kaum• • Mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuslan

perselisihan faham• • Membantu dna menyusun kerja-kerja sukarela• • Membantu kerajaan bila-bila masa

Page 28: Tutorial ANS

• Pada 1 Januari 1972, Majlis Muhiddah Negara dan JPN digabungkan dan menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Kementerian ini bertugas mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum.

Page 29: Tutorial ANS

• Rukun Negara

• Objektif RN

• • Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat• • Memelihara cara hidup demokratik• • Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran

dinikmati bersama secara adil dan saksama• • Membentuk masyarakat bersifat liberal, terutamanya

terhadap kebudayaan masing-masing• • Membantu masyarakat prograsif dengan sains dan

teknologi• Semua rakyat Malaysia perlu menghayati prinsip-prinsip RN

supaya menrealisasikan masyarakat Malaysian yang bersatu-padu.

Page 30: Tutorial ANS

• Dasar Ekonomi Baru

• Sebagai tapak, panduan, falsafah, peraturan dan cara mencqapai sesuatu matlamat ekonomi Negara. DEB berusaha mengubah masyarakat dan Negara daripada keadaan mundur kepada maju dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan)

• Diperkenalkan pada tahun 1970, terutama sebagai reaksi kepada peristiwa 13 Mei 1969. Dasar ini dilaksanakan antara tempoh 1971 – 1990 (Rangka Rancangan Jangka Panjang) sebagai satu rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan Negara dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Page 31: Tutorial ANS

• Sebelum itu, rancangan pembangunan bellum dapat mengatasi pelbagai masalah seperti:

• • Jurang sosipoekonomi anatara Bumiputera dengan bukan bumiputera

• • Jurang sosioekonomi antara desa dengan Bandar• • Jurang sosioekonomi antara negeri pantai barat

dengan pantai timur• • Jurang sosioekonomi antaara negeri di

Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak

Page 32: Tutorial ANS

• DEB bermatlamat serampang dua mata iaitu:• • Mengurangkan dan seterusnya

membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum

• • Menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi

Page 33: Tutorial ANS

• WEEK 5

Page 34: Tutorial ANS

1. Bincang dengan ringkas zaman Kesultanan Melayu Melaka, dari segi:• a. Pemerintahan b. Masyarakat

2. Masyarakat majmuk di Malaya telah terbentuk pada abad pertengahan ke-19 dan ke 20.

Terangkan:• a. Maksud masyarakat majmuk• b. Perusahaan bijih timah faktor utama membawa

kemasukan orang Cina • c. Perusahaan getah faktor utama membawa orang India• d. Dasar pemerintahan British yang membawa

kepada terbentuknya masyarakat majmuk di Malaya

Page 35: Tutorial ANS

3. i. Terangkan secara ringkas latarbelakang sejarah Sabah & Sarawak pada abad ke-20

ii. Kaum etnik yang utama di Sabah dan Sarawak

4. Apakah maksud dan fokus hubungan etnik?

Page 36: Tutorial ANS

• JAWAPAN:1.Bincang dengan ringkas zaman Kesultanan Melayu Melaka,

dari segi:• a. Sistem Pemerintahan

– Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia.

– Pada lewat abad ke-14, kerajaan Srivijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit (sebuah kerajaan pedalaman di Jawa). Hal ini menyebabkan putera raja Palembang yang bernama Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri hingga ke Temasik (Singapura).

– Selepas beberapa tahun menetap di Temasik dan menguasai pulau tersebut, Parameswara terpaksa melarikan diri kerana diserang balas oleh Siam.

– Situasi ini memaksa Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri ke Semenanjung Tanah Melayu. Pada mulanya baginda bertapak di Muar, kemudian berpindah ke Melaka sekitar tahun 1400.

Page 37: Tutorial ANS

• Pada masa itu, Melaka hanya wujud sebagai sebuah perkampungan nelayan. Parameswara menamakan kawasan tersebut Melaka bersempena dengan nama sebatang pohon yang bernama ‘Melaka”. Bermula daripada baginda hingga kepada waris-warisnya, Melaka berkembang dan kemudiannya menjadi pusat perdagangan yang termasyhur di dunia pada abad ke 15.

Page 38: Tutorial ANS

• a. Sistem Pemerintahan Kesultanan Melaka• Kedudukan paling tinggi dalam sistem pemerintahan awal di

Melaka ialah raja, atau Sultan (apabila pemerintah kerajaan Melaka memeluk Islam, gelaran baginda ialah Sultan).

• Sistem pemerintahan ini disebut ‘raja mutlak’ yang bermaksud kedudukan dan hak raja tidak boleh dipersoal dan digugat.

• Konsep ini berkait rapat dengan fahaman dan amalan masyarakat pada waktu itu, iaitu konsep ‘taat setia, derhaka, daulat dan nobat’.

• Konsep ini juga melahirkan fenomena atau protokol diraja seperti alat kebesaran dan bahasa dalam atau bahasa istana. Antara bahasa istana adalah titah, patik, murka, kurnia, dan anugerah dan istilah lain seperti bersiram, berangkat dan mangkat.

Page 39: Tutorial ANS

• Melaka mempunyai protokol pentadbiran yang paling tersusun sepanjang tempoh kekuasaan Kesultanan Melayu Melaka. Secara keseluruhan, sultan yang melantik para pembesar yang berfungsi sebagai pentabdir, mentadbir, pelaksanaan undang-undang dan peraturan, menghakimi perbicaraan, mengawal keselamatan, mentadbir hal ehwal pelabuhan, merancang hubungan protokol serta melaksanakan protokol dan adat istiaadat istana.

• Sultan dibantu oleh sebuah organisasi yang tersusun dengan hierarki dan fungsi masing-masing. Sistem ini dipanggil ‘Sistem Pembesar Berempat”.

Page 40: Tutorial ANS

Pembesar 4P

embesar 8

Pembesar 16

Pembesar 32

Sistem Pembesar Berempat

Page 41: Tutorial ANS

• Sistem pentadbiran kerajaan Melaka amat berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh empat orang pembesar utama , iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.

• Bendahara merupakan menteri utama yang menyamai peranan Perdana Menteri sekarang dan bertindak sebagai penasihat kepada raja. Beliau menjadi pemangku raja semasa ketiadaan raja dan boleh bertindak sebagai ketua Hakim sekiranya raja tidak ada. Beliau juga berperanan sebagai pemilih dan pelantik raja.

• Penghulu Bendahari adalah bendahari kerajaan yang mengawal perbendaharaan Negara. Beliau bertanggungjawab memungut cukai dan hasil negeri. Beliau juga menyimpan daftar hamba raja dan ketua bagi semua Syahbandar.

Page 42: Tutorial ANS

• Temenggung berperanan sebagai pelaksana atau ketua undang-undang, peraturan negeri dan keselamatan. Beliau juga digelar sebagai Ketua Polis Negara dan bertindak sebagai ketua protokol.

• Tokoh pertama menyandang jawatan laksamana ialah Hang Tuah semasa Sultan Mansur Syah. Laksamana juga merupakan pahlawan dalam peperangan, terutama di laut, maka juga digelar ‘raja di laut’ dan mengetuai semua pahlawan kerajaan. Beliau bertanggungjawab memikul pedang kerajaan dalam upacara rasmi serta menjadi diplomat dan membawa utusan kerajaan.

• Selain empat orang menteri utama ini, wujud golongan pentadbir lain yang tidak kurang pentingnya seperti syahbandar.

• Syahbandar adalah pegawai pelabuhan yang bertanggungjawab atas segala pedagang-pedagang tempatan atau asing yang berdagang di Melaka.

• Syahbandar memastikan cukai berpatutan (3% untuk pedagang tempatan dan 6% untuk pedagang asing) dikenakan untuk pedagang dan juga menjaga kebajikan pedagang-pedagang seperti tempat penginapan dan tempat menyimpan barangan mereka.

Page 43: Tutorial ANS

• Sambil itu, Melaka juga mempunyai ciri keselamatan dan ketenteraan yang lengkap baik di darat mahupun di laut.

• Sstem undang-undang Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka banyak membantu kerajaan mengekalkan keamanannya dan menjadi pusat perdagangan dunia. Hukum Kanun Melaka merupakan undang-undang bertulis pertama yang wujud di rantau ini.

• Sambil mempunyai sistem perbendaharaan kerajaan yang tersusun, Melaka juga mempunyai sistem jual beli ayng tersusun. Proses jual beli di Melaka menggunakan mata wang dalam bentuk emas, perak dan timah. Ini melicinkan perdagangan di Melaka.

Page 44: Tutorial ANS

• b. Masyarakat Melaka pada masa Kesultanan Melayu Melaka• Keterbukaan empayer Melaka menerima kehadiran pedagang

dari seluruh dunia menyebabkan Melaka berkembang sebagai pelabuhan yang maju dan terpenting di dunia.

• Penduduk di Melaka boleh dikatakan ‘cosmopolitan’ iaitu terdiri daripada pelbagai bangsa. Ini adalah kerana Melaka berperanan sebagai pusat perdagangan dunia pada masa Kesultanan Melayu Melaka.

• Orang Cina, Arab, India, Acheh dan Jawa adalah pedagang pedagang yang mengunjungi pelabuhan Melaka.

• Para pedagang Arab, India, China dan negara-negara lain berdagang secara bebas dan berinteraksi dengan penduduk tempatan.

Page 45: Tutorial ANS

• Angin monsoon Timur Laut yang bertiup dari bulan November hingga Mac membantu pedagang Cina datang ke Melaka sambil membantu pedagang Arab dan India balik ke Arab dan India.

• Angin monsoon Barat Daya yang bertiup dari bulan April hingga Oktober membantu orang Arab dan India datang ke Melaka sambil membantu pedagang Cina balik ke Cina.

• Sambil menanti angin monsoon yang sesuai untuk balik ke negeri masing-masing, pedagang-pedagang asing ini bercampur gaul dengan orang tempatan Melaka.

• Hasil daripada pergaulan ini telah membawa perkhawinan campur antara mereka dengan gadis-gadis tempatan.

• Proses ini telah membawa kepada kewujudan masyarakat baharu, iaitu masyarakat Baba Nyonya, Melayu Berketurunan Arab, Melayu berketurunan India dan Chetties/Chitty.

Page 46: Tutorial ANS

• Ini telah menjadikan Melaka sebagai kota metropolitan dan kota multibudaya.

• Maka pluralisme budaya bukan perkara baru dalam alam Melayu.

• Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam membawa ke arah proses asimilasi dan amalgamasi dengan penduduk tempatan.

Page 47: Tutorial ANS

2. Masyarakat majmuk di Malaya telah terbentuk pada pertengahan ke-19 dan ke 20. Terangkan:• a. Maksud masyarakat majmuk:• Menurut J.S. Furnivall

“Masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat kaum yang tinggal dalam sebuah negara. Namun, setiap kumpulan kaum ini mengamalkan agama, adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidupnya yang tersendiri. Dari segi ekonomi pula wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum atau etnik. Gambaran ini terlihat di Malaysia pada masa sebelum merdeka.• Mengikut Kamaruddin Jaafar:

Kaum bercampur tetapi kehidupan berasingan, interaksi terbatas, penuh prasangka serta ‘bersama’ tetapi tidak bersatu.’

Page 48: Tutorial ANS

b. Perusahaan bijih timah faktor utama membawa kemasukan orang Cina • Pada mulanya hanya sebilangan kecil sahaja orang Cina yang

datang ke TM sebagai pedagang dan membuka petempatan mereka di merata tempat khasnya di Melaka.

• Pertengahan abad ke – 19, menyaksikan penghijarhan masuk kaum Cina beramai-ramai ke TM. Fenomena ini berlaku ekoran dasar kolonial British yang menggalakkan mereka masuk untuk mengerjakan sektor bijih timah dan penemuan longgokan bijih timah secara besar-besaran di Larut, Perak oleh Long Jaafar.

• Pihak British menggalakkan kemasukan buruh Cina dengan meluluskan beberapa undang-undang yang berkaitan. Misalnya, pada tahun 1877, The Chinese Immigrants dan The Crimpling Ordinance telah diluluskan.

• Jabatan Perlindungan Orang Cina pula ditubuhkan bertujuan melindungi buruh-buruh Cina.

Page 49: Tutorial ANS

Tiga cara imigran Cina ke Tanah Melayu:• Sistem Tiket Kredit• Sistem Kangchu• Secara bersendirian

• Catatan menunjukkan menjelang tahun 1870 - 1900, bilangan masyarakat Cina meningkat seramai 1 juta (ms 223, Jadual 9.3 Pengajian Malaysia).

• Kebanyakan mereka bekerja di kawasan lombong bijih timah di Larut, Perak dan di Ampang, Sungai Kanching, Klang, Kuala Lumpur di Selangor.

• Orang Cina yang berhijrah ke TM sebenarnya terdiri daripada berbagai-bagai kelompok utama seperti Hokkien, Cantonis, Hakka, Teochew dan Hailam.

Page 50: Tutorial ANS

C. Perusahaan getah faktor utama membawa kemasukan orang India• Sebenarnya, kedatangan orang India bermula sejak abad

pertama masihi apabila penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama mereka di rantau ini.

• Hubungan seterusnya kelihatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang India berniaga di pelabuhan Melaka.

• Kedatangan buruh India ke TM secara besar-besaran pada abad ke 19 & ke 20 adalah untuk bekerja di ladang getah.

• Justeru tumpuan masyarakat India adalah di kawasan-kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

Page 51: Tutorial ANS

• Kemasukan orang India secara mendadak antara tahun 1900 – 1920 dianggarkan seramai hamper sejuta buruh India ke TM.

• Kebanyakan mereka datang melalui sistem Kangani. Mengikut system ini, seorang pekerja yang telah bekerja di TM pulang ke India mencari buruh-buruh baharu untuk bekerja dengannya di TM. Orang ini digelar Kangani. Namun sistem ini dihapuskan pada tahun 1938.

• Selain itu wujud juga sistem Kontrak dimana seseorang pekerja itu bekerja mengikut jangka masa tertentu sebagaimana yang disebut dalam kontrak.

• Catatan menunjukkan 90% daripada golongan buruh India yang berhijrah ke sini adalah orang Tamil yang berasal dari Chennai dan selebihnya dari Telegu dan Malayalam.

• Selain itu, terdapat juga orang Punjabi, orang Ceylon, Telegu dan Malayali berhijrah ke TM.

Page 52: Tutorial ANS

d. Dasar pemerintahan British yang membawa kepada terbentuknya masyarakat majmuk di Malaya• Dasar pemerintahan British di TM adalah ‘pecah dan

perintah’(divide and rule) untuk memudahkan mereka mengeksploitasikan hasil dari negara ini. British tidak sememangnya bercadang untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di Negara ini.

• Kewujudan perpaduan dalam kalangan kaum-kaum ini dikhuatiri boleh membahayakan kedudukan mereka dari segi politik mahupun ekonomi.

• Pendudukan British di TM pada abad ke 19 telah membawa masuk buruh Cina dan Indai secara beramai-ramai untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih timah dan ladang getah.

Page 53: Tutorial ANS

• Kerajaan British sememangnya seolah-olah telah menetapkan bahawa setiap kaum membuat petempatan di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan ekonomi masing-masing. Semenjak tahun 1920-an lagi corak petempatan sebegini telah kelihatan.

• Penempatan orang-orang Melayu di perkampungan, orang Cina di bandar sementara buruh-buruh India bertumpu di ladang-ladang getah.

• Ini telah membawa kepada penguasaan ekonomi oleh buruh-buruh asing dan dasar British sendiri banyak menyumbang kepada hal ini. British memegang dasar agar orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan mengusahakan hasil setakat mempu menyara hidup.

• Masyarakat Melayu tidak digalakkan untuk menyertai sektor ekonomi moden. Alasan British ialah agar adat resam dan tradisi orang Melayu tidak terganggu dengan pemodenan.

• Fenomena ini sebenarnya memberi lebih ruang kepada buruh asing menguasai sektor ekonomi keseluruhannya.

Page 54: Tutorial ANS

• Akibat daripada dasar British, orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan, orang Cina digalakkan untuk bergiat dalam sektor perdagangan dan perlombongan sementara orang India kekal di estet-estet.

• Pengasingan dari segi penempatan dan amalan ekonnomi masing-masing ini tidak memungkinkan mereka bercampur gaul dan memahami budaya dan adat resam orang lain. Maka percampuran antara kaum juga amat sukar untuk berlaku.

• Amalan budaya dan agama mereka juga berbeza-beza. Kepelbagain ini menyebabkan hampir tiada perpaduan yang dapat dikecapi dalam negara dalam tempuh pendudukan kuasa asing tersebut.

• Selepas kemerdekaan, kerajaan telah melaksanakan berbagai-bagai dasar dan program bagi memastikan wujud perpaduan antara kaum.

Page 55: Tutorial ANS

• i. Terangkan secara ringkas latar belakang sejarah Sabah & Sarawak pada abad ke-20

• Latar belakang sejarah Sabah• Pada abad ke 17, Sabah diikuasai Kesultanan Brunei tetapi, Sultan

Brunei telah menyerahkan sebahagian kawasan timur Sabah kepada Sultan Sulu kerana membantu menewaskan musuh Brunei, namun ada sumber mengatakan ianya tidak pernah diserahkan. Sehingga akhir abad ke-19, kedua-dua kawasan dimiliki oleh Sultan Brune

• i dan Sultan Sulu yang akhirnya diberikan kepada British. Sabah menjadi naungan United Kingdom pada 1888 dan kemudiannya menjadi tanah jajahan mahkota sehingga tahun 1963, ketika itu ia dikenali sebagai Borneo Utara.

• Jepun menyerang Sabah pada 1941 dan menguasainya sepanjang Perang Dunia Kedua. Selepas kekalahan Jepun pada 1945, Sabah dikuasai oleh British.

• Pada 16 September 1963, Sabah bergabung dengan Malaya,Sarawak dan Singapura untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

Page 56: Tutorial ANS

• Latar belakang sejarah Sarawak• Sarawak merupakan sebuah wilayah yang dikawal secara tidak

rapi oleh Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19. Sultan Brunei telah melantik Rajah Muda Hasim untuk mentadbir Sarawak.

• Kemudian pada 1839, Rajah Muda Hasim meminta bantuan James Brooke untuk membantu menenangkan keadaan Sarawak yang kacau bilau.

• Pemberontak Dayak menentang penjajah Brunei terbukti hebat manakala James Brooke yang mempunyai angkatan perang yang lengkap telah beberapa kali cuba menumpas pemberontak Dayak. Sebagai balasan, James Brooke dilantik menjadi gabenor Sarawak pada 24 September 1841, dan seterusnya Rajah pada 18 Ogos tahun berikutnya.

Page 57: Tutorial ANS

• Pada asalnya, wilayah ini cuma merupakan hujung barat Sarawak iaitu kawasan di sekitar Kuching. Sewaktu kematiannya pada 1868, anak saudara Charles Anthoni Johnson Brooke menjadi Raja. Beliau pula diwaris oleh anakandanya, Charles Vyner Brooke.

• Wilayah Brooke diperluaskan dengan pantas di bawah ketiga-tiga raja itu. Kebanyakannya melalui penjejasan kawasan yang pada nama sahaja di bawah kawalan Brunei.

• Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus tahun dan mencapai kemasyhuran sebagai “Raja Putih” ("White Rajahs"), dan diberi taraf yang serupa dengan raja-raja India dalam Empayar British.

Page 58: Tutorial ANS

• Ketiga-tiga Raja Brooke mengamalkan dasar paternalisme terhadap Sarawak. Ini bertujuan untuk melindungi penduduk tempatan daripada eksploitasi oleh empayar Brunei dan pendatang asing.

• Mereka memerintah dengan bantuan pemimpin tempatan dan menggaji pahlawan Dayak sebagai askarnya. Mereka juga menggalakkan imigrasi kelas perdagangan Cina.

• Jepun menyerang Sarawak pada 1941 dan menguasainya sepanjang Perang Dunia Kedua. Pada masa kekalahan Jepun pada 1945, Sarawak ditadbir oleh British Borneo Civil Affairs Unit yang dikawal selia oleh tentera Australia. Kemudian Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.

• Sarawak merdeka secara rasmi pada 22 Julai 1963, dan tidak lama kemudian menyertai Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Singapura, dalam persekutuan Malaysia, 1963.

Page 59: Tutorial ANS

• ii. Kaum etnik yang utama di Sabah dan Sarawak• Sabah mempunyai penduduk yang terdiri daripada lebih

daripada 32 suku kaum peribumi. Namun begitu, kaum etnik yang terbesar adalah Kadazandusun, Bajau dan Murut. Kadazandusun adalah kumpulan etnik terbesar di Sabah. Ia terdiri daripada dua kaum iaitu Kadazan dan Dusun yang digabungkan bersama kerana mempunyai bahasa dan budaya yang serupa.

• Perbezaan di antara kedua-dua kaum ini adalah dari segi loghat bahasa dan lokasi penempatan mereka. Etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah manakala etnik Dusun menetap di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah.

Page 60: Tutorial ANS

• Bajau adalah kumpulan etnik peribumi kedua terbesar di Sabah. Mereka berasal daripada keturunan pelaut yang menyembah Tuhan Laut dan mereka juga dikenali sebagai gipsi laut. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan Semporna dan Kota Belud. Kaum lelaki masyarakat ini juga digelar sebagai ˜Koboi Timur kerana kemahiran mereka menunggang kuda.

• Etnik peribumi ketiga terbesar di Sabah adalah kaum Murut. Secara tradisinya, mereka mendiami kawasan pedalaman di utara Borneo. Mereka menjalankan kegiatan bercucuk tanam dengan menanam padi huma dan ubi kayu. Mereka juga menjalankan kegiatan berburu dengan menggunakan sumpit serta menangkap ikan.

Page 61: Tutorial ANS

• Sarawak juga kaya dengan kepelbagaian kaum dengan memiliki lebih kurang 28 kumpulan etnik peribumi. Bagaimanapun, terdapat beberapa kumpulan etnik utama di Sarawak iaitu suku kaum Iban, Malanau dan Bidayuh. Selain daripada etnik utama ini, Sarawak juga turut dihuni oleh kaum Bisaya,Orang Ulu, Kedayan dan lain-lain.

• Suku kaum Iban adalah kumpulan etnik terbesar di Sarawak. Mereka tinggal secara berkumpulan di rumah tradisional yang dikenali sebagai rumah panjang. Kebanyakan daripada masyarakat Iban pada hari ini menganuti agama Kristian tetapi masih mengekalkan amalan tradisi adat resam nenek moyang mereka.

Page 62: Tutorial ANS

• Melanau adalah salah satu daripada masyarakat peribumi utama yang mendiami Sarawak. Pada masa kini, kebanyakan masyarakat Melanau memeluk agama Islam dan Kristian berbanding kepercayaan asal mereka, Animisme. Mereka menjalankan kegiatan menanam padi dan sagu selain menangkap hasil laut.

Page 63: Tutorial ANS

4. Apakah maksud dan fokus hubungan etnik?• Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang

pernah menghadapi konflik etnik. • Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial

masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial.

• Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah, kemampuan sosioekonomi sesebuah Negara dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat.

• Melalui hubungan etnik dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi disesebuah negara serta perubahan sosial. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.

Page 64: Tutorial ANS

• Keharmonian hubungan etnik di Malaysia tidak bergantung semata-mata kepada keadaan berbaik-baik antara pelbagai kumpulan etnik tetapi juga antara kumpulan kelas sosial yang berbeza seperti pekerja, kelas menengah dan golongan yang kaya daripada pelbagai kumpulan.

• Hubungan etnik merupakan satu ciri penting yang mencorakkan sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan nasional dinegara kita sukar diukur namun negara luar melihat Malaysia sebagai negara yang berjaya mewujudkan hubungan etnik yang harmonis.

Page 65: Tutorial ANS

• Sebagai rakyat yang hidup dalam masyarkat majmuk, kita harus peka dan faham keperluan dan kehendak rakyat kumpulan majoriti disekeliling kita.

• Kepelbagaian etnik seperti Malaysia memerlukan tolak ansur, faham memahami, hormat mnghormati, setiakawan, tolong menolong sama ada negara diwaktu senang ataupun susah.

• rens konsep Satu Malaysia yang diamalkan masakini amat sesuai untuk menyatu padukan rakyat tanpa mengenal etnik, agama dan anutan ideologi politik.

Page 66: Tutorial ANS

• Dalam pada itu, kebebasan setiap bangsa untuk mengamalkan kepercayaan, adat resam dan kebudayaan masing-masing menjadi asas kepada kesejahteraan negara. Sesungguhnya perpaduan yang dicapai ini adalah merupakan suatu anugerah yang perlu disyukuri dan dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.

Page 67: Tutorial ANS

WEEK 6

Page 68: Tutorial ANS

5. Apakah ras? Senaraikan kategori ras dan terangkan ciri-ciri fizikal kelima-lima ras.

• Kelompok manusia berdasarkan perbezaan ciri fizikal seperti warna kulit, rangka tubuh, bentuk kepala dan tekstur rambut.

• Senarai kategori ras :• Caucasoid (Putih)• Negroid (Hitam)• American (Merah)• Mongoloid (Kuning) – orang Asia • Australoid (Hitam) - Selatan India, Sri Lanka, Asia Tenggara, Papua, kepulauan Melanesia dan Australia

Page 69: Tutorial ANS

Ciri-ciri fizikal kelima-lima ras:• Caucasoid: Orang Eropah Putih: Bibir nipis, kulit

putih, mata besar, rambut lurus, tinggi, hidung mancung

• Negroid: kaki kurus, rambut kerinting, mata besar, bibir tebal, kulit hitam, tinggi

• American: kulit merah, rambut lurus, hidung sederhana, bentuk muka persegi, mata besar

• Mongoloid: hidung kurang mancung, kulit berwarna, rambut lurus atau kerinting, badan kecil, mata agak kecil

• Australoid: kulit kelabu, rambut kerinting, hidung besar, mata besar

Page 70: Tutorial ANS

• Apakah etnik? • Etnik - sekelompok manusia yang mengamalkan

budaya yang hampir seragam (adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dll.)

• Identiti etnik merupakan identiti yang bersifat kebudayaan dan bukan bersifat biologikal

• Apakah ras dan etnik di Malaysia.• Terdapat hampir 24 juta orang penduduk di

Malaysia. Antara ras yang utama ialah Melayu & Bumiputra (65%), Cina (26%) dan India (8%). (dari rupa fizikal/ genetic)

• Terdapat lebih kurang 200 etnik (dilihat dari budaya/tradisi)

Page 71: Tutorial ANS

• Apakah budaya?• Budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang

mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain.

• Satu sistem pemahaman dan kelakuan yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain (Carter dan Qureshi 1995)

• Meliputi semua adat, nilai dan tradisi yang dipelajari daripada persekitarannya (Sue dan Sue et.al 1990)

• Budaya sentiasa berubah dan saling bergantung kepada persekitaraanya.

• Satu fenomena yang dipelajari. • Individu & kumpulan boleh mengubah identiti etnik atau

budaya mereka melalui proses seperti migrasi, konversi, asimilasi atau agen-agen perubahan yang lain (Smedley 1993)

Page 72: Tutorial ANS

• Ceritakan budaya anda.

Page 73: Tutorial ANS

• Beri maksud prejudis, stereotaip dan diskriminasi. Bincang bagaimana ketiga-tiga ini boleh menghalang perpaduan rakyat.

• Prejudis• Ditakrifkan sebagai kepercayaan dan perasaan negatif

mengenai ahli atau kelompok etnik yang lain yang tidak berasaskan fakta yang jelas, tepat dan mencukupi

• Pandangan atau kepercayaan negatif ini bersifat umum dan tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi.

• Prejudis yang kuat sukar diubah walaupun dengan fakta yang kukuh.

Page 74: Tutorial ANS

• Stereotaip• Kenyataan umum terhadap sesuatu kumpulan etnik,

sama ada berbentuk negatif atau positif.• Contohnya kenyataan positif seperti Orang Melayu

bersikap peramah, Orang Cina pandai Matematik dan Orang India juara dalam lumba merathon.

• Dengan kata lainnya ialah gambaran yang berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditunjukkan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik yang lain.

• Untuk mengelak berlakunya stereotiap, pamahaman terhadap budaya etnik lain perlu dihayati.

Page 75: Tutorial ANS

• Diskriminasi• Satu proses apabila ahli sesuatu kumpulan

atau kategori dalam masyarakat dinafikan hak untuk mendapat layanan yang saksama dari segi undang-undang dan hak untuk menikmati manfaat sosial yang lain.

• Ini adalah berpunca daripada pandangan, pemikiran, dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap kelompok etnik yang lain.

Page 76: Tutorial ANS

• Bincang bagaimana ketiga-tiga ini boleh menghalang perpaduan rakyat.

• Prejudis: Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

• Kesan terhadap sikap prejudis mudah dilihat sehingga berlakunya diskriminasi apa bila berlaku persaingan mendapatkan sesuatu yang terhad, kumpulan yang dipandang negative tidak mendapat layanan yang sama.

Page 77: Tutorial ANS

• Stereotaip: Stereotaip yang negatif membawa kesan: pandang rendah -> bataskan interaksi -> semangat perkauman

• Stereotaip yang negatif memberikan kesan kepada perasaan, kepercayaan dan perangai yang negatif seperti prejudis dan diskriminasi terhadap kumpulan etnik yang lain.

• Diskriminasi: layanan yang berlainan diberi atau buruk kepada individu dan kumpulan disebabkan faktor ras, agama dan jantina atau pun kumpulan etnik lain boleh menghalang perpaduan rakyat

Page 78: Tutorial ANS

• Apakah konsep-konsep tahap hubungan etnik dan terangkan setiap konsep-konsep tersebut dengan memberi contoh di Malaysia.

• Apakah konsep-konsep tahap hubungan etnik?• Segregasi – Pemisahan dr segi fizikal, sosial & budaya • Akomodasi – Pemisahan tetapi dalam keadaan aman &

berkompromi• Akulturasi – Berlaku penyerapan elemen budaya antara

kaum • Asimilasi – Kaum minoriti menyerap budaya masyarakat

perdana keseluruhannya termasuk ekonomi, pendidikan dsb.

• Amalgamasi – Hubungan melalui perkahwinan

Page 79: Tutorial ANS

• Terangkan setiap konsep-konsep tersebut dengan memberi contoh di Malaysia.

• Segregasi:• Merujuk kepada satu proses sosial yang menyebabkan

individu atau kumpulan sosial tertentu dipisahkan atau diasingkan dengan individu atau kumpulan sosial lain.

• Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan – merangkumi aspek budaya, ras, agama, kelas sosial, dasar, adat resam, kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.

• Contohnya semasa zaman penjajahan British, kumpulan entik Melayu, Cina dan India dipisahkan melalui tempat tinggal berasingan mengikut bidang pekerjaan masing- masing.

Page 80: Tutorial ANS

• Akomodasi:• Merujuk kepada proses yang menyebabkan

setiap kumpulan etnik sedar serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain yang wujud dalam sesebuah masyarakat.

• Mereka mempertahankan budaya etnik sendiri sambil menghormati kumpulan etnik lain.

• Contohnya, kaum Portugis di Melaka, sebelum ini, mereka mengekalkan budaya mereka – lihat tarian Jingling Nona dan bahasa mereka

Page 81: Tutorial ANS

• Akulturasi:• Satu proses penerimaan unsur budaya lain• Unsur dari budaya asing diterima dan diolah dalam

budaya sendiri• Tidak menyebabkan kehilangan identiti asal

penerima• Contoh: talileher, angpau, makanan. Katakan,

Peter seorang Cina dari Kuching berpindah ke Kapit dimana komuniti dominan adalah orang Iban. Pada mulanya, Peter akan terpengaruh dengan budaya Iban, dan menyerapnya dengan budaya asalnya.

Page 82: Tutorial ANS

• Asimilasi:• Satu proses percantuman antara etnik

berlainan budaya. Asimilasi berlaku bila ada interaksi yang erat dalam tempoh yang lama.

• Contoh: Melayu di Thailand, Cina di Kelantan,

Page 83: Tutorial ANS

• Amalgamasi:• Merupakan tahap integrasi sosial yang paling tinggi• Terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk

membentuk generasi atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal.

• Cara utama ialah melalui perkahwinan campur: contoh Chetties, perkahwinan Orang India dengan orang Melayu, Cina, (The ethnic identity of the Chitty is nearly lost. As many of them are assimilating into the mainstream Indian, Chinese, and Malay ethnic communities culturally, this small but distinct group of people that has survived for centuries is now on the brink of extinction)

Page 84: Tutorial ANS

• Baba dan Nyonya, Serani: orang Eropah orang tempatan (Masyarakat serani juga dikenali sebagai Kristang, merujuk kepada kumpulan etnik yang berdarah campuran Portugis dan Melayu serta sesetengahnya berdarah Belanda, Inggeris, Cina dan India hasil perkahwinan campur nenek moyang mereka di abad ke 16 dan 17 di Melaka.)

• Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk • A + B + C = D• (A, B, C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D

mewakili amalgamasi)

Page 85: Tutorial ANS

•WEEK 8

Page 86: Tutorial ANS

Topik 3: Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan

• 1. Apakah agama? • Mengapa manusia beragama?• Agama boleh ditakrifkan sebagai hubungan antara manusia

dengan sesuatu kuasa luar biasa/kuasa ghaib, khususnya Tuhan yang dianggap dapat memberi perlindungan.

• Hubungan yang dianggap suci ini membawa kepada rasa tunduk manusia kepadaNYA, mencintaiNYA,mempercayaiNYA, memberi keyakinan kepada penganutNYA serta meminta perlindungan daripadaNYA.

Page 87: Tutorial ANS

• Mengapa manusia beragama?• Mengikut agama yang dianuti oleh keluarga/kaum/etnik

yang diwarisi dari generasi ke generasi. • Penganut berasa selamat dan percaya ada kuasa yang

menjaga keselamatannya.• Penganut yang patuh kepada agama masing-masing,

percaya agama menjanjikan kesejahteraan di akhirat • Agama merupakan jawapan kepada soalan yang sukar

dijawab, saperti semua pengalaman ghaib yang tak dapat dijawab oleh akal fikiran.

• Percaya bahawa amalan yang sama dalam sesuatu agama boleh mengukuhkan ikatan persaudaraan-manusia.

Page 88: Tutorial ANS

2. Agama mempunyai banyak peranan. • Jawapan• i. Terangkan peranan agama terhadap seseorang

yang beragama• (a) menimbulkan keberanian semasa berada dalam

ketakutan.• (b) memberi kegigihan dalam kesyukuran• (c) memberikan kekuatan pada saat2 berada dalam

keadaan lemah• (d) meringankan beban jiwa ketika menghadapi

kekecewaan• (e) memberi kerendahan hati ketika sedang berjaya• (f) memberi ketenteraman hidup

Page 89: Tutorial ANS

• Terangkan peranan agama dari segi sosial:• Nilai moral:

• Agama menjadi kod etika dan aturan moral yang dinamik dan menjadi pedoman bagi penganutnya, contohnya

•Ajaran Islam sentiasa memartabatkanmaruah,kemuliaan atau diri manusia

•Agama Buddha menyeru penganut berakhlak mulia dan hidup secara beretika berbudi pekerti mulia

•Agama Hindu menitikberatkan kehidupan yang lebih baik berbanding kehidupan sebelumnya. Setiap individu perlu melakukan kebaikan dan tidak melakukan kerosakan terhadap manusia atau mempunyai nilai-nilai murni dan mengamalkannya mereka akan dilahirkan semula dengan mempunyai darjat yang tinggi pada kelahiran akan datang sehingga mencapai Mokhsa iaitu bebas daripada pusingan kelahiran. Kepercayaan inilah yang membentuk keperibadian masyarakat India dari segi etika dan moral supaya penganutnya dapat menghindarkan diri dari melakukan perkara-perkara yang menyalahi moral.

Page 90: Tutorial ANS

• Budaya• Kebanyakan budaya dipengaruhi oleh agama dan

berasaskan agama. Contohnya:• i. Thaipusam merupakan perayaan yang disambut

oleh mereka yang berugama Hindu diseluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Lord Murugan atau juga dikenali sebagai Lord Subramaniam. Thaipusam dirayakan pada bulan'Thai' bulan kesepuluh dalam kalender Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.

Page 91: Tutorial ANS

• Untuk penganut ugama Hindu, Thaipusam merupakan hari bertaubat pada dosa-dosa yang lepas. Pada hari perayaan Thaipusam yang diraikan oleh penganut ugama Hindu, patung Dewa Subramaniam, anak bongsu Dewa Siva, diletakkan di atas pedati perak dan diarak dengan muzik. Dewa Siva merupakan Dewa paling berkuasa antara beribu-ribu Dewa dalam ugama Hindu.

• ii. Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kegembiraan serta kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja yang disifatkan sebagai jahat dan sering menindas rakyat pada satu masa dahulu. Di sebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa setiap kebenaran akan mengatasi kejahatan.

• iii. Hari Vesakhi adalah hari kebesaran bagi orang-orang Sikh . Ia dirayakan pada 13hb April tiap-tiap tahun sebagai mengingati hari agama hari agama Sikh diasaskan . Ia juga merupakan hari tahun baru bagi masyarakat Sikh

Page 92: Tutorial ANS

• iv. Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji.

• Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.

• Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH.

Page 93: Tutorial ANS

• v. Hari Raya Aidil Fitri • Disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga

dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Arab, Inggeris, Melayu, India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun

• vi. Menunaikan Hajji di Mekkah.• ialah ziarah suci yang dilakukan umat Islam ke Makkah, Arab

Saudi setiap tahun dan merupakan yang terbesar di dunia. Haji adalah rukun ke-5 yang wajib dilaksanakan seperti yang tertakluk dalam Rukun Islam, kewajipan

• agama ini hendaklah dilakukan oleh umat Islam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka bagi yang berkemampuan dan larat mengerjakannya.

Page 94: Tutorial ANS

• vii. Hari Krismas• Adalah hari kebesaran umat Kristian. Untuk menyambut kelahiran Nabi Isa.

• viii. Hari Wesak• Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana

hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha.

• Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.• Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi)

untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:

• Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.• Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-

Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.• Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.

Page 95: Tutorial ANS

• Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha, Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha dan untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.

• Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami.

Page 96: Tutorial ANS

• c. Sebagai penyatuan• Agama membangunkan ikatan sosial dengan

menyatukan individu dengan individu lain. • kerana ajaran agama mengandungi nilai

pemersatuan.• Anggota masyarakat kembali berkumpul

melalui upacara keagamaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Krismas dll.

Page 97: Tutorial ANS

• 3. Agama terbahagi kepada Agama samawi danAgama duniawi. Terangkan kedua-duanya.

• i. Agama samawi• Agama yang bersumberkan wahyu daripada

Tuhan seperti agama Islam, Kristian dan Yahudi.• ii. Agama duniawi• Agama yang dibentuk atau dirumuskan oleh

manusia, contohnya oleh ahli fikir dalam sesuatu masyarakat seperti agama Hindu, Buddha, Anamisma, Konfucius, Tao dan Mesir Kuno.

Page 98: Tutorial ANS

• 4. Terdapat 4 agama yang utama di Malaysia: Islam, Kristian, Buddha dan Hindu. Terangkan secara ringkas dari segi: latarbelakang, ajaran dan hari kebesaran yang berkaitan dengan agama. (Jawapan lanjutan: rujuk slaid kuliah)

• Agama Islam:• Latarbelakang: Berasal dari Mekah, pembawa

agama adalah Nabi Muhammad s.a.w.• Ajaran: Ajaran agama berasaskan Al-Quran dan

Sunnah.• Hari kebesaran: seperti Hari Raya Aidilfitri, Maulidur

Rasul, Awal Muharram dan Hari Raya Qurban

Page 99: Tutorial ANS

• Agama Kristian:• Latarbelakang: berasal dari Jerusalem, Jesus

adalah ‘son of God”.• Ajaran: berasaskan buku suci Bible• Hari Kebesaran: Krismas• Agama Buddha:• Latarbelakang: Berasal dari India, pembawa agama

Siddharta Gautama Buddha• Ajaran: Terdapat dalam Dharma. Percaya akan

kelahiran hidup selepas mati• Hari Kebesaran: Hari Wesak

Page 100: Tutorial ANS

• Agama Hindu:• Latarbelakang: berasal dari India. Agama

tertua di dunia. Tidak tahu siapa pembawanya• Ajaran: orang yang membuat jahat akan

dilahir semula dalam kehidupan yang lebih susah

• Hari Kebesaran: Deepavali, Thaipusam

Page 101: Tutorial ANS

• 5. Apakah aninisme? • Ini adalah istillah bagi kepercayaan yang melibatkan

pemujaan roh dan semangat alam semulajadi.• Penganutnya menyembah batu, pokok, sungai, gunung,

patung dan benda hasil buatan mereka seperti keris, tombak.• Ringkasnya, animisme percaya• (a) semua objek di dunia ini memiliki jiwa dan hidup• (b) adanya makhluk halus seperti hantu dan jin di

gunung, sungai dan tempat keramat• (c ) bintang, matahari dan bulan memiliki jiwa.• Percaya pada roh mereka yang sudah meninggal dunia lalu

membawa kepada pemujaan nenek moyang.• Dukun, orang keramat dan ahli-ahli sihir merupakan orang

penting yang menghubungkan manusia dengan makhluk halus atau roh-roh.

Page 102: Tutorial ANS

• 6. Apakah Konfusianisme?• Diasaskan oleh Konfucius, seorang ahli falsafah Cina.• Tidak dianggap sebagai agama berunsur ketuhanan tapi

merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik. • Ajaran ini menekan perasaan perikemanusiaan terhadap

orang lain dan harga diri.• Menurut Konfucius, perikemanusiaan ialah kebolehan

mengamalkan 5 kebaikan iaitu budi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan,dan sifat baik. Tabiat terpujinya-hormat pada ibu bapa, orang tua dan negara.

• Ajaran Konfucius dikumpulkan dalam buku berjudul Lun-Yu atau Analekta.

Page 103: Tutorial ANS

• 7. Apakah Taoisme?• Berasaskan ajaran Lao Tze yang menyarankan

manusia menarik diri dpd duniawi dan mencari jalan bahagia secara mengasingkan diri daripada peraturan duniawi dan upacara yang merugikan.

• Lao Tze mengatakan perasaan tamak dan nafsu seseorang mendorongnya bertindak dengan kurang bijak dan tidak rasional.

• Dianuti oleh ramai orang Cina di dunia dan di Malaysia. Adat minum teh, kematian, perayaan kuih bulan + pesta tanglung + tahun baru Cina + tarian naga/singa + Chop Goh Meh

Page 104: Tutorial ANS

• 8. Apakah persamaan yang terdapat daripada pelbagai agama di Malaysia?

• Persamaannya, • Mempunyai perayaan• Mempunyai prinsip-prinsip• Ajarannya: penganutnya menghormati agama orang

lain, erti kasih sayang, berbuat baik selalu, pengampunan dan pendamaian.

• Agama-agama ini juga mempunyai banyak nilai kemanusiaan yang dapat dikongsi bersama dan mampu mengikat individu dan kelompok yang berbeza agama untuk terus berhubung sesama sendiri

Page 105: Tutorial ANS

9. Kepelbagaian agama juga boleh menjadi punca konflik. Bagaimana kita boleh menggelakkan konflik?• Konflik boleh berlaku kerana• (a) tafsiran berbeza dalam memahami ajaran agama• (b) Kegagalan seseorang atau sesuatu kelompok agama memahami

dan seterusnya menghormati ajaran dan upacara agama orang lain.• Kita boleh menggelakkan konflik dengan:• Jangan mengalu-alukan agama sendiri hingga mencaci agama orang lain

(anggap agama orang lain sama taraf dengan agama sendiri)• Menghormati agama orang lain• Mengetahui agama orang lain supaya dapat memahami kepercayaan

dan prinsip agama lain• Dialog antara agama.• Mengharmonikan hubungan antara pelbagai komuniti agama melalui

program-program perpaduan rakyat• Menangani ekstremisme agama

Page 106: Tutorial ANS

• WEEK 9

Page 107: Tutorial ANS

• Apakah maksud i) segregasi ii) integrasi

Segregasi: pengasingan atau penyatuan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain.

Integrasi: Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan proses mewujudkan satu identiti nasional dalamm kalangan rakyat yang terpisah dari segi budaya, agama, sosial dan kawasan penempatan.

Page 108: Tutorial ANS

• Terangkan pengasingan antara kaum India, Cina dan Melayu semasa pemerintahan British dalam beberapa keadaan seperti tempat tinggal, jenis pekerjaan dan sistem persekolahan.

i) Tempat tinggal: Pada zaman kolonisme British, kebanyakan orang Melayu tinggal di desa, orang India di ladang getah dan orang Cina di lombong timah.

Page 109: Tutorial ANS

ii) Jenis pekerjaan: Kebanyakan orang Melayu menanam padi & menangkap ikan, orang India menoreh getah & orang Cina bekerja di lombong-lombong bijih timah & dalam komersial. -Jenis pekerjaan yang berlainan ini bererti mereka terpisah dan tidak ada peluang bergaul antara satu sama lain.

Page 110: Tutorial ANS

iii)Sistem persekolahan-terdapat berlainan sistem persekolahan antara kaum Melayu, Cina & India.-Anak orang Melayu bersekolah di sekolah agama & pondok dan memperolehi buku dari negara Arab.-Anak orang Cina bersekolah di sekolah Cina, bahasa pengantar adalah bahasa Mandarin, buku & guru datang dari negara China. -Anak orang India bersekolah di sekolah India, bahasa pengantar bahasa Tamil, buku & guru datang dari negara India

Page 111: Tutorial ANS

Sistem persekolahan yang berlainan membawa kesan bahawa murid/pelajar dari berlainan sekolah tidak ada peluang bergaul sesama mereka dan mereka tidak mempunyai semangat mencintai negara ini. Malah murid/pelajar sekolah Cina & India akan lebih cenderung ke negara China atau India.-

Page 112: Tutorial ANS

3. Sebelum merdeka, British telah melaksanakan dasar pecah dan perintah di Tanah Melayu.• Apakah yang anda faham tentang maksud dasar British

ini?-sistem ‘pecah & perintah’ (divide & rule) satu kaedah imperialisme penjajah Eropah yang digunakan di tanah jajahan untuk ‘melemahkan’ Bumiputera & masa yang sama memberikan keutamaan kepada kaum imigran dan sekaligus memisahkan mereka daripada penduduk Bumiputera.-Golongan imigran dibiarkan mengekalkan identiti & budaya masing-masing & tidak digalakkan berhubung secara langsung dengan kaun Bumiputera. Mereka diberi kesempatan & kemudahan untuk terlibat dalam perkembangan perusahaan bijih, getah & aktivit perniagaan.

Page 113: Tutorial ANS

-penduduk Bumiputera sebaliknya disisih dari corak kegiatan ekonomi komersial yang diwujudkan. Kaum Bumiputera walaupun tidak ditindas secara kekerasan seperti yang dilakukan oleh penjajah Belanda di Indonesia ataupun penjajah Sepanyol di Filipina, mereka tetap mahu mengekalkan cara hidup tradisi mereka – menjadi petani secara sara-diri atau nelayan miskin.Dengan cara ini pihak Inggeris dapat membentuk keadaan yang stabil dan terus menjajah negara ini.

Page 114: Tutorial ANS

ii) Apakah kesan dasar British ini terhadap penduduk di Tanah Melayu dan British?-Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor pertanina tradisional.-Kaum Cina menetap di bandar & lombong bagi menjalankan aktiviti perniagaan & perlombongan-Kaum India menetap di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British.-Oleh kerana petempatan & kawasan tumpuan mereka adalah berbeza, maka tidak wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar British ini telah melahirkan perasaan prasangka & memperkukuh keperibadian setiap kumpulan etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum.

Page 115: Tutorial ANS

ii) Apakah akibat sekiranya tidak ada perpaduan antara di negara ini? Cuba anda bayangkan. -Pelbagai masalah yang akan timbul sekiranya berlaku ketidakwujudan perpaduan kaum & intergrasi nasional di Malaysia. Jika hal ini berlaku negara menjadi kacau-bilau & hura-hara. Justeru menjadikan keselamatan & keamanan negara terancam.-Rakyat merupakan kelompok yang penting dalam menjamin keselamatan & keamanan negara. Namun, kalau masyarakat yang telah berpecah belah, kadar jenayah di dalam negara akan meningkat, perbalahan & pergaduhan antara kaum akan terjadi.-Masyarakat saling membenci dan tiada rasa kasih-sayang, tanggungjawab dan kerjasama dalam kalangan komuniti. Masalah mencuri, menculik dll akan meningkat keranan tiada sikap untuk saling bekerjasama. Tunjuk perasaan, perhimpunan & aktiviti yang tidak sihat akan berterusan & berleluasa juga.-Berikutan itu, nyawa setiap rakyat sentiasa dalam keadaan yang tidak selamat dan terancam. Negara akan berada dalam bencana, perang saudara mungkin terjadi dan sememangnya ekonomi negara akan terjejas.-Kilang-kilang/bangunan turut termusnah, sektor pelancongan terjejas & rakyat menagalami penggangguran dan mungkin bebuluran.-Contohnya negara Syria, berlaku pelarian rakyat & kemusnahan. Sememangnya tidak ada kesejahteraan hidup di negara yang mengalami perpecahan rakyat.

Page 116: Tutorial ANS

4. Justeru, memupuk perpaduan rakyat di negara ini adalah amat penting. Walau bagaimana pun, faktor-faktor seperti di bawah menghalang perpaduan rakyat. Terangkan setiap faktor tersebut.i. Prasangka-Sikap atau tanggapan lazimnya bersifat negatif terhadap sesuatu kumpulan manusia atau ras yang lain.Sangka (anggapan) buruk terhadap seseorang sebelum mengetahui (menyelidiki) hal yang sebenarnya, bukan berdasarkan kebenaran. Contohnya, sangkaan tetamu yang datang dengan kereta Kanchil ke rumah hendak meminjam wang, tetapi sebenarnya tetamu itu membawa kad jemputan perkahwinan anaknya.ii. Perkauman -Hal-hal mengenai kaum (perhubungan saudara, golongan dll)-Semangat yang lebih menitik-beratkan kepentingan sesuatu kaum sahaja.-Perasaan/sentimen perkauman yang keterlaluan di negara yang berbilang bangsa sangatlah berbahaya.

Page 117: Tutorial ANS

iii. DiskriminasiDiskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu atau kumpulan-menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat kerana manusia cenderung/suka membeza-bezakan manusia-diskriminasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks oleh: perseorangan, institusi, firma, malah oleh kerajaan.Contoh: seorang peniaga enggan berurusan dengan seorang pelanggan berdasarkan kumpulan yang diwakilinya. -seorang majikan memberi gaji yang tidak setimpal dengan sumbangannya kepada pekerja -sebuah institusi pendidikan enggan menerima seorang pelajar, walaupun dia mempunyai kelayakan

Page 118: Tutorial ANS

• Stereotaip-tanggapan atau pemikiran yang ditetapkan terhadap sesetengah jenis orang atau benda tetapi seringkali tidak benar di dalam realiti. -juga mempunyai penilaian negatif/positif terhadap sesuatu perkara atau sekumpulan orang. Contoh: 1. Ali menggangap pemandu yang memandu perlahan itu

adalah pemandu perempuan2. Sheila beranggapan bahawa semua lelaki pengotor3. Kebanyakan orang menganggap perempuan

berketurunan Baba Nyonya pandai masak

Page 119: Tutorial ANS

119

• Rasisme- Suatu sistem kepercayaan atau doktrin yang

menyatakan bahawa ras mereka adalah lebih superior dan memiliki hak untuk mengatur ras yang lain.

• Etnosentrism- kepercayaan atau rasa bangga yang wujud

dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya & etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.

Page 120: Tutorial ANS

• Memupuk semangat hubungan etnik yang harmoni telah menjadi sgenda utama kerajaan. Pelbagai usaha telah di ambil untuk menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik. Terangkan usaha-usaha kerajaan tersebut.

Page 121: Tutorial ANS

Dasar-dasar Kerajaan• Kerajaan telah memberi penekanan kepada beberapa

dasar dalam bidang sosioekonomi yg menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat.

• Antara dasar2 ini ialah Dasar (a) Pendidikan Kebangsaan (b) Kebudayaan Kebangsaan (c) Ekonomi Baru (d) Pembangunan Negara (e) Wawasan Negara (f) Sosial Negara

Page 122: Tutorial ANS

Strategi Sistem Pendidikan

• Sistem pendidikan merupakan alat terpenting dan berkesan bagi membina jati diri nasional, memupuk semangat kebangsaan, cinta kepada negara dan berperanan mengeratkan perpaduan.

• Semangat perpaduan, sikap dan nilai yang dapat melahirkan kesedaran nasional, semangat cinta dan bangga kepada negara dan perpaduan antara kaum boleh diterapkan kpd pelajar-pelajar bermula dari usia muda.

Page 123: Tutorial ANS

(samb)

• Pelbagai langkah diambil untuk mewujudkan satu sistem persekolahan dengan

(a) menggunakan BM sebagai bahasa perantaraan (b) menyeragamkan kurikulum, peperiksaan serta persijilan yang setaraf.• Kerajaan juga membenarkan peperiksaan menggunakan

bahasa ibunda-Tamil, Mandarin, Iban, Kadazan• Kurikulum memberi tumpuan kepada sejarah negara

termasuk persetujuan antara kaum tentang peruntukan tertentu dalam perlembagaan.

Page 124: Tutorial ANS

Strategi Penggunaan Bahasa kebangsaan

• Pengunaan satu bahasa berkesan untuk memupuk perpaduan kerana membolehkan pelbagai etnik dan keturunan berkomunikasi dengan satu sama lain dengan selesa.

• Bahasa Melayu sangat sesuai sebagai bahasa penyatu kerana ia telah terbukti sebagai lingua franca pada zaman pemerintahan kesultanan Melaka.

Page 125: Tutorial ANS

Strategi Kepercayaan Agama

• Perlembagaan dan Rukun Negara menjamin rakyat bebas menganut dan mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing untuk memelihara suasana harmoni antara rakyat berbilang kaum.

• Sebarang aktiviti agama perlu dilakukan dengan berhati-hati agar tidak menyentuh sensitiviti penganut agama lain.

Page 126: Tutorial ANS

Strategi Pembangunan Kawasan

• Kerajaan menyarankan semua pemaju perumahan mengambil kira aspek perpaduan etnik.

• Setiap penempatan harus ada Rukun Tetangga dan menganjur aktiviti yg melibatkan penduduk pelbagai kaum.

• Prasarana seperti dewan serbaguna dan lain-lain menyemai semangat perpaduan dan interaksi antara etnik melalui pelbagai aktiviti sosial.

Page 127: Tutorial ANS

Strategi Media Massa • Media memainkan peranan berkesan untuk memupuk

perpaduan negara dengan penyampaian maklumat, pembentukan sikap, dan pandangan rakyat serta penerapan nilai2 positif ke arah memajukan semangat perpaduan.

• Perkembangan media elektronik mampu menghubungkan kawasan di luar bandar.

• Surat khabar dan majalah dpt memberi sumbangan untuk memantapkan perpaduan negara berdasarkan etika kewartawanan iaitu pengamal media perlu bertanggungjawab dan peka apabila menyentuh dan melaporkan perkara yang boleh menjejaskan perpaduan.

Page 128: Tutorial ANS

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

• Mula dilaksanakan pada 2004.• Wajib bagi lepasan SPM • Objektif: 1. menanam semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. 2. memupuk perpaduan etnik serta integrasi nasional 3. membebtukkan perwatakan positif menerusi nilai2 murni.

Page 129: Tutorial ANS

• Terangkan peranan masyarakat dalam kontek hubungan etnik.

Masyarakat memainkan peranan penting dalam konteks perpaduan rakyat. Ia boleh dilihat dari:i. Rukun tetangga-Diperkenalkan pada tahun 1975. Pada peringkat awal, RT bertujuan untuk mengawal keselamatan di kediaman masing2. Di perkenalkan sebagai langkah untuk rakyat menjaga keselamatan kawasan kediaman & penekanan terhadap kejiranan.-Melalui aktiviti kejiranan seperti amalan kunjung mengunjung, sukan, ceramah kesihatan, keagamaan & keusahawanan boleh menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Page 130: Tutorial ANS

ii. Rumah Terbuka-Di adakan sempena sambutan musim perayaan sesuatu kaum di Malaysia. Masyarakat pelbagai etnik saling berkunjung ke rumah jiran tetangga mereka.Contoh:Perayaan hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru Cina, Krismas & Deepavali.-Menjemput kawan yang berbilang kaum, berlainan agama, etnik & budaya ke rumah pada hari kebesaran adalah budaya masyarakat Malaysia. Ini boleh mewujudkan keharmonian & kesepaduan sosial & masyarakat.

Page 131: Tutorial ANS

iii. Penerimaan budaya-Masyarakat bukan Melayu seperti Cina & India termasuk juga etnik bumiputera di Sabah & Sawawak telah menerima budaya etnik Melayu dari segi pakaian dan makanan. Begitu juga etnik Melayu, menerima budaya daripada etnik lain seperti penggunaan angpau yang terkenal di dalam budaya Cina.

Page 132: Tutorial ANS

Terangkan peranan NGO dalam konteks HE.-boleh memainkan peranan untuk mempercepatkan proses hubungan etnik di Malaysia.i. Pertubuhan NGO yang berasaskan etnik seperti Pertubuhan Belia Malaysia, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Malaysia. Ahki2 pertubuhan ini terdiri daripadaPelbagai kaum.ii. Terdapat juga NGO dimana pembahagian mengikut kaum seperti pergerakan Belia 4B, persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dewan Perniagaan Cina & Dewan Perniagaan India Malaysia.

Page 133: Tutorial ANS

iii. Dana & geran yang diperolehi dari pihak swasta & penubuhan institusi seperti Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Akademi Sains Negara merupakan penjana pembangunan ekonomi negara yang akan memberi banyak peluang pekerjaan kepada semua golongan tanpa mengira etnik.iv. Syarikat2 seperti YTL Corporation, Lion Group, Maxis dan Berjaya Group serimg menganjur aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pelbagai etnik melalui penajaan dalam pendidikan, penjagaan alam sekitar, kebajukan atau hari keluarga.